tangan yang mencatat, mendongak ke langit..

You will never love for it...until you know them well...
Tak kenal maka tak cinta...

Sunday, October 31, 2010

memang berperikemanusiaan,...

perikemanusiaan dalam diri haiwan...

Posted Image

Lihatlah.. Kasih seekor anak kucing pada ibunya.. Subhanallah..
Semua ni kasih sayang yang Allah hadirkan pada hamba-hambaNya..
Pada kita semua tak kira manusia, jin ataupun haiwan..
Kat dunia ni Allah hanya turunkan 1% ja kasih sayang..

Dengan 1% itulah hinggakan ibu burung sampai mengangkat kakinya
dek takut dirinya terpijak anaknya.. Dengan 1% itulah ibu, ayah kita menyayangi kita..
Ya Allah.. Sebegini hebat 1% ni.. Dah la 1% ni Allah yang pinjamkan..

tapi, mana yang 99% itu? Itu Allah punya.. Maka..
Bukankah kasih sayang Allah lagi Maha Banyak daripada kita semua?
Sesungguhnya Allah itu Maha Penyayang lagi Maha Pengasih..


Rasulullah SAW pernah bersabda, “ALLAH SWT mempunyai 100 rahmat (kasih sayang), dan menurunkan 1 rahmat (dari 100 rahmat) kepada jin, manusia, binatang, dan hewan melata. Dengan rahmat itu mereka saling berbelas-kasih dan berkasih sayang, dan dengannya pula binatang-binatang buas menyayangi anak-anaknya. Dan (ALLAH SWT) menangguhkan 99 bagian rahmat itu sebagai kasih sayang-Nya pada hari kiamat nanti.” ~ (HR Muslim)

"I love you, but Allah loves you most.. So let us love Allah.."
Allah sayang aku, kamu, kami dan kalian semua.. Insyaallah.. :)


Rasulullah saw melihat seorang ibu memegang anaknya, maka baginda bersabda,"Apakah kalian berpendapat wanita ini tegar melemparkan anaknya ke neraka?" Mereka menjawab,"Tidak." Rasulullah saw bersabda lagi,"Cinta Allah kepada hamba-hamba-Nya melebihi cinta ibu tadi kepada anaknya." (HR Ahmad)


Wallahu'alam.. 

-iluvislam.com-

cilipadi: manusia yang punya akal boleh bertindak umpama binatang yang takde akal..manakala, binatang yang takde akal, boleh bertindak seperti ada sifat perikemanusiaan...jadi, manusia yang kejam ni,  bukan berhati binatang..tapi..berhati syaitan..sian kat binatang yang baik macam ni, disamakan dengan manusia yang dah takde akal. hem...









Pasti suatu hari nanti..

Kenapa Aku Masih Solo?

Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk keseberang.
Kalau panjang jambatannya, jauhlah perjalanan kita. Ada orang jodohnya cepat sebab jambatannya singkat.
Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa-apa kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan.

Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda dalam doa-doa lewat solat. Allah itu Maha Mendengar.
Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Yakinlah pada janji-Nya kerana kita orang yang beriman.

Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr. Right dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.
Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini.
Tips: Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.
Hakikatnya, apabila kita benar-benar mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah.

Kita juga selalu melihat orang memandu kereta mewah dan terdetiklah dihati kita, alangkah bahagianya orang itu.

Hakikatnya, apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah, kita ditimpa pelbagai karenah.
Tidak mustahil pula orang yang memandu kereta mewah terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh dihadapan.

Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang motosikal itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju.

Padahal si penunggang motosikal sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta.
Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan.
Tips: Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.
Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda pasti ada baik dan buruknya.
Demikian juga perkahwinan.

Ia baik sebagai saluran yang betul untuk melepaskan syahwat tapi ramai juga orang yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.

Ramai orang menempah neraka sebaik melangkahkan kaki kealam berumahtangga.

Bukankah dangan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut bertambah?

Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asal impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu bergelar ibu ayah, belajarlah dulu.

Jika belum bersedia untuk bersabar dengan karenah anak-anak, carilah dulu kesabaran itu.
Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi setelah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar-benar mengerti segala tuntutannya.  

Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus-putus bagi yang menjadikannya gelanggang untuk menjadikan syurga sebagai matlamat.
Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.

Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan bagi yang mengetahui rahsia-rahsianya.

Berkahwinlah demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan kerana perasaan dan mengikut kebiasaan.
Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong-lorongnya agar jemputan itu mudah sampai.

Kadangkala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya, kemana menghilangnya sinar. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi.

Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi ada imbas kembali.
Hati remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.

Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada.
Parut lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada.

Kekayaan yang paling kaya adalah akal, kemiskinan yang paling besar adalah jahil, keburukan yang paling hodoh adalah sesat.

Tidak berguna adanya mata andai tidak dapat melihat, tak guna adanya hati kalau tak tahu menilai.

Nilailah hati itu dengan teliti sebelum pergi mengundur diri kerana segalanya bermula dengan niat yang bertempat di hati.

cilipadi: InsyaAllah...bila baca ayat-ayat motivasi macam ni..bersyukurlah dengan apa yang kite ada..dan jangan sibuk merungut dengn apa yang kita takde.. 


Kenapa tak buat pemeriksaan ha?!

Brek tak makan...!


JENAZAH tujuh orang Belia 4B mangsa kemalangan bas persiaran di Genting Sempah dikebumikan dalam satu liang di tanah perkuburan Islam Kampung Baru, Mukim Siang, Baling, Kedah, semalam. – MINGGUAN/AZMAN MD. NOOR



KUALA LUMPUR 30 Okt. – Pemandu bas persiaran yang terlibat dalam kemalangan mengorbankan tujuh penumpang di Kilometer 38 Genting Sempah berhampiran susur ke Genting Highlands dekat sini malam tadi, disahkan tidak memiliki lesen memandu.
Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Selangor, Supritendan Che Hussin Omar berkata, polis dimaklumkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bahawa pemandu berusia 40-an itu tidak mempunyai lesen memandu selepas membuat semakan.
Beliau berkata, lelaki terbabit sebelum ini mengaku kepada polis bahawa dia mempunyai lesen memandu namun semakan dengan JPJ menunjukkan sebaliknya.
“Sehubungan itu, kita telah menahan pemandu terbabit untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu secara merbahaya yang boleh menyebabkan kematian.
“Di bawah seksyen ini, pemandu terbabit boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali jika disabit kesalahan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Che Hussin berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan pemandu bas itu memandu laju sebagai punca kemalangan.
“Kita belum lagi mengambil keterangan daripada saksi-saksi kemalangan yang terselamat kerana keadaan belum mengizinkan memandangkan ramai masih tidak stabil dan trauma.
“Selain itu, kita masih menunggu laporan kotak hitam dan pemeriksaan fizikal bas daripada Puspakom (Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer Sdn. Bhd.),” katanya.
Beliau berkata, selain pemandu, pengusaha syarikat bas persiaran terbabit turut boleh dikenakan tindakan jika membenarkan pemandu tiada lesen membawa kenderaan mereka.
“Selain itu, tindakan juga boleh dikenakan jika membenarkan bas yang mempunyai masalah teknikal untuk beroperasi,” ujar beliau.

Friday, October 29, 2010

Eksplorasi Seni dalam diri..-Aku, Seni dan Sejarah

minggu demi minggu telah aye lalui sebagai pelajar seni..ahakz!
setelah menjejakkan kaki ke pra u ni.
saje nak imbas balik. sebelum ni memang aye tak pernah terfikir untuk masuk balik ke bidang seni ni..melukis, mewarna dan segala macam seni halus ni...3
dan, kali ni, peluang seperti menjemput la..Alhamdullillah, kan..
biase..aye takkan lepaskan peluang macam ni
selepas aye menang pertandingn melukis Rumah Limas tu, pemenang-pemenang ditawarkan untuk mengikuti bengkel seni 3 hari 2 malam di Kota Tinggi.
eksplorasi cam ni memang salah satu alternatif yang baik untuk mempopularkan warisan negara kita. syabas lah kepada Negeri Johor.

sepanjang 3 hari, aktiviti memang padat. tak sempat dah nak rehat tido tido...
lagi pula, memikirkan isnin nak exam..hehe..

perjalanan menyusuri sungai Johor..memang mengujakan.
dri sudut pandangan, memang lah seronok naik bot..tapi, ada lagi yang dapat dihayati.
kata fasilitator seni kepada kami..
kami ni kiranya macam duta kecil yang akan menerangkan tentang apa yang kami tahu tentang sejarah-sejarah negeri Johor ni..

sejarah ni sebenarnya adalah sebahagian hidup kita..bermakna, apa sahaja yang pernh berlaku dalam hidup ini adalah sejarah..yang pernah..
yep..sejak 2-3 tahun ni..macam ada suatu curiousity dalam diri.
rasa macam nak tahu segala apa yang berkenaan sejarah..
kurun ke 15..em, ni sume bermula sejak aye bca novel tu..Bagaikan Puteri. perh..tak dapt nk sangkal lagi.,.sejak baca buku tu lah..

berbalik kepada ekplorasi ni. memang lengkp segala. barang-barang lukis dapat free..
dari satu jeti ke satu jeti..
dari pengkalan kota tinggi sehingga ke Johor Lama..
kocakan air..pndangan dari dalam bot yang tengah berjalan..
sepanjang perjalanan..kitorang akan memegang buku lakaran..
dri mana ke mana..tangan tetap melukis..apa yang dilihat...
ha..ni hasil tekap pada batu nisan..
dari satu makam ke makam yang lain. kat Kota Tinggi..ada satu kampung namanya Kampung Makam sebab banyak makam kat situ.

Ekplorasi ni seperti memberi input untuk karya yang aye nak buat pda msa akan datang..

kisah Sultan Mahmud Mngkat Dijulang tu pun diceritakan..
dah macam teater klasik..kan ada filem nyer..

bila, aye melihat makam-makam yang ada ni..rasa mcam lain macam..
perasaan insaf ada...

hebat macam mana pun manusia..manusia tetap akan mati..
yang kekal hanyalah ILAHI..

hasil lakaran cikgu-makam sultan abdul jalil

ukiran dan motif yang ada pada batu nisan memang unik. dan paling penting, bagi lelaki dan perempuan, batu nisan nye lain.
Lakarn cikgu-Makam Tengku Dara Putih
 batu nisan yng diimport daripada acheh ni memang cantik.
usianya sekrng dah mencecah hampir 200-300 tahun..emm

apabila dah berusia, mengikut kata narrator trip ni, kiblat nya dah lari 30 drjah daripada kiblat sekarang..
uhh..30 uh..jauh tu..
nampaknya,..kiamat sudah dekat...emm

kami ditugaskan untuk mengumpul maklumat sepanjang kembara ni. ha..hasil akhirnya  nanti akan diadaptasikan ke lukisan masing-masing..
huhu..aye agak terpegun dengan segala ap yang aye jumpa..sampai lupa nak menctat..
msing-masing sibuk ambik gambo..

Bila berjalan sambil melihat ciptaan Allah ni..kita mesti pandang dengan mata...
*mata hati*
sebab mata hati tu tak pernah menipu...
apabila melihat dengan mata hati..kita akan lebih menghayati..ha.

sebagai bahan ujikaji makmal..
mungkin sebab tu..aye rasa macam tak rugi pergi ekspedisi ni walaupun penat nya hari ni baru boleh lepas..(lama nyer..)..yeh..sebab dah abis pekse..huhu..
kesimpulan entri yang ini adalah..sejarah..suatu benda yang jangan dilupakan.
sejarah membina jati diri..
 seni dan sejarah memang dekat bak kata fasilitator seni ni.
cikgu roslan, cikgu seti dan kawan aye ngan aye.


hasil dorongan dan tunjuk ajar cikgu Seti lah yang telah menolak dan akhirnya berda lah daku dalam bidang seni ni..
 kami sedang melukis lakaran sebelum lukis semula kat atas kanvas..

belajar dan terus belajar..nak jdi budak seni ni, kena rajin,..huhu..moga-mog aye rjin sampai akhirnyer...:-) AMIN..


p/s: nak kena buat laporan jugak...kenalah cerita panjang lebaq...










Thursday, October 28, 2010

JOM BERKENALAN : KHAS BUAT BLOGGER BARU

salam..
blog-blogger dah menjadi ibarat separuh daripada aktiviti memperkembangkan minda dalam seharian hidup aye. Bermula 2 bulan kebelakangan nih . yep lar..dah lama aye mendirikan blog ni. dan baru sekarang, semangat nak terus blogging ni makin memuncak. 

One of the reason, ..aye banyak gak mendapat push up from family..dan yang bagus sebab terjumpa blog kat atas niy. :-) blog otai kitaa...
bebelan pakcik BA mengenai blog  memang berguna untuk blogger baru yang baru nak bertapak macam aye ni..ha..
jadi..boleh je, sambil berblog dengan santai, nak juga berkenal-kenalan dengan blogger-blogger yang seangkatan dengan aye..yang otai-otai..em..alangkah luehnyerr..dunia maya ni yek..macam-macam yang boleh kita dapat. tapi..awas! cewahh..hehe..pepandai la nak idup dengan baik kan..
nak join lah...yeah. me kacih la kat beliau..kalau ada rezeki, terpacak la blog aye kat blog beliau..kalau tak, takpe..ku teruskan jua masuk segmen beliau akan datang..ek..hihihi..^_^
ha..sesape yang nak ikut segmen ni...rajin-rajin lah singgah ke blog benashaari ni
last but not least, salam perkenalan cik cilipadi hulurkan..! :-)




-

Friday, October 22, 2010

cinta terakhir..

Hari Jumaat yang mulia ni la..banyak ilham yang datang..Alhamdullillah..

Cinta kepada ALLAH..
Itulah cinta abadi..
maka permainan dunia sudah tidak bermakna apa-apa,
bahkan tiadalah apa dapat menggugat apa yang dipercaya

aye tersenyum sendiri. inilah intipati yang selama ini aye cari. 
Meskipun khirny bukanlh seperti yang aye harapkan...
tapi, tentu penulisny da alasan yang berlandaskan hakikat untuk soalan yang dia sedia maklum akan ada orang tanya.

aye pun tak harap kisah ini disambung. 
Memang bila baca pengakhirannya rasa macam nak baling buku tu..

Aye telah mengkhatamkan dengn susah payah buku ni msa menjalani PLKN.
dan waktu yang paling afdal menamatkan pengembaraan dalam novel ni. sepertiga malam.


sejujurnyaa, ayat-ayat cinta yang terbaris dalam novel ni memujuk.
memujuk aye bahawa ....

Dunia ibarat bangkai
seumpama setitis ir bebnding seluas lautan..
seluas lautan itulah akhirat
pilihan hany diberi semasa kita masih bernyawa.
Apabila telah mati, maka pilihan itu tertutup dn yang kita bawa hanyalah IMAN dan TAKWA untuk dipersembahkan kepada ALLAH..
-laksamana sunan, CS 10

bila pengakhir nya macam ni, aduie..memang tak sangka..
tapi, perjalanan cerita ni memang memujuk..
sejujurnya...ramai yang tak puasa hati ye, pkcik RAM.
tapi,sebagai narrator..kita dah buat keje kita kan.. 

Membaca novel macam ni...menyejukkan hati yang agak tak puas hati bila tengok drama-drama melayu skang..


p/s: aye nak pegi ekspedisi seni di Kota Tinggi...sambil2 tu..kene study gak, isnin pekse! 

update 2012: Sunan Musafir

 

Gundam Made of Malaysia *LIMITED EDITION*

Ini dia..mari-mari lihat..Gundam edisi terhad . Originally made of Malaysia.
HANYA SATU DALAM MALAYSIA!
characteristic
-easy going 
-easy made
- non-toxic material
- not harm children
-easy to decompose

si luncai

si tangan merah

satria di awan biru
bergabung...meletup!


berminat? meletup tak? edisi terhad!
hantarkan maklum balas anda untuk tempahan sekarang!
hubungi pemilik blog ni secepat mungkin!
dapatkan hanya yang terhangat di pasaran!
Cepat sebelum tamat promosi. anda tentu terpegun!


Wednesday, October 20, 2010

let's speaking and listening..!

Salam, 

wah..yesterdy..i'm just sat for MUEt paper 4..
Before that is muet-listening.
Yang nak cerita ni pasal listening..MUET memang boleh jadi subjek best aka make me sick!
haaha..mane taknyer..untuk listening tuh..sah lahkitorang kena korek telinga awal-awal..

we sat for the exam in a big hall. u know!
dah tu speaker nyer ade 1 je kat depan sekali..untung la yang duduk depan tuh..
tapi, aye pun antara barisan depan tapi duduk yang sebelah tepi..speaker kat tengah-tengah...
masa 30 minit, mula-mula macam syok je dengar, selang 2-3 minit..mak aii..cakap udah la laju, nak cari perkataan untuk jawapan tu..terpaksa la paham-paham sendiri..
paling 'best' MUET listening ni pon ader loghat nyer gak ek..
pasal ada bahagian -Meena talk to Jason- dia punya slang india tu pekkkat sangat!
kengkawan kiri kanan dah pusing-pusing...nak aje aku tanye orang sebelah! haha..
mahu je gelak kat daalam dewan tu tau tak.
maybe cause this is our first trial...dan kami pun nak mengamalkan dasar cakap english yang  standard dalam kelas .,..be a good english language learner bak kata cikgu..
lepas ni,.kalau listening, kitorang nak mintak speaker ada di setiap penjuru 4 tu..dan kat tengah sekali! kasi gegar dewan...









 

Contest- Gambar Kenangan Open House Aidil Fitri 2010 (Rumah Terbuka) oleh Kak Ina KL

salam...

Alhamdullillah..hari ni dah masuk hari ke 12..hari ke12 zulkaedah..
tak lama lagi dah nak raya haji..ha..
tapi, kenangan-kenangan raya masih lagi menghiasi.
masih bermain-main dalam memori..
raya tiap tahun bagi aye memberi makna berbeza. Syukurlah, setiap daripadanye dilimpahi rahmat..

ha..dah lama dah ayejadi silent reader kat blog milik blogger terkenal~kak ina kl..
yeah..sekarang nak jadi participants lak..


walaupun dah lepas raya, aye teruja nak masuk contest Gambar Hari Raya Rumah Terbuka nie..macam-macam gambo yang aye snap,..tapi, setelah melihat-lihat..ada satu gambo yang lain daripada yang lain..
<<<<< jeng..jeng..jeng >>>>>
  
Nyayi big family eid marhaban 2010 .

usai mengalunkan selawat, kami pun mengangkat tangan menadah ke langit dan berdoa.. 

kami pulun satu hari beraya daripada Johor Bahru membawa ke Kluang...5 buah rumah..
marhaban sepanjang hari...
tradisi macam ni menjadi amalan dah sejak 2-3 tahun dalam kalangan keluarga besar nyayi....
memang seronok..merapatkan lagi silaturahim kan..
huhu..nampak tak, tersedia juadah kat meja belakang uh...
sajian nyer memang sedap! selesai je baca doa, terus mencedok segala makanan..
makan tengahari terus.. 
sesungguhnya, sambil kita bersuka ria, kesyukuran tu tak boleh lekang daripada bibir kita...jadi, beraya dalam kesyukuran lah kita, yek..
~~~

jadi, nak cerita sikit pasal blog kak ina kl yang menjadi penganjur contest nie..
-blog kakinakl- memberi tips dan maklumat yang berguna. 
Paling ayer suka, pasal makanan la! macam-macam resepi, kalau teringin nak cuba masakan baru, aye banyak belajar daripada blog ni...hehe...
walaupun ada gak 'lari' daripada resepi asal..hehe..bagi mama je lah yang buat..(aye budak baru belaja..hehe)
first, bila aye mula buat keputusan nak jadi blogger,perasaan tu berputik lepas baca blog kakinakl ni lar..cewah...betullah ni...
blog nyer simple je..ha..sebagai blogger baru, blog kakinakl ni aye jadikan contoh-yelah..dulu ingatkan jadi blogger ni mcam main game jew,..sometimes, rasa cam nak letak jawatan..haha..(,ni kalau kes tak de masa nak update@xde citer pe.. )
ha..sekarang ni aye tengah berusaha blogging consistently..mesti ada perasaan ikhlas..em, tul kan? hehe..
paling meletup kalau baca entry yang kak ina wat pasal nuffnang..best nyer! hope nak join, tapi jauh dri kl.so, baca n3 -kakinakl and The Baruts- pon ok gak..hehe..

last but not least..sesiapa nak join..
silakan..
klik sini
untuk segala maklumat lanjut ye!

Contest- Gambar  Kenangan Open House Aidil Fitri 2010 (Rumah Terbuka)  adalah anjuran bersama eyriqazz , beautifulnara, nurazzah dan  darkbatman.


p/s~ gambar edisi terhad nih..takde dalam fb pun..hihi
ha..semoga raya tahun depan lebih bermakna..walaupun aye sibuk nak pekse! amin =)
say hi to juri! =)







Monday, October 11, 2010

sejarah vs minat bhg 1.-Mei Ren Xin Ji

salam, korang..
sedang aye mencari-cari sejarah...iaitu tentang 'the history of Han Dynasty'...jumpa pulak cerita ni..!


Mei Ren Xin Ji-The Schemes Of A Beauty

Ceritanya menarik perhatian. woa..nak mulakan siasatan..hehe..
Tapi, nanti lah dulu..memandangkan aye da nak pekse...!
 memang aye ni minat ngan cerita-cerita cam nie.. make me impressed!
wait for me...!




















Thursday, October 07, 2010

Takkan pernah berhenti..INSYA-ALLAH

Salam,

Jeti saksi jati diri dalam menjayakan misi
Sambil dengar lagu Maher Zain-the Chosen One ni, berkobar-kobar nak cerita pasal erti sebuah kesusahan...

23 September menjadi satu hari yang akan aye kenang sentiasa..
Pada hari tu lah, keputusan Pertandingan Melukis Landskap Rumah Limas Negeri Johor 2010 diumumkan.
hehe..i'm the one of the winner.
salah satu 'jendela' Galeri Seni Johor

Kita takkan pernah tahu apa yang akan jadi pada masa depan , kan?
Aye selalu fikir apa yang akan jadi pada masa depan kalau nak amik sesuatu keputusan tu.
Mengambil matapelajaran Seni ni aye tahu, senang kan?..nak score lah biasanya..
yeh..memang senang nak score A untuk PSV..tapi, ingat..senang juga nak FaiL seni..
itu antara 'X dan Y'-Teori X dan Y.
Rajin dan Malas. Teori Herzberg..

Setelah beberapa bulan duduk sebagai pelajar Pra-U ni...yeah, 
i've learn many things.

Lepas je dapat tahu yang aye mendapat tempat dalam keputusan Pertandingan ni,
tau tak reaksi aye?
- cuba pastikan apa yang cikgu cakap tu, betul ke tak? lepas habis waktu Seni..
baru betul aye pasti..cikgu memang sebut2 namaku!

ye ar..buatnyer salah sebut ke, salah amik nama ke, x ke yang berharap ni...frust ye tak?
tetapi, aye memang tak sangka...sungguh..
niat di hati ni cuma saja nak belajar mewarna balik..al maklum..dah dekat 4-5 tahun tak mewarna secara fokus, tetiba nak terus amik Seni..

Bila kita berjaya dapat sesuatu, mesti kita teringat usaha kita, kan?
itulah..jadi student seni ni, menduga kesabaran.

Terima kasih bebanyak lah buat Cikgu seti..inspire betul cikgu tu..
really inspiring me.

Dapat saguhati..
ha! saguhati tu...macam dapat tempat pertama tau tak?
impresse..

ini memang rezeki..Alhamdullillah..
ape lagi..berputar2 la..teringat kesungguhan nak menyiapkan lukisan tuh..

bukan duduk atas meja melukis jew..
tapi,,mencari rumah limas! the real one...tak main search kat internet..biarpun berlambak..

Bila kita buat sesuatu tu secara suka dan ikhlas...segalanya terasa dipermudahkan..
sebenonyer,..tarikh tutup pertandingan ni dilanjutkan 2 minggu lewat daripada tarikh sebenar...
awalnya, aye tak berminat langsung nak join..
tapi, bila cikgu Seti kata, ada chance lagi nak masuk...
fikir sekali, terus rasa macam nak cuba...cuba!

Dalam masa 2minggu yang bersisa tu..pergi lah mencari Rumah Limas yang semakin dilupakan tu..
Dah ditakdirkan..huhu..aye berbaik dengan sorang kawan baru ketika itu..merangkap aye yang baru masuk ke sekolah tersbut..
kami sama-sama pergi mencari Rumah Limas tu..
misi berjalan selama 2 hari.

Nak dipendekkan cerita,memang terasa macam kerja wartawan dalam nak mencari maklumat pasal Rumah Limas ni.
ke sana ke mari...
akhirnya selepas misi berjalan selama 4 jam....
jumpa pun!


terima kasih kepada makcik Jan..(mak Zima)..
sengal-sengal urat tengkuk dok menoleh kiri kanan mencari klibat rumah limas.


"Tunjuk langit! tunjuk langit!"
agak dah dekat 3o kali lebih menyebut perkataan tu..
bila nampak tunjuk langit tu, tengok rumah...,
tak menepati kriteria..


dah hampir 4 jam mencari...dah datang dah rasa putus asa tu..
tapi, terima kasih lagi kepada mak cik Jan tu...dia sebagai yang memandu kereta, kuat lagi nak mencari..
kawan aye tu dah mula bosan...
" ni kalau tak menang ni, rugi giler..."
"takpe kak, menang kalah tu belakang cerita, yang penting cari dulu..usaha.."


emm:-)..jadi kuat balik rasanya...yelah, kitorang masa tu cari daripada pagi sampai ke tengahari...
akhirnya,..




 Rumah Limas Muar..
perh...sungguh mencabar!
akhirnya..inilah pilihan hati..
dia punya teruja tu..xleh nak kata apa dah..

Dapat je rumah ni, kitorang terus amik kamera, amik gambar daripada segala sudut.
memang berlari-lari daripada depan ke belakang..

pemilik Rumah Limas ni orangnya sederhana. Nenek Nab.
May Allah bless her..
rumah dia...seriously, cantik!

uih..aye sekarang ni, tengah mendalami dan memang sangkut abis dengan cerita2 yang zaman-zaman dulu punya..
ha..ni semua gara-gara baca Bagaikan Puteri..
(macam-macam nak cerita pasal cerita2 epik nih!)

Rumah Limas...akhirnya, selepas seminggu berkampung dalam studio seni sekolah,..siap juga akhirnya..alhamdullillah..
memang kelam-kabut rasa serabut..dalam 10 orang yang menyertai..semuanya ada potensi nak menang..dan aye memang nak buat yang terbaik..

alhamdullillah..nilah hasilnyer..

Hafizah dan lukisan beliau yang asalnya diberi nama- 'Teratak Limas Junjung Kasih Zainab'



zima dan aye..cheers!

galeri seni johor..first time woo..


lebah bergantung-sehari semalam samapi tersengguk-sengguk nak mengukir..macam tukang kayu pulak...hehe

 Citer pasal pemenang2nya memang masuk surat kabo, no 1, 2,3 je disebut2.

Apa-apa pun, senyum ke telinga Cikgu..mane taknyer..5 orang menang..
2 dan 3 daripada sekolah aye....

Bagi aye, ni sebagai 'motivate catalyst'..
untuk alert kan aye jangan putus asa..

sebab baru pertama kali cuba, memang mama ayah tumpang gembira..
thanks dear lovely parents..

aye nak anggap kemenangan ini sebagai satu perjalanan..
pasal ada sikit rasa kecik hati la gak pasal saguhati takde naik pentas..
baru tau..saguhati je kan..belakang pentas je..
takpe..that's not the probs..


this is the Prolog..
apa-apa yang jadi after this, bila aye baca artikel ni, aye tahu..
I'M THE BEST..ALLAH KNOWS YOU MORE...INSYA-ALLAH.

cp:entry panjang..tapi akan melekat sentiasa di hati..















Monday, October 04, 2010

Contest September di belog PCH


Salam....

ha..ini dia..




klik sini untuk syarat2 nyer
 
aye nak join Contest oleh Puteri Cinta Hati.
Klik gambar untuk maklumat terperinci, k..cewahh
Contest terbuka je..dialu-alukan kepada semua yang berminat! hehe..
Ha..bagi sapa yang berminat ni..jangan luper make me as your referral (dpt tahu contest ni kat mane)
Ok, terima kasih.
aye nak tag sume kengkawan aye..
visitor sekalian..
suke - suke je :-)
tata!
 
 
.Referral :- Malaysia Giveaway

Mood malam..

SALAM..everybody..

Sekarang..aye nak tenangkan pemikiran ku ini..hehe..
esok ada Speaking MUET..poning kepala ese ni ha..
pening memikirkan topik yang cikgu nak bagi..nervous sume ada..
insyaAllah..kalau kita dah practice..bole je..lama kelamaan..

yang kelakarnya tu, lepas je kawan-kawan aye yang lain abis speaking, kitorang pun bantai speaking sama sampai balik sekolah..dashyat2..

esok pun nak hantar kolukium..
pra u punya kerja kursus wo.banyak!
.alhamdullillah dah siap, tinggal nak anta..
yeah..paling mencabar, nak kene bentangkan pada semua orang..siap ada juri lagi.
hebat tak hebat pra u punya keje..
apa-apa pun, ni coretan hati..hihi..tak kene mengena dengan yang dah pergi..
hihi..

sambil-sambil tu, aye nak layan lagu nie..menusuk kalbu dalam..dalam...dalam..
apa tu?



ada apa dengan lagu ni yek?buat orang 'angau' la..:-P