Assalamualaikum.
maaf pada blog dan semua yang membaca blog ku ini (kalau ada), haha..
kerana telah lama tak singgah. yelah, aku takmau sekadar jadikan blog ini sebagai sebuah medium luah perasaan tak puas hati. Tapi, biarlah segala yang aku buat tu ada inputnya sekurang-kurangnya kalau ada yang dah terbaca entri aku yang lepas-lepas tu insyaallah ada manfaatnya.
Alhamdullillah. Hari Rabu semalam, tamat sudah pembentangan Projek Sarjana Muda 1 sebagai seorang pelajar Construction Technology di UTHM ni.
Pembentangan PSM 1, bermula dengan perjalanan nak buat tesis dan segala bentuk format tesis yang harus kita ikuti,.semua tu ada rasa kepayahannya. Tak de satu pun yang aku rasa senang dan mudah melainkan kalau kita memang tade hati nak buat,.memang sangat payah nak siapkan tesis ni.
PSM atau Bachelor Degree Project ni satu je yang mmbahagiakan adalah lepas dah siap dan dah hantar. Itulah yang bahagia. Selain dari tu, semuanya cabaran yang tak akan habis selagi belum dokumentasi.
Sabarlah..itulah dugaan pelajar. Lepas habis satu kerja, kerja lain pula menanti.
Barulah rasa hidup tu macamana bila terfikirkan tesis ni. Bagaimana la pula pada orang yang amik master, phD? hati kena kental, jiwa kena yakin.kan?
terima kasih ayah dan mama yang keep supporting dan mendengar rintihan anaknya ini yang mesti nak telefon lepas present dan sebelum present. hehe. Pada adik beradik semua..kepada SV yang walaupun garang dan cerewet (eh..) tapi banyak membantu untuk mendorong untuk menggerakkan kerja penulisan tesis ni.
Alhamdullillah. lepas pembentangan tu aku mampu tersenyum. Terima kasih atas budi baik panel juga yang banyak memberi cadangan dan kritikan yang membina. Tajuk yang aku bawa adalah Sustainablity Campus atau Kampus Lestari. :)
Terima kasih juga pada kawan2,..Hanisah, Silah, Farah, Salwa dan yang lain2 sama ada bantuan kecil ke besar,.hehe..daku menghargainya. kita banyak harung susah senang buat ni sama-sama kan. bila tak pueh hati sama2 cerita..haha. perangai masing2,.tapi alhamdullillah semua pun dapat present dengan baik..
Okey..bagi ucapan macam dah siap la kan tesis aku ni. padahal baru Bab 1, 2 dan 3..dan lepas ni nak siapkan dokumentasi akhir untuk full report.
Sebenarnya dah nak penghujung tahun 3 ni, aku dah banyak muhasabah diri.
kalau kurang sana dan sini,..aku cuba perbaiki. Tak nak lah terus down dan takmau teruskan.
Aku tahu, mungkin ada antara kita yang tak boleh terima course yang depa belajar,..tapi,.kita habiskan lah dulu..biarkan semua ni jadi flow yang mengajar kita untuk jadi lebih baik lagi pada masa akan datang.
Bukan tak menangis, bukan tak rasa nak gibap, bukan juga tak rasa down tambahan pula kemalasan dan tugasan yang lain pun harus diberi tumpuan, tapi satu-satu masa tu aku duduk diam dan berdoa. Lepas solat tu, mesti aku berlama-lama atas sejadah. entah..kadang hanya hati yang bersuara,.berdoa dan berdoa..mengadu dan mengadu..
Satu lagi pesanan yang hebat dari seorang pensyarah yang aku kenal,..katanya,.kita memang takde kekuatan. Sebab tu kena mohon pada Tuhan.
-Bangunlah sepertiga malam
-rajin bersedekah,
-rajin berdoa untuk ibu bapa dan semua
- selalu positif
Simple, but ..need to refresh yourself. Buat tu kerana Allah..lama2 kita akan buat dan terus buat,.kita cuba ok? insyaallah,..
bertahanlah wahai raksa,.jangan kau terhenti..
berpautlah wahai nyawa..ini bukan mimpi,
saksikan dengan mata,.
rasakan dengan jiwa,.
kau sedang tinggi,,.
Jauhnya kau terbang siapa sangka..
getir yang menghalang tak besar mana..
payah semalam,.
moga mudah selama
tiap apa yang mematah tegakmu:-
tiap yang menolak-
tiap yang memijak henyak-
biar di belakangmu
jangan dikenang, moga dibuang dendam dan sayu-
Tuhan, jangan kau izin aku lupa
jangan kau biarkan aku mendepang dada
pasakkan hatiku pada kaki
paksakan ku tunduk sehingga mati..
:)
29/5 /15
12.30 am