tangan yang mencatat, mendongak ke langit..

You will never love for it...until you know them well...
Tak kenal maka tak cinta...

Sunday, June 19, 2011

Kerana Cinta

Salam,

hari demi hari...kita disajikan dengan cerita cinta.

kita disajikan cinta betweens boys and girl.

cinta tiga segi yang banyak dalam cerita korea..

tapi, skop cinta. jangan kita tutupkan dalam ruang lingkup itu je.

Sebab, ..cinta tu universal. Cinta itu suci. Cinta itu tak buta. tapi yang buta adalah mereka yang bercinta.

yeah...orang yang terjebak cinta pakwe makwe atau istilah lain adalah couple tu..

perlu atau tak?

kalau kerana perhubungan tu, terjebak lah kita dengan berpegangan tangan, melebihi batas sebagai seorang yang bukan muhrim...

fikirkan kembali..apakah itu cinta? cinta yang suci adalah cinta yang sentiasa dalam landasan batasan agama...cinta yang sentiasa membawa kepada Allah..

 

dan saat ini aye teringat novel Sutera Bidadari..;)


Cinta..cinta..cinta..

Cintailah Allah, sesudah itu cintailah Rasulmu..cintailah ibu bapamu, dan kemudian..cintailah dirimu..barulah orang disekilingmu..

cinta kepada ibu bapa...

tanpa cinta,. kita tak boleh hidup kan?

Tanpa cinta Allah..kita takkan mampu bernafas walaupun sesaat.

jadi, cinta apa yang abadi,tidak lain tidak bukan..

hanyalah cinta Ilahi..

aye nak petik ayat daripada sebuah buku..

sesungguhnya cinta itu hakikat, 

fitrah manusia sejagat..

pelengkap nyawa dalam jasad

fitrah manusia sejagat..

 Cinta itu suci.

hadir dari hati insani yang murni..

cintailah ibu bapa kita..

kerana kehadirannya disisi kita hanya sekali..

bila nafas terhenti..

tiadalah mereka disisi..

sampai bila-bila..pun tak mampu nak bayar jasa mereka terhadap kita..

kasih sayang yang tiada ternilai..

tunjuk ajarmu sungguh bernilai..

tiada ayah, tiadalah kami semua..

ayah dan ibu..

doa kami sentiasa mengiringimu...


 



like la kalau suke! ;)


.

Stanza Cinta di tv3- Dari novel ke lakon layar

 Salam,
Stanza cinta. stanza ni sama je maksud ~ayat.
ayat cinta, cewah. ha. ni satu lagi novel islamik yang diadaptasi dari novel.
yang akan menemui semua pada malam esok kul 9mlm.'
wah..meletup la lagi jualan novel ni. 
alhamdullillah..tahniah kepada penulisnya..

Bila tengok novelnya...walaupun baca sinopsis je, dah buat aye tertarik nak baca..
dan bila diterjemahkan ke dalam bentuk drama, mesti lagi gempak kan..
lagi-lagi..jejaka malaya terhangat~Aaron Aziz memegang watak utama..


tu dia...ustaz aidil ke nih? hihi...
ha..pelakon main peranan penting untuk menjayakan sesuatu watak.
paling aye susah hati, kalau novel yang aye sayang, bila diadaptasi, tak menjadi hanya kerana pelakonnya. jadi, kesannya memang tak menjadin sepertimana kita membaca novel..memang spoil habis!

wokeh.takmo bebel banyak..layan sinopsis nih..;)


Sinopsis Stanza Cinta dari novel :
Amni Sorfina(Ketenangan yang suci)…seindah namanya seindah itulah peribadinya!! Dia hanyalah seorang wanita akhir zaman yang sedaya upaya untuk menjadi solehah. Namun..jalan yang terbentang dihadapannya selalu berombak dan tidak pernah tenang. Ujian itulah teman baik yang selalu mengikutnya kemanapun dia melangkah.

Ketika bahagia mula menyapa dirinya, ketika bunga-bunga sakura mengembang dengan indahnya, ketika dia mula tersenyum bahagia….tiba-tiba sahaja segalanya menjadi begitu menyiksakan jiwa dan menikam-nikam tangkai hatinya. Seolah-olah istilah bahagia itu bukan untuknya. Apa sahaja yang diimpikan dan diharapkan tidak pernah menjelma menjadi kenyataan. 
Sering sahaja Allah mengambil orang-orang yang disayangi dari sisinya.
Sehingga pernah dia merintih hiba, “Ya Allah…apakah tiada yang namanya bahagia itu untukku didunia ini?? Kenapa hidup ini sering tidak menyebelahi diriku? Andai dengan segala derita ini Engkau ingin menghapuskan segala dosa-dosaku, alangkah ringannya penderitaan ini. Andai dengan derita ini Engkau ingin selamatkan aku dari neraka-Mu dan memasukkan aku kedalam syurga-Mu yang kekal abadi..alangkah indahnya penderitaan ini”

Irfan Ikmal – “Amni itu seorang bidadari yang sangat lemah lembut dan penyayang…namun dia seorang yang tegas. Amni seorang wanita yang suka menangis dan mudah tersentuh hatinya…namun dia seorang yang sangat tabah!! Amni seorang Hawa yang mempunyai cinta yang begitu besar buat Sang Adamnya….namun dilindungi ia disebalik prinsip-prinsip yang dipertahankannya. Amni menunjukkan cahaya ketika aku teraba-raba dalam kegelapan. Dialah yang membuatkan aku mampu tersenyum dengan cintanya…juga dengan cinta Tuhan yang diajarkannya padaku”

Taufiq Imran, Bandung Indonesia – “Subhanallah…Amni adalah sosok wanita solehah yang ingin aku jadikan zaujah disisiku. Aku membutuhkan dukungannya sebagai peneguhku, aku membutuhkan doanya untuk kehidupanku, aku membutuhkan senyumnya untuk mengatasi kesedihanku…dan aku juga membutuhkan dirinya untuk membuatkan hidupku menjadi sempurna. Aku ingin selamanya melalui lorong-lorong dakwah ini ditemani zaujah yang seindah dirinya…Aku sungguh mencintainya kerana Allah…..”
Simpang kehidupan Amni begitu rumit dan melelahkan. Terhidang dengan derita dan airmata. Walaupun cinta itu ada didepan matanya, namun dia tidak pernah sempat mengecapi makna bahagia itu. Hatinya sering luluh dan terluka kerana cinta yang dimiliki.

Apakah Amni akhirnya berada disisi Taufiq…seorang lelaki yang begitu dicintainya, lelaki soleh yang mula mengajar Amni makna cinta sejati, Sang Adam pertama yang telah berjaya membeli cintanya yang paling mahal itu? Atau Irfan Ikmal yang selalu hadir dengan cinta yang luhur dan suci untuk Amni. Yang rela memberikan seluruh kebahagiaan yang dimilikinya untuk Amni. Mestikah dia memilih cinta ini? Tidak bisakah dia mengecapi bahagia tanpa perlu menyakiti insan lain?

“Ya Allah….segalanya kuserahkan kepada-Mu. Aku hanya hamba-Mu yang kerdil yang tidak bisa berbuat banyak. Biarlah Engkau yang memilih cinta dan memilih kehidupan untukku. Aku tidak ingin memaksa Engkau memberikan apa yang aku mahu…berikanlah apa yang terbaik menurut ilmu-Mu itu padaku. Kerana seluruh hidupku..cintaku..dan nyawaku adalah milik-Mu yang mutlak dan hakiki!!!!” – Amni Sorfina


cover+stanza+%5Bfull%5D Drama Stanza Cinta Lagi Diadaptasi Dari Novel
baca novel? lagi best kalau imaginasi korang memang tiptop..
Nak info lagi boleh ler ke fanpage Stanza Cinta

Saturday, June 18, 2011

Di Pondok Kecil- Ayahku Sayang..

Salam.,..

Ayah, abah, walid, papa dan apa jua panggilan yang diberikan merujuk pada lelaki yang bertanggungjawab dalam mengembang biak umat Nabi Muhammad ke atas muka bumi ini. Sungguhpun di dalam Islam kedudukan ibu jauh lebih tinggi berbanding bapa, namun hak sebagai seorang bapa juga perlu diakui oleh anak-anak. Tiada mereka bererti tiadalah kita di dunia ini.SELAMAT HARI BAPA.........



Thursday, June 16, 2011

Gerhana Bulan di Sepertiga Malam Rejab 1432 (2011)

Salam, 
malam tadi..tanpa pengetahuanku..wa...dah berlaku gerhana bulan..
tup..tup..pagi tadi kul 9 baru tahu...rupa-rupanya..aku tertinggal keretapi..;'(
ikut berita yang diterima, ia diramal berlaku pada malam ini...
Kuasa Allah...terjadilah fenomena alam yang indah ini pada sepertiga malam pagi khamis tadi,...



em..kuciwa...aye tak tahulah..agaknya kalau kat sekitar taman ni, boleh nampak ataupun tak...
takpe lah..takde rezeki nak diberi kesempatan melihat secara langsung...
walau apapun, 
syukur alhamdullillah kepada mereka-mereka yang telah mengerjakan solat sunat gerhana sewaktu kejadian gerhana.
semoga kita sentisa berusaha meningkatkan ketakwaan kepada Allah s.w.t..

memang beriya aye post artikel tentang gerhana yang dikatakan berlaku malam ni, tapi...itulah..Kekuasaan Allh sungguh besar jika kita sentisa memikirkan..
"Maka pandangilah langit..saksikan bulan dan bintang-bintang,..
sesungguhnya kebesaran Allah itu akan menusuk di hati bila kita mahu berfikir... "
walau apa pun...saksikan dan hayati fenomena ini dengan menyaksikan video ini...
credits pada fb Imam Muda nazrul.






 Berlaku pada ( 16 Jun 2011 )

"Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada pertukuran malam dan siang, ada tanda-tanda kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah bagi orang-orang yang berakal: Iaitu orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi sambil berkata: Wahai Tuhan kami! Tidaklah engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau maka peliharalah kami dari azab neraka."-Ali 'Imran ayat 190 -- 191

Bagi sahabat2 yang tak sempat melihat secara live bagaimana berlaku gerhana bulan berlaku pada jam 3.22 pagi ( mlaysia) ,video dari syahirul.com



Wednesday, June 15, 2011

Saksikan Gerhana Bulan Khamis Malam Jumaat yang barakah.

Boleh saksikan fenomena gerhana bulan penuh Khamis

Orang ramai berpeluang menyaksikan fenomena gerhana bulan sepenuhnya antara pukul 1.25 pagi sehingga 6.59 pagi pada Khamis ini (16 Jun).

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Othman Mustapha berkata, sehubungan itu semua masjid dan surau disaran mengadakan solat sunat khusuf berserta khutbah gerhana.

"Ibadah sunat ini seharusnya dapat ditunaikan sebaik mungkin kerana fenomena ini jarang-jarang berlaku,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Othman berkata, masjid-masjid utama seperti Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Masjid Putra di Putrajaya akan menganjurkan solat sunat khusuf pada pukul 3 pagi.

Selain itu, aktiviti cerapan akan diadakan di Masjid Putra, Putrajaya dengan kerjasama agensi luar iaitu Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia dan Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM). – Bernama

sumber: utusan


pascaskrip: subhanallah. harap-harap kat area rumahku dapatlah menyaksikannyaa..

Sunday, June 05, 2011

Doa naik kenderaan-INGAT SENTIASA! ^_^

Salam dan selamat sejahtera kepada semua
ahah...kepada kawan-kawan sekelas dan seperjuanganku..
esok kita akan pergi jalan jauh...
pergi ke utara...
UPSI dan UITM..
esok malam! insyaAllah...rombongan akan bermula..
semoga banyak manfaat yang dapat diambil nanti..
kita berdoa semoga semuanya berjalan lancar nanti..


jangan lupa nak jalan jauh ni...
kita baca doa naik kenderaan ni ;)





Sebelum menaiki kenderaan bacalah doa ini.Riwayat ada mengatakan jika dalam sebuah kapal ada cuma seorang sahaja yang membacakan doa ini, insyaAllah akan selamat sepanjang perjalanan.
Ertinya:
“Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya. Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali!”
(surah Az-Zukhruf  13-14)

insyaAllah..segala perancangan diserahkan kepada Allah je.

jangan suka-suka atau overexcited ea, kita bersikap seadanya sudah....
dan kalau nak rajin, kita buatlah solat hajat semoga dilancarkan perjalanan..;)

dan..bermula esok sampai 4 hari nanti..aye tare posting di sini..kita jumpa nanti ye. insyaAllah..
doakan perjalanan kami selamat! ^_^

suka tak entri ni? ^_^ 

Solat istikharah- Takdir Yang Terindah (BHG 2)

Betapa pentingnya Solat Istikharah ini sebagaimana pentingnya kita mempelajari al-Quran.
sambungan: solat istikharah-Takdir Yang Terindah (BHG 1)


Sebagai satu iktibar dan renungan penulis ingin berkongsi beberapa contoh kisah benar yang berlaku di kalangan sahabat-sahabat yang terlupa mengamalkan solat istikharah. Nama dalam kisah ini bukan nama sebenar.

Kisah-1
Setelah berpindah randah dari satu rumah sewa ke rumah sewa, akhirnya tergerak hati Salim untuk memiliki rumah sendiri. Lalu dia melihat iklan di surat khabar dan berkenan dengan tawaran rumah yang agak munasabah harganya. Rumah tersebut masih belum dibina lagi tetapi pihak pemaju telah menawarkan pakej jualan yang istimewa. Pihak pemaju perumahan memberi jaminan rumah tersebut akan siap dalam masa dua tahun. Salim berminat dengan rumah tersebut lalu terus membelinya. Kini lima tahun telah berlalu, projek perumahan itu telah terbengkalai kerana pemaju telah bankrupt. Salim terpaksa membayar ansuran bulanan hutang kepada bank walaupun rumah yang diidamkan masih tidak wujud.

Kisah-2
Abu dan Salmah telah berkahwin selama 4 tahun. Mereka dikurniakan dengan dua orang cahaya mata. Anak yang sulung telah berumur 3 tahun dan yang kedua masih 8 bulan. Mereka berasa agak susah hendak ke sana kemari kerana hanya memiliki motosikal. Satu hari Salmah mencadangkan kepada Abu untuk membeli kereta. Abu lalu terus pergi ke Perodua Show room untuk melihat-lihat kereta. Dia berkenan dengan model Kelisa lalu terus membelinya. Selang sebulan keretanya kena curi. Dah enam bulan berlalu keretanya masih tidak ditemui, tetapi dia masih membayar ansuran bulanan dengan pihak bank kerana pampasan yang pihak insurans bagi tidak mencukupi untuk melangsaikan bayaran baki hutang dengan pihak bank.
Kisah-3
Munirah akhirnya terpikat dengan pujukan rakan satu ofisnya Hafsah untuk melabur dalam satu skim pelaburan di internet. Dia akhirnya mengeluarkan sehingga RM10,000 untuk pelaburan tersebut. Dua tahun telah berlalu duit pelaburannya lesap tak nampak bayang.

Kisah-4
Rashid dan Zakiah telah mempunyai tiga orang anak. Mereka bercadang untuk mengambil pembantu rumah Indonesia. Mereka pergi ke agensi pembantu rumah dan terus memilih seorang pembantu rumah yang terdapat dalam senarai biodata. Selang dua bulan pembantu rumah pun sampai dan berkhidmat kepada mereka seperti yang dijangkakan. Tiga bulan berlalu tiba-tiba pada satu hari didapati pembantunya telah lari dari rumah.
Kisah yang dipaparkan di atas adalah kisah benar di mana penulis sendiri bertanya kepada mereka adakah mereka telah melakukan Solat Istikharah sebelum memilih atau membuat keputusan. Mereka kata langsung tak terfikir hendak melakukannya.

Kisah -5
Iskandar berumur 40 tahun telah berkahwin dan mempunyai enam orang anak. Suatu hari dia mendapat telefon dari kawan baiknya Jaafar. Jaafar hendak memberikan satu hadiah istimewa kerana jasa Iskandar yang telah menyelesaikan masalah keluarganya. Jaafar hendak menawarkan kepadanya perbelanjaan pakej menunaikan haji untuk suami isteri ditanggung sepenuhnya iaitu RM15,000 setiap orang. Hati Iskandar gembira bukan kepalang kerana sudah lama dia mengidam untuk menunaikan haji. Lagipun duit simpanan dalam tabung hajinya baru RM3000.  Iskandar tidak terus menerima hadiah tersebut sebaliknya dia memberi tempoh tiga hari untuk membuat keputusan. Iskandar melakukan Solat Istikharah tiga malam berturut-turut. Pada hari keempat dia berjumpa Jaafar mengatakan dia sangat berat untuk menerima hadiah tersebut. Dia mengatakan ingin pergi menunaikan haji dengan duit pendapatan sendiri. Jaafar agak kecewa, dipujuknya namun Iskandar tidak terima juga. Selang dua bulan selepas itu baru Iskandar mendapat tahu duit yang hendak diberikan kepadanya  itu adalah dari duit riba iaitu interest bank konvensional akaun simpanan tetap Jaafar.  Jaafar telah tersalah sangka. Disangkanya bahawa duit riba boleh dihadiahkan kepada orang lain tetapi tidak boleh digunakan sendiri.

Kisah-6
Cikgu Imran telah mendapat arahan pertukaran sekolah dari Sabak Bernam ke Sandakan. Bila menerima surat tersebut hatinya agak gembira kerana ingin memberi khidmat di kawasan pedalaman. Baginya tidak ada masalah sebab masih bujang, dan teringin sangat hendak ke Sabah. Dia solat Istikharah walaupun keputusan telah ditetapkan oleh kementerian kepadanya. Dia berdoa “Ya Allah kalau pemergian aku ke Sandakan ini baik untukku dan agamaku maka permudahkanlah jika tidak kau gantikanlah dengan yang lebih baik dan sempurna”. Selang dua minggu Pengetua disekolahnya memberitahu kepadanya pertukaran dia ke Sabah di tarik balik disebabkan masalah teknikal. Dia rasa agak pelik namun tidak kecewa malah tetap gembira kerana telah melakukan solat istikharah. Dia yakin ini yang terbaik di pilih oleh Allah untuknya. Selang sebulan dia bertemu Jodoh dengan Ustazah (al-Hafizah) yang baru berpindah di taman tempat dia tinggal.
Semua kisah yang dipaparkan di atas adalah kisah benar yang boleh kita ambil iktibar dan pengajaran. Yang pastinya kita tidak akan rugi di dunia dan akhirat bila beramal dengan Solat Istikharah ini.
Dewasa ini ramai di kalangan kita hendak membeli rumah yang berharga lebih RM200,000. Bayaran balik mungkin mengambil masa selama 20 hingga 25 tahun. Dalam tempoh tersebut macam-macam perkara boleh terjadi. Jika sekiranya kita melakukan Solat Istikharah sebelum membeli rumah tersebut, pasti Allah akan mendorongkan kita membuat pilihan yang tepat dan memudahkan segala urusan. Penulis ada bertemu dengan beberapa sahabat yang melakukan Solat Istikharah sebelum membeli rumah, Alhamdulillah segala urusan menjadi mudah dan dapat membayar balik hutang rumah lebih awal daripada yang dijangkakan.
Seperkara lagi, supaya Allah SWT memakbulkan doa kita,  jauhilah segala bentuk pinjaman yang ada unsur-unsur riba’ seperti dari sistem konvensional. Pilihlah sistem perbankan Islam semoga Allah memberikan keberkatan dan menurunkan rahmatnya sepanjang tempoh pinjaman di buat. Yakin dan percayalah jika kita mengikut suruhan Allah, pasti Allah akan membantu kita di ketika senang dan susah. Jika Allah bantu kita tiada sesiapa yang boleh menghalangnya.


Mengikut beberapa buah kitab seperti Kitab Minyatul Musolli, Sabilal Muhtadin dan Sairus Salikin, secara ringkasnya cara melakukan Solat Istikharah adalah seperti berikut;
  • Waktu yang terbaik ialah pada 2/3 malam (iaitu sekitar pukul 2 pagi). Bagaimana pun boleh dilakukan pada bila-bila masa dalam waktu yang di haruskan sembahyang contohnya selepas maghrib.
  • Niatnya “Sahaja aku sembahyang sunat istikharah dua rakaat kerana Allah ta’ala”
  • Dalam rakaat pertama selepas Surah Al-Fatihah baca Surah Al-Kafirun atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca.
  • Dalam rakaat kedua selepas Surah Al-Fatihah baca Surah Al-Ikhlas atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca.
  • Selepas memberi salam baca doa berikut (mulakan dengan basmalah dan selawat dahulu).
doaistikharah.jpg
Terjemahan Doa’ :
Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini (…sebutkan hajat..) adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini (…sebutkan hajat..) membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya. (Dari hadis riwayat Imam Bukhari)

Semoga artikel pendek ini memberi manfaat kepada kita semua.
Wallah hu ‘alam

credits~mutiara hati blog


Solat istikharah- Takdir Yang Terindah- Bahagian 1

Oleh: Ismail Abu Bakar


dilemma.jpgBila di sebut sahaja Solat Istikharah kebanyakan di kalangan kita hanya terkenangkan ketika hendak memilih jodoh. Ia begitu sinonim sekali dalam membuat keputusan untuk memilih bakal teman hidup tidak kira bagi lelaki atau perempuan. Perkara ini mungkin berlaku kerana penekanan di kalangan sesetengah Ustaz dalam soal istikharah ini dikaitkan dengan memilih jodoh sahaja.
Sebenarnya amalan Solat Sunat Istikharah ini skopnya lebih luas. Kita kadang-kadang tidak diberikan peringatan dalam soal ini. Sedangkan amalan Solat Istikharah ini sangat-sangat di galakkan oleh
Rasulullah sebagaimana disebut dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari;
Mahfum Hadis: Dari Jabir ra., ia berkata: “Nabi pernah mengajarkan kepada kami Istikharah dalam berbagai urusan, seperti mengajarkan sebuah surah dalam Al Quran. Kalau seseorang dari kamu menghendaki sesuatu, maka hendaklah ia solat dua rakaat, kemudian berdoa:
Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini  membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya.


pascaskrip:
terfikir nak buat entri ni untuk menerobos segala macam kekusutan.
sesungguhnya solat istikharah merupakan kurniaan Allah.
Dalam rancangan Tanyalah Ustaz yang aye tengok menceritakan tentang Mimpi,
Ustaz Fauzi Al Kuliyyah tu kata, petunjuk selepas solat istikharah tu sendiri, Allah tunjukkan dalam pelbagai cara dan hikmah.
Subhanallah. ada antara kita selalu kata dalam mimpi, tapi tak semestinya dalam mimpi..boleh jadi Allah menggerakkan hati kita ke arah yang baik. InsyaAllah.
dan paling penting, solat istikharah bukan sekadar nak memilih dalam jodoh je.
tapi luas skopnya..
macam kita para pelajar ni pun..boleh buat juga...
Istikharah~berserah kepada Allah.
semoga dengan kita bersolat istikharah ni..menjadikan tawakal kita setinggi-tinggi kepada Allah.

ok...kita ke Solat Istikharah-Takdir Yang terindah BHG 2 lepas ni tentang cara-caranya..



Virus Soksek..

Salam,

wah..hangat sungguh isu artis menghambur kata-kata kesat pada blogger...uhu..
kesat dalam bahasa inggeris..lagilah kesat maknanya..gara-gara klip arahannya yang mendapat kritikan hebat terutamanya dari bloggers...
ape namanya...sabit eh..Gambit.
tak berapa kenal orang ni pun..tup..tup isu ni yang menaikkan nama dia...

malas nak amik port sangat. 
baik hangpa pi layan Imam Muda ka..belajar banyak2 daripada kajian dan carian diorang tu..lagi baik..
kan (tengah memahamkan tema2 Imam Muda yang lepas)..

aye teringat Tajuk Forum Perdana 2 minggu lepas cerita pasal "Virus Soksek.."
hah..
kan Rasullullah dah berpesan siap-siap...

kata-kata tu lebih tajam dari mata pedang..
sungguh bahaya. 

lagi-lagi kita-kita semua yang berada dalam alam maya yang penuh kesenangan untuk menulis macam-macam.
kata Ustaz yang menjadi panel tu., 

kita ni dah lah pahala tak banyak, toksahlah nak tambah-tambah dosa pulak..nanti timbangan kat bahagian pahala ringan, yang berat bahagian dosa pula...

jaga hati, jaga minda...renung-renungkan dan selamat beramal...

Saturday, June 04, 2011

Review IMAM MUDA - Minggu Keenam



Tema : Kekeluargaan

Kedudukan Imam Muda pada minggu yang ke lima  :

1.     Imam Muda Fatah
2.    Imam Muda Azlan
3.    Imam Muda Fakhrul
4.    Imam Muda Nazrul
5.    Imam Muda Hassan
6.    Imam Muda Amar
7.    Imam Muda Ali
8.    Imam Muda Najdi
9.    Imam Muda Mujahid
10.  Imam Muda fadli



Tugasan Mingguan :
Pada minggu yang keenam, para Imam Muda menerima tugasan baru iaitu tugasan member sesi kaunseling kepada pasangan suami isteri yang mempunyai pergolakan rumah tangga. Setiap Imam Muda mendapat satu pasangan yang mempunyai pelbagai dan masalah yang berlainan. Imam muda ditugaskan untuk menasihati mereka supaya pasangan tersebut dapat mengelakkan dari berlakunya penceraian.

Bagaimana Imam Muda menjalankan tugasan yang diberi :

Ø  Tugasan Imam Muda adalah cuba untuk menyelesaikan kemelut pasangan yang mempunyai krisis rumah tangga itu.

Ø  Imam muda Fakhrul lebih menggunakan pendekatan bertanya masalah, mencungkil dan menyoal pasangan tersebut kerana beliau berpendapat pasangan yang tengah marah tak akan menceritakan masalah mereka. Pasangan tersebut mendakwa bahawa mereka sama sama menyesal kerana berkahwin dengan pasangan mereka. Maka Imam Muda Fakhrul memberi nasihat jika kita mahukan kan kasih sayang, pergilah kepada Tuhan, Maka Tuhan akan bagi kasih sayang itu.



Ø  Imam Muda Azlan menerima dakwaan dari isteri bahawa dia telah disihir oleh suaminya sendiri. Dia juga mengaku terjumpa bungkusan kuning dirumahnya.



Ø  Imam Muda mujahid pula menerima dakwaan isteri yang mengatakan dia tak suka layanan suaminya yang mana suaminya selalu melayannya dengan kasar.


Ø  Imam Muda Najdi pula menerima dakwaan isteri bahawa suaminya Homoseksual. Suaminya selalu bawa balik kawan lelakinya. Komen murshid pula mengatakan Imam Muda najdi hilang fokus dalam melaksanakan sesi kaunseling.

Ø  Imam Muda Ali pula menerima dakwaan daripada pihak isteri mengatakan suaminya kaki botol. Suaminya adalah seorang pemandu lori dan sering tidak pulang ke rumah dan mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang suami.


Ø  Imam Muda Amar sama sama berdoa dengan pasangan yang mempunyai masalah itu agar diselamatkan rumah tangga mereka. Komen murshid pula mengatakan Imam Muda Amar sama sama masuk ke dalam masalah itu. Malah, Imam Muda Amar mendesak pasangan tersebut untuk bercerita.



Ø  Imam Muda Nazrul menerima dakwaan dari pihak isteri mengatakan suaminya meminjam duit dari Along. Maka dia meminta fasakh tidak tahan kerana selalu diganggu oleh along. Suami pula mendakwa dia meminjam hanya kerana ingin memberi kehidupan selesa kepada keluarganya.


Ø  Imam Muda Hassan menerima dakwaan dari pihak suami bahawa isterinya ada hubungan sulit dengan kawan baik nya sendiri. Si isteri mengaku ada hubungan dengan kawan baik suaminya sendiri dan mendakwa kawan suaminya itu melayannya lebih baik dari suaminya sendiri.

Ø  Imam Muda fadli menerima Dakwaan dari pihak isteri mengatakan suaminya selalu pulang lewat. Malah suaminya juga dikatakan mandul punca mereka tiada anak.

Ø  Imam Muda Fatah menerima tugasan yang berat kerana pasangan suami isteri tersebut tidak berhenti henti bergaduh di hadapannya. Mereka saling salah menyalah antara satu sama lain. Isterinya mendakwa suaminya ada hubungan dengan perempuan lain.
Hujah di medan Imam Muda
Ø  Imam Muda fadhli merungkaikan konsep pertunangan yang mana pertunangan bukanlah satu tiket untuk pasangan tersebut berdua duaan sehingga boleh menimbulkan fitnah,

Ø  Imam muda Hassan menjelaskan faktor memilih calon isteri terbahagi kepada empat iaitu Keturunan, Harta, Rupa Paras, Dan Agama. Dan jika agama yang dipilih, maka ia akan membawa ke syurga.

Ø  Imam muda Ali menerangkan faktor kenapa Allah mengalakkan perkahwinan iaitu mengelakkan zina, menenangkan perasaan dan menambahkan zuriat.

Ø  Imam Muda Nazrul berhujah mengatakn faktor utama berlakunya penceraian ialah masalah ekonomi. Ini kerana, ia akan mendorong kepada pinjaman Along dan ia merupakan satu kesilapan besar.

Ø  Imam muda fakhrul merumuskan Islam adalah agama sempurna. Jika belaku sesautu masalah malka kembalilah kepada Al Quran kerana ia ada jawapannya.
Soalan imam Muda
1.   Apakah yang dimaksudkan dengan FIQH AL-NIKAH?
·         iLmu Fiqh yang mengkhususkan perbincangganya terhadap keperluan perkahwinan, hukum hukumnya dan bagaimana menjana system kekeluargaan menurut islam.

2.  Berikan tiga tanggungjawab suami kepada isteri.
·         Menghormati isteri
·         Mencintai isteri
·         Pemimpin, pendidik kepada isteri.

3.  Berikan tiga tanggungjawab isteri kepada suami.
·         Menjaga rahsia suami.
·         Menghormati suami
·         Menjaga harta suami

4.  Bilakah satu perkahwinan itu menjadi haram?
·         Apabila seseorang itu tidak mampu dari sudut kewangan atau tidak mampu dari sudut batin sekaligus yakan akan menzalimi pasangannya dengan kelemaham kelemahan tersebut.

5.  Bilakah satu perkahwinan itu menjai wajib?
·         Apabila seseorang itu nekad untuk melakukan zina sedangkandia mempunyai kemampuan dari segi kewangan dan batin.

Imam Muda Terbaik

Imam Muda Fatah dinobatkan Imam Muda terbaik pada minggu yang ke 6. Sebagai ganjaran, bellaiu menerima pakej percutian ke Singapura.

Pengakhiran medan imam Muda
Pada penghujung imam Muda, Mudir mengumumkan imam Muda Ali dan imam muda Fadhli yang akan menamatkan perjalanan mereka dalam  Imam Muda. Walaupun begitu, kedua dua nya masih meneruskan pembelajaran mereka seperti biasa. Mereka masih ke kelas untuk menerima pembelajaran daripada Murshid sehinggalah tamat program sama seperti Imam Muda yang lain.


Resolusi Imam Muda
Ø  Membina rumah tangga berasaskan agama, bukan nafsu semata mata.
Ø  Menghidupkan nilai aqidah, ibadah dan akhlak islamiah di dalam institusi keluarga.
Ø  Suami dan isteri memahami dan melaksanakan peranana masing masing dengan sempurna.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~``
pascaskrip Cik Cilipadi Hafizah:
Suka yep! baru tahun ni nak mengikuti program keagamaan ni...
program berilmu macam ni telah menemukan ilmu yang kadang kita terlepas pandang.
credits untuk blog HambaMu Allah untuk review Imam Muda minggu ni yang belum ada kesempatan aye tengok. 
macam-macam cabaran kan..ni baru yang tengok kat tv, kalau yang tak nampak tu lagilah..
ah..oh ye..rumah aye takde astro ye..jadi, terpaksa berkelana untuk mengikuti episod demi episod..hah..kot boleh tumpang umah mak cik ke nak tengok..hehe..
malam tadi, 2 orang Iamam Muda tersingkir sudah..
tapi, relaks je...mereka ni masih diperlukan di belakang tabir..
tema minggu ni mencabar kan.
ok, lepas ni nak buat satu entri tentang Solat Istikharah..malam nanti..tunggu..

suka tak suka tak entri ni? ;)

Friday, June 03, 2011

Pelangi berkembar!

Salam petang Jumaat..
wahh..asal buka blog beng ashaari...wah...ada aja :ta" Seth langsung la u ni..."
hihi..
sejak keluar Nora Elena ni, aye lebih prefer baca novelnya hasil karya Meen Zulaikha.
eheh..imaginasi yang lebih baik diperlukan ye...;)

semalam...tergelak tersenyum tengok si pasangan yang baru baik ni Seth-Nora ni..
"tengok..cantiknya pelangi tu!"kata Seth. siap nak ambil gambar lagi.
lepas tu datang pula isterinya Nora.yeah,..romantikk kan! hihi


"Pelangi berkembar!"
Kita rasa bersedih dan muram bila turunnya hujan ketika hari masih disentuh teriknya mentari...rupa-rupanya...Allah nak hadiahkan PELANGI untuk kita ...sweet kan?

 pelangi..
fenomena alam yang cantik ciptaan Allah.


It takes sun and rain to make a rainbow

itulah dia...kadang-kadang kita bersedih tatkala hujan turun..
tapi, kita lupa hujan takkan selamanya...pasti akan muncul juga mentari di sebalik awan nanti...
cerita alam kalau kita renungkan, memang kita akan bermotivasi, kan?
huh..aye teringat..kawan aye, Shukri yang mesej aye masa nampak pelangi ;)
suke kan?

pelangi ni bukan susah nak nampak...tapi, bila nampak, tak ramai yang perasan kehadirannya.,
hari tu, masa nak pergi kayak, aye nampak pelangi..nak amik gambar jugak..
tapi, tak dapat nak dapat imejnya almaklum..hp ku mahal..hehe..
takpe...mata hati lebih jauh menilai kecantikan pelangi itu sendiri..;)
tapi, yang nak cerita ni..semua orang melihat ke arah yang sama..tapi, tak nampak pun pelangi tu!
pelangi ni kebiasaannya akan muncul selama 10 minit je..

itulah dia..yang bernama kebahagiaan..
melihat pelangi melihat kebahagiaan..lagi2 lepas aye baca Sutera Bidadari..ape cer? cer citer..;)



BLOGGER HIJAU , MAI SINGGAH SAT NOO

nak join? klik header..

SAYA SUKA BLOG SAYA kerana blog saya menjadi medan untuk saya mengenal ragam dunia

Bukan suka suka nak suka..-Sutera Bidadari

 Alhamdullillah...terima kasih buat kawan MPR blogger putih atau hitam ku yang sudi menolong aye nak dapatkan tandatangan RAM ni!
huh...akhirnya...dapatlah juga jatuh ke tanganku setelah sekian lama menunggu..
memang menguji kesetiaan tau..
tepat pukul 4.oo pagi, Sutera Bidadari telah kukhatamkan dengan seribu satu perasaan.
sejak tahun 2006, aye dah ikuti segala pengembaraan Laksamana Sunan..dan 
la ni...Sutera Bidadari..yang membuka mata hati...


dan...aye salah seorang ahli RAM fc ni..
nak memetik ayat sedap ni..
Watak yang dicipta mencontohi akhlak dan sifat Rasulallah S.A.W dan kependekarannya pahlawan melayu dahulu kala berjaya menambat hati puluhan ribu rakyat Malaysia. Boleh dikatakan sebuah fenomena dalam dunia buku, ia menjadi penyebab penulis novel ini yang sepatutnya mengakhirkan novel pada sekuel ketiga lantas menyambungnya jua hingga buku ke lima atas desakan peminat-peminatnya. Mungkin laksamana inilah ‘superhero’ Malaysia yang kita cari-cari selama ini. Mampu hidup dalam dua zaman dengan izin dari Allah S.W.T. Tidak kebaratan dan penuh islamik. Tidak angkuh mahupun tamak. Tidak futuristik tapi tidak juga makan dek zaman. Paling penting sangat dekat di hati peminatnya.
Saifudin Jalis atau Laksamana Sunan..
 ikuti...dari hati Ramlee Awang Murshid.
Sutera Bidadari telah saya noktahkan kisahnya pada 14 Februari 2011. Cerita ini merupakan lanjutan novel Cinta Sufi. Manuskrip Sutera Bidadari telah pun saya hantar ke pihak editorial Alaf 21 pada 16 Februari. Insya-ALLAH...Laksamana Sunan akanmenjengah pasaran pada bulan April ini sempena Pesta Buku Antarabangsa. Alhamdulilah...syukur ke hadrat Ilahi atas anugerah serta kurnia ilham, idea, kekuatan minda dan fizikal, kesabaran serta keyakinan.

Sebenarnya ilham untuk menterjemahkan idea ini ke bentuk naskah diraih menerusi doa yang dipohon tanpa henti-henti. Maka yang mengalir dari minda itu adalah anugerah dan yang terbaik kurnia ALLAH. Apabila cerita ini sangat menyentuh hujung hati maka segala puji-pujian hanya layak untuk ALLAH. Andai sebaliknya...itu adalah ketidak sempurnaan saya selaku makhluk.

Baiklah...mari kita bercerita mengenai Sutera Bidadari serba ringkas. Cerita ini terbahagi kepada empat kisah yang saling terkait antara satu sama lain. Saifudin @ Laksamana Sunan tetap menjadi tunjang utama pengisahan ini. Tiga lagi menceritakan tentang Taghut yang menyusuri asal-usul apabila telah lenyap kesaktiannya. Dilanjutkan lagi mengenai Sang Dewi yang mendiami negeri Inderapuri dalam lingkaran Hindi, yang tanpa jemu menyeru Saifudin agar mampir ke sebuah belantara nan luas. Sang Dewi merupakan makhluk sumpahan. Dan akhirnya dibentangkan pula cerita tentang Saifullah di abad ke 21 yang dikenali sebagai pewaris khazanah Maryam – menjejaki Catatan Maryam dan Keris Nanggroe yang telah dicuri oleh Elizabeth.

Pada tahun 1511 – Saifudin bersama Panglima Awang Bagan, Maryam, Luna, Sadik dan anak keponakan arwah Djailuh yang bernama Abdol Rohman telah melakukan pelayaran ke Negeri Atas Angin untuk memburu si Taghut durjana. Semasa mengharungi pengembaraan inilah banyak pancaroba yang terpaksa dihadapi sehingga hampir-hampir melumpuhkan kudrat Saifudin. Dalam Sutera Bidadari banyak watak utama yang dimatikan dengan bersebab. Watak hero tidak selama-lama bertahan kerana mati itu pasti, hidup...insya-ALLAH. Bagaimana pun muncul pula watak hero pada abad ke 21. Sebenarnya...inilah kelazimannya rentetan perjuangan yang benar-benar mengharapkan keredhaan ALLAH TA’ALLA. Sementara watak Haryani pula menjadi watak undangan sahaja dalam Sutera Bidadari.

Seperti novel-novel saya yang terdahulu – banyak kejutan bersifat saspens terbentuk dalam Sutera Bidadari. Bahkan kali ini turut membentur emosi kerana jiwa dan fikiran itu saling sealiran dalam menghadapi erti kehidupan. Maka itu bukan kejayaan kita sebenarnya apabila meraih sebarang kesuksesan dalam merealisasikan penghidupan ini melainkan dengan hanya izin ALLAH semata-mata. Sebab itu...pujilah ALLAH dan kita tidak akan kehilangan jiwa. Sutera Bidadari tidak ketinggalan dihiasi dengan cinta kerana rasa hati itu sangat membahagiakan sesiapa sahaja. Selamat membaca Sutera Bidadari kelak dan sabarlah menunggu Sunan anda kembali ke minda kita semua. Yang baik adalah teladan untuk kita. Yang buruk kita jadikan batasan agar kita tidak tergelincir dengan permainan dunia ini yang sangat bijak berdusta.

Insya-ALLAH jumpa lagi dalam... FIKSYEN 302!

Nota:

Artikel khusus untuk RAMFC. Sebarang petikan dari artikel ini dalam mana-mana medium samada di blog, facebook, forum mestilah meletakkan semula url rasmi RAMFC iaitu www.kelabram.com. Harap maklum.
p/s: ikuti kata-kata hati pembaca beliau..iaitu noor hafizah..pada entri seterusnya..