tangan yang mencatat, mendongak ke langit..

You will never love for it...until you know them well...
Tak kenal maka tak cinta...

Sunday, December 05, 2010

ANDAI AKU PENGARAH FILEM....


Salam..semua..mari-mari..ader projek baru ni dengan bro Ben Ashaari..
nak buat filem ni..filem apakah itu?

...


image





Nyatakan pengarah filem malaysia dan luar negara yang anda minat ...
 truly, P. Ramlee..dan M.Subash.luar negara, aye minat..jackie Chan

Nyatakan filem malaysia dan luar negara yang telah anda tonton berkali kali 
..segala cerita bujang lapok, Labu Labi dan Madu Tiga..dengan cerita yang baru aye tengok cerita Pensel..dan jugak..cerita Syukur 21 .
semua filem-filem ni tak terbilang jugak dah berapa kali aye tonton,.
kalau luar negara, aye minat segala cerita Shrek dengan cerita cina- Once Upon a time in China segala..sebabnya..aye rasa, elemen humor yang ditunjukkan  tak nampak sangat macam berlakon..em.maksudnya lawak yang menjadi.. lawak yang ada isi dan kadang-kadang tu sebenarnya mereka  menegur dalam suasana yang tak tegang..yang paling aye minat, cerita-cerita mereka masih mengekalkan keaslian dan kesopanan...
yang cerita cina tu..antara yang paling aye suka juga, sebab mereka masih mengekalkan dan tidak melupakan tradisi mereka..tengok la..mereka banyak membuat filem dan drama yang berlatar belakang zaman-zaman dulu..siap ada studio sendiri..bagus kalau industri filem kita mengetengahkan karya-karya macam ni..paling best sekali, segala cerita ni penuh dengan elemen persahabatan dan kasih sayang..

Jika anda seorang pengarah filem dan diberi budget yg besar untuk mengarahkan sebuah filem , filem yang bagaimanakah yang ingin anda bikin .
aye nak buat filem yang berkisarkan kepahlawanan dan islamik yang berlatar belakangkan zaman lampau. penuh dengan aksi dan konflik yang mencabar
dalam filem tu, akan ada seorang hamba Allah yang hebat tapi merendah diri..akan mengembara menyebarkan syiar Islam di mana-mana tempat yang dia singgah..
dia akan digeruni oleh manusia -manusia penyembah syaitan!
segalanya penuhdengan persahabatan, pencintaan dan kekeluargaan yang penuh kasih sayang ..(terus ada idea nak buat cerpen cam ni!hihi..)

Ceritakan serba sedikit (sinopsis ) filem anda itu ..
Pada penghujung kurun ke 15,watak utama..seorang yang bersederhana..dia telah difitnah ketika zaman remajanya sehingga dia merajuk membawa diri jauh daripada tanah kelahirannya. Namun, segalanya tersirat hikmah., setelah bertahun-tahun, dia pulang sebagai hamba Allah yang dirahmati..setiap pengembaraan,..dia sentiasa menegakkan syiar islam. Dalam perjalanan merentasi lautan, dia bertemu dengan insan-insan yang memberikannya kekuatan dan akan menentangnya...pengembaraan nya akan menemui pelbagai bangsa..

dia akan berjuang bersama-sama dengan beberapa sahabatnya yang lain..
dalam pengembaraannya juga, dengan izin Allah..dia dipertemukan dengan seorang wanita bernama Haryani (cinta pertama) daripada abad ke 21...dalam mimpi! Cinta berputik di antara mereka..apakah mungkin mereka bersama?
..dia juga menjadi harapan oleh  sebuah dinasti di Tanah Besar China untuk menghapuskan manusia penyembah syaitan!
dia sana..dia juga diketemukan dengan sorang wanita..yang mencintai dia..tapi, hanya yang di hatinya adalah Sang Ratu..siapakah dia?
dan akhirnya...dia tetaplah hamba Allah yang merendah diri..
dialah..Laksamana Sunan!
gambar bayangan

gitulah serba sedikit..
huh.. ini juga adaptasi serba sedikit daripada novel trilogiLaksamana Sunan  ni!
dan gabungan cerita-cerita pahlawan yang aye tengok..

Ok... siapakah yang bakal anda pilih untuk menjadi hero dan heroin serta penjahat dalam filem anda itu ..
hoho..harapan ku tinggi..hehe..kena wat pilih kasih ni..haha..
muka tegap..
hem..sape ek..
Rusdi Ramli  la..
kawan2nya-Fahrin Ahmad, Remy Ishak
memandangkan heroinnya ada 3..em.salah sorangnya~Elly Mazlein
lagi satu..nak wat ada watak wanita cina di Tanah Besar China..tataw sape..hehe..
kalau antagonis,yang memang sesuai bawa watak jahat..
(banyak watak nak guna nih..kena buat penelitian lagi..hihi)



Lokasi pengambaraan filem anda tersebut ...
 Di Malaysia..tentunya..di Acheh, China, Itali,Madinah dan Mekah last kat Korea..(hoho..kumpul duit dari sekarang!)

Sasaran kutipan ..

 em..insyaAllah..1 billion seminggu..(abis aku masuk paper mlm ni!)..2 juta pun ok je..3 hari..:-p

APakah anda perlukan pelakon antarabangsa dalam filem anda itu ? Jika ya , siapa ?

 perlu! sorang , aye nak pelakon Holywood-...Keanu Reeves..hihi..
Asia-Jet Li ,  Michelle dan..dan..
pelakon korea- Jang Dong Gun
ha..satu lagi yang aye nampak..2 pelakon cite cina nih
Mei Ren Xin Ji- Tactics of a beauty


hihi..ramainyer..kena aku kang..! hehe..boleh la menyebar luaskan lagi bahasa melayu kita..


Tajuk FILEM anda tu ..
Cinta Sufi. ..:-)


Pendapat anda , apakah filem negara kita semakin menunjukkan peningkatan atau sebaliknya ? Jelaskan tidak lebih 100 patah perkataan .. 

Apa yang aye nampak sekarang, filem-filem melayu kita sekarang lebih ke arah nak mempopularkan filem diorang daripada mendidik penonton...serius, filem-filem (bukan semua) sekarang aye dapat tengok ada elemen2 mengarut dan melampau.. . Aye lagi rela tengok drama Melayu kat umah daripada pi pawagam..hoho
sebab apa aye cakap macam ni, bila tengok ada lah sesetengah pengusaha filem mengatakan filem yg mereka buat  tu seronok dan mengikuti gaya hidup remaja. Jadi, walaupun ada elemn-elemen ataupun dialog yang entah hape2, mereka boleh fikir . emm..itu kalau yang boleh fikir, kalau yang memang tak leh fikir macamane? Lu pikirlah sendiri!
dalam kata yang senang juga, filem kita kekurangan didikan elemen Islam. Macam apa yang aye baca dekat suratkhabar Utusan-rabu,22/9/10.- Kemungkaran Filem Melayu..
aye setuju dengan statement ni-
karyawan filem Melayu dilihat semakin terbuka dalam berkarya dan masing-masing seperti mahu menjadi jaguh dalam gelanggang filem.

"apalah gunanya seseorang pembikin filem itu islam , sedangkan filem yang dihasilkannya tidak menggambarkan latar belakang dan anutan dirinya"
sekian daripada pengarah wanna be... BukanBiasaBiasa Production

update: apekah no 20: idea ini pilihan hati anda? :D klik no tu untuk undi kalau rasa mau undi..:-)

30 comments:

luna qiszara said...

hai, salam ziarah dr blog BA, Luna ade join gak..jom tkr2 idea.. :)

husnaradzi said...

ini seratus peratus sokong !.
filem skang bnayk kearah nak seronok sja .tp rmai juga yg pilih pilem cmtuh..haihh
ini unik dan lain . sukaa .

Aida Tamrim said...

OOoohhh...Ni nak buat ala2 cam citer hidden dragon crouching tiger tu yeee...LAtar blakang dier la kan.. :D

Unknown said...

hohoh...Laksamana Sunan mmg hebat cerita dia.

Good Luck bloggers!!! Keep it up!!

MR. SYAH said...

menarik jugak..

fzamazlan said...

makcek bukan nenek~
betul tuh...filem sekarang banyak yang macam tu..bukan tak boleh ada, tapi, terlalu banyak sampai rasanya dah takde kualiti langsung..
:-)
skang minat tengok cerita ala2 zaman dulu..smpi terkeluar idea nih..hihi..

fzamazlan said...

adialuze~
hehe..hidden crounching tiger..hihi..
best woo citer tu..:-D..
gara-gara cerita cam ni la..tu la pasal sampai terkeluar lak idea nih..hehe..

Unknown said...

pahlawan Islam
pergh..

Unknown said...

pahlawan Islam
pergh..

fzamazlan said...

Aisyah AR~
kenal Laksamana Sunan ea? hihi..
dah baca x semua trilogi LS ni?
memang tak boleh blah..
smpi terkeluar lak idea niy..:D
thanks :D

mr. syah~
thanks baca..:-D

fzamazlan said...

caRr JaliL~
amacam..bole layan tak idea nih? hihi..:D

Anonymous said...

Ada unsur Islamik tu yang bet^^

Jom kongsi2 idea ngan saya di
http://asnachannel.blogspot.com/2010/12/segmen-ba-andai-aku.html
=)

Fariq Jalil said...

xkesah la cite psl pe ni,,
nanti sy nak jadi hero..

andai aku / When A Young Met Older

Mag said...

wah!! nice gila... ala2 islamic..
pastu, ada romance..

pastukan.. lagi interesting.. masukkan sekali teknologi gempak2 gila.. lain dari yg laen.. pergkh... menarik tuh!

Syafiq Rosli said...

gd luck ya

Admin said...

Salam .. alahai... ada cinta jugak.

http://hasrulhassan.blogspot.com

Muhammad said...

wahh2.mne boleh mamat kne tinggl ni....pilih laaa filem pertama malaysia yg akan membawa impak besar dalam industri filem malaysia..

fzamazlan said...

magrib~
hoho...kena cari budget banyak uh ek..hihi..
bagi kesan 3G baik punye.
apa2 pun yg penting bg sesebuah filem uh ialah jalan ceritanya...

fzamazlan said...

hasrul hasan~
salam,..bagi aye elemen cinta sbg selingan.
cinta fana..sebagai ujian buat watak utama untuk menguji apakah dia cukup kuat lagi untuk mengatakan cintanya segala-gala kepada Allah..
yeah...

Gen Fujita said...

Nice idea, menarik idea Laksamana Sunan ni.

Anonymous said...

salam ziarah

disebabkn kita mmg minat sume trilogi novel tulisan RAM... kita sokong filem awak nih! (^_^) ~

nurazzah8 said...

salam, masa mula-mula baca tu...dalam hati dah berkata-kata..macam jalan cerita novel RAM trilogi Laksamana SUnan...bila baca lagi..hehehe..mmg anda cakap adaptasi dari trilogi tersebut.....

bagus ..teruskan berkarya...

http://nurazzah8.blogspot.com/2010/12/novel-terbaru-ramlee-awang-murshid.html

Su'AidaH IsmaiL said...

wah!laksamana sunan..
i like!
mnarik ler cter

Muslimah Optimis said...

salam singgah dari MO...

wah, nak buat cerpen ek...

MO suka baca cerpen dan novel tambah2 yang ada unsur islamik..

MO pun dalam proses nak menghasilkan novel Islamik, insyaALLAH... tak ada aral terbitlah nanti...

kalo dah buat cerpen jangan lupa bagitau MO ye.. nak baca jugak..

n nantikan segmen bersama MO "satu kata bisa menggentarkan rasa", entry akan menyusul tak laman lagi, jangan lupa join ye...

tq

salemaziz said...

suke la cite nih..hehe :)

Lady Shana said...

kite sngat syke ramlee awg musheed!! :)

Anonymous said...

mantap dan hebat! Sye rase bole pecah panggung klu buat crite cinta sufi ni. Bku die pon mmg da box ofice. Msti org nak tgk film die hebat standing nvel. Mcm hary porter.nampaknye awk da kene kumpul modal dan pngalaman utk menukar perpepsi masyarat thadap film melayu. Gud luck.

Anonymous said...

seyezly masa baru2 baca kat awal2 lg da terbayang novel laksamana sunan tuh...seyezly novel tuh wat miela angau...sangat suka baca itu...:)...alim dan baik rendah diri lgi...:)

fzamazlan said...

Gen Fujita~

hihi...kalau ikutkan rasa, macam nak buat satu lagi idea lain, tapi tetap berlatarbelakangkan zaman lampau. sebab, orang kita tak ramai nak buat filem sejarah ataupun lagenda yang menarik perhatian..sampai aye dah minat dengan cite cina/korea ala2 ancient/mainland tau..semuanya bermula sejak baca novel nih..

fzamazlan said...

♥ manje ♥
A nurazzah8
Blogger Su'AidaH IsmaiL
Blogger Muslimah Optimis
lemolemo, ~~

thanks. tulah, harap filem2 mcm ni akan menginsafkan ramai orang..dan sebenarnya berangan2 ni ..kalau ikutkan rasa, macam nak buat satu lagi idea lain, tapi tetap berlatarbelakangkan zaman lampau. sebab, orang kita tak ramai nak buat filem sejarah ataupun lagenda yang menarik perhatian..sampai aye dah minat dengan cite cina/korea ala2 ancient/mainland tau..semuanya bermula sejak baca novel nih..