tangan yang mencatat, mendongak ke langit..

You will never love for it...until you know them well...
Tak kenal maka tak cinta...
Showing posts with label berita semasa. Show all posts
Showing posts with label berita semasa. Show all posts

Sunday, January 23, 2011

Malaysia Boleh:Lee Chong Wei memenangi Kejohanan Badminton Proton Malaysia Open 2011> JUARA TUJUH KALI

Perlawanan antara Dato' Lee Chong Wei dan Taufik Hidayat daripada Indonesia telah ditamatkan dengan kemenangan berpihak pada Pemain Badminton No 1 Dunia~ Lee Chong Wei.
Keputusan akhir mencatatkan 21 mata bagi Dato' lee Chong Wei dan 18 mata bagi Taufik Hidayat.
Juara memenangi RM 96,000 dalam kejohanan ini. Dato Lee Chong Wei telah memenangi kejuaraan yang ke 7. Beliau akan berangkat ke Seoul selepas penyampaian hadiah.

Langsung daripada KL.

Saturday, January 08, 2011

Al fatihah...Selepas 23 hari: Mangsa tikam 19 kali meninggal dunia

January 8, 2011
 
07/01/2011 2:40pm

JOHOR BAHRU 7 Jan. - Selepas 23 hari bertarung nyawa di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini, akhirnya mangsa tikam 19 kali dan disimbah asid, Nur Ain Ashikin Jemedi, 18, disahkan meninggal dunia pukul 8.34 pagi tadi.
Jenazah Nur Ashikin akan dibawa pulang untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Redan, Kota Tinggi hari ini.
Dalam kejadian 9.15 pagi 16 Disember lalu, mangsa yang berasal dari Kampung Baru Sungai Redan, Kota Tinggi ditikam bertubi-tubi di beberapa bahagian tubuh termasuk kiri dan kanan punggung, belakang badan, kedua-dua belah tangan dan kaki selain melecur 75 peratus akibat disimbah dengan asid oleh seorang lelaki berusia 42 tahun kerana dikatakan tidak dapat menerima hakikat cintanya ditolak oleh mangsa selain perasaan cemburu.
Nur Ain yang mengandung lima bulan turut kehilangan anak dalam kandungannya kesan daripada tikaman tersebut.
Suspek, Habin Sulaiman, yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kota Tinggi Isnin lalu kemudian dijatuhi hukuman penjara 17 tahun dan lima sebatan selepas mengaku bersalah atas dua tuduhan cubaan membunuh dan menyebabkan kecederaan terhadap Nur Ain. - Utusan



Thursday, December 30, 2010

Malaysia...kau mengucup piala Suzuki akhirnya!

 Melangkah ke tahun baru..satu lagi kejayaan yang manis buat Malaysia!

Malaysia menang dan kita cutiii!

hihi..suka la sebab semua ada kat rumah..

memang menduga perasaan tengok perlawanan tadi!

apa-apa pun motivasi makin tinggi, berusaha sampai berjaya..!

 

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi mengumumkan Jumaat ini (31 Disember) sebagai cuti umum sempena kejayaan sulung pasukan bola sepak kebangsaan pada kejohanan Piala AFF Suzuki 2010. - BERNAMA

 : BHARIAN
Terima kasih PM , MALAYSIA !