tangan yang mencatat, mendongak ke langit..

You will never love for it...until you know them well...
Tak kenal maka tak cinta...

Sunday, June 05, 2011

Solat istikharah- Takdir Yang Terindah- Bahagian 1

Oleh: Ismail Abu Bakar


dilemma.jpgBila di sebut sahaja Solat Istikharah kebanyakan di kalangan kita hanya terkenangkan ketika hendak memilih jodoh. Ia begitu sinonim sekali dalam membuat keputusan untuk memilih bakal teman hidup tidak kira bagi lelaki atau perempuan. Perkara ini mungkin berlaku kerana penekanan di kalangan sesetengah Ustaz dalam soal istikharah ini dikaitkan dengan memilih jodoh sahaja.
Sebenarnya amalan Solat Sunat Istikharah ini skopnya lebih luas. Kita kadang-kadang tidak diberikan peringatan dalam soal ini. Sedangkan amalan Solat Istikharah ini sangat-sangat di galakkan oleh
Rasulullah sebagaimana disebut dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari;
Mahfum Hadis: Dari Jabir ra., ia berkata: “Nabi pernah mengajarkan kepada kami Istikharah dalam berbagai urusan, seperti mengajarkan sebuah surah dalam Al Quran. Kalau seseorang dari kamu menghendaki sesuatu, maka hendaklah ia solat dua rakaat, kemudian berdoa:
Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini  membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya.


pascaskrip:
terfikir nak buat entri ni untuk menerobos segala macam kekusutan.
sesungguhnya solat istikharah merupakan kurniaan Allah.
Dalam rancangan Tanyalah Ustaz yang aye tengok menceritakan tentang Mimpi,
Ustaz Fauzi Al Kuliyyah tu kata, petunjuk selepas solat istikharah tu sendiri, Allah tunjukkan dalam pelbagai cara dan hikmah.
Subhanallah. ada antara kita selalu kata dalam mimpi, tapi tak semestinya dalam mimpi..boleh jadi Allah menggerakkan hati kita ke arah yang baik. InsyaAllah.
dan paling penting, solat istikharah bukan sekadar nak memilih dalam jodoh je.
tapi luas skopnya..
macam kita para pelajar ni pun..boleh buat juga...
Istikharah~berserah kepada Allah.
semoga dengan kita bersolat istikharah ni..menjadikan tawakal kita setinggi-tinggi kepada Allah.

ok...kita ke Solat Istikharah-Takdir Yang terindah BHG 2 lepas ni tentang cara-caranya..



Virus Soksek..

Salam,

wah..hangat sungguh isu artis menghambur kata-kata kesat pada blogger...uhu..
kesat dalam bahasa inggeris..lagilah kesat maknanya..gara-gara klip arahannya yang mendapat kritikan hebat terutamanya dari bloggers...
ape namanya...sabit eh..Gambit.
tak berapa kenal orang ni pun..tup..tup isu ni yang menaikkan nama dia...

malas nak amik port sangat. 
baik hangpa pi layan Imam Muda ka..belajar banyak2 daripada kajian dan carian diorang tu..lagi baik..
kan (tengah memahamkan tema2 Imam Muda yang lepas)..

aye teringat Tajuk Forum Perdana 2 minggu lepas cerita pasal "Virus Soksek.."
hah..
kan Rasullullah dah berpesan siap-siap...

kata-kata tu lebih tajam dari mata pedang..
sungguh bahaya. 

lagi-lagi kita-kita semua yang berada dalam alam maya yang penuh kesenangan untuk menulis macam-macam.
kata Ustaz yang menjadi panel tu., 

kita ni dah lah pahala tak banyak, toksahlah nak tambah-tambah dosa pulak..nanti timbangan kat bahagian pahala ringan, yang berat bahagian dosa pula...

jaga hati, jaga minda...renung-renungkan dan selamat beramal...

Saturday, June 04, 2011

Review IMAM MUDA - Minggu Keenam



Tema : Kekeluargaan

Kedudukan Imam Muda pada minggu yang ke lima  :

1.     Imam Muda Fatah
2.    Imam Muda Azlan
3.    Imam Muda Fakhrul
4.    Imam Muda Nazrul
5.    Imam Muda Hassan
6.    Imam Muda Amar
7.    Imam Muda Ali
8.    Imam Muda Najdi
9.    Imam Muda Mujahid
10.  Imam Muda fadli



Tugasan Mingguan :
Pada minggu yang keenam, para Imam Muda menerima tugasan baru iaitu tugasan member sesi kaunseling kepada pasangan suami isteri yang mempunyai pergolakan rumah tangga. Setiap Imam Muda mendapat satu pasangan yang mempunyai pelbagai dan masalah yang berlainan. Imam muda ditugaskan untuk menasihati mereka supaya pasangan tersebut dapat mengelakkan dari berlakunya penceraian.

Bagaimana Imam Muda menjalankan tugasan yang diberi :

Ø  Tugasan Imam Muda adalah cuba untuk menyelesaikan kemelut pasangan yang mempunyai krisis rumah tangga itu.

Ø  Imam muda Fakhrul lebih menggunakan pendekatan bertanya masalah, mencungkil dan menyoal pasangan tersebut kerana beliau berpendapat pasangan yang tengah marah tak akan menceritakan masalah mereka. Pasangan tersebut mendakwa bahawa mereka sama sama menyesal kerana berkahwin dengan pasangan mereka. Maka Imam Muda Fakhrul memberi nasihat jika kita mahukan kan kasih sayang, pergilah kepada Tuhan, Maka Tuhan akan bagi kasih sayang itu.



Ø  Imam Muda Azlan menerima dakwaan dari isteri bahawa dia telah disihir oleh suaminya sendiri. Dia juga mengaku terjumpa bungkusan kuning dirumahnya.



Ø  Imam Muda mujahid pula menerima dakwaan isteri yang mengatakan dia tak suka layanan suaminya yang mana suaminya selalu melayannya dengan kasar.


Ø  Imam Muda Najdi pula menerima dakwaan isteri bahawa suaminya Homoseksual. Suaminya selalu bawa balik kawan lelakinya. Komen murshid pula mengatakan Imam Muda najdi hilang fokus dalam melaksanakan sesi kaunseling.

Ø  Imam Muda Ali pula menerima dakwaan daripada pihak isteri mengatakan suaminya kaki botol. Suaminya adalah seorang pemandu lori dan sering tidak pulang ke rumah dan mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang suami.


Ø  Imam Muda Amar sama sama berdoa dengan pasangan yang mempunyai masalah itu agar diselamatkan rumah tangga mereka. Komen murshid pula mengatakan Imam Muda Amar sama sama masuk ke dalam masalah itu. Malah, Imam Muda Amar mendesak pasangan tersebut untuk bercerita.



Ø  Imam Muda Nazrul menerima dakwaan dari pihak isteri mengatakan suaminya meminjam duit dari Along. Maka dia meminta fasakh tidak tahan kerana selalu diganggu oleh along. Suami pula mendakwa dia meminjam hanya kerana ingin memberi kehidupan selesa kepada keluarganya.


Ø  Imam Muda Hassan menerima dakwaan dari pihak suami bahawa isterinya ada hubungan sulit dengan kawan baik nya sendiri. Si isteri mengaku ada hubungan dengan kawan baik suaminya sendiri dan mendakwa kawan suaminya itu melayannya lebih baik dari suaminya sendiri.

Ø  Imam Muda fadli menerima Dakwaan dari pihak isteri mengatakan suaminya selalu pulang lewat. Malah suaminya juga dikatakan mandul punca mereka tiada anak.

Ø  Imam Muda Fatah menerima tugasan yang berat kerana pasangan suami isteri tersebut tidak berhenti henti bergaduh di hadapannya. Mereka saling salah menyalah antara satu sama lain. Isterinya mendakwa suaminya ada hubungan dengan perempuan lain.
Hujah di medan Imam Muda
Ø  Imam Muda fadhli merungkaikan konsep pertunangan yang mana pertunangan bukanlah satu tiket untuk pasangan tersebut berdua duaan sehingga boleh menimbulkan fitnah,

Ø  Imam muda Hassan menjelaskan faktor memilih calon isteri terbahagi kepada empat iaitu Keturunan, Harta, Rupa Paras, Dan Agama. Dan jika agama yang dipilih, maka ia akan membawa ke syurga.

Ø  Imam muda Ali menerangkan faktor kenapa Allah mengalakkan perkahwinan iaitu mengelakkan zina, menenangkan perasaan dan menambahkan zuriat.

Ø  Imam Muda Nazrul berhujah mengatakn faktor utama berlakunya penceraian ialah masalah ekonomi. Ini kerana, ia akan mendorong kepada pinjaman Along dan ia merupakan satu kesilapan besar.

Ø  Imam muda fakhrul merumuskan Islam adalah agama sempurna. Jika belaku sesautu masalah malka kembalilah kepada Al Quran kerana ia ada jawapannya.
Soalan imam Muda
1.   Apakah yang dimaksudkan dengan FIQH AL-NIKAH?
·         iLmu Fiqh yang mengkhususkan perbincangganya terhadap keperluan perkahwinan, hukum hukumnya dan bagaimana menjana system kekeluargaan menurut islam.

2.  Berikan tiga tanggungjawab suami kepada isteri.
·         Menghormati isteri
·         Mencintai isteri
·         Pemimpin, pendidik kepada isteri.

3.  Berikan tiga tanggungjawab isteri kepada suami.
·         Menjaga rahsia suami.
·         Menghormati suami
·         Menjaga harta suami

4.  Bilakah satu perkahwinan itu menjadi haram?
·         Apabila seseorang itu tidak mampu dari sudut kewangan atau tidak mampu dari sudut batin sekaligus yakan akan menzalimi pasangannya dengan kelemaham kelemahan tersebut.

5.  Bilakah satu perkahwinan itu menjai wajib?
·         Apabila seseorang itu nekad untuk melakukan zina sedangkandia mempunyai kemampuan dari segi kewangan dan batin.

Imam Muda Terbaik

Imam Muda Fatah dinobatkan Imam Muda terbaik pada minggu yang ke 6. Sebagai ganjaran, bellaiu menerima pakej percutian ke Singapura.

Pengakhiran medan imam Muda
Pada penghujung imam Muda, Mudir mengumumkan imam Muda Ali dan imam muda Fadhli yang akan menamatkan perjalanan mereka dalam  Imam Muda. Walaupun begitu, kedua dua nya masih meneruskan pembelajaran mereka seperti biasa. Mereka masih ke kelas untuk menerima pembelajaran daripada Murshid sehinggalah tamat program sama seperti Imam Muda yang lain.


Resolusi Imam Muda
Ø  Membina rumah tangga berasaskan agama, bukan nafsu semata mata.
Ø  Menghidupkan nilai aqidah, ibadah dan akhlak islamiah di dalam institusi keluarga.
Ø  Suami dan isteri memahami dan melaksanakan peranana masing masing dengan sempurna.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~``
pascaskrip Cik Cilipadi Hafizah:
Suka yep! baru tahun ni nak mengikuti program keagamaan ni...
program berilmu macam ni telah menemukan ilmu yang kadang kita terlepas pandang.
credits untuk blog HambaMu Allah untuk review Imam Muda minggu ni yang belum ada kesempatan aye tengok. 
macam-macam cabaran kan..ni baru yang tengok kat tv, kalau yang tak nampak tu lagilah..
ah..oh ye..rumah aye takde astro ye..jadi, terpaksa berkelana untuk mengikuti episod demi episod..hah..kot boleh tumpang umah mak cik ke nak tengok..hehe..
malam tadi, 2 orang Iamam Muda tersingkir sudah..
tapi, relaks je...mereka ni masih diperlukan di belakang tabir..
tema minggu ni mencabar kan.
ok, lepas ni nak buat satu entri tentang Solat Istikharah..malam nanti..tunggu..

suka tak suka tak entri ni? ;)

Friday, June 03, 2011

Pelangi berkembar!

Salam petang Jumaat..
wahh..asal buka blog beng ashaari...wah...ada aja :ta" Seth langsung la u ni..."
hihi..
sejak keluar Nora Elena ni, aye lebih prefer baca novelnya hasil karya Meen Zulaikha.
eheh..imaginasi yang lebih baik diperlukan ye...;)

semalam...tergelak tersenyum tengok si pasangan yang baru baik ni Seth-Nora ni..
"tengok..cantiknya pelangi tu!"kata Seth. siap nak ambil gambar lagi.
lepas tu datang pula isterinya Nora.yeah,..romantikk kan! hihi


"Pelangi berkembar!"
Kita rasa bersedih dan muram bila turunnya hujan ketika hari masih disentuh teriknya mentari...rupa-rupanya...Allah nak hadiahkan PELANGI untuk kita ...sweet kan?

 pelangi..
fenomena alam yang cantik ciptaan Allah.


It takes sun and rain to make a rainbow

itulah dia...kadang-kadang kita bersedih tatkala hujan turun..
tapi, kita lupa hujan takkan selamanya...pasti akan muncul juga mentari di sebalik awan nanti...
cerita alam kalau kita renungkan, memang kita akan bermotivasi, kan?
huh..aye teringat..kawan aye, Shukri yang mesej aye masa nampak pelangi ;)
suke kan?

pelangi ni bukan susah nak nampak...tapi, bila nampak, tak ramai yang perasan kehadirannya.,
hari tu, masa nak pergi kayak, aye nampak pelangi..nak amik gambar jugak..
tapi, tak dapat nak dapat imejnya almaklum..hp ku mahal..hehe..
takpe...mata hati lebih jauh menilai kecantikan pelangi itu sendiri..;)
tapi, yang nak cerita ni..semua orang melihat ke arah yang sama..tapi, tak nampak pun pelangi tu!
pelangi ni kebiasaannya akan muncul selama 10 minit je..

itulah dia..yang bernama kebahagiaan..
melihat pelangi melihat kebahagiaan..lagi2 lepas aye baca Sutera Bidadari..ape cer? cer citer..;)



BLOGGER HIJAU , MAI SINGGAH SAT NOO

nak join? klik header..

SAYA SUKA BLOG SAYA kerana blog saya menjadi medan untuk saya mengenal ragam dunia

Bukan suka suka nak suka..-Sutera Bidadari

 Alhamdullillah...terima kasih buat kawan MPR blogger putih atau hitam ku yang sudi menolong aye nak dapatkan tandatangan RAM ni!
huh...akhirnya...dapatlah juga jatuh ke tanganku setelah sekian lama menunggu..
memang menguji kesetiaan tau..
tepat pukul 4.oo pagi, Sutera Bidadari telah kukhatamkan dengan seribu satu perasaan.
sejak tahun 2006, aye dah ikuti segala pengembaraan Laksamana Sunan..dan 
la ni...Sutera Bidadari..yang membuka mata hati...


dan...aye salah seorang ahli RAM fc ni..
nak memetik ayat sedap ni..
Watak yang dicipta mencontohi akhlak dan sifat Rasulallah S.A.W dan kependekarannya pahlawan melayu dahulu kala berjaya menambat hati puluhan ribu rakyat Malaysia. Boleh dikatakan sebuah fenomena dalam dunia buku, ia menjadi penyebab penulis novel ini yang sepatutnya mengakhirkan novel pada sekuel ketiga lantas menyambungnya jua hingga buku ke lima atas desakan peminat-peminatnya. Mungkin laksamana inilah ‘superhero’ Malaysia yang kita cari-cari selama ini. Mampu hidup dalam dua zaman dengan izin dari Allah S.W.T. Tidak kebaratan dan penuh islamik. Tidak angkuh mahupun tamak. Tidak futuristik tapi tidak juga makan dek zaman. Paling penting sangat dekat di hati peminatnya.
Saifudin Jalis atau Laksamana Sunan..
 ikuti...dari hati Ramlee Awang Murshid.
Sutera Bidadari telah saya noktahkan kisahnya pada 14 Februari 2011. Cerita ini merupakan lanjutan novel Cinta Sufi. Manuskrip Sutera Bidadari telah pun saya hantar ke pihak editorial Alaf 21 pada 16 Februari. Insya-ALLAH...Laksamana Sunan akanmenjengah pasaran pada bulan April ini sempena Pesta Buku Antarabangsa. Alhamdulilah...syukur ke hadrat Ilahi atas anugerah serta kurnia ilham, idea, kekuatan minda dan fizikal, kesabaran serta keyakinan.

Sebenarnya ilham untuk menterjemahkan idea ini ke bentuk naskah diraih menerusi doa yang dipohon tanpa henti-henti. Maka yang mengalir dari minda itu adalah anugerah dan yang terbaik kurnia ALLAH. Apabila cerita ini sangat menyentuh hujung hati maka segala puji-pujian hanya layak untuk ALLAH. Andai sebaliknya...itu adalah ketidak sempurnaan saya selaku makhluk.

Baiklah...mari kita bercerita mengenai Sutera Bidadari serba ringkas. Cerita ini terbahagi kepada empat kisah yang saling terkait antara satu sama lain. Saifudin @ Laksamana Sunan tetap menjadi tunjang utama pengisahan ini. Tiga lagi menceritakan tentang Taghut yang menyusuri asal-usul apabila telah lenyap kesaktiannya. Dilanjutkan lagi mengenai Sang Dewi yang mendiami negeri Inderapuri dalam lingkaran Hindi, yang tanpa jemu menyeru Saifudin agar mampir ke sebuah belantara nan luas. Sang Dewi merupakan makhluk sumpahan. Dan akhirnya dibentangkan pula cerita tentang Saifullah di abad ke 21 yang dikenali sebagai pewaris khazanah Maryam – menjejaki Catatan Maryam dan Keris Nanggroe yang telah dicuri oleh Elizabeth.

Pada tahun 1511 – Saifudin bersama Panglima Awang Bagan, Maryam, Luna, Sadik dan anak keponakan arwah Djailuh yang bernama Abdol Rohman telah melakukan pelayaran ke Negeri Atas Angin untuk memburu si Taghut durjana. Semasa mengharungi pengembaraan inilah banyak pancaroba yang terpaksa dihadapi sehingga hampir-hampir melumpuhkan kudrat Saifudin. Dalam Sutera Bidadari banyak watak utama yang dimatikan dengan bersebab. Watak hero tidak selama-lama bertahan kerana mati itu pasti, hidup...insya-ALLAH. Bagaimana pun muncul pula watak hero pada abad ke 21. Sebenarnya...inilah kelazimannya rentetan perjuangan yang benar-benar mengharapkan keredhaan ALLAH TA’ALLA. Sementara watak Haryani pula menjadi watak undangan sahaja dalam Sutera Bidadari.

Seperti novel-novel saya yang terdahulu – banyak kejutan bersifat saspens terbentuk dalam Sutera Bidadari. Bahkan kali ini turut membentur emosi kerana jiwa dan fikiran itu saling sealiran dalam menghadapi erti kehidupan. Maka itu bukan kejayaan kita sebenarnya apabila meraih sebarang kesuksesan dalam merealisasikan penghidupan ini melainkan dengan hanya izin ALLAH semata-mata. Sebab itu...pujilah ALLAH dan kita tidak akan kehilangan jiwa. Sutera Bidadari tidak ketinggalan dihiasi dengan cinta kerana rasa hati itu sangat membahagiakan sesiapa sahaja. Selamat membaca Sutera Bidadari kelak dan sabarlah menunggu Sunan anda kembali ke minda kita semua. Yang baik adalah teladan untuk kita. Yang buruk kita jadikan batasan agar kita tidak tergelincir dengan permainan dunia ini yang sangat bijak berdusta.

Insya-ALLAH jumpa lagi dalam... FIKSYEN 302!

Nota:

Artikel khusus untuk RAMFC. Sebarang petikan dari artikel ini dalam mana-mana medium samada di blog, facebook, forum mestilah meletakkan semula url rasmi RAMFC iaitu www.kelabram.com. Harap maklum.
p/s: ikuti kata-kata hati pembaca beliau..iaitu noor hafizah..pada entri seterusnya..



Rejab menjelma...periksa hutang kita..

Salam,
esok dah masuk bulan Islam yang ketujuh iaitu Rejab.
insyaAllah...kita puasa ramai-ramai yok..
ada lagi 2 bulan kita akan menyambut bulan Ramadhan.
uh..sejak 3-4 tahun ni, suka tol rasanya bila nak masuk bulan Ramadhan.
bukan semata-mata kalau sekolah balik awal, tapi...suasana bula Ramadhan ni., lain rasanya dengan bulan bulan yang lain..
lainnnya..
kalau malam, pergi Tarawikh..makan free(semestinya)
lagi, bila puasa, rasa bertenaga dan semangat tu tinggi.
almaklum..nak tahan diri sampai ke pukul 7 malam..
tak ke kalau tak kerana sabar, asyik nak berguling je nak buka cepat-cepat..
ni memang tak lain tak bukan sebab nafsu..
masa kita kecik kecik dulu kan...seronok kalau cerita..
apa-apa pun.. aye nak kongsi kelebihan bulan Rejab ni,..

Berkata Saidina Ali:

* Puasa Rejab 13 hari seperti puasa tiga ribu tahun.
* Puasa Rejab 14 hari seperti puasa sepuluh ribu tahun.
* Puasa Rejab 15 hari seperti puasa seratus ribu tahun.

Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Qur'an atas segala Qalam.

Puasa sehari pada bulan Rejab seperti puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari Syurga.

Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di atas Titi Sirotalmustaqim di hari kiamat.

Puasa sehari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya.

Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya.
  • Bulan Rejab Syahrullah (Bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah. Puasa Bulan Rejab wajib baginya:
* Diampunkan dosanya yang lalu.
* Dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal.
* Terlepas dari dahaga di hari kiamat.
  • Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti. Sasiapa bersedekah padabulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribu kejahatan.

  • Tiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali.
  •  
  • Bulan Rejab bulan Allah. Bersedekah pada bulan Rejab dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah. Allah jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh dengan
  •  
  • Malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada Umat Muhammad. 
Allah berfirman: Telah aku ampunkan mereka! Barangsiapa meminta ampun (bersitighfar) kepada Allah pagi dan petang 70 kali atau 100 kali, pada bulan
Rejab di haramkan tubuhnya daripada api neraka.
  • Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya:
"Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggian Ku dankebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu. Engkau adalah jiranKu dibawah `arasyKu, engkau kekasihKu daripada segala makhlukKu,
engkau  mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu dan antara kau".
(dari kitabRaudatul Ifkar)
  • Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari ISRAK-MIKRAJ.
  •  
  • Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus.
  •  
  • Siapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya(berjaga), seperti dia berpuasa tiga ribu tahun.
  •  
  • Diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Qur'an dinaik ketika berlalu di Titi Sirotalmustaqim.
  •  
Rejab ertinya ta'zim (kebesaran, keagungan, kemuliaan). (Rahmat, pemurah, kebajikan). Kerana kebesaran, keagungan dan kemuliaan bulan Rejab itu
 maka Allah limpahkan rahmatNya, kemurahanNya dan terhadap hamba-hambaNya yang beriman dan beramal solih pada  

Subhanallah..banyak memang banyak kelebihan..
kita tinggal kaut je apa yang ada pada bulan Rejab.
insyaAllah..kita sama-sama menjalani bulan ni dengan barakah.
ok..esok nak bangun untuk sahur! 



Monday, May 30, 2011

Kasihanilah Kaum Adam..

Elly bangun tidur. Terus ke meja study. On laptop.  
Password : ******



~~~~~~~~




Welcome




Cursor di arah ke YouCam.




“nak snap pic dulu la. Muka baru bangun tidor..yeeaaahh!!”




Klik..klik..klik…




Save in…’aku cute’ folder.




Cursor di arah ke Celcom..double click! Connect…




“Yes! Dapat pun connect. Ingatkan dah terminate..hehe”




www.facebook.com




email password




aku_cute@yehaa.combact ******




upload photo




create album : buchuk baru bangun tdo!ngee~




location : -




“da settle da upload..yes!”




Muhd Khairy likes your photo




Boboy commented on your photo




Haziq, haikal, boboy and 26 others friends commented on your photo.




“Giler banyak..hehe baru je letak kot”




Boboy : awak ni cute sgt la..mcm amoy!




Khairi : cun abis~




Haziq : sgt comel la dia br bngun tdo..alolo~




Elly : eh..xla..mne ade..trime kasih..xcute pun…




1 message received




Opening……




Unknown :




“wah..cantik gambar. Awak ni memang suka tayang muka kat orang ke? Tahu la muka tu cantik tapi tak perlu lah nak tayang sangat der. Jaga la muka tu untuk suami. Kalau setakat 2 3 gambar ok jugak tapi kalau dah bangun tidur pun awak nak bagi tunjuk kat orang, koyak la macam ni..koyak iman kaum adam weh…nak bertanggungjawab ke kalau iman lelaki koyak disebabkan awak?? Saya tengok gambar awak yang da lama bangun tidur pun macam baru bangun tidur je sebab tak bertudung. Setahu saya orang baru bangun tidur, tak bertudung. 

Lagipun dress up awak gempak sangat la…baju mahal tapi kain sikit. Duit dah banyak keluar beli baju, tapi ketat-ketat jugak. Saya yang tengok ni pun dapat rasa sempit dada pakai baju macam tu. Bukan sengaja nak tengok, dah korang tunjuk, susah la saya  dan lelaki lain nak jaga pandangan.

Tolonglah kasihankan ktorang ni. Ni yang saya nak tanya sangat ni..gambar awak yang lain mata semua hitam2 dek celak, bibir merah dek lipstick memang macam anak patung la. Rajin pulak korang make-up macam tu kan?hehe agak-agak antara pakai make-up dengan berwudhuk, mana lebih cepat & senang? K la..saya tahu awak tahu y awak sendiri TAHU y awak tengah mendedahkan aurat awak pada orang yang tak sepatutnya. Janganlah jadi perosak iman kami. Terima kasih luangkan masa..salam =) ”




wallahu'alam~
ehsan iluvislam
  

cik hafizah~siapa-siapa yang sentap baca ni..baguslah..kalau takde perasaan..tataw la..semoga cepatlah sedar... 

Tangan bisa krem, tapi semangat tetap bertahan! jom kayak!

Salam, korang...

hari ni...aye baru rasa lebih segar lepas rehat jap. hah..ni gara-gara semalam yang penat melenjan di tengah lautan...(walaupun....dalam tasik je..)
pengalaman yang berharga. takkan aye lupa. memang hari yang bermanfaat semalam.
berkayak sebuah sukan ekstrem yang memerlukan stamina yang kuat.
huh. masa nak pergi esoknya, tak fikir apa...
yela..nak turun ke air kan...mesti fikir mana tahu kayak tu terbalik ke, pendayung patah ke...atau kita sendiri yang terjatuh dalam air tasik ur...



malam tu cuma buat persiapan nak jalan esok..
dan,,.tup tup esok,dengan semangatnya, aye orang terawal sampai sekolah..
semangat nih!

aye pernah merasai pengalaman kayak masa kat PLKN tahun lepas.
tapi, kejap je dapat rasa...tapi, paling tak boleh tak hengat,..boleh berpusing pulak kat tengah tasik tuh! hish...
nasib sampai juga kat tebing..

tapi, kursus asas kayak yang aye ikuti semalam, memang berbaloi.
satu hari yang bikin satu badan sakit-sakit, tapi berbaloi lah...banyak pengalaman.

kayak ni dipandu oleh 2 orang..tapi, kalau nak sorang pun boleh juga..tapi,kena expert bawa yang berdua dulu, baru la boleh bawa yang sorang tu..

pedal kayak tu..hai la..lagi besar daripada pendayung taw..(aye la..)
tapi, takpe..kita yang kawal dia..bukan pedal tu yang kawal kita..kan..kan..
hah..tapi yang nak kalut tu, cara nak kawal kayak tu nak bawa ke kiri dan ke kanan..
kena pandai bermain dengan arus..
kalau tak, memang tak gerak la kayak kome tu...

dan...paling penting kayak ni, apa  yang penting?- kerjasama!
yang perlu dan banyak membantu mengawal kayak ialah bahagian belakang.
kata jurulatih yang lebih expert yang mengajar kitorang ni, cara mengawal kayak ni penting.
contoh cara pegang pedal kena betul.
wah..aye dah kena dah..
pegang pedal kayak macam nak jolok buah kelapa sawit!
hah..satu kena daa...

masa sesi kedua lepas solat zuhur, kecekalan dah tertanam dah ni!
nak buat sehabis baik...aye duduk bahagian belakang, masa sesi pertama, aye duduk bahagian depan..
sungguh. penat duduk belakang daripada duduk depan.
ini baru jalan sekitar tasik..belum redah laut lagi bak kata jurulatih uh..

apa-apa pun, yang penting kat sini..kita mesti kuat semangat..
peh..kalau tak kuat semangat...tak mo dah nak kayuh pedal tu...biar je la dibawa dek arus air..bawalah ke mana-mana pun..lantak ko..

tapi, bila kita kayuh kayak ni..kita akan fokus pada tempat yang kita nak tuju!
makin lama main kayak, makin aye rasa fokus tu meningkat.
peh..tak cukup sehari ni..

sebenarnya, ini baru main-main...kalau betul nak expert, mestilah mengambil masa yang lama..

peh..jurulatih yang mengajar kayak ni, dah 20 tahun dah berkayak..dah merata tempat dah dia berkayak...
kata dia..kalau kitorang ni, asas yang biasa..masih ada asas lain yang perlu belajar..
mana tak nye...masa sesi dah nak an=bis kayak ni, kayak aye tersasar pi ke tebing pulak..
patutnya menegak je..aduh,..masa ni da tak de malu ke hape..yang kita fikir, kita mesti bergerak terus ke depan..sebab orang lain dah meninggalkan kita ni ha.,.

tapi, nasib baik la..ada pakcik jurulatih ni...dia pulak sedap je pegang kayak kitorang..patut la berat je rasa!

macam ni lah jenis kayak yg jurulatih tu pakai

haha..tapi, pengalaman aye ngan kawan aye lain daripada yang lain..kitorang kayak sambil bawa benda berat!
pakcik tu kata..kalau sebenar-benar latihan, ada bawa tayar kat belakang!
emh..nak tak nak..kena la kayuh dan terus kayuh bawa benda berat tu ha! hihi..
tapi, dalam masa dia berpaut ada kayak kitorang tu...dia terus ajar cara-cara yang lebih baik untuk berkayak..
aye dapat ubah cara pegang kayak yang lebih baik..dan kawan aye, pun dapat buat betul2..
ye..untuk jadi yang terbaik tu, mesti melalui sesuatu yang susah..ye..

satu lagi, berkayak ni kata jurulatih tu jangan suka-suka sangat..
tapi, nak wat camne..memang kita mudah lupa diri..apa2 pun..beringat2 la cepat..
apa-apa yang kita buat kena dengan tekad yang bulat. itu yang aye belajar.
dan semangat kerjasama. ;)

Friday, May 27, 2011

Lirik Hamba-Mu lagu tema Imam Muda

Salam, lama sudah berpisah..kini ku kembali..eceh..;)
oh bila tengok blog yang dah lama dibiar sepi ni...
dengan rasa senang...daku kembali...
setelah melalui 3 minggu penuh padat dengan peperiksaan dunia dan sekolah...
itulah namanya kehidupan,..
baru tadi buka facebook..yeah..
suka lagu ni...bila tengok Imam Muda meski gua tare Astro sekarang ni..hem.

layan dulu lagu ni...kala malam jumaat ni..
karok jom..hihi..

Lirik lagu Hambamu nyanyian Mawi, Akhil Hayy, Imam Muda
(Lagu Tema Imam Muda)


Mawi:
Ke arah satu perjalanan
Dalam sebuah kehidupan
Demi untuk mengecapi
Hasrat murni di dalam hati

Usaha dengan doa itu,
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui

Chorus:

Suluhkan cahaya hati di terang
Tunjukkan jalan
Seandainnya hilang
Tegakkan perjalanan
Yang bakal ditempuh

Tegakkan semangat bila runtuh,
Setibanya disisimu ku berserah,
Terimalah aku
Hamba mu Allah

Owh ho owh ho
Hambamu Allah…..

Mawi:
Sekiranya takdir menguji
Cekalkan hasrat dihati
Semoga kesusahan bisa
Mengajar erti terus azam

Akhil Hayy:
Usaha dengan doa itu,
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui

(chorus)


hafizah: ku kembali...


Saturday, April 30, 2011

PBAKL tak dapat, Rooftop Rant pun jadi !

 Salam..

Senyum tak perlu kata apa-apa...;)

tamo...aye nak cakap juga...huhu..siyes, ada sedih sikit tak dapat nak menjejakkan kaki ke Pesta Buku Antarabangsa KL . semangat nak menjejakkan kaki ke PBAKL sejak tahun lepas , lepas lulus keluar MPR, mabuk buku dah semakin menjadi-jadi.
ok..minggu ni aye sibuk dengan kerja kursus seni yang banyak berkait dengan geometri. sampai blog ni pun jadi geometri ey?
ok...sambil-sambil tengok Royal Wedding tu, (celam celup tengoknya)
aye layan novel ni...
ada yang nak tahu Hlovate? siapa tu...artikel terakhir sebelum ni, aye ada cakap...i'm in mood of Rooftop Rant..
wokeh...
tak dapat pi pesta  buku yang jauh nun daripada selatan ni, aye layan novel ni..




Lontarkan...walaupun pada awan awan...
hidup ini memang penuh dugaan..
biar cantik macam a bed of roses pun..
namun, thorn nye tetap ada..
yep...quotes yang membuatkan aye tertarik dengan gaya penulisan penulis yang bernama Hlovate ni.

Kisah yang cukup dekat dengan kita...as a human being..
dan sebagai hamba kepada Allah Azzawajala..

There's a time when family is like a strangers and strangers is like a family.

kasih sayang. bukan sesuatu yang dapat dibeli di kedai mamak. mahupun meminta pada raja-raja. ataupun dibeli dengan wang dan harta yang menggunung.
tapi...it's all about soul. Jiwa yang memberi.
kerana fitrah manusia ingin dikasihi dan  mengasihi.
Trisy~ segala benda baik aku dah buat. aku jadi budak paling baik, dapat no satu...
tapi, aku rasa diperbodohkan. ibu dan ayah aku lebih jauh daripada aku bila mereka tahu aku pandai berdikari.
itulah sebahagian yang aye faham daripada novel ni.
Bicara Bumbung di Wisma Topaz..
Mereka berbicara tentang hidup.
betul. bila aye baca novel ni...
kita dapat rasakan kejujuran watak-watak dalam novel ni.
 dan..sungguh,,.y=untuk pertama kali baca, aye tak dapat nak masuk dengan novel ni..

betul. tatkala rasa macam mencari-cari bahan bacaan yang dapat menenangkan pemikiran...novel hasil gaji pertama ni aye baca untuk kali kedua.

Hlovate. dah masuk senarai penulis kesukaan.
antaranya siapa?


ok...
cerita ni banyak berkisar tentang hidup dan peluang.
em.sesuatu yang melekat di hati aye sampai sekarang.


-we're in the same boat.
-true-
but...
huh?
..different cabin




memang terbaiik!
dan...gaya penulisan Hlovate yang santai ni, aye suka.


tu lah...semoga dapatlah berjumpa dengan penulis ni..
one day..hihi...nak autograp semata..

lepas ni, aye nak menyusur novel beliau yang lain pula. em..
ok ;)


baca novel ni, sedikit sebanyak lebih memujuk hati aye..
bila trip yang dah dirancang untuk kelas seni aye, untuk pergi seminggu lagi tak jadi.
padahal..dah beriya nak pergi.
tapi, saat-saat akhir batal pula.
kecewa mula-mula.
macam-macam plan...akhirnya, tak jadi pula..
bila fikir2 balik...
ada baiknya ditangguhkan..
dapatlah fokus pada peperiksaan yang akan menyerang nanti..
hem..

it's depend on how you take it, ey?
;)


insyaAllah. till here... May Allah Bless ;)




Monday, April 25, 2011

Ashraf Muslim buat pengakuan-Berubah demi kebaikan.

 


Salam...
hari ni mood lain macam ka? 
hehe...
esok skola weh...
bila tengok ustaz amirul dah berpunya...ramai yang guling2 eh...huwaa...

moga diorang berbahagia...here and hereafter hendaknya..;)

hihi...tak sempat nak buat liputan pasal Ustaz Ashraf ni ha...
tapi...suka je mengikuti pasal beliau di blog...encik nakal, bulanpurnama89 dan mariatunnabila...

..aye tengok Melodi tadi..dan satu tindakan bijak Ashraf Muslim...dia buat keputusan untuk tidak bergambar dengan artis perempuan...bagus..ada usaha lah nak mengelak fitnah,..
kata la apa saja...dia sombong ke hape...bagi aye,  

kita sebagai umat Islam..
perlu sentiasa berusaha berubah ke arah yang lebih baik...that the point.
dan dengan tu...barulah kita sedar...we are part of the builder of Islam itself.
ha...

tu je...saje nak citer..semoga dia maintain begitu ye..dan kita semua juga begitu ;) May Allah bless..;)

pascaskrip: aye sedang dalam mood baca novel Hlovate-Rooftop Rant. thanks a lots to her ;)
banyak yg wat aye terfikir2...em :)