tangan yang mencatat, mendongak ke langit..

You will never love for it...until you know them well...
Tak kenal maka tak cinta...
Showing posts with label luahan hati. Show all posts
Showing posts with label luahan hati. Show all posts

Thursday, January 19, 2012

bulan kedua 1433 Hijrah.

Assalamualaikum. ;)

dah hampir 4 minggu segala buku-buku sekolah tu tersusun cantik je dalam gerobok.
sayang sekali nak dibuang,boleh tengok lagi kalau perlu. Itulah kata hati. walaupun mata dah agak semak tengok bilik dah bertimbun dengan buku.
solusinya, kena rajin mengemas!
hehe. begitulah jua blog yang dah agak lama semak ni. dah lama dibiar sepi tanpa kata.
hari ni, buat kali ke berapa entah lah, sibuk keluar ke bandar mencari kerja.
ha. itulah aktiviti lepas tamat tahun persekolahan. cari kerja.
tapi, sudahnya...saye pergi Popular la nampaknya!


Terkenang..

sekarang, hamparan 9 bulan sudah tersedia. apa agaknya yang boleh ku dapat dalam masa 9 bulan ni?
em, teringat saat mengaminkan dengan bersungguh-sungguh doa Akhir Tahun dan Awal Tahun pada 1 Muharam 1433H.
Tahun baru Hijrah yang pada saye agak ringkas, tapi signifikan. sampai sekarang masih terkesan di hati.
“Ya Allah,ku memohon ilmu yang baik daripadaMu bagi mengharungi kehidupan ini.”
semua ucapan Malam Maal Hijrah ni saye hantar pada semua siblings aka kawan ketat2 6A6. em. sungguh. tahun ni paling byk main sms berangkai yang akhirnya buat daku pokai. hehe. tapi, berbaloi. bila menggunakan topup yang banyak semata-mata memegang Sunnah Nabi SAW. “Sampaikanlah walau satu ayat daripadaku.”

best la nanti, kita buat gathering 2gether pakai baju korporat biru tu! piewwet. hehe

tak dapat kerja ngan orang, kerja sendirik lagi bagus. tol ke?
merata dah mencari. sampai kat mudah.my. haha~~
sampai 2-3 kali berjalan, selama itulah duit mengalir bagaikan air..wahh..
bila saye nak kerja? ~~
sekadar meninggalkan nama pada tukang jaga kedai, selebihnya biar je la Allah tentukan.
hem.
jangan lah berulang lagi, bila kerja dengan tokeh..
"u boleh keluar waktu tengahari dan petang je", malam sampai balik, jaga kedai sampai tutup." kata dek tokeh.
"Tapi, saya perlu ambil masa sebanyak 5 minit je untuk keluar sembahyang pada waktu malam nanti, tak lama", cuba bertanya lagi..
"Tak boleh maa., nanti rugi saya punya kedai..".

alahai, tak payah fikir apa lagi. Caloo Betteh je la.


"buat kerja sendirik la yep. meniaga je."
ok. boleh. kena banyak timba pengalaman dulu baru buka perniagaan..tak gitu.
dan saye fikir lagi.kalau berblog..update pun sekali sekala..kenapakah?
kenapa masa sekolah tu begitu rajin? sekarang ni rajin jugak, cuma buka fb je kejenye. malas nak memerah otak ke?..

Banyak masa diluangkan bersama keluarga dan kawan-kawan. takpelah, kita hargai masa yang begitu free ni dengan menimba ilmu. tak gitu?
baca buku lalala~ jangan fesbuk yang tak berfaedah. ok cukup.

dan, esok nak keluar lagi, ada discussion idea. haha. itu jela kejenye.
apa-apa pun. asalkan otak terus bekerja, manfaatkan masa yang ada..
saye pun peruntukkan masa menulis dan menulis..

tak ler rasa rugikan dengan cuti yang begitu panjang ni kan..
paling terbaik, KHATAMkan..AL-Quran..;)

ok kan? 
ok. ni sesi pujuk hati sebab asyik terfikir, segala vacancy dah 'checkitout' pun. satu pun tak panggil2. mungkin belum rezeki agaknya.haha. adakah saye memilih? hihi. apa-apa pun. jangan buang masa, tapi, isi masa! masa itu emas ;)
satu lagi, nak isi borang UPU! seriau nak memilih! insyaAllah.pilih yang terbaik. ;)

Friday, July 15, 2011

Doaku...



Semakin hari, 
terasa masa semakin singkat.


"Hari ni dah hari Jumaat dah?
la..baru je minggu lepas kita suka-suka masa hari Koko....minggu depan dah periksa!"


satu lagi suara berkata "2 minggu lagi puasa", tak cukup dengan tu..
" bulan 8 akhir nanti ready for trial exam", dan fikiran terus bekerja memikirkan rancangan untuk mengejar masa yang tak meninggalkan kesan ni.


"okey. bulan 9..kerja kursus kamu akan dihantar ke Kementerian. Jadi, kita terus fokus pada penghasilan akhir", dengan muka tak beriak...kami mengangguk. Mengira beberapa detik yang masih ada.


"Masa pergi UPSI bulan lepas, masih lega lagi mengatakan..ada lagi 7 bulan nak periksa. boleh rileks lagi. jangan gelabah sangat", kata-kata itu diluahkan oleh kawan-kawanku dan masa tu memang masih boleh senyum lagi.


dan pada minggu ni, bila semak segala jadual. minggu depan..Ujian Penilaian pula muncul.


Baru Rabu lepas, tamat segala aktiviti sukan sekolah...dan ia akan menjdi lipatan kenangan untuk kali yang akhir zaman sekolah  menyertai perbarisan kawad kaki yang agak riang!
hem..walaupun hanya menang sorak..;)


Dan..setiap kali dihimpit masa..seorang manusia yng bertanggungjawab mesti pandai berkawan dengan masa. 
Hari demi hari yang kita lalui ni, semalam ibarat mimpi yang tak akan berulang lagi. hanya mampu diingati je. 
macam tulah...bila aye dan kawan satu kelas semua kena nasihat sikit..
sedarlah..korang dah setahun lebih dah kat pra-u ni! jangan sia-siakan masa selama setahun tunggang terbalik korang belajar....inilah masanya persediaan yang baik menentukan hasilnya pada tahun depan.


dan..aku..hamba yang lalai..berkira-kira..
"Ya Allah..lapangkanlah hatiku dalam meniti hari demi hari dan permudahkanlah urusanku..."


Surah al asyr :1-3
Demi masa, 
sesungguhnya manusia didalam kerugian,
melainkan yang beriman dan berpesan-pesan kepada kebaikan 

Alhamdulillah. semoga setiap hari bila kita sedar, masa semakin singkat..kita takkan mensia-siakan masa.
buat masa ni, apa yang aye paling nak buat ialah menulis cerita. tapi, masih dalam list. kita dahulukan yang penting dulu nampaknya.

semoga hari ni lebih baik dari hari semalam ;) 

suka ayat ni, status fb kawan aye..~
berdoa dengan terlalu mengharap doa itu akan makbul dengan segera sama seperti 

memaksa 

Tuhan mengubah aturan yang telah ditentukan-Nya. maka jadilah pendoa yang ikhlas, yang 

berdoa kerana yakin penuh bahawa Tuhan itu Maha Mendengar. sampai masa, doa itu akan 

makbul juga. bukankah Dia telah janjikan bahagia untuk semua :)



Monday, October 04, 2010

Mood malam..

SALAM..everybody..

Sekarang..aye nak tenangkan pemikiran ku ini..hehe..
esok ada Speaking MUET..poning kepala ese ni ha..
pening memikirkan topik yang cikgu nak bagi..nervous sume ada..
insyaAllah..kalau kita dah practice..bole je..lama kelamaan..

yang kelakarnya tu, lepas je kawan-kawan aye yang lain abis speaking, kitorang pun bantai speaking sama sampai balik sekolah..dashyat2..

esok pun nak hantar kolukium..
pra u punya kerja kursus wo.banyak!
.alhamdullillah dah siap, tinggal nak anta..
yeah..paling mencabar, nak kene bentangkan pada semua orang..siap ada juri lagi.
hebat tak hebat pra u punya keje..
apa-apa pun, ni coretan hati..hihi..tak kene mengena dengan yang dah pergi..
hihi..

sambil-sambil tu, aye nak layan lagu nie..menusuk kalbu dalam..dalam...dalam..
apa tu?



ada apa dengan lagu ni yek?buat orang 'angau' la..:-P

Saturday, September 18, 2010

tak de gune punye orang!!!!

Salam semua..

pada pagi yang mulia ni..terasa meremang pula rasanya..

tak tahu kenapa..peristiwa ragut beg kakak aye depan mata! Uish...mood dah tak berapa stabil..geram, sedih semua ada..
Tapi, sekarang dah okey..
mana tak nyer..segala macam barang dokumen apa-apa semua dalam beg..
peh...kejadian ini berlaku ketika kitorang dah belok nak masuk umah pon.
 Tiba-tiba dari arah belakang, muncul 2 lelaki bermotosikal, merampas beg yang ada dalam raga motor..
tergamam seh. Ya Allah..perasaan masa tu...
 Penyangak ni memang da aim dari awal agknyer...
Alhamdullillah...takde kecederaan pon. Cuma ye lah..
kerugian tu..
memang macam-macam perasaan masa tu..
dunia ni memang macam dah tak selamat!


Pergi buat repot kat balai polis, rupa-rupanya orang yang sama melakukan jenayah terkutuk nih kat ada satu aci ngan suami dia!
Astagfirullah...

Lepas ni, memang langkah lebih berjaga-jaga mesti diperketatkan! 
Adoie...lepaih ni..risau nyer nk pakai beg ek..
korang yang pernah kena, memang rasa la ape perasaan nyer..


Ya Allah lindungi kami daripada yang menjahati dan menzalimi kami...





lepas tu, aye surfing...
tips utk berjaga-jaga daripada peragut


Saturday, June 12, 2010

Katak dalam cawan..

Assolatu Wassalam!, semua,
Happy Good-Good Day!
erm..
Penat seh mengerahkan diri untuk post entry dalam blogku ini...isk..isk..-_-..
Sebenarnya aye banyak nak citer, tapi..agk...lambat..(gaya KJ kem aye)

Ye la..2 bulan lebih ku tinggal MPA ku tanpa sebarang posting..
alih-alih nak kene mula balik...waa..

takpe lar, aye akan berusaha untuk terus menulis!
ha,...
Satu kisah selepas aye keluar kem, dalam perjalanan balik ke umah, singgah makan kat satu warung nie..
dan..masa tu Buletin 1.30 tengah bersiaran. Bila je aye tengok Buletin tu,.aye tengok ada kapal besar . Dalam hati aye membuat spekulasi awal- Malaysia beli kapal baru kot..
Memang tak lekang mata aye tengok berita tu..tapi, masa tengok berita tu pun, aye masih tak berape nk paham citernyer..maka..aye terus menikmati makanan yg sedap tuh..

Naik kete, bace plak surat kabo yg baru dibeli...
-Kapal Rachel Corrie di tawan Tentera Zionis-

Tergamam. Memang tergamam. Terkejut pon ada. Israel?-Kuala Lumpur-? perh...dah cukup dekat dah tue..!
apa apaan ni?
Kejadian ni berlaku Sabtu yang lepas...
Lepas tu, aye bertanya la kepada abg kawan aye yg tgh memandu..
ni "ape cer ni Israel menahan 6 orang rakyat Malaysia?"
memang cuak je aye dengo berite2 cam ni..
orang Malaysia tu yang terlibat...sukarelawan pulak tu! betapa s**t nye Rejim Zionis nih...

tak sangka kan..rupa-rupanya sepanjang aye kat kem tu, ibarat berada dalam 'dunia sendiri'!
tataw ape cer yang terjadi ngan dunia luar....ish..ish...

Budak-budak Plkn Kem aye ni memang jarang2 tgk tv..apatah lagi nk buka n bace surat kabo..betul macam katak dalam cawan ataupon biasenyer bawah tempurung...
kirim salam ler nak tau macam-macam..alih2..kuar2 kem dengar macam-macam cerita...


Tak sangka kan keganasan Rejim Zionis dah semakin dekat dengan kita..
Benar-benar terkejut dengar berita nih..
betapa seriusnya apa yang berlaku di dunia luar berbanding dunia kem ku itu...
makin lama, perasaan SEMANGAT BERJUANG tu..makin menyelinap masuk dalam diri..
Ini pun aye tau sebab aye dapat pelepasan awal untuk tamat latihan..
aii...budak2 kem sane agaknya tak tahu ape-ape tentang ni sume..
bagus jugak balik awal yek..hihi..

Bukan tu je...berita pemergian buat selama-lamanya artis2 tanahair kita seperti Allahyarham Din Beramboi,Allahyarham Yanie Mentor dan Allahyarham Achik Spin...benar-benar buat aye insaf yang amat...
Hidup ini sebagai suatu persinggahan...yang kekal sebagai destinasi kita ialah -akhirat- semata..




Maka, kesimpulannya, akan datang, aye akan mengambil tahu walaupun baca surat khabar 5 minit jek untuk tahu apa yang berlaku kat dunia luar.


terutama isu kenegaraan...kalau pasal hiburan, aye tak berapa minat nak tahu...
bab-bab macam ni, memang aye ambil berat. Kalau tak amik tahu, rasa mcam tak layak duduk Malaysia..
Erm...renung-renungkan lah..bak kata seorang senior-
"budak-budak sekarang ni bukan nak amik tahu sangat pasal isu-isu kenegaraan, diorang lebih banyak dalm dunia sendiri"
erm...betul gak..aye tengok kengkawan aye yang lain, kalau tanya pasal benda2 yg bersifat kenegaraan ni, jarang diorang nak dapat jawapan..


Ha...teringat kelas kenegaraanku..


Till here,
-cilipadi-





Friday, June 11, 2010

kembalinya anakmu...Wirawati Harapan Bangsa!

Assalamualaikum, Salam 1 Malaysia, Salam Khidmat Negara, Salam Perpaduan....

Wow! Aye telah berjaya mengharungi perjalanan kehidupan nan mencabar sebagai Wirawati PLKN selama 2 bulan lebih.
Dan hari ni...hari yang ke 5, aye kat umah..
mengingati..dn mengenang..dan terus mengenang hari-hari yang telah ku lalui di Kem PLKN.....

Pulang dengan...penuh ilmu di dada..ya, harapan negara terhadap program ni tak boleh dihampakan.
Harapan dan matlamat program ni kan nak wujudkan anak-anak muda yang bersifat patriotisme, kan?
Alhamdullillah...sejak sebelum aye melangkah masuk ke dalam PLKN ni pun, dah menyerap masuk pun semangat tu!

Perasaan bila pulang?
Aye terasa masa begitu pantas berlalu. Perh...hidup dalam hutan tu, pembaca-pembaca sekalian...
Yang tak dapat aye lupakan...udara nan segar yang sentiasa dapat dihirup..
ha,..bukan selalu dapat rasa kehidupan ala-ala dalam hutan nan menghijau ni..:-D
Nikmat terasa walaupun masih terasa betapa sengsaranya perasaan yang membuak-buak nak balik iaitu sewaktu awal-awal aye menjejakkan kaki ke kem tu...

3 bulan kerja, dan 2 bulan lebih kat PLKN dan selepas tu...sambung belajar...
tup., tup dah bulan 6....betapa aye rasa dan menyedari...masa memang takkan menunggu kita menggapainya, tpi kita yang harus berusaha mengejarnya!

Al maklum...hidup sebagai Wirawati PLKN ni..aye belajar banyak perkara, kenal macam -macam orang..dan telah pun mengenal dan mencipta falsafah-falsafah yang boleh mengingatkan aye tentang ERTI HIDUP.

 Sebagai manusia,-MANUSIA- ya! kita belajar melalui cikgu yang bernama- PENGALAMAN-
falsafah ni aye dengar dan aye hayati...
Perjalanan masih panjang...

Walaupun sepatutnya, semua perlu terlibat dalam Majlis perpisahan yang akhir yang kedengaran seronok tu..tapi, tak dapatlah aye memunculkan diri...
Sebab aye dah dapat pelepsan awal atas sebb menyambung pelajaran..
Nak kata rasa rugi tu, memang ada sikit...tapi, ye lah...setiap apa-apa yaang berlaku, mesti..mesti ada HIKMAH.
Mals den nak pikir banyak. lagi pun, ramai lagi yang balik awal..
Tak perlu pikir beno. Nanti bertambah rasa rugi...padahal, memang kita kena balik kan..
Takpelah, lagipun, aye dah ucap terima kasih kat cikgu-cikgu kat sane tu...

Dan..balik je  umah..sejujurnya, aye rindu2 dengan keluarga terutamanya! Semunya dah ada berkumpul kat umah! kecuali..aye! cedih aw...
dan paling aye nak buat ialah menulis!...dan baru hari ni, RAJIN nak menaip kat blog dan menjengah blog daku yang sudah 2 buln lebih 'bersawang-sawang' ni...


Aduii...cian yek Mata Pena Alsunan..yek..
Lepas ni, aye nak ubah design ckit la...lame dah pakai design ni...
Tapi, klu dah tukar design, template kene susun gak!
Adoie...adakah perlu tukar2 design selalu, kawan-kawan blogger sekalian?
(bole eh confuse...hehe)


ok lah...aye nak ringkaskan bahawa---PLKN...~New tale has begun in my life~

till here,
--cilipadi---