tangan yang mencatat, mendongak ke langit..

You will never love for it...until you know them well...
Tak kenal maka tak cinta...
Showing posts with label hutang. Show all posts
Showing posts with label hutang. Show all posts

Tuesday, November 23, 2010

Hutang..kira langsam je ke?..suke-suke je..

Salam..
 ada sesuatu yang menyinggah dalam fikiran..
erm..ye r..korang pasti akan terkesima taw kalau baca ni..
status fesbuk personaliti tv3 nih~~


Ahmad Fedtri Yahya kuliah tadi:- org yg ada hutang akan malu2 atau lari2 atau buat2 lupa.... sama mcm kita yang 'berhutang' pada Allah.... kena 'bayar hutang' sebelum 'wakilNya' datang ambil nyawa....lebih dahsyat daripada along.....


    • Puteri Kerek cane lak if org yg beri hutang malu nk mnx kat penghutang??

    • Dayang Rosita Awang Morshidi betol..ramai yg bhutang pada kita, tak bayar..apa kita kita nak buat erk??rasanya ribu2 jg la..

    • Ahmad Fedtri Yahya cuba sms cara baik... ckp nk guna duit tu... cara terbaik disusuli dgn solat hajat mtk org tu lembut hati utk byr balik....

    • Dayang Rosita Awang Morshidi pekerjaan yg paling malu dibuat adalah mnagih hutang..kdg2 tgk muka dh ksian, tak jd tagih, tp duit kitakan...ermm..lain kali tak kasi dh..

    • Puteri Kerek hmm...segan kot,,,sbb takut mrk masih dlm kesusahan,,,tp bg sysepatutnya org yg berhutang 2 kne ingat hutang mrk....kn?
      insyaallah akan try wat saranan en.fedtri...Enhanced by Smiley Central

    • Norliza Mohamad ya Allah....terima kasih mengingatkan saya ....

    • Kamariah Ismail terima kasih..saling ingat mengingatkan......
      .

    • Nur Dalia rasanya penghutang & pemiutang kena buat surat perjanjian..siap adakan saksi...dlm quran pun mention mcm tu kan..ayat hutang surah al-baqarah 1 ayat jer..tp penuh 1 muka surat

    • Faridatul Azni cuba hindarkan amalan berhutang...

    • Mohd Hafizi Hasan berjimat lbih baik berhutang jagan larikan diri...

    • Noor Rasyidah Yusof btol2
      Enhanced by Smiley Central

    • Mohd Hafizi Hasan mmag btol pon klau dh byak hlang litang pukag lrikan dri..
      ..

    • Kamariah Ismail masa berhutang, kawan...masa bayar hutang, hilang kawan hehehehe

    • Mohd Hafizi Hasan msa nak bhutang bkan kawan pon jdi kawan,,masa nak bayar hutang kawan pon jadi lawan btol x kalian2 semua....

    • Cilipadi Hafizah tulah..bila kita nak mintak tolong kemain ungkit, tapi, bila kita nak mintak dia langsai hutang sikit2 pun, payah..macam kita pulak yang berhutng ..ya ALLAH..insafnya..
       ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
       hukhuk..tetiba den teringat lak kat 2 novel kesayanganku..
      novel pun..harta orang jugak kan..
      masih didalam genggaman orang len setelah sekian lama..
      em..
      bukannya tak bagi masa..sampai terlebih sudah pun..
      (nada sedih nih..)

      aye baca artikel nih..korang baca lah..semoga mendapat iktibar :)






Hutang..kira langsam je ke?

Persoalan Agama: Tak gugur hutang walaupun meninggal
Persoalan dijawab oleh Ustaz Zahazan Mohamed

Menangguhkan bayaran bagi sesiapa mampu dianggap penganiayaan

Soalan:

SAYA berhutang dengan seseorang tetapi beliau sudah meninggal dunia. Bagaimanakah caranya untuk saya jelaskan hutang? Adakah dengan cara membayar kepada warisnya? Jika tidak jumpa dengan waris beliau bagaimana pula caranya? Firdaus,
Melaka.

Jawapan:
Apabila seseorang berhutang, maka menjadi kewajipannya untuk membayar kembali hutangnya. Walaupun tidak mampu disebabkan kesempitan hidup, ia sama sekali tidak menggugurkan tanggungjawab melangsaikan hutang.

Allah SWT berfirman pada ayat 282 dari surah al-Baqarah yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman, apabila kamu menjalankan sesuatu urusan dengan hutang piutang yang diberi tempoh hingga ke suatu masa tertentu, maka hendaklah kamu menulis (hutang dan bayarannya) itu….(hingga akhir ayat).
Sebenarnya ayat itu adalah ayat yang terpanjang dalam al-Quran dan yang dikenali di kalangan ulama dengan nama ayat al-Mudayanah (ayat hutang piutang). Ayat ini antara lain berbicara mengenai anjuran atau kewajipan menuliskan soal hutang piutang sambil menekankan perlunya menulis hutang walau sedikit, disertai dengan jumlah dan ketetapan waktunya.

Pada potongan ayat pada firman-Nya, ‘hingga ke suatu masa tertentu’ bukan saja mengisyaratkan bahawa ketika berhutang perlu ditentukan waktu melunaskannya dan bukan saja berkata, ‘kalau saya ada wang’, tetapi juga untuk mengisyaratkan bahawa ketika berhutang, hendaklah sudah tergambar di benak fikiran, bagaimana dan di mana sumber untuk melangsaikan hutang itu.

Ini secara langsung menjadikan seseorang akan lebih berhati-hati dalam berhutang. Perkara itu amat besar kesannya di akhirat kelak sehingga Nabi SAW enggan menyembahyangkan mayat orang yang berhutang dan tidak ada orang yang mahu menjamin hutangnya. Selain itu, Nabi SAW dalam riwayat lain bersabda: “Diampunkan bagi syahid semua dosanya kecuali hutangnya.” (Hadis riwayat Muslim).

Tuntutan agama Islam melahirkan ketenangan kepada penganutnya, sekali gus harga diri. Kerana itu, agama tidak menggalakkan seseorang itu berhutang kecuali jika sangat terpaksa sebagai mana sabda Nabi SAW yang bermaksud, “Hutang adalah kehinaan pada siang hari dan keresahan pada malam hari.” Seseorang yang tidak rasa bimbang dan resah kerananya, bukanlah seorang yang menghayati kehendak agama.

Salah satu doa Rasulullah SAW yang popular adalah, “Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari hutang yang memberatkan serta penekanan manusia terhadapku.” Pada hadis yang lain, Rasulullah SAW bersabda, “Penangguhan membayar hutang oleh orang yang mampu adalah penganiayaan.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Kalau kita hendak membayar hutang, tetapi orang yang kita berhutang itu meninggal dunia, maka wajiblah kita menyelesaikannya kepada ahli waris pemberi hutang yang meninggal dunia itu. Ertinya, hutang tidaklah gugur hanya kerana beliau sudah meninggal dunia. Jika beliau tiada waris, atau tidak diketahui khabar beritanya, maka hendaklah diserahkan kepada orang yang diamanahkan oleh pemerintah untuk menguruskannya (sekiranya ada). Jika tidak ada, bolehlah dititipkan kepada orang alim.

Sekiranya masih mempunyai halangan atau kesukaran, bolehlah disumbangkan untuk kemaslahatan umum seperti untuk membuat jalan atau jambatan dengan niat akan menggantikannya sekiranya bertemu ahli waris tuan hutang.

Ada disebutkan dalam kitab Salalimul Fudlola’ Syarah Mandzumah Hidayatul Azkiya’ ila Thariqil Auliya, agi Syeikh Muhammad Nawawi al-Bantani pada Hamisy Kifayatul Atqiya’ wa minha jil asy fiya’, halaman 16, (ertinya:) “Jika sudah meninggal orang yang berhak, diserahkannya kepada warisnya. Maka jika tidak ada warisnya dan terputus beritanya, maka diserahkan kepada kadi yang thiqah (terpercaya), yang diredai perjalanannya dan agamanya. Maka jika tidak ada, maka diserahkan kepada orang alim yang patuh menjalankan agamanya. Maka jika berhalangan juga, maka dipaling pada masalah umum seperti untuk membina jambatan batu, dengan niat menggantinya apabila ditemui ahli waris tuan yang memberi hutang itu.”

Jika masih sukar atau tidak mampu kerana takut atau lainnya, bolehlah disedekahkan kepada orang yang benar-benar berhajat. Wallahua’lam.



Berita Mingguan 11 November  2010