Huih..rekod ni, hari ni baru lah aye berkesempatan nak post pepagi macam ni..sebelum ni, pagi memang aye pegi kerjakan benda lain..tengahari baru ada masa nak buka..
em..rasa nya aye cukup suka nak cakap pasal benda nih.. korang tau trick? a.k.a cara yang penuh kelicikan..
baru tadi, MHI membawa lemunculan seorang 'bomoh' yang jujur! yeah! hari ni ilmu trick baru aye dapat! macamane lah air biasa bisa menjadi air batu hanya dengan ko mandrem jek? ish.ish,,bijak beno lah bomoh tu...
sebenarnya...kata bomoh tu..yang sebenarnya Penganalisis Jenayah, benda-benda macam ni petik jari je leh dapat.. beliau menunjukkan kat depan tv tu macamane boleh berlaku benda ni.. aye memang dah agak..sebelum bomoh nak memperbangangkan orang, dia mesti tutup segala tipu helah dia.! dengan berbekalkan sejenis serbuk (hape nama, takpasti) tapi, serius..benda ni aye pernah guna masa time Kimia dulu..hoho..berguna..memang berguna..
memang dah banyak sangat cerita-cerita orang-orang yang bukan yang cetek pemikiran je... senag-senang percaya benda-benda ni.. buktinya? kat metro..banyak..
satu lagi., hoho..expert ni sape leh buat! trick kononnya, nak mengesan jin.. dengan menggunakan contoh cermin mata pak cik penganalisis jenayah tu sendiri, dia buat gaya seolah-olah benda tu leh digerakkan dengan hanya membuat gerakan tanpa memegang.. helo..pakai benang la wei..tapi, kena pandai sembunyikan lah ye..
hoho..ilmu baru nih..taktik ni dah banyak juga aye tahu..salah satu nya dengan tengok satu cerita cina~ the price of greed terpulang pada kita untuk menggunakan macamana.. janji..ia tak melanggar etika kemanusiaan kita sebagai hamba Allah..
hehe..sebenarnya,..aye dah nak bagi emel pun kat mana2 tv..supaya tayangkan cerita nih..
tup..tup..keluar pulak kat tv! sukernye,,!
lagi-lagi kawan aye yang dok menyarankan aye untuk follow up cerita niy :-)
thanks dear :-)
apa yang buat aye jatuh hati ngan cerita ni?
em..
During Early Western Han Dynasty, when DouYiFang's was still young, her mother was drawn into a Palace conflict which resulted in her entire family being executed. When she grew up, she unexpectedly entered the Palace as a Maid. She displayed extraordinary talents when she arranged for Consort Li's child to be swapped under the care of the Empress. Her intellects impressed the Empress Dowager, and she was ordered to marry the King of Dai so she could to spy on them.
In order to rid the world of further sufferings under the Regime, but at the same time earn the trust of Empress Dowager Lu, she suggested to LiuHeng to start training his army under the guise of building his grand ceremonial tomb. People believing that she was bringing downfall to the kingdom, pleaded for her to be put to death, but none the less, LiuHeng trusted her completely, and subsequently made her his queen.
Their alliance finally led them to ascend to the throne of the glorious Empire. But at the pinnicle of her power, she realised that her personal life was slipping away from her. In order to regain the love of her husband, in order to stop her children from killing each other, she weaved her womanly tactics to overcome every obstacle, and forged one of the golden ages in chinese history known as the Rule of Wen and Jing. Her name is recorded in history, for us to marvel
thanks a lot RTM 2 sebab menayangkan cerita ni..kul 6 ptg.. itupun..aye dapat tahu daripada forum afs-
but a new information that Mei Ren Xin Ji is airing yesterday in one of Malaysia's tv stations..
will have more people to enjoy this series.. ^v^
aye memang nak follow up cerita ni walaupun dah tengok sampai habis :-)
semalam aye satu keluarga tengok cerita ni..memang best..oh..dah banyak idea juga bila tengok cerita ni..:-)
Tactics of a Beauty (Mei Ren Xin Ji) 美人心计
serius! 10/10 utk costume diorang! cun amat!
Resized to 64% (was 704 x 495) - Click image to enlarge
pergolakan yang berlaku..memang menarik untuk terus tengok cerita nih..thriller!
highly recommend..kepada semua yang sukakan cabaran! dan..yang paling penting..kepada semua yang bergelar..pencinta..:-)
erm..ye r..korang pasti akan terkesima taw kalau baca ni..
status fesbuk personaliti tv3 nih~~
Ahmad Fedtri Yahyakuliah tadi:- org yg ada hutang akan malu2 atau lari2 atau buat2 lupa.... sama mcm kita yang 'berhutang' pada Allah.... kena 'bayar hutang' sebelum 'wakilNya' datang ambil nyawa....lebih dahsyat daripada along.....
Puteri Kerek cane lak if org yg beri hutang malu nk mnx kat penghutang??
Dayang Rosita Awang Morshidi betol..ramai yg bhutang pada kita, tak bayar..apa kita kita nak buat erk??rasanya ribu2 jg la..
Ahmad Fedtri Yahya cuba sms cara baik... ckp nk guna duit tu... cara terbaik disusuli dgn solat hajat mtk org tu lembut hati utk byr balik....
Dayang Rosita Awang Morshidi pekerjaan yg paling malu dibuat adalah mnagih hutang..kdg2 tgk muka dh ksian, tak jd tagih, tp duit kitakan...ermm..lain kali tak kasi dh..
Puteri Kerek hmm...segan kot,,,sbb takut mrk masih dlm kesusahan,,,tp bg sysepatutnya org yg berhutang 2 kne ingat hutang mrk....kn?
insyaallah akan try wat saranan en.fedtri...
Norliza Mohamad ya Allah....terima kasih mengingatkan saya ....
Nur Dalia rasanya penghutang & pemiutang kena buat surat perjanjian..siap adakan saksi...dlm quran pun mention mcm tu kan..ayat hutang surah al-baqarah 1 ayat jer..tp penuh 1 muka surat
Faridatul Azni cuba hindarkan amalan berhutang...
Mohd Hafizi Hasan berjimat lbih baik berhutang jagan larikan diri...
Noor Rasyidah Yusof btol2
Mohd Hafizi Hasan mmag btol pon klau dh byak hlang litang pukag lrikan dri..
..
Kamariah Ismail masa berhutang, kawan...masa bayar hutang, hilang kawan hehehehe
Mohd Hafizi Hasan msa nak bhutang bkan kawan pon jdi kawan,,masa nak bayar hutang kawan pon jadi lawan btol x kalian2 semua....
Cilipadi Hafizah tulah..bila kita nak mintak tolong kemain ungkit, tapi, bila kita nak mintak dia langsai hutang sikit2 pun, payah..macam kita pulak yang berhutng ..ya ALLAH..insafnya..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
hukhuk..tetiba den teringat lak kat 2 novel kesayanganku..
novel pun..harta orang jugak kan..
masih didalam genggaman orang len setelah sekian lama..
em..
bukannya tak bagi masa..sampai terlebih sudah pun..
(nada sedih nih..)
aye baca artikel nih..korang baca lah..semoga mendapat iktibar :)
Persoalan Agama: Tak gugur hutang walaupun meninggal Persoalan dijawab oleh Ustaz Zahazan Mohamed
Menangguhkan bayaran bagi sesiapa mampu dianggap penganiayaan
Soalan:
SAYA berhutang dengan seseorang tetapi beliau sudah meninggal dunia. Bagaimanakah caranya untuk saya jelaskan hutang? Adakah dengan cara membayar kepada warisnya? Jika tidak jumpa dengan waris beliau bagaimana pula caranya? Firdaus, Melaka.
Jawapan: Apabila seseorang berhutang, maka menjadi kewajipannya untuk membayar kembali hutangnya. Walaupun tidak mampu disebabkan kesempitan hidup, ia sama sekali tidak menggugurkan tanggungjawab melangsaikan hutang.
Allah SWT berfirman pada ayat 282 dari surah al-Baqarah yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman, apabila kamu menjalankan sesuatu urusan dengan hutang piutang yang diberi tempoh hingga ke suatu masa tertentu, maka hendaklah kamu menulis (hutang dan bayarannya) itu….(hingga akhir ayat). Sebenarnya ayat itu adalah ayat yang terpanjang dalam al-Quran dan yang dikenali di kalangan ulama dengan nama ayat al-Mudayanah (ayat hutang piutang). Ayat ini antara lain berbicara mengenai anjuran atau kewajipan menuliskan soal hutang piutang sambil menekankan perlunya menulis hutang walau sedikit, disertai dengan jumlah dan ketetapan waktunya.
Pada potongan ayat pada firman-Nya, ‘hingga ke suatu masa tertentu’ bukan saja mengisyaratkan bahawa ketika berhutang perlu ditentukan waktu melunaskannya dan bukan saja berkata, ‘kalau saya ada wang’, tetapi juga untuk mengisyaratkan bahawa ketika berhutang, hendaklah sudah tergambar di benak fikiran, bagaimana dan di mana sumber untuk melangsaikan hutang itu.
Ini secara langsung menjadikan seseorang akan lebih berhati-hati dalam berhutang. Perkara itu amat besar kesannya di akhirat kelak sehingga Nabi SAW enggan menyembahyangkan mayat orang yang berhutang dan tidak ada orang yang mahu menjamin hutangnya. Selain itu, Nabi SAW dalam riwayat lain bersabda: “Diampunkan bagi syahid semua dosanya kecuali hutangnya.” (Hadis riwayat Muslim).
Tuntutan agama Islam melahirkan ketenangan kepada penganutnya, sekali gus harga diri. Kerana itu, agama tidak menggalakkan seseorang itu berhutang kecuali jika sangat terpaksa sebagai mana sabda Nabi SAW yang bermaksud, “Hutang adalah kehinaan pada siang hari dan keresahan pada malam hari.” Seseorang yang tidak rasa bimbang dan resah kerananya, bukanlah seorang yang menghayati kehendak agama.
Salah satu doa Rasulullah SAW yang popular adalah, “Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari hutang yang memberatkan serta penekanan manusia terhadapku.” Pada hadis yang lain, Rasulullah SAW bersabda, “Penangguhan membayar hutang oleh orang yang mampu adalah penganiayaan.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Kalau kita hendak membayar hutang, tetapi orang yang kita berhutang itu meninggal dunia, maka wajiblah kita menyelesaikannya kepada ahli waris pemberi hutang yang meninggal dunia itu. Ertinya, hutang tidaklah gugur hanya kerana beliau sudah meninggal dunia. Jika beliau tiada waris, atau tidak diketahui khabar beritanya, maka hendaklah diserahkan kepada orang yang diamanahkan oleh pemerintah untuk menguruskannya (sekiranya ada). Jika tidak ada, bolehlah dititipkan kepada orang alim.
Sekiranya masih mempunyai halangan atau kesukaran, bolehlah disumbangkan untuk kemaslahatan umum seperti untuk membuat jalan atau jambatan dengan niat akan menggantikannya sekiranya bertemu ahli waris tuan hutang.
Ada disebutkan dalam kitab Salalimul Fudlola’ Syarah Mandzumah Hidayatul Azkiya’ ila Thariqil Auliya, agi Syeikh Muhammad Nawawi al-Bantani pada Hamisy Kifayatul Atqiya’ wa minha jil asy fiya’, halaman 16, (ertinya:) “Jika sudah meninggal orang yang berhak, diserahkannya kepada warisnya. Maka jika tidak ada warisnya dan terputus beritanya, maka diserahkan kepada kadi yang thiqah (terpercaya), yang diredai perjalanannya dan agamanya. Maka jika tidak ada, maka diserahkan kepada orang alim yang patuh menjalankan agamanya. Maka jika berhalangan juga, maka dipaling pada masalah umum seperti untuk membina jambatan batu, dengan niat menggantinya apabila ditemui ahli waris tuan yang memberi hutang itu.”
Jika masih sukar atau tidak mampu kerana takut atau lainnya, bolehlah disedekahkan kepada orang yang benar-benar berhajat. Wallahua’lam.
emm...pertama-tamanyer..nak pergi Mekah..pastu..nk jalan2 kat sume tempat Jejak Rasul uh..
Pilih salah satu.. peluk atau cium?
soalan ni..i like3..nak peluk...mama ayah..
5 lagu yang bermakna dalam hidup korang? lagu yang bermakna..banyak sebenarnya..herm. yang melekat kat kepala la nie.. Cinta TerakhirAiman (jiwang yang bersandar hakikat..huhu) , lagu Baik-Baik Sayang (lagu tema Plkn..hihi), Warisan (yang wat aye nangis masa kat PLKN) , Teman Sejati ngan Srikandi Cintaku jiwang abess..:-P
Beritahu 3 perkara tentang orang yg tag korang?
namanya nad_ira..dia telah men tag aye untuk jawab soklan2 niy..suka3..ha, nanti kita komplot ag eah..haha
Aye dah abis baca Tombiruo Terakhir lama dah. Perasaannya masih ku rasakan kini. Apa yang ku rasakan?..sebelum tu..aye berterima kasih sesangat kepada Alaf21. Hadiah tu...hehe..
3 mata ni..kepunyaan Tombiruo...
Tombiruo karya Ramlee Awang Murshid..buku pertama beliau ngan Alaf21. Erm...yang ni memang tak menghampakan. Tombiruo ni, bagi aye adalah mukadimah untuk musim seterusnya.
Walau di mana pun manusia tu berada..di dalam gua, bawah tanah, dala hutan tebal, cahaya--NUR Allah..sentiasa menuju...takkan mudah dibiaskan. Ramlee Awang Murshid, penulis ni satu yang aye suka. Tak lepas mengaitkan ujian yang disuratkan kepada watak2nya semuanya dalah atas ujian ALLAH. Thriller Islamik..
Mulanya bila tengok muka depan..memang tak rasa nak baca..tapi, bila dah selak ke m/s 30..korang tak mudah untuk berhenti.
Semangat Hutan. Bunyinye macam seram. Susah nak selongkar rahsia dalam cerita ni kalau korang belum baca lagi. Semanagat Hutan memang buat aye ketawa sorang-sorang ditengah malam kelam. (baca novel ssengsorang samapi pagi beralunkan lagu di MP3ku..)
Kalau orang tengok..perh..memang perasan tul aye ni.
Lepas je SPM..ku kembali menggenggam 2 buah hadiah novel yang membekalkan sebuah cerita yang mulanya aye tak pandang. Ha! Bila dah baca..macam ada ubat bius suruh baca dan tak boleh berhenti..( bestnyer kalau aye menulis..cerita cam nih!)
Baiklah semangat Hutan..erm. Yang ni lebih adventure berbanding yang sebelum ni.
Watak Ejim sebagai Tombiruo yang sebelum ni kita tahu merupakan kembar Amirrudin. (kembar tapi tak serupa). Ejim sekarang atas bimbingan Amirrudin telah menjadi seorang Muslim sejati. Perh...memang terkedu aye tatkala Ejim berbicara-aku menerima segala kekuranganku yang berwajah hodoh ni sebagai ujianMu Ya Allah.
Ye..cerita ni berpaksikan kebenaran. Kebenaran yang berlaku dalam dunia. Meskipun dia hidup dalam hutan yang serba-serbi tertutup dan tebal ni, tapi, Ejim tetap mendapat hidayah daripada Allah berkat usaha Amirudiin, adik kembar Ejim.
Tema bagi cerita ni..aye dapat ungkapkan ialah:
Ciptaan Allah adalah paling indah dan unik. Manusi tidak berhak menghinanya.
Plot
Plotnya memang macam naik bukit dan turun bukit. Iaitu mengikut kronologi
Apa yang aye suka dengan novel ni?
1-Hanya Allah yang berhak memberi hidayah kepada hamba-hamba yang dikehendakiNya.
2-Ketulusan hati Ejim terserlah tatkala dia diuji dengan kehadiran semula Wan Suraya yang tersesat dalam hutan bersama kawan-kawan yang lain. Walaupun kebaikannya disalah ertikan.
3-Kesusahan yang dialami pasti akan ada hikmah selepasnya.
4-Kalau kita fikir kita ni dalam kesusahan, ada lagi orang yang lebih susah daripada kita
5-Setiap manusia, jika mereka fikir mereka sentisa rasa istimewa, namun disebalik keistimewaanya itu terselit kelemahan. Dan begitulah sebaliknya.
6-Perasaan cinta kepada alam sekitar. Rasa cinta Ejim kepada alam sekitar semakin menebal selepas dia memeluk Islam.
7-Ilmu yang diberikan Allah ibaratnya adalah setitis air di lautan. Maka, manusia harus berusaha untuk mendapatkannya.
8-Jangan sombong dan bongkak dengan ilmu yang kita ada. Sepertimana Amiruddin dengan rela hati mengajar dan berkongsi ilmu yang dia ada dengan mengajar abangnya, Ejim mengenal huruf-huruf Al-Quran, malah turut memberi nasihat bersandarkan Al-quran dan Sunnah sehingga dimana-mana Ejim pergi, dia sentiasa mengingatinya.
Aye suka nak memetik satu potongan ayat Al-Quran iaitu daripada surah Al-Hujarat ayat13:
Maksudnya:“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal“.
Peh.. paling menyengat..ada pulak..lagu feberet ku..Srikandi Cintaku..siap ada lirik lagi dalam novel Semangat Hutan..mak aii..gua nak nanges..
GUANGZHOU 21 Nov. - Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei gagal memenangi pingat emas badminton perseorangan lelaki Sukan Asia XVI selepas tewas kepada Lin Dan (China) 13-21, 21-15, 10-21 pada saingan akhir di sini malam ini. - Utusan
Salam, semua.. Uish..bila masuk cerita kreatif ni..cerita kreatif Ben Ashaari: Blogger Kering Idea?undian dibuka macam-macam.. hihi..macam ni rupanya compete dalam dunia blog ek. ramai uh yang masuk...tak kurang juge yang sekadar paparan je. apa-apa pun, niat aye masuk ni suka-suka jer.. best jugak eh..dapat ramai kengkawan blogger baru! apa-apa pun...takmo ada yang buat persaingan saket ea dalam nak meraih undi.. huhuhu..marilah mari..pergi mengundi..
ape-ape pon...we all the bez..takmo merajuk2..hihi.. semua dapat kebaikan...janji berusaha! itu falsafah walau mana-mana pun persaingan..
cilipadi~ boleh diperbaiki..nak buat sebuah cerita lagi akan datang..insyaAllah.. kalau best, undi la ye..57..^_^
agar aku tidak terkena dek kekejaman manusia-manusia...
doaku..
>>>>>
Hati hiba mengenangkan dosa2 yg ku lakukan, Oh Tuhan Maha Kuasa, Terima taubat hamba berdosa...
Ku akui kelemahan diri, Ku insafi kekurangan ini, Ku kesali kejahilan ini, Terimalah ....terimalah..terimalah.. Taubatku ini.....
Telah aku merasakan derita jiwa dan perasaan, Kerana hilang dari jalan menuju redhaMu ya Tuhan.
Ku akui kelemahan ini, Ku insafi kekurangan ini, Ku kesali kejahilan ini, Terimalah ..terimalah..terimalah.. Taubatku ini..
Di hamparan ini ku meminta moga taubatku diterima.
Ku akui kelemahan ini, Ku insafi kekurangan ini, Ku kesali kejahilan ini, Terimalah ..terimalah..terimalah
Ku akui kelemahan ini, Ku insafi kekurangan ini, Ku kesali kejahilan ini, Terimalah terimalah.terimalah.
Taubatku ini..
______________
cukup sedih+geram dan segala perasaan ada..
macam-macam dah jadi kat sekeliling kita kan..
apa yang patut kita buat?
takkan nak maki je?
jalan penyelesaian?
apa kelemahan kita selama ni?
sampai ada budak yang dah berakal macam ni pun sanggup buat macam ni?...
lagu Taubat Seorang Hamba ni...aye tujukan untuk kita semua..terutama budak-budak macam ni>>
KEMPEN ANTI REMAJA BIADAP
sila sebarkan kepada kawan2 anda sekiranya anda merasakan tindakan mereka biadap dan aku yakin mereka harus di kenakan tindakan yang sewajarnya. lihat link video yang telah di berikan.-kukubesi manipulasi
tak tahu nak kutuk pe dah..aye cuma nak kate...
serius..hal-hal kena sebarkan kat tv, majalah dan segala bentuk media...terutama melalui media eletronik..terutama!
kat iklan2..tak kesah iklan komersial produk ke..jangan ler nak tunggu atas sebab itu iklan khas kempen Budi Bahasa..baru nak buat iklan yang berkasih sayang...mintak ...sume alert k!
-dlm fb-
sungguh..Ya Allah..
jauhkan semua saudara-saudara kita daripada sikap cam nie..