tangan yang mencatat, mendongak ke langit..

You will never love for it...until you know them well...
Tak kenal maka tak cinta...

Thursday, March 31, 2011

Segmen: DECO DECO BENG BENG BOONG

Hoho.. aye masih tengah buat kajian tentang topik-topik hangat masa kini untuk persiapan MUET nih.
dan..terserempak pula dengan segmen abang ben nih..!
nak join..deco deco beng beng boong!


ni segmen yang memerlukan pandangan dan kritikan mahupun pujian..
ni yang mencabar nih..
lagi-lagi bila bab nak susun template blog ni. blog mesti mau kemas dan cun!

aye dah cunkan bahagian 
ok..aye dah cun kan..bahagian warna template dengan yang bawah tu..
kepada kawan-kawan..
1. korang nak loading blog ni lambat tak?
 2. Blog ni, warnanya bosan ke tak?
3.korang rasa, widget apa yang agak tak kemas kat blog nih?dan tak perlu?
4. ok x kalau ada letak lagu dalam blog?

sekian..soalan yang tiba-tiba je rasa nak tahu ;)
k..korang..kita saling kenal dan terjah blog masing-masing ok..
  
heal with cures..;)

MUET-. Speak out your expression!

Salam.
hari ni tamat sudah Peperiksaan Penilaian Mac ni. 
sungguh memenatkan. 
ok. aye takmo fikir sangat pasal Pengajian Perniagaan. hihi.
sesuatu yang rasa macam nak buat balik satu soalan tu!
ok.
rileks.

sambung topik atas tu.
berbicara dengan lidah yang hampir terkelu.
atau bahasa inggerisnya
speechless in speaking.

Tahun ni penuh dengan cabaran. 
rata-rata sesuatu yang kita tak biasa..
memang membuatkan kita janggal.
ye. Practice makes perfect.
inilah speaking.

6. 4. 2011 (ada lagi 6 hari 12 jam bermula sekarang)
Wednesday.
Speaking test.

demi nak mengurangkan nervous yang tak boleh dipisahkan daripada diri ni, aye nak kongsi tips speaking untuk MUET.

enjoy it.

~~~~~~~~~~~~~
It is stated in the format that each group is given 30 minutes to discuss on the question.

Let's say, I am given the second factor (Candidate B).

So, these are my questions.

1) In the first round of the discussion, is it compulsory to restate my own stand (second factor) eventhough I am repeating the same points that was mentioned in Task A without comparing with the pros and cons of other factors?

2) Throughout the discussion, should I give reasons to ALL three factors which I disagreed to strenghthen my point/stand?

2) What is the best way or line to start with in order to oppose other candidate's opinions? eg. Excuse me Candidate A, I disagree .......

3) Could anyone suggests me any tips or strategy to excel in this task? 
 
  









 [STPM] Muet Speaking Task B Help


Answers, according to what I've learned from my teachers:

1. Not at all. You can start as if you have not heard or said anything 
in the Task A (Individual Presentation). However, it's nice to say stuff like 
"As candidate A said just now..." to show that you've been listening to others.

2. Not necessary at all. I usually support one point because a 
"build-up" is much more interesting for a discussion.

3. I hardly use "I disagree", I usually use things like, "You may have a point there, 
but..." or "That's true, however...". 
Keeps the person from returning with an attack (riposte~!), and proves 
you facilitate civil and orderly discussion.

4. If you have the ability to think fast and logically, try and search for a 
point in Task B that can "absorb" all the other's points. I usually do this so that
I can use all their points and provide much of my own. I do this even if it means 
throwing my Task A away.

However, having done years of public speaking, I am quite comfortable with that. 
You may want to go with your Task A 
points because they are already in your head (or paper).

Remember, the aim of language is to COMMUNICATE. COMMUNICATION 
means that you keep a good, nice discussion (no all-out attacks!) and be pleasant, 
and no complex or formal English is needed.


 

Saturday, March 26, 2011

Alkisah kecoh Kluang Rail Coffee-halal atau haram


Kluang Rail Coffee tak halal: Luahan Pemiliknya 

Kembali lagi untuk cerita pasai ni..

ha. ada pihak berwajib tampil nak terangkan pasal benda yang menggelapkan ni... 

---------------------------------------

This is not my article..syabas Saudara Hazrey kerana inisiatif beliau menghubungi pemilik Kluang Rail Coffee!Aku copy & paste dari sini yeah:

Lanjutan dari entry terdahulu, it is only right that the report on the issue is impartial, maka I took the liberty to call the owner of Kluang Railway Coffee himself malam tadi.

Sejak 1938, mereka sudah berniaga di stesen keretapi daerah Kluang dan rata rata majoriti pelanggannya adalah umat Islam.

Penyebaran maklumat mengenai wujudnya kandungan babi dalam kopi mereka turut memberi impak kepada bisnes kopitiam itu apabila berlaku penurunan jumlah pelanggan beragama Islam malah pemiliknya yang aku hubungi jelas menggambarkan kekecewaannya.

"We have been in business for 73 years, and it is stupid for us if we were to add such prohibited element to our coffee.

"It will be a huge disrespect to our Muslim customers who have been our patrons eversince," katanya.

Dia turut menerima sms mengenai desas desus itu malah turut bergegas ke Jabatan Agama Islam Johor bagi mendapatkan kepastian dan laporan analisa sebagaimana yang didakwa.

Menurutnya, 95 peratus pekerjanya beragama Islam dan begitu juga dengan tukang masak mereka.

Ketika berada di Jabatan Agama Islam Johor bagi mendapatkan kepastian dua hari lalu, pemilik kopitiam itu bagaimanapun gagal memperolehi keputusan analisa yang dikatakan sudah dihantar Jabatan Kimia kepada jabatan itu.

Dan hari ini (Jumaat) pemilik kopitiam itu dijangka bertemu dengan seorang pegawai Jabatan Agama Islam Johor dan apa jua hasil perbincangan itu, dijangka dapat membuka jalan kepada penyelesaian isu ini.

"It is unfair for us. Kami sudah dihukum (melalui penyebaran di laman sosial) biarpun kami tidak mengetahui sebarang maklumat keputusan analisa itu untuk kami melakukan satu tindakan segera. Kami tidak boleh bertindak berpandukan apa yang diperkatakan di laman sosial semata mata tetapi ia sudah menghukum kami.

"Kami sentiasa prihatin terhadap apa jua kandungan yang digunakan dalam penyediaan makanan serta minuman untuk pelanggan memandangkan majoriti yang mengunjungi kafe kami beragama Islam.
"Kami bukan ahli kimia dan ia berkemungkinan dari bekalan yang kami terima dari pihak ketiga namun apapun, kami perlu melihat keputusan analisa itu untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Pemilik itu yang fasih mengenai tuntutan Islam melalui perbualan telefon itu tidak menolak kemungkinan untuk melakukan samak dengan segera jika benar terdapat kandungan haiwan yang diharamkan Islam. Beberapa pakar perundingan proses halal sudahpun dihubungi malam tadi bagi bersiap sedia jika keputusan yang diperolehi tidak menyebelahi mereka.

Dia yang masih terkejut dengan perkembangan itu turut berkata, jika benar terdapat kandungan seumpama itu, dia merasa amat kesal kerana dia turut menjadi mangsa kepada pihak ketiga yang membekalnya bahan yang mengandungi gelatin haiwan itu.

Dia juga tidak menolak kemungkinan untuk memberikan penjelasan rasmi melalui media sebaik bertemu dengan pegawai Jaij dan pakar perunding Halal nanti.

Aku sempat berbual dengan Ustaz Azhar Abdullah mengenai isu ini dan dia memberikan satu persoalan yang boleh diperbincangkan antara najis (impure) dan taahir (pure). It is the question of the fiqh principle of Istihala. (wallahualam).

What is gelatin? As Oxford dictionary of science defines: "A colorless or pale yellow, water-soluble protein obtained by boiling collagen with water and evaporating the solution. It melts when water is added and dissolves in hot water to form a solution that sets to a gel on cooling."

Apapun, kita perlu menunggu apakah hasil perbincangan antara pemilik premis itu dan pegawai Jaij hari ini (jumaat).

Dan kita, perlu menunggu jawapan dari kedua pihak. Jabatan Agama Islam Johor dan pemilik kafe terkenal itu.


credits; catlina


pascaskrip: Dalam negara islam macam ni pun takut dah nak makan sebarangan....em..yang parah..orang Kluang..

Kerana kes kehalalan Railway Coffee ,Kluang bertambah popular....

Ini dia isu yang dah melanda Kluang untuk minggu ni.
Dari sms ke sms yang bertaip begini-

'Kopi Railway Stesen Kluang mempunyai kandungan bahan haram iaitu minyak babi dalam makanan dan minuman'



begitulah bunyinya.
Ini memang berita yang mengejutkan. lagi membuatkan fikiran sesak.
habis satu Kluang kecoh..
Hidangan di sana memang lain daripada yang lain.
korang tau...kopi Railway ni menjadi sebutan..
mana2  orang datang Kluang,...
mesti nak merasa Kopi Railway ni.
begitu punya femes..
alih2 dapatlah berita macam ni..
apa nak jadi..
dah lama Kopi ni menjadi santapan..
pelanggan utamanya adalah daripad kalangan orang Islam.

yang merisaukan tu...aye dan keluarga antara pelanggan setia..tapi tahun ni, memang tak teringin pula nak makan,..
hem..ada satu keluarga tu, adalah rutin wajib,. setiap Sabtu dan Ahad untuk singgah di Kedai Kopi Railway ni.
em..kata sorang makcik...
"dah banyak dah makan makanannya..kalau dikumpul dah boleh jadi b..i nye tu.."
oh..memang mengejutkan statement tu..
em..
isu makanan ni menjadi isu sensitif sejak bertahun-tahun..
sampai kadang-kadang..makan je..tak payah tahu apa-apa.
supaya takde ragu-ragu..

tapi, itu tak boleh juga..
kita mesti ambil  berat soal pemakanan harian kita.

"pasal kes ni, sebaiknya, jauhkan je. tak payah makan.."
kata sorang pak cik tu..

Ha..macamna ye..kalau datang Kluang, nak bawa pergi mana?
hem..
kita tunggu dan lihat je la apa keputusan Jabatan Agama Islam Johor untuk membuat pengesahan.
Wallahualam..

Definisi halal

Halal. Sejak dalam tempoh 5 tahun ni, kita banyak dikejutkan dengan pelbagai berita tentang makanan-makanan yang tak sah. Dalam erti kata paling tepat ialah haram.
Logo halal ni dengan mudah dijadikan sebagai suatu yang boleh diciplak.
takut ek? nak makan pun..rasa ragu-ragu. Tapi, kalau tak makan, rasa macam rugi..

Definisi halal dalam Islam.secara ringkasnya:-

Halal is an Arabic word meaning lawful or permitted. The opposite of halal is haram, which means unlawful or prohibited. Halal and haram are universal terms that apply to all facets of life. However, we will use these terms only in relation to food products, meat products, cosmetics, personal care products, pharmaceuticals, food ingredients, and food contact materials.
While many things are clearly halal or haram, there are some things which are not clear. Further information is needed to categorize them as halal or haram. Such items are often referred to as mashbooh, which means doubtful or questionable.
All foods are considered halal except the following (which are haram):
  • Swine/Pork and its by-products
  • Animals improperly slaughtered or dead before slaughtering
  • Alcoholic drinks and intoxicants
  • Carnivorous animals, birds of prey and certain other animals
  • Foods contaminated with any of the above products
Foods containing ingredients such as gelatin, enzymes, emulsifiers, and flavors are questionable (mashbooh), because the origin of these ingredients is not known.



PASTIKAN PRODUK GELATIN ADA HALAL

Pengguna Islam perlu peka dan berhati-hati apabila menggunakan produk berasaskan gelatin di pasaran dengan memastikan ianya memperolehi sijil halal yang dikeluarkan oleh JAKIM. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Jamil Khir bin Hj Baharom berkata, JAKIM hanya mengeluarkan sijil itu bagi produk yang seratus peratus menggunakan bahan atau sumber halal serta bebas daripada kandungan DNA babi.
Antara kategori pensijilan halal yang dikeluarkan JAKIM  ialah makanan, premis makanan, suplemen kesihatan, ubat tradisional, produk kosmetik dan produk-produk kegunaan harian yang lain. Beliau berkata, produk farmaseutikal dan ubat-ubatan yang memerlukan preskripsi doktor tidak termasuk dalam kategori disenaraikan untuk pengeluaran sijil itu.Di samping itu, JAKIM dan Jabatan Agama Islam Negeri di seluruh negara sentiasa memantau jualan semua produk suplemen kesihatan dan ubat-ubatan tradisional bagi memastikan ia bebas daripada kandungan DNA babi serta memperolehi sijil Halal.
Untuk pengetahuan semua, JAKIM hanya menamakan syarikat yang mendapat sijil halal dan tidak akan mendedahkan produk tidak halal. Sekiranya pengguna Islam berasa was-was, mereka boleh merujuk kepada JAKIM atau Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan, Kementerian Kesihatan atau melayari laman web www.halal.gov.my     


~~~~~~~~~~~~~~~~
   
 Bermacam-macam makanan dan produk baru keluar. secara sedar atau tak, kita memang enjoy makan benda-benda ni. Sampai kita tak mengira atau ambil berat tentang kesahihan halalnya. 
dah jadi habit, kalau nak beli makanan,
mata mesti melilau kat bungkusan makanan tu cari logo ni




dan kalau logo ni, yang aye nampak, keraguan dah mula timbul....
em..

logo halal pun dah boleh beli stickernya kat kedai..astagfirullah..
senang sungguh dijual beli..
ada satu lagi isu yang menaikkan lagi kediaman tercinta aye..em..




Wednesday, March 23, 2011

kau ada apa yang aku takde, aku ada apa yang kau takde. FAIR n SQUARE.

Salam, tiba..teringat eden punya blog..lama dah bersawang dah.
tadi, aye bw jap.
huhu. esok keputusan SPM yang dikatakan segala2nya akan keluar.
ok. neves. serius ni. hihi..
bulan lepas, keputusan STPM pun dah buat aye rasa macam nak menangis. (macam aye yang amik result)..
mana taknye, kami tengok semua result diorang. ok. cukup.
macam biasa, ada yang sedih. menangis,..
itu biasa..
dan paling menakutkan..subjek yang agak berat~ Pengajian Am.

balik kepada tajuk. ..oh..esok2...keluarlah berita2 kecemerlangan...
jangan lupa..mesti ada berita2 yang pada kita..tak cemerlang..
mesti punya..
apa-apa pun keputusan..teruskan langkah :)
berubah kepada yang lebih baik..dunia masih menanti..

ke mana arahnya selepas ni? 
hoho..itu kena tanya diri sendiri. keputusan di tangan sendiri.
baca blog ~sini
buat lah pilihan yang dekat di hati..
pilihan2 yang ada..sama ada diploma, matrik, STPM.,.

sini
ada beberapa nasihat aye dengar,..
jangan ler masuk STPM kalau dah rasa tak mo belajar dan kalau rasa diri tak suka dikongkong dek peraturan sekolah.
ye. first impression, aye itulah. STPM susah. matrik kalau tak lepas pointer, kena ulang or ditendang...kalau diploma, buat betul2, banyak duit nak guna..

"kalau STPM, dahlah kena pakai baju sekolah lagi..lepas tu terkongkong dek peraturan.."
dan segala macam kata2 yang dikata...

selama aye dah 8 bulan berkecimpung dalam pra-u ni..
aye faham..segala2nya..it's all about your mind :)

pernah cikgu aye cakap, "awak masuk matrik, saya senyum."
awak masuk pra-u saya tabik"

masatu aye dah nampak..STPM~high standard.
sebab tu kena buat yang terbaik bila dah setuju nak menduduki STPM bulan 11 ni ye.
(gemuruh jiwa!)

memang aye pernah kena hasut..kenapa masuk stpm? tak best r kena sekolah lagi..
hem. memang stpm kena pakai baju sekolah..whatever..
malas nak kisah..yang penting , kita nak belajar. dan paling penting subjek seni ngan pp dah mula dekat di hati..;)

tak nafi, banyak cabaran nak menjaga hati orang sepanjang belajar sebagai senior di sekolah tu..

apa-apa pun..berbalik pada niat di hati, mana pun kita belajar, asalkan hati mahu, semuanya mampu diredah yeah. (hope ;) )
semuanya sama standard..cuma kita sendiri yang beza-bezakan..
kalau kita tak nak belajar, bagus mana pun sekolah atau tahap yang kita pilih tu..
tak de maknanya..

kemahiran pun jalan terbaik.
kalau betul minat pada kemahiran..,better pilih je.

it's up to you ;)
hari ni diorang amik result...tahun depan..aye pulak ;) em.
i'll do my best..amin..
to all friends..hadapi dengan tenang keputusan esok ;)

pascaskrip: fair n square- ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.. Allah itu kan Maha Adil ;)

sini

Saturday, March 12, 2011

Jom Masuk U!

Salam, semua. sesi luahan sekarang.
tadi, satu hari sekolah aye pegi rombongan ke Jom Masuk U di Persada Johor.
ok. mula-mula pergi memang excited.


Dalam satu dewan yang besar tu, semua universiti ada.
walaupun terpaksa menyelit dalam keadaan orang ramai yang menyesakkan..
tapi, aye tetap nak pi gak..

satu booth demi satu booth aye pergi..tapi tak semua.
ok. masuk universiti, harapan setiap yang bergelar pelajar.

sekarang, nak masuk u, boleh terus mohon aplikasi dalam talian je. senang kan? semua orng ada peluang..cuma nak tak nak je..
tadi, kitorang dah belajar camne nak isi borang upu ;)
ha.. ye ke kalau kursus pengajian yang kita nak tu, letak lah paling bawah sekali ye? baru dapt..huhu..spe ada pengalaman.?
jawapan nya..tak jugak..ikut nasib..erk..bahaya..hihi..
jangan jadi jurusan pinggiran hati sudah..


apa2 pun mesti klik ni > www.upu.mohe.gov.my
untuk permohonan, sekarang pun dah bermula iaitu 13.3.2011.
dah boleh terjah sekarang...
tarikh tutp apliksi dalam talian - 4. 4. 2011
penting nih!
jangan sampi terlepas yep.





mengisi borang upu sesi 2011/2012- sesi masuk bermula bulan september setiap tahun.
perh..lama nak tunggu tu..sambil2 tu, bolehlah cari2 duit poket yek...

Ko-k
tahun ni,. kitorang giat mencari mrkah koko. kita mesti proaktif! yeah.
ha..bukan tu jew..sesape yang berjaya menamatkan Program Latihan khidmat Negara, dapatlaah markah untuk diisi ke borang UPU nanti..
ha..untung gak tu..;)


Antara soalan yang rancak ditanyakan kami ialah-
1.Kalau nak masuk u ni,. Muet kena band berapa ye?
-kalau law, at least adik mesti dapat band 4.
 kalau seni, syarat utama u kami, ialah band 3...


2. CGPA yng perlu dicapai untuk masuk u ni berapa?
- syarat umumnya 2.5...tapi, ada sesetengah u, yng menetapkan 3.0 dan keatas.


ha..tu dia..
muet tu dah terkena dah! 
apa2 pun, universiti2 pilihan kitorang  antaranya, ukm, um, usm, dan upsi..em!

wait for us! 
insyaAllah ;) 


Awal bulan ni,da kami semua dah kena basuh dah..
rasa seram sejuk pula tengok senior stpm lepas yang bermacam gaya menerima keputusan masing-masing..em!


ad yang menangis..suka..sampai jerit2!
lagi bagus, kami semua calon stpm tahun ni diberi peluang melihat sama keputusadiorang.

oh..! seramnya..kami ada masa lebih 5 bulan lagi untuk duduki stpm.
dengan komitmen seni yang banyak, tambah pula dengan subjek lain..
jiwa mesti mantop..


ok,. semoga dapatlah mengharungi segala rintangan yang ada di hadapan nanti ;)



BEN ASHAARI : BLOGGER LELAKI vs PEREMPUAN

salam, semua..aye nak try segmen nih..ha..nampak cam mencabar gitu...hihi..
  1. BANNER BEN ASHAARI
    1. Dalam memberi pendapat dalam entri , apakah blogger lelaki benar benar ikhlas ?
      ~huhu..setakat ni, luahan2 blogger lelaki nampak sedap untuk dibaca. Yang best tu ada unsur humor dalam entri2 diorang...hoho..

    2. Blogger lelaki malu nak letak gambar ? Kenapa ?
      Malu? ye ke..hihi..tak kot..cume malas nak upload gamba agaknyer..(macam aye..hihi)

    3. Pada pendapat anda , kenapa lelaki berblog ? Secara umum ..
      mereka berblog,
      -luah perasaan
      -kongsi maklumat
      itu yg boleh aye katakan setakat niy..hihi

    4. Blogger lelaki lebih mudah dapat ramai follower berbanding perempuan ? Kenapa ?
      -rasanya sebab mereka ni pandai berseloroh tk pon buat lawak sengal kot..dan entri pun, entri panas2..tu yg ramai suka..
    5. Blog lelaki yang anda wajib masuk setiap hari ..
      -bro ben ashaari ler..mesti ada je update beliau dlm dashboard..hihi
    6. Jika anda blogger lelaki , apakah yang akan anda letak dalam blog anda ..
      -em? ha..bolehlah hari2 letak gamba ngan video..ape2 je ..


      p/s: entri ini dibuat tetiba bila dapat tahu segmen ni..suke2 jew..
      baru balik dari Jom Msuk U! semangat nih nak masuk u...^_^

Friday, March 11, 2011

JUMAAT . 11.3.2011. 6 Rabiulawal 1432H > M8.9 Tsunami di Jepun I AMARAN TSUNAMI I

Salam, 
sesungguhnya. berita ni teramat mengejutkan.
sungguh..

 tepat pada pukul 1.45 tghari waktu Malaysia dan 2.45 ptg di Jepun,
tsunami  berlaku berukuran 8.9 skala ritcher.
Setelah 5 tahun, sejak berlakunya tsunami pada tahun 2004,
ini adalah yang paling dahsyat berbanding tahun 2004.

Tadi, tengok Al Kulliyah~ Al Falak.
bercerita tentang falak., kata ustaz Hanafiah tu, gempa bumi ni akan berlaku di setiap bahagian~timur tengah, barat..begitulah..

Subhanallah, hari ni hari Jumaat..
aye tengok kat tv pun dah cukup dahsyat.
Hampir nak tenggelam Jepun tu.

Jepun digegar gempa kuat, amaran tsunami dikeluarkan

11/03/2011 3:16pm

WASHINGTON 11 Mac - Satu gempa bumi kuat berukuran 8.8 pada skala Richter menggegar pantai timur Jepun hari ini, mengakibatkan satu amaran tsunami setinggi 10 meter dikeluarkan.
Menurut Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (USGS), gegaran itu berlaku kira-kira 130 kilometer di timur Sendai, Honshu pada kedalaman 24 kilometer.
Televisyen NHK dan saksi melaporkan, gempa bumi kuat itu turut mengakibatkan kecederaan dan menyebabkan sekurang-kurangnya satu kebakaran serta tsunami setinggi empat meter. - REUTERS


TOKYO: Jepun dilanda gempa bumi berukuran 8.9 magnitud di timur laut negara itu dan menyebabkan tsunami setinggi empat meter yang menghanyutkan kereta dan meruntuhkan bangunan di sepanjang perairan dekat pusat gempa. 

Terdapat laporan kecederaan akibat daripada kejadian berkenaan di Tokyo.
Di beberapa tempat sepanjang peairan Jepun, rakaman televisyen menunjukkan kerosakan teruk akibat tsunami, dengan puluhan kereta, bot dan bangunan dihanyutkan air.
Sebuah kapal besar dihanyutkan tsunami yang merempuhnya ke arah tembok penahan di bandar Kesennuma, wilayah Miyagi, kata stesen ootage on public broadcaster NHK. 

Pegawai sedang menilai jumlah kerosakan, kecederaan dan kematian akibat daripada gempa bumi tetapi tiada maklumat diperoleh setakat ini. 

Gempa bumi itu berlaku pada jam 2.46 petang dan diikuti siri gegaran kuat termasuk 7.4 magnitud kira-kira 30 minit selepas itu. - Reuters 



 ~~~~~~~~~~~

Setakat ini, amaran awal dah disebarkan tentang risiko berlaku tsunami:
1. Pantai-pantai sekitar Labuan dan Sabah - orang ramai dinsihatkan tidak mendekati kawasan amaran tersebut. Amaran bermula pada pukul 6-12 tgh malam.
Paras meter laut sekarang dikatakan semakin tinggi.

2. Dengarnya kawasan kepulauan2 Indonesia pun turut berisiko.

 

Thursday, March 10, 2011

Dalam diri sahabat...

persahabatan adalah taman indah yang membolehkan kita berlari tanpa kasut kerana hamparannya lembut dan segar....jangan sesekali menabur duri dan racun ketika yang lain sedang lena berbaring....
 daripada fb ahmad fedtri yahya
pascaskrip: maka tertayanglah peristiwa minggu ni yang penuh cabaran dalam mengharungi  silaturahim sesama insan...
 

Hikayat Merong Mahawangsa dan Dinasti Han

salam, 
esok..filem epik thriller Melayu akan ditayangkan.
secara benarnya, aye memang teruja. huhu..baru tadi..
aye saja-saja buka utusan dan the star nak cari artikel untuk MUET, tiba-tiba,
malam ni, utusan telah buat sesi temubual dengan Yusry KRU merangkap pengarah Merong Mahawangsa ni.

hoho..ni yang teruja nak tanya..tanya ni..
aye pun taip soalan..
soalan yang aye belum sempat dengar jawapannya lagi..
kena ulang video la nanti..

Ya..bertahun menunggu nak industri filem Melayu dipenuhi diisi dengan filem-filem yang bergenre epik~ancient.
sungguh, sampai jatuh hati dengan filem+drama-drama cerita zaman dulu cerita cina ngan korea..
dan kini, atas segala kerja keras lahirlah..
terima kasih kepada KRU productions..

Hikayat Merong Mahawangsa



Pada tahun 120, Empayar Rom ketika itu dibawah pemerintahan Hadrian sementara di negara China, Dinasti Han merupakan sebuah empayar yang kuat dan telah memperluaskan pemerintahannya ke negara Asia Tengah. Sewaktu angkatan Rom sedang membaik pulih kapal mereka di Goa, mereka meminta pertolongan Merong Mahawangsa mengiringi Putera Rom ke Langkasuka (dikatakan terletak di utara Malaysia) untuk berkahwin dengan seorang Puteri China yang cantik dari Dinasti Han.

Bagaimanapun, puak lanun dari Geruda mempunyai perancangan yang berbeza. Mereka memutuskan untuk menculik Puteri China dan menjadikannya sebagai tebusan. Di hujung pengairan Selat Melaka, Merong Mahawangsa dan angkatannya diserang oleh Geruda. Dapatkah Merong Mahawangsa menyelamatkan Puteri China dan menyatukan baginda dengan Putera Rom bagi sebuah perkahwinan yang menemukan dua tamadun besar dari negara Timur dan Barat?

sumber_sinemamalaysia.com 

Bajet filem ni,. 8 juta woo..
tiba-tiba rasa teruja nak tengok cerita ni..
em.,.semoga cerita2 epik macam ni akan muncul lagi..
ha..teringat pula, masa sertai segmen bro ben ashaari..

andai aku pengarah filem.. 
entri tentang filem yang aye nak buat..
hoho..
alangkah baik, kalau cerita kesayanganku ini difilemkan~ tentang Laksamana Sunan oleh 
Ramlee Awang Murshid.

 Ha..teruja lebih pula baca sinopsis dengan tengok trailer MHH ni.
Berlaku juga pada zaman Dinasti Han?
Dinasti Han yang berlaku pada zaman sekitar 120 sebelum masihi tu?
mengingatkan betapa salute aye pada kisah yang berkisarkan pemerintahan zaman dinasti han ni~

Beauty Rival's in the Palace-


Emperor Wen and his wife, Empress Dou


sumber~ meirenxinji
ce baca ni~ belajar sejarah..



pascaskrip: oh..aye masih addict dgn cerita cina ni..
banyak idea..
by watching this drama, makes many input in my MUET! 
~read in eng subs~

pascaskrip 2: Apa-apa pun..insyaAllah..nak tengok cerita ni..
 rasanya lebih meletup daripada PGL cerita MHH ni! 
lepas dah nonton, bg feedback sedap punya! ;)

layan lagu tema MHH~ Sedetik Lebih oleh Anuar Zain




 

Wednesday, March 02, 2011

segmen: aku memang gila trafik..so what?

yupp...aye memang gila trafik ....so what? 



salam ...bunyi mencabar uh tajuk nye ek?
kali nie aye sertai segmen bro ben ashaari lagi ... bersama-sama segmen ni aye nak cerita sikit tentang sesuatu yang pernah buat kita sentap~kehilangan orang tersayang..


kisah ni aye alami pada tahun 2008. masa tingkatan empat..tahun tu, tahun terakhir hari raya kami bersama atuk.
Tahun tu, sakit atuk mula mencapai tahap agak teruk batuk-batuknya tu. 
awal tahun, atuk dimasukkan ke wad unit rawatan rapi.
kami sekeluarga yang di kejauhan di Johor, risau.
ayah bergegas balik ke kampung nak jumpa atuk yang berada di Kuala Kangsar, Perak.
tapi, alhamdullillah pada waktu tu..atuk hanya ditahan selama 2 hari. dan dia dilaporkan stabil.
Tapi, apa yang agak mengganggu fikiran aye tahun tu, atuk mula menjauhkan diri daripada kami. Dia yang dulunya rapat dan mesra dengan kami, seakan mahu merenggangkan sesuatu. Macam dapat merasai sesuatu yang akan berlaku.

tiba-tiba terasa ada konflik dengan atuk. atuk tidak mahu makan ubat, kurang selera makan, dia hanya banyak berulang alik ke masjid. aye geram. kenapa atuk seakan tak mahu sembuh lagi?

aye ingat lagi kata-kata yang aye luah pada dia " atuk, kenapa atuk macam jauhkan diri daripada kami"..sungguh, sebenarnya, tak sampai hati nak cakap macam tu..
tapi, rasa sedih sangat..aye mula terasa hati,..
adik-beradik ayah turut merasakan yang sama.
masing-masing mula terasa hati dengan sikap atuk..
sebulan lepas tu, atuk dimasukkan ke hospital lagi. ayah aye, sungguh2 nak balik ke Perak.
kalau boleh, aye pun nak jaga atuk juga.
terkenang-kenang pesan atuk dan kemesraannya bila penyakit atuk bertambah teruk..
kami yang jauh di sini, terikat dengan sekolah dan peperiksaan yang tak boleh ditinggalkan.
Dari jauh je, doa dapat dipohonkan..'
sungguh, memikirkan tentang tu, pelajaran agak terganggu.
mendengar berita tak berapa baik pasal atuk, asyik nak mengalir je airmata ni..
usia dan penyakit dah saling bertingkah, apa yang boleh dibuat, aye berdoa semoga penderitaan atuk segera hilang...

tanggal 20 November 2008, pukul 4 pagi, aye tersedar. dengan segala buku rujukan atas meja. tangan dah lenguh sebab tidur beralaskan tangan selama 3 jam..
"atuk dah takde", mama dan ayah memberitahu serentak.
Dalam keadaan aye mamai2 tu..belum rasa sentap lagi.
bila ayah ulang lagi buat kali kedua, kita balik kampung sekarang. siapkan barang cepat.
barulah aye nampak air mata mama dah bergenang..
dan aye, pagi tu aye ingat lagi ada periksa Biology 3 dan fizik 2.
"takkan nak tinggal? macamana atuk?". tak perlu berlengah, aye buat keputusan, skip kedua2 paper tu..
jiwa kacau di pagi Khamis tu. segalanya berlaku sekelip mata.
Kami bertolak ke Perak pada pukul 5 pagi. tanpa persediaan yang beria-ia.
berbekalkan keazaman. Along dan abang takde di rumah..
aye yang nak nangis bila fikir diorang mesti tak sempat nak tengok jenazah atuk.


kak long dan  abang  sebak bila dapat tahu berita ni. masing2 memikirkan cara nak ke Kuala Kangsar secepat mungkin..


masa tu..jiwa tak terkata sedihnya..sentap sungguh.
ayah yang tengah bawa kereta, berusaha menenangkan diri. Kalau nak kata sedih, ayah lagi sedih dengan pemergian atuk..


Doa mengiringi sepanjang jalan..
speed dah tak boleh nak fikir dah. kalau boleh kami nak sampai secepat mungkin.
tapi..walau apa pun berlaku, ayah masih rasional. Yang pergi tetap pergi..yang masih ada perlu menjaga diri..


alhamdullillah..sepanjang perjalanan, jalan raya macam kami punya.
tak banyak kereta..
sampai ke destinasi pukul 10.30 pagi. masa yang tak pernah tercapai semasa pergi sebelum sebelum ni.

Sampai ke rumah,kelihatan  orang ramai mengerumuni rumah atuk.
masuk-masuk je dalam rumah..jenazah atuk sudah siap dikafankan.
masa tu, susah nak kata.,.sebak, sentap, semua bersatu.
mata ayah dah bergenang bila tengok jenazah atuk.
bila ayah mencium muka arwah atuk yang kelihatan tersenyum tu,lama ayah mengusap muka arwah atuk..
lepas tu, aye pun sama mencium muka atuk buat kali terakhir..
jasad kaku yang memeluk tubuh buat selama-lamanya tu..
masa tu, macam2 pula lagi sedih tengiang2..tiba2 je..

'mati itu pasti, hidup insyaAllah...'
dan buat kali kedua, aye mendengar talkin terakhir semasa pengebumian jenazah atuk.
nama si fulan akan di bin kan dengan nama ibunya.


 
lepas peristiwa tu..keinsafan menebal di hati. lebih-lebih lagi bila tengok jenazah ditimbuskan tanah. maka terpisah dia daripada hidup di dunia yang fana ni.
sebulan lepas tu, ada kawan yang pernah aye kenal masa sekolah rendah dulu pun..dah tak de lagi..
DaripadaNya kita datang..dan daripadaNya juga kita kembali..

Hargailah hidup yang Allah berikan ke atas kita. teruskanlah perjuangan ini meskipun duri menanti dihadapan..kerana kita hidup hari ini kerana Allah memberi jalan untuk kita mengutip rezeki dan nikmat hidup sebagai hambaNya yang bertakwa.. 


pascaskrip: terkesima bila dapat tahu tentang segmen bro Ben ni. terima kasih kepada beliau. dunia blogger~ dunia dan akhirat harus seimbang,.

aye akan sentiasa ingat kata-kata atuk "belajarlah sepenuh hati apa-apa pun yang kome nak belajar" dalam loghat perak nya..

semoga kita semua dipermudahkan saat sakaratulmaut nanti..amin..

AlFatihah buat mereka yang telah kembali ke pangkuanNya..
semoga mereka bersama orang2 yang beriman..amin..



Celik dalam kebutaan..-Hani


Ok. cerita Hani, dah habis tadi.kisah seorang hafizah~penghafal AlQuran yang buta.
cerita lain dari yang lain.
ketabahan yang telah mula dirasakan saat diri disebulungi pandangan yang kelam tanpa sebaris cahaya.
namun, kuasa Allah kan..
dalam kebutaan dia tu..celiknya lebih terang daripada kita yang celik.


Ummu Hani yang telah buta sejak umur 17  akibat barah otak..
biasalah..apabila sesuatu yang dinikmati lama, dah tak de..


episod 3 terakhir yang aye tengok, memang agak tersentuh,
lama-kelamaan Ummu hani mula menerima kenyataan. 
dia beruntung kerana dibukakan hati untuk masuk belajar hafaz Al Quran di Darul Quran.
uhh..bila tengok drama ni, teringin pula hati nak masuk Darul Quran..emm..


setiap kehidupan tak akan lepas dari masalah. hari ni ceria, esok, kita tak tahu lagi. hari ni bersedih, esok pasti kita tersenyum tabah melihat kita telah berjaya mengharungi segala kesedihan yang ada...


Bila kita tengok cerita, kita nampak segala hikmahnya kan?
Ummu Hani mendapat idea untuk buat Quran Braille bila kawan2  buta yanglain, tak de peluang nak baca Al-Quran..
Quran Braille mulanya dikatakan ada 1 je di Malaysia.
hasil kerjasama dengan semua termasuk pakar komputer, 
menjadilah satu jilid Al quran yang menggunakan deria sentuh untuk membacanya bagi orang buta ni.
akhirnya, Ummu Hani tu meninggal dunia sebab barah otak dah kritikal.


kesimpulannya, cerita ni best.
Alhamdullillah., satu lagi idea datang..;)
ada yang aye tak nampak kena, cuma wataknya kan banyak bertudung, pastu yang selalu sblum iklan, tunjuk gambar orang yang dalam kehidupan sebenar pulak..tu tak berapa kena..


apa apa pun..habisnya cerita ni..
dan paling aye nak...nak dapatkan buku ni..
 ha...insyaAllah..harap2 dapat den jejak kaki ke Pesta Buku Antarabangsa 2011 April nanti..^_^
ha..sekarang ni..
sungguh...baru tersedar,
dah 1 Mac dah hari ni..dan nak masuk 2 Mac pun..



ada lagi 256 hari nak STPM!!
semoga masa yang ada tak kan menjadi sia-sia...


mood~ takut...~_~ nak pekse ni!