tangan yang mencatat, mendongak ke langit..

You will never love for it...until you know them well...
Tak kenal maka tak cinta...

Thursday, August 29, 2013

Surat Untuk Hati Yang Sepi



Ada masa kita perlu tahu, kita perlu sedarkan diri apa yang kita miliki hari ni, takkan kekal. Suatu masa nanti, ia akan kembali semula kepada maha Pencipta.

Ya, kadang-kadang kita lupa yang bila Allah uji kita dengan mengambil segala apa yang pernah kita miliki sekejap cuma tu, masa tu baru rasa macam kehilangan Selama ada benda tu pada kita, kita tak sedar. Malah, sengaja butakan hati.

Ya Allah,..walau apa ujian dari-Mu..
ku mohon..
ajarilah ku untuk sentiasa mensyukuri nikmat-Mu.
Walau pun aku rapuh dan kadangkala
ingin berlari semula menuju ke arah cinta Mu.

Pada mulanya, ada rasa kosong dan sepi. Bila Allah mengisi, kita baru terasa bagai nafas semakin dirasakan lega.
Tapi, sedarlah Allah menghadirkan rasa sepi itu kerana Dia mahu hamba-Nya itu kembali pada-Nya.
Aku dan kau dan sesiapa sahaja pernah merasa rasa itu.
Walau dikelilingi keriuhan manusia tapi bila rasa itu hadir. 
Tiada yang dapat melenyapkan melainkan dengan curahan rasa kasih dari-Nya.

Untuk saat itu, bila hadir.
letakkan pada dada dan lafazkan,.
"Allah melihatku, Allah bersamaku, Allah melindungiku..."

Rasailah wahai hati, dekatnya Dia pada kita berbanding urat leher kita sendiri..



"Hanya orang yang bahagia akan membahagiakan orang lain"-Prof Muhaya.

kindly,
annur Hafizah