tangan yang mencatat, mendongak ke langit..

You will never love for it...until you know them well...
Tak kenal maka tak cinta...
Showing posts with label islam dan kita. Show all posts
Showing posts with label islam dan kita. Show all posts

Monday, June 27, 2011

Wahai Jiwa-Jiwa Yang Tenang...

  Salam,

hari ni..bertarikh..25 Rejab..insyaAllah...puasa yok..

ada lagi lebih kurang 30 hari..kita akan mengucapkan Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan ;)

walaupun daku tiba-tiba celik baru tadi.

ada sesuatu yang terlintas di fikiran..dalam waktu sepertiga malam ni..

saja nak kongsi ni..sesuatu yang banyak kali terlintas selepas aye ikuti rancangan Imam Muda dan dengan fikiran yang sering teringat intipati novel Sutera Bidadari-Ramlee Awang Murshid. ;)

Jiwa Remaja

Jiwa remaja,
Semua benda hendak dicuba,
Nafsu berkata tidak apa,
Iman berkata jangan...

Jiwa remaja,
Selalu memenangkan nafsu,
Ajaran agama sering dilupakan,
Sehingga terjerumus ke lembah maksiat..

Jiwa remaja,
Sering kali terdorong melakukan maksiat,
Mana mungkin iman setipis ini,
Mampu menahan godaan sang wanita..

Jiwa remaja,
Perlukan bimbingan,
Mencari kasih sayang,
Mencari perhatian..

Jiwa remaja,
Kalau tidak dibimbing,
Pasti akan hanyut..
Ibubapalah yang harus menjadi arah.

Jiwa remaja,
Andai dibiarkan,
Mereka tidak akan ingat dunia,
Apa yang penting adalah kepuasan bagi mereka.

*****

Ya Allah,
Aku memohon kepadamu..
Berikanlah aku kekuatan untuk menempuh dugaan-Mu.
Berikanlah aku semangat agar aku menjadi pemuda yang menegakkan syiar-Mu.
Berikanlah aku sifat sabar agar aku dapat mengekang nafsu ini.
Berikanlah aku petunjuk dan hidayah agar aku menjadi orang yang beriman dan bertaqwa.

Bantulah aku dalam perjuangan menentang nafsu ini.....

Jadikanlah aku pemuda yang beriman seperti para sahabat Rasulullah.

Sesungguhnya tiada daya upayaku tanpa kekuasaan Mu.

****


Pemuda Islam lah yang harus bangkit pada hari ini. Bersihkan jiwa mereka. Tanamkan sifat kecintaan mereka terhadap Allah dan Rasul. Jauhkan dunia daripada mereka. 

Jadikan mereka Umar Al Khattab!
Jadikan mereka Ali Bin Abi Talib.
Jadikan mereka Usamah bin Zaid bin Harithah.

Jadikan mereka pemuda-pemudi yang beriman. Mereka lah yang akan meneruskan Syiar Islam ini. Bangkitlah! Bangkitlah!
hafizah: menonton Imam Muda..bukan suka-suka..tapi ingin menambahkan ilmu yang sejahtera.. 
semoga bertambah ilmu, bertambahlah kemanisan iman ;)


Saturday, June 18, 2011

Di Pondok Kecil- Ayahku Sayang..

Salam.,..

Ayah, abah, walid, papa dan apa jua panggilan yang diberikan merujuk pada lelaki yang bertanggungjawab dalam mengembang biak umat Nabi Muhammad ke atas muka bumi ini. Sungguhpun di dalam Islam kedudukan ibu jauh lebih tinggi berbanding bapa, namun hak sebagai seorang bapa juga perlu diakui oleh anak-anak. Tiada mereka bererti tiadalah kita di dunia ini.SELAMAT HARI BAPA.........



Thursday, June 16, 2011

Gerhana Bulan di Sepertiga Malam Rejab 1432 (2011)

Salam, 
malam tadi..tanpa pengetahuanku..wa...dah berlaku gerhana bulan..
tup..tup..pagi tadi kul 9 baru tahu...rupa-rupanya..aku tertinggal keretapi..;'(
ikut berita yang diterima, ia diramal berlaku pada malam ini...
Kuasa Allah...terjadilah fenomena alam yang indah ini pada sepertiga malam pagi khamis tadi,...



em..kuciwa...aye tak tahulah..agaknya kalau kat sekitar taman ni, boleh nampak ataupun tak...
takpe lah..takde rezeki nak diberi kesempatan melihat secara langsung...
walau apapun, 
syukur alhamdullillah kepada mereka-mereka yang telah mengerjakan solat sunat gerhana sewaktu kejadian gerhana.
semoga kita sentisa berusaha meningkatkan ketakwaan kepada Allah s.w.t..

memang beriya aye post artikel tentang gerhana yang dikatakan berlaku malam ni, tapi...itulah..Kekuasaan Allh sungguh besar jika kita sentisa memikirkan..
"Maka pandangilah langit..saksikan bulan dan bintang-bintang,..
sesungguhnya kebesaran Allah itu akan menusuk di hati bila kita mahu berfikir... "
walau apa pun...saksikan dan hayati fenomena ini dengan menyaksikan video ini...
credits pada fb Imam Muda nazrul.






 Berlaku pada ( 16 Jun 2011 )

"Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada pertukuran malam dan siang, ada tanda-tanda kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah bagi orang-orang yang berakal: Iaitu orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi sambil berkata: Wahai Tuhan kami! Tidaklah engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau maka peliharalah kami dari azab neraka."-Ali 'Imran ayat 190 -- 191

Bagi sahabat2 yang tak sempat melihat secara live bagaimana berlaku gerhana bulan berlaku pada jam 3.22 pagi ( mlaysia) ,video dari syahirul.com



Sunday, June 05, 2011

Doa naik kenderaan-INGAT SENTIASA! ^_^

Salam dan selamat sejahtera kepada semua
ahah...kepada kawan-kawan sekelas dan seperjuanganku..
esok kita akan pergi jalan jauh...
pergi ke utara...
UPSI dan UITM..
esok malam! insyaAllah...rombongan akan bermula..
semoga banyak manfaat yang dapat diambil nanti..
kita berdoa semoga semuanya berjalan lancar nanti..


jangan lupa nak jalan jauh ni...
kita baca doa naik kenderaan ni ;)





Sebelum menaiki kenderaan bacalah doa ini.Riwayat ada mengatakan jika dalam sebuah kapal ada cuma seorang sahaja yang membacakan doa ini, insyaAllah akan selamat sepanjang perjalanan.
Ertinya:
“Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya. Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali!”
(surah Az-Zukhruf  13-14)

insyaAllah..segala perancangan diserahkan kepada Allah je.

jangan suka-suka atau overexcited ea, kita bersikap seadanya sudah....
dan kalau nak rajin, kita buatlah solat hajat semoga dilancarkan perjalanan..;)

dan..bermula esok sampai 4 hari nanti..aye tare posting di sini..kita jumpa nanti ye. insyaAllah..
doakan perjalanan kami selamat! ^_^

suka tak entri ni? ^_^ 

Solat istikharah- Takdir Yang Terindah (BHG 2)

Betapa pentingnya Solat Istikharah ini sebagaimana pentingnya kita mempelajari al-Quran.
sambungan: solat istikharah-Takdir Yang Terindah (BHG 1)


Sebagai satu iktibar dan renungan penulis ingin berkongsi beberapa contoh kisah benar yang berlaku di kalangan sahabat-sahabat yang terlupa mengamalkan solat istikharah. Nama dalam kisah ini bukan nama sebenar.

Kisah-1
Setelah berpindah randah dari satu rumah sewa ke rumah sewa, akhirnya tergerak hati Salim untuk memiliki rumah sendiri. Lalu dia melihat iklan di surat khabar dan berkenan dengan tawaran rumah yang agak munasabah harganya. Rumah tersebut masih belum dibina lagi tetapi pihak pemaju telah menawarkan pakej jualan yang istimewa. Pihak pemaju perumahan memberi jaminan rumah tersebut akan siap dalam masa dua tahun. Salim berminat dengan rumah tersebut lalu terus membelinya. Kini lima tahun telah berlalu, projek perumahan itu telah terbengkalai kerana pemaju telah bankrupt. Salim terpaksa membayar ansuran bulanan hutang kepada bank walaupun rumah yang diidamkan masih tidak wujud.

Kisah-2
Abu dan Salmah telah berkahwin selama 4 tahun. Mereka dikurniakan dengan dua orang cahaya mata. Anak yang sulung telah berumur 3 tahun dan yang kedua masih 8 bulan. Mereka berasa agak susah hendak ke sana kemari kerana hanya memiliki motosikal. Satu hari Salmah mencadangkan kepada Abu untuk membeli kereta. Abu lalu terus pergi ke Perodua Show room untuk melihat-lihat kereta. Dia berkenan dengan model Kelisa lalu terus membelinya. Selang sebulan keretanya kena curi. Dah enam bulan berlalu keretanya masih tidak ditemui, tetapi dia masih membayar ansuran bulanan dengan pihak bank kerana pampasan yang pihak insurans bagi tidak mencukupi untuk melangsaikan bayaran baki hutang dengan pihak bank.
Kisah-3
Munirah akhirnya terpikat dengan pujukan rakan satu ofisnya Hafsah untuk melabur dalam satu skim pelaburan di internet. Dia akhirnya mengeluarkan sehingga RM10,000 untuk pelaburan tersebut. Dua tahun telah berlalu duit pelaburannya lesap tak nampak bayang.

Kisah-4
Rashid dan Zakiah telah mempunyai tiga orang anak. Mereka bercadang untuk mengambil pembantu rumah Indonesia. Mereka pergi ke agensi pembantu rumah dan terus memilih seorang pembantu rumah yang terdapat dalam senarai biodata. Selang dua bulan pembantu rumah pun sampai dan berkhidmat kepada mereka seperti yang dijangkakan. Tiga bulan berlalu tiba-tiba pada satu hari didapati pembantunya telah lari dari rumah.
Kisah yang dipaparkan di atas adalah kisah benar di mana penulis sendiri bertanya kepada mereka adakah mereka telah melakukan Solat Istikharah sebelum memilih atau membuat keputusan. Mereka kata langsung tak terfikir hendak melakukannya.

Kisah -5
Iskandar berumur 40 tahun telah berkahwin dan mempunyai enam orang anak. Suatu hari dia mendapat telefon dari kawan baiknya Jaafar. Jaafar hendak memberikan satu hadiah istimewa kerana jasa Iskandar yang telah menyelesaikan masalah keluarganya. Jaafar hendak menawarkan kepadanya perbelanjaan pakej menunaikan haji untuk suami isteri ditanggung sepenuhnya iaitu RM15,000 setiap orang. Hati Iskandar gembira bukan kepalang kerana sudah lama dia mengidam untuk menunaikan haji. Lagipun duit simpanan dalam tabung hajinya baru RM3000.  Iskandar tidak terus menerima hadiah tersebut sebaliknya dia memberi tempoh tiga hari untuk membuat keputusan. Iskandar melakukan Solat Istikharah tiga malam berturut-turut. Pada hari keempat dia berjumpa Jaafar mengatakan dia sangat berat untuk menerima hadiah tersebut. Dia mengatakan ingin pergi menunaikan haji dengan duit pendapatan sendiri. Jaafar agak kecewa, dipujuknya namun Iskandar tidak terima juga. Selang dua bulan selepas itu baru Iskandar mendapat tahu duit yang hendak diberikan kepadanya  itu adalah dari duit riba iaitu interest bank konvensional akaun simpanan tetap Jaafar.  Jaafar telah tersalah sangka. Disangkanya bahawa duit riba boleh dihadiahkan kepada orang lain tetapi tidak boleh digunakan sendiri.

Kisah-6
Cikgu Imran telah mendapat arahan pertukaran sekolah dari Sabak Bernam ke Sandakan. Bila menerima surat tersebut hatinya agak gembira kerana ingin memberi khidmat di kawasan pedalaman. Baginya tidak ada masalah sebab masih bujang, dan teringin sangat hendak ke Sabah. Dia solat Istikharah walaupun keputusan telah ditetapkan oleh kementerian kepadanya. Dia berdoa “Ya Allah kalau pemergian aku ke Sandakan ini baik untukku dan agamaku maka permudahkanlah jika tidak kau gantikanlah dengan yang lebih baik dan sempurna”. Selang dua minggu Pengetua disekolahnya memberitahu kepadanya pertukaran dia ke Sabah di tarik balik disebabkan masalah teknikal. Dia rasa agak pelik namun tidak kecewa malah tetap gembira kerana telah melakukan solat istikharah. Dia yakin ini yang terbaik di pilih oleh Allah untuknya. Selang sebulan dia bertemu Jodoh dengan Ustazah (al-Hafizah) yang baru berpindah di taman tempat dia tinggal.
Semua kisah yang dipaparkan di atas adalah kisah benar yang boleh kita ambil iktibar dan pengajaran. Yang pastinya kita tidak akan rugi di dunia dan akhirat bila beramal dengan Solat Istikharah ini.
Dewasa ini ramai di kalangan kita hendak membeli rumah yang berharga lebih RM200,000. Bayaran balik mungkin mengambil masa selama 20 hingga 25 tahun. Dalam tempoh tersebut macam-macam perkara boleh terjadi. Jika sekiranya kita melakukan Solat Istikharah sebelum membeli rumah tersebut, pasti Allah akan mendorongkan kita membuat pilihan yang tepat dan memudahkan segala urusan. Penulis ada bertemu dengan beberapa sahabat yang melakukan Solat Istikharah sebelum membeli rumah, Alhamdulillah segala urusan menjadi mudah dan dapat membayar balik hutang rumah lebih awal daripada yang dijangkakan.
Seperkara lagi, supaya Allah SWT memakbulkan doa kita,  jauhilah segala bentuk pinjaman yang ada unsur-unsur riba’ seperti dari sistem konvensional. Pilihlah sistem perbankan Islam semoga Allah memberikan keberkatan dan menurunkan rahmatnya sepanjang tempoh pinjaman di buat. Yakin dan percayalah jika kita mengikut suruhan Allah, pasti Allah akan membantu kita di ketika senang dan susah. Jika Allah bantu kita tiada sesiapa yang boleh menghalangnya.


Mengikut beberapa buah kitab seperti Kitab Minyatul Musolli, Sabilal Muhtadin dan Sairus Salikin, secara ringkasnya cara melakukan Solat Istikharah adalah seperti berikut;
  • Waktu yang terbaik ialah pada 2/3 malam (iaitu sekitar pukul 2 pagi). Bagaimana pun boleh dilakukan pada bila-bila masa dalam waktu yang di haruskan sembahyang contohnya selepas maghrib.
  • Niatnya “Sahaja aku sembahyang sunat istikharah dua rakaat kerana Allah ta’ala”
  • Dalam rakaat pertama selepas Surah Al-Fatihah baca Surah Al-Kafirun atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca.
  • Dalam rakaat kedua selepas Surah Al-Fatihah baca Surah Al-Ikhlas atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca.
  • Selepas memberi salam baca doa berikut (mulakan dengan basmalah dan selawat dahulu).
doaistikharah.jpg
Terjemahan Doa’ :
Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini (…sebutkan hajat..) adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini (…sebutkan hajat..) membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya. (Dari hadis riwayat Imam Bukhari)

Semoga artikel pendek ini memberi manfaat kepada kita semua.
Wallah hu ‘alam

credits~mutiara hati blog


Solat istikharah- Takdir Yang Terindah- Bahagian 1

Oleh: Ismail Abu Bakar


dilemma.jpgBila di sebut sahaja Solat Istikharah kebanyakan di kalangan kita hanya terkenangkan ketika hendak memilih jodoh. Ia begitu sinonim sekali dalam membuat keputusan untuk memilih bakal teman hidup tidak kira bagi lelaki atau perempuan. Perkara ini mungkin berlaku kerana penekanan di kalangan sesetengah Ustaz dalam soal istikharah ini dikaitkan dengan memilih jodoh sahaja.
Sebenarnya amalan Solat Sunat Istikharah ini skopnya lebih luas. Kita kadang-kadang tidak diberikan peringatan dalam soal ini. Sedangkan amalan Solat Istikharah ini sangat-sangat di galakkan oleh
Rasulullah sebagaimana disebut dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari;
Mahfum Hadis: Dari Jabir ra., ia berkata: “Nabi pernah mengajarkan kepada kami Istikharah dalam berbagai urusan, seperti mengajarkan sebuah surah dalam Al Quran. Kalau seseorang dari kamu menghendaki sesuatu, maka hendaklah ia solat dua rakaat, kemudian berdoa:
Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini  membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya.


pascaskrip:
terfikir nak buat entri ni untuk menerobos segala macam kekusutan.
sesungguhnya solat istikharah merupakan kurniaan Allah.
Dalam rancangan Tanyalah Ustaz yang aye tengok menceritakan tentang Mimpi,
Ustaz Fauzi Al Kuliyyah tu kata, petunjuk selepas solat istikharah tu sendiri, Allah tunjukkan dalam pelbagai cara dan hikmah.
Subhanallah. ada antara kita selalu kata dalam mimpi, tapi tak semestinya dalam mimpi..boleh jadi Allah menggerakkan hati kita ke arah yang baik. InsyaAllah.
dan paling penting, solat istikharah bukan sekadar nak memilih dalam jodoh je.
tapi luas skopnya..
macam kita para pelajar ni pun..boleh buat juga...
Istikharah~berserah kepada Allah.
semoga dengan kita bersolat istikharah ni..menjadikan tawakal kita setinggi-tinggi kepada Allah.

ok...kita ke Solat Istikharah-Takdir Yang terindah BHG 2 lepas ni tentang cara-caranya..



Virus Soksek..

Salam,

wah..hangat sungguh isu artis menghambur kata-kata kesat pada blogger...uhu..
kesat dalam bahasa inggeris..lagilah kesat maknanya..gara-gara klip arahannya yang mendapat kritikan hebat terutamanya dari bloggers...
ape namanya...sabit eh..Gambit.
tak berapa kenal orang ni pun..tup..tup isu ni yang menaikkan nama dia...

malas nak amik port sangat. 
baik hangpa pi layan Imam Muda ka..belajar banyak2 daripada kajian dan carian diorang tu..lagi baik..
kan (tengah memahamkan tema2 Imam Muda yang lepas)..

aye teringat Tajuk Forum Perdana 2 minggu lepas cerita pasal "Virus Soksek.."
hah..
kan Rasullullah dah berpesan siap-siap...

kata-kata tu lebih tajam dari mata pedang..
sungguh bahaya. 

lagi-lagi kita-kita semua yang berada dalam alam maya yang penuh kesenangan untuk menulis macam-macam.
kata Ustaz yang menjadi panel tu., 

kita ni dah lah pahala tak banyak, toksahlah nak tambah-tambah dosa pulak..nanti timbangan kat bahagian pahala ringan, yang berat bahagian dosa pula...

jaga hati, jaga minda...renung-renungkan dan selamat beramal...

Friday, June 03, 2011

Pelangi berkembar!

Salam petang Jumaat..
wahh..asal buka blog beng ashaari...wah...ada aja :ta" Seth langsung la u ni..."
hihi..
sejak keluar Nora Elena ni, aye lebih prefer baca novelnya hasil karya Meen Zulaikha.
eheh..imaginasi yang lebih baik diperlukan ye...;)

semalam...tergelak tersenyum tengok si pasangan yang baru baik ni Seth-Nora ni..
"tengok..cantiknya pelangi tu!"kata Seth. siap nak ambil gambar lagi.
lepas tu datang pula isterinya Nora.yeah,..romantikk kan! hihi


"Pelangi berkembar!"
Kita rasa bersedih dan muram bila turunnya hujan ketika hari masih disentuh teriknya mentari...rupa-rupanya...Allah nak hadiahkan PELANGI untuk kita ...sweet kan?

 pelangi..
fenomena alam yang cantik ciptaan Allah.


It takes sun and rain to make a rainbow

itulah dia...kadang-kadang kita bersedih tatkala hujan turun..
tapi, kita lupa hujan takkan selamanya...pasti akan muncul juga mentari di sebalik awan nanti...
cerita alam kalau kita renungkan, memang kita akan bermotivasi, kan?
huh..aye teringat..kawan aye, Shukri yang mesej aye masa nampak pelangi ;)
suke kan?

pelangi ni bukan susah nak nampak...tapi, bila nampak, tak ramai yang perasan kehadirannya.,
hari tu, masa nak pergi kayak, aye nampak pelangi..nak amik gambar jugak..
tapi, tak dapat nak dapat imejnya almaklum..hp ku mahal..hehe..
takpe...mata hati lebih jauh menilai kecantikan pelangi itu sendiri..;)
tapi, yang nak cerita ni..semua orang melihat ke arah yang sama..tapi, tak nampak pun pelangi tu!
pelangi ni kebiasaannya akan muncul selama 10 minit je..

itulah dia..yang bernama kebahagiaan..
melihat pelangi melihat kebahagiaan..lagi2 lepas aye baca Sutera Bidadari..ape cer? cer citer..;)



Rejab menjelma...periksa hutang kita..

Salam,
esok dah masuk bulan Islam yang ketujuh iaitu Rejab.
insyaAllah...kita puasa ramai-ramai yok..
ada lagi 2 bulan kita akan menyambut bulan Ramadhan.
uh..sejak 3-4 tahun ni, suka tol rasanya bila nak masuk bulan Ramadhan.
bukan semata-mata kalau sekolah balik awal, tapi...suasana bula Ramadhan ni., lain rasanya dengan bulan bulan yang lain..
lainnnya..
kalau malam, pergi Tarawikh..makan free(semestinya)
lagi, bila puasa, rasa bertenaga dan semangat tu tinggi.
almaklum..nak tahan diri sampai ke pukul 7 malam..
tak ke kalau tak kerana sabar, asyik nak berguling je nak buka cepat-cepat..
ni memang tak lain tak bukan sebab nafsu..
masa kita kecik kecik dulu kan...seronok kalau cerita..
apa-apa pun.. aye nak kongsi kelebihan bulan Rejab ni,..

Berkata Saidina Ali:

* Puasa Rejab 13 hari seperti puasa tiga ribu tahun.
* Puasa Rejab 14 hari seperti puasa sepuluh ribu tahun.
* Puasa Rejab 15 hari seperti puasa seratus ribu tahun.

Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Qur'an atas segala Qalam.

Puasa sehari pada bulan Rejab seperti puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari Syurga.

Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di atas Titi Sirotalmustaqim di hari kiamat.

Puasa sehari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya.

Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya.
  • Bulan Rejab Syahrullah (Bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah. Puasa Bulan Rejab wajib baginya:
* Diampunkan dosanya yang lalu.
* Dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal.
* Terlepas dari dahaga di hari kiamat.
  • Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti. Sasiapa bersedekah padabulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribu kejahatan.

  • Tiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali.
  •  
  • Bulan Rejab bulan Allah. Bersedekah pada bulan Rejab dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah. Allah jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh dengan
  •  
  • Malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada Umat Muhammad. 
Allah berfirman: Telah aku ampunkan mereka! Barangsiapa meminta ampun (bersitighfar) kepada Allah pagi dan petang 70 kali atau 100 kali, pada bulan
Rejab di haramkan tubuhnya daripada api neraka.
  • Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya:
"Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggian Ku dankebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu. Engkau adalah jiranKu dibawah `arasyKu, engkau kekasihKu daripada segala makhlukKu,
engkau  mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu dan antara kau".
(dari kitabRaudatul Ifkar)
  • Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari ISRAK-MIKRAJ.
  •  
  • Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus.
  •  
  • Siapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya(berjaga), seperti dia berpuasa tiga ribu tahun.
  •  
  • Diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Qur'an dinaik ketika berlalu di Titi Sirotalmustaqim.
  •  
Rejab ertinya ta'zim (kebesaran, keagungan, kemuliaan). (Rahmat, pemurah, kebajikan). Kerana kebesaran, keagungan dan kemuliaan bulan Rejab itu
 maka Allah limpahkan rahmatNya, kemurahanNya dan terhadap hamba-hambaNya yang beriman dan beramal solih pada  

Subhanallah..banyak memang banyak kelebihan..
kita tinggal kaut je apa yang ada pada bulan Rejab.
insyaAllah..kita sama-sama menjalani bulan ni dengan barakah.
ok..esok nak bangun untuk sahur! 



Monday, May 30, 2011

Kasihanilah Kaum Adam..

Elly bangun tidur. Terus ke meja study. On laptop.  
Password : ******



~~~~~~~~




Welcome




Cursor di arah ke YouCam.




“nak snap pic dulu la. Muka baru bangun tidor..yeeaaahh!!”




Klik..klik..klik…




Save in…’aku cute’ folder.




Cursor di arah ke Celcom..double click! Connect…




“Yes! Dapat pun connect. Ingatkan dah terminate..hehe”




www.facebook.com




email password




aku_cute@yehaa.combact ******




upload photo




create album : buchuk baru bangun tdo!ngee~




location : -




“da settle da upload..yes!”




Muhd Khairy likes your photo




Boboy commented on your photo




Haziq, haikal, boboy and 26 others friends commented on your photo.




“Giler banyak..hehe baru je letak kot”




Boboy : awak ni cute sgt la..mcm amoy!




Khairi : cun abis~




Haziq : sgt comel la dia br bngun tdo..alolo~




Elly : eh..xla..mne ade..trime kasih..xcute pun…




1 message received




Opening……




Unknown :




“wah..cantik gambar. Awak ni memang suka tayang muka kat orang ke? Tahu la muka tu cantik tapi tak perlu lah nak tayang sangat der. Jaga la muka tu untuk suami. Kalau setakat 2 3 gambar ok jugak tapi kalau dah bangun tidur pun awak nak bagi tunjuk kat orang, koyak la macam ni..koyak iman kaum adam weh…nak bertanggungjawab ke kalau iman lelaki koyak disebabkan awak?? Saya tengok gambar awak yang da lama bangun tidur pun macam baru bangun tidur je sebab tak bertudung. Setahu saya orang baru bangun tidur, tak bertudung. 

Lagipun dress up awak gempak sangat la…baju mahal tapi kain sikit. Duit dah banyak keluar beli baju, tapi ketat-ketat jugak. Saya yang tengok ni pun dapat rasa sempit dada pakai baju macam tu. Bukan sengaja nak tengok, dah korang tunjuk, susah la saya  dan lelaki lain nak jaga pandangan.

Tolonglah kasihankan ktorang ni. Ni yang saya nak tanya sangat ni..gambar awak yang lain mata semua hitam2 dek celak, bibir merah dek lipstick memang macam anak patung la. Rajin pulak korang make-up macam tu kan?hehe agak-agak antara pakai make-up dengan berwudhuk, mana lebih cepat & senang? K la..saya tahu awak tahu y awak sendiri TAHU y awak tengah mendedahkan aurat awak pada orang yang tak sepatutnya. Janganlah jadi perosak iman kami. Terima kasih luangkan masa..salam =) ”




wallahu'alam~
ehsan iluvislam
  

cik hafizah~siapa-siapa yang sentap baca ni..baguslah..kalau takde perasaan..tataw la..semoga cepatlah sedar... 

Friday, April 08, 2011

{ Mood: alpha } hadiah tiket pergi tak balik balik... ;)

Salam, mata celik lagi ni..
aye dengar lagu ni masa streaming IKIM. FM tadi.

tahu tak setiap daripada kita dapat tiket percuma..semua orang ada..
tak payah minta, sampai masanya nanti..dapatlah kita tiket gunakan tiket tu...
tak payah nak guna flight serba canggih segala..

apa tu?

Pergi tak kembali..

Setiap insan pastikan merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang akan dibawa

Terdengar sayup surah dibaca

Sayu alunan suara
Cemas di dada lemah tak bermaya
Terbuka hijap di depan mata

Selamat tinggal pada semua

Berpisah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baiklah atau sebaliknya

Amalan dan taqwa jadi bekalan

Sejahtera, bahagia pulang...kesana

Sekujur badan berselimut putih

Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit seluas pusara

Soal bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya

Yang tinggal hanyalah kanangan
Diiringi doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi


yea...inilah dia tiket pergi tak balik-balik..bermalam-malam lah kita di alam barzakh sana..

Semalam, hari yang terkejut juga bagi aye.
Pak Ngah aye di  Parit Daun..pergi buat selama-lamanya.
pemergian yang benar-benar terkesan di hati.
Allahyarham seorang yang peramah, baik, suka berlawak, pulak tu..bagaikan bapa pada kami anak sedaranya..
balik sekolah setelah aye suka-suki segala (ketawa sampai sakit tekak)
pukul 4.3o petang, 
"Pak Ngah dah meninggal", kata mama.
"Pak Ngah mana?" huh..
"pak Ngah Selamat "...
dan tak tahu nak kata apa..lepas beberapa minit..

then, only the simple line can make us realize that..
We are always Allah's belong..and to Allah we'll be back....

innalillahiwainnaillahirojiun...
dan aye ingat satu kata-kata Ustaz masa dengar IKIM. FM
"perjalanan mereka (yang sudah pergi selama-lamanya) di muka bumi sudah tamat...tinggal kita yang hidup teruskan perjuangan untuk menempah kebahagiaan dunia dan akhirat.."

that's the fact.

Sememangnya kesedihan tak boleh dibendung. Yang boleh dilakukan ialah memohon kekuatan...daripada The One and Only~ Allah s.w.t


sepertimana yang aye alami..sewaktu pemergian atuk..cerita dia yang pergi..
  
hem. segalanya berlaku dengan pantas, tak sedar masa makin cepat.
apa-apa pun..
inilah dia. setiap hari berita kematian akan ada. lebih-lebih lagi bila kita dalam zon selesa, sedangkan di negara seberang..berlaku tsunami,..benar-benar kita akan mudah alpa..
jadilah kita alpha selalu..(minda tahap tenang)


aye teringat juga kata Abang tv3 tu di fesbuknya~Ahmad Fedtri Yahya
"setiap hari mesti ada seorang kawan yang boleh jadi pengingat kepada sesuatu yang menginsafkan yang pastinya tak dapat dinafikan akan berkait rapat dengan kematian..supaya kita sedar, masa tak menunggu kita..tapi, kita yang akan menunggu masa itu tiba..."

sekian..wallahualam.

huh! perut punca segala penyakit!

DIET CARA RASULULLAH

Ustaz Abdullah Mahmood mengungkapkan, Rasulullah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai menjaga makanannya sehari-hari. InsyaAllah kalau anda ikut diet Rasulullah ini, Anda takkan menderita sakit perut ataupun keracunan makanan.

  • Jangan makan SUSU bersama DAGING
  • Jangan makan DAGING bersama IKAN
  • Jangan makan IKAN bersama SUSUJangan makan AYAM bersama SUSU
  • Jangan makan IKAN bersama TELUR
  • Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD
  • Jangan makan SUSU bersama CUKA
  • Jangan makan BUAH bersama SUSU (Contoh : KOKTEL)

CARA MAKAN* 
Jangan makan buah setelah makan nasi, sebaliknya makanlah buah terlebih dahulu, baru makan nasi.

* Tidur beberapa minit setelah makan tengah hari.

*Jangan sesekali tinggal makan malam. Barang siapa yg tinggal makan malam dia akan dimakan usia dan kolesterol dalam badan akan berganda. Nampak memang sulit.. tapi, kalau tak percaya? Kesannya tidak dalam jangka pendek?. Kesannya akan nampak bila kita sudah tua nanti.

* Dalam Al-Quran juga melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah mencegah kita makan ikan bersama susu. kerana akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh ilmuwan yang menemukan bahawa dalam daging ayam mengandung ion+ sedangkan dalam ikan mengandung ion-, jika dalam makanan kita ayam bercampur dengan ikan maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat merosakkan usus kita.

Al-Quran Juga mengajarkan kita menjaga kesihatan spt membuat amalan antara lain:

1. Mandi Pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk yang meresap ke dalam badan dapat mengurangi penimbunan lemak. Kita boleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan tidak gemuk.

2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air dalam peti sejuk/ais) setiap pagi. Mujarabnya InsyaAllah jauh dari penyakit (susah mendapat sakit).

3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit setelah membaca doa). Kita akan terhindar dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang tersebut.

4. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari.Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahawa enzim banyak terkandung di celah jari-jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzim sejenis alat percerna makanan).

Sabda nabi : "Ilmu itu milik Allah, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan insyaAllah, Allah akan menggandakan
  
NHM: em. tu dia..kita orang Malaysia bila tang makan, memang syurga dunia..
aye banyak juga baca tips macam ni. sumber ni aye petik dari Majalah Solusi kalau tak silap.

pasal yang makan buah dulu dan baru makan, alhamdullillah..lama dah aye amalkan.
pasal minum air kosong sebelum makan apa2 di awal pagi pun memang baik untuk penghadaman perut.

sekarang, kesibukan yang mengekang betul-betul buat kita tak sempat nak jaga kesihatan kan..
so, biasakan yang betul lah ye.
sejak dua menjak ni, penyakit jantung telah menjadi penyebab kepada kematian.
em. mungkinkah disebabkan oleh pemakanan?em..

Friday, April 01, 2011

Kisah tragis. sadis di sebalik sambutan April Fool..

Salam, semua.
penat mengembara dari blog ke blog..
dari artikel demi artikel telah diselak demi nak menggali cerita untuk MUET nanti.ha.

Bercerita pasal 1 April ni. dah 1 April dah eh?
sungguh. tak perasan..bila baca fb abg Ahmad Fedtri Yahya ni..

baru ku sedar..dah melangkah ke April. dan minggu depan MUET speaking..

Hari Jumaat tu. jatuhnya tarikh 1 April ni. cantik kan?
kalau dah cerita pasal 1 April, sana sini satu dunia sibuk nak buat dajal kat orang. ha.
tu dia..

tapi, aye bersyukur la. 
memang tak tahu pun kena ka sambut sambutan ntahapapantah ni?

today, everythings going smoothly
.
takde pula aktiviti suku sakat nak mendajalkan ni terkena. 

aye rasa, hari ni sibuk dengan latihan melembutkan lidah untuk menyebut perkataan demi perkataan~segalanya MUET.


tak perasan dah pukul 12 setengah pun. em.

di sebalik 1 April, tersingkap kisah tragis sadis buat umat Islam..


Pada setiap tanggal 1 April, ada sahaja orang (terutama anak-anak muda) yang merayakan hari tersebut dengan membuat pelbagai kejutan atau sesuatu aneh yang di luar jangkaan. April Fools Day, demikian orang Barat menyebut hari tanggal 1 April. Namun, tahukah anda jika perayaan tersebut sesungguhnya berasal dari sejarah pembantaian tentera Salib terhadap kaum Muslim Sepanyol yang memang didahului dengan upaya penipuan? Inilah sejarahnya yang disalin kembali sebahagiannya dari buku “Valentine Day, Natal, Happy New Year, April Mop, Halloween: So What?” (Rizki Ridyasmara, Pustaka Alkautsar, 2005)

Sejarah April Fool


Perayaan April Fool yang selalu diakhiri dengan kegembiraan dan kepuasan itu sesungguhnya berasal dari satu tragedi besar yang sangat menyedihkan dan memilukan. The April’s Fool Day berasal dari satu episod sejarah Muslim Sepanyol pada tahun 1487 atau bersamaan dengan 892 H. Sebelum mengungkap tragedi tersebut, ada baiknya kita melihat sejarah Sepanyol dahulu ketika masih di bawah kekuasaan Islam.

Sejak dibebaskan Islam pada abad ke-8 M oleh Panglima Thariq bin Ziyad, Sepanyol tumbuh menjadi satu negeri yang makmur secara beransur-ansur. Pasukan Islam tidak setakat berhenti di Sepanyol, namun terus melakukan pembebasan di negeri-negeri sekitarnya menuju Perancis. Perancis Selatan dengan mudah dibebaskan. Kota Carcassone, Nimes, Bordeaux, Lyon, Poitou, Tours, dan sebagainya jatuh. Walau sangat kuat, pasukan Islam masih memberikan toleransi kepada suku Goth dan Navaro di daerah sebelah Barat yang terletak di pergunungan.

Islam telah menerangi Sepanyol. Ini kerana sikap para penguasa Islam begitu baik dan rendah hati, maka banyak orang-orang Sepanyol yang kemudian dengan tulus dan ikhlas memeluk Islam. Muslim Sepanyol bukan hanya beragama Islam, namun mereka sungguh-sungguh mengamalkan kehidupan secara Islami. Mereka tidak hanya membaca Al-Quran, tetapi juga bertingkah laku berdasarkan Al-Quran. Mereka selalu berkata untuk tidak minum khamar, bergaul bebas, dan segala macam hal yang dilarang oleh Islam. Keadaan seperti itu berlangsung hampir enam abad lamanya.

Selama itu pula kaum kafir yang masih ada di sekeliling Sepanyol tanpa kenal lelah terus berupaya membersihkan Islam dari Sepanyol, namun mereka selalu gagal. Mereka telah mencuba beberapa kali tapi selalu tidak berhasil. Dikirimlah sejumlah perisik untuk mempelajari kelemahan umat Islam di Sepanyol. Akhirnya perisik itu menemukan cara untuk menaklukkan Islam di Sepanyol, yakni yang pertama adalah harus melemahkan iman mereka dahulu dengan jalan serangan pemikiran dan budaya.

Maka mulailah secara diam-diam mereka mengirim alkohol dan rokok secara percuma ke dalam wilayah Sepanyol. Muzik diperdengarkan untuk membujuk kaum mudanya agar lebih suka bernyanyi dan menari berbanding membaca Al-Quran. Mereka juga mengirim sejumlah ulama palsu yang kerjanya adalah untuk menyemarakkan perpecahan di dalam tubuh umat Islam Sepanyol. Lama-kelamaan upaya ini membuahkan hasil.

Akhirnya Sepanyol jatuh dan berjaya dikuasai pasukan Salib. Penyerangan oleh pasukan Salib benar-benar dilakukan dengan kejam tanpa mengenal peri kemanusiaan. Tidak hanya pasukan Islam yang dibantai, tetapi juga rakyat biasa, wanita, anak-anak kecil, orang-orang tua, semuanya dibantai dengan sadis dan kejam.

Satu persatu daerah di Sepanyol ditakluki. Granada adalah daerah terakhir yang ditaklukkan. Penduduk Islam di Sepanyol (juga disebut orang Moor) terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian terus mengejar mereka.

Ketika jalan-jalan mulai sepi, yang tinggal adalah ribuan mayat yang bergelimpangan dan bermandikan aliran darah. Tentera Salib mengetahui bahawa banyak Muslim Granada yang masih bersembunyi di rumah-rumah. Dengan lantang tentera Salib itu meneriakkan pengumuman, bahawa para Muslim Granada boleh keluar dari rumah dengan aman dan dibenarkan berlayar keluar dari Sepanyol dengan membawa barang-barang keperluan mereka. “Kapal-kapal yang akan membawa kalian keluar dari Sepanyol sudah kami persiapkan di pelabuhan. Kami menjamin keselamatan kalian jika ingin keluar dari Sepanyol, setelah ini maka kami tidak lagi memberikan jaminan!” demikian bujuk tentera Salib.

Orang-orang Islam masih curiga dengan tawaran ini. Beberapa dari orang Islam dibenarkan melihat sendiri kapal-kapal penumpang yang sudah dipersiapkan di pelabuhan. Setelah benar-benar melihat ada kapal yang sudah dipersiapkan, maka mereka segera bersiap untuk meninggalkan Granada bersama-sama menuju ke kapal-kapal tersebut. Mereka pun bersiap untuk berlayar.

Keesokan harinya, ribuan penduduk Muslim Granada yang keluar dari rumah-rumahnya dengan membawa seluruh barang-barang keperluannya beriringan jalan menuju pelabuhan. Beberapa orang Islam yang tidak mempercayai tentera Salib bertahan dan terus bersembunyi di rumah-rumahnya. Setelah ribuan umat Islam Sepanyol berkumpul di pelabuhan, dengan cepat tentera Salib menggeledah rumah-rumah yang telah ditinggalkan penghuninya. Lidah api terlihat menjilat-jilat angkasa ketika para tentera Salib itu membakar rumah-rumah tersebut bersama orang-orang Islam yang masih bertahan di dalamnya.

Manakala ribuan umat Islam yang berada di pelabuhan berasa terkejut ketika tentera Salib juga membakar kapal-kapal yang dikatakan akan mengangkut mereka keluar dari Sepanyol. Kapal-kapal itu dengan cepat tenggelam. Ribuan umat Islam tidak boleh berbuat apa-apa kerana sama sekali tidak bersenjata. Mereka juga kebanyakan terdiri dari para perempuan dan anak-anak yang masih kecil. Lalu tentera Salib segera mengepung mereka dengan pedang yang terhunus.

Dengan satu teriakan dari pemimpinnya, ribuan tentera Salib itu segera membunuh umat Islam Sepanyol tanpa perasaan belas kasihan. Jerit tangis dan takbir membahana. Dengan buas tentera Salib terus membunuh orang awam yang sama sekali tidak berdaya.

Seluruh Muslim Sepanyol di pelabuhan itu habis dibunuh dengan kejam. Darah menggenang di mana-mana. Laut yang biru telah berubah menjadi merah kehitam-hitaman. Tragedi ini bertepatan dengan tanggal 1 April. Inilah yang kemudian diperingati oleh dunia Kristian pada setiap tanggal 1 April sebagai “The Aprils Fool Day”.

Bagi umat Islam April Fool tentu merupakan tragedi yang sangat menyedihkan. Hari dimana ribuan saudara seimannya disembelih dan dibantai oleh tentera Salib di Granada, Sepanyol. Sebab itu, adalah sangat tidak layak jika ada orang Islam yang ikut-ikutan merayakan tradisi ini. Sebab dengan merayakan April Fool, sesungguhnya orang-orang Islam itu ikut bergembira dan tertawa atas tragedi tersebut. Siapa pun orang Islam yang turut merayakan April Fool, maka ia sesungguhnya tengah merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai terhadap ribuan saudara-saudaranya di Granada, Sepanyol, beberapa abad silam.

April Fool Merupakan Perayaan Pembantaian Umat Islam, Tidak Layak Dirayakan

Umat Islam sangat tidak layk merayakan “The April Fool Day” kerana kebiasaan itu didasarkan untuk memperingati peristiwa pembantaian umat Islam di Sepanyol pada 1 April 1487 Masihi.

Ir.H.Asmara Dharma, seorang cendekiawan muslim dari Indonesia menuturkan di dalam tulisannya; “Umat Islam banyak yang “latah” dan merayakan April Fool tanpa mengetahui dasar dan asal muasal peristiwa tersebut”

Ia menjelaskan, perayaan April Fool itu didasarkan atas peristiwa penyerangan besar-besaran oleh tentera Salib terhadap negara Sepanyol yang ketika itu di bawah kekuasaan kekhalifahan Islam pada Mac 1487 Masihi.

Kota-kota Islam di Sepanyol seperti Zaragoza dan Leon di wilayah Utara, Vigo dan Forto di wilayah Timur, Valencia di wilayah Barat, Lisbon dan Cordoba di Selatan serta Madrid di pusat kota dan Granada sebagai kota pelabuhan berjaya dikuasai tentera Salib.

Umat Islam yang tersisa dari peperangan itu dijanjikan kebebasan jika meninggalkan Sepanyol dengan kapal yang disiapkan di pelabuhan Granada. Tentera Salib itu menjanjikan keselamatan dan membolehkan umat Islam menaiki kapal jika mereka meninggalkan Sepanyol dan tidak membawa sebarang persenjataan mereka.

Namun, ketika ribuan umat Islam sudah berkumpul di pelabuhan, kapal yang tadinya berlabuh di pelabuhan segera dibakar dan kaum muslim dibantai dengan kejam sehingga air laut menjadi merah kerana darah.

Peristiwa pembantaian dan pengingkaran janji tersebut terjadi pada 1 April 1487 Masehi dan dikenang sebagai “The April Fool Day.”

Selanjutnya, Dharma menjelaskan, peristiwa “The April Fool Day” itu dipopulerkan dengan “ritual” yang mempersendakan, menipu dan memperbodohkan orang lain tetapi bernuansa gembira.

“Ritual tersebut disyaratkan agar orang-orang yang dipersendakan tidak boleh berasa marah atau membalas” katanya.

Sumber: http://www.eramuslim.com




Memang aye pernah baca kisah ni dalam buku Sirah Nabawiyah edisi Darjah Khas terbitan Majlis Agama Johor ..


pada waktu tu..kejatuhan Andalusia yang berlaku, bukan semudah yang disangka, tapi..bila disingkap sejarahnya, ia memang memilukan hati.


Jadi, 1 April ni , apa perlunya nak sambut2 April Fool?
nak suka-suka?
boleh...kata ustazah Anita (cikgu agama skola conventku..)
tapi, awak akan menyambut hari penghinaan orang Barat terhadap kejatuhan Islam.
dalam erti kata lain, sanggup meraikan apa sesuatu yang menghinakan kita sebagaimana Valentine's Day?


em. tamo cakap pepanjang ag..
baca ler artikel ini yep. apa2 pun..semoga kita akan bangkit segera..umat Islam..




 

Wednesday, March 02, 2011

segmen: aku memang gila trafik..so what?

yupp...aye memang gila trafik ....so what? 



salam ...bunyi mencabar uh tajuk nye ek?
kali nie aye sertai segmen bro ben ashaari lagi ... bersama-sama segmen ni aye nak cerita sikit tentang sesuatu yang pernah buat kita sentap~kehilangan orang tersayang..


kisah ni aye alami pada tahun 2008. masa tingkatan empat..tahun tu, tahun terakhir hari raya kami bersama atuk.
Tahun tu, sakit atuk mula mencapai tahap agak teruk batuk-batuknya tu. 
awal tahun, atuk dimasukkan ke wad unit rawatan rapi.
kami sekeluarga yang di kejauhan di Johor, risau.
ayah bergegas balik ke kampung nak jumpa atuk yang berada di Kuala Kangsar, Perak.
tapi, alhamdullillah pada waktu tu..atuk hanya ditahan selama 2 hari. dan dia dilaporkan stabil.
Tapi, apa yang agak mengganggu fikiran aye tahun tu, atuk mula menjauhkan diri daripada kami. Dia yang dulunya rapat dan mesra dengan kami, seakan mahu merenggangkan sesuatu. Macam dapat merasai sesuatu yang akan berlaku.

tiba-tiba terasa ada konflik dengan atuk. atuk tidak mahu makan ubat, kurang selera makan, dia hanya banyak berulang alik ke masjid. aye geram. kenapa atuk seakan tak mahu sembuh lagi?

aye ingat lagi kata-kata yang aye luah pada dia " atuk, kenapa atuk macam jauhkan diri daripada kami"..sungguh, sebenarnya, tak sampai hati nak cakap macam tu..
tapi, rasa sedih sangat..aye mula terasa hati,..
adik-beradik ayah turut merasakan yang sama.
masing-masing mula terasa hati dengan sikap atuk..
sebulan lepas tu, atuk dimasukkan ke hospital lagi. ayah aye, sungguh2 nak balik ke Perak.
kalau boleh, aye pun nak jaga atuk juga.
terkenang-kenang pesan atuk dan kemesraannya bila penyakit atuk bertambah teruk..
kami yang jauh di sini, terikat dengan sekolah dan peperiksaan yang tak boleh ditinggalkan.
Dari jauh je, doa dapat dipohonkan..'
sungguh, memikirkan tentang tu, pelajaran agak terganggu.
mendengar berita tak berapa baik pasal atuk, asyik nak mengalir je airmata ni..
usia dan penyakit dah saling bertingkah, apa yang boleh dibuat, aye berdoa semoga penderitaan atuk segera hilang...

tanggal 20 November 2008, pukul 4 pagi, aye tersedar. dengan segala buku rujukan atas meja. tangan dah lenguh sebab tidur beralaskan tangan selama 3 jam..
"atuk dah takde", mama dan ayah memberitahu serentak.
Dalam keadaan aye mamai2 tu..belum rasa sentap lagi.
bila ayah ulang lagi buat kali kedua, kita balik kampung sekarang. siapkan barang cepat.
barulah aye nampak air mata mama dah bergenang..
dan aye, pagi tu aye ingat lagi ada periksa Biology 3 dan fizik 2.
"takkan nak tinggal? macamana atuk?". tak perlu berlengah, aye buat keputusan, skip kedua2 paper tu..
jiwa kacau di pagi Khamis tu. segalanya berlaku sekelip mata.
Kami bertolak ke Perak pada pukul 5 pagi. tanpa persediaan yang beria-ia.
berbekalkan keazaman. Along dan abang takde di rumah..
aye yang nak nangis bila fikir diorang mesti tak sempat nak tengok jenazah atuk.


kak long dan  abang  sebak bila dapat tahu berita ni. masing2 memikirkan cara nak ke Kuala Kangsar secepat mungkin..


masa tu..jiwa tak terkata sedihnya..sentap sungguh.
ayah yang tengah bawa kereta, berusaha menenangkan diri. Kalau nak kata sedih, ayah lagi sedih dengan pemergian atuk..


Doa mengiringi sepanjang jalan..
speed dah tak boleh nak fikir dah. kalau boleh kami nak sampai secepat mungkin.
tapi..walau apa pun berlaku, ayah masih rasional. Yang pergi tetap pergi..yang masih ada perlu menjaga diri..


alhamdullillah..sepanjang perjalanan, jalan raya macam kami punya.
tak banyak kereta..
sampai ke destinasi pukul 10.30 pagi. masa yang tak pernah tercapai semasa pergi sebelum sebelum ni.

Sampai ke rumah,kelihatan  orang ramai mengerumuni rumah atuk.
masuk-masuk je dalam rumah..jenazah atuk sudah siap dikafankan.
masa tu, susah nak kata.,.sebak, sentap, semua bersatu.
mata ayah dah bergenang bila tengok jenazah atuk.
bila ayah mencium muka arwah atuk yang kelihatan tersenyum tu,lama ayah mengusap muka arwah atuk..
lepas tu, aye pun sama mencium muka atuk buat kali terakhir..
jasad kaku yang memeluk tubuh buat selama-lamanya tu..
masa tu, macam2 pula lagi sedih tengiang2..tiba2 je..

'mati itu pasti, hidup insyaAllah...'
dan buat kali kedua, aye mendengar talkin terakhir semasa pengebumian jenazah atuk.
nama si fulan akan di bin kan dengan nama ibunya.


 
lepas peristiwa tu..keinsafan menebal di hati. lebih-lebih lagi bila tengok jenazah ditimbuskan tanah. maka terpisah dia daripada hidup di dunia yang fana ni.
sebulan lepas tu, ada kawan yang pernah aye kenal masa sekolah rendah dulu pun..dah tak de lagi..
DaripadaNya kita datang..dan daripadaNya juga kita kembali..

Hargailah hidup yang Allah berikan ke atas kita. teruskanlah perjuangan ini meskipun duri menanti dihadapan..kerana kita hidup hari ini kerana Allah memberi jalan untuk kita mengutip rezeki dan nikmat hidup sebagai hambaNya yang bertakwa.. 


pascaskrip: terkesima bila dapat tahu tentang segmen bro Ben ni. terima kasih kepada beliau. dunia blogger~ dunia dan akhirat harus seimbang,.

aye akan sentiasa ingat kata-kata atuk "belajarlah sepenuh hati apa-apa pun yang kome nak belajar" dalam loghat perak nya..

semoga kita semua dipermudahkan saat sakaratulmaut nanti..amin..

AlFatihah buat mereka yang telah kembali ke pangkuanNya..
semoga mereka bersama orang2 yang beriman..amin..