tangan yang mencatat, mendongak ke langit..

You will never love for it...until you know them well...
Tak kenal maka tak cinta...
Showing posts with label isu semasa. Show all posts
Showing posts with label isu semasa. Show all posts

Wednesday, June 15, 2011

Saksikan Gerhana Bulan Khamis Malam Jumaat yang barakah.

Boleh saksikan fenomena gerhana bulan penuh Khamis

Orang ramai berpeluang menyaksikan fenomena gerhana bulan sepenuhnya antara pukul 1.25 pagi sehingga 6.59 pagi pada Khamis ini (16 Jun).

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Othman Mustapha berkata, sehubungan itu semua masjid dan surau disaran mengadakan solat sunat khusuf berserta khutbah gerhana.

"Ibadah sunat ini seharusnya dapat ditunaikan sebaik mungkin kerana fenomena ini jarang-jarang berlaku,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Othman berkata, masjid-masjid utama seperti Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Masjid Putra di Putrajaya akan menganjurkan solat sunat khusuf pada pukul 3 pagi.

Selain itu, aktiviti cerapan akan diadakan di Masjid Putra, Putrajaya dengan kerjasama agensi luar iaitu Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia dan Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM). – Bernama

sumber: utusan


pascaskrip: subhanallah. harap-harap kat area rumahku dapatlah menyaksikannyaa..

Friday, April 15, 2011

Facebook: Pengumpul Gambar Awek Bertudung (peringatan)

Salam, semua..

baru tadi, aye dapat tahu pasal ni daripada blog norfanil..tentang benda yang agak meracun nih..thanks...

dari dulu lagi...kalau kat Facebook, aye tak letak gambar profile muka sorang dan penuh..siyes..macam tak rajin nak upload gamba segala..

satu lagi..sebab berjaga-jaga..dunia maya ni bukan kebaikan je, keburukan turut sama naik..

aye pun ada baca dulu pasal ada satu blog mengumpul gambar-gambar blogger..ouh..itu pun parah jugak..

selanjutnya, aye baca blog atok ni..

lagi sentap.

>>tolong sebarkan berita ini kepada semua adik,kakak,emak,emak saudara, makwe dan isteri maing-masing..tidak lupa juga pada nenek-nenek cucu sekalian..
bahawa..sekarang ini, wujud segelintir manusia yang amat tidak bertanggungjawab mencuri gambar gadis-gadis bertudung untuk dimuat naik di page “Pengumpul Gambar Awek Bertudung” dalam laman sosial Facebook..
image
URL KE PAGE TERSEBUT : Pengumpul Gambar Awek Bertudung | Facebook
setakat ini..sudah 201 orang “likes” page tersebut..apa maklumat tentang page ini?
Lu orang perempuan..jangan salah kan kami..sebab lu orang tayang gambar merata-rata..kami kumpul je..
Cari gambar awek bertudung
selanjutnya..baca kat blog atok ni


Bukan tak leh letak gambar..letak la gamba ramai-ramai tu boleh lah...tapi, gambar biasa2 je..yang lain private lagi baik..
itu kata kawan aye..
sebab kat fb tu senang sangat nak buat page.

macam-macam dunia fb ni yep..macam nak tutup je fb ni..tapi, tak leh..ramai geng kat situ..apa2 pun..pandai2 jaga diri kita yep..
all girls, remember! :)

p/s: dapat satu point untuk MUET! ;)

Saturday, April 02, 2011

Risau 'dibogelkan' dalam Facebook

Risau 'dibogelkan' dalam Facebook

MANGSA (kiri) menunjukkan gambar lelaki yang didakwa mengugut untuk menyebarkan gambar bogelnya kepada Michael Chong di Kuala Lumpur semalam.



KUALA LUMPUR – Seorang pelajar Fakulti Perubatan, Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM) di Kubang Kerian, Kelantan kini hidup dalam keadaan tertekan selepas menerima ugutan daripada seorang penggodam internet yang mahu menyebarkan gambar lucah menerusi teknik pertindihan (superimpose) dirinya.

Pelajar tersebut yang hanya mahu dikenali sebagai Devi, 20, menerima ugutan itu daripada seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Rao dan mendakwa bekerja sebagai pereka laman web.

Devi memberitahu, dia menerima ugutan tersebut selepas mengesahkan permintaan lelaki berkenaan untuk menjadi rakan di laman sosial Facebook pada 24 Mac lepas.

Dia mendakwa, selepas itu lelaki berkenaan bertindak mengambil gambarnya yang ada di dalam album di laman sosial itu serta mencuri alamat akaun miliknya.

“Lelaki berkenaan juga menukar kata laluan akaun alamat laman carian Yahoo! milik saya hingga membolehkan dia mengakses dan menukar maklumat peribadi saya sesuka hati,” katanya ketika ditemui di Pejabat Pengaduan Awam MCA di sini semalam.

:kosmo

moral of the story~ jgn letak gambar yg privasi...simpan dan cuci je letak kat umah sudah...

Saturday, March 26, 2011

Alkisah kecoh Kluang Rail Coffee-halal atau haram


Kluang Rail Coffee tak halal: Luahan Pemiliknya 

Kembali lagi untuk cerita pasai ni..

ha. ada pihak berwajib tampil nak terangkan pasal benda yang menggelapkan ni... 

---------------------------------------

This is not my article..syabas Saudara Hazrey kerana inisiatif beliau menghubungi pemilik Kluang Rail Coffee!Aku copy & paste dari sini yeah:

Lanjutan dari entry terdahulu, it is only right that the report on the issue is impartial, maka I took the liberty to call the owner of Kluang Railway Coffee himself malam tadi.

Sejak 1938, mereka sudah berniaga di stesen keretapi daerah Kluang dan rata rata majoriti pelanggannya adalah umat Islam.

Penyebaran maklumat mengenai wujudnya kandungan babi dalam kopi mereka turut memberi impak kepada bisnes kopitiam itu apabila berlaku penurunan jumlah pelanggan beragama Islam malah pemiliknya yang aku hubungi jelas menggambarkan kekecewaannya.

"We have been in business for 73 years, and it is stupid for us if we were to add such prohibited element to our coffee.

"It will be a huge disrespect to our Muslim customers who have been our patrons eversince," katanya.

Dia turut menerima sms mengenai desas desus itu malah turut bergegas ke Jabatan Agama Islam Johor bagi mendapatkan kepastian dan laporan analisa sebagaimana yang didakwa.

Menurutnya, 95 peratus pekerjanya beragama Islam dan begitu juga dengan tukang masak mereka.

Ketika berada di Jabatan Agama Islam Johor bagi mendapatkan kepastian dua hari lalu, pemilik kopitiam itu bagaimanapun gagal memperolehi keputusan analisa yang dikatakan sudah dihantar Jabatan Kimia kepada jabatan itu.

Dan hari ini (Jumaat) pemilik kopitiam itu dijangka bertemu dengan seorang pegawai Jabatan Agama Islam Johor dan apa jua hasil perbincangan itu, dijangka dapat membuka jalan kepada penyelesaian isu ini.

"It is unfair for us. Kami sudah dihukum (melalui penyebaran di laman sosial) biarpun kami tidak mengetahui sebarang maklumat keputusan analisa itu untuk kami melakukan satu tindakan segera. Kami tidak boleh bertindak berpandukan apa yang diperkatakan di laman sosial semata mata tetapi ia sudah menghukum kami.

"Kami sentiasa prihatin terhadap apa jua kandungan yang digunakan dalam penyediaan makanan serta minuman untuk pelanggan memandangkan majoriti yang mengunjungi kafe kami beragama Islam.
"Kami bukan ahli kimia dan ia berkemungkinan dari bekalan yang kami terima dari pihak ketiga namun apapun, kami perlu melihat keputusan analisa itu untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Pemilik itu yang fasih mengenai tuntutan Islam melalui perbualan telefon itu tidak menolak kemungkinan untuk melakukan samak dengan segera jika benar terdapat kandungan haiwan yang diharamkan Islam. Beberapa pakar perundingan proses halal sudahpun dihubungi malam tadi bagi bersiap sedia jika keputusan yang diperolehi tidak menyebelahi mereka.

Dia yang masih terkejut dengan perkembangan itu turut berkata, jika benar terdapat kandungan seumpama itu, dia merasa amat kesal kerana dia turut menjadi mangsa kepada pihak ketiga yang membekalnya bahan yang mengandungi gelatin haiwan itu.

Dia juga tidak menolak kemungkinan untuk memberikan penjelasan rasmi melalui media sebaik bertemu dengan pegawai Jaij dan pakar perunding Halal nanti.

Aku sempat berbual dengan Ustaz Azhar Abdullah mengenai isu ini dan dia memberikan satu persoalan yang boleh diperbincangkan antara najis (impure) dan taahir (pure). It is the question of the fiqh principle of Istihala. (wallahualam).

What is gelatin? As Oxford dictionary of science defines: "A colorless or pale yellow, water-soluble protein obtained by boiling collagen with water and evaporating the solution. It melts when water is added and dissolves in hot water to form a solution that sets to a gel on cooling."

Apapun, kita perlu menunggu apakah hasil perbincangan antara pemilik premis itu dan pegawai Jaij hari ini (jumaat).

Dan kita, perlu menunggu jawapan dari kedua pihak. Jabatan Agama Islam Johor dan pemilik kafe terkenal itu.


credits; catlina


pascaskrip: Dalam negara islam macam ni pun takut dah nak makan sebarangan....em..yang parah..orang Kluang..

Kerana kes kehalalan Railway Coffee ,Kluang bertambah popular....

Ini dia isu yang dah melanda Kluang untuk minggu ni.
Dari sms ke sms yang bertaip begini-

'Kopi Railway Stesen Kluang mempunyai kandungan bahan haram iaitu minyak babi dalam makanan dan minuman'



begitulah bunyinya.
Ini memang berita yang mengejutkan. lagi membuatkan fikiran sesak.
habis satu Kluang kecoh..
Hidangan di sana memang lain daripada yang lain.
korang tau...kopi Railway ni menjadi sebutan..
mana2  orang datang Kluang,...
mesti nak merasa Kopi Railway ni.
begitu punya femes..
alih2 dapatlah berita macam ni..
apa nak jadi..
dah lama Kopi ni menjadi santapan..
pelanggan utamanya adalah daripad kalangan orang Islam.

yang merisaukan tu...aye dan keluarga antara pelanggan setia..tapi tahun ni, memang tak teringin pula nak makan,..
hem..ada satu keluarga tu, adalah rutin wajib,. setiap Sabtu dan Ahad untuk singgah di Kedai Kopi Railway ni.
em..kata sorang makcik...
"dah banyak dah makan makanannya..kalau dikumpul dah boleh jadi b..i nye tu.."
oh..memang mengejutkan statement tu..
em..
isu makanan ni menjadi isu sensitif sejak bertahun-tahun..
sampai kadang-kadang..makan je..tak payah tahu apa-apa.
supaya takde ragu-ragu..

tapi, itu tak boleh juga..
kita mesti ambil  berat soal pemakanan harian kita.

"pasal kes ni, sebaiknya, jauhkan je. tak payah makan.."
kata sorang pak cik tu..

Ha..macamna ye..kalau datang Kluang, nak bawa pergi mana?
hem..
kita tunggu dan lihat je la apa keputusan Jabatan Agama Islam Johor untuk membuat pengesahan.
Wallahualam..

Definisi halal

Halal. Sejak dalam tempoh 5 tahun ni, kita banyak dikejutkan dengan pelbagai berita tentang makanan-makanan yang tak sah. Dalam erti kata paling tepat ialah haram.
Logo halal ni dengan mudah dijadikan sebagai suatu yang boleh diciplak.
takut ek? nak makan pun..rasa ragu-ragu. Tapi, kalau tak makan, rasa macam rugi..

Definisi halal dalam Islam.secara ringkasnya:-

Halal is an Arabic word meaning lawful or permitted. The opposite of halal is haram, which means unlawful or prohibited. Halal and haram are universal terms that apply to all facets of life. However, we will use these terms only in relation to food products, meat products, cosmetics, personal care products, pharmaceuticals, food ingredients, and food contact materials.
While many things are clearly halal or haram, there are some things which are not clear. Further information is needed to categorize them as halal or haram. Such items are often referred to as mashbooh, which means doubtful or questionable.
All foods are considered halal except the following (which are haram):
  • Swine/Pork and its by-products
  • Animals improperly slaughtered or dead before slaughtering
  • Alcoholic drinks and intoxicants
  • Carnivorous animals, birds of prey and certain other animals
  • Foods contaminated with any of the above products
Foods containing ingredients such as gelatin, enzymes, emulsifiers, and flavors are questionable (mashbooh), because the origin of these ingredients is not known.



PASTIKAN PRODUK GELATIN ADA HALAL

Pengguna Islam perlu peka dan berhati-hati apabila menggunakan produk berasaskan gelatin di pasaran dengan memastikan ianya memperolehi sijil halal yang dikeluarkan oleh JAKIM. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Jamil Khir bin Hj Baharom berkata, JAKIM hanya mengeluarkan sijil itu bagi produk yang seratus peratus menggunakan bahan atau sumber halal serta bebas daripada kandungan DNA babi.
Antara kategori pensijilan halal yang dikeluarkan JAKIM  ialah makanan, premis makanan, suplemen kesihatan, ubat tradisional, produk kosmetik dan produk-produk kegunaan harian yang lain. Beliau berkata, produk farmaseutikal dan ubat-ubatan yang memerlukan preskripsi doktor tidak termasuk dalam kategori disenaraikan untuk pengeluaran sijil itu.Di samping itu, JAKIM dan Jabatan Agama Islam Negeri di seluruh negara sentiasa memantau jualan semua produk suplemen kesihatan dan ubat-ubatan tradisional bagi memastikan ia bebas daripada kandungan DNA babi serta memperolehi sijil Halal.
Untuk pengetahuan semua, JAKIM hanya menamakan syarikat yang mendapat sijil halal dan tidak akan mendedahkan produk tidak halal. Sekiranya pengguna Islam berasa was-was, mereka boleh merujuk kepada JAKIM atau Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan, Kementerian Kesihatan atau melayari laman web www.halal.gov.my     


~~~~~~~~~~~~~~~~
   
 Bermacam-macam makanan dan produk baru keluar. secara sedar atau tak, kita memang enjoy makan benda-benda ni. Sampai kita tak mengira atau ambil berat tentang kesahihan halalnya. 
dah jadi habit, kalau nak beli makanan,
mata mesti melilau kat bungkusan makanan tu cari logo ni




dan kalau logo ni, yang aye nampak, keraguan dah mula timbul....
em..

logo halal pun dah boleh beli stickernya kat kedai..astagfirullah..
senang sungguh dijual beli..
ada satu lagi isu yang menaikkan lagi kediaman tercinta aye..em..




Wednesday, March 23, 2011

kau ada apa yang aku takde, aku ada apa yang kau takde. FAIR n SQUARE.

Salam, tiba..teringat eden punya blog..lama dah bersawang dah.
tadi, aye bw jap.
huhu. esok keputusan SPM yang dikatakan segala2nya akan keluar.
ok. neves. serius ni. hihi..
bulan lepas, keputusan STPM pun dah buat aye rasa macam nak menangis. (macam aye yang amik result)..
mana taknye, kami tengok semua result diorang. ok. cukup.
macam biasa, ada yang sedih. menangis,..
itu biasa..
dan paling menakutkan..subjek yang agak berat~ Pengajian Am.

balik kepada tajuk. ..oh..esok2...keluarlah berita2 kecemerlangan...
jangan lupa..mesti ada berita2 yang pada kita..tak cemerlang..
mesti punya..
apa-apa pun keputusan..teruskan langkah :)
berubah kepada yang lebih baik..dunia masih menanti..

ke mana arahnya selepas ni? 
hoho..itu kena tanya diri sendiri. keputusan di tangan sendiri.
baca blog ~sini
buat lah pilihan yang dekat di hati..
pilihan2 yang ada..sama ada diploma, matrik, STPM.,.

sini
ada beberapa nasihat aye dengar,..
jangan ler masuk STPM kalau dah rasa tak mo belajar dan kalau rasa diri tak suka dikongkong dek peraturan sekolah.
ye. first impression, aye itulah. STPM susah. matrik kalau tak lepas pointer, kena ulang or ditendang...kalau diploma, buat betul2, banyak duit nak guna..

"kalau STPM, dahlah kena pakai baju sekolah lagi..lepas tu terkongkong dek peraturan.."
dan segala macam kata2 yang dikata...

selama aye dah 8 bulan berkecimpung dalam pra-u ni..
aye faham..segala2nya..it's all about your mind :)

pernah cikgu aye cakap, "awak masuk matrik, saya senyum."
awak masuk pra-u saya tabik"

masatu aye dah nampak..STPM~high standard.
sebab tu kena buat yang terbaik bila dah setuju nak menduduki STPM bulan 11 ni ye.
(gemuruh jiwa!)

memang aye pernah kena hasut..kenapa masuk stpm? tak best r kena sekolah lagi..
hem. memang stpm kena pakai baju sekolah..whatever..
malas nak kisah..yang penting , kita nak belajar. dan paling penting subjek seni ngan pp dah mula dekat di hati..;)

tak nafi, banyak cabaran nak menjaga hati orang sepanjang belajar sebagai senior di sekolah tu..

apa-apa pun..berbalik pada niat di hati, mana pun kita belajar, asalkan hati mahu, semuanya mampu diredah yeah. (hope ;) )
semuanya sama standard..cuma kita sendiri yang beza-bezakan..
kalau kita tak nak belajar, bagus mana pun sekolah atau tahap yang kita pilih tu..
tak de maknanya..

kemahiran pun jalan terbaik.
kalau betul minat pada kemahiran..,better pilih je.

it's up to you ;)
hari ni diorang amik result...tahun depan..aye pulak ;) em.
i'll do my best..amin..
to all friends..hadapi dengan tenang keputusan esok ;)

pascaskrip: fair n square- ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.. Allah itu kan Maha Adil ;)

sini

Friday, March 11, 2011

JUMAAT . 11.3.2011. 6 Rabiulawal 1432H > M8.9 Tsunami di Jepun I AMARAN TSUNAMI I

Salam, 
sesungguhnya. berita ni teramat mengejutkan.
sungguh..

 tepat pada pukul 1.45 tghari waktu Malaysia dan 2.45 ptg di Jepun,
tsunami  berlaku berukuran 8.9 skala ritcher.
Setelah 5 tahun, sejak berlakunya tsunami pada tahun 2004,
ini adalah yang paling dahsyat berbanding tahun 2004.

Tadi, tengok Al Kulliyah~ Al Falak.
bercerita tentang falak., kata ustaz Hanafiah tu, gempa bumi ni akan berlaku di setiap bahagian~timur tengah, barat..begitulah..

Subhanallah, hari ni hari Jumaat..
aye tengok kat tv pun dah cukup dahsyat.
Hampir nak tenggelam Jepun tu.

Jepun digegar gempa kuat, amaran tsunami dikeluarkan

11/03/2011 3:16pm

WASHINGTON 11 Mac - Satu gempa bumi kuat berukuran 8.8 pada skala Richter menggegar pantai timur Jepun hari ini, mengakibatkan satu amaran tsunami setinggi 10 meter dikeluarkan.
Menurut Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (USGS), gegaran itu berlaku kira-kira 130 kilometer di timur Sendai, Honshu pada kedalaman 24 kilometer.
Televisyen NHK dan saksi melaporkan, gempa bumi kuat itu turut mengakibatkan kecederaan dan menyebabkan sekurang-kurangnya satu kebakaran serta tsunami setinggi empat meter. - REUTERS


TOKYO: Jepun dilanda gempa bumi berukuran 8.9 magnitud di timur laut negara itu dan menyebabkan tsunami setinggi empat meter yang menghanyutkan kereta dan meruntuhkan bangunan di sepanjang perairan dekat pusat gempa. 

Terdapat laporan kecederaan akibat daripada kejadian berkenaan di Tokyo.
Di beberapa tempat sepanjang peairan Jepun, rakaman televisyen menunjukkan kerosakan teruk akibat tsunami, dengan puluhan kereta, bot dan bangunan dihanyutkan air.
Sebuah kapal besar dihanyutkan tsunami yang merempuhnya ke arah tembok penahan di bandar Kesennuma, wilayah Miyagi, kata stesen ootage on public broadcaster NHK. 

Pegawai sedang menilai jumlah kerosakan, kecederaan dan kematian akibat daripada gempa bumi tetapi tiada maklumat diperoleh setakat ini. 

Gempa bumi itu berlaku pada jam 2.46 petang dan diikuti siri gegaran kuat termasuk 7.4 magnitud kira-kira 30 minit selepas itu. - Reuters 



 ~~~~~~~~~~~

Setakat ini, amaran awal dah disebarkan tentang risiko berlaku tsunami:
1. Pantai-pantai sekitar Labuan dan Sabah - orang ramai dinsihatkan tidak mendekati kawasan amaran tersebut. Amaran bermula pada pukul 6-12 tgh malam.
Paras meter laut sekarang dikatakan semakin tinggi.

2. Dengarnya kawasan kepulauan2 Indonesia pun turut berisiko.

 

Saturday, February 05, 2011

Syabas kerajaan Malaysia!

Salam..ada 2 artikel aye nak kongsikan..;)

Anifah nafi kerajaan lambat pindahkan rakyat kita dari Mesir

KOTA KINABALU 4 Feb. - Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman menafikan dakwaan sesetengah pihak menerusi internet bahawa kerajaan lambat bertindak memindahkan pelajar Malaysia dari Mesir yang kini dilanda kacau bilau.
Sebaliknya, beliau berkata, kerajaan bertindak pantas untuk menguruskan pemindahan rakyat Malaysia dari Mesir dan ini dilakukan hampir serentak dengan langkah dilakukan negara lain termasuk Amerika Syarikat.
"Rakyat perlu tahu bahawa bukan mudah mendapatkan hak pendaratan di Mesir. Ia mungkin mengambil masa, melainkan sudah tentulah jika keadaan di sana mencapai tahap bahaya.
"Selepas diberi hak pendaratan, kami segera mulakan usaha memindahkan pelajar Malaysia keluar dari Mesir sejak semalam dan kami harap dapat menyelesaikan proses pemindahan itu sebelum Isnin ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Sehubungan itu, Anifah merayu kepada pihak terbabit, khususnya blogger, supaya tidak mempolitik atau mensabotaj usaha murni kerajaan Malaysia untuk memindahkan atau membawa keluar lebih 11,000 rakyat negara ini dari Mesir ke Jeddah, Arab Saudi.
"Saya sangat kecewa dengan tuduhan ini apabila pada masa kerajaan kita di bawah kepimpinan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) menumpukan usaha memberi keutamaan kepada keselamatan rakyat kita di Mesir, segolongan pihak tertentu pula mengambil kesempatan daripada keadaan ini demi kepentingan politik mereka.
"Sekarang adalah masa bagi semua rakyat, tanpa mengira fahaman politik berganding tenaga memastikan kejayaan proses pemindahan dan bukannya mencari salah," katanya.
Ditanya sama ada kerajaan akan menanggung kos pengangkutan udara atau penerbangan pelajar Malaysia yang terjejas dari Jeddah ke Kuala Lumpur, Anifah berkata, kerajaan akan membuat keputusan berhubung perkara itu dalam sehari dua lagi.
"Kita tunggu sajalah pengumuman itu. Kerajaan akan menanggung sepenuhnya kos memindahkan rakyat kita dari Mesir ke Jeddah dan semasa di Jeddah, kami menyediakan penginapan dan makanan percuma," katanya. - BERNAMA

~~~~~~~~~~~


Pesawat TUDM tiba di Mesir

05/02/2011 2:29am

KAHERAH 5 Feb. - Pesawat Charlie C130 milik Tentera Udara Diraha Malaysia (TUDM) mendarat di lapangan terbang antarabangsa Kaherah di sini, kita-kira jam 6 waktu petang (12 tengah malam waktu Malaysia).
Pesawat yang membawa 180 pegawai termasuk media baru tiba setelah memulakan perjalanan pada Rabu lalu dari Malaysia ekoran pelbagai 'cabaran dan rintangan' di beberapa persinggahan.
Dua pesawat TUDM dijangka memulakan operasi pemindahan pelajar Malaysia serta-merta ke Jeddah di Arab Saudi. Satu lagi pesawat membawa pelajar dari Iskandariah. - Utusan


pascaskrip: Alhamdullillah. semoga rakyat kita selamat dan sihat walafiat saja. Semalam baru selesai solat hajat. insyaAllah..

Wednesday, February 02, 2011

(Serius) Krisis darurat di Mesir dan rakyat Malaysia di sana. Sebarkan!

Salam,
disamping kita semua sibuk juga berdepan dengan bencana banjir..
kita juga dihadapkan dengan berita rakyat Malaysia kita yang lebih kurang 10 ribu di Mesir...berada dalam keadaan terancam.
Bumi Al Azhar tu dah bergolak. Rusuhan yang aye dengar bermula sejak seminggu rasanya.
Beberapa sumber yang aye faham..


 Keadaan di mesir yang meruncing, mengancam keselamatan rakyat Malaysia di sana.
1. Keadaan semakin meruncing, kononnya kerajaan dikatakan tak membantu..
em..Nampaknya kita telah nampak beberapa tindakan daripada kerajaan mengenai isu ini.

2.kalau tengok dalam tv, masih belum terasa sangat keadaan meruncing tu, tapi tadi, aye baca tentang ni dalam blog krisismesir, astagfirullah..
 
3. Setakat  angka sebenar jumlah pelajar Malaysia di sana tidak diketahui, tapi ada sumber memaklumkan terdapat 11,000 rakyat Malaysia tinggal di seluruh Mesir.


Serba sedikit tentang rusuhan di Mesir

 1. Rusuhan dan darurat di Mesir adalah berpunca daripada revolusi rakyat menentang kerajaan pimpinan Hosni Mubarak. Revolusi ini diinspirasikan daripada revolusi tunisia baru-baru ini dan dijangka banyak negara timur tengah akan turut menurut jejak langkah rakyat Tunisia dan Mesir untuk ber-demo. 

2. Hosni Mubarak ialah diktator yang memerintah Mesir selama 30 tahun, dan mungkin anda tidak tahu Hosni Mubarak adalah pemerintah kejam, perampas harta rakyat dan juga sekutu US dan juga menyokong Israel. Media Malaysia kurang melaporkan berita mengenai ini dan ramai yang tidak tahu, ingat Mesir…bunyi Arab tu semua aman…semua baik-baik ke? Dah jadi riot baru kecoh satu dunia.





Keadaan sebenar di Mesir

Salam Ariff, saya Nadia, a student in Egypt.
Ariff, kini saya berada di Malaysia kerana pulang untuk winter break, but when I got home, the condition in Egypt somehow got worse about the Hosni Mubarak thingy. Ramai yang sangka keadaan kat sana adalah okay, mengikut kata Jabatan Penuntut Kaherah Mesir dan Kedutaan Malaysia di sana, but there are parts that they don’t know:
Di tempat saya Mansoura, people got killed on the streets, houses are getting robbed and they are aiming to attack Malaysian students. There are about 6000 prisoners on the streets! Airport dibakar dan anggota polis tidak lagi menjalankan tugas mereka.
Kita memohon supaya kerajaan Malaysia memandang serius hal ini. Bukan sahaja di Mansoura, malah di seluruh Mesir keselamatan rakyat kita terancam.
Segala update berkenaan keadaan di sana boleh dibaca melalui blog Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita
Jika ada cadangan di luar sana untuk membantu kami mendapatkan perhatian kerajaan Malaysia, sila hubungi Nurul Nadia Binti Md Zin di 017-3193923
Atau melalui:
Facebook: Nuvul Nadiva Dizavch
Twitter: DyyaDizarch
Blog: Nadia-ism
YM: nadia_mdzin2001@yahoo.com
Please let all Malaysians know about this. I will do the same but I need your help too especially to all the bloggers out there. May Allah save our citizens there.
- Nadia
sumber:  ariff.com



Krisis mesir dan rakyat negara kita

1. Huru-hara dan rusuhan di hampir semua tempat di Mesir

Rusuhan berlaku merata-rata tempat, orang awam bertempur dengan polis dan tentera…ramai terkorban, ramai cedera parah. Orang yang tak bersalah pun boleh jadi mangsa tanpa sedar.

2. Internet, Komunikasi Telefon Bimbit disekat

Dah beberapa hari sejak kerajaan Mesir menyekat Internet dan komunikasi telefon bimbit serta servis blackberry. Menyukarkan orang ramai untuk berhubung.
Ramai ibu bapa di Malaysia risau keadaan anak mereka di Mesir yang gagal dihubungi dan tidak tahu keadaan terkini isu di sana.

3.Lebih 5000 banduan terlepas dari penjara

6000 banduan terlepas dari penjara
Antara kes “prison break” terbesar setakat ini…6000 banduan telah terlepas dari penjara. 6000 tu jumlah yang sangat ramai, dan agak-agak apa banduan yang dah lama kena penjara akan buat bila dah terlepas?
Tak mungkin mereka insaf…yang pasti keganasan meningkat dan ramai menghadapi ancaman teruk.
p/s: tak terkata..

4. Pelajar Malaysia dirogol, dirompak

Dengar berita ada pelajar Malaysia di Mesir yang telah menjadi mangsa rogol dan rompak. Rumah yang didiami mereka dicerobohi dan mereka tinggal dalam ketakutan.
Ini bukan perkara main-main kerana melibatkan maruah dan nyawa rakyat kita sendiri. Minta pihak kerajaan Malaysia memandang serius perkara ini, sebab kalau ikutkan coverage di akhbar dan tv sekarang memang langsung tak dipandang serius.
edit : Berikutan ada menyangkal point ini…ada baiknya anda lihat blog Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita dan mungkin rujuk entri ini juga

p/s: dengar cerita, ianya sekadar khabar angin (rumors) semata. Ish..menakutkan orang je..

5. Darurat, krisis tempat tinggal dan makanan

p/s: apabila berlakunya darurat, mestilah sana sini keadaan adalah yang mengancam nyawa.
makanan, tempat tinggal semuanya terasa akan membawa maut.
perasaan tak selamat sentiasa melingkari diri. 
peh..kalau banjir pun dah rasa mcm darurat, apatah lagi keadaan yang memang tak selamat.
semuanya kerana keaganasan manusia mengancm nyawa manusia lain..


6. Airport, Balai Polis, Kereta diserang, dibakar

Lapangan terbang diceroboh dan di serang, dan segala urusan penerbangan banyak yang terpaksa di batalkan atas sebab keselamatan. Yang selamat hanya mereka yang ada pesawat peribadi.
Balai-balai polis dan kereta serta kenderaan di jalanraya banyak yang dibakar oleh perusuh. Terdapat juga insiden pihak tentera melanggar perusuh dengan kereta.

7. Bloggers seluruh Malaysia, take note!

Sebarkan maklumat berikut; dan minta kerajaan Malaysia memberi priority sebaik mungkin untuk isu ini.

1. Baca bacaan berguna ni bagi sesiapa yang tak berapa faham isu ni dan ingin mengetahui dengan lebih lanjut..

   2. Jadilah rakyat yang prihatin, andai kejadian macam ni berlaku pada kita mahupun saudar-mara  kita, apakah kita mampu menghadapinya? semoga kita mampu..jadi, sama-samalah membantu apa yang termampu..

Apa yang perlu kita buat?
1. Penyebaran. itu penting untuk memberitahu keadaan semasa kepada orang ramai.

 2. Share artikel2 macam ni di Facebook dan blog korang. Copy dan paste.

Berita terbaru

Update Keadaan (23:08 GMT +8)(17:08 GMT +2)

Update Azhar

- baru ada kenyataan rasmi mengenai pemindahan pelajar2 menggunakan kapal TLDM yg berlabuh di Athens
- pelajar di Alex sudah mula mengemas & berkumpul untuk bersedia dibawa keluar dari Mesir melalui kapal terbang dan dibawa keluar dari Mesir. mereka akan dipindahkn ke negara berjiranan Mesir, BUKAN DIHANTAR PULANG
- ibubapa diminta sentiasa menghubungi anak2 untuk mengetahui keadaan semasa mereka di samping memberitahu tindakan kerajaan Malaysia kerana sistem komunikasi di Mesir sangat terjejas, ramai yang tidak tahu keadaan semasa.
- kawasan Kaherah dan Iskandariah sangat dikhuatiri
- bagi anak2 di Muhafazah lain, InsyaAllah keadaan mereka selamat kerana kawasan yg teruk terjejas ialah Kaherah & Iskandariah.
- setakat ini tiada laporan kes keselamatan pelajar2 Malay sia di sana, doakan supaya mereka sentiasa selamat.

sedang mengemaskini maklumat pelajar yg keluar mesir, diminta sesiapa yg mnghubungi saya supaya text msg ke no saya nama penuh, ic & tempat pengajian.

*maaf pembetulan, kawasan Iskandariah masih selamat.

~~~~~~~~

pascaskrip:
Cerita-cerita Melayu sekarang, banyak mengaitkan pelajar dengan Al azhar. ye. itu memang cantik..tapi, ia telah dicemari dengan campur tangan politik.
sayang sekali..
sebab..
Mesir dikenali bukan kerana piramidnya. Ini kerana binaan yang menakjubkan bukan sahaja wujud di Mesir, tetapi juga di Indonesia dengan Candi Borobudur, di China dengan Tembok Besar, Patung Zues di Olimpia, Greek dan banyak lagi binaan-binaan lain di seluruh dunia. Bukanlah kemuliaan dan kehebatan Mesir di kehebatan binaan piramidnya yang lebih merupakan lambing kezaliman penguasa terdahulu terhadap rakyatnya di zaman tersebut.

Sesungguhnya kehebatan Mesir ialah kerana Universiti al-Azhar yang diasaskan pada tahun 970M. Itulah hebatnya Mesir. Bumi anbiya’ yang dipilih Allah SWT untuk menjadi tuan rumah kepada universiti tertua di dunia ini telah melahirkan generasi ulama terbilang yang bertebaran menyebarkan ilmu ke serata dunia. Atas kemuliaan ini, pemimpin Mesir sewajarnya terdiri daripada mereka yang mempunyai komitmen dengan Islam.~ chedet
  Kalau tak silap, krisis Palestin hari tu pun, sewaktu penghantaran makanan dibuat, pintu sempadan Mesir ditutup...em..kenapa ye?..

Entahlah, walaupun sibuk belajar, isu-isu  macam ni, memang aye ambil tahu..
Isu-isu macam ni menginsafkan dan membuatkan kita sedar, masa kita singkat.

Benda-benda yang enteng, tak payah sibuk sangat..
dan tentang isu ni, semoga dipermudahkan segalanya..

tahun lepas, kisah Mavi Marmara dan kembara sekumpulan sukarelawan ke Palestin, turut meggugah perasaan Rakyat Malaysia..
begitulah kita, sebagai saudara, harus saling mengambil berat..

Ya Allah, kau permudahkanlah segalanya...

Tuesday, February 01, 2011

(Gambar) banjir di Kluang, seakan sama dengan banjir 2006..

Salam, bulan pertama 2011  ni, kita disaksikan kejadian banjir
Banjir ini pernah aye saksikan..rasanya lagi teruk..
depan mata..iaitu di Kedah.
November lepas..
sekarang ni, berlaku di Selatan pula..
Ya, Kluang..
bandar pun banjir..
kali terakhir sebelum ni, berlaku pada tahun 2006.. 
ha, masa tu bah besar berlaku di Johor..
ni beberapa gambar daripada kawan-kawan FB...





jalan nak pegi bandar yg selalu org guna..

dah terputus pun..


hujan dah berhenti..moga banjir cepat surut..
ayah aye pula terperangkap dek banjir di Tenang, Labis..
rindu kat ayah..
sejak penamaan calon, ayah kerja luar di sana..
apa2 pun berbaloi..
keputusan menyenangkan..
meski berlaku dalam keadaan yang agk tak menyenangkan, tapi InsyaAllah..akan kembali tenang...

Saturday, January 29, 2011

Interlok dari mata hatiku

Salam..
hari khamis yang lalu..
kerajaan putuskan untuk menggunakan novel Interlok sebagai naskhah Tingkatan 5.
ok. ayat tu sedap.

tapi, bila je diberitahu~ tapi, ayat p...a yang sensitif tu akan dipotong.
akan dibuang.

Ok. mulanya. rasa macam ok. tapi, bila aye letakkan diri sebagai penulis tu..
perasaan lain macam..
rasa apa yang kita tulis tu dipijak-pijak. setelah diterima hampir separuh abad, kini, ia nak diolah kembali..

sampai diwujudkan panel khas untuk meneliti keputusan ni.



aye tak nak ulas isu benda yang telah dipolitikkan ni.


cuma, ternyata hikmah Allah sentiasa ada dalam setiap ujian Nya.


sasterawan negara Abdullah Hussein yang sebelum ni langsung tak dikenali kawan-kawan aye kebanyakkannya..
tapi, sejak peristiwa bakar buku tu...Pak Lah dikenali!
buku Interlok dicari-cari..

novel Konserto Terakhir..pun syok juga..yang buat air mata je...



sebelum ni, kalau tanya sesiapa pun, tentang sasterawan negara, majoriti akan jawab A. Samad Said..


ha..minggu ni belajar PA, hangat juga bercerita tentang sensitif hati politik tentang novel ni. 
Dalam kelas kami, perkataan p````` tu disebut perlahan..
maq aii..begitu sensitif..
kemudian, kawan aye yang berbangsa India..mengatakan..."itu memang untuk yg bawahan."
mukanya bersahaja...takde pula ye muka nak marah...

kawan aye, Lim pula berkata..

"buku boleh bakar ke? tak baik kan..."


owh..aye mengeluh. macamana kalau aku ditempat Pak Lah tu...


Lepas graduasi daripada Minggu Penulis Remaja disember lepas, rasa empati ni aye boleh rasakan.

Muka sasterawan negara terpampang di muka depan dada-dada akhbar~sambil mengesat mata..
oh..Pak Lah semakin dikenali..
ternyata, harga untuk itu semua terpaksa dibayar dengan harga yang mahal. Maruah seorang penulis tercabar...
ouh..penulis benar-benar sukar dicari..

setelah berjabat tangan tersenyum, lepas tu..tikam daripada belakang pula!

begitulah rasanya!
aye ingin meminjam sajak sahabat aye..Shukri Mohd Ali..:)


cuma pada kebenaran
kita bisa berharap

kebenaran cuma dilangit
di dunia hanyalah dusta
...
dan liku ini makin sempit
seperti hati
yang telah terlalu berat
dibasahi dengan air mata

penawarnya serangkap kata :
"barang yang diambil orang seeloknya dikhlaskan saja".
 
pascaskrip: sama2lah kita berdoa atas kesejahteraan SN Abdullah Hussein, semoga Allah memberi kesihatan yg baik kepada beliau dan keluarga.


Tuesday, January 11, 2011

Novel Interlok tiada elemen rasis - Soi Lek

11/01/2011 8:38pm


KUALA LUMPUR 11 Jan. – Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek menyifatkan novel Interlok, karya Sasterawan Negara, Datuk Abdullah Hussain, tidak mempunyai elemen rasis sebagaimana didakwa pihak tertentu.

Sebaliknya beliau berkata, novel itu penuh dengan elemen harmoni yang bertujuan untuk memupuk perpaduan antara kaum di negara ini berdasarkan kisah penceritaan yang berlaku pada tahun 1910, iaitu pada zaman kolonial.

Sehubungan itu, beliau menggesa pihak yang ingin meraih kepentingan peribadi dengan mempolitikkan novel tersebut supaya membacanya secara perspektif dan rasional kerana ia menceritakan aspek sejarah.
“MCA sudah meneliti novel ini dan kami berpandangan ia sebuah novel yang memupuk perpaduan serta keharmonian antara kaum dan tiada langsung elemen rasis seperti didakwa pihak-pihak tertentu.
“Ia menceritakan kisah pada tahun 1910, istilah yang digunakan adalah cerminan pada zaman itu. Janganlah dipolitikkan, baca dengan penuh perspektif dan rasional,” katanya pada sidang akhbar di Wisma MCA, di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas desakan golongan tertentu yang mahukan novel itu diharamkan daripada dijadikan teks untuk komponen sastera dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), bermula tahun ini.
Sabtu lalu kira-kira 100 masyarakat India membakar novel itu dan salinan gambar Abdullah di hadapan Dewan Sentosa, Majlis Perbandaran Klang (MPK) Selangor kerana mendakwa Interlok mempunyai unsur menghina kaum berkenaan.

Kepada soalan provokatif oleh seorang wartawan akhbar berbahasa Cina, apakah beliau akan berpendirian sama jika novel itu ‘menghina’ kaum Tionghua, Soi Lek sambil menempelak berkata, Interlok turut memaparkan kisah orang Cina.

“Novel ini bukan hanya menceritakan kisah orang India, penulisnya turut memaparkan kisah masyarakat Cina dan Melayu, jangan timbulkan isu...Sudahkah anda baca novel ini,” soalnya sebelum wartawan itu mengakui belum membacanya. - Utusan

Saturday, January 08, 2011

Ada siapa siapa jumpa atau ternampak budak ni ?



image
Salam semua blogger....kat sini saya nak mintak tolong skit sebarkan poster missing child nih. Harap-harap dengan menyebarkan gambarnya mungkin dapat menyelamatkan nyawa seseorang. Hanya ini yang dapat kita buat...please!!! Kalau ade ape-ape info, contact this person in FB 'Norazuin Munaji' incase u have any news about this handsome boy...harap semua dapat membantu...insyallah.-ATP
My prayers for him n his family
-ABGTEROR-

p/s: Ok, sebagai blogger,.kita harus prihatin dengan masalah macam ni..
sungguh sensitif...semoga Allah melindungi budak nih..
kita bantulah selagi kita mampu..



Tuesday, December 14, 2010

Kicap Cap Kipas Udang tiruan

Salam..
baru je lepas makan malam lauk asam pedas dengan kicap.
kicap Cap kipas Udang. Kicap....cakap pasal kicap, mesti ada yang tahu kan., ada sindiket pendek akal buat kicap tiruan jenama kicap cap kipas udang nih!
maq aiii..dah lah aye ni kaki kicap...
takde kicap..macam tak berapa sedap..dan dah bertahun-tahun memang beli kicap-Cap kipas Udang...
ha..dapat je tahu, terus aye cek kicap cap kipas udang tu yang ada kat dapur...
uii..dah nak abis dah dimakan nih..
harap-harap yang ni bukan tiruan..
aye baca kat Kosmo-


Kicap Cap Kipas Udang tiruan


GAMBAR menunjukkan kicap Cap Kipas Udang tiruan (kiri) yang mempunyai penutup plastik berlubang (dalam bulatan) berbanding kicap asli.



SEREMBAN - Kicap Cap Kipas Udang adalah antara jenama popular di kalangan pengguna di negara ini.
Tetapi ramai yang tidak sedar, oleh kerana popularitinya itulah jenama tersebut menjadi mangsa tiruan dan beredar dalam pasaran.
Bagaimanapun kegiatan haram itu terbongkar semalam apabila sepasukan penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) negeri menyerbu sebuah syarikat pemborong barangan runcit yang menjual kicap Cap Kipas Udang tiruan.
Dalam serbuan kira-kira pukul 1 petang di Jalan Tuanku Antah di sini, sebanyak 3,360 botol kicap jenama Cap Kipas Udang tiruan bernilai RM9,100 dirampas.
Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNKK negeri, Mohd. Nor Musa berkata, serbuan itu dilakukan selepas pihaknya menerima aduan daripada syarikat kicap berkenaan.
"Ketika serbuan terdapat lima individu termasuk pemilik syarikat berkenaan di premis terbabit.
"Hasil pemeriksaan mendapati kicap yang dijual di premis itu mempunyai ciri-ciri yang berlainan berbanding produk asli," katanya ketika ditemui di sini semalam.
__________________________________________--
  
Jadi, kepada peminat kicap kipas udang nih.ke kicap kicap cap apa pun,.berhati-hati yep. kalau ada jumpa yang tiruan, cepat2 buat aduan tau! 
orang-orang yang buat tiruan macam ni,  tah apa yang diletak kat dalam kicap tu..
bahan kimia ke..diorang ni nak kaya cepat..
jadi, sebagai pengguna, kita mesti tahu hak kita!