tangan yang mencatat, mendongak ke langit..

You will never love for it...until you know them well...
Tak kenal maka tak cinta...

Saturday, June 26, 2010

Jaja & Din...lagi 1 Din..

ASsOlatu WasSalam

~Rupa-rupanya cinta telah membawa hatiku terbuai-buai ke sana ke sini tanpa perlu berhenti di mana-mana ‘lampu isyarat’.

Haha...aye dah selamat mengkhatamkan novel ni. Erm, ini adalah buku oertama yang aye baca daripada Noor Suraya. Yeah! Buku pertama juga dari Jemari Seni. Ha..lepas ni boleh la follow up cite JS yang lain. Ini adalah buku hasil gaji pertama! Ahakz!

Permulaan cerita ni, aye belum dapat tangkap yang rupa-rupanya Jaja yang sedang sibuk bercerita. Ha..dah sampai Bb 1baru lah jelas yang rupa-rupanya Cik Jaja yang bercerita..ha..

Awal-awal cerita ni agak perlahan jugaklah nak temukan Jaja ngan Din..haie..tapi ku setia menanti..haha

Sekiranya tiba-tiba anda bertemu dengan lelaki yang membuat  jantung anda berlari setara dengan kelajuan jet Sukhoi buatan Rusia dan mata anda tidak bisa berpaling daripada dia biarpun sedetik, lalu apa tindakan anda?
  1. katakan: lupakan sahaja itu hanya logamaya
  2. rahsiakan perasaan anda dalam diari merah jambu
  3. kenal pasti siap dia, dan suruh ayah ibu meminang dia
  4. segera periksa jantung, mata dan tekanan darah, ke doktor pakar

kelakar dan sungguh mengusik betul soalan ni!! Kak Su yang dalam cerita ni agaknya yang bagi soalan cam ni..haha..
Jaja telah memilih jawapan c!

Jawapan yang adil dan rasional...tapi yang suruh ayah ibu meminang tu lah buat cerita ni sebenarnya Jaja sedang memberi panduan kepada wanita-wanita di luar sana! Ha..bagus panduan Jaja berikan..kepada akak-akak yang dah baca cerita ni, komen diorang pasal ni, mesti positif punya..ahakz!

Jatuh cinta pandang pertama pada sekeping gambar?
Itulah namanya Dari Mata turun ke hati..Jaja oi..

Ikatan kekeluargaan dalam cerita ni cantik.
5 sebab aye tertarik dengan novel ni:

  1. Ramai kawan-kawan aye syorkan aye baca buku ni..kerana hero dia macam Din yang  satu  lagi tu...hihi..Laksamana Sunan aka Saifuddin dalam Trilogi LS..arh angau betul..
  2. Ceritanya kelakar..romantik islamik la citer Jaja dan Din ni..
  3. Mesej yang disampaikan jelas. Aye memang suka cerita-cerita novel Islamik yang banyak ni selepas aye khtamkan Trilogi Laksamana Sunan-Ramlee Awang Murshid .
  4. Satu lagi yang bagus, cerita ni relevan. Cinta yang suci. Cinta jaja kepada Din, telah mengajar Jaja betapa selama ini Jaja leka dengan dunia. Din telah membawa Jaja kepada cinta Allah dan RasulNya.
  5. baca cerita ni...tak lepas daripada aye teringatkan cerita Din 1 lagi tu..(amboi..cilipadi nih!)..yelah..siapalah tak nak bertemankan seorang yang begitu mulia akhlaknya.

  1. Suka dengan cara Jaja bercerita satu-satu bijik dia bercerita. Samapi akhir0akhir cerita suasana terasa sedih pulak! Waa..asal masa Din je..aye tak rasa kelakar bila baca bahagian Din, tapi bila Jaja bercerita, rasa tak serius tu datang balik. Jaja memang orang yang polos dan selamba.. 
  2.  
  1.  Jaja memang tinggi keyakinan diri tul aye rasa bila dengan beraninya dia menyatakan hasratnya supaya Dr.Syam dan Dr. Haslinda meminang Din! Pecah perut tul ketawa!
Boleh tabik spring ngan Jaja nih pasal dia dah tak sanggup nak memendam rasa lagi pada Din, lalu mengambil langkah bijak! Hehe..tak nak komen lagi pasal ni!

Keseluruhan cerita ni agak memuaskan. Cuma ada beberapa yang kureng sikit. Pada aye la..pendapat aye iaitu

~ Kalau ada liputan berita semasa tentang kehilangan Din pada akhir cerita tu adalah lebih nampak macamana Din hilang. Mungkin kalau ada berita ke, Jaja telefon pihak berwajib ke..ia menunjukkan juga bahawa pihak negara mengambil tahu tentang rakyatnya yang dalam bahaya.

~ Agak tak sodap sikit pada m/s tigalapantujuh yang Din bagi nasihat pasal Jaja nak tgk Youtube tu..erm..bukan ape, agak lebih sangat ‘pujian’ tu..

Erm..bila sudah mengkhatamkan cerita ni, aye rasa puas hati beli dengan duit gajiku sendiri!
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Barangsiapa jatuh hati,kemudian beliau menahan dirinya, tidak meluahkan perasaannya lalu mati, maka matinya itu adalah syahid.
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Masya-Allah. Ayat ni benar-benar menyentuh hatiku.. 'Kak Su! benarkah ini?'tanya hati Jaja..

InsyaAllah, membaca novel-novel macam ni, akan memupuk keinsafan. Hanya hati yang menghayati dapat merasai betapa baiknya membaca buku-buku begini.
Dari hati kecil ,
ciliPADI




Monday, June 14, 2010

Untukmu..saudara seIslamku...

assolatu wassalam..

setelah sekian lama..mencari..ha! tadi..dpatlah aye berjumpa dengan lagu ni..
lepas tengok mentor 4 tadi. Lagu khas Untukmu Gaza...

Saturday, June 12, 2010

Lakon layar sang peminjam...merenung..

ASsOlatu WasSalam!

 Kata-kata rayuan kau
PP dengar dan kadang PP cuba alih pandangan,,
namun kau tetap merayu dan membuat muka kesian..
entah kenapa PP boleh terpujuk dengan gayamu..
Sedang kau pernah menolak untuk menolong PP suatu masa dahulu...

PP hulurkan barang itu padamu tanpa banyak bicara
kau terima dengan muka penuh kesukaan..
sungguh..tak terbaca oleh PP riak di wajahmu..
begitu senang PP memberi..
PPbertanya pada diri...mengapa begitu mudah percaya padamu?
mengapa begitu...??
arghh..

Lantas..kau tidak mengembalikannya dengan sebaik PP pinjamkan padamu..
Apakah ini balasan kebaikan PP pada kau?
Raut wajah kau yang selamba...bagai tak punya salah apa-apa?
sudahlah PP hanya memberi untuk tempoh 2 jam cuma,..
kau mengambil masa seminggu untuk memulangkan dalam keadaan yang PP tak percaya?


sudahlah PP berangkat pulang, sikit pun kau tidak menghubungi PP!
PP pula yang menghabiskan kredit untuk menghubungi kau berulang-ulang kali..
tak sangka...akan PP temui orang sepertimu yang bersikap acuh tak acuh sedangkan kau masih memegang harta PP...
tak PP sangka...kau begini..
kau buat PP tak ikhlas memberi pinjam padamu..

kau....yang pernah PP anggap muka baik..
langsung tiada kata ucap maaf dari mulutmu atas kesilapanmu itu...yang ada hanya kata2..
"kau nak aku buat apa lagi, dah aku tak sengaja buat macam tu..."

kau....kau!
betapa menyesalnya PP berbuat baik kala itu....!
barangan PP tidak seperti yang PP harap2kan...isk..isk.
namun...PP sedari...kau adalah ujian untuk PP...walau apa pun, kau akan rasa apa yang PP rasa ni...suatu hari nanti...
seketika berada di tempat PP..
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
ha..PP? sape PP?..dia di pihak innocent nampak gayanyer..
.mesti ramai yang pernah rasa apa yang PP rase..uish...terok rasenyer perasaan tu..
dan..'kau' tu..siapa la yang selalu jadi macam tue yek..

Kenapa PP bagi 'kau' pinjam?
sebab dia lembut ati no..

kenapa 'kau' tak sedo ke yang dia pernah menolak untuk tolong PP tu?
-dia terdesak sangat nak meminjam, pastu buat muka manis..

'''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''
 dah faham situasi ni?
baca la nie...

(--->sebelum tu, sila rank cursor dari atas ke bawah kotak ni untuk memunculkan tulisan yang tenggelam tu, trimas--->)




Etika Urusan Pinjam Meminjam Dalam Islam

Hudhur aba telah mengingatkan kita dalam khutbah beliau pada tanggal 13-8-2004, agar para Ahmadi dengan cermatnya mengikuti petunjuk yang ada di dalam KS Alquran (2 :283–284: 
Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu berhutang pada sesamamu, hendaklah menuliskannya …..) dalam hal urusan transaksi terutama mengenai hal pinjam dan meminjamkan, supaya ditaati dengan penuh ketakwaan, takut kepada Allah, agar terhindar dari hal-hal yang buruk, yang memalukan, seperti pertengkaran, dan kehinaan.

· Dalam hubungan di masyarakat acapkali kita terpaksa membuat transaksi seperti meminjam dan meminjamkan. Dan disebabkan urusan pinjam dan meminjamkan ini acapkali terjadi pertengkaran dan permusuhan di antara saudara dan di antara teman-teman, yang bisa sampai ke pengadilan, dan dapat menyebabkan kebangkrutan dan kehinaan.

· Dalam ajaran Islam, Allah, Taala telah memberikan petunjuk agar urusan pinjam – meminjam ini harus ditulis; dengan syarat-syaratnya bila pinjaman akan dikembalikan, kalau hilang ,berapa ganti rugi dan berapa lama, bila penyelesaiannya.

· Seringkali orang  keberatan untuk menuliskan urusan pinjam-meminjam ini, dengan alasan bahawa kami kawan/teman rapat dan bersahabat baik, kami bersaudara dekat, dan kalau kami menuliskannya, maka seolah-olah kami tidak saling mempercayai. Atau sebab berpendapat jumlah pinjamannya ini sedikit atau tidak banyak, jadi kami segan untuk menuliskannya dan rasa tak perlu berbuat demikian

· Padahal perintah dalam Islam sudah tegas, ialah harus ditulis, berapa pun besarnya atau dengan siapa pun. Perintah ini harus diikuti atau ditaati, sebagai orang beriman yang takwa; yang meminjam harus menulisnya dengan benar dan dengan perasaan takut kepada Tuhan; jumlahnya syarat-syaratnya, secara terperinci, waktu penyelesaiannya.

· Kadang-kadang pinjaman ini kecil, seperti untuk urusan dapur; tetapi perintahnya ialah tetap harus ditulis, kalau Anda tidak ingin berakhir dengan pertengkaran, dan menjadi jauh dari Tuhan.

· Syaitan senang-senang berusaha untuk memberikan salah pengertian di dalam hati orang-orang; oleh sebab itu, ikutilah perintah Allah ini dengan perasaan takwa, sehingga syaitan tidak mudah menjauhkan manusia dari Allah.

· kalau  ada yang  dalam keadaan kesempitan  atau terdesak, atau sangat memerlukan itu adalah pihak peminjam, maka orang yang meminjam itulah yang menulisnya, bagaimana syarat-syaratnya yang ia akan penuhi. Kalau peminjam tidak dapat menulis maka walinya-lah yang akan menulisnya sesuai keinginan atau kemampuan peminjam.

· Dalam transaksi besar, seperti jual beli besar, maka diperlukan 2 orang saksi laki-laki; 1 orang saksi laki-laki dapat diganti dengan 2 saksi perempuan, sehingga jika wanita yang satu itu lupa maka yang lainnya bisa mengingatkannya.

· Pihak yang meminjamkan, oleh kerana ia berada di pihak yang memiliki kemudahan dan diberikan kemampuan, perlu berbaik hati, bersifat pemurah, atau merelakan seadanya memenuhi atau mengikuti persyaratan yang dikemukakan peminjam.

· Ahmadi jangan ikut kebiasaan orang-orang, tetapi Ahmadi harus ikut perintah Islam; kalau tidak menurut, maka akan menjauh dari Tuhan.

· Janganlah meminjam; kecuali ada hal mendesak, ada hal yang tak terhindarkan.

· Satu kali terjadi di Rabwah zaman dulu. Hadhrat Mirza Syarif Ahmad ra bersama seorang temannya masuk di kedai runcit bahan makanan; ketika berbelanja duitnya kurang, lalu temannya membayarkan kekurangannya. Maka ketika pulang dan sampai di depan pintu gerbang rumahnya, Hadhrat Mirza Syarif Ahmad masuk ke dalam rumahnya, dan minta agar temannya tetap memegang bungkusan belanjaannya. Setelah keluar lagi, dan beliau membayar duit yang tadi dipinjamkan oleh temannya itu, maka beliau berkata, nah sekarang boleh saya ambil bungkusan belanjaan ini, sebab saya telah membayar semua duit saudara yang dipakai berbelanja itu.

· Kalau meminjam wang dalam mata wang lain, seperti UK Pound Sterling, dan berjanji akan dibayar nanti dengan uang Rupees, setelah pulang, maka ini harus ditulis dengan jelas, tentang kos mata wang dan waktu penyelesaiannya.

· Kalau sampai ke muka pengadilan, m tulisan atau apa yang tertulis, telah diubah atau menyangkal apa yang ditulis, maka zalimlah mereka.Takutlah dengan pembalasan Allah.

· Kalau memaksa saksi, Allah akan menghukumnya.

· Jika menyimpang, maka akan menjauh dari Tuhan.

· Yang bertnggung-jawab di dalam urusan pinjam meminjam ini adalah: 1. Orang yang meminjam, 2. Yang meminjamkan dan 3. Para saksi.

· Ada kalanya peminjam tidak dapat memenuhi apa yang dijanjikannya. Maka yang pihak yang meminjamkan perlu bersifat lunak, dan berbaik hati; apalagi jika yang meminjam itu dibelenggu kemiskinan atau kekurangan.

· Yang meminjamkan dapat mengundurkan jangka waktu penyelesaian pinjamannya; atau memberikan keringanan, atau bahkan membebaskannya sebagai sedekah. Allah Taala akan memberikan ganjaran dan pahala. Karena Allah adalah Maha Pemurah.

· Dalam perjalanan Isra’, Hadhrat Rasulullah saw membaca tulisan di pintu gerbang: “Yang memberikan pinjaman dan menolong membebaskan hutangnya, diberi pahala 18 kali dari pada sedekah”.

Baginda saw bertanya mengapa, apakah kalian tidak jelas mengerti?
Yang diberi sedekah belum tentu ia membutuhkannya, sedangkan yang terpaksa meminjam adalah kerana keperluan yang benar-benar mendesak, atau kerana kemiskinannya. Kerana Allah adalah Maha Pemurah; dan Dia memberikan kemudahan dan kemampuan kepada orang yang dikehendaki oleh Nya.
Semoga Allah Taala memberikan kemampuan kepada kita untuk dapat mengikuti dan mentaati petunjuk dalam hal pinjam-meminjam dan bersedekah ini, insya Allah Taala, Amin.




 ::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
InsyaAllah..renung-renungkan! dan selamat beramal!

-CiliPaDi-

Katak dalam cawan..

Assolatu Wassalam!, semua,
Happy Good-Good Day!
erm..
Penat seh mengerahkan diri untuk post entry dalam blogku ini...isk..isk..-_-..
Sebenarnya aye banyak nak citer, tapi..agk...lambat..(gaya KJ kem aye)

Ye la..2 bulan lebih ku tinggal MPA ku tanpa sebarang posting..
alih-alih nak kene mula balik...waa..

takpe lar, aye akan berusaha untuk terus menulis!
ha,...
Satu kisah selepas aye keluar kem, dalam perjalanan balik ke umah, singgah makan kat satu warung nie..
dan..masa tu Buletin 1.30 tengah bersiaran. Bila je aye tengok Buletin tu,.aye tengok ada kapal besar . Dalam hati aye membuat spekulasi awal- Malaysia beli kapal baru kot..
Memang tak lekang mata aye tengok berita tu..tapi, masa tengok berita tu pun, aye masih tak berape nk paham citernyer..maka..aye terus menikmati makanan yg sedap tuh..

Naik kete, bace plak surat kabo yg baru dibeli...
-Kapal Rachel Corrie di tawan Tentera Zionis-

Tergamam. Memang tergamam. Terkejut pon ada. Israel?-Kuala Lumpur-? perh...dah cukup dekat dah tue..!
apa apaan ni?
Kejadian ni berlaku Sabtu yang lepas...
Lepas tu, aye bertanya la kepada abg kawan aye yg tgh memandu..
ni "ape cer ni Israel menahan 6 orang rakyat Malaysia?"
memang cuak je aye dengo berite2 cam ni..
orang Malaysia tu yang terlibat...sukarelawan pulak tu! betapa s**t nye Rejim Zionis nih...

tak sangka kan..rupa-rupanya sepanjang aye kat kem tu, ibarat berada dalam 'dunia sendiri'!
tataw ape cer yang terjadi ngan dunia luar....ish..ish...

Budak-budak Plkn Kem aye ni memang jarang2 tgk tv..apatah lagi nk buka n bace surat kabo..betul macam katak dalam cawan ataupon biasenyer bawah tempurung...
kirim salam ler nak tau macam-macam..alih2..kuar2 kem dengar macam-macam cerita...


Tak sangka kan keganasan Rejim Zionis dah semakin dekat dengan kita..
Benar-benar terkejut dengar berita nih..
betapa seriusnya apa yang berlaku di dunia luar berbanding dunia kem ku itu...
makin lama, perasaan SEMANGAT BERJUANG tu..makin menyelinap masuk dalam diri..
Ini pun aye tau sebab aye dapat pelepasan awal untuk tamat latihan..
aii...budak2 kem sane agaknya tak tahu ape-ape tentang ni sume..
bagus jugak balik awal yek..hihi..

Bukan tu je...berita pemergian buat selama-lamanya artis2 tanahair kita seperti Allahyarham Din Beramboi,Allahyarham Yanie Mentor dan Allahyarham Achik Spin...benar-benar buat aye insaf yang amat...
Hidup ini sebagai suatu persinggahan...yang kekal sebagai destinasi kita ialah -akhirat- semata..




Maka, kesimpulannya, akan datang, aye akan mengambil tahu walaupun baca surat khabar 5 minit jek untuk tahu apa yang berlaku kat dunia luar.


terutama isu kenegaraan...kalau pasal hiburan, aye tak berapa minat nak tahu...
bab-bab macam ni, memang aye ambil berat. Kalau tak amik tahu, rasa mcam tak layak duduk Malaysia..
Erm...renung-renungkan lah..bak kata seorang senior-
"budak-budak sekarang ni bukan nak amik tahu sangat pasal isu-isu kenegaraan, diorang lebih banyak dalm dunia sendiri"
erm...betul gak..aye tengok kengkawan aye yang lain, kalau tanya pasal benda2 yg bersifat kenegaraan ni, jarang diorang nak dapat jawapan..


Ha...teringat kelas kenegaraanku..


Till here,
-cilipadi-





Friday, June 11, 2010

kembalinya anakmu...Wirawati Harapan Bangsa!

Assalamualaikum, Salam 1 Malaysia, Salam Khidmat Negara, Salam Perpaduan....

Wow! Aye telah berjaya mengharungi perjalanan kehidupan nan mencabar sebagai Wirawati PLKN selama 2 bulan lebih.
Dan hari ni...hari yang ke 5, aye kat umah..
mengingati..dn mengenang..dan terus mengenang hari-hari yang telah ku lalui di Kem PLKN.....

Pulang dengan...penuh ilmu di dada..ya, harapan negara terhadap program ni tak boleh dihampakan.
Harapan dan matlamat program ni kan nak wujudkan anak-anak muda yang bersifat patriotisme, kan?
Alhamdullillah...sejak sebelum aye melangkah masuk ke dalam PLKN ni pun, dah menyerap masuk pun semangat tu!

Perasaan bila pulang?
Aye terasa masa begitu pantas berlalu. Perh...hidup dalam hutan tu, pembaca-pembaca sekalian...
Yang tak dapat aye lupakan...udara nan segar yang sentiasa dapat dihirup..
ha,..bukan selalu dapat rasa kehidupan ala-ala dalam hutan nan menghijau ni..:-D
Nikmat terasa walaupun masih terasa betapa sengsaranya perasaan yang membuak-buak nak balik iaitu sewaktu awal-awal aye menjejakkan kaki ke kem tu...

3 bulan kerja, dan 2 bulan lebih kat PLKN dan selepas tu...sambung belajar...
tup., tup dah bulan 6....betapa aye rasa dan menyedari...masa memang takkan menunggu kita menggapainya, tpi kita yang harus berusaha mengejarnya!

Al maklum...hidup sebagai Wirawati PLKN ni..aye belajar banyak perkara, kenal macam -macam orang..dan telah pun mengenal dan mencipta falsafah-falsafah yang boleh mengingatkan aye tentang ERTI HIDUP.

 Sebagai manusia,-MANUSIA- ya! kita belajar melalui cikgu yang bernama- PENGALAMAN-
falsafah ni aye dengar dan aye hayati...
Perjalanan masih panjang...

Walaupun sepatutnya, semua perlu terlibat dalam Majlis perpisahan yang akhir yang kedengaran seronok tu..tapi, tak dapatlah aye memunculkan diri...
Sebab aye dah dapat pelepsan awal atas sebb menyambung pelajaran..
Nak kata rasa rugi tu, memang ada sikit...tapi, ye lah...setiap apa-apa yaang berlaku, mesti..mesti ada HIKMAH.
Mals den nak pikir banyak. lagi pun, ramai lagi yang balik awal..
Tak perlu pikir beno. Nanti bertambah rasa rugi...padahal, memang kita kena balik kan..
Takpelah, lagipun, aye dah ucap terima kasih kat cikgu-cikgu kat sane tu...

Dan..balik je  umah..sejujurnya, aye rindu2 dengan keluarga terutamanya! Semunya dah ada berkumpul kat umah! kecuali..aye! cedih aw...
dan paling aye nak buat ialah menulis!...dan baru hari ni, RAJIN nak menaip kat blog dan menjengah blog daku yang sudah 2 buln lebih 'bersawang-sawang' ni...


Aduii...cian yek Mata Pena Alsunan..yek..
Lepas ni, aye nak ubah design ckit la...lame dah pakai design ni...
Tapi, klu dah tukar design, template kene susun gak!
Adoie...adakah perlu tukar2 design selalu, kawan-kawan blogger sekalian?
(bole eh confuse...hehe)


ok lah...aye nak ringkaskan bahawa---PLKN...~New tale has begun in my life~

till here,
--cilipadi---

Saturday, March 27, 2010

mengejar impian....di..

ASsOlatu WasSalam

Yaeh...ada beberapa waktu lagi..akan ku tinggalkan komputer ini buat masa 3 bulan..
akan melangkah ke PLKN!
Dan..sepanjang itu, entry yang ada di sini..makin berkurangan.
Aii la...apa la nasibku nanti di sana? Ku serah hanya padaMu..

Aye nak minta tolong another author-maybe my sis?
tak ape lah..apa yang termampu..
insyaAllah, balik nanti, akan aye upgrade lagi blog ni..of course in article..

Lontarkan biarpun kepada awan awan..
(masih dalam aura baca Rooftop Rant..huhu)

Masalah yang melanda dalam waktu seminggu ni..memang mencabar. Dengan komputer yang 'merajuk'..
baru la hari ni dapat meneruskan akviti 'merayap' dalam komputer ni..
Dan lepas ni, aye akan break for a while. :-D

Apa-apa pun..May Allah Bless.
Dengan hati kecut+risau+sayu...ku pergi untuk melatih diri lebih berdikari..cewah..

Mengejar impian~always with Allah.

Sekian di sini saja...dan..PLKN...tunnngggguuu CilipaDi!!!!

dan..sentiasa menanti untuk menggenggam dengan sabar! :-)

CiliPadi_HafizaH-

Thursday, March 18, 2010

Menanti..dan terus menangkap!

ASsOlatu WasSalam

Hari ni nak bebel banyak sikit. Perasaan dah rasa cam macam-macam dok pikir nih!
Mane taknye..yang ditunggu-tunggu..sudah mari! Haie...sudah lama ku menanti..baru kini menjelmakan diri!
Apa tu Ja?..
hehe..inilah dia siri novel kesayanganku..Trilogi Laksamana Sunan. Betapa punya minatnye ni, macam minat orang lain tu pada siri-siri Harry Potter! Itulah yang aye rasa!

Waa..(asyik melalak je Jaja)..
hehe..bukan pe..cerita ni'berhantu' sungguh. sungguh berhantu!
Yang paling ku pandangi adalah buku bermata tu! dah tak pandang yang lain dah..

Cerita ni meninggalkan pelbagai kesan luar dan dalam..
sampaikanlah ajaranku walau satu ayat- sabda RAsullullah

sejarah, mimpi, harapan menjadi satu.
 Syukur kepada Allah kerna diriku diper'temu'kan dengan Sunan..biarpun dalam bayangan imaginasi semasa membaca novel nih!ahakz!

Tapi..yang membuatkan aye rasa cam nak nangih tu...pasal aye tak leh baca lagi..alamatnya lepas balik PLKN la gamaknye..(sabo je la..ja..)

Haha...siap post lagi kat FB betapa sodihnya rasa pasal tak leh baca awal2 cerita kesayangan aye tue..
Diorang pikir aye sedih pasal lain..haie...
Duhailah hati..
Dari awalnya, aye rancang gak nak pergi pesta buku KL tu..tapi..
memandangkan novel tu keluar 27 dan 28..alahai..takde chance ler..
 aye pon dah berangkat ke Pahang...waaa! (melalak lagi..)
Dah memang itulah sebab musabab utama aye nak gi pesta buku tu.

Takpelah..aye akan terus menanti dan terus menanti..cewah!
Memang tadak sapa yang memahami perasaanku kala ini melainkan Mu..YA ALLAH.

haie..sabo je la hati..Sunan tak lari ke mana.
Cuma aye je yang 'lari' ke PLKN untuk 2 bulan lebih nih..

Dalam masa tu..biarlah aye mimpi2 dulu..hikhik..
 

Alangkah indahnya jika kala ini..ku bersamaMu..wahai kekasih Allah..YA RAsullullah..

cilipadi: berdoa sentiasa..:-)

Tuesday, March 16, 2010

Terima Kasih dari Hati yang tulus suci..!

ASsOlatu WasSalam



Di pagi yang hening setelah menerima kejutan(berita baik) beberapa hari yang lalu, aye singgah di blog cikgu BI ku. Hjh Rahmah.
Betul-betul bersemangat baca komen yang telah diberikan daripada puan pengetua kesayangan sekolah aye!. Trimas, teacher. 
Usaha tangga kejayaan, Sharing and  Caring..itu semua moto sekolah ku! yea! rindunye kat sekolah..cikgu2..kengkawan..lepas dpt segala-galanya minggu lepas.
Ape-ape pon..aye betul besarkan mata apabila cikgu besar sudi memberi -applause- untuk usaha2ku. Percubaan Pertama. 

Yea.
salam teacher rahmah,
luckily u have update the post about Pn.Tan. ha.. i can see the caremony seem really happening to give BIG appriciate for Pn.Tan.
Teacher, is she has a blog?
we all will always remember her as kindly principal..:-)
ops! here u are,Pn Tan!..Mercury is Pn.Tan...i didn't read yr comment..hehe..
pn tan, it's me from 5 sc2 girls..
kindly will always remember u as SHARING AND CARING PRINCIPLE...:-)
-hafizah
Mercury line said...
Hi , hafizah !
You have chosen the right name for yourself - cilipadi ( i like cilipadi ) kecik tapi pedas ! What are you doing now ? My effort in making sure that all of you remember and practise the school slogan has not gone to waste , thanks .
I will always remmeber you too , you took part in many creative writing competitions ( sajak etc ) The school ordered many copies of Dewan masyarakat cos of your masterpiece in it .
Our path will cross again , see you again , hopefully often !
Love , Pn tan
Rahmah said...
well, am glad the two of u are exchanging pleasentries in my blog:)
thanks a lot Pn tan! U have given me a big motivation now! hehe..now, i'm busy with my part time job in boutique, just want to learn about the -real world-.. :-)
Yeah, although until anyday, sharing and caring is our way of convent girl's life..hehe..hopefully!
Pn tan, u remembering me coz of my sajak? thanks again Pn tan. I'm really hope that i can continue to put my effort in writing(especially). Pn tan, do you have a blog?hehe..
Till we meet again! pn Tan! Hope you always in good condition!
my flying kiss for u! :-)
and Teacher Rahmah too...
Love-Hafizah

Cilipadi: terima kasih berkali-kali tanpa henti kepada guru-guru sekolah SMKCC. kerana cikgu2, kami bersemangat berusaha dapat yang terbaik dalam SPM! :D semoga dirahmati Allah. May Allah bless us! 
-Hargailah masa muda sebelum datangnya masa tua-

Terpilih: Program Latihan Khidmat Negara

ASsOlatu WasSalam



Erm,  saat mula mengetahui anda terpilih untuk PLKN apakah yang anda rasa?”, cikgu aye bertanya. “rasa teruja, takut, tak mahu pergi bercampur baur jadi satu”, aye menjawab pertanyaan ‘maut’ cikgu. Tahniah kepada siapa yang dapat! Bebudak kelas bersoarak sorai.

“ Fizah, cek la PLKN, mana tau dapat…”, kawanku berbicara. Pernah aye cakap, kalau aye dapat pun best juga. Pasal aye minat benda-benda lasak nih. Kalau kem, memang la muka-muka ni juga yang berminat. Itu sudah pasti ayat yang difikirkan oleh cikgu.
Berdebar-debar jugak nak cek nih…dalam fikiran aye, kalau dapat, macamnne yek? Kalau tak dapat? Bagus ke? Aye punya perasaan 50-50. suka atau tak? Adalah diantaranya. Gerek tol..huhu..

PLKN ni memang buat budak-budak yang gediks atau yang jenis jaga kulit (kononnye..ataupun malas)..pasti akan melenting kenapa diorang terpilih. Agak kecoh juga lah bebudak yang terpilih. Dan yang tak terpilih, rasa lega sangat2            !
Yang dapat pergi, TAHNIAh cikgu2 ucapkan…

Hai lah.. budak baru lepas sekolah,
Jangan lepak-lepak tak tentu arah,
Pergi PLKN dapat pengalaman indah,
pastinya tak membuang masa korang daa

Kerajaan dah mengabihkan berjuta-juta hengget dah untuk PLKN ni. Aye memahami objektif utama plkn ni. Ianya adalah untuk mewujudkan sifat patriotisme dalam diri setiap budak-budak remaja Malaysia.

Aye belum pergi lagi. Dan, insyaAllah, aye akan pergi untuk Kumpulan ke-2. Yeah..3 bulan lah terpaksa ‘hilang’ daripada blog MataPenaALsunAn nih..waa…
Jadi, kawan-kawan? Ada yang dapat PLKN? Atau ada yang dah pergi PLKN? Kongsi-kongsilah cerita korang..
Biarlah bakal-bakal pelatih ubah persepsi terhadap PLKN nih..setidak-tidaknya, hati tu tak menyesal kerana terpilih. Semua ada hikmah.

ciliPadi: sihat-sihat semua budak-budak yang keluar PLKN nih…mesti banyak makan kat sana..huhu..

Sunday, March 14, 2010

Panas..panas..vs sejuknya..sejuknya..

ASsOlatu WasSalam

Tahun 2010 telah kita lalui lebih kurang 3 bulan daa..
tahun lepas kita lalui dengan pelbagai ragam dan dugaan.
Dan bermulanya tahun 2010, ujiannye..aye perhatikan..hujan bukan lagi turun kadang-kadang...tapi jarang-jarang (eh, xsame?) 
Sekarang ni, kemarau..kering..panas! tiga serangkai ni sudah menjadi suasana dalam kehidupan kita hari demi hari. Memang aye rasa betapa tahap ini sungguh menguji iman kita.

 Perh..hari demi hari, aye ulang alik pergi ke tempat kerja, perubahan cuaca ini sememangnya membuatkan diriku semakin malas untuk ke kerja. Tapi, demi sebuah matlamat, aye kuatkan juga diri ini untuk terus melangkah.

Masalah kurang hujan ni...sebab apa aye kata ujian, sebab apa-apa yang bersifat panas, tentu kita anggap betapa azabnya keadaan ini..
sehinggakan air kat rumah 2 hari takde, setengah hari ada...
sebaiknya lah..aye teringat kata-kata yang sering terngiang-ngiang sejak budak kecik lagi..'neraka lagi panas' dan 'padang tempat kumpul orang tu..lagi panas! satu jari je jauh....mataharinye..!'

Astaghfirullah. Fenomena ini...dikatakan akan berterusan sehingga bulan mei.
Hutan terbakar, air dicatu..itulah ujian Allah..right?

kita muhasabahlah diri..apa dah yang kita manusia ni..buat dengan Bumi ni? ha...(cilipadi dah emo dah ni! )
yang boleh ku katakan..sejuk..sejuk..(supaya Allah sejukkan hati kami..)
Inilah petanda akhir zaman,....

www.saifulislam.com
Bukan sembarangan.
Panasnya kini menjadi-jadi.
Sejujurnya, saya turut menjadi lesu terkena bahang kepanasan cuaca kebelakangan ini. Seharusnya bagi setiap mukmin mengambil iktibar daripada kejadian ini.  
Ia hanya panas yang sedikit!
“Telah nyata pelbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut akibat apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia itu sendiri; (Berlakunya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian daripada balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).” [al-Rum 30: 41]
Moga kita kembali!

cilipadi_hafizah

Kepada Mu Kekasih

ASsOlatu WasSalam



KepadaMu Kekasih
Aku berserah
Kerana ku tahu Kau lebih mengerti
Apa yang terlukis di cermin wajahku ini
Apa yang tersirat di hati
Bersama amali

KepadaMu Kekasih
Aku bertanya
Apakah Kau akan menerimaku kembali
Atau harus menghitung lagi
Segala jasa dan bakti
Atau harus mencampakku ke sisi
Tanpa harga diri

Hanya padaMu Kekasih
Aku tinggalkan
Jawapan yang belum ku temukan
Yang bakal aku nantikan
Bila malam menjemputku lena beradu

KepadaMu Kekasih
Aku serahkan
Jiwa dan raga
Jua segalanya
Apakah Kau akan menerima penyerahan ini
Apakah Kau akan menerimaku
Dalam keadaan begini


Listening to this song...always make me feel peace and calm.
Prove that we have to work hard to always fullfill our heart with Allah.

-CiliPadi-

Saturday, March 13, 2010

2 hari sahaja...

ASsOlatu WasSalam



Aye nak ceritakan tentang pengalaman kerja aye. Bekerja kat kedai yang aye keje tahun lepas iaitu selpas tamat peperiksaan.
Aye anggap ni sebagai satu pengalaman meskipun tak bergaji. Kenapa ye? Apa yang tak kena? Pengalaman yang satu ini bukan sahaja buat aye berfikir panjang. Malah menginsafkan.
Aye nak cerita ke tak ek? Yelah. Cerita juga.

Bukan main seronok rasanya dah abis periksa. Memang dah enjoy terasa. Seronok sangat..Yang aye ingat ialah nak enjoy setelah berhempas pulas 2 tahun ni struggle untuk peperiksaan ni. Yaho! Merdeka! memeng dah bergema satu sekolah. Terutama bebudak Sains yang bukan main suka lagi. Abis awal.
Masing-masing dah buat perancangan jangka panjang untuk bekerja ke, nak kahwin ke..haie..macam-macam pe’el kawan-kawan aye.
Sebelum abis kertas terakhir, sempat lagi kitorang  berbincang ala-ala mesyuarat annual of the year. Bincang apa nak jadi lepas ni..
Aye cakap yang aye tunggu PLKN. Kalau tak dapat awal, keje la..
Diorang ni macam-macam. Ada yang nak keje farmasi lah, keje yang diorang pilih semua ‘high class’ punya. Apa-apa je la kawan-kawan aye ni. Perancangan aye masa tu memang cantik. Tak sabar rasanya nak bekerja. Haie..

Aye diterima bekerja setelah penat ronda satu bandar ni cari kerja. Semangat tul. Kakakku setia menemani aye jalan-jalan satu bandar.
Ha..tiba satu kedai, esoknya telah menerima aye bekerja. Perh..tak sangka pulak tokeh tu cepat je terima. ‘Memang rezeki aku ni’!

Perasaan suka bercampur baur dengan seba salah. Sebab apa ye?
  1. Bila tanya bos kedai tu, dia kata, gaji basic memang tinggi. Dan itu telah cukup buat aye rambang mata!
  2. tak sabar nak rasa gaji pertama! Huh..tak mula lagi tu..tinggi harapanku..huhu..
  3. rasa sanggup untuk ulang-alik bke bandar tu..takpe, aye fikir nak keje sebulan je..yelah tu..jaja..
  4. bila aye tanya bos tu, “kalau mahu sembahyang , macamana ya?” bos tu dia kata “ you boleh sembahyang time rehat la”. Tapi, kita tak bagi speciality untuk you sembahyang la. Kenapa la masa tu tak ku terfikir, wajar ke aku terima keje ni?
  5. fikiran serba-serbi serabut sama ada nak terima atau tak...apa2pun...pegi jugak..

Apa yang jadi ek?
Ala..pegi juga keje tu. Ayah mama macam tengokkan anak dia ni rasqa pengalaman bekerja.
Memang tekad tul aye ni!

Hari pertama, semuanya nampak ok. Walaupun tengok orang sekelilingnya macam tak mesra alam. Tapi, bos yang ajar aye tu agak baik.

Aye menanti-nati macamane ye nak solat ni. Waktu zuhur, sempat juga aye bereskan pasal rehat.
Asar? Memang mendera hati rasanya waktu tu. Ada sorang kawan aye tu yang muslim gak. Erm,...nak juga minta tolong dia...

Nanti aye akan sambung cerita ni..apa jadi yek? Peh..macam nak buat cerpen je ek..huhu..