tangan yang mencatat, mendongak ke langit..

You will never love for it...until you know them well...
Tak kenal maka tak cinta...

Wednesday, March 21, 2012

Jalan-Jalan Ke Syurga




Pada setiap pagi Jumaat, sebelum menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di sebuah kota dan menyebarkan risalah bertajuk “Jalan-jalan Syurga” dan beberapa karya Islamik yang lain.
Pada satu pagi Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa menghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun dengan lebatnya.

Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata “Ayah! Saya sudah bersedia”
Ayahnya terkejut dan berkata “Bersedia untuk apa wahai anakku?”.
“Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah”
“Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat”
“Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun”
Ayahnya menambah “Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini”
Dengan merintih anaknya merayu “Benarkan saya pergi dulu wahai ayah?”
Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya. “Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!”
“Terima kasih Ayah”sambil memeluk dan mencium pipi ayahnya.


Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan waktu itu. Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya. Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah “Jalan-jalan Syurga” ada pada tangannya. Dia berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya itu.

Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun dia gagal. Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah tersebut. Apabila sampai sahaja di rumah itu, lantas memberi salam dan ditekannya loceng rumah tersebut. Dia tunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan.

Diketuk pula pintu lalu memberi salam, namun sekali lagi tiada jawapan. Bagai ada sesuatu yang memegang tubuhnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi.
Akhirnya pintu rumah itu dibuka. Berdiri di depan pintu adalah seorang lelaki dalam lingkungan 50an. Mukanya suram dan sedih.
“Nak, apa yang pakcik boleh bantu?”
Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit.
“Pakcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan pakcik dan sentiasa memelihara pakcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan pakcik adalah orang yang paling bertuah”.

Dia senyum dan tunduk wajahnya sebagai tanda hormat sebelum melangkah pergi.
“Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu wahai anak” dalam nada yang lembut.
Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya “Ada sesiapa nak menyatakan sesuatu.”
Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah lelaki separuh umur itu. “Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ilmu ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan semua, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim. Isteri saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini.”
Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.

“Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher. Apabila sampai masa saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi terdengar panggilan salam yang amat merdu dari suara anak kecil. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi beserta dengan salam. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi”.

“Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada sesiapa pun yang menekan loceng ini setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu”
“Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak kecil yang comel itu. Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat”.
“Pakcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan pakcik dan sentiasa memelihara pakcik” itulah kata-kata yang paling indah yang pernah saya dengar”.

“Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan yang amat lebat. Saya kemudian menutup pintu dan terus membaca risalah itu setiap muka surat. Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asalnya. Saya tak perlukan itu lagi”.
“Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang muslim yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang taat pada yang satu DIA adalah ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan tersesat berada selama-lamanya di dalam neraka”


Tiada satu pun anak mata di masjid waktu itu dalam keadaan kering. Ramai pula yang berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR! Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya. Jumaat ini adalah Jumaat yang paling indah dalam hidupnya.
Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat. Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada makhlukNya yang penyayang.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Islam itu fitrah . Sabda baginda Nabi Muhammad SAW ;
Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra. : Nabi Muhammad Saw pernah bersabda, “setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah (tidak mempersekutukan Allah ) tetapi orang tuanya lah yang menjadikan dia seorang yahudi atau nasrani atau majusi sebagaimana seekor haiwan melahirkan seekor haiwan yang sempurna. Apakah kau melihat selain daripada asalnya?” kemudian Abu Hurairah membacakan ayat-ayat suci ini: (tetaplah atas) fitrah Allah yang menciptakan manusia menurut fitrah itu. (Hukum-hukum) ciptaan Allah tidak dapat diubah. Itulah agama yang benar. Tapi sebagian besar manusia tidak mengetahui (QS Ar Rum [30]:30)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sebelum dirimu lena..



Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : "Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, yaitu :

1. Sebelum khatam Al Qur'an,
2. Sebelum membuat aku memberimu syafaat untukmu di hari akhirat nanti,3. Sebelum para muslim meredhai kamu,
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah... .

"Bertanya Aisyah : "Ya Rasulullah.. . . Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?"

· Rasulullah tersenyum dan bersabda : "Sebelum engkau hendak tidur bacalah: Al Ikhlas tiga kali. Amalan ini adalah seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.

· Membacalah sholawat untukKu, maka aku akan memberi syafaat untukmu di hari akhirat kelak.

·
Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhai kamu.
"Astaghfirullahalazim li wali waa lidaiya wali jami il muslimina wal
muslimat wal mukminina wal mukminat al ahya immin hum wal amwat "
Ampunilah aku ya Allah yang maha besar, kedua ibubapaku, semua muslimindan muslimat, mukminin dan mukminat yang masih hidup dan yang telah mati."
· Dan,perbanyakanlah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka
seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah" Kalau larat amalkan sekurang-kurangnya tiga kali. Selepas itu bacalah bismillahirahmanirahim sebanyak 21 kali.

Seorang yang berusia 60 tahun akan menghabiskan masa lebih kurang 20 tahun untuk tidur.Sekiranya dia tidur mengikut Sunnah Rasullullah saw, maka tidurnya akan jadi ibadat.Allah swt hanya akan terima ibadat yang dilakukan dengan ikhlas.Tidur adalah ibadat yang paling ikhlas. Seseorang tidak perlu dipaksa atau terpaksa untuk tidur.Ganjaran Allah swt untuk orang yang amalkan Sunnah sangat besar.
Satu Sunnah yang diamalkan berterusan akan diberi ganjaran 100 pahala mati syahid, sedangkan satu pahala mati syahid sudah cukup untuk menjamin seseorang untuk masuk syurga. Di dalam tidur sendiri ada banyak Sunnah. Sebaliknya, jika seseorang tidur cara selain dari cara Nabi SAW,dia hanya akan dapat kerehatan.Kalau bernasib baik, selama 20 tahun mungkin dia dapat mengumpul 20 kilo tahi mata dan menakung 20 liter atau lebih air liur basi.

Antara Sunnah-sunnah Nabi saw sebelum, ketika dan selepas tidur.

1. Baca doa sebelum dan selepas tidur.

2. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur
orang yang telah mati.


3. Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam itu, dia akan dikira sebagai mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah?

Subhanallah 33 X, Alhamdulillah 33 X, Allahuakbar 33 X.


4. membaca Ayatul Kursi dan 4 Qul. semoga kita di jauhi dari gangguan manusia dan jin sewaktu kita tidur.

5. Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan
mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud adalah
sebaik-baik p elindung daripada sihir dan buatan orang.

6. Ambil wudhu sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.

7. Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur.Bangun tidur boleh buka fail semula kalau mahu.

8. Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi.

9.membaca surah Sajadah dan Al Mulk sebelum tidur. Mengamalkan membaca suratul Mulk sebelum tidur akan membuat kubur kita, tempat semadi sementara menunggu akhirat, suatu tempat yang sejahtera dan terang-benderang.

10.Tutup aurat ketika tidur.
Tiga Cahaya Di Hari Kiamat


Di hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan:
* Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang.
* Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan.
* Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari.

Apabila ditanya cahaya apakah ini ? Lalu dijawab :
"Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia yang ketika di dunia, mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan mengambil air sembahyang apabila terdengar azan.

Yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air sembahyang sebelum azan.

Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari. Mereka di dunia sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azan lagi." 


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
tidur pun boleh jadi ibadah, apabila diniatkan bila kita bangun nanti, nak buat kerja ibadah dengan lebih efisien dan signifikan. Selamat Malam!

Tuesday, February 14, 2012

Cerita tentang Langit

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

 Surah Al Mulk ayat 3 dalam Alquranul Karim.
Dialah yang telah mengaturkan kejadian tujuh petala langit yang berlapis-lapis engkau tidak dapat melihat pada ciptaan Allah Yang Maha Pemurah itu sebarang keadaan yang tidak seimbang dan tidak munasabah (jika engkau ragu-ragu) maka ulangilah pandangan(mu) - dapatkah engkau melihat sebarang kecacatan?



 Melihat ke langit, kita takkan nampak sebarang unequilibrium or unstable yang mencacatkan pandangan mata., Tiada. Itulah hakikat, tiada perasaan lain yang dapat menusuk masuk ke dalam jiwa melainkan perasaan ketenangan.
Langit menyimpan seribu satu rahsia.

"Walaupun kita jauh, kita tetap memandang bulan yang sama." ayat berbunga ni tak lah lewah. ya. walau jauh mana, kita tetap memandang bulan yang sama.
Teringat pada tahun lepas, peristiwa Gerhana Bulan atau khusuf.

"Bulan dah kena makan."  seorang adik kecik umur lebih kurang 5 tahun begitu teruja melihat ke langit. Di sekitar masjid, jemaah menunggu waktu untuk menunaikan solat sunat Gerhana atau Solat Sunat Khusuf.     


"Masya Allah., Tabarakallah. " kalimah suci ni tak lekang dari bibir bila melihat indahnya ciptaan Allah.

sumber dari falak-online
 Dulu, matapelajaran sains yang paling saya minati adalah cerita pasal planet dan bintang. Waktu darjah enam rasanya.  Subhanaallah.


Bila keluar rumah, mesti nak tengok langit. waktu siang mahupun malam..langit sentiasa indah.


Kuasa Allah sudah pun meliputi langit dan Bumi..
Subhanallah. terasa kerdil tak rasa diri ? 
apalah sangat nak dibandingkan untuk menjaga kita yang kecik ini? 


p/s: terfikir segala lepas tonton 30 minit Ustaz Don tentang penentuan Kiblat. Sungguhlah, harus peka dengan arah kiblat .

Friday, February 03, 2012

Gagal kunci kejayaan! ye ke?

Assalamualaikum wbt. ;)

 Dalam hidup, kita ada pilihan. untuk pilih yang positif atau negatif. 
Dan apa memilih yang positif, bersedialah..kerana sesuatu yang manis itu hanya dapat dirasai setelah menelan segala kepahitan..
Jangan manis terus ditelan, pahit terus diluah..
16 Kata Pujangga Buat Kegagalan

1. Manusia yang berjaya akan memperolehi keuntungan daripada kesilapannya, dan mencuba lagi dengan cara yang lain.
2. Kegagalan bermakna bahawa anda belum berjaya lagi.
3. Ingatlah bahawa anda boleh gagal dalam apa sahaja dalam hidup asalkan tidak menjadi seorang yang gagal.
4. Kegagalan bukan bermakna anda tidak mencapai apa-apa.Ia bermakna anda telah mempelajari sesuatu.
5. Kesilapan adalah bukti bahawa seseorang itu telah mencuba membuat sesuatu perkara atau pekerjaan.
6. Kesilapan mengajar kita tentang apa yang perlu kita pelajari selepas itu.
7. Apa yang anda pelajari selepas kegagalan sahaja yang dikira. Kegagalan itu sendiri tidak dikira.
8. Anda tidak gagal. Anda hanya menemui cara yang tidak berkesan.
9. Kesilapan adalah realiti kehidupan. Apa yang penting adalah tindakbalas terhadap kesilapan itu.
10. Sekiranya anda mahu mengambil seorang pekerja mahupun seorang kekasih, pastikan dia pernah gagal sebelumnya.
11. Kegagalan bukan bermakna anda tidak berusaha bersungguh-sungguh. Kegagalan itu hanya bermakna anda perlu mengambil masa yang lebih lama untuk berjaya.
12. Sekali gagal, tidak bermakna anda telah tewas, anda hanya tewas apabila anda telah berputus-asa.
13. Kita memerlukan kegelapan untuk melihat bintang.
14. Salah satu kesilapan besar yang boleh kita lakukan dalam hidup ini adalah sentiasa takut untuk melakukan kesilapan.
15. Kesilapan demi kesilapan membawa seseoarang menemui kebenaran hakiki.
16. Saya tidak membahagikan dunia kepada yang lemah dan gagah, atau yang berjaya dan gagal, juga bukan di antara yang boleh melakukan sesuatu atau sebaliknya. Saya membahagikan dunia kepada mereka yang belajar dan tidak belajar.

Mudahan dengan ungkapan-ungkapan di atas dapat membina kembali semangat yang telah hilang akibat kegagalan dan kekecewaan. :)

Sumber Asal: 16 Kata Pujangga Buat Menghadapi Kegagalan

Thursday, January 19, 2012

adik, abang , kakak, mak, ayah, nenek, atuk jadi Gen-Q

Salam.
~Generasi Al Quran Kreatif. ~


cogankata untuk majalah islamik comel ni. Pertama kali baca majalah ni, sanggup juga saye keluarkan duit RM 7 sebab ada satu artikel best pada edisi pertama. Ingat lagi, balik dari sekolah..terus je beli. 
masa tu edisi pengenalan yang saye tak tahu pun kemunculan majalah ni. cuma beli je.
dan majalah ni..alhamdullillah. diam-diam dibaca oleh kawan-kawan sekolah ku yang rock-rock sikit...(miss that moment! ;) )


bila waktu free je, buka dan baca.
para ustaz2, ustazah2 yang tulis pun sempoi je. tak lah guna bahasa kitab lama. sebab, kadang takut tak tercapai maksud pada budak2 yang umurnya macam 10 tahun.
ehe..adik sedara saye umurnya 10 tahun la. asyik tanya itu ini.
tiba-tiba jadi 'ustazah pilihan' ea? takpe. 
sama-sama kongsi ilmu.


baguslah..kalau dulu, budak2 remaja asyik nak pandang majalah 'mangga' , 'remaja' je kan..
tapi, sekarang, majalah gen q lebih berkilau dari majalah sensasi yang lain..
dah sampai masa untuk kita mencari ilmu, bukan kita menunggu ilmu datang pada kita..


quote terbaik~
You are what you read bak kata Prof. Muhaya .
betul lah ;)


dan bak kata ustaz Pahrol Mohd Juoi dalam Mukmin Profesional, what you give, you get back. 


Kadang-kadang bila majalah ni share bersama, secara tak langsung, boleh jadi macam usrah pula. walaupun sekejap, tapi, apa yang dibincangkan, masing-masing mahu ambil bahagian.
kita perlukan bahan bicara yang baik agar apa yang kita katakan pun yang baik-baik je.


ha. ni Januari 2012. sedang dibaca ;)

isilah masamu dengan apa yang buat kau sedar kau adalah seorang hamba Allah.
wassalam ;)

bulan kedua 1433 Hijrah.

Assalamualaikum. ;)

dah hampir 4 minggu segala buku-buku sekolah tu tersusun cantik je dalam gerobok.
sayang sekali nak dibuang,boleh tengok lagi kalau perlu. Itulah kata hati. walaupun mata dah agak semak tengok bilik dah bertimbun dengan buku.
solusinya, kena rajin mengemas!
hehe. begitulah jua blog yang dah agak lama semak ni. dah lama dibiar sepi tanpa kata.
hari ni, buat kali ke berapa entah lah, sibuk keluar ke bandar mencari kerja.
ha. itulah aktiviti lepas tamat tahun persekolahan. cari kerja.
tapi, sudahnya...saye pergi Popular la nampaknya!


Terkenang..

sekarang, hamparan 9 bulan sudah tersedia. apa agaknya yang boleh ku dapat dalam masa 9 bulan ni?
em, teringat saat mengaminkan dengan bersungguh-sungguh doa Akhir Tahun dan Awal Tahun pada 1 Muharam 1433H.
Tahun baru Hijrah yang pada saye agak ringkas, tapi signifikan. sampai sekarang masih terkesan di hati.
“Ya Allah,ku memohon ilmu yang baik daripadaMu bagi mengharungi kehidupan ini.”
semua ucapan Malam Maal Hijrah ni saye hantar pada semua siblings aka kawan ketat2 6A6. em. sungguh. tahun ni paling byk main sms berangkai yang akhirnya buat daku pokai. hehe. tapi, berbaloi. bila menggunakan topup yang banyak semata-mata memegang Sunnah Nabi SAW. “Sampaikanlah walau satu ayat daripadaku.”

best la nanti, kita buat gathering 2gether pakai baju korporat biru tu! piewwet. hehe

tak dapat kerja ngan orang, kerja sendirik lagi bagus. tol ke?
merata dah mencari. sampai kat mudah.my. haha~~
sampai 2-3 kali berjalan, selama itulah duit mengalir bagaikan air..wahh..
bila saye nak kerja? ~~
sekadar meninggalkan nama pada tukang jaga kedai, selebihnya biar je la Allah tentukan.
hem.
jangan lah berulang lagi, bila kerja dengan tokeh..
"u boleh keluar waktu tengahari dan petang je", malam sampai balik, jaga kedai sampai tutup." kata dek tokeh.
"Tapi, saya perlu ambil masa sebanyak 5 minit je untuk keluar sembahyang pada waktu malam nanti, tak lama", cuba bertanya lagi..
"Tak boleh maa., nanti rugi saya punya kedai..".

alahai, tak payah fikir apa lagi. Caloo Betteh je la.


"buat kerja sendirik la yep. meniaga je."
ok. boleh. kena banyak timba pengalaman dulu baru buka perniagaan..tak gitu.
dan saye fikir lagi.kalau berblog..update pun sekali sekala..kenapakah?
kenapa masa sekolah tu begitu rajin? sekarang ni rajin jugak, cuma buka fb je kejenye. malas nak memerah otak ke?..

Banyak masa diluangkan bersama keluarga dan kawan-kawan. takpelah, kita hargai masa yang begitu free ni dengan menimba ilmu. tak gitu?
baca buku lalala~ jangan fesbuk yang tak berfaedah. ok cukup.

dan, esok nak keluar lagi, ada discussion idea. haha. itu jela kejenye.
apa-apa pun. asalkan otak terus bekerja, manfaatkan masa yang ada..
saye pun peruntukkan masa menulis dan menulis..

tak ler rasa rugikan dengan cuti yang begitu panjang ni kan..
paling terbaik, KHATAMkan..AL-Quran..;)

ok kan? 
ok. ni sesi pujuk hati sebab asyik terfikir, segala vacancy dah 'checkitout' pun. satu pun tak panggil2. mungkin belum rezeki agaknya.haha. adakah saye memilih? hihi. apa-apa pun. jangan buang masa, tapi, isi masa! masa itu emas ;)
satu lagi, nak isi borang UPU! seriau nak memilih! insyaAllah.pilih yang terbaik. ;)

Saturday, October 08, 2011

Gemuruh Jiwa, Semangat Membara!

Assalamualaikum..

entah kenapa hari ni tiba-tiba hadir rindu...nak berblog.
(^_^). dah lame dah aye nak cite macam-macam...dan entri yang akhir sebelum ni pun masa puasa...ok.

serius tau rindu nak berblog...tapi,  hanya mampu memandang je.

biarlah..berpisah bukan untuk melupakan, tetapi berpisah demi mencari seribu satu erti dalam meneruskan kehidupan...>>;khas untuk encik blog ok ;)

selama aye tak berblog, macam-macam kerja nak diuruskan...betapa ntah lagi..
SEBULAN lagi okeh.>>>STPM bakal menarik diriku untuk bersama-sama melayan kertas demi kertas ;)

okeh. untuk itu...my dear matapenaalsunan,
kita berpisah sekejap ok ;)
lepas STPM, kita hang out same;) ececeh...hehe..

Alhamdullillah, persiapan untuk STPM?
now, we must have a CATALYST to boost up our motivation THERMOMETER ~!


yang penting, doa dan usaha berterusan tu!
kerja kursus seni dah diterbitkan..hehe
dan semalam pun.,~~PROM NITE pun suda..

ingat lagi pesan cikgu... 
bayangkan macamana susasana bila kita dapat tengok result kita?


seram..tahu..!
yang penting,
sekarang, masa menghadap buku-buku STPM. okeh..
walaupunn.., tengah addict baca SOLUSI.!..terbaik majalah ni..
takpe, buat tenang-tenangkan fikiran., kata mamaku..

insyaAllah. masa yang masih berbaki ini, 
kita gunakan sebaiknya untuk menimbal balik segala yang tak cukup ok ;)
jangan putus asa..
heh. teringat Prom Nite semalam,


Ungkapan ini bukan sekadar bermimpi..
segalanya pasti kan terbukti nanti ;)


 to all siblings 6A6..
do the best okeh ;)
kita boleh. BUKTIKAN!!


MAN JADDA WA JADDA. 
~apa yang kita usahakan, itu yang akan kita dapat ;)
nak cakap arabbb>>>
Bittaufiq Wannajah Fil Imtihan ;)






Friday, August 12, 2011

Tiada lagi aku mengeluh letih...♥

Salam Ramadhan Fasa ke 2..

hari ni, alhamdullillah menjelang hari yang ke 12 kita berpuasa..

alhamdullillah. suka sangat. berjaya juga menyiapkan kerja sekolah ditambah dengan urusan ibadah. jangan lupa ha..
jangan jadikan masa memakan puasa..tapi, jadikan puasa memakan masa..insyaAllah..
dan..
untuk tarbiah..
kisah Perang Badar ternyata jihad agung yang berlaku pada Bulan Ramadahan.
Ramadhan bulan yang siang harinya berpuasa..dan tatkala itulah Rasullullah dan para sahabat berperang..
Subhanallah...
tak ke pelik, siang2 kan panas? tapi, mereka boleh berperang?pegh..kalau kita ni,..
dengan keadaan siang hari yang panas ni..memang menguji iman..
em...dan ternyatalah..iman dan kekuatan tu penting untuk membibitkan KeTAQWAaan..

~~~~~~~~

Belajar dari Perang Badar ;)


“Adik, tolong amikkan handphone along kat tingkat atas boleh? Tangan along kotor buat kuih ni. Hehe”, lembut Safiyya meminta bantuan dari adik kesayangannya, Hamzah, yang terbaring di hadapan televisyen.
“Ala along ni, sikit-sikit suruh adik, sikit-sikit suruh adik. Adik puasa laa. Penat tau”, ngomel Hamzah dengan muncung sedepa, lambat-lambat dia bangun dari pembaringan
“Ish tak boleh jadi ni budak ni”, getus Safiyya dalam hati.
“Hamzah, mana boleh macam ni. Mana boleh kita jadikan puasa sebagai alasan untuk bermalas-malasan atau untuk menjadi lemah.
Cuba Hamzah fikir, kalau semua orang Islam jadi lemah dan tak bermaya pada bulan puasa, apa pula kata orang bukan Islam, mestilah mereka akan kata Islam ni agama yang menganiaya penganutnya kan? Bukan kah itu sudah dikira menimbulkan fitnah kepada agama sendiri?” sengaja Safiyya mencetus soalan provokatif. Bukan dia tidak tahu adiknya sangat bersemangat membangkang dan bersuara bila bab-bab agama diperkecilkan. Wajah Hamzah ditenungnya, jelas kelihatan adiknya rasa bersalah.
“Erm, sorry Along. Tapi memang adik penat sungguh. Pagi tadi adik ada latihan bola sepak di sekolah”, Safiyya hanya tersengih mendengar alasan adiknya.
All the same Hamzah, itu tak boleh dijadikan alasan. Hamzah tahu tak kebanyakan perang umat Islam yang terdahulu dalam menyebarkan dan mempertahankan Islam berlaku pada bulan puasa? Bahkan, perang pertama umat Islam melawan kafir- Perang Badar itu, terjadi pada 17 Ramadhan”
“Oh sungguh? Menang ke? Ceritalah sikit Along”, tegak duduk Hamzah. Safiyya tersenyum melihatkan dia sudah berjaya menarik minat adiknya. Kuih yang sedang diuli dibawa ke depan.
“ Perang Badar ialah perang dimana umat Islam berada di pihak yang berada dalam keadaan serba kekurangan. Bayangkanlah, hanya ada lebih kurang 313 tentera umat Islam untuk melawan 1000 orang kafir Mekah. Betapa Rasulullah s.a.w risaunya mereka akan kalah dalam perang ini sehingga Baginda bersungguh sungguh memanjatkan doa: “Ya Allah, sempurnakanlah kepadaku segala apa yang telah Engkau janjikan kepadaku. Ya Allah, berikanlah apa-apa yang telah Engkau janjikan kepadaku. Ya Allah, jika Engkau membinasakan pasukan Islam, tentulah Engkau tidak akan lagi disembah di muka bumi ini.”
“Dari segi kelengkapan juga, umat Islam pada wakti itu sangat daif. Mereka cuma ada 2 ekor kuda milik Zubair al-Awwam dan Miqdad bin Aswad, dan 70 ekor unta, yang dinaiki secara bergilir-gilir, berbanding 100 ekor kuda dan 600 perisai milik orang kafir.
Tapi ternyata umat Islam pada ketika itu mempunyai kelebihan dari segi kekuatan iman dan kesungguhan untuk mati syahid yang menyebabkan mereka mendapat dukungan langit pada hari itu”
“Orang Islam ada pasang strategi tak Along?” tanye Hamzah penuh minat.
“Eh, mestilah, perang apa-apa pun kena ada strategi. Walaupun kita harap pada bantuan Allah, usaha tu perlu ada juga. Kan Allah takkan ubah nasib sesuatu kaum tu sehingga dia berusaha mengubah nasibnya sendiri? Apabila tahu yang perperangan dengan orang kafir quraisy tak dapat dielakkan lagi, Rasululullah telah menghantar 3 orang spy iaitu Ali b Abi Talib, as- Zubair al- Awwam dan Saad b Abi Waqqash untuk cari information pasal musuh. Dengan hanya berpandukan maklumat berapa bilangan unta yang disembelih setiap hari, Rasulullah berjaya buat anggaran berapa bilangan kafir Quraisy yang akan menyertai perang itu.
“Satu lagi strategi adalah apabila Rasulullah bersetuju dengan cadangan sahabatnya, Khabab b. Al-Mundzir untuk membuat markas di tempat air yang paling dekat dengan musuh, ambil air dan isikan ke dalam kolam orang Islam hingga penuh, kemudian tutup sumber-sumber air tu. Dengan itu, orang Islam dapat berperang dalam keadaan mempunyai bekalan air yang cukup sedangkan musuh tak ada air minum”
“Ohh, gitu. Tadi Along cakap mereka dapat dukungan langit. Apa maksud Along?”
“Dalam perperangan itu, ada satu ketika dimana Rasulullah tiba-tiba tertidur sebentar dan apabila terjaga Rasulullah berkata kepada Abu Bakar “Wahai Abu Bakar, bergembiralah. Pertolongan Allah SWT telah datang. Itulah Jibril dibawah hamburan debu”. Rasulullah lepas tu keluar dari khemahnya dengan memakai baju besi sambil berkata “Golongan itu pasti akan dikalahkan dan mereka mundur ke belakang”. Ini sebenarnya ayat dari surah al-Qamar yang Allah wahyukan.
“Para sahabat juga bagai orang yang lapar darah apabila Rasulullah menaikkan semangat mereka dengan berkata ‘Demi Allah SWT yang jiwa Muhammad berada di tanganNya, setiap orang yang berperang melawan mereka pada hari ini kemudian mati dalam keadaan tabah mengharap keredaan Allah taala dan dalam keadaan maju terus pantang mundur, pasti Allah masukkan ke dalam syurga’. Seorang sahabat, Auf bin al-Harits bertanya ‘Wahai Rasulullah, apa yang membuat Allah SWT suka kepada hambaNya?’ Baginda menjawab ‘Dia terjun di tengah-tengah musuh dalam keadaan terbuka dan mencabut baju besi yang ada pada dirinya’. Auf b al Harits pun apa lagi, terus cabut baju besi dia, ambil pedang dan terus perangi musuh sampai syahid,” Mata Hamzah berkaca kaca, terharu dengan semangat jihad para sahabat.
“Kaum Muslimin juga turut dibantu para malaikat. Banyak riwayat yang menceritakan dimana banyak kepala yang terjatuh dan tangan terpotong, tapi tak diketahui siapa yang memenggal dan memotong. Ada seorang tawanan, Abbas b Abdul Muthalib yang menceritakan yang dia ditawan oleh seorang yang tidak memakai pelindung diri, paling tampan wajahnya dan menaiki kuda hitam putih. Bila seorang Ansar nak mengaku dia yang menawannya, Rasulullah menjawab “Diamlah kamu, Allah swt telah membantumu dengan malaikat yang mulia”.
“Umat Islam pun akhirnya menang besar dalam perperangan itu dengan hanya 14 orang syahid berbanding 70 orang kaum musyrikin terbunuh dan 70 orang ditawan. Bermula dari kemenangan itulah, umat Islam yang dulu dipandang hina oleh orang kafir quraisy bertukar menjadi satu umat yang dipandang unggul, dan Islam terus berkembang pesat selepas itu”, Safiyya menghabiskan cerita sambil tangannya kembali menguli kuih.
“Oh lagi satu, kalau Adik nak tau, sahabat Rasulullah yang bernama Hamzah b Abdul Mutalib la orang yang pertama sekali membunuh orang kafir di dalam perang Badar. Ha, hebatkan? Adik taknak jadi sehebat itu ke? Nama dah sama dah,” Safiyya bertanya selamba sambil berlalu ke dapur, meninggalkan Hamzah dengan hati yang sudah dibakar semangat perang Badar, memasang azam untuk tidak mahu menjadi lemah lagi.
Sumber rujukan:
Belajar dari Perang Badar: Strategi Menghadapi Kemenangan, karya Hepi Andi Bastoni, 2010.


semoga dapatlah diri kita mengharungi ramadhan dengan layar yang tebal dan bahtera yang kukuh walau dilambung ombak nan bergelora....

tak dapat buat semua, jangan tinggal semua....tingkatkanlah amalan semoga berkekalan walau habis ramadhan..;)
 

Thursday, August 11, 2011

Mengejar 4.0 flat...

Salam,
perjuangan dalam madrasah ramadhan masih tinggal 19 hari lagi...
apakah kita terus berusaha dan berusaha meningkatkan ilmu dan ibadah kita? insyaAllah...

dan...peperiksaan percubaan akan tiba dalam masa 4 minggu lebih kurang..
dalam pada tu...
asyik terfikir oleh daku...
4.0 flat yang ku kejar...
insyaAllah...

usaha ke arah tu sedang berjalan..
dan bila baca artikel ni...aye terfikir-fikir...
sesungguhnya..Man Jadda Wa Jadda..
apa yang kau usahakan, itulah yang akan kau dapat..
..

em...
nak share cerita ni..>>>

Tajuk Cerpen ini: Iman 4.0 Flat..

Mungkin apa yang ingin aku sampaikan ini adalah perkara biasa bagi sesetengah individu. Namun, aku harapkan moga pengalaman hidup ini dapat dijadikan iktibar dan titik tolak perubahan insan yang membacanya. Insya-Allah.
Aku berasal daripada keluarga yang serba kekurangan... makan, minum dan pakaian jauh sama sekali seperti rakan-rakan yang lain. Mungkin ini yang menyebabkan aku kurang mempunyai sahabat yang dapat mendengar keluh-kesah hidupku. Seingat aku, hanya ada tiga insan yang teramat penting dan bermakna dalam hidup pada waktu itu, ibu, kakak dan abang Cik. Mereka antara insan kurniaan Tuhan yang sentiasa menjadi tempat untukku bergurau dan berjenaka. Sahabat? Saat itu aku masih belum memahami makna di sebalik perkataan itu.
Aku masih ingat ketika saat aku ingin melanjutkan pelajaran ke Matrikulasi. Dengan berbekalkan duit hasil daripada pemberian saudara terdekat, aku membawa diri menuju ke sebuah negeri yang sebelum ini belum pernah ku jejaki. Keseorangan diri, bukan bersama keluarga seperti insan dan rakan-rakanku yang lain. Aku masih ingat kata-kata arwah ibu beberapa hari sebelum keberangkatanku.
"Alif tak payah pergilah Kedah. Kalau mak sakit ke, mati ke, Alif takkan sempat jumpa mak.."
Kata-kata yang pada waktu itu sukar untukku tafsirkan dengan logik akal. Apa yang penting bagiku pada waktu itu ialah dapat melanjutkan pelajaran walau sejauh mana pun kaki ini perlu melangkah. Benak hati terfikir, mungkin ibu risau tentang perjalanan aku nanti. Jauh, dari Pahang menuju ke Kedah mengambil masa 10 jam dengan menaiki bas. Seorang diri pula.
"Allah ada ibu, Allah ada..."
Alhamdulillah, dengan bekal hanya Iman dan tawakal, akhirnya sampai juga kaki ini ke medan perjuangan ilmu bergelar Kolej Matrikulasi Teknikal Kedah. Melihat rakan-rakan yang datang bersama keluarga, tergambar betapa gembiranya perasaan mereka. Bertuah mereka, patut bersyukur pada Ilahi. Ibu dan ayah mereka senang, ada kereta untuk membawa anak tersayang menuju ke medan perang. Ayah aku? Hmm... teringat pula kereta lamanya yang tersadai di depan rumah. Ayah selalu bertarung dengan kereta kesayangannya itu. Sekali sekala syukur jika kereta itu dapat dihidupkan, tetapi selalunya memang sukar mendengar dentuman enjin daripadanya.
Harapan aku hanyalah satu, aku ingin memiliki satu-satunya angka yang cukup dikejar oleh pelajar ketika itu, 4.0 flat. Doa dan usaha aku gandakan dari hari ke hari demi mengejar kejayaan tersebut. Teringin sekali membawa balik angka tersebut dan menunjukkannya pada ibu. Walaupun ibu mungkin tidak mengerti apa makna di sebalik angka itu, cukuplah dapat melihat senyuman di wajahnya tatkala aku mengatakan aku antara pelajar cemerlang di kolej ini. Harapan itu aku simpan dan semat di dada. Adakah peristiwa itu akan telah tertulis di Lauh Mahfuz? Sungguh, Tuhan lebih mengetahui.
Aku masih ingat hari itu, hari Khamis. Aku keluar dari bilik kuliah dan menuju ke kantin. Aku cuba meraba-raba poket, mencari sekiranya masih ada sisa-sisa wang yang masih tinggal. Harapanku hancur, poketku kosong. Duit elaun telah habis aku gunakan untuk membeli barang-barang untuk menghadapi kuliah dan peperiksaan nanti. Dengan niat berpuasa, aku melangkah longlai menuju ke arah bilik. Mataku masih memandang rakan-rakan yang sedang enak menjamu selera masing-masing. Kalau ikutkan nafsu, ingin saja aku pergi ke arah mereka dan meminjam wang seperti sebelum ini. Namun bila memikirkan hutang yang masih tidak dapat aku langsaikan, aku mengalah. "Minum air paip lagi hari ni," desis hati kecilku.
Salah satu cara untuk aku menghilangkan rasa lapar adalah tidur. Cara itulah yang sering aku lakukan sejak daripada kecil lagi. Keluarga yang miskin menyebabkan kami sekeluarga sering menahan lapar sehingga berhari-hari lamanya. Mungkin sebab itu puasa tidak menjadi satu masalah buatku. Berlapar di siang hari sudah menjadi rutin waktu kecilku. Malam? hanya minum air paip dan terus tidur.
Aku melemparkan badan yang kian penat di atas katil dan cuba untuk lelap. Peliknya pada hari itu, aku mudah melelapkan mata, tidak seperti selalu. Dalam tidur, aku bermimpi perkara yang amat aneh sekali. Bayangkan, dua buah kotak masing-masing berada di sebelah kiri dan kanan. Lalu dua kotak itu bergerak menuju ke tengah antara kiri dan kanan, bercantum menjadi satu kotak. Setelah lama kemudian, hanya salah satu kotak sahaja yang kembali ke tempat asalnya tadi iaitu di sebelah kanan sedang kotak yang asalnya berada di sebelah kiri masih kekal ditengah-tengah.
Aku tersentak dengan deringan telefon bimbit yang berada di sisi. Dengan mata yang kurang jelas kerana tidak memakai cermin mata, aku melihat nombor yang tertera di skrin telefon. Ni nombor ayah, desis hati. Tanpa berfikir panjang aku terus menjawab panggilan tersebut. Eh, kenapa suara abang aku yang keluar ni? Mungkin talian di sana tidak berapa baik, sebab itu suara ayah dah macam suara abang, fikirku.
"Alif, mak dah takde..."
Kata-kata abang itu aku sambut dengan jeritan yang teramat. Sukar untuk aku percaya saat itu. Dalam keadaan wang yang kosong, aku bergegas menuju ke bilik sahabatku, Kamal. Saat itu, hanya dia yang terbit di benak fikiran. Mungkin dia dapat meminjamkan sedikit duit untuk tambang bas pulang nanti. Sesampai aku di muka pintunya, dia secara spontan melihat ke arahku lalu bertanyakan hajat kedatanganku.
"Mak aku dah meninggal Mal. Aku nak balik tapi takde duit. Pinjam RM50 mal, nanti aku bayar balik.."
"Takpe, kau tunggu sini, nanti aku datang balik. Tunggu kejap.."
Itulah sifat seorang sahabat. Dengan menebalkan mukanya demi seorang sahabat yang dalam kesusahan, dia pergi dari satu bilik ke bilik yang lain untuk meminta sedikit bantuan bagi membantuku. Beberapa minit kemudian dia kembali dengan membawa sejumlah wang.
"Nah lif, RM150 budak-budak ni yang kasi. Tak payah bayar balik, kau buat tambang bas dan makan minum kau dalam perjalanan nanti. Aku tahu kau tak makan dari semalam. Nanti aku jumpa pensyarah untuk tanyakan tentang bas. Budak sekolah kebetulan balik cuti seminggu hari ni lif, jadi tiket bas ke timur banyak dah habis. Kau tunggu sini."
........................................................................
Mataku memandang tepat ke arah mayat itu. Aku masih tidak dapat menerima hakikat tersebut. Itu bukan ibuku, aku memandang ke arah langit lalu bertanya seolah-olah insan yang sudah kehilangan akal dan akidah. Ya Allah, apa dosa aku sehingga kau uji aku sebegini rupa? Air mata lantas membasahi pipi, seperti menjawab persoalanku. Aku pergi tanpa redha ibuku... ucapan terakhirnya masih terngiang-ngiang lagi di benakku...
"Alif tak payah pergilah Kedah. Kalau mak sakit ke, mati ke, Alif takkan sempat jumpa mak.."
Keberkatan dalam hidupku mula hilang, itu yang dapat aku rasai. Peperiksaan akhir semester satu merupakan penyeksaan buatku. Sukar sekali untuk aku menjawab persoalan yang diberi walaupun sebenarnya aku mengetahui jawapannya. Betul, walaupun aku tahu jawapan di sebalik soalan, aku masih tidak mampu menjawabnya, sukar untuk difahami, tapi itulah apa yang aku alami. Waktu itu aku mulai sedar, angka yang selama ini aku kejar tidak mungkin dapat aku miliki. Satu sahaja doa yang sering aku panjatkan pada Ilahi.
"Ya Allah, sekiranya Engkau tidak mengizinkan aku untuk memiliki 4.0 flat dalam pelajaranku, izinkanlah aku mendapat 4.0 flat dalam Imanku Ya Allah. Amin"
Saat itu barulah aku benar-benar sedar, aku terlalu mengejar 4.0 flat sehingga aku lupa tentang keberkatan daripada seorang ibu. Apabila keputusan diumumkan, hanya seorang pelajar sahaja yang mendapat 4.0 flat dalam kolejku. 4.0 flat, yang terbaik dan sempurna sekali, semua "A". Sehingga hari ini baru aku sedar, bukan 4.0 flat itu yang aku kejar. Tapi Iman 4.0 flat, Iman yang sempurna daripada semua segi. Semuanya "A", seperti para sahabat Baginda Nabi Muhammad S.A.W.
"Ya Allah, kurniakan aku iman 4.0 flat, Iman yang sempurna..."
Pada kawan-kawan dan para sahabat yang membaca, harap kamu semua dapat mengambil iktibar. Sampai saat ini, keberkatan dalam menuntut ilmu masih saya tercari-cari. Usaha telah saya lipat gandakan, pensyarah dan tenaga pengajar telah sehabis usaha saya hormati. Namun kemudahan dalam menuntut ilmu tidak lagi saya rasai seperti dulu. Keputusan dalam peperiksaan semakin menurun dan tekanan dalam hidup semakin bertambah. Kenapa? Kerana Ibu.
Saya berasal dari keluarga yang susah dan waktu penghijrahan saya ke Kedah itu adalah saat di mana ibu sedang mengalami sakit tenat tetapi saya tetap dengan pendirian untuk menuntut ilmu dengan harapan dapat membetulkan umat Islam dan diri sendiri. Sedangkan saya tidak sedar saya dalam kemurkaan Allah. Sehingga hari ini saya berdoa, moga Allah ampunkan dosa saya terhadap ibu. Tiap-tiap pagi saya hadiahkan pahala al-Mathurat buat ibu, tetapi masih sehingga kini belum terjawab persoalan di benak fikiran. Anak soleh atau anak derhakakah aku ini?

Dari Abu Hurairah r.a bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: 'Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara, sedekah jariah atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya.'
[Hadith Sahih - Riwayat Muslim dan lain-lainnya]
Ingat sahabat sekalian, nabi menyebut "anak yang soleh". Ada satu syarat yang teramat berat sekali di situ iaitu soleh.
"Senangnya soleh di mata manusia, tetapi sukarnya untuk soleh di sisi Maha Pencipta."
- Artikel iluvislam.com

                                                         ************* 
rasa tacink bila baca ni..
Ya Allah..jika kau izinkan ia berlaku..
maka ku redha...


yang penting USAHA. HASIL biarlah ALLAH yang tentukan..
sebab dalam meniti masa-masa macam ni..
semoga dikuatkan hati untuk terus berusaha..
sebab, kadang-kadang kita akan fikir kita tertinggal dan gagal..
tapi..hakikatnya kita sedang berUSAHA..dan ALLAH saja yang MAHA MENGETAHUI USAHA kita..


mood: berjalan tanpa henti..

Monday, August 08, 2011

Syukran Jazilan di Ramadhan ke 6

Salam Ramadhan...
apa khabar puasa  kita hari ni?
hehe..
itu ayat Ustazah aye masa kat sekolah pada pagi Jumaat yang lepas..
pada pagi Jumaat tu, kami di tarbiahkan..
alhamdullillah..
kita sesama Islam,.harus sentiasa saling mengingati..

Memang rindu lah ngomelan Ustazah Anita (ustazah  masa kat sekolah lame)
selalu bagi nasihat..selalu cerita tentang sirah dan teladan masa study agama..
em..sekarang kan tak amik subjek pendidikan islam kan..
dulu, kengkawan aye suka  kata tak berapa suka dengar ngomelan ustazah..
em..tapi, masa tu...matapelajaran agama lah yang paling daku suke!
suka dengar apa2 yang ustazah cakap..em..

sekarang ni,, kat skola baru ni., alhamdullillah ada juga pengisian ROHANIAH..
cuma..ye la..tak berapa kerap la..sebab tak amik aliran agama kan..

terkenangkan kata-kata kawan aye..eafa..
"em, lepas abis skola ni, dah tak de lagi orang yang nak selalu ingatkan pasal ni"
em..aye pusing tengok muka dia.
insyaAllah. kat surau-surau, masjid, kat tv, kat majalah Solusi ni..sentiasa ada..
cuma kita nak berusaha atau tak je..
dan yang penting, kawan-kawan..yang kena sentiasa saling ingat-mengingati..insyaAllah..

semalam, hari fokus n fokus pada kerja seni..
hum...dari pukul 10 sampai pukul 5!
sibling2 ku dengan gaya masing-masing untuk menghasilkan sebuah karya yang WOW!
berusaha! walaupun macam-macam tekanan kiri dan kanan..
dan syukurlah...buat kerja ni masa puasa...
rasa nak mengamuk je...mesti cakap bersabarlah..
SABAR itu INDAH ;)
dan sesungguhnya..AKU BERPUASA!

so, sibling2..selamat berjuang! dah nak trial nih..
hehe..
dan..sungguh, menjalani bulan Ramadhan...adalah sebuah MADRASAH RAMADHAN..
ha..memang ada je antara kita dok terbawa perangai mulut yang lagha masa puasa..
jadi, kita saling ingat mengingati lah ye..

doa ini yang sentiasa mengiringi urusan kita..Semoga Allah adalah segala-galanya..


Ya Allah..permudahkanlah segala urusanku..
Ya..semoga segala urusan dipermudahkan..dan Ramadhan ini menjadi tarbiah buat kita semua..


Bittaufiq Wannajah, ya ukhti ;)

suke  lagu ni :)

Tuesday, August 02, 2011

MADRASAH RAMADHAN : semak list ibadah kita!

Salam...
Salam ramadhan Al Mubarak ;)

Kita dah masuk bulan Ramadhan. Subhanallah.
Dan nak bagi rasa Ramadhan lebih sikit…kita hayati lagu Harapan ramadhan..
dan..bagaimana perasaan kita bila datang Ramadhan? gembira tak?
Ya Allah. seronok sangat.,
aye teringat kata ustaz kat tv AlHijarah, kita ni bagaimana perasaan ketika bulan Ramadhan ni bakal menjelma?
kalau anda tak sabar, dan anda benar bersyukur apabila diberi peluang untuk mengecap nikmat Ramdhan ni…tahniah. Berazamlah untuk menjalani dan pertingkatkan amalan kita dalam bulan Ramdhan. InsyaAllah.
em..macamana kalau rasa macam tak senang hati je?
oh.,..itu tanda-tanda hati mati tu..semoga diberikan cahaya dalam hatinya.

Madrasah Ramadhan.

1. tarbiah diri kita untuk meluputkan segala aktiviti sia-sia yang selalu kita gemar lakukan. Sama ada secara tak langsung atau pun tak..kadang-kadang kita tak sedar,. kita sentiasa bersikap lagha dalam seharian. Kita menghabiskan masa kita dengan buat sesuatu yang tidak membawa hati kita kepada Allah.
Segala yang kita lakukan, semuanya  banyak yang mendatangkan dosa., Jadi, betapa Maha Rahman Allahu Ya Rahman…yang telah menyediakan MADRASAH RAMADHAN untuk semua hamba-hambaNya yang sentiasa lalai dalam mengingatiNya.
Allahuakbar..betapa rapuhnya kita..
sedarlah betapa rapuhnya kita dalam langkah..
kadang tak setia kepada Pencipta kita Yang Satu..
Kadang, kita mengata dan banyak ketawa tanpa sedar masa brlalu tanpa kita sedari..
kalaulah kita tahu…pasti kita akan meminta pada Allah..sedetik lebih..untuk mengulangi kembali masa yang telah berlalu..agar tiada lagi penyesalan kerana mensia-siakan waktu yang diberi Allah.

2. Kata ustaz ni, Madrasah Ramadhan mengajar umat Islam berdisplin. Kata omputeh..punctual!
aha..orang yang berpuasa ni menjaga waktu. Paling bagus kita nampak sebahagian besar umat Islam akan mempercepatkan waktu berbuka puasa…ha..
bagus2…tapi, jangan sampai tercepat sangat sampai pak imam baru pegang mic nak azan, kita dah letak mulut kat gelas! ha..sabar..orang yang berpuasa itu orang sabar bak kata Rasullullah s.a.w yang kita cintai..


3. Menjelang bulan Ramadhan…tarbiahlah diri kita. Sesungguhnya, Rasullullah berpesan kepada para sahabat..supaya mendirikan Solat. Memperbanyakkan solat.
dan suatu kisah yang baru ku ketahui…

kisah Saidina Ali, Karamallahu Wajhah.
Saidina ali telah cedera terkena anak panah di belakangnya. Kesakitan yang dirasi Saidina Ali amat menyiksakan.

Tapi,..atas keimanan yang didasari dalam hatinya, Saidina Ali meminta sahabat menarik anak panah itu ketika beliau sedang bersolat.
Lalu, tatkala Saidina Ali sedang bersolat, anak panah di belakang disentap. Anak panah itu harus disentap supaya tidak menyebabkan kesakitan yang berpanjangan..
agak2 apa yang berlaku? tak ke menggelupur rasanya apabila anak panah tu ditarik?
mesti koma lah kita gamaknya.
Tapi..saidina Ali masih tenggelam dalam kekhusyukan solatnya sehingga tidak menyedari anak anah itu telah tercabut dari belakangnya. Apabila selesai solat, barulah dia merasai kesakitan yang melumpuhkan badannya.
Subhanallah….semoga kita juga akan peroleh kekhusyukan yang tinggi ini dan tawakal yang tinggi kepada Allah s.w.t..

4. Berpuasa sememangnya menahan lapar dan dahaga.
Mesti kita rasa lemah longlai tak bermaya? tapi,,,kan agak pelik juga, perang Khandaq iaitu perang terbesar dalam sejarah Islam trelah berjaya. Rasullullah dan para sahabat semakin bersemangat tatkala berjihad sewaktu sedang berpuasa.
mereka terpaksa mengikat perut sewaktu berperang.
Walaupun begitu, semakin mereka berpuasa, semakin banyak strategi yang licik dan bijak telah dilaksanakan dengan rapi oleh tentera Islam.
Kalau kita teliti kajian demi kajian, ternyata perut kita yang sedang kosong sedang melakukan proses cuci dariapda segala toksik yang berkumpul dalam badan.
Kajian juga dijalankan tatkala seseorang sedang berpuasa, fikirannya semakin cerdas dan semakin kreatif dan inovatif.
Nah, Allah Maha Mengenali hamba-hambaNya…Subhanallah..

5.  Bawalah diri kita menjadi sebahagian ahli MADRASAH RAMADHAN.
- Solat berjemaah iaitu sewaktu solat fardhu dan solat tarawikh, terutama para muslimin.
tapi,,,tak ke lepas habis Ramadhan…ramai antara kita yang dah lupa akan kelas-kelas macam ni..
masuk dah bulan syawal, semakin kurang orang datang ke masjid, ke surau..
em.. tulah kadang-kadang terasa sedih.
bila kita dah jumpa ketenangan tu….apakah kita tak terasa berat untuk melepaskan ketenangan tu? Kan ke setiap manusia tu secara fitrahnya menginginkan ketenangan dalam hidup..?
Walau siapa pun manusia tu…kalau dalam kesusahan sekalipun, pasti yang dicari adalah Tuhannya. kita tak takkan terlepas daripadaNya.

6. Niat iktikaf dalam Masjid
solat berjemaah tarawikh dan solat di rumah…
berbeza dari segi persekitaran..
em..memang, ramai antara kita yang ambil ringan soal ni.
kita ni asal buat je, tapi tak nak perbaiki dan pertingkatkan yang biasa tu..
tahun ni tahun yang aye agak busy dengan menelaah segala matapelajaran demi STPM ku..moga-moga tak menjadi penghalang…
harap-harap dapatlah seimbangkan semuanya..

7. KHATAM AL-Quran sebulan!
tadarus Al Quran adalah aktiviti yang menyucikan hati. dan yang paling utama dalam list semak ibadah kita.
so, kalau muka surat Al Quran mempunyai sebanyak 600 lebih muka surat, satu hari, kita kena pastikan sekurang-kurangnya 20 m/s mesti khatam untuk satu hari tersebut.
insyaAllah..kita yang busy study ni jangan jadikan alasan masa tak cukup ok..
24 jam terlalu berharga...Sedetik lebih dalam bulan Ramadhan...
teringat masa sekolah lama sebelum ni, kami, akan berjemaah untuk menghabiskan juzuk2 AlQuran..
baca bersama-sama. saling membetulkan cara bacaan masing-masing. aha. dah jadi macam ustazah pun ade gak..hehe..
tapi, itu namanya SHARING n CARING...
sungguh, menuntut ILMU, kita akan saling ingat-mengingati...
                                                          *******************

aye teringat kata Ustaz Badlishah Alaudin dalam rancangan Tanyalah Ustaz,
kata uztas tu...
kita ni kalau nak tunggu ikhlas baru nak buat sesuatu tu,..
sampai mati pun kalau kita tunggu, sukar nak ikhlas.
sebab apa? sebab kita tak mahu mencuba selangkah untuk melakukan kebaikan tu..
kita kata tak mahu HIPOKRIT, tapi hakikatnya...
selagi kita tak berusaha...selagi tu lah..tiada istilah CINTA HAKIKI dalam kamus hidup kita....
sesungguhnya setiap manusia itu akan sentiasa mengharapkan kehadiran Tuhannya.
inilah hakikat. 
Sesungguhnya kesusahan itu akan menjadi suatu kesenangan...kerana manusia akan mengingati Allah tatkala susah...

Jadi, renung-renungkan..dan selamat beramal ;)