tangan yang mencatat, mendongak ke langit..

You will never love for it...until you know them well...
Tak kenal maka tak cinta...

Thursday, September 23, 2010

Geram ku tamat sudah pada citer ni...

Salam..psst...

Rasenyer otakku ni dah penuh ngan maklumat2 pp, seni, dan segala subjek dan apa-apa je lah yang memadatkan kapasiti memori otak ni.

dan aye nak lontarkan sume2 kat sini!

Tadi kan...habislah sudah cerita gempak+terkejut+tricky...
Price Of Greed! tepat kul 12 mlm tadi...
peh..aye memang jenis tido kul 12. , kalau nak tido awal2, itu kalau kepenaten yang tak leh nak tahan ag!
peh...citer dia...buat ku terfikir2..


dah agak lama dah terlibat dalam aktiviti tonton menonton drama-drama ni.
Terutama kalau TVB...tak leh elak, mesti ada cerite2 yg best..


Yela..mcam korang minat cerita Korea lah...ape2 jugek la..


Seriously, this is make me excited! 

Citer ni..adoie aii...kalau da 'terjebak' drpd awal, memang susah nak lepas!
Best pada pandangan aye. Memang mencabar.
 Thriller abis!
Tapi, memang pon aye akui memang minat ah dgn citer-citer cina yang ada sesuatu yang lain dan nilai-nilai murni yang menusuk...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Lam Ping , Tsu Fung , Lui To , Mui Mui
 
When Lui To (Bosco Wong) was just a child, he and another girl, Yan Yuet-Mui (Shirley Yeung), were kidnapped on the same day by an organization which captured children in order to sell and exploit them for labour. Lui To and Yan Yuet-Mui were able to escape with the help of Lo Sei Leung (Kingdom Yuen), a woman who worked for the organization but had wanted to leave for a long time.
On the run from the organization, the three become a family of sorts and live day to day on the money earned from Lo Sei-Leung's cons, much to the displeasure of Lui To. Lui To's adamantly honest ways and naive sense of justice gets the better of them when Yan Yuet-Mui ends up with a fever; since Lui To had given the last of their money to a begger, they accept medicine from a seedy medicine seller which leaves Yan Yuet-Mui mute.
Many years later, Lui To becomes a police officer while Yan Yuet-Mui attends school and plays the violin. Lui To falls in love with a wealthy girl, Lam Ping (Kate Tsui), but is disappointed to discover she is in love with Tsui Fung (Sammul Chan), a con artist. He is unaware that Yan Yu Mui has a crush on him, seeing her only as a younger sister. In order to protect Lam Ping, Lui To investigates Tsui Fung and discovers his dark past. Though he is unable to stop Lam Ping from marrying Tsui Fung, he must try and save her from becoming another victim of Tsui Fung's cons.
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~`


Cerita ni memang licik taw tak..kadang-kadang aye pon rase macam tertipu pun ada..
Sakit ati, geram, takut semua ada..

kebaikan dan ketulusan hanya sekadar lakonan...
menabur janji manis...yang jadi mangsa..perempuan lah..

kat sini kan, rajin la jalan2 cari apa akan jadi seterusnya nanti..dah la seminggu 3 kali jek citer ni..peh..kalau novel ni, mau satu malam dah khatam!

rupe2nye yang si hensem 2, peh...ahli kongsi gelap!
dia punya hebat, mula2, bapaknye yg perempuan tu( Lam ping) tu tak suke kat dia, 
sebab dia ni disyaki pada awalnya oleh kawan Lam Ping (Lui To) dia ni memang ahli geng kongsi gelap.

Dengan gaya baik, konon innocent dye tu...dia akhirnya bjaya membutakan mata-mata semua ahli keluarga Lam Ping tu..meskipun, Lui To tu banyak kali gak nak bongkar rahsie dia!
Pon lepas jugak!
Maka. ..mulelah rancangan dia..perlahan-lahan..satu-satu  keluarga Lam Ping ni hancus !

apa-apa pun...cerita ni, memang buat aye berfikir..
taktik orang..memang banyak..
nasib bek along pon terlibat sama! hehe..kitorang penghadap setia citer ni dari hari ke hari sebab cerita dia makin lama makin gempak!

Ni sume gara-gara kegiatan aye dulu..baca novel thriller bermula dengan novel2 RAM 4 tahun yang lalu...huhu...


macam jugaklah taktik aye tahu melalui citer ni..syhhh...
haha..
lega citer ni dah abis...tader la asyik terfikir-fikir apa nak jadi..
lepas ni, cerita baru..pon best jugak..
kul 11 ntv7..
hihi..



Saturday, September 18, 2010

tak de gune punye orang!!!!

Salam semua..

pada pagi yang mulia ni..terasa meremang pula rasanya..

tak tahu kenapa..peristiwa ragut beg kakak aye depan mata! Uish...mood dah tak berapa stabil..geram, sedih semua ada..
Tapi, sekarang dah okey..
mana tak nyer..segala macam barang dokumen apa-apa semua dalam beg..
peh...kejadian ini berlaku ketika kitorang dah belok nak masuk umah pon.
 Tiba-tiba dari arah belakang, muncul 2 lelaki bermotosikal, merampas beg yang ada dalam raga motor..
tergamam seh. Ya Allah..perasaan masa tu...
 Penyangak ni memang da aim dari awal agknyer...
Alhamdullillah...takde kecederaan pon. Cuma ye lah..
kerugian tu..
memang macam-macam perasaan masa tu..
dunia ni memang macam dah tak selamat!


Pergi buat repot kat balai polis, rupa-rupanya orang yang sama melakukan jenayah terkutuk nih kat ada satu aci ngan suami dia!
Astagfirullah...

Lepas ni, memang langkah lebih berjaga-jaga mesti diperketatkan! 
Adoie...lepaih ni..risau nyer nk pakai beg ek..
korang yang pernah kena, memang rasa la ape perasaan nyer..


Ya Allah lindungi kami daripada yang menjahati dan menzalimi kami...





lepas tu, aye surfing...
tips utk berjaga-jaga daripada peragut


Syaitan tak nyata kacau kehidupan kita!!!

Salam semua..
 Baru bukak fesbuk tadi...ha..aye buka fb Fedtri Yahya(personaliti tv3)
nmpk ler tentang artikel ni..terima kasih kepada beliau..

Alhamdullillah..ha...benda-benda ni buat aye nak ceekkk iaitu semak prestasi solat kita.
Ok, yok kongsi..

10 gangguan syaitan ketika solat

-mymetro-

2010/06/11  
KALI ini penulis mahu berkongsi 10 gangguan syaitan ketika kita menunaikan solat lima waktu sehari semalam.
Slug: SYAITAN | Basket: MEJA PENYUNTING:1.KETUA_PENYUNTING | Exported By: ZAMRI 06/09/2010 10:05:56 PM



Tazkirah Bersama Ustaz Mohd Zawawi Yusoh


Semoga ia beroleh manfaat dan sentiasa mempertingkatkan mutu ibadah kepada Allah Taala.

Antara gangguan itu adalah:


1) Berasa was-was ketika melakukan takbiratul ihram

Saat membaca takbiratul ihram, 'Allahu Akbar', seseorang akan berasa ragu-ragu apakah takbir yang dilakukannya itu sah atau belum sah.

Sehingga dia mengulanginya sekali lagi dengan membaca takbir. Perasaan itu akan berterusan kadang-kadang sampai imam hampir rukuk.

Ibnu Qayyim berkata, "Termasuk tipu daya syaitan yang banyak mengganggu mereka adalah was-was dalam bersuci (berwuduk) dan niat atau saat takbiratul ihram dalam solat". Was-was itu membuat mereka terseksa.

2) Tidak memberi tumpuan ketika membaca bacaan dalam solat.

Sahabat Rasulullah, Uthman bin Abil 'Ash datang kepada Rasulullah dan mengadu, "Wahai Rasulullah, sesungguhnya syaitan hadir dalam solatku dan membuat bacaanku salah." Rasulullah menjawab, "Itulah syaitan yang disebut dengan khinzib.

"Apabila kamu berasakan kehadirannya, ludahlah ke kiri tiga kali dan berlindunglah kepada Allah. Aku pun melakukan hal itu dan Allah SWT gangguan itu dariku" (Hadis Riwayat Muslim).

3) Lupa jumlah rakaat yang dikerjakan

Abu Hurairah r.a berkata, "Sesungguhnya Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Jika seorang daripada kalian solat, syaitan akan datang kepadanya untuk menggoda sampai mereka tidak tahu berapa rakaat yang dikerjakan. Apabila seorang daripada kalian mengalami hal itu, hendaklah ia sujud dua kali (sujud sahwi) saat ia masih duduk dan sebelum salam, setelah itu baru mengucapkan salam." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

4) Hadirnya fikiran yang memalingkan tumpuan

Abu Hurairah berkata, "Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Apabila dikumandangkan azan solat, syaitan akan berlari seraya terkentut-kentut sampai ia tidak mendengar suara azan.

Apabila muazin selesai azan, ia kembali lagi dan jika iqamat dikumandangkan dia berlari. Apabila selesai iqamat, dia kembali lagi.

Ia akan selalu bersama orang yang solat seraya berkata kepadanya,'Ingatlah apa yang tadinya tidak kamu ingat!' Sehingga orang itu tidak tahu berapa rakaat ia solat." (Hadis Riwayat Bukhari).

5) Tergesa-gesa menyelesaikan solat

Ibnu Qayyim berkata: "Sesungguhnya tergesa-gesa itu datang daripada syaitan, kerana tergesa-gesa adalah sifat gelabah yang menghalangi seseorang untuk berhati-hati, tenang dan santun serta meletakkan sesuatu pada tempatnya.

Tidak ada ketenangan atau thuma'ninah. Pada zaman Rasulullah ada orang solat dengan tergesa-gesa. Akhirnya Rasulullah memerintahkannya untuk mengulanginya kerana solat yang ia kerjakan belum sah.

Rasulullah bersabda kepadanya, "Apabila kamu solat, bertakbirlah (takbiratul ihram). Lalu bacalah daripada al-Quran yang mudah bagimu, lalu rukuklah sampai kamu benar-benar rukuk (thuma'ninah), lalu bangkitlah daripada rukuk sampai kamu tegak berdiri.

Kemudian sujudlah sampai kamu benar-benar sujud (thuma'ninah) dan lakukanlah hal itu dalam setiap rakaat solatmu." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

6) Melakukan gerakan yang tidak perlu

Dahulu ada seorang sahabat yang bermain kerikil ketika sedang tasyahud. Ia membolak-balikkannya. Melihat hal itu, Ibnu Umar segera menegurnya selepas solat.

"Jangan bermain kerikil ketika solat kerana perbuatan itu berasal daripada syaitan. Tapi kerjakan seperti apa yang dikerjakan Rasulullah". Orang itu bertanya, "Apa yang dilakukannya? "Kemudian Ibnu Umar meletakkan tangan kanannya di atas paha kanannya dengan jari telunjuk menunjuk ke arah kiblat atau tempat sujud. "Demikianlah saya melihat apa yang dilakukan Rasulullah s.a.w," kata Ibnu Umar (Hadis Riwayat Tirmidzi).

7) Melihat ke kiri atau ke kanan ketika solat

Sedar atau tidak, jika seseorang itu melihat ke kiri atau ke kanan, itu akibat godaan syaitan yang menggoda. Kerana itu, selepas takbiratul ihram, pusatkan pandangan pada satu titik iaitu tempat sujud. Sehingga perhatian kita menjadi fokus dan dicuri syaitan. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Aisyah beliau berkata, "Saya bertanya kepada Rasulullah hukum melihat ketika solat". Rasulullah menjawab, "Itu adalah curian syaitan atas solat seorang hamba." (Hadis Riwayat Bukhari).

8) Menguap dan mengantuk

Rasulullah bersabda bermaksud: "Menguap ketika solat itu daripada syaitan. Kerana itu, apabila kamu ingin menguap, tahanlah." (Hadis Riwayat Thabrani).

Dalam riwayat lain Rasulullah bersabda, "Ada pun menguap itu datangnya daripada syaitan, hendaklah seseorang mencegahnya (menahannya) selagi boleh. Apabila ia berkata 'ha...' bererti syaitan tertawa dalam mulutnya" (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

9) Bersin berulang kali ketika solat

Syaitan ingin mengganggu kekhusyukan solat dengan bersin sebagaimana yang dikatakan Abdullah bin Mas'ud, "Menguap dan bersin dalam solat itu daripada syaitan." (Riwayat Thabrani).

Ibnu Mas'ud berkata, "Bersin yang tidak disenangi Allah adalah yang terjadi dalam solat sedangkan bersin di luar solat itu tetap disenangi Allah. Hal itu tidak lain kerana syaitan memang ingin mengganggu solat seseorang dengan pelbagai cara."

10) Terasa ingin buang angin atau buang air

Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Apabila seorang daripada kalian bimbang apa yang dirasakan di perutnya apakah keluar sesuatu daripadanya atau tidak, janganlah sekali-kali ia keluar dari masjid sampai ia yakin mendengar suara (keluarnya angin) atau mencium baunya" (Hadis Riwayat Muslim).

Berbahagialah orang Muslim yang selama ini terbebas daripada pelbagai macam gangguan syaitan dalam solat mereka. Semoga kita semua dibebaskan Allah daripada gangguan berkenaan.

Bagi yang berasakan gangguan itu, sebahagian atau keseluruhannya, janganlah putus asa untuk berjihad melawan syaitan terkutuk.
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Solat ni perkara wajib taw, bukan sunat...
so, kena tingkatkan prestasi...
sama-samalah kita, memang aye pon ade gak mengalami perkara2 kat atas ni..
ye, mesti ada ramai antara kita kena macam ni gak kan,..
jadi, sebelum terlambat..yok ler kita berusaha berubah ke arah kebaikan ni..



M. Rajoli meninggal dunia disahkan pada 10.45 malam tadi

Salam semua.

Kepada Allah kita datang..dan kepada Allah juga kita kembali...

Pelakon veteran M. Rajoli meninggal dunia

17/09/2010 11:44pm



M. Rajoli, 65



KUALA LUMPUR 17 Sept. – Pelakon veteran, M. Rajoli, 65, meninggal dunia kira-kira pukul 11 malam ini di Hospital Ampang di sini selepas dimasukkan ke wad kecemasan kerana mengalami tekanan darah rendah dan masalah jantung sejak semalam.
Sewaktu dimasukkan ke hospital tersebut, pelakon itu sudah didapati semakin tenat dan diberi alat bantuan pernafasan kerana masalah yang dihadapinya itu.

Menurut anak bongsu pelakon itu, Mohd. Arif Rajoli, 23, berkata, keadaan bapanya semakin kritikal awal malam ini sehingga diletakkan di bawah pemerhatian rapi doktor.
“Bagaimanapun bapa saya telah meninggal dunia pada pukul 11 malam kerana masalah kesihatan yang dihadapinya itu.

‘‘Sebelum ini bapa saya kurang sihat dan terlantar di rumah sejak menjalani pembedahan di bahagian kepala kerana menghidap penyakit tumor. Dia menghidap penyakit itu sejak empat tahun lalu dan pernah menjalani pembedahan di bahagian kepala.

“Dia pernah menjalani rawatan susulan kimoterapi kerana penyakit itu,” katanya kepada Utusan Malaysia malam ini.
- UTUSAN

Kematian...memang menginsafkan..

Sekarang ni, aye tengah rasa macam tak berapa ada mood...
peristiwa tadi..memang geram dan...sakit ati le kalau ingat ingat balik...

Berbalik kepada cerita ni...sememangnya hilang lagi satu permata dunia lakonan...
sesungguhnya...kematian itu memang menginsafkan...

Takziah kepada ahli keluarga beliau...Al Fatihah.. 


Friday, September 17, 2010

CONTEST SENYUMAN MANEH!!

Salam AidilFitri...:-)


Ha...aye nak join contest nie..suke nyer edit2 gambar ni!


Senyuman Maneh...maneh semanis kurma..hehe..


So ni lah contest yang dimaksudkan tu..


ha..akan berakhirnya contest ni>>>10.10.10..

uie...tarikh yang cantik uh! hehe..segala peraturan disini


Jadi...setelah 'selongkar' dan ha...
ini dia..gambo kenangan terindah...BFF ma..






ha....oleh kerana itu...
aye nak ajak 2 lagi bloggerr..ha..sape ha..


1. farah's life
2. Kak Elee


Happy--Happy! :-D


 

tangkap+cari sampai lubang cacing!

Salam aidilfitri lagi..
kembali setelah lama ye berjalan raya..tak ingat blog cilipadi ea?
hehe..
Sungguh, Aidilfitri kali ni, agak sibuk...sibuk apa?
sibuk jalan beraya,...
dan sampai dah nak buka sekolah...ha, kembali menerjah segala homework ku yang tersadai seminggu lalu..:-D

apa apa pon dalam sibuk beraya nie..
kita tak boleh terlepas dengan dugaan berita-berita yang menghentak perasaan..
kisah Pembunuhan kejam ke atas Allahyarham Datuk Sosilawati dan tiga yang lain, memang buat aye insaf lah..betapa dunia ni dah nak..kiamat..

aye baru buka laman sesawang utusan..
1.  Suspek umpan cek RM1 juta


Sebelum tahu tentang berita yang mengesahkan berita kematian tu...memang aye amat berharap dan berdoa mereka-mereka tu selamat..tapi, Allah Maha Mengetahui dan Menyayangi mereka..

Kekejaman ni..perasan tak? semakin menenggelamkan kemuliaan hati manusia...


Terus terang, aye katakan..memang rasa bimbang dah agak meningkat juga dengan kehidupan hari ni...apa-apa pon...mohon dilindungi Allah daripada dikejami dan dikhianati..

Amin..



Thursday, September 16, 2010

percubaan pertama dalam Peraduan Muke2 Lawo..hikhik..

kontest peraduan pic cntik~~~

 Puas jelajah blog setelah penat ku siapkab kerja-sekolah aw..

ha..mari kite cungkil bakat si fotogenik niey..hihi..

ha..yang ni contoh jek... 



ha..pasti ramai yg tertunggu2 syarat kontest ni..
ok sini sy sertakan syarat2nya..
..contest pic cantik


 hehe...ni percubaan pertama aye setelah lama tak mengenakan photoshop nih!
yeah..ini lah pertaruhannya..
Yeah..alhamdullillah..ciap pon..hehe..

apa-apa pon..sekadar  suke2..happy always!


oow..nanti, aye ade sesuatu nak cerita..huhu..



Wednesday, September 08, 2010

Salam Aidilfitri, maaf zahir batin :-)


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Kenapa lagu raya ni suka buat orang nangis?-''Giveaway & Contest :Lagu Raya Imbas Kenangan"

Salam, first of all...
Salam Aidilfitri dekat di hati buat semua!
Nostalgia raya akan berlegar-legar kat kepala kita kan..lagi-lagi kalau dengar lagu-lagu raya..
Yeah, ni yang cik Cilipadi tak sabar nak cerita nie...hehe..
sempena dengan itu juga, aye nak ikut contest ni...first contest as a blogger! hihi..


Ha...contest ni nampak menarik perhatian lagi-lagi untuk kita kita yang tak sabo nak raya..
uits..esok puasa lagi ha..hehe..
untuk korang yang in raya mood, join la contest ni untuk menambah mood raya korang dalam blog..hehe..macam aye! nak tahu syarat-syarat, klik banner nanti ye!
Ya..sebelum contest ni berakhir 15 september 2010, 
aye nak cerita tentang nostalgia raya terkenang jua apabila mendengarkan lagu nie...




Bila dengar lagu ni, memang syahdu. 
Pertama-tamanya...ingat orang kampung..isk..isk..maka, teringatlah kenangan daku kecik-kecik dulu. memang nakal..!:-P
Alhamdullillah, yang paling best bila pergi solat sunat aidilfitri..ramai-ramai...nak kata rezeki, dapatlah duit raya! hehe..


1 pagi di hari raya..
aku sujud memujimu..
satu pagi di hari raya..
aku sujud membesarkan MU..
ku melafazkan takbir penuh rasa kehambaan
ku melafazkan tahmid penuh rasa kesyukuran...



menyambut syawal bersama-sama keluarga tercinta..bila dengar lagu ni, terasa erti kemenangan menyambut Aidilfitri setelah bersungguh-sungguh beribadat selama 30 hari menahan lapar dan dahaga...tak ke nikmat tu?..hihi..


Lagi kan..agak sedih jugaklah kan..bila kita terpaksa beraya di perantauan..
sungguh pilu..

Gema takbir di pagi raya..
aku di perantauan..tak terdaya menahan sebak..
gema takbir di pagi raya
keluarga sanak saudara..hanya doa ku kirimkan...

Perh..memang sensitif kalau dengar lagu-lagu macam ni kan..aye tak boleh...isk..iskk..sedih woo..
Bukan lagu ni je tau...

Hehe..cik cilipadi nak lagi 1 lagu..nostalgia mengusik kalbu..
mengenang yang telah pergi..
yang tak akan kembali..
hanya doa ku kirimkan..

dan...mendengar lagu ni juga..aye amat menghargai waktu waktu yang Allah berikan ni untuk kita bersama menyambut Aidilfitri bersama-sama keluarga tercinta..
Tu la pasal...adik-beradikku..nanti nak bersalaman...
menitis jua air mata mereka..isk..isk..
mama ayah..ku pohon restu dan ampun daripada kalian...

Ha..nak tahu tak..lagu ni pun...turut aye dengarkan masa kat PLKN..waa!
jauh lagi nak raya pon...tapi mengenangkan..mama ayahku...ish..kalah jugak..kengkawan sume pakat buat muka sedih..
memang tak pernah berjauhan...tau tak..





Jangan sedih..usahlah kau berduka
Melayan gundah dihati
gema takbir menambat di jiwa..

Dan sudah tentu...kalau dah mengenang orang jauh..lagu ni memang saja je mengundang airmata ku..


di Hari Raya..
terkenang daku kepada si dia..

terkenang kat atuk...
Semoga Allah merahmatimu..atukku..
AlFatihah cucumu hulurkan sentiasa.. 

Jadi, pagi raya nanti..moh la kita menghulurkan salam kepada ibu bapa tercinta terutamanya...
adik-beradik
Ingat! tiada sengketa antara kita..
Semoga Lebaran kali ini...sentiasa melekat di hati..

Jauh di mata..dekat di hati..



ish...tamo sedih sedih lagi...
hargailah waktu waktu yang ada ini bersama-sama keluarga kita yek..
Erm..satu hari nanti..lagu-lagu inilah yang akan sentiasa berkumandang bila kita terpaksa berjauhan dengan keluarga..

Ramadhan ku lalui penuh keinsafan diri 
Biar diri dikelilingi godaan sana sini
Kini Lebaran menjelma lagi
hanya satu kerana ianya telah menyucikan diri


Salam Aidilfitri..
Maaf Zahir Batin :-)


nak gi tengok rendang yang baru nak buat kat dapur  ..:-)


Santa Claus + Bunga Teratai Buddha dalam iklan Hari Raya TV3 dan mohon maaf

ASsOlatu WasSalam

Yep. Iklan ni aye telah saksikan sebanyak 2-3 kali sebelum heboh 1 Malaysia tentang betapa tak sensitifnya pembuat iklan, penyiar iklan, penerbitnya terutamanya.
Memang ramai yang marah dan tak kurang jugak yang boikot.



Apa-apa pun, lepas aye tahu berita pasal ni, terus tak keluar dah iklan ni. Tv3 dah pun memohon maaf secara terbuka.
Harap-harap lepas ni, tv3 dan semua stesyen tv segala, tolong sensitif dengan isu seperti ini. Terutama, bahagian media..yelah, media kan ke benda yang paling available dalam kehidupan manusia. Dimana-mana pun, boleh tengok tv, baca surat khabar...
dunia kan dah maju, zaman dan berubah...
 
TV3 pon dah memohon maaf secara terbuka..
Jadi, semoga hal ini menjadi PENGAJARAN kepada semua masyarakat Malaysia tentang betapa pentingnya menghormati dan menjaga kepantingan dan kesucian agama masing-masing.


p/s: erm, ada gak komen-komen orang2 yang terpelajar agak macam tak terpelajar jugak la..sesuka hati menghamburkan kata-kata kesat...janganlah eksterm sangat..em, sempena bulan Ramadhan nie, sama-samalah kita memuhasabah diri..yek..


Ha, aye nak membebel lagi..hehe..sebelum balik kampung..

Saturday, September 04, 2010

Hakikat kehilangan..

Salam...
Hari ni merupakan malam 25 Ramadhan! Subhanallah...serius kan...sebenarnya aye amat merasakan masa ni macam jeles ngan kita, atau kita yang tak terkejar dengan masa?
Pasal tu lah, masa itu ibaratnya macam emas...lambat je...memang hilang la emas tu..

Yeah, tahun ni, tahun aye yang penuh kesibukan..macam-macam seh, nak buat!
Sebgai seorang pelajar yang kena tumpu banyak benda-keperluan dan kehendak.
Kemerdekaan dalam kenikmatan Ramadhan...
Dah 53 tahun negara kita merdeka, jadi fikiran kita kenalah merdeka juga...bukan hanya nagara je..kan...

Em...ok,hari ni, yok kita sama sama semak-semak balik Ujian Ramadhan kita tahun ni..

1. Apakah kita berusaha puasa penuh, iaitu apabila kita sihat walafiat?
2. Apakah kita ni sekadar menahan lapar waktu siang, tapi hakikatnya, kita ni macam tak puasa...em, cemane tu?
3. Adakah kita berusaha melipat gandakan ibadat kita?
4. Korang sedih tak...Ramadhan bakal melabuhkan tirainya untuk tahun ni?

Baiklah, hari ni kan, lagi 5 hari kan...Ramadhan 1431 akan meninggalkan kita...forever n ever...kenyataannya, kita tak tahu apakah akan kita jumpa Ramadhan 1432 tahun depan?
However...always and always check ourselves...

Alhamdullillah...bagi kita yang sentiasa punya kesedaran dan yang beno-beno nak memperbaiki kelemahan diri di hadapan Allah ini...
Tapi, bagi yang tak tu..cemana pulak?
Moga Allah membukakan pintu hati mereka-mereka yang tersasar...
sebab mereka melakukan tu semua disaat mereka masih sihat walafiat pon..

Dan..Jumaat minggu depan, kita nak sambut Aidilfitri!
Hari Jumaat tue..

Sesungguh2nya...hakikat kehilangan itu...
akan kita sedari dan sesali  disaat tak dapat kita miliki lagi..
walaupun sekali....


 cilipadi: Tarawikh...teruskan dengan penuh cinta...lagi2, dah cuti sekolah ni! :-D
              Lalilatul Qadar dinanti..yok qiyamuallail!

Nota Nota Cinta...