tangan yang mencatat, mendongak ke langit..

You will never love for it...until you know them well...
Tak kenal maka tak cinta...

Wednesday, December 01, 2010

semalam ku bermimpi...

Salam..semua!
hari ni berapa hari bulan?
tertutup sudah tirai  november 2010...yang ada hanya kenangan..dan pengajaran yang akan melekat di kepala kita tiap hari...
apa-apa pun..selamat datang Disember..dan..paling mengujakan..selamat datang 2011 dan Awal Muharam yang bakal menjelma 7 disember nanti..
                           ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
     Cikgu:  Awak kena salin nota pengajian perniaagaan ni sebanyak 2 buku..sebab awak   bagi jawapan yang sebenar pada kawan awak
budak : kenapa pulak? saya buat baik apa..
cikgu : siapa suruh awak bagi orang tiru..tau la pandai sangat..

dan budak tersebut buat muka..(adakah ini suatu kesalahan?..)..waa..!


                                 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
dialog Cikgu  pp aye melekat sekarang. Bangun tidur je, terus teringat! (budak tu aye lar..:-D)
ape lagi..mencicit aye buka buku pp 1..waa..! ni yang seram nih..tahun depan stpm!
hihi..
almaklum..cik cilipadi..lama ea cuti buku! hehe...terasa baru semalam je baru habis  spm..:-P
dan macam baru minggu lepas je balik PLKN..hehe..


haha..mimpi yang menyedarkan ye..
nasib baik, bukan mimpi yang bukan-bukan..
 aye dapat tahu..yang mimpi ni kan, sebenar-benar mimpi yang agak baik ialah antara pukul 3-5 pagi ha..wallahualam..

 dan..aye tersenyum baca artikel ni...>>>


Minda Separa Sedar – Dapatkah Anda Mengingati Mimpi Anda Dan Membayangkannya Semula?

Dapatkah Anda mengingati mimpi-mimpi yang Anda alami ketika tidur? Mungkin tidak, mungkin mustahil.
Bagi kebanyakan orang, mimpi cuma mainan tidur. Bagi sesetengah orang yang lain pula mimpi adalah dari syaitan atau mainan makhluk halus.
Bagi saya, mimpi merupakan petunjuk terutama ketika mendapat mimpi dalam lena yang panjang. Sukar untuk saya terangkan bagaimana ini berlaku dan mengapa ia berlaku pada saya.
Sejak remaja lagi minda saya dapat mengingati mimpi yang saya alami kemudian saya juga dapat membayangkannya semula di lain ketika seperti sedang menonton sebuah video. Sungguh jelas, lengkap dengan suara dan perasaan saya ketika itu.
Dalam sesetengah situasi, saya mengalami mimpi serupa berulang-ulang kali. Dari apa yang saya baca hanya orang soleh saja boleh mendapat mimpi berulang-ulang kali. Ganjil. sedangkan saya cuma orang biasa.
Apa-apapun, pada saya ini kurniaan Tuhan. Minda adalah anugerah terhebat bagi kita. A gift.
There must be a reason why!
-imotivasi.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
sebab apa senyum?
sebab aye rasa apa yang dikatakan tu,..ada hikmahnya..
minda itu adalah pinjaman paling berbaloi dari Allah untuk kita. pinjaman ye.
bermakna, kita kena jaga dengan baik.


Maha Suci ALLAH. Kadang2 dengan meneliti putaran hidup kita, kita dapat melihat kebesaran dan keagungan Tuhan.

Menurut Ustaz Zahazan, mimpi ni terbahagi kepada beberapa bahagian.

1. Mimpi dari ALLAH 
    - tentunya mimpi yang indah.


2. Mimpi daripada syaitan
    - yang ni merupakan gangguan2 yang hadir dalam mimpi. 
   
kalau korang mimpi buruk, kemudian terjaga, korang kena la ludah tiga kali di sebelah kiri  dengan tujuan untuk menghina kan syaitan yang mengganggu kita.
tapi...toksahlah ludah sebegitu kuat mahupun dengan kuantiti air ludah yang banyak..cukup syarat sudah..


Diikuti dengan doa, "Aku berlindung kepada Allah daripada syaitan yang direjam dan apa yang aku mimpi kan."

 em..sejak meningkat dewasa nih..hem..setiap kali aye bangun tidur, apa yang terbit dalam fikiran aye ialah apa yang aye mimpikan mlm tadi..dan dalam mimpi tu, aye ingat orang-orang yang muncul dalam mimpi aye..sampai bila berjumpa dengan mereka, aye rasa macam familiar ngan diorang..padahal tak kenal pun…
kadang tu, ada juga sesuatu yang telah terjadi, tiba-tiba aye ingat seperti benda tu pernah dialami sebelum ni..rupa-rupanya dalam mimpi…hihi.
fantasi dan realiti..mesti dibezakan...walaupun enggak mau diingat, tapi ingatannya datang sendiri..huih..
apa-apa pun..sebelum tido, cuci kaki..,alang-alang amik wuduk terus.. baca doa tidur, 3 QUL dan ayat kursi..zzz..hihi..sekarang nak jalan-jalan..:-)






Tuesday, November 30, 2010

open your eyes and mind...

Salam., hari tu , aye ada tengok MHI yang menjemput Yusof Islam untuk ditemubual.
em..menarik. Yusof Islam ni mualaf.
Bila dengar dia bercerita., memang masyuk..insaf pun ade. 
cerita nye begini ~~`


Mengapa Saya Masuk Islam? - Yusuf Islam


Saya dilahirkan dalam sebuah rumah yang penghuninya beragama Kristian. Diajar bahawa tuhan itu wujud, tetapi kita tidak ada hubungan secara langsung dengan tuhan.
Lantas kita perlu mewujudkan satu cara untuk menghubunginya, iaitu melalui Jesus. Dan apabila mereka mengatakan yang tuhan itu tiga, saya menjadi lebih bingung tetapi saya tidak mampu membantah atau membahaskannya.
Namun, sedikit demi sedikit, saya mendapati diri semakin jauh daripada pendidikan yang berbentuk agama ini.
Saya mula mencipta muzik dan mahu menjadi seorang bintang terkenal. Akhirnya, saya berjaya menjadi seorang yang sangat terkenal.
Pada waktu itu, saya berusia belasan tahun tapi nama dan gambar terpampang di semua bentuk media.
Mereka membuat saya lebih besar dan kerana itu saya juga mahu hidup dengan cara yang lebih besar daripada hidup yang sebenarnya, dan satu-satunya cara untuk mendapatkannya ialah dengan menikmati arak dan dadah.
Selepas setahun berjaya menikmati kemewahan dan hidup secara high, saya sakit teruk dijangkiti penyakit TB dan perlu dirawat di hospital.
Kemudian, tiba satu ketika apabila saya rasa agama Buddha itu nampak baik dan mulia, tetapi saya masih belum bersedia menjadi seorang sami Buddha dan memisahkan diri daripada masyarakat sepenuhnya.
Saya mencuba pula Zen dan Ching, numerologi, kemudian kad-kad pakau dan astrologi. Saya cuba membuka semula kitab Bible tetapi tidak menjumpai apa-apa. Pada waktu itu, saya masih tidak tahu sesuatupun tentang Islam.

Titik Permulaan
Kemudian satu keajaiban berlaku. Abang saya melawat sebuah masjid di Jerusalem. Dia begitu kagum dengannya. Masjid itu dirasakan penuh dengan kehidupan (tidak seperti gereja-gereja dan rumah-rumah biara yang dirasakan kosong), aman dan tenang.
Dia memberikan saya senaskah terjemahan al-Quran yang dibawanya dari sana. Dia tidak pula menjadi seorang Muslim tetapi dia dapat merasakan yang ada sesuatu dalam agama itu, dan dia fikir mungkin saya akan menjumpai sesuatu juga.
Apabila saya terima kitab itu, saya mendapat petunjuk yang bakal menerangkan segala-galanya kepada saya - siapa diri saya, apakah tujuan hidup di dunia, apakah sebenarnya hakikat hidup dan apakah hakikat yang akan berlaku, dan di mana saya datang. Saya sedar bahawa inilah agama yang benar; agama yang bukan dalam erti kata yang difahami oleh Barat, bukan agama yang hanya berguna untuk masa tua anda.
Perkara pertama yang ingin saya lakukan pada waktu itu ialah menjadi seorang Muslim.
Pada tahap ini juga, saya mula menemui keyakinan. Saya merasakan sudah pun menjadi seorang Muslim. Apabila saya membaca kitab al-Quran itu, barulah saya sedar bahawa kesemua para nabi yang diutus Allah itu membawa ajaran yang sama.
Lantas, mengapakah penganut Kristian dan Yahudi saling tidak sefahaman? Sekarang saya tahu bagaimana orang Yahudi tidak mahu menerima Jesus sebagai utusan Tuhan dan mereka juga telah menukar ayat-ayat Tuhan.
Penganut Kristian salah faham akan ayat-ayat Tuhan dan menganggap Jesus anak Tuhan. Kesemuanya masuk akal dan begitu mudah difahami.
Inilah keindahan al-Quran. Ia membuat anda berfikir dan mencari jawapan, dan tidak menyembah matahari atau bulan tetapi Tuhan yang Esa yang telah menciptakan segala-galanya.
Apabila saya lebih banyak membaca kitab al-Quran, ia menceritakan pula tentang sembahyang, sifat pemurah dan sifat suka berbuat baik.
Saya masih belum menjadi seorang Islam lagi, tetapi saya sudah dapat merasakan bahawa satu-satunya jawapan untuk saya ialah al-Quran; bahawa Tuhan telah menghantarnya kepada saya, dan saya menyimpannya sebagai satu rahsia. Tetapi al-Quran itu juga berkata-kata pada beberapa peringkat yang berlainan. Saya mula memahaminya pada peringkat yang lain pula.
Al-Quran mengatakan, "Mereka yang beriman tidak menjadikan orang kafir sebagai temannya dan orang beriman itulah saudaranya."
Pada tahap itulah, timbul keinginan saya untuk bertemu dengan saudara-saudara selslam.

Melawat Jerusalem
Saya melawat Jerusalem (sepertimana yang dilakukan abang saya). Di Jerusalem, saya masuk ke dalam masjid dan duduk. Seorang lelaki datang menghampiri dan bertanya apa yang saya mahu. Saya beritahu dia yang saya seorang Muslim. Dia bertanya lagi, apakah nama saya. Saya jawab, "Stevens". Dia kelihatan keliru. Setelah itu, saya menyertai sembahyang berjemaah, walaupun tidak begitu menjadi.
Peristiwa ini berlaku pada tahun 1977, lebih kurang satu setengah tahun selepas saya menerima al-Quran daripada abang saya.
Lantas, pada satu hari Jumaat, iaitu selepas menunaikan sembahyang Jumaat, saya pergi bertemu imam Masjid New Regent dan melafazkan syahadah di tangannya.
Saya telah menjadi seorang yang memiliki kemasyhuran dan kemewahan. Tetapi saya begitu sukar mendapatkan petunjuk, walau bersungguh-sungguh saya cuba mendapatkannya, sehinggalah saya ditunjukkan dengan al-Quran.
Sekarang saya sedar bahawa saya boleh berhubung secara langsung dengan Tuhan, tidak perlu menggunakan perantara. Islam mengangkat semua halangan ini.
Saya tidak pernah berjumpa orang Islam sebelum saya memeluk agama suci ini. Saya lebih dahulu membaca al-Quran dan menyedari bahawa tidak ada manusia yang sempurna di dunia ini.
Hanya Islam yang sempurna, dan sekiranya kita semua meniru akhlak Rasulullah s.a.w., kita akan berjaya.
Moga-moga Allah memberikan kita petunjuk dan hidayah-Nya untuk menuruti jejak langkah Rasulullah s.a.w.. Amin!







Monday, November 29, 2010

EHEM..GAMBAR MUSLIMAHKAH ITU?

Salam..ada sesuatu yang ingin dikongsikan..:-)


EHEM..GAMBAR MUSLIMAHKAH ITU?


I LUV ISLAM : Terkadang bila melayari facebook dan weblog rakan-rakan, saya merasa hairan melihat sesetengah facebook dan weblog muslimah yang bertudung dan yang menutup aurat; mereka tidak segan silu pula untuk memaparkan gambar masing-masing.

Tiadalah terlalu salah untuk memaparkan gambar anda wahai muslimah sekalian, namun sayangnya anda terlupa bahawa gambar yang anda letak itu adalah gambar sebesar skrin 17 inci! Setiap butir jerawat dan bulu halus di muka anda terpampang rapi!

Tidaklah tujuan saya mengaibkan kalian. Saya adalah rakan kamu yang enggan melihat wajah-wajah itu dipaparkan sewenang-wenangnya kepada orang. Biarpun wajah bukan aurat mengikut sesetengah mazhab, namun tatkala fitnah mengundang, tidakkah ia melayakkan ia ditutup dari pandangan umum?

Muslimahku, dunia internet semakin berkembang maju. Satu hari mungkin berjuta-juta orang yang melihatnya.

Dikalangan mereka, ada yang bagus; yang menundukkan pandangan selaras firman Allah dalam Surah An-Nur yang bermaksud:

"Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki Yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuan-Nya tentang apa Yang mereka kerjakan."

Hati Yang Sakit Bertambah Sakit.. Kasihanilah Masyarakat..

Namun, kita harus akui bahawa di kalangan jutaan orang itu, ada yang hatinya sakit, ada yang jiwanya perit menanggung kesakitan akibat terlihat wajah-wajah kamu biarpun kamu bertudung litup.

Muslimahku, kalau kita lihat dunia gambar bukan main maju lagi. Dahulu, cuma setakat kamera yang perlu dicuci gambarnya. Kini, telefon juga menjadi kamera. Kamera pula lebih dahsyat, lebih pantas; sesegera mee segera.

Alangkah malangnya andai wajah-wajah yang terpamer itu mengundang gejolak rasa di jiwa insan bernama lelaki. Lelaki yang mantap imannya akan beristighfar dan memujuk hati, manakala yang sakit jiwanya akan mula mengganggu anda. Mula memburu anda dengan SMS, telefon, hatta mungkin mendekati anda, dengan tujuan memiliki anda... untuk menikahi anda tidak mengapa, tetapi jika sekadar mahu memuaskan nafsu?

Hanya kerana satu kesilapan yang mungkin anda tidak terniat, wajah anda terpampang besar di internet! Gambar adalah bayangan realiti. Namun mungkin ia juga fantasi. Kadangkala tertipu juga lelaki pada fantasi Photoshop, Fireworks dan seribu satu pengedit gambar lagi. Kalau itu memang tujuan anda, anda tanggung sendirilah. Tapi kalau niat anda cuma berkongsi dan dengan perkongsian itu, secara tanpa sedar mengajak fitnah bertandang, maka amaran saya, berhati-hatilah!

Jalan Penyelesaian?

Andalah sahaja yang mampu menyelesaikannya. Bukan orang lain. Diri anda, andalah yang harus menjaganya.

Apa tujuan anda bertudung dan menutup aurat? Bukankah kehendak syariat dan ingin menutup pandangan orang kepadamu? Maka, soalan saya, menundukkan pandangan bukan kehendak syariatkah? Adakah memaparkan wajah anda besar-besar menutup pandangan orang terhadap andakah?

Banyak cara boleh dilakukan menggunakan perisian pengedit gambar. Belajarlah daripada yang tahu. Hindarkanlah aksi-aksi dan posing-posing yang hanya akan menambahkan lagi kerosakan jiwa masyarakat. Sekiranya niat anda hanya ingin berkongsi dengan rakan muslimah anda, lakukanlah secara tertutup. Elakkan perkongsian atau posting yang boleh dilihat oleh segala macam jenis orang. Kalau lebih mudah, anda kirim saja emel bergambar kepada rakan muslimah anda itu.

Ingat, wajah anda adalah anugerah Allah SWT.

Anugerah Allah itu hanya layak dilihat berkali-kali oleh yang layak sahaja.

Selamat bermujahadah sahabat muslimahku!



Wednesday, November 24, 2010

ilmu trick baru hari ini...

Salam, selamat pagi Malaysia!

Huih..rekod ni, hari ni baru lah aye berkesempatan nak post pepagi macam ni..sebelum ni, pagi memang aye pegi kerjakan benda lain..tengahari baru ada masa nak buka..

em..rasa nya aye cukup suka nak cakap pasal benda nih..
korang tau trick? a.k.a cara yang penuh kelicikan..

baru tadi, MHI membawa lemunculan seorang 'bomoh' yang jujur!
yeah! hari ni ilmu trick baru aye dapat!
macamane lah air biasa bisa menjadi air batu hanya dengan ko mandrem jek?
ish.ish,,bijak beno lah bomoh tu...


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjGvD_MUdZtz0Uzf0kkhdgj3laRmQX6QaPVV_XnaSYhpeR9erbt5_7JSvjvQdnfpbJNck-uLYW32F-5lIFrT7bf83GeEmIDbeYIvINfBhmFPNgif0JtdIx45LXdWiRTd5wxXhcibPHSitQ/s400/AirSejuk1.jpg 

sebenarnya...kata bomoh tu..yang sebenarnya Penganalisis Jenayah,
benda-benda macam ni petik jari je leh dapat..
beliau menunjukkan kat depan tv tu macamane boleh berlaku benda ni..
aye memang dah agak..sebelum bomoh nak memperbangangkan orang,
dia mesti tutup segala tipu helah dia.! dengan berbekalkan sejenis serbuk (hape nama, takpasti) tapi, serius..benda ni aye pernah guna masa time Kimia dulu..hoho..berguna..memang berguna..


memang dah banyak sangat cerita-cerita orang-orang yang bukan yang cetek pemikiran je...
senag-senang percaya benda-benda ni..
buktinya? kat metro..banyak..


satu lagi., hoho..expert ni sape leh buat!
trick kononnya, nak mengesan jin..
dengan menggunakan contoh cermin mata pak cik penganalisis jenayah tu sendiri,
dia buat gaya seolah-olah benda tu leh digerakkan dengan hanya membuat gerakan tanpa memegang..
helo..pakai benang la wei..tapi, kena pandai sembunyikan lah ye..


hoho..ilmu baru nih..taktik ni dah banyak juga aye tahu..salah satu nya dengan tengok satu cerita cina~ the price of greed
terpulang pada kita untuk menggunakan macamana..
janji..ia tak melanggar etika kemanusiaan kita sebagai hamba Allah..















Tuesday, November 23, 2010

pandai trick?- Tactics of a Beauty a.k.a Mei Ren Xin Ji kat TV2

Salam, semua!

trick atau dalam bahase melayu nya ialah..taktik

tactic~ the particular method that you use to achieve something

untuk mencapai sesuatu, kita mesti mempunyai rancangan..
bak kata pujangga~ orang yang gagal merancang ialah orang yang merancang untuk gagal.
haih.,.korang perasan kan.,.di sekeliling kita ada saja yang memberi kita pengajaran.
sekalipun benda-benda yang buruk.
Manusia tidak dirancang untuk gagal. Tetapi manusia lah yang gagal untuk merancang.

 salah satu nya aye dapat achieve something lepas menghayati cerita cina nih..(sememangnya kesukaanku ..:-))

syukurlah ku diketemukan dengan cerita nih.
serius nih.aye ..teruja nak tengok citer nih..dari mood korea, nak tukar plak..jadi mood cina..
lamer dah aye usha cerita nih..
memang gembira rasa macam nak menangih pun ada..
hehe..sebenarnya,..aye dah nak bagi emel pun kat mana2 tv..supaya tayangkan cerita nih..
tup..tup..keluar pulak kat tv! sukernye,,!
lagi-lagi kawan aye yang dok menyarankan aye untuk follow up cerita niy :-)
thanks dear :-)
apa yang buat aye jatuh hati ngan cerita ni?
em..


During Early Western Han Dynasty, when DouYiFang's was still young, her mother was drawn into a Palace conflict which resulted in her entire family being executed. When she grew up, she unexpectedly entered the Palace as a Maid. She displayed extraordinary talents when she arranged for Consort Li's child to be swapped under the care of the Empress. Her intellects impressed the Empress Dowager, and she was ordered to marry the King of Dai so she could to spy on them.
In order to rid the world of further sufferings under the Regime, but at the same time earn the trust of Empress Dowager Lu, she suggested to LiuHeng to start training his army under the guise of building his grand ceremonial tomb. People believing that she was bringing downfall to the kingdom, pleaded for her to be put to death, but none the less, LiuHeng trusted her completely, and subsequently made her his queen.
Their alliance finally led them to ascend to the throne of the glorious Empire. But at the pinnicle of her power, she realised that her personal life was slipping away from her. In order to regain the love of her husband, in order to stop her children from killing each other, she weaved her womanly tactics to overcome every obstacle, and forged one of the golden ages in chinese history known as the Rule of Wen and Jing. Her name is recorded in history, for us to marvel


thanks a lot RTM 2 sebab menayangkan cerita ni..kul 6 ptg..
itupun..aye dapat tahu daripada forum afs-


but a new information that Mei Ren Xin Ji is airing yesterday in one of Malaysia's tv stations..
will have more people to enjoy this series.. ^v^

aye memang nak follow up cerita ni walaupun dah tengok sampai habis :-)
semalam aye satu keluarga tengok cerita ni..memang best..oh..dah banyak idea juga bila tengok cerita ni..:-)

Tactics of a Beauty (Mei Ren Xin Ji) 美人心计

Posted Image
serius! 10/10 utk costume diorang! cun amat!
Resized to 64% (was 704 x 495) - Click image to enlarge


pergolakan yang berlaku..memang menarik untuk terus tengok cerita nih..thriller!




highly recommend..kepada semua yang sukakan cabaran! dan..yang paling penting..kepada semua yang bergelar..pencinta..:-)







Hutang..kira langsam je ke?..suke-suke je..

Salam..
 ada sesuatu yang menyinggah dalam fikiran..
erm..ye r..korang pasti akan terkesima taw kalau baca ni..
status fesbuk personaliti tv3 nih~~


Ahmad Fedtri Yahya kuliah tadi:- org yg ada hutang akan malu2 atau lari2 atau buat2 lupa.... sama mcm kita yang 'berhutang' pada Allah.... kena 'bayar hutang' sebelum 'wakilNya' datang ambil nyawa....lebih dahsyat daripada along.....


    • Puteri Kerek cane lak if org yg beri hutang malu nk mnx kat penghutang??

    • Dayang Rosita Awang Morshidi betol..ramai yg bhutang pada kita, tak bayar..apa kita kita nak buat erk??rasanya ribu2 jg la..

    • Ahmad Fedtri Yahya cuba sms cara baik... ckp nk guna duit tu... cara terbaik disusuli dgn solat hajat mtk org tu lembut hati utk byr balik....

    • Dayang Rosita Awang Morshidi pekerjaan yg paling malu dibuat adalah mnagih hutang..kdg2 tgk muka dh ksian, tak jd tagih, tp duit kitakan...ermm..lain kali tak kasi dh..

    • Puteri Kerek hmm...segan kot,,,sbb takut mrk masih dlm kesusahan,,,tp bg sysepatutnya org yg berhutang 2 kne ingat hutang mrk....kn?
      insyaallah akan try wat saranan en.fedtri...Enhanced by Smiley Central

    • Norliza Mohamad ya Allah....terima kasih mengingatkan saya ....

    • Kamariah Ismail terima kasih..saling ingat mengingatkan......
      .

    • Nur Dalia rasanya penghutang & pemiutang kena buat surat perjanjian..siap adakan saksi...dlm quran pun mention mcm tu kan..ayat hutang surah al-baqarah 1 ayat jer..tp penuh 1 muka surat

    • Faridatul Azni cuba hindarkan amalan berhutang...

    • Mohd Hafizi Hasan berjimat lbih baik berhutang jagan larikan diri...

    • Noor Rasyidah Yusof btol2
      Enhanced by Smiley Central

    • Mohd Hafizi Hasan mmag btol pon klau dh byak hlang litang pukag lrikan dri..
      ..

    • Kamariah Ismail masa berhutang, kawan...masa bayar hutang, hilang kawan hehehehe

    • Mohd Hafizi Hasan msa nak bhutang bkan kawan pon jdi kawan,,masa nak bayar hutang kawan pon jadi lawan btol x kalian2 semua....

    • Cilipadi Hafizah tulah..bila kita nak mintak tolong kemain ungkit, tapi, bila kita nak mintak dia langsai hutang sikit2 pun, payah..macam kita pulak yang berhutng ..ya ALLAH..insafnya..
       ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
       hukhuk..tetiba den teringat lak kat 2 novel kesayanganku..
      novel pun..harta orang jugak kan..
      masih didalam genggaman orang len setelah sekian lama..
      em..
      bukannya tak bagi masa..sampai terlebih sudah pun..
      (nada sedih nih..)

      aye baca artikel nih..korang baca lah..semoga mendapat iktibar :)






Hutang..kira langsam je ke?

Persoalan Agama: Tak gugur hutang walaupun meninggal
Persoalan dijawab oleh Ustaz Zahazan Mohamed

Menangguhkan bayaran bagi sesiapa mampu dianggap penganiayaan

Soalan:

SAYA berhutang dengan seseorang tetapi beliau sudah meninggal dunia. Bagaimanakah caranya untuk saya jelaskan hutang? Adakah dengan cara membayar kepada warisnya? Jika tidak jumpa dengan waris beliau bagaimana pula caranya? Firdaus,
Melaka.

Jawapan:
Apabila seseorang berhutang, maka menjadi kewajipannya untuk membayar kembali hutangnya. Walaupun tidak mampu disebabkan kesempitan hidup, ia sama sekali tidak menggugurkan tanggungjawab melangsaikan hutang.

Allah SWT berfirman pada ayat 282 dari surah al-Baqarah yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman, apabila kamu menjalankan sesuatu urusan dengan hutang piutang yang diberi tempoh hingga ke suatu masa tertentu, maka hendaklah kamu menulis (hutang dan bayarannya) itu….(hingga akhir ayat).
Sebenarnya ayat itu adalah ayat yang terpanjang dalam al-Quran dan yang dikenali di kalangan ulama dengan nama ayat al-Mudayanah (ayat hutang piutang). Ayat ini antara lain berbicara mengenai anjuran atau kewajipan menuliskan soal hutang piutang sambil menekankan perlunya menulis hutang walau sedikit, disertai dengan jumlah dan ketetapan waktunya.

Pada potongan ayat pada firman-Nya, ‘hingga ke suatu masa tertentu’ bukan saja mengisyaratkan bahawa ketika berhutang perlu ditentukan waktu melunaskannya dan bukan saja berkata, ‘kalau saya ada wang’, tetapi juga untuk mengisyaratkan bahawa ketika berhutang, hendaklah sudah tergambar di benak fikiran, bagaimana dan di mana sumber untuk melangsaikan hutang itu.

Ini secara langsung menjadikan seseorang akan lebih berhati-hati dalam berhutang. Perkara itu amat besar kesannya di akhirat kelak sehingga Nabi SAW enggan menyembahyangkan mayat orang yang berhutang dan tidak ada orang yang mahu menjamin hutangnya. Selain itu, Nabi SAW dalam riwayat lain bersabda: “Diampunkan bagi syahid semua dosanya kecuali hutangnya.” (Hadis riwayat Muslim).

Tuntutan agama Islam melahirkan ketenangan kepada penganutnya, sekali gus harga diri. Kerana itu, agama tidak menggalakkan seseorang itu berhutang kecuali jika sangat terpaksa sebagai mana sabda Nabi SAW yang bermaksud, “Hutang adalah kehinaan pada siang hari dan keresahan pada malam hari.” Seseorang yang tidak rasa bimbang dan resah kerananya, bukanlah seorang yang menghayati kehendak agama.

Salah satu doa Rasulullah SAW yang popular adalah, “Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari hutang yang memberatkan serta penekanan manusia terhadapku.” Pada hadis yang lain, Rasulullah SAW bersabda, “Penangguhan membayar hutang oleh orang yang mampu adalah penganiayaan.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Kalau kita hendak membayar hutang, tetapi orang yang kita berhutang itu meninggal dunia, maka wajiblah kita menyelesaikannya kepada ahli waris pemberi hutang yang meninggal dunia itu. Ertinya, hutang tidaklah gugur hanya kerana beliau sudah meninggal dunia. Jika beliau tiada waris, atau tidak diketahui khabar beritanya, maka hendaklah diserahkan kepada orang yang diamanahkan oleh pemerintah untuk menguruskannya (sekiranya ada). Jika tidak ada, bolehlah dititipkan kepada orang alim.

Sekiranya masih mempunyai halangan atau kesukaran, bolehlah disumbangkan untuk kemaslahatan umum seperti untuk membuat jalan atau jambatan dengan niat akan menggantikannya sekiranya bertemu ahli waris tuan hutang.

Ada disebutkan dalam kitab Salalimul Fudlola’ Syarah Mandzumah Hidayatul Azkiya’ ila Thariqil Auliya, agi Syeikh Muhammad Nawawi al-Bantani pada Hamisy Kifayatul Atqiya’ wa minha jil asy fiya’, halaman 16, (ertinya:) “Jika sudah meninggal orang yang berhak, diserahkannya kepada warisnya. Maka jika tidak ada warisnya dan terputus beritanya, maka diserahkan kepada kadi yang thiqah (terpercaya), yang diredai perjalanannya dan agamanya. Maka jika tidak ada, maka diserahkan kepada orang alim yang patuh menjalankan agamanya. Maka jika berhalangan juga, maka dipaling pada masalah umum seperti untuk membina jambatan batu, dengan niat menggantinya apabila ditemui ahli waris tuan yang memberi hutang itu.”

Jika masih sukar atau tidak mampu kerana takut atau lainnya, bolehlah disedekahkan kepada orang yang benar-benar berhajat. Wallahua’lam.



Berita Mingguan 11 November  2010

Monday, November 22, 2010

ganas tapi friendly..aye belajar sesuatu..

Fearless 
a.k.a paling tak takut dalam dunia

ganas, nakal, paling kejam..
tapi, bila dah kenal..
rupa-rupanya paling friendly..

sape tu?
nilah dia
 ~
~
~
~~
 
~
http://www.brianmay.com/brian/brianssb/pix/09/badger-3.jpg
honey badger





aye tengok dalam n3 incik Ben..
beruntung rasanya dapat tengok paparan NG ni
sebab selalunyer..dok tala citer lain..
hem
comey nyer lah..
kalau binatang ni ada kat Malaysia.,
mesti ramai jadikan pet kan...
comey macam kucing..
hihi..gelak golek-golek gak bila tengok dia dok terkejar-kejar nak cari kawan..
sampai ngan zirafah pun boleh layan..
tapi, cik zirafah macam takmo layan jew..
hihi..
terlebih ramah nye Badgy nie..

yang paling buat satu rumah bising,
boleh dia kejar ular yang berbise tuh!
tapi, bila ular tu nak patuk, pandai dia ngelak!
macam ni punya ciptaan Tuhan pun ada kan..


kesimpulannya~
Badgy
fearless, nakal tapi pandai berjaga-jaga..
em..
kata incik BA, terapkan sifat-sifat ni dalam diri kita sebagai blogger.
em..Badgy, come here!
:)

Cerita hangat Blogger2 : Sesi soal jawab bersama Blogger

Salam!
Yeah..kita kembali dalam segmen Soal Jawab Blogger terpanas pada hari ini.
yep..memang panas macam pisang goreng nih
trimasih kepada kawan blogger aye ye..rajin nge tag aye..nad_ira
soalan nyer?
..excited nih nak jawab.!
Yang pertameee sekali ialah..
( berdebo-debo..:-P)

Ape yg paling penting dlm hidup korang?
ni soalan paling puitis sekali, yek.
kena jawab secara puitis jugak..hehe
Pertama, Allah.Kedua, Rasul2., ketiga- ibu bapa, keempat-guru2, kelima-diriku ini..

Benda terakhir korang beli guna duit sendiri?
em,..cekelat cadbury taw..hehe

Adakah korang bercinta sekarang?
bercinta? yea..i like dis question..yea..sepanjang mase kita sume bercinta..tanpa cinta tak idoplah manusia..
but, not what in your mind, ok..hihi..cinta kepada 5-5 yg special kat atas tuw..:-D
 
Berapa lame korang akan mencintai kekasih korang?
cett..soklan perangkap eah..sepanjang diizinkan Allah..insya-Allah..:-)

Di mana korang akan jumpe kekasih korang?
em..(nak bayangkan jap..)hehe..segalanya..ketentuan Tuhan..:-) (nyanyi lagu Cinta Terakhir-Aiman)
Novel/Buku/Majalah terakhir korang beli?
em..buku yang paling addict sekali..Cinta Sufi-Ramlee Awang Murshid ngan Majalah Dara.com.
Apakah name penuh korang?
woa..masok majalah mangga ke hape niyh..hihi..Noor Hafizah Bt Mazlan

Antara mak dan ayah korang, yg mane korang lebih mesra?
dua-dua dalam hati..sentiasa dalam doaku...:-)

Namakan org yg betul2 korang nak jumpe dlm hidup korang?
*em..nak jumpa orang macam Laksamana Sunan..-siapa ini?(haha..dream on :-P) 

Namekan tempat yg korang betul2 nak pergi?
emm...pertama-tamanyer..nak pergi Mekah..pastu..nk jalan2 kat sume tempat Jejak Rasul uh..

Pilih salah satu.. peluk atau cium?
soalan ni..i like3..nak peluk...mama ayah..

5 lagu yang bermakna dalam hidup korang? 
lagu yang bermakna..banyak sebenarnya..herm.
yang melekat kat kepala la nie..
Cinta TerakhirAiman (jiwang yang bersandar hakikat..huhu) , lagu Baik-Baik Sayang (lagu tema Plkn..hihi), Warisan (yang wat aye nangis masa kat PLKN) , Teman Sejati ngan Srikandi Cintaku
jiwang abess..:-P


Beritahu 3 perkara tentang orang yg tag korang?
namanya nad_ira..dia telah men tag aye untuk jawab soklan2 niy..suka3..ha, nanti kita komplot ag eah..haha

5 benda yg korang syg sgt2 dlm hidup korang?
*handphone + mp3 buruks ku..hehe
*novel2 Ramlee Awang Murshid ku..*Trilogi Laksamana Sunan
*laptop
*kamera
*telekung hasil sumbangan mama ayah..:-D

Bila tarikh lahir korang dan kat mane korang sambut tahun lepas?
ehem..ehem..25.8.92..chinng! kat umah masa berbuka puasa..

5 blogger yg korang nak tag?

(lebih lagi baguih..!) jawablah soklan ni dengan tenang yep..

Cerita sikit pasal blogger2 yg korang tag?
 diorang  ni sume geng2 blogger baru aye..keep in touch yep!
 

Tombiruo dan Semangat Hutan yang menyengat..

Salam..semua!




Aye dah abis baca Tombiruo Terakhir  lama dah. Perasaannya masih ku rasakan kini. Apa yang ku rasakan?..sebelum tu..aye berterima kasih sesangat kepada Alaf21. Hadiah tu...hehe..
3 mata ni..kepunyaan Tombiruo...

Tombiruo karya Ramlee Awang Murshid..buku pertama beliau ngan Alaf21. Erm...yang ni memang tak menghampakan. Tombiruo ni, bagi aye adalah mukadimah untuk musim seterusnya.
Walau di mana pun manusia tu berada..di dalam gua, bawah tanah, dala hutan tebal, cahaya--NUR Allah..sentiasa menuju...takkan mudah dibiaskan. Ramlee Awang Murshid, penulis ni satu yang aye suka. Tak lepas mengaitkan ujian yang disuratkan kepada watak2nya semuanya dalah atas ujian ALLAH. Thriller Islamik..

Mulanya bila tengok muka depan..memang tak rasa nak baca..tapi, bila dah selak ke m/s 30..korang tak mudah untuk berhenti.
Semangat Hutan. Bunyinye macam seram. Susah nak selongkar rahsia dalam cerita ni kalau korang belum baca lagi. Semanagat Hutan memang buat aye ketawa sorang-sorang ditengah malam kelam. (baca novel ssengsorang samapi pagi beralunkan lagu di MP3ku..)
Kalau orang tengok..perh..memang perasan tul aye ni.


Lepas je SPM..ku kembali menggenggam 2 buah hadiah novel yang membekalkan sebuah cerita yang mulanya aye tak pandang. Ha! Bila dah baca..macam ada ubat bius suruh baca dan tak boleh berhenti..( bestnyer kalau aye menulis..cerita cam nih!)


Baiklah semangat Hutan..erm. Yang ni lebih adventure berbanding yang sebelum ni.

Watak Ejim sebagai Tombiruo yang sebelum ni kita tahu merupakan kembar Amirrudin. (kembar tapi tak serupa). Ejim sekarang atas bimbingan Amirrudin telah menjadi seorang Muslim sejati. Perh...memang terkedu aye tatkala Ejim berbicara-aku menerima segala kekuranganku yang berwajah hodoh ni sebagai ujianMu Ya Allah.

Ye..cerita ni berpaksikan kebenaran. Kebenaran yang berlaku dalam dunia. Meskipun dia hidup dalam hutan yang serba-serbi tertutup dan tebal ni, tapi, Ejim tetap mendapat hidayah daripada Allah ­berkat usaha Amirudiin, adik kembar Ejim.

Tema bagi cerita ni..aye dapat ungkapkan ialah:
Ciptaan Allah adalah paling indah dan unik. Manusi tidak berhak menghinanya.

Plot
Plotnya memang macam naik bukit dan turun bukit. Iaitu mengikut kronologi

Apa yang aye suka dengan novel ni?
1-      Hanya Allah yang berhak memberi hidayah kepada hamba-hamba yang dikehendakiNya.
2-      Ketulusan hati Ejim terserlah tatkala dia diuji dengan kehadiran semula Wan Suraya yang tersesat dalam hutan bersama kawan-kawan yang lain. Walaupun  kebaikannya disalah ertikan.
3-      Kesusahan yang dialami pasti akan ada hikmah selepasnya.
4-      Kalau kita fikir kita ni dalam kesusahan, ada lagi orang yang lebih susah daripada kita
5-      Setiap manusia, jika mereka fikir mereka sentisa rasa istimewa, namun disebalik keistimewaanya itu terselit kelemahan. Dan begitulah sebaliknya.
6-      Perasaan cinta kepada alam sekitar. Rasa cinta Ejim kepada alam sekitar semakin menebal selepas dia memeluk Islam.
7-      Ilmu yang diberikan Allah ibaratnya adalah setitis air di lautan. Maka, manusia harus berusaha untuk mendapatkannya.
8-      Jangan sombong dan bongkak dengan ilmu yang kita ada. Sepertimana Amiruddin dengan rela hati mengajar dan berkongsi ilmu yang dia ada dengan mengajar abangnya, Ejim mengenal huruf-huruf Al-Quran, malah turut memberi nasihat bersandarkan Al-quran dan Sunnah sehingga dimana-mana Ejim pergi, dia sentiasa mengingatinya.

Aye suka nak memetik satu potongan ayat Al-Quran iaitu daripada surah Al-Hujarat ayat13:
Maksudnya:“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal“.


  Peh..
paling menyengat..ada pulak..lagu feberet ku..Srikandi Cintaku..siap ada lirik lagi dalam novel Semangat Hutan..mak aii..gua nak nanges..



daripada 10..9 aye bagi! :-)