tangan yang mencatat, mendongak ke langit..

You will never love for it...until you know them well...
Tak kenal maka tak cinta...

Saturday, January 08, 2011

Al fatihah...Selepas 23 hari: Mangsa tikam 19 kali meninggal dunia

January 8, 2011
 
07/01/2011 2:40pm

JOHOR BAHRU 7 Jan. - Selepas 23 hari bertarung nyawa di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini, akhirnya mangsa tikam 19 kali dan disimbah asid, Nur Ain Ashikin Jemedi, 18, disahkan meninggal dunia pukul 8.34 pagi tadi.
Jenazah Nur Ashikin akan dibawa pulang untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Redan, Kota Tinggi hari ini.
Dalam kejadian 9.15 pagi 16 Disember lalu, mangsa yang berasal dari Kampung Baru Sungai Redan, Kota Tinggi ditikam bertubi-tubi di beberapa bahagian tubuh termasuk kiri dan kanan punggung, belakang badan, kedua-dua belah tangan dan kaki selain melecur 75 peratus akibat disimbah dengan asid oleh seorang lelaki berusia 42 tahun kerana dikatakan tidak dapat menerima hakikat cintanya ditolak oleh mangsa selain perasaan cemburu.
Nur Ain yang mengandung lima bulan turut kehilangan anak dalam kandungannya kesan daripada tikaman tersebut.
Suspek, Habin Sulaiman, yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kota Tinggi Isnin lalu kemudian dijatuhi hukuman penjara 17 tahun dan lima sebatan selepas mengaku bersalah atas dua tuduhan cubaan membunuh dan menyebabkan kecederaan terhadap Nur Ain. - Utusan



BLOG REVIEW BY MR Nakal



Salam, ha..dah tergelak abis baca blog2 yang telah beliau review telah aye jumpa masa blogwalking tadi..
aye pun nak uji mental juga lar..haha


  terlebih dahulu, kata pegi la menyibuk ke blog mr.nakal


syarat-syarat yang mr.nakal ni belum berapa nakal lagi nih..haha


1. Hangpa kena tahan mental


  -  mesti tahan punyer lah..kaw2 punya pun, biasa la tuh..hihi


2. Aku akan review sekali dengan tuan blog..hahaa


  - boleh jugak ye....sila rujuk profile aye..;P


3. Aku akn review secara jujur..kalau aku rasa boleh di puji aku puji,kalau boleh di kutuk aku kutuk(dah lama x kutuk orang ni..hohoho)


  -  hoho...silakan;)


4.  Buat kan entri pasai apa hangpa minat di
review oleh aku dalam loghat kedah(tu pun klu blh.klu x blh x pa)..Pas tu tinggalkan url entri hangpa kat komen

 --sebab apa? sbb aye dah lama tak dengar orang review blog aye nih..ha..da hang nak buat review ni, aye pun dah sediakan bakul-bakul nak tampung hang punya kutukan tu nanti..haha..
apa-apa pun..aye terima jep..baguih la..boleh lah nampak mana2 'something wrong somewhere' dalam blog aye ni ha..
ha..untuk pengetahuan hangpa,..aye baru blogging 2 bulan secara tetap...hihi...itu ja..undi hangpa memang dihargai.. ;P


p/s: kita belajar dengan kesilapan..

suka-suka..jom!-Pertandingan Blog Paling Superb

Salam...
hoho..lama tak join mana2 GA/contest..la ni..saja nak join..contest dari blog schya..hasil bw kejap tadi..


 nak tahu pasai apa..-sini
aye tag semua..

Nak Ahmad Dhurrah, dapat Ustaz Amirul..

Salam..semua..
hoho..Ustaz Amirul...di tv3.. 'dia pulang demi menemui cintanya'..erk..begitulah ayatnya.
Sebelum ni, Ahmad Dhurrah yang memang menyengat tu. 
lepas ni ya habibi ya maulana yang sorang ni pula yang nak buat aye senyum suka..;)
lama dah tengok promo cerita nih..

ok, episod baru bermula..dan paling tak boleh blah, iklan banyak beno..
sampaikan aye rasa, masalah dia tak balik selama 13 tahun tu belum terungkai lagi...
em..untung penerbit taw..banyak iklan..

Ahmad Dhurrah tu..mula-mula aye tengok di tonton.com.my tu..
ha..tapi tak dapat dibuka..eshh..tak pueh hati tul..
dan tengah sibuk2 nak buka tu, bermulalah cerita tu..
Ustaz Amirul..
yang membawa lagu puisi kegemaran aye~Doa..
Apa-apa pun, penulis skripnya, Jasmina Ibrahim...aye akan 'buru' anda..hehe..
macamana ye boleh tulis cerita yang betul-betul wataknya aye suka macam ni?

tapi, ada satu yang aye tak berapa kenan..kenapa keluarga Rabiatul tu keterlaluan sangat marah, sebab tak dapat kahwin dengan Amirul tu..lagipun usia muda 18 tahun tu...banyak lagi yang perlu dikejar..mungkin
akan terjawab pada episod-episod seterusnya..;)

ehem..satu lagi yang berlakon 'Ustaz Amirul' tu pun boleh tahan lakonannya kan..
ok. tengok cerita Merlin pulakk..best nih!

p/s: sesi rehatkan minda lepas bertali arus keje skula aye! ;)

Friday, January 07, 2011

Segmen 2011 : Mereka kata ...

Segmen 2011 : Mereka kata ...


kata encik ben..entri ni..
Satu segmen khas untuk semua blogger .. tak kira baru atau lama .. Berminat ? Ok.. tunggu.. Tujuan segmen ni adalah untuk kita saling kenal antara satu sama lain memandangkan ramai blogger baru wujud pada penghujung tahun 2010 dan awal 2011 ..
Ini bukan segmen meningkatkan trafik mahupun mengejar populariti .. Sekadar untuk kita beramah mesra antara kita .. OKeh ? Tiada jaminan 'kekayaan' trafik bila join segmen ini ..
Jika berminat , seperti biasa .. buat satu entri khas
  1. Berikan kata kata aluan buat rakan blogger anda yang bakal melawat blog anda  .. TIDAK KURANG dari 100 patah perkataan ..
Salam, korang yang sudi berkunjung ke blog saye ni..hihi..tuan rumah blog ni membahasakan dirinya-aye ataupun cik cilipadi..hihi..
secara terus, nak berblog tu memang susah sikit bagi aye buat masa dan waktu ni, tapi, apabila sudah buka blog, aye akan mengomel berterusan sampai lah dah puas..terkadang mengomel terlebih pula, simpan dalam draf dulu..hihi..
menyelit ke dalam dunia blog yang semakin pesat ni, sememangnya sesuatu yang membahayakan..sebab, kalau tak rajin mencilok masa untuk terus berblog, pasti kita lama-lama rasa nak berundur tanpa siapa pun tahu...-kata-kata seorang abang blogger yg pernah ku kenali..
truly, perasaan bosan tambah pula alasan klise~no idea to post..
antara yang bersarang dalam kepala hotak ini..jadi, tahun baru, azam baru...dan azam yang tak tercapai, dibawa bersama ke tahun ini..moga segala kebaikan mengiringi...
aye yang baru muncul dalam dunia blog ini, baru mula nak berasakan nikmat menulis secara langsung ni...(harap2 konsisten)..
tahun ni aye bakal menduduki periksa besar..bolehlah Kecik Kecik Cilipadi ni jadi tempat lepas 'geram' ek..hihi..
terima kasih berguni-guni juga kepada incik ben ashaari...banyak membantu dengan buat segmen-segmen senyum-senyum dan berkenalan nih..(mesra!)
kita saling bkongsi ilmu ye, blogger2 sekalian ;)..salam perkenalan dari blogger picisan untuk kesekian kalinya...;)

Monday, January 03, 2011

Esok mula sekolah eyh!

Salam tahun 2011...
tahun baru bermula semalam..baru hari ni nak buka blog eyh!
hihi..
esok dah bermula sesi persekolahan..;)

semangat baru bermula...sekolahku!
tahun lepas yang berlalu, akan menjadi sisipan kenangan terindah buat diri kita kan..
ia menjadi pengajaran untuk menghadapi hari- hari yang mendatang pada tahun ni..;)

oh ya..tahun ni..
dihiasi tarikh-tarikh yang cantik kan...
14 feb sibuk valentine., 15hb februari..maulidur rasul..
cantik..Allah dekatkan tarikh tu sebagai sindiran kepada mereka yang memahaminya..

esok, pergi sekolah dengan senyuman ;)

Thursday, December 30, 2010

BLOG 500 MENCARI HARTA KARUN : Soalan Penutup Harian


 banner-ben-3
woa...kita bakal meninggalkan pergi tahun 2010 yang telah sebati..dan kini, tetamu baru datang lagi...
hari ni je fiza dapat join menjawab soalan ni..huahua..setelah kesibukan melanda beberapa hari..
memandangkan Malaysia menang semalam..hehe...nak jawab soalan ni..(semangat sebenarnya ;) )

segala soalan dijawab...dan akhir sekali..jeng..jeng..
 Berikan pendapat korang mengenai keseluruhan segmen  BEN ASHAARI sepanjang tahun ini .. Tak kurang 100 patah perkataan .. heheheh .. 

oklah..dalam, 2-3 bulan aye terjah masuk balik ke dunia blogging, aye mengenali Ben Ashaari.
segmen-segmen beliau yang top-top tu..aye tertarik nak masuk..
dan kalau nak masuk tu memang kena bersedia mental ok..mencabar segala segmen beliau nih..hehe
segmen beliau yang pertama kali aye masuk ialah~ cerita kreatif blogger
peh..kena fikir perah idea nak mengarang cerita nih..
memang best..sambil2 join segmen beliau, boleh la berkenalan dengan blogger-blogger lain juga tau..
selain tu, aye pernah ikuti segmen suai kenal blogger..
yang ni memang mantap...segmen ni lah yang membuatkan aye kenal ramai blogger...
macam mat gebu , ciktom, tok esah, lekat lekit., dan ramai lagi (sekadar beberapa nama)
alhamdullillah..dari situ, aye tahu blogger ni harus saling kenal mengenali dan memberi support antara satu sama lain...
ha...selain tu, segmen yang paling aye suka yang pernah aye masuk ialah segmen
peh..memang mencabr minda! nak menyahut cabaran abg Ben ni..siap aye buat entri 2 kali tentang segmen nih..
melalui segmen ni , aye kenal ramai blogger juga..
peh..masing punya idea masing-masing yang baguih2..
ha..yang paling bagus, aye dapat idea nak buat cerpen (yg lama tertunggak) ;)
kesimpulannya, segmen abg Ben memang best...tahun depan bagi kaw kaw dan mencabar lagi, abg ben..haha
segmen 500MHK ni pun dah mencabar ni..wah..tahun depan lagi mencabar ye..
sekian..dari blogger picisan..hehe..nak jawab soalan ke 4 pulakkk...
nak tahu soalannya tak? picit sini yep..mencabar!

;)

Malaysia...kau mengucup piala Suzuki akhirnya!

 Melangkah ke tahun baru..satu lagi kejayaan yang manis buat Malaysia!

Malaysia menang dan kita cutiii!

hihi..suka la sebab semua ada kat rumah..

memang menduga perasaan tengok perlawanan tadi!

apa-apa pun motivasi makin tinggi, berusaha sampai berjaya..!

 

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi mengumumkan Jumaat ini (31 Disember) sebagai cuti umum sempena kejayaan sulung pasukan bola sepak kebangsaan pada kejohanan Piala AFF Suzuki 2010. - BERNAMA

 : BHARIAN
Terima kasih PM , MALAYSIA !

Monday, December 27, 2010

500 BLOG !

Ha..ini dia...segmen daripada Ben Ashaari..500 blog
  1. Letak banner banner-ben-3 ini..
  2. Tuliskan serba sedikit mengenai diri anda dan tujuan jadi blogger ..
 Hi semua! blogger baru ni baru belajar nak berblog..menjadi seorang blogger ni, insyaAllah untuk berkongsi maklumat dan menambah kenalan :)

(kembali berblog selepas 4 hri tutup..:) )

Tuesday, December 21, 2010

KENANGANKU SEBAGAI BLOGGER

  1. Salam...ada segmen hati ke hati nih...yok baca...

    1. Tarikh lahir blog anda ..
      sejak akhir tahun 2008..(12.12) tapi, terasa kembali hidup bermula bulan November 2010..
  2. Punca kelahiran blog anda 
    nak mencatat pelbagai ilmu dan pengetahuan yang diketahui dalam kehidupan seharian..
  3. Orang pertama yang jadi follower anda
    seorang blogger motivasi..yang namanya abg bent..
  4. Entri pertama anda sebagai blogger
    seingat aye..entri pertama ialah pasal aye ulas novel HSP~ramlee awang murshid
  5. Entri pertama anda yang mendapat banyak komen /hits
    entri pasal HSP tu boleh la...lebih daripada 2 ketika itu..hihi..
  6. Blogger pertama yang anda jumpa ..
    blogger imotivasi..shueqry nama dye...sampai sekarang masih baca blog dia lagi..
  7. Blog yg anda minat .. 
    sejak dulu blog imotivasi tu dengan blog Irfan Khairi dan sekarang..minat abg BA..
  8. Ceritakan kenangan manis anda sebagai seorang blogger 
    kenangan manis ialah apabila kita dapat bertukar-tukar pendapat dan cerita dengan pembaca-pembaca yang datang daripada pelbagai latar belakang..yang mempunyai pendapat berbeza-beza, api, bila dalam blog, terasa akrab ..melalai komen-komen mereka..biarpun sedikit, tapi itulah yang bermakna..
  9. Ceritakan kenangan pahit anda sebagai seorang blogger 
    rasa macam pahit jugaklah bila orang kata blog kita ni, siapa je nak baca, tulisan kita ni bukan nya bagus pun..silap-silap  kena kutuk..and macam-macam kata-kata yang boleh men'down'kan rasa nak berblog..benda2 macam ni aye pernah kena hentam dek sorang tu..dan rasa macam nak tutup blog je..
    tapi, bila fikir banyak kali..fikirkan penyelesaian lebih baik daripada sibuk memikirkan masalah tu..
    kan...itu antara yang terpahit sejak aye terus blogging dengan aktif dalam tempoh 2 bulan ni..

  10. Impian anda terhadap blog anda .. 
    sungguh, bila fikir-fikir balik, segala kritikan mahupun kata2 tu, aye nampak sebagai satu yang boleh diterima dek akal dalam situasi positif..iaitu menyahut cabaran..
    harapan aye..satu je. nak terus menulis blog dengan mengemaskini semampu mungkin..
    walaupun..tak ramai yang baca, tak bermakna, sesebuah tulisan nya tidak bagus, mungkin cuma lambat diketahui umum...aye cukup nak bterima kasih kepada blogger abg BA..banyak bagi kata2 basuhan minda kepada blogger2 baru macam aye nih..baru..baru nak serius..
    selain tu, insyaAllah, disamping terus menulis, semoga terjalin ukhuwah diantara penulis blog dan pembacanya dalam sebuah jalinan yang bersifat silaturahim sesama saudara...

    sekian..:)

Monday, December 20, 2010

mencari..mencari dan menulis...kalau sebagai blogger,semudah tu je?

Salam semua..
aye kembali lagi..cewah...setelah ada satu perasaan yang menggangu-gugat diri ini untuk beberapa ketika..
perasaan dan fikiran yang tak berapa nak stabil yang dilontarkan daripada orang lain..seperti kritikan, yang aye telah anggap sebagai satu yang amat menjatuhkan ketinggian mood kebahagiaan...
ha..
tapi, aye baca artikel abang Ben Ashaari tadi..
ada sedikit membantu melonjakkan mood tersebut...dan tiba-tiba rasa macam nak berubah dan nak buat satu benda yang baik.

Suasana di tepian pantai yang cantik di Port Dickson memberi ilham yang positif kepada orang-orang yang agak berduka lara ketika ini..di saat malam nan kelam..tapi disinari..lampu minyak tanah..:P
yep..sekarang, aye berada kat Hotel Seri Malaysia Port Dickson
sesungguhnya,kedatangan ke sini akan menjadi ibarat siang menjadi angan-angan, malam menjadi mimpi..
apa tu?
itulah sesuatu yang akan menjadi kenangan yang tidak dapat dilupakan..
aye akan meneruskan permulaan langkah ni untuk 5 hari lagi di sini.

Sebagai penulis,kita bertanggungjawab menjadi pengingat kepada masyarakat.
memang ayat ni, akan sentiasa tersemat dalam fikiran aye tatkala mula menulis.
dan dalam blog ni juga, tempat melontar idea akan aye kembangkan lagi.

sat..sat..lagu ni menusuk kalbu juga ek?

Bila kekasih
mengundang aku pulang.
mahligai menanti..
penuh gemilang..

Bila kekasih..
menyingkap tabir cinta..'tiada terbatas dengan kata-kata..
dapatkah aku..
membalas dengan airmata..
tanda syukur menerima..
setelah sekian lama..
menghamba hidup..
pada dunia..

seribu tahun takkan sama..
sesaat bersatu dalam nyata..
kerana kasih ku sanggup korbankan jasad dan nyawa..

terang bulan kerana mentari..
hadir bayang kerana cahaya..
begitulah cinta kita..

tiada jarak  pemisah lagi..
taida  tabir sempadan budi..
aku terima dan jua memberi seikhlas  hati..
seribu tahun dan sejuta langkah..
seribu tahun bersinar cinta..
kita bertemu di penghujung rindu..

lagu ni aye ingat dan bila terdengar lagu ni teringat nostalgia menyanyikan lagu ni khas buat cikgu2 di  PLKN semasa Hari Guru mei lepas..
memang aye tak hengat apa selain kenangan ni yang berkait rapat dengan cerita nih..

dan sejak tu, aye rasa lagu ni seperti mengisahkan tentang seseorang yang rela berjuang hingga hujung nyawanya..segala susah payah ditempuh..

Apa yang aye belajar untuk sesi hari ni ialah, kejujuran dalam berkarya.
kenapa kita nak berkarya ataupun menulis? mesti ada sebab.
dan dalam kepala aye fikir salah satunya sebab nakkan materialistik~duit.
tapi, tak terluah la pulak..jadi, jawab lah semua dengan jawapan yang sedap dan boleh buat ayat baik punya,..huhu..

dan paling tak berapa nak ok ni..ada tugasan yang agak memberat di fikiran..
oh..ok..tugasan mencari, menulis dan mematangkan idea..

owh...terfikir seketika!
ini adalah tanggungjawab...begitu juga kalau nak jadi blogger yang baik...
tidur dulu yep :)

Thursday, December 16, 2010

Bila BLOGGER berlakon .. Suai kenal blogger :

Bila BLOGGER berlakon .. Suai kenal blogger ..

Ok..kembali lagi..petang nih..melebarkan sayap blogku ini bersama rakan-rakan blogger..ececeh..hehe

  1. Letak header blog BEN ASHAARI
    ok ..udah..
  2. Bila mula buat blog ?
    buat sejak akhir 2009, tapi rasa macam baru je nak enjoy sejak Jun 2010..hihi..
  3. Jumlah follower sekarang ini ..
    hehe..sapelah eden..78  hari ni...
  4. Berapa trafik harian ?
    kalau rajin update, hehe..ada la dapat 300-400.,kalau tak..100-200.
  5. Sehari brapa entri ?
    ehem..hehe..1 entri kalau malas, kalau rajin nak membebel..ada la dalam 3-4 entri...hihi
  6. Berikan satu blog yang best korang suka baca ..
    blog yang paling aye suka baca...blog Ben Ashaari..sure tak tipu..hihi..
    dengan blog ALL IN ONE...(lebih satu lak..hihi..)
ok..salam kenal2 blogger sume..hihi :)

malu bertempat...

Salam, korang semua..
blog ini dah menjadi tempat menaikkan motivasi aye...artikel-artikel yang buat aye rasa up sikit..memang aye nak share..
tetiba, rasa suka nak baca artikel ni...
suka nak share~~

Malu Memulakan Dan Menjalankan Perniagaan

Sememangnya masyarakat Malaysia ramai yang malu-malu cat (kucing). Nak memulakan perniagaan pun malu. Jumpa pelanggan pun malu. Perasaan malu ada baiknya, tetapi adakalanya, akan menghentikan pencapaian kita. Saya sendiri pun pemalu juga orangnya
Tetapi, bila tiba bab perniagaan, saya fikirkan 3 perkara ini apabila timbul rasa malu...
1. Menjalankan perniagaan adalah perkara yang mulia dan amat digalakkan oleh agama. Berniaga BUKAN meminta sedekah, jadi buangkan sifat malu itu.
2. Kata pakar perniagaan barat, sifat "malu" adalah perkara yang paling BAIK yang boleh terjadi kepada pesaing anda. Lagi anda malu, lagi mudah pesaing anda mengaut pasaran perniagaan anda! Lebih mudah mereka menyaingi anda.
3. Sebab itu saya menjalankan perniagaan Internet... salah satu kebaikan perniagaan internet adalah tidak perlu berjumpa dengan pelanggan!
Malu adalah sifat semula jadi yang ada pada setiap insan. Tanggungjawab kita adalah untuk memastikan sifat tersebut tidak menghentikan kita dalam meraih rezeki 9/10 yang dijanjikan dalam perniagaan. Bak kata orang... malu bertempat lah. Siapa malu, dialah yang rugi.

iluvislam.com-

Biodata Kolumnis

Irfan Khairi merupakan personaliti jutawan internet yang sangat terkenal di Malaysia. Beliau menjadi jutawan melalui perniagaan internet ketika berumur 25 tahun. Selain menjadi usahawan, beliau juga menulis buku-buku perniagaan, menjadi kolumnis untuk majalah-majalah dan pelbagai kerjaya lain.

 hehe..gaya nya macam nak memulakan sesuatu kan?
hem..insyaAllah..

Tuesday, December 14, 2010

Kicap Cap Kipas Udang tiruan

Salam..
baru je lepas makan malam lauk asam pedas dengan kicap.
kicap Cap kipas Udang. Kicap....cakap pasal kicap, mesti ada yang tahu kan., ada sindiket pendek akal buat kicap tiruan jenama kicap cap kipas udang nih!
maq aiii..dah lah aye ni kaki kicap...
takde kicap..macam tak berapa sedap..dan dah bertahun-tahun memang beli kicap-Cap kipas Udang...
ha..dapat je tahu, terus aye cek kicap cap kipas udang tu yang ada kat dapur...
uii..dah nak abis dah dimakan nih..
harap-harap yang ni bukan tiruan..
aye baca kat Kosmo-


Kicap Cap Kipas Udang tiruan


GAMBAR menunjukkan kicap Cap Kipas Udang tiruan (kiri) yang mempunyai penutup plastik berlubang (dalam bulatan) berbanding kicap asli.



SEREMBAN - Kicap Cap Kipas Udang adalah antara jenama popular di kalangan pengguna di negara ini.
Tetapi ramai yang tidak sedar, oleh kerana popularitinya itulah jenama tersebut menjadi mangsa tiruan dan beredar dalam pasaran.
Bagaimanapun kegiatan haram itu terbongkar semalam apabila sepasukan penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) negeri menyerbu sebuah syarikat pemborong barangan runcit yang menjual kicap Cap Kipas Udang tiruan.
Dalam serbuan kira-kira pukul 1 petang di Jalan Tuanku Antah di sini, sebanyak 3,360 botol kicap jenama Cap Kipas Udang tiruan bernilai RM9,100 dirampas.
Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNKK negeri, Mohd. Nor Musa berkata, serbuan itu dilakukan selepas pihaknya menerima aduan daripada syarikat kicap berkenaan.
"Ketika serbuan terdapat lima individu termasuk pemilik syarikat berkenaan di premis terbabit.
"Hasil pemeriksaan mendapati kicap yang dijual di premis itu mempunyai ciri-ciri yang berlainan berbanding produk asli," katanya ketika ditemui di sini semalam.
__________________________________________--
  
Jadi, kepada peminat kicap kipas udang nih.ke kicap kicap cap apa pun,.berhati-hati yep. kalau ada jumpa yang tiruan, cepat2 buat aduan tau! 
orang-orang yang buat tiruan macam ni,  tah apa yang diletak kat dalam kicap tu..
bahan kimia ke..diorang ni nak kaya cepat..
jadi, sebagai pengguna, kita mesti tahu hak kita!






Monday, December 13, 2010

KAMI MERAYU...!


Salam..kita kembali lagi..!
Ha..aye baru balik dari berjalan jauh semalam...alhamdullillah..sampai ke destinasi...
Buka-buka dashboard je nampak segmen  pakcik BA ni.
Ha! memang bertepatan dengn entri aye ~istimewa untuk perokok tegar yang aye buat minggu lepas..
aye nak join segmen nih! berkobar-kobar..! kita mesti menuntut hak kita sebagai manusia yang menginginkn persekitaran yang selamat..
untuk turut serta, klik ni~kami merayu
 image


  1. Ceritakan satu pengalaman anda bersama mereka yang merokok yang mana anda amat tidak suka sama sekali sikap mereka itu ..
Asal je ada bau orang merokok ni, dalam hati dah rasa macm nk menyumpah. rasa macam nak hempuk kepala orang yang merokok nih..paling banyak sekali dekat kedai-kedai makan. Kalau tengok iklan di tv,  ada tangan yang buat signal "jangan". Tapi, itu kalau orang yang masih ada akal dan hati perut, tapi kalau takde? macmane caranya,kita pulak lah.. kena pergi jauh jauh daripada tempat tu....
Satu hari tu, aye pergi makan kat satu kedai makan dengan kawan-kawan.,
ada satu pak cik tu, dengan selambanya duduk dan mengeluarkan rokoknya daripada kotak rokok, lalu, mula menyalakan api. kawan-kwan aye tengah sibuk makan. aye pun baru nak menyuapkn makanan ke dalm mulut, tiba-tiba aje terbau asap rokok, terus putus selera!
Lagi pulak, orang tua tua ada kat sebelah meja, dan puntung rokok tu menghala kat mukaku!
peh...kalau tak banyak fikir....guess what?
hem...hati memang geram..tapi, demi nak ngbiskan m,akanan tu, aye pun angkt kaki duduk mej belakang. hoho..kawan-kawan aye agak pelik gak.
" nape?" dia bertanya sambil mengangkat kepala.
"tu" aye tunjuk orang tua tu...peh,..selamba gila orang tua nih..klu nk mati pun, sorang sudah lah,,.ni nak babitkan orang lain...huh..dan aye pun teruskan makan je..
bila aye tengokkn orang tua tu, aye nampak ada board 'dilarang merokok'. 
Depan mata dia lagi! peh..nk kata buta, mata masih celik..
lepas makan tu, kami cepat-cepat keluar, tak sanggup nak duduk situ lama lama.
tiba-tiba, tengah nak tergesa-gesa pegi  lepas bayar tu, kawan aye terlanggar pulak satu benda daripada meja orang tua sengal tu...
benda tu ialah  board 'dilarang merokok'! aye amik board tu dan...letak balik kat meja orang tua tu...sejauh 15 cm daripada mata dia...
dan...dia pun terus tergesa-gesa buang puntung rokok nya ke luar...
'ZON LARANGAN MEROKOK. DENDA MANDATORI RM 1000 DIKENAKAN.'
2. Rayuan anda pada mereka ..
kajian menunjukkan bahawa orang yang menghidu lebih berisiko untuk menghidap penyakit daripada yang merokok...jadi, perokok , tentu sekali anda hanya ingin memuaskan keinginan sendiri tanpa membabitkan orang yang tak bersalah...jadi, janganlah buat 'smooth criminal' ni...dalam diam anda boleh jadi pembunuh! pembunuh orang-orang yang anda sayang..jadi, jauhkan diri anda daripada orang ramai ketika merokok...atau duduk dalam zon merokok yang bertutup. langkah lebih baik...makan ubat nikotin yang mebekalkan nikotin secukupnya yang diperlukan..
ingatlah...orang yang tersayang..anda mampu mengubahnya..
3. Cadangan anda kepada kerajaan terhadap isu rokok ini ..
 Cadangan yang aye nampak sekarang ialah...hentikan atau kurangkan pengimportan dan kemasukan bahan-bahan tembakau dan rokok...ha...sebab sebelum semuanya tersebar, baik hapuskan daripada awal..kempen? kempen pun kena teruskan juga...biar semua orang tahu betapa benda ni tak menguntungkan tapi membakar duit dan diri sendiri...

sekian..daripada kami...
Terima kasih .. Segmen ini bukan bertujuan untuk anti atau membenci siapa siapa tetapi hanyalah bertujuan untuk berkongsi perasaan kami yang tidak merokok ini terpaksa menghirup udara yg beracun tu ..
Yup.. tak merokok pun akan mati tapi sekurang kurangnya kami tak nak mati dengan mengetahui punca kematian kami kerana ROKOK !

Friday, December 10, 2010

Jom cari pelangi!

Salam...hari Jumaat yang mulia ni.
Hari untuk kita memuhasabah diri. Dan sekarang, aye tengah tengok Wanita Hari Ini..
tentang khidmat khadam..
cik cilipadi jumpa artikel nih..
benar-benar buat aye tersenyum...
nak kongsi dengan kamu semua..walaupun korang dah bace..bace lagi..

Pelangi Selepas Hujan

Seringkali hati kecil mengadu sakit, seringkali jiwa meratap hiba. Dugaan dan ujian yang bertimpa-timpa, kadangkala menewaskan semangat yang ada.
Kadangkala kita berasa sendirian dan terasa betapa kita dipinggirkan. Ketika kita menyangka sudah tidak ada lagi yang bernilai dalam kehidupan dan yang kita lihat hanyalah jalan suram di hadapan.
Lantas kita marah kepada Tuhan, kita kecewa dengan ketentuan yang diciptakan. Kita menyalahkan takdir hitam dan saat itu sendu airmata mengaburkan kewarasan.
Lalu kita hilang pertimbangan, di antara keimanan dan rasukan syaitan. Kita hanya nampak jalan mudah untuk melepaskan diri, lalu ada yang seringkali memilih kematian sebagai penyelesaian.
Pernahkah sekali kita memahami alam?
Mengapa Tuhan hadirkan pelangi selepas hujan?
Mengapa Tuhan tumbuhkan bunga selepas kering-kontang? 
Hanya daripada benih hitam yang kusam, apabila disirami hujan lantas berbunga cantik. Maka tersenyumlah alam. Betapa indahnya aturan Tuhan.
Mengapa tidak ada hujan berpanjangan atau sinar mentari yang menyinari alam?
Mengapa harus ada putaran alam seperti hitam malam dihiasi bintang?
Mengapa untuk tidak ada sekaligus dalam satu masa?
Mengapa harus hilang sesuatu untuk sesuatu?
Jawabnya senang.
Kerana tidak ada kemanisan tanpa ada kepahitan, dugaan dan rintangan. Mengecapi kebahagiaan memerlukan pengorbanan. Setiap kesenangan akan ada bayaran. Contohnya Tuhan hadirkan pelangi yang indah dan kicau burung yang menyanyikan kedamaian selepas hujan. 
Biar hujan di dalam hati, pasti ada pelangi yang menanti. InsyaAllah.
- Artikel iluvislam.com

cik cilipadi~ bukan mudah melukis pelangi di langit yang tertinggi..tanpa hadir gerimis dan sinar mentari yang mengiringi,...

Istimewa untuk perokok tegar..

Salam,
huh.aye  tergelak kecik tengok iklan jangan merokok kat tv tadi.
Bila ada orang merokok, lepas tu, ada orang buat gaya "jangan" merokok dengan tangan.
hihi...bayangkan kalau kita buat bila ada je orang merokok, kita buat isyarat macam tu..diorang akan faham tak? huh..nak kena tengking dulu baru faham rasanya..
atau pun buat gaya tutup idung dan blah daripada tempat tersebut.


Ni ha..suka nak habaq mai..


Kanser Pankreas Menanti Perokok Tegar

Awas perokok! Tahu kah anda bahawa gigi yang tercabut akibat merokok boleh menyebabkan kanser pankreas ? Menurut Rachel Z. Stolzanberg-Solomon dari Nutritional Epidimiodology, National Cancer Institue, AS, dalam American Journal of Clinical Nutrition: "Semakin banyak seorang perokok kehilangan gigi, kemungkinannya disebabkan oleh kanser pankreas yang mula merebak."

Jadi, perokok-perokok atau bakal2 yang nak merokok tu,..nak tahu..
Kanser pankreas ini dikatakan juga sebagai pembunuh senyap kerana dikatakan sebagai pembunuh senyap kerana pada awalnya kanser ini tidak ada tanda tertentu. Tetapi, semasa tumor sedang membesar, tanda-tanda yang mungkin berlaku termasuklah :
-  Sakit di bahagian atas abdomen atau bahagian atas belakang.
- mata dan kulit berwarna kuning.Kencing juga berwarna kuning akibat jaundis.
- rasa lemah.
- Hilang selera makan
- Rasa loya dan hendak muntah sentiasa
- Kehilangan berat badan (sekurang-kurangnya menyusut 10 % daripada berat ideal)
       Namun, tidak dapat dipastikan sama ada tanda-tanda sebegini adalah tanda menghidap kanser pankreas. Jangkitan atau masalh lain juaga boleh menyebabkan tanda-tanda sebegini.
Walauapa pun., terus terang ceq nak habq mai..memang ceq menyampah dengan bau rokok apatah lagi orang yang merokok...
lagi pula, kajian mengatakan, penghidu asap rokok juga berisiko untuk terkena penyakit!
Ini dah kategori 'smooth criminal'!
Macam-macam dah kerajaan buat...tunjuk gambar anak tekak terkeluar lah
tunjuk gambar paru-paru jadi hitam lah..
tapi, rase-rasenya yang tak merokok lagi takut daripada yang merokok!
ngeri dan geli!
Jadi, orang-orang yang dok merokok nih...pliss..jangan buat 'smooth criminal' ok...berdosa..berhenti..makan lah apa yang kat tv tu..yang membekalkan kandungan nikotin yang diperlukan badan..

Lagipun, awas juga kepada penghidu2 rokok..
Menurut Ustaz yang Pusat perubatan Zamdurani yang terkenal merawat Siti Balqis yang dirasuk tu..mengatakan..
Sihir ni boleh digerakkan melalui beberapa cara, iaitu :
melalui asap rokok!...peh..nauuzubillah...moga-moga kita dilindungi Allah sentiasa..

Ha...cik cilipadi baru jejalan tadi..
ha..yang ni tergelak habis!
Cuba korang tengok...patut sangat disiarkan stesen tv Malaysia...:)



Thursday, December 09, 2010

apesal mesti nak takut?

Salam semua..hujan masih mencurah lagi kat luar nun..moga melimpah rezeki kita hari ni yep..
uhh..kenyang makan lauk sardin kari..hihi..alhamdullillah..
lagi 3 minggu lagi dah nak sekolah.! hihi..
dan lepas ni jadual mesti padat. lagi-lagi tahun depan akan ku hadap segala kertas periksa STPM...waa...takut nya!
dan sekarang, aye tengah menyiapkan bekalan sebelum melangkah ke tahun depan..
bukan bekalan dunia semata..tapi akhirat juga yep :-)

Jalan punya jalan tadi, ha!..aye buka balik emel lama aye dulu. ada la seorang akak tu yang memang rajin bagi kata-kata motivasi. sebab aye jadi salah seorang pembaca e-book dia.
bila baca, rasa lebih bersemangat nih! :) aye dapat tahu daripada blog motivasi imotivasi.com

 >>>
Salam Kekayaan haFizah,
Semoga ketika ini kita berada dalam keadaan sihat , kaya dan makmur.
Semalam saya ada bercerita di blog saya tentang dimanakah duit yang
paling banyak dapat kita perolehi. Seperti yang saya nyatakan sebelum
ini duit yang paling banyak diperolehi adalah disebalik ketakutan yang
kita miliki.Takut untuk bertindak, takut untuk gagal, sebenarnya perasaan
takut itulah yang membawa anda kepada kegagalan. Seperti yang saya nyatakan
tiada ketakutan atau kegembiraan di dalam dunia ini, yang ada hanyalah
perasaan takut atau gembira yang kita miliki. Jadi samada anda berjaya
atau gagal keduanya terpulang bagaimana anda menguruskan perasaan dan 
emosi anda.
haFizah,
Semalam juga saya ada menonton video yang saya perolehi  melalui website http://www.strategiwang.6972.info  yang membuktikan kata-kata yang
telah saya nyatakan.Mungkin ini adalah hasil dari hukum sebab dan akibat
apabila saya sentiasa berfikir tentang masalah ketakutan yang saya terima
melalui email pembaca.
Adakah anda kenal siapa Abang Abu? beliau adalah
seorang jutawan berasal dari Singapura dan berjaya menjadi jutawan
pada usia 26 tahun. Saya mengetahui rahsia kejayaan Abang Abu melalui
video yang dikongsikan . Amat mengharukan. Namun apa yang saya lihat
banyak perbezaan mindset golongan kaya dan miskin yang dikongsikan
oleh beliau. Anda boleh menonton secara percuma 3 video perkongsian beliau
haFizah, Hapuskan perasaan takut yang anda alami, kerana kekayaan akan menanti
disebalik ketakutan itu
Salam kemakmuran
Linn
 

Linncomel Resources (001968876-x), F-2-16 ,Pelangi Damansara Apartment, Persiaran Surian,PJU 6, Petaling Jaya, Selangor. 47810, MALAYSIA
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Dulu, sebenarnya, malas gak nak baca..tapi, sekarang, saja nak share sikit...
ya..

"what the mind believe the body can achieve"

Facebook oh Facebook

Salam..
em..aha..baru terjumpa cerita ni..
apa kesan pada kita ek? haha..kita tunggu dan lihat ye..

Shahidan saran Facebook disekat jika terus gugat keselamatan


December 06, 2010

KANGAR, 6 Dis – Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Dr Shahidan Kassim hari ini mencadangkan agar laman sosial facebook disekat jika ia terus menggugat keselamatan negara.
Beliau berkata saranan agar sekatan dikenakan itu ekoran terdapat pengguna yang mengambil kesempatan atas kecanggihan teknologi untuk menghina agama Islam dan pemimpin negara.
“Jika mengancam keselamatan negara dan wujud unsur penghinaan terhadap agama, maka tidak perlu ada facebook,” katanya.
Beliau ditemui pemberita selepas mengiringi Persatuan Facebook Perlis membuat laporan polis berhubung isu penghinaan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam sebuah laman sosial facebook, di balai polis Kangar, di sini hari ini.
Laporan polis itu dibuat oleh Timbalan Presiden Persatuan Facebook Perlis Mohd Faizuddin Ismail kira-kira 5.30 petang.
Selain laporan polis, laporan di Jabatan Agama Islam negeri berhubung isu itu akan dibuat berikutan tindakan pemilik akaun laman sosial itu menghina agama Islam.
Shahidan berkata penghinaan terhadap kedua-dua pemimpin negara itu di laman sosial terbabit disedari oleh anggota persatuan berkenaan pada 29 Nov lepas kira-kira 10.30 malam.
Shahidan, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Tambun Tulang berkata pihak Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) perlu mengambil tindakan sewajarnya ke atas pemilik akaun laman sosial itu.
Selain SKMM, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan Majlis Fatwa Negara juga perlu mengambil tindakan ke atas pemilik akaun yang menghina agama Islam. – Bernama

Tak cukup lagi ke cantik kita?

Salam, 
pagi ni sejuk betul la.Mendung kelabu terus berarak...membawa hujan yang turun fdengan lebat.
apa-apa je dalam dunia ni, kalau kita pandang, mesti ada sesuatu hikmah disebaliknya. 
itu menunjukkan kekuasaan Allah.
kelebihan dan kekurangan ialah suatu ujian. 
Bukan tu saja, hidup di atas dunia ni pun adalah sebagai ujian.
Jadi, kita semua ni tak terlepas daripada jagaan Allah. 
Anda hidup pada hari ni kerana anda diberi peluang lagi. Brsyukurlah dan perbaikilah iman dan bertakwa kepada Allah.
 aye baca artikel ni, dan ia mungkin boleh mengubah persepsi kita terhadap cantik..

Siapa Yang Cantik?

Siapa yang cantik? Awak cantik? Saya? Atau dia?
Kalau di Bollywood mungkin kata mereka, Aishwarya Rai yang tercantik, atau di Hollywood, Paris Hilton adalah cantik pada pandangan mereka dan mungkin juga di Malaysia, Fasha Sandha yang tercantik.
Siapa agaknya yang dapat memberi definisi dan ciri-ciri tepat tentang apa yang dikatakan sebagai 'cantik'?
Cantik adalah sesuatu yang sangat subjektif. Setiap orang mempunyai definisi kecantikan masing-masing.
Mungkin bagi saya, cantik adalah begitu dan begini, tapi bagi anda, lain pula.
Tiada siapa dapat memberi definisi tepat tentang cantik.
Mata lah yang akan mendefinisi cantik. Namun kini, pada pendapat saya, barat sudah pun mempengaruhi definisi cantik pada dunia dan hampir seluruh dunia memakai definisi cantik barat.
Kadang kala, cantik juga didefinisi mengikut tempat, kaum dan budaya.
Kalau di barat sekarang, the thinner the better, tapi berbeza pula di Mauritania, Africa, the bigger the better.
Orang di barat berperang dengan aneroksia dan bulimia akibat mahu kurus, sebaliknya di Mauritania, wanita mengamalkan 'makan paksa' sejak berumur 5-6 tahun untuk gemuk, agar menjadi cantik dan mudah mendapat jodoh.
Sungguh berbeza kan? Definisi kecantikan yang sungguh berbeza.
Ataupun, ada juga yang sanggup melakukan pelbagai cara yang pada pandangan kita pelik dan tidak masuk akal tetapi pada mereka, itulah cantik!
Satu kaum di Thailand menganggap leher panjang itu cantik, lantas sejak dari umur 5 tahun lagi, mereka sudah dipakaikan gelang logam di leher agar leher mereka akan menjadi semakin panjang dan panjang dan panjang justeru mereka cantik dan mudah mendapat jodoh.
Di Sarawak pula, suku kaum Oran Ulu menganggap telinga panjang itu sangat cantik pada mata mereka, lagi panjang, lagi cantiklah seseorang wanita itu pada pandangan mereka.
Tapi kini, generasi muda sudah tidak lagi mengamalkan amalan ini. (Mungkin sudah terikut-ikut definisi cantik barat..hmmm)
Perlukah jadi cantik?
Di Mexico, kaum wanita menghabiskan separuh dari gaji mereka untuk kecantikan seperti ke salun, malahan ada juga pakej bayar secara ansuran untuk pembedahan plastik.
Atau di Iran, pembedahan hidung sangat popular di sana.
Wanita Iran sanggup berkorban wang ringgit demi mendapatkan hidung yang diidam-idamkan lantaran kata mereka, hidung mereka besar.
Tetapi saya tertanya-tanya juga, bukankah mereka Islam dan Islam melarang pembedahan plastik untuk tujuan kecantikan? Wallahualam.
Bayangkan betapa wanita-wanita ini mahu kelihatan cantik.
Betapa pentingnya menjadi cantik pada seorang wanita itu.
Macam-macam sanggup dikorbankan, wang ringgit, masa, kesakitan yang perlu ditanggung demi cantik, bahkan, hukum agama pun sanggup dilanggar demi cantik.
Tidak kisahlah perbuatan mereka dilarang agama, janji mereka kelihatan cantik. Plastic surgery, Botox, liposuction, gastric bypass sekarang bermain di sekitar hidup wanita demi cantik.
Walaupun mereka sedar akan kesan sampingan perbuatan ini, semua itu ditolak tepi, demi CANTIK.
Innallah jamil, wa yuhibbu jamal: Allah itu cantik dan sukakan kecantikan.
Kata mereka, apabila diri terasa cantik, barulah mereka ada keyakinan diri.
Saya juga bersetuju dengan ini, tetapi bukanlah sampai sanggup berkorban segalanya demi cantik.
Allah suka akan kecantikan, tetapi bukan lah sehingga mengubah ciptaanNya.
Tambahan lagi, mereka yang ekstrem mahu kelihatan cantik ini, bukanlah mahu kelihatan cantik di mata Allah, tapi di mata manusia. Semuanya dilakukan agar kelihatan cantik pada manusia dan agar mendapat tempat di hati manusia.
Dulu sewaktu kecil, saya juga suka kelihatan cantik.
Kalau baju pink, maka seluruh badan perlu pink termasuklah sepit dan pengikat rambut. Tapi kini, saya bukan perempuan yang obses cantik, kerana pada saya, cantik bukan sekadar di wajah, tapi cantik itu dari akhlak dan keimanannya kepada Pencipta.
Cantik akan pudar walau cuba dipertahankan, tapi akhlak itu hiasan yang kekal pada diri seorang wanita.
Wanita yang cantik akhlaknya, maka cantiklah luarannya.
Tiada guna mempunyai wajah seindah bidadari kerana satu hari nanti, kita cuma akan menjadi tengkorak yang menakutkan.
Bukanlah tidak perlu menjadi cantik dan perlu mejadi buruk sedangkan Allah menyukai kecantikan, tetapi, biarlah cantik itu kerana Allah, dan definisi cantik itu juga perlu sesuai dengan Islam.
Janganlah sanggup melanggar larangan agama demi kelihatan cantik.
Perbaikilah akhlak diri sekaligus, anda akan kelihatan cantik pada pandangan Allah dan pandangan manusia.
Bersyukurlah dan berpuas hati lah dengan kurniaan Allah kepada kita, dan gunakan ia sebaik-baiknya hanya keranaNya.
Tiada yang lebih indah pada ibu bapa selain anak-anak yang soleh solehah, tiada yang lebih bahagia pada seorang suami selain seorang isteri yang solehah dan tiada yang lebih bernilai pada Allah selain hambaNya yang soleh solehah.

~iluvislam.com~

Cantik itu lahirnya dari hati yang penuh dengan keimanan dan ketakwaan kepada Allah. memang banyak persepsi cantik..tapi, kalau di sisi Allah..
Allah tidak melihat seseorang itu pada rupa, pangkat dan hartanya tetapi mengangkat darjatnya kerana keimanan dan ketakwaannya..
psst...bila tengok Bersamamu.,..betapa bersyukurnya rasa.kita diberi kesempatan merasai seluruh pancaindera..tapi, ada yang OKU..mereka lebih bersyukur dan redha dengan ketentuan mereka..