tangan yang mencatat, mendongak ke langit..

You will never love for it...until you know them well...
Tak kenal maka tak cinta...
Showing posts with label aku penulis. Show all posts
Showing posts with label aku penulis. Show all posts

Saturday, January 08, 2011

Rencah Penulis Baru;- keluar BHarian ;)

Belajar berjinak dengan isu dunia sastera, persekitaran
 oleh: Nazmi Yaakub
3 Januari 2011
 





PENULIS baru yang berjinak-jinak dalam penulisan kreatif perlu membuka minda dan pengetahuan mereka dengan isu dalam dunia sastera serta persekitaran, selain memilih bahan bacaan yang baik bagi membantu proses kepengarangan mereka.
Saranan itu diluahkan fasilitator yang membimbing 21 peserta Minggu Penulis Remaja (MPR) di Port Dickson, baru-baru ini, yang turut meminta Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mengembalikan penerbitan antologi karya bekas peserta MPR.
DBP melalui Bahagian Pengembangan Kesusasteraan Kanak-kanak dan Remajanya, turut diminta merancakkan acara sambutan jubli emas MPR pada tahun depan dengan mengadakan bengkel susulan bagi mempertemukan bekas peserta minggu penulisan terbabit.

Pensyarah Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), Mohd Ridzuan Harun, berkata penulis baru termasuk peserta MPR bukan saja perlu mengambil tahu hal berkaitan isu sastera, bahkan sewajarnya pandai memilih bahan bacaan berkualiti yang berfungsi sebagai cermin dalam dunia dan proses kepengarangan mereka.

“Kelompok ini ada masa depan yang baik dalam bidang penulisan sekiranya pantas meneroka isu atau idea besar di persekitaran mereka dan menuangkannya ke dalam karya dengan cermat.

“Mereka juga perlu belajar daripada kelemahan dan kekurangan dalam karya mereka seperti didedahkan sepanjang mengikuti program ini, sekali gus menganggapnya sebagai proses untuk mematangkan karya,” katanya kepada Sastera selepas Majlis Penutupan MPR yang dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera DBP, Sallehuddin Abd Shokeran.
Mohd Ridzuan yakin bahawa masalah ketara pada penulis baru membabitkan pembacaan karya sastera apabila mereka menghadapi dilema dalam menentukan bahan bacaan bermutu dan sesuai sebagai sumber rujukan sehingga tidak dapat menilai karya sastera yang baik serta sesuai sebagai bahan bacaan.

“Sangat menyedihkan apabila ada yang menyatakan buku sastera di sekolah sangat kurang, tidak membaca karya Sasterawan Negara (SN) atau guru sekolah tidak menyebut pun karya SN. Ada juga yang kurang menyaring hal sekitar isu sastera tanah air dan isu utama negara sehingga tidak boleh melihat sesuatu perkara dalam kerangka lebih besar,” katanya.

pada majlis yang turut hadir Ketua Bahagian Pengembangan Kesusasteraan Kanak-kanak dan Remaja, Mohamad Yussop Ishak.

Mohd Ridzuan memberi contoh arahan urus setia dan fasilitator agar setiap peserta menulis cerpen dan puisi yang bertolak daripada tema patriotik, tetapi hasilnya ramai dari kalangan mereka yang terperangkap dengan makna patriotik.

“Sebahagian besar daripada mereka tidak mampu melihat patriotisme dalam skop yang lebih luas dan besar, sebaliknya mereka melihat patriotik hanya daripada sudut selapis serta tidak cuba untuk meneroka hal lebih besar berkaitan patriotisme.

“Di sinilah saya melihat kekurangan membaca dan ketidakpekaan terhadap hal semasa menyebabkan mereka tidak mampu mencapah idea kepada beberapa sudut yang besar walau pun tulisan mereka sebenarnya agak baik,” katanya.

Beliau turut menyarankan DBP untuk menerbitkan antologi karya MPR dan bengkel susulan sempena sambutan ulang tahun MPR ke-25 pada tahun depan, sekali gus menjadikan program itu lebih menarik dan memberikan dimensi dan warna baru kepada MPR.

Pandangan Mohd Ridzuan itu senada dengan saranan Ketua Fasilitator MPR, Salina Ibrahim yang meminta DBP mengusahakan penerbitan antologi karya peserta MPR kembali selepas penerbitan buku terbabit terhenti lebih 10 tahun kerana buku berkenaan menjadi antara faktor penguat motivasi kepada bekas peserta untuk terus berkarya.

“Penerbitan buku itu juga memberi asas yang baik kepada peserta MPR untuk bergerak dalam dunia sastera tanah air, sekali gus memperlihatkan peluang penerbitan karya sebenarnya sangat luas.

“Bagaimanapun, peserta MPR sendiri perlu memanfaatkan peluang yang mereka dapat ini sebaik mungkin dengan menghasilkan karya bermutu dan terus memperbaiki kualiti karya,” katanya yang juga novelis dan cerpenis.

Salina turut mengharapkan pihak DBP mengambil kira peserta MPR yang menyerlah dalam pemilihan peserta ke bengkel Majlis Sastera Asia Tenggara (MASTERA) dengan memberi penajaan sepenuhnya.

“Ini kerana pendedahan yang bakal mereka terima pada peringkat serantau dan antarabangsa memberi semangat dan membuka pemikiran dalam usaha meningkatkan mutu karya dan peribadi mereka sebagai pengarang.

“Saya juga berharap siri MPR diteruskan pada masa akan datang dengan lebih banyak penambahbaikan dengan membabitkan lebih ramai bekas peserta MPR yang lalu dalam memberi pandangan, idea dan sumbangan,” katanya.

Oeserta MPR, Tai Mun Kit, meminta kebolehan penulis daripada bangsa selain Melayu tidak dipandang rendah oleh masyarakat, manakala pengarang bukan Melayu pula perlu menjadikannya sebagai cabaran yang boleh membakar semangat mereka untuk berjaya dalam dunia penulisan.

“Saya ingin membuktikan walaupun saya berbangsa Cina, saya mampu duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan penulis lain dalam dunia sastera kebangsaan dan tiada perkataan menyerah kalah dalam kamus hidup saya.

“Ini kerana saya percaya mata pena mampu bersuara lebih lantang berbanding pemidato dalam menolak sebarang fahaman songsang yang menular dalam masyarakat kini, sekali gus menjadikan tugas menulis bukanlah mudah atau boleh dipandang sebelah mata,” katanya.


----
pascaskrip:
 sebelum pergi MPR di Port Dickson tu, perasaan aye memang berkobar-kobar...bila habis MPR..hem...terfikir, pegi sana dengan duit rakyat tu bak kata cikgu2 di sana..menulis dah jadi suatu tanggungjawab buat kami..
memang tak sangka juga ye, keluar bharian, hari Isnin- 3 Januari 2011...itupun ayah yang bagitahu..;)
lepas ni, produk-produk DBP ni akan masuk sebahagian dunia penulisan..dan nak masuk sepenuhnya, kami harus berusaha dengan gigih...insyaAllah..

Tuesday, December 21, 2010

KENANGANKU SEBAGAI BLOGGER

  1. Salam...ada segmen hati ke hati nih...yok baca...

    1. Tarikh lahir blog anda ..
      sejak akhir tahun 2008..(12.12) tapi, terasa kembali hidup bermula bulan November 2010..
  2. Punca kelahiran blog anda 
    nak mencatat pelbagai ilmu dan pengetahuan yang diketahui dalam kehidupan seharian..
  3. Orang pertama yang jadi follower anda
    seorang blogger motivasi..yang namanya abg bent..
  4. Entri pertama anda sebagai blogger
    seingat aye..entri pertama ialah pasal aye ulas novel HSP~ramlee awang murshid
  5. Entri pertama anda yang mendapat banyak komen /hits
    entri pasal HSP tu boleh la...lebih daripada 2 ketika itu..hihi..
  6. Blogger pertama yang anda jumpa ..
    blogger imotivasi..shueqry nama dye...sampai sekarang masih baca blog dia lagi..
  7. Blog yg anda minat .. 
    sejak dulu blog imotivasi tu dengan blog Irfan Khairi dan sekarang..minat abg BA..
  8. Ceritakan kenangan manis anda sebagai seorang blogger 
    kenangan manis ialah apabila kita dapat bertukar-tukar pendapat dan cerita dengan pembaca-pembaca yang datang daripada pelbagai latar belakang..yang mempunyai pendapat berbeza-beza, api, bila dalam blog, terasa akrab ..melalai komen-komen mereka..biarpun sedikit, tapi itulah yang bermakna..
  9. Ceritakan kenangan pahit anda sebagai seorang blogger 
    rasa macam pahit jugaklah bila orang kata blog kita ni, siapa je nak baca, tulisan kita ni bukan nya bagus pun..silap-silap  kena kutuk..and macam-macam kata-kata yang boleh men'down'kan rasa nak berblog..benda2 macam ni aye pernah kena hentam dek sorang tu..dan rasa macam nak tutup blog je..
    tapi, bila fikir banyak kali..fikirkan penyelesaian lebih baik daripada sibuk memikirkan masalah tu..
    kan...itu antara yang terpahit sejak aye terus blogging dengan aktif dalam tempoh 2 bulan ni..

  10. Impian anda terhadap blog anda .. 
    sungguh, bila fikir-fikir balik, segala kritikan mahupun kata2 tu, aye nampak sebagai satu yang boleh diterima dek akal dalam situasi positif..iaitu menyahut cabaran..
    harapan aye..satu je. nak terus menulis blog dengan mengemaskini semampu mungkin..
    walaupun..tak ramai yang baca, tak bermakna, sesebuah tulisan nya tidak bagus, mungkin cuma lambat diketahui umum...aye cukup nak bterima kasih kepada blogger abg BA..banyak bagi kata2 basuhan minda kepada blogger2 baru macam aye nih..baru..baru nak serius..
    selain tu, insyaAllah, disamping terus menulis, semoga terjalin ukhuwah diantara penulis blog dan pembacanya dalam sebuah jalinan yang bersifat silaturahim sesama saudara...

    sekian..:)

Monday, December 20, 2010

mencari..mencari dan menulis...kalau sebagai blogger,semudah tu je?

Salam semua..
aye kembali lagi..cewah...setelah ada satu perasaan yang menggangu-gugat diri ini untuk beberapa ketika..
perasaan dan fikiran yang tak berapa nak stabil yang dilontarkan daripada orang lain..seperti kritikan, yang aye telah anggap sebagai satu yang amat menjatuhkan ketinggian mood kebahagiaan...
ha..
tapi, aye baca artikel abang Ben Ashaari tadi..
ada sedikit membantu melonjakkan mood tersebut...dan tiba-tiba rasa macam nak berubah dan nak buat satu benda yang baik.

Suasana di tepian pantai yang cantik di Port Dickson memberi ilham yang positif kepada orang-orang yang agak berduka lara ketika ini..di saat malam nan kelam..tapi disinari..lampu minyak tanah..:P
yep..sekarang, aye berada kat Hotel Seri Malaysia Port Dickson
sesungguhnya,kedatangan ke sini akan menjadi ibarat siang menjadi angan-angan, malam menjadi mimpi..
apa tu?
itulah sesuatu yang akan menjadi kenangan yang tidak dapat dilupakan..
aye akan meneruskan permulaan langkah ni untuk 5 hari lagi di sini.

Sebagai penulis,kita bertanggungjawab menjadi pengingat kepada masyarakat.
memang ayat ni, akan sentiasa tersemat dalam fikiran aye tatkala mula menulis.
dan dalam blog ni juga, tempat melontar idea akan aye kembangkan lagi.

sat..sat..lagu ni menusuk kalbu juga ek?

Bila kekasih
mengundang aku pulang.
mahligai menanti..
penuh gemilang..

Bila kekasih..
menyingkap tabir cinta..'tiada terbatas dengan kata-kata..
dapatkah aku..
membalas dengan airmata..
tanda syukur menerima..
setelah sekian lama..
menghamba hidup..
pada dunia..

seribu tahun takkan sama..
sesaat bersatu dalam nyata..
kerana kasih ku sanggup korbankan jasad dan nyawa..

terang bulan kerana mentari..
hadir bayang kerana cahaya..
begitulah cinta kita..

tiada jarak  pemisah lagi..
taida  tabir sempadan budi..
aku terima dan jua memberi seikhlas  hati..
seribu tahun dan sejuta langkah..
seribu tahun bersinar cinta..
kita bertemu di penghujung rindu..

lagu ni aye ingat dan bila terdengar lagu ni teringat nostalgia menyanyikan lagu ni khas buat cikgu2 di  PLKN semasa Hari Guru mei lepas..
memang aye tak hengat apa selain kenangan ni yang berkait rapat dengan cerita nih..

dan sejak tu, aye rasa lagu ni seperti mengisahkan tentang seseorang yang rela berjuang hingga hujung nyawanya..segala susah payah ditempuh..

Apa yang aye belajar untuk sesi hari ni ialah, kejujuran dalam berkarya.
kenapa kita nak berkarya ataupun menulis? mesti ada sebab.
dan dalam kepala aye fikir salah satunya sebab nakkan materialistik~duit.
tapi, tak terluah la pulak..jadi, jawab lah semua dengan jawapan yang sedap dan boleh buat ayat baik punya,..huhu..

dan paling tak berapa nak ok ni..ada tugasan yang agak memberat di fikiran..
oh..ok..tugasan mencari, menulis dan mematangkan idea..

owh...terfikir seketika!
ini adalah tanggungjawab...begitu juga kalau nak jadi blogger yang baik...
tidur dulu yep :)