tangan yang mencatat, mendongak ke langit..

You will never love for it...until you know them well...
Tak kenal maka tak cinta...

Monday, June 25, 2012

Hidayah- Bukan dinanti, tapi dicari..

Assalamualaikum. 

Kita bertemu semula selepas lama tak menaip dalam blog yang comel ni. Bukanlah melupakan, tapi memang rasa tak nak tengok ketika diri sibuk dengan facebook. hehe. Dan, sekarang, mood sudah kembali untuk menulis panjang-panjang dan selit sedikit ilmu yang diberi Allah Al Alim.

Dalam kita membaca, kita pasti menemui ibrah yang ingin disampaikan pengarang itu sendiri.
Oleh sebab antara karya kesayangan aye adalah karya Ramlee Awang Murshid iaitu Laksamana Sunan Series. Ok. ada 6 buku kesemuanya. dan semua telah dihadamkan dengan baik ^_^
Intipati ni teringat pula bila dengar kuliah pagi di IKIM FM oleh Ustaz Ebit Lew. Seorang yang berbangsa cina telah kembali ke agama fitrah ini. Kalau hayati perjalanan kisah hidup ustaz ni, sungguhlah..hidayah tu memang milik Allah. Kita manusia, wajib berusaha untuk mendapatkan hidayah itu..dan usaha itu adalah DOA.
Baiklah,  ada satu ungkapan yang berbentuk doa yang aye terharu. Doa ini adalah doa yang dilafazkan oleh Laksamana Sunan dalam novel Cinta Sang Ratu.

doa Saifudin dalam Cinta Sang Ratu.


Biar aye singkap sedikit pasal doa Laksamana Sunan ini. Sebelum ini, Ratu Sulaman yang terkenal dengan sikapnya yang bengis dan kejam itu amat membenci LS ni..Tapi, Saifudin tetap bersangka baik bahawa, Ratu Sulaman sebenarnya memiliki hati yang baik cuma, dia terpengaruh 
                  .Sebagai manusia,kita sayang padamu~Laksamana Sunan 
Alhamdullillah, Allah Al Mujib-Maha Memakbulkan .
Ratu Sulaman kembali ke fitrah.

berbalik kepada kisah Ustaz Ebit ni, ikuti kisah yang aye salin daripada blog seorang saudari ni.

Minggu sebelum ini, saya tersentuh, terpukul, tertampar - dan sewaktu dengannya - apabila sempat mendengar perkongsian daripada tetamu undangan pada hari itu yakni Ustaz Ebit Liew. Sedikit latar belakang beliau yang saya masih ingat. Ayahnya berbangsa Cina, pernah bernikah dengan wanita Cina dan mempunyai 6 orang anak hasil perkongsian hidup dengan isteri pertama. Kemudian mereka bercerai. Seterusnya, beliau bertemu jodoh dengan seorang wanita beragama Islam lalu menukar agamanya kepada Islam. Namun begitu - mereka sekeluarga jauh dari Islam, tidak mengamalkan ajaran Islam dan 'orang kampung pun tak pasti mereka agama apa'.

Ustaz Ebit Liew ketika kecil, tidak dibesarkan dengan ajaran Islam sepenuhnya. Di sekolah juga, dia seorang murid yang nakal, selalu mencari pasal dan menjadi murid yang tidak digemari oleh guru-guru. Nakal sangatlah pendek katanya. Hinggalah pada suatu hari, ketika berusia 12 tahun, seorang guru telah berjaya mengetuk pintu hatinya. Alhamdulilllah, berkat usaha cikgu itu dan izin Ilahi, dia yang tak pernah solat mula belajar solat dan mendekati Allah. Tidak setakat itu, perubahan Elbit Liew rupa-rupanya bagai suatu 'pembuka' yang seterusnya mendorong seluruh keluarganya, termasuk ibu dan ayahnya juga mendekati Islam. Alhamdulillah.

Antara point-point penting yang disampaikan oleh Ustaz Elbit Liew adalah; Pertama. Sebagai orang Islam, kita perlu ada perasaan kasih dan sayang, bukan saja sesama kita tapi juga kepada mereka yang belum mendapat hidayah dari Ilahi. Dewasa ini, kita orang Melayu - Islam, sering merasakan bahawa kita lebih baik daripada kaum lain / agama lain. Kononnya kita yakin, agama kita adalah agama yang benar, agama yang diredhai Allah, kita akan masuk syurga. Kita juga yakin, orang kafir akan masuk syurga - sedikit sebanyak telah membuatkan kita menjadi 'sombong'. Bila melihat non-muslim berpakaian tidak sopan, berkelakuan tidak senonoh, kita mula mencemuh, membenci mereka. 

Mentang-mentanglah kita ini orang Islam - agama yang benar. Mereka kafir - masuk neraka. Alangkah lebih baik lagi sekiranya kita buang jauh-jauh perasaan benci itu - gantikannya dengan perasaan kasih dan sayang, juga kasihanilah mereka. Kasihan mereka kerana mereka belum mendapat hidayah daripada Allah sedangkan kita bahagia menikmatinya. Kasihan pada mereka nanti, walaupun baik ketika di dunia, tapi di akhirat kelak akan dimasukkan ke neraka. Kasihan mereka. Menangislah dengan tulus ikhlas, kasihan mereka...

Ustaz Elbit Liew sempat berkongsi, dua peristiwa yang berlaku pada Khalifah yang kedua, Saidina Ummar Bin Al-Khattab.

Pada suatu hari, Saidina Umar bertemu dengan seorang Rahib yang sangat baik, tekun beribadah (mengikut agamanya). Saidina Umar melihat Rahib itu, lalu menangis. Umar yang kita kenal seorang yang tegas, garang, digeruni pun menangis! Rahib itu kehairanan lalu bertanya kepada khalifah, kenapa menangis? Saidina Umar kemudiannya menjawab bahawa dia kasihan melihat Rahib yang baik itu tapi akhirnya kesudahannya adalah neraka. Lantaran itu, dengan izin Allah, Rahib itu terbuka hati untuk mengucap dua kalimah syahadah. Subhanallah! 

Kisah kedua, Saidina Ummar sedang mengagihkan makanan kepada rakyatnya. Di kalangan mereka, ada juga yang beragama selain daripada Islam. Melihat mereka, Umar sekali lagi menangis. Rakyatnya yang bukan beragama Islam itu lalu bertanya, "Wahai khalifah, kenapakah menangis, apakah teruk benar keadaan kami?" 

Saidina Umar menjawab, bahawasanya, dia menangis kerana kasihan, sedih tatkala ketika di bawah pemerintahannya, masih ada lagi rakyatnya yang belum menganut agama Islam. 

Subhanallah. Lihat bagaimana lembutnya hati seorang yang paling digeruni, gagah perkasa, berani berjuang di medan perang tak pernah gentar! Kita, bila kali terakhir kita menangis? Apakah keras sangat hati kita? Ego sangatkah kita? Sombongkah? Hitamkah? Hebat sangatkah kita? Kita menangis tempoh hari kerana apa? Kecewa putus cinta? Atau kehilangan harta yang kita sayangi? Atau kenapa?

Pesan Ustaz Ebit Liew lagi - Menangislah. Menangis kerana Allah. Bila tengok orang lain melakukan maksiat, tidak menunaikan suruhan Allah, tidak solat dan sebagainya - menangis dan doakan agar mereka kembali ke jalan Allah. Ajar anak-anak kita yang masih kecil, yang belum melakukan dosa agar turut mendoakan dan mengaminkan doa yang baik-baik. Moga doa kita diterima dan dimakbulkan Allah. InsyaAllah.




........................
Semoga kita semua sentiasa berada dibawah lindungan Allah. May Allah Bless