tangan yang mencatat, mendongak ke langit..

You will never love for it...until you know them well...
Tak kenal maka tak cinta...
Showing posts with label filem aku. Show all posts
Showing posts with label filem aku. Show all posts

Sunday, December 05, 2010

ANDAI AKU PENGARAH FILEM....


Salam..semua..mari-mari..ader projek baru ni dengan bro Ben Ashaari..
nak buat filem ni..filem apakah itu?

...


image





Nyatakan pengarah filem malaysia dan luar negara yang anda minat ...
 truly, P. Ramlee..dan M.Subash.luar negara, aye minat..jackie Chan

Nyatakan filem malaysia dan luar negara yang telah anda tonton berkali kali 
..segala cerita bujang lapok, Labu Labi dan Madu Tiga..dengan cerita yang baru aye tengok cerita Pensel..dan jugak..cerita Syukur 21 .
semua filem-filem ni tak terbilang jugak dah berapa kali aye tonton,.
kalau luar negara, aye minat segala cerita Shrek dengan cerita cina- Once Upon a time in China segala..sebabnya..aye rasa, elemen humor yang ditunjukkan  tak nampak sangat macam berlakon..em.maksudnya lawak yang menjadi.. lawak yang ada isi dan kadang-kadang tu sebenarnya mereka  menegur dalam suasana yang tak tegang..yang paling aye minat, cerita-cerita mereka masih mengekalkan keaslian dan kesopanan...
yang cerita cina tu..antara yang paling aye suka juga, sebab mereka masih mengekalkan dan tidak melupakan tradisi mereka..tengok la..mereka banyak membuat filem dan drama yang berlatar belakang zaman-zaman dulu..siap ada studio sendiri..bagus kalau industri filem kita mengetengahkan karya-karya macam ni..paling best sekali, segala cerita ni penuh dengan elemen persahabatan dan kasih sayang..

Jika anda seorang pengarah filem dan diberi budget yg besar untuk mengarahkan sebuah filem , filem yang bagaimanakah yang ingin anda bikin .
aye nak buat filem yang berkisarkan kepahlawanan dan islamik yang berlatar belakangkan zaman lampau. penuh dengan aksi dan konflik yang mencabar
dalam filem tu, akan ada seorang hamba Allah yang hebat tapi merendah diri..akan mengembara menyebarkan syiar Islam di mana-mana tempat yang dia singgah..
dia akan digeruni oleh manusia -manusia penyembah syaitan!
segalanya penuhdengan persahabatan, pencintaan dan kekeluargaan yang penuh kasih sayang ..(terus ada idea nak buat cerpen cam ni!hihi..)

Ceritakan serba sedikit (sinopsis ) filem anda itu ..
Pada penghujung kurun ke 15,watak utama..seorang yang bersederhana..dia telah difitnah ketika zaman remajanya sehingga dia merajuk membawa diri jauh daripada tanah kelahirannya. Namun, segalanya tersirat hikmah., setelah bertahun-tahun, dia pulang sebagai hamba Allah yang dirahmati..setiap pengembaraan,..dia sentiasa menegakkan syiar islam. Dalam perjalanan merentasi lautan, dia bertemu dengan insan-insan yang memberikannya kekuatan dan akan menentangnya...pengembaraan nya akan menemui pelbagai bangsa..

dia akan berjuang bersama-sama dengan beberapa sahabatnya yang lain..
dalam pengembaraannya juga, dengan izin Allah..dia dipertemukan dengan seorang wanita bernama Haryani (cinta pertama) daripada abad ke 21...dalam mimpi! Cinta berputik di antara mereka..apakah mungkin mereka bersama?
..dia juga menjadi harapan oleh  sebuah dinasti di Tanah Besar China untuk menghapuskan manusia penyembah syaitan!
dia sana..dia juga diketemukan dengan sorang wanita..yang mencintai dia..tapi, hanya yang di hatinya adalah Sang Ratu..siapakah dia?
dan akhirnya...dia tetaplah hamba Allah yang merendah diri..
dialah..Laksamana Sunan!
gambar bayangan

gitulah serba sedikit..
huh.. ini juga adaptasi serba sedikit daripada novel trilogiLaksamana Sunan  ni!
dan gabungan cerita-cerita pahlawan yang aye tengok..

Ok... siapakah yang bakal anda pilih untuk menjadi hero dan heroin serta penjahat dalam filem anda itu ..
hoho..harapan ku tinggi..hehe..kena wat pilih kasih ni..haha..
muka tegap..
hem..sape ek..
Rusdi Ramli  la..
kawan2nya-Fahrin Ahmad, Remy Ishak
memandangkan heroinnya ada 3..em.salah sorangnya~Elly Mazlein
lagi satu..nak wat ada watak wanita cina di Tanah Besar China..tataw sape..hehe..
kalau antagonis,yang memang sesuai bawa watak jahat..
(banyak watak nak guna nih..kena buat penelitian lagi..hihi)



Lokasi pengambaraan filem anda tersebut ...
 Di Malaysia..tentunya..di Acheh, China, Itali,Madinah dan Mekah last kat Korea..(hoho..kumpul duit dari sekarang!)

Sasaran kutipan ..

 em..insyaAllah..1 billion seminggu..(abis aku masuk paper mlm ni!)..2 juta pun ok je..3 hari..:-p

APakah anda perlukan pelakon antarabangsa dalam filem anda itu ? Jika ya , siapa ?

 perlu! sorang , aye nak pelakon Holywood-...Keanu Reeves..hihi..
Asia-Jet Li ,  Michelle dan..dan..
pelakon korea- Jang Dong Gun
ha..satu lagi yang aye nampak..2 pelakon cite cina nih
Mei Ren Xin Ji- Tactics of a beauty


hihi..ramainyer..kena aku kang..! hehe..boleh la menyebar luaskan lagi bahasa melayu kita..


Tajuk FILEM anda tu ..
Cinta Sufi. ..:-)


Pendapat anda , apakah filem negara kita semakin menunjukkan peningkatan atau sebaliknya ? Jelaskan tidak lebih 100 patah perkataan .. 

Apa yang aye nampak sekarang, filem-filem melayu kita sekarang lebih ke arah nak mempopularkan filem diorang daripada mendidik penonton...serius, filem-filem (bukan semua) sekarang aye dapat tengok ada elemen2 mengarut dan melampau.. . Aye lagi rela tengok drama Melayu kat umah daripada pi pawagam..hoho
sebab apa aye cakap macam ni, bila tengok ada lah sesetengah pengusaha filem mengatakan filem yg mereka buat  tu seronok dan mengikuti gaya hidup remaja. Jadi, walaupun ada elemn-elemen ataupun dialog yang entah hape2, mereka boleh fikir . emm..itu kalau yang boleh fikir, kalau yang memang tak leh fikir macamane? Lu pikirlah sendiri!
dalam kata yang senang juga, filem kita kekurangan didikan elemen Islam. Macam apa yang aye baca dekat suratkhabar Utusan-rabu,22/9/10.- Kemungkaran Filem Melayu..
aye setuju dengan statement ni-
karyawan filem Melayu dilihat semakin terbuka dalam berkarya dan masing-masing seperti mahu menjadi jaguh dalam gelanggang filem.

"apalah gunanya seseorang pembikin filem itu islam , sedangkan filem yang dihasilkannya tidak menggambarkan latar belakang dan anutan dirinya"
sekian daripada pengarah wanna be... BukanBiasaBiasa Production

update: apekah no 20: idea ini pilihan hati anda? :D klik no tu untuk undi kalau rasa mau undi..:-)