tangan yang mencatat, mendongak ke langit..

You will never love for it...until you know them well...
Tak kenal maka tak cinta...

Tuesday, July 30, 2013

15 Anugerah Yang Allah Berikan Pada Wanita

21 Ramadan 1434
Artikel khas buat para muslimah, berbanggalah.. :)

1. Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah s.a.w. keluar mengiringi jenazah. Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis tersebut. Lalu Baginda bertanya, “Adakah kamu menyembahyangkan mayat?” Jawab mereka,“Tidak”.Sabda Baginda, “Seeloknya kamu sekalian tidak perlu ziarah dan tidak ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlah kepada suami nescaya pahalanya sama dengan ibadat kaum orang lelaki.”

2. Wanita yang memerah susu binatang dengan ‘Bismillah’ akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

3. Wanita yang menguli tepung gandum dengan ‘Bismillah’, Allah akan berkatkan rezekinya.

4. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di Baitullah ( Kaabah).

5. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan membinakan 7 parit di antara dirinya dengan api neraka, jarak di antara parit itu ialah sejauh langit dan bumi.”

6. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utas benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat.”

7. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas takhta di hari akhirat.”

8. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatit baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian.”

9. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya, menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya.”

10. Sabda Nabi s.a.w. : “Ya Fatimah setiap wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum kepadanya dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman-taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shiratul Mustaqim.”

11. Jika suami mengajarkan atau menerangkan kepada isterinya satu masalah agama atau dunia dia akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

12. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga dan menunggu kedatangan suaminya dengan menunggang kuda yang diperbuat daripada permata yakut.

13. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah. Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.

14. Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya, cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kahwin).

15. “Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya ia menggembirakan kamu, jika engkau memerintahnya ia mentaati perintah tersebut dan jika engkau bermusafir dia menjaga harta engkau dan dirinya.” Maksud hadis: Dunia yang paling aku sukai ialah wanita solehah.

sharing is caring 

Sunday, July 14, 2013

alasan 'Kenapa Aku Mencuri?'

Assalamualaikum,
salam sejahtera.

Ke hadapan,.ibu dan ayah, kakak abang,  kenapa aku mencuri? Jangan salah faham pula. Ini saya nak buat review sikit tentang sebuah drama yang dah lama ditayangkan tapi saya baru je menontonnya.  .Tajuknya sensasi. Kenapa Aku Mencuri.
Dalam hati saya bolehlah orang orang yang nak mencuri tu ambil kesempatan dan berasa mencuri tu takpe kalau bersebab.

tapi, nanti dulu haruslah dihadami dulu cerita ni. cerita ni lebih kurang sama juga dengan situasi dalam cerita Arman.  Mungkin cerita ni dah lama tapi bila saya rasa cerita Melayu pun ada yang baiknya tak kurang juga ada cerita yang mengarut. Jadi, ketepikan yang mengarut kita tengok cerita yang berpengajaran yang baik.

Sinopsis dari astro prima,
Kisah bermula ketika Pejal, Ajak, Sham dan Lan sedang kemaruk membelasah Zul sambil diperhatikan oleh Hamid. Sesekali Hamid akan membantu dengan melepaskan sedas dua penumbuk ke tubuh Zul tanpa belas kasihan. Keriuhan suara mereka membuatkan para penduduk kampung menghampiri dalam keadaan tertanya-tanya. Sebaik mendapat tahu Zul dipukul kerana mereka menangkapnya ketika sedang mencuri kambing, hampir semua penduduk kampung melempiaskan kemarahan masing-masing dengan menampar dan menumbuk Zul seorang demi seorang. Melihatkan Zul telah lembik dan tidak berdaya untuk berdiri lagi, Hamid lantas mengarahkan agar ‘budak-budak’nya mengikat tiga batang buluh di belakang tubuh zul bagi memaksanya berdiri. Setelah arahan itu dilaksanakan, Pejal lantas menyarankan agar Zul dihantar ke balai sahaja, namun Hamid masih belum selesai dengan Zul. Hamid mahu mengajar Zul secukup-cukupnya dan seterusnya menjadikan teladan kepada mereka yang lain agar jangan nak buat hal di kampung mereka. Hamid mahu tangan kiri Zul dipotong!


Hamid (Eman Manan) dirujuk untuk mengendalikan kes Zul. Dia merupakan seorang pesara tentera yang tegas dan sangat keras kepala. Dalam cerita ni, nampak betapa Pak hamid ni memang tak sabar-sabar nak menghukum Zul (Zul huzaimy ) ni. sebab bagi dia dah terang lagi bersuluh yang Pejal(Faizal hussein) ni tangkap Zul.
Tapi, atas nasihat Pejal, Hamid mendesak dan bertanya pada Zul kenapa dia mencuri. 
Realiti masyarakat yang hidup dalam kemiskinan tegar. Zul bertanggungjawab menanggung adik dan ibunya yang sering sakit. Rumah yang diduduki tu pula rumah sewa.
Saya tengok wtak ni, sangat kekurangan dan sangat tertekan dengan kehidupan yang miskin, tapi tetap berusaha nak tolong keluarga. Zul ke bandar untuk mencari wang untuk membiaya ubat-ubatan ibunya yang sakit. Dia melakukan kerja mencuci pinggan, malangya dia terserempaka dengan penyamun, lalu habis duitnya disapu. Zul pulang dengan tangan kosong.
Dia balik ke rumah. Dalam keadaan itu, dia melihat adiknya menangis kerana kasut sekolahnya koyak rabak. Sedih juga bila Zul seorang abang yang sayang pada adiknya, dia menjahitkan kasut adiknya. Tapi, adiknya tidak berpuas hati sebab kasut tu dah banyak kali dijahit. Nampak tak betapa tertekannya. Hal ni buat Zul makin tertekan.

Zul ni sekolah pun sampai darjah 6. Sijil atau kelulusan takde. Ada pakcik sedara pun tidak mahu mengaku dia anak sedara. Membantu apatah lagi. 

Apa yang dapat kita tengok dalam cerita ni, apabila zul bercerita satu persatu permasalahan dia, orang kampung mendengar. Tapi, ada satu ayat Zul ni kata masa curi ayam tu, katanya "duit ni daripada aku beli dadah, baik aku pergi bagi mak dan adik aku makan lagi bagus."
Nampak betapa terdesaknya hidup. Masyarakat yang hidup sekeliling dia tu pun bukannya orang-orang susah. Tapi, tidak denye nak membantu sangat. Mungkin masing-masing sibuk jaga periuk nasi masing2. Sampai ada kesusahan jiran-jiran pun tidak endah. Zul ni sebenarnya terpengaruh dek kawan dia yang mengajak dia pergi mencuri lepas Zul betul2 hilang punca nak cari duit .

Bila Zul dah habis bercerita tu, Hamid dah bersedia nak menghukum Zul. Dia kata walau apa pun Zul bersalah dan perlu dipotong tangan. Orang kampung masing-masing tak sanggup. Mereka dengan terbuka hati nak halalkan apa saja yang Zul amik tu. ayam, kambing.
Masing-masing dari marah bertukar simpati. Sungguhlah,kekadang kita menghukum seseorang,.tapi kita tidak juga menghukum diri sendiri. Kita lupa yang kita juga ada tanggungjawab ke atas orang lain. Orang yang susah macam tu.
Zul yang muka berdarah-darah tu berasa terharu. Adik da ibunya yang dari tadi merayu-rayu pada Pak Hamid supaya tidak potong tangan Zul berasa lega.

Keseluruhan cerita,setiap orang melakukan kesilapan. Apa yang penting apabila kembali ke pangkal jalan bertaubatlah. Jangan ulang kesilapan tu lagi.
Kebanyakan orang-orang kampung yang bila dengar cerita Zul yang mencuri terus nak belasah Zul sampai lembik. Seharusnya mereka kena dengar penjelasan dan  faham biarlah kita tersalah ampun, dari tersilap menghukum.

kita semua harus mengaku yang kita semua perlukan duit untuk terus hidup. Dengan keadaan bermacam-macm barang yang naik harga dan kos hidup yang semakin tinggi . Realitinya adakah insan yang susah dan dihimpit macam ni masih ada dalam dunia? jawapannya ada . Si miskin yang terdesak dan si kaya yang terus sombong tidak ingat dunia.

Allah, betapa indahnya bulan ramadhan yang mulia ini. Kita dapat hayati kesusahan orang lain. Kesusahan yang dirasa apabila tiada keamanan, hujan peluru jadi rutin. 
Allahu, jadikanlah kami hamba-Mu yang bersyukur dan dapatlah kami berkongsi rezeki dengan hamba-Mu yang lain.

Sebagai anggota masyarakat, kita tak boleh buat tak endah atau sengaja tidak ambil tahu hal sekeliling. ada orang tak makan, ada orang sakit tapi kita tidak tahu.
Allahu Rabbi, nikmat yang Allah kurniakan akan lebih berharga bila kita berkongsi dengan orang lain.

Insyaallah, ada jalannya...

Salam, 
5 Ramadhan 1434H






Ujian Hidup: Kesempitan dalam sebuah kisah (Arman) tv3

Assalamualaikum,

Entri kali ini berkisarkan tentang sebuah kesusahan. Ujian dari Tuhan kepada umat manusia. Dan kesusahan itu bagi tiap orang berbeza. Dan kerana itu, kita hidup ni saling bantu-membantu.

Semalam, selepas selesai tarawikh sempat menonton sebuah drama. 
Sebuah drama bertajuk Arman. Lakonan Beto Kushairy.

sinopsis.
 Kisah kesusahan dalam masyarakat marhaen.
Arman merupakan anak sulung dalam keluarganya. Dia bertanggungjawab menjaga keluarganya selepas kematian bapanya. Situasi yang menghimpit Arman sangat-sangat mendesak. Ibunya mengalami penyakit buah pinggang. Adiknya pula sedang bersekolah dan memerlukan biaya untuk meneruskan pelajaran.

Arman berhijrah ke KL untuk mendapatkan kerja dengan gaji yang dapat menampung kehidupan keluarganya. Tiada sebarang kelulusan mahupun sjil, Arman mencari kerja dan yakin bahawa ada rezeki untuknya dimana-mana, yang penting dia perlu berusaha. Di KL, Arman dapat sebuah kerja. Dia bekerja bersama seorang penjual sayur di pasar. Dia dan seorang gadis, Siti yang merupakan anak tauke perniagaan tu semakin rapat. hari demi hari Arman bersyukur kerana rezekinya hari emi hari membantunya dan keluarganya untuk meneruskan hidup. Ibunya di kampung yang sakit memerlukan kos rawatan yang tnggi.

Konflik terjadi, apabila penyakit ibu Arman semakin kritikal. Kos rawatan untuk pembedahan sebanyak rm 12,000 perlu ada. Arman semakin tidak keruan. Dia sangat memerlukan duit sebanyak itu namun tidak tahu bagaimana boleh dia mendapatkan duit sebegitu banyak. Hamdan , rakan tempat sekerjanya, yang sikapnya pemalas dan sedikit loklak (macam penagih dadah sikit) mengajak Arman untuk membuat kerja mencari duit dengan cara yang mudah tapi sebenarnya cara yang memilih sisi gelap dan hitam. Cara dengan mencuri.

Arman diperdaya kawannya yang sebelum itu telah menyamun duit Arman yang dikumpul untuk pulang ke kampung melihat ibunya yang sakit. Tapi, Arman tidak tahu hal itu.

Klimaksnya, Arman terlibt dalam konspirasi mencuri duit sebanyak Rm 90,000. Dia pula yang melarikan duit itu atas arahan ketua geng yang menjalankan perompakan itu. Hamdan sekali memperdajal dengan mengatakan tidak perlu bagi duit tu pada bos mereka. sebaliknya, bawa balik dan gunakan sahaja. Hamdan mengambil separuh dari duit tu dan selebihnya diberi pada Arman. 

Lumrah manusia, tidak akan senang apabila berbuat salah. Lebih-lebih lagi , Arman yang baru terlibat dalam kancah jenayah. Dia serba tidak kena. Orang-orang geng rompak itu memcari dia. Kerana Hamdan sendiri telah memberitahu yang Arman telah kebas semua duit tu. 

Keseluruhan cerita ni, kesusahan yang sangat meghimpit. Akhirnya duit tu tak dapat digunakan juga sebab Siti yang diminta Arman untuk memasukkan duit ke dalam bank adik Arman, Ecah untuk kos rawatan mak mereka. 
Tapi, duit tu dipulangkan balik pada geng rompakan tu. Sebab Siti bimbang keselamatan Arman yang teruk dibelasah. Arman tidak berpuas hati dan geram dengan perbuatan Siti
Tapi, nak buat macamana lagi,.duit yang tidak halal sememangnya serba tidak menjadi.
Kalau jadi pun, hilang keberkatannya.

Ibu Arman meninggal dunia. Arman tidak dapat menerima hakikat dan hilang ingatan. Dia menjadi orang gila. 

sedang dia berjalan-jalan sekitar tempat orang ramai, dia hampir dilanggar kereta. Kereta itu kepunyaan seorang Dato. Dan dato itu membawa Arman pulang ke rumahnya untuk diberi rawatan.

ringkas, Arman kembali mengingat apa yang telah berlaku setelah rawatan diberikan. Trauma dia ni sangat dalam. 

.............................
Cerita ni juga mengingatkan kita akan suatu kesusahan yang dialami oleh orang lain yang memang kita tidak tahu. Atau istilah lain kita tidak mahu ambil tahu.

Tadi, Ustazah Hafizah dalam Usrati di IKIM.FM mengatakan, seorang anak yatim yang tinggal di asrama dimarahi oleh penjaganya. Ditengking, diherdik dengan keadaan yang sangat tegang. Bila ustazah Hafizah melihatnya, dia datang bertanya.

Rupanya budak ni dimarahi sebab dia mencuri. Sepanjang ramadhan tu, dah dua tiga kali dia mencuri.
Bila ditanya sebab apa dia mencuri sebabnya dia nak sangat macam kawan-kawan lain.

Budak ni hanya mencuri rm 1.50 sahaja. Tak lebih dari itu.
Dia membawa duit tu untuk pergi ke bazaar ramadan nak beli makanan untuk berbuka.

Ustazah bertanya lagi, kenapa tak cukup ke makanan yang diberi di sini?"

Situasi adik ni,..kawan-kawan dia yang ada ibu atau bapa ni, beli makanan sedap-sedap dan makan. Adik ni hanya mampu melihat sahaja. Dia tidak ada duit nak beli dan hanya makan apa sahaja yang diberi asrama. Kalau lauk hari tu ikan goreng je, itu sahajalah yang dimakan.

Dengan duit Rm 1.50 tu, dia dapat beli satu roti john, dengan air sirap bandung. Betapa dia suka sangat. Tapi, bila dapat ditangkap,.dia menangis semahunya. Keinginannya seolah-olah terhalang.

Bila ustazah mendengar hal itu, air mata mengalir. Alangkah alpanya kita. Alangkah senang nya kita dengan rezeki yang kita ada. Tapi, dalam masa yang sama ada insan yang mengharapkan sedikit keenakan dan sedap untuk menikmati makanan, tapi tak mampu. sebab memang tidak ada siapa yang nak peduli. 

Yang sepatutnya dimarah, diherdik adalah kita ni sebagai orang sekeliling. kenapa kita tak nak dengar apa yang Allah firmankan dalam Al-quran? bahawa orang yang membantu anak yatim dan orang membantu mereka yang dalam kesusahan itu sentiasa mendapat naungan Allah.

Allahu Rabbi...kerdilnya diri. Lepas tu, ustazah itu menyarankan agar siapa-siapa yang berkemampuan, untuk memberikan sedikit kesenangan dan berkongsi bersama anak-anak yatim yang ada di sekolah tu. Moga jangan ada lagi macam ni.

Benarlah, di Palestin , Syria, Rohingya dan dimana-mana sudut di muka Bumi ni ada orang yang susah. Bersyukurlah kita, dengan bersyukur itulah kita menghulurkan bantuan dan ringankan beban. tidak dapat banyak, sikit pun jadilah.

Allah.
Bantulah hamba-Mu melakukan kebaikan dan bantulah hamba-Mu ini menguruskan rezeki yang telah kau berikan.

Dalam rezeki yang kita ada ini sebenarnya ada bahagian orang lain untuk dikongsikan bersama.


Salam,
5 Ramadhan 1434H
14 Julai 2013


Saturday, July 13, 2013

Dan aku memilih yang baik sahaja.

Kata-kata orang lain sebenarnya tidak akan mengubah diri kita.

Sama ada pujian, encouragement, kata-kata motivasi dan sebagainya. Tidak akan mengubah kita menjadi lebih baik.

Atau kejian, makian, umpatan, dan sebagainya. Tidak akan membuatkan kita lemah dan putus asa.

Sekiranya diri kita sendiri menyatakan TIDAK.

Orang boleh kata pada kita, cakap pada kita apa sahaja.

Tetapi yang mengawal tindakan kita, yang nak berubah ke arah baik atau memilih untuk menjadi lemah dan berputus asa hakikatnya ialah keputusan diri kita sendiri.

Maka kita,
buatlah pilihan.
Buruk baik di tangan sendiri yang menentukan.


4Ramadhan 1434 H
12.10 am

Thursday, July 04, 2013

Bunga Merah Punya


Assalam,
Ha. saat menyudahkan waktu-waktu nak menulis ataupun mencari ilham ni. saye dengan begitu liciknya mencari idea lain. Nak tengok cerita yang lain dari yang lain dan nak tengok cerita yang lari dari konsep kahwin paksa, illegalitimate (luar nikah) punya cerita. 

Yeah,akhirnya jumpa. serius tak tahu pula ada cerita ni ditayangkan. Dan saya kena download la kalau nak tengok. Hehe. baru tengok episod pertama.
Dan, keseluruhan, bukan sebab Izzue Islam  ada,hehe. tapi sebab jalan ceritanya ok.
Cerita pasal busker, seniman jalanan. Keseluruhan cerita, menyanyi. Lagu-lagu nya memang layan. Dan kalau saya tengok drama ataupun filem, first thing first mesti tengok siapa penulis skrip dan siapa pengarahnya.



Dan tahniahlah buat pelakon yang memang dah masuk senarai -the most favourite and talented actor- Zul Huzaimy. Multi-tasking. Dalam drama ni lebih kurang 10 buah lagu. Semua lagu dan lirik dihasilkan sendiri oleh Zul Huzaimy. Skrip dan arahan dia sendiri
Fuh. tabik sat. Memang nak hasilkan kekreatifan ni memerlukan masa. Baru tahu yang Zulhuzaimy ni bukan je kalau berlakon tu memang la, lain dari yang lain. Semua orang boleh ada rasa menyampah, benci kalau dia jahat. Bila jadi baik, cair, terpikat semua boleh. haha. terbaik lah.Gaya cool dan tak banyak menggedik tu memang la..haha.


pengarah,pelakon,pemuzik.

Ni berbalik cerita Bunga Merah Punya ni, bagi saya, lakonan Izzue islam dalam drama ni lagi natural la. nampak best. sebab sambil menyanyi pegang gitar, baru dapat dengar suara dia. Mungkin dalam forteen dia tak berapa menyerlah. Dalam BMP ni baru dapat dengar suara dia. ahaha. saya rasa karya ni best.Ni yang berkobar-kobar nak teruskan berkarya ni. Kadang-kadang berkarya ni kita bukan je dapat menyampaikan mesej , tapi kita juga dapat berkongsi perasaan kita dengan orang lain.

Nanti saya kongsikan antara lagu yang saya asyik dengar je ni. Tapi, cerita belum habis tengok lagi.hehe. sebab lagu ni sedap, kalau buat album memang menjadi la.

Sinopsis Bunga Merah Punya di Slot Aurora TV9

Kasih adalah satu rasa, sayang juga adalah satu rasa dan cinta adalah satu rasa yang lain. Mana mungkin kesemunya boleh digabungkan. Tapi ianya akan tercantum bila adanya rasa rindu dan cemburu. Benarkah begitu?

Merah seorang remaja 20an yang mencari rezeki dengan menyanyi dan bermain gitar bersama tiga lagi temannya Ajit, dan Itam. Kopitiam milik abang Cu menjadi tempat mereka ‘perform’. Di atas kopitiam adalah bilik sewa yang disewa oleh Bunga.

Rutin harian Bunga adalah membeli sekuntum bunga ros yang dijual oleh seorang budak perempuan, Niki yang lalu di hadapan kopitiam sebelum dia ke tadika untuk mengajar setiap pagi. Setiap pagi juga Bunga akan sarapan di kopitiam Abang Cu sambil mendengar petikan gitar dan nyanyian dari Merah dan kawan-kawannya.

Bunga memikul amanat Tok Baen untuk mencari Merah sejak merah melarikan diri dari rumah ketika berumur 10 tahun kerana merajuk dengan Tok Baen. Bunga masih ingat akan Merah, tapi tidak Merah.


pelakon-pelakonnya pun berjaya menghayati watak . Drama ni sedikit sebanyak mengingatkan saya filem-filem Yasmin Ahmad. Mukhsin, Talentime. Terbaru, Hoore Hoore. Setiap situasi diiringkan dengan lagu.
Lagu Tok Baien yang menyanyi keroncong memang nostalgia.
Teringat dulu masa zaman sekolah menengah, ada juga berkarya macam ni. sangat mengesankan. Berkarya memang sangat memberi makna bukan je pada penulis tu sendiri tapi audiens yang menghayati cerita ni.

Antara lagu yang saya suka, lagu dia sangat metafora. pokok bunga merah semua ada. hehe. 


Banyak lagi lagu-lagu yang sedap dalam drama ni. 


kredit memang patut diberikan pada pengusaha-pengusaha cerita macam ni. Banyak la pengjaran, persahabatan, percintaan, pengorbanan semua dalam satu cerita.

tabik sekali kat Zul Huzaimy. Kalau pengarah macam ni buat lagi cerita bermutu, memang bagus la industri drama dan filem yang dah ketandusan skrip yang bagus,

Dan adaptasi novel pula, kadang-kadang tidak memberikan sesuatu nilai yang berbeza dari segala jalan cerita yang banyak sangat dah klise.

Harapan satu hari nanti, novel Ramlee Awang Murshid pula diadaptasikan. Memang kena sedia bajet yang memang superb punya.

Dan, saya sekarang macam  nak belajar buat skrip. insya Allah.
Hari demi hari nak menjengah Ramadhan , moga kita dikuatkan hati. ok :)