tangan yang mencatat, mendongak ke langit..

You will never love for it...until you know them well...
Tak kenal maka tak cinta...

Tuesday, February 14, 2012

Cerita tentang Langit

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

 Surah Al Mulk ayat 3 dalam Alquranul Karim.
Dialah yang telah mengaturkan kejadian tujuh petala langit yang berlapis-lapis engkau tidak dapat melihat pada ciptaan Allah Yang Maha Pemurah itu sebarang keadaan yang tidak seimbang dan tidak munasabah (jika engkau ragu-ragu) maka ulangilah pandangan(mu) - dapatkah engkau melihat sebarang kecacatan?



 Melihat ke langit, kita takkan nampak sebarang unequilibrium or unstable yang mencacatkan pandangan mata., Tiada. Itulah hakikat, tiada perasaan lain yang dapat menusuk masuk ke dalam jiwa melainkan perasaan ketenangan.
Langit menyimpan seribu satu rahsia.

"Walaupun kita jauh, kita tetap memandang bulan yang sama." ayat berbunga ni tak lah lewah. ya. walau jauh mana, kita tetap memandang bulan yang sama.
Teringat pada tahun lepas, peristiwa Gerhana Bulan atau khusuf.

"Bulan dah kena makan."  seorang adik kecik umur lebih kurang 5 tahun begitu teruja melihat ke langit. Di sekitar masjid, jemaah menunggu waktu untuk menunaikan solat sunat Gerhana atau Solat Sunat Khusuf.     


"Masya Allah., Tabarakallah. " kalimah suci ni tak lekang dari bibir bila melihat indahnya ciptaan Allah.

sumber dari falak-online
 Dulu, matapelajaran sains yang paling saya minati adalah cerita pasal planet dan bintang. Waktu darjah enam rasanya.  Subhanaallah.


Bila keluar rumah, mesti nak tengok langit. waktu siang mahupun malam..langit sentiasa indah.


Kuasa Allah sudah pun meliputi langit dan Bumi..
Subhanallah. terasa kerdil tak rasa diri ? 
apalah sangat nak dibandingkan untuk menjaga kita yang kecik ini? 


p/s: terfikir segala lepas tonton 30 minit Ustaz Don tentang penentuan Kiblat. Sungguhlah, harus peka dengan arah kiblat .

Friday, February 03, 2012

Gagal kunci kejayaan! ye ke?

Assalamualaikum wbt. ;)

 Dalam hidup, kita ada pilihan. untuk pilih yang positif atau negatif. 
Dan apa memilih yang positif, bersedialah..kerana sesuatu yang manis itu hanya dapat dirasai setelah menelan segala kepahitan..
Jangan manis terus ditelan, pahit terus diluah..
16 Kata Pujangga Buat Kegagalan

1. Manusia yang berjaya akan memperolehi keuntungan daripada kesilapannya, dan mencuba lagi dengan cara yang lain.
2. Kegagalan bermakna bahawa anda belum berjaya lagi.
3. Ingatlah bahawa anda boleh gagal dalam apa sahaja dalam hidup asalkan tidak menjadi seorang yang gagal.
4. Kegagalan bukan bermakna anda tidak mencapai apa-apa.Ia bermakna anda telah mempelajari sesuatu.
5. Kesilapan adalah bukti bahawa seseorang itu telah mencuba membuat sesuatu perkara atau pekerjaan.
6. Kesilapan mengajar kita tentang apa yang perlu kita pelajari selepas itu.
7. Apa yang anda pelajari selepas kegagalan sahaja yang dikira. Kegagalan itu sendiri tidak dikira.
8. Anda tidak gagal. Anda hanya menemui cara yang tidak berkesan.
9. Kesilapan adalah realiti kehidupan. Apa yang penting adalah tindakbalas terhadap kesilapan itu.
10. Sekiranya anda mahu mengambil seorang pekerja mahupun seorang kekasih, pastikan dia pernah gagal sebelumnya.
11. Kegagalan bukan bermakna anda tidak berusaha bersungguh-sungguh. Kegagalan itu hanya bermakna anda perlu mengambil masa yang lebih lama untuk berjaya.
12. Sekali gagal, tidak bermakna anda telah tewas, anda hanya tewas apabila anda telah berputus-asa.
13. Kita memerlukan kegelapan untuk melihat bintang.
14. Salah satu kesilapan besar yang boleh kita lakukan dalam hidup ini adalah sentiasa takut untuk melakukan kesilapan.
15. Kesilapan demi kesilapan membawa seseoarang menemui kebenaran hakiki.
16. Saya tidak membahagikan dunia kepada yang lemah dan gagah, atau yang berjaya dan gagal, juga bukan di antara yang boleh melakukan sesuatu atau sebaliknya. Saya membahagikan dunia kepada mereka yang belajar dan tidak belajar.

Mudahan dengan ungkapan-ungkapan di atas dapat membina kembali semangat yang telah hilang akibat kegagalan dan kekecewaan. :)

Sumber Asal: 16 Kata Pujangga Buat Menghadapi Kegagalan