tangan yang mencatat, mendongak ke langit..

You will never love for it...until you know them well...
Tak kenal maka tak cinta...

Friday, September 18, 2015

coretan Penghujung Rindu




Bila Kekasih mengundang aku pulang
mahligai menanti penuh gemilang
bila kekasih menyingkap tabir cinta
tiada terbatas dengan kata-kata

Dapatkah aku
membalas dengan airmata
tanda syukur menerima
setelah sekian lama..
menghamba hidup..
pada dunia..

seribu tahun takkan sama..
sesaat bersatu dalam nyata
kerana kasih ku sanggup korbankan,
jasad dan nyawa

terang bulan kerana mentari
hadir bayang kerana cahaya
begitulah.
cinta kita,.
tiada jarak pemisah lagi..
tida garis sempadan budi..
ku terima dan jua memberi seikhlas hati..
seribu tahun dan sejuta langkah
seribu tahun bersinar cinta..
kita bertemu di penghujung rindu.



pada setiap lagu, aku rasa kan lirik. hayati lirik. melalui lagu ni..betapa dalamnya hidup ini berpenghujung,,
sebab kita ni hanya tetamu di dunia..kita akan pulang ke kampung halaman asal kita. Kita hanya sebentar di dunia..taburlah budi ,.berilah semua tanpa mengira apa..kerana perhitungan Tuhan tu jauh lebih baik dari perhitungan manusia yang terbatas ilmunya.

Wednesday, August 12, 2015

Kebaikan santan kelapa untuk merawat rambut

Assalamualaikum.

Rambut bagi wanita berhijab ni jangan diambil enteng. Jangan dibior je tanpa sebarang penjagaan walaupun kita boleh tutup dengan tudung. Sejak bercuti sem ni, rajin bebeno carik tip kecantikan.
Jadi, ni antara tips kecantikan rambut yang aku dapat untuk rawat rambut bermasalah ni. Paling utama, rambut berbuah.
Ramai perempuan bertudung akan alami masalah rambut berbuah.
salah seorangnya dakulah tu..
huish..rutin harian yang sibuk kena bangun pagi, buatkan rambut ni mudah berbuah.
Pertama selalu basuh rambut tapi tak tunggu kering dah pakai tudung.

Ni antara tips yang aku dapat sepanjang sesi blogwalking trough google.

1. Cari santan kelapa, lagi fresh lagi bagus,. (mak kat umah nak masak kari tu bolehlah minta sikit,,hehe) kemudian letak dalam peti sejuk untuk sejam ke then sapu dan lumurkan pada kulit kepala dan rambut. kalau nak result baik, buatkan seperti hair mask dan biarkan selama satu malam. Means, sebelum tidur boleh guna. Santan kelapa pun bagus untuk perawatan kulit kepala yang berkelumumur dan hujung rambut yang rosak. Memang berkesan. insyaallah. apa-apa bahan semulajadi ciptaan Tuhan ni ada kebaikan tersendiri pada manusia. so tak payah susah nak spent duit yang banyak kan.


2. Dapatkan daun inai dan tumbuk. Daun inai yang ditumbuk tu sapukan pada hujung rambut yang berbuah tu. Biarkan selama 3o minit kemudian basuh. Lakukan seminggu sekali je.

3. Gunakan syampu yang ada coconut oil kalau malas nak buat treatment hair mask. contohnya Syampu Herbal Essense yang ada coconut extract tu. serius membantu.

Sesiapa ada petua lain, bolehlah berkongsi..tetiba je rajin nak update blog semata-mata nak kongsi tips ni. :P


Friday, May 29, 2015

Projek Sarjana Muda 1 suatu permulaan.

Assalamualaikum. 

maaf pada blog dan semua yang membaca blog ku ini (kalau ada), haha..
kerana telah lama tak singgah. yelah, aku takmau sekadar jadikan blog ini sebagai sebuah medium luah perasaan tak puas hati. Tapi, biarlah segala yang aku buat tu ada inputnya sekurang-kurangnya kalau ada yang dah terbaca entri aku yang lepas-lepas tu insyaallah ada manfaatnya. 

Alhamdullillah. Hari Rabu semalam, tamat sudah pembentangan Projek Sarjana Muda 1 sebagai seorang pelajar Construction Technology di UTHM ni. 

Pembentangan PSM 1, bermula dengan perjalanan nak buat tesis dan segala bentuk format tesis yang harus kita ikuti,.semua tu ada rasa kepayahannya. Tak de satu pun yang aku rasa senang dan mudah melainkan kalau kita memang tade hati nak buat,.memang sangat payah nak siapkan tesis ni.

PSM atau Bachelor Degree Project ni satu je yang mmbahagiakan adalah lepas dah siap dan dah hantar. Itulah yang bahagia. Selain dari tu, semuanya cabaran yang tak akan habis selagi belum dokumentasi. 

Sabarlah..itulah dugaan pelajar. Lepas habis satu kerja, kerja lain pula menanti. 
Barulah rasa hidup tu macamana bila terfikirkan tesis ni. Bagaimana la pula pada orang yang amik master, phD? hati kena kental, jiwa kena yakin.kan?

terima kasih ayah dan mama yang keep supporting dan mendengar rintihan anaknya ini yang mesti nak telefon lepas present dan sebelum present. hehe. Pada adik beradik semua..kepada SV yang walaupun garang dan cerewet (eh..) tapi banyak membantu untuk mendorong untuk menggerakkan kerja penulisan tesis ni.

 Alhamdullillah. lepas pembentangan tu aku mampu tersenyum. Terima kasih atas budi baik panel juga yang banyak memberi cadangan dan kritikan yang membina. Tajuk yang aku bawa adalah Sustainablity Campus atau Kampus Lestari. :)



Terima kasih juga pada kawan2,..Hanisah, Silah, Farah, Salwa dan yang lain2 sama ada bantuan kecil ke besar,.hehe..daku menghargainya. kita banyak harung susah senang buat ni sama-sama kan. bila tak pueh hati sama2 cerita..haha. perangai masing2,.tapi alhamdullillah semua pun dapat present dengan baik..

Okey..bagi ucapan macam dah siap la kan tesis aku ni. padahal baru Bab 1, 2 dan 3..dan lepas ni nak siapkan dokumentasi akhir untuk full report. 

Sebenarnya dah nak penghujung tahun 3 ni, aku dah banyak muhasabah diri. 
kalau kurang sana dan sini,..aku cuba perbaiki. Tak nak lah terus down dan takmau teruskan.
Aku tahu, mungkin ada antara kita yang tak boleh terima course yang depa belajar,..tapi,.kita habiskan lah dulu..biarkan semua ni jadi flow yang mengajar kita untuk jadi lebih baik lagi pada masa akan datang.

Bukan tak menangis, bukan tak rasa nak gibap, bukan juga tak rasa down tambahan pula kemalasan dan tugasan  yang lain pun harus diberi tumpuan, tapi satu-satu masa tu aku duduk diam dan berdoa. Lepas solat tu, mesti aku berlama-lama atas sejadah. entah..kadang hanya hati yang bersuara,.berdoa dan berdoa..mengadu dan mengadu..

Satu lagi pesanan yang hebat dari seorang pensyarah yang aku kenal,..katanya,.kita memang takde kekuatan. Sebab tu kena mohon pada Tuhan. 
-Bangunlah sepertiga malam
-rajin bersedekah, 
-rajin berdoa untuk ibu bapa dan semua
- selalu positif

Simple, but ..need to refresh yourself. Buat tu kerana Allah..lama2 kita akan buat dan terus buat,.kita cuba ok? insyaallah,..

bertahanlah wahai raksa,.jangan kau terhenti..
berpautlah wahai nyawa..ini bukan mimpi,
saksikan dengan mata,.
rasakan dengan jiwa,.
kau sedang tinggi,,.

Jauhnya kau terbang siapa sangka..
getir yang menghalang tak besar mana..

payah semalam,.
moga mudah selama

tiap apa yang mematah tegakmu:-
tiap yang menolak-
tiap yang memijak henyak-
biar di belakangmu
jangan dikenang, moga dibuang dendam dan sayu-

Tuhan, jangan kau izin aku lupa
jangan kau biarkan aku mendepang dada
pasakkan hatiku pada kaki
paksakan ku tunduk sehingga mati..

:)

29/5 /15
12.30 am


Wednesday, March 11, 2015

Stand By Me- Doraemon crying

Assalam n hye olls

aku nak mulakan cerita tahun ni dengan first tajuk yang aku mungkin takde kena mengena dengan kehidupan aku sebagai pelajar. Tapi yes, sebagai seorang penggemar cerita kanak-kanak..haha.


Doraemon-Stand By Me.baru je sampai di kaca tv Malaysia tahun ni.


Cerita kanak-kanak kesayangan seantero dunia. Filem ni dilancarkan sempena 80 tahun F. Fujiko F Fujio. Dan diceritakan tentang Doraemon dan Nobita. Pertemuan mereka dan diakhiri dengan perpisahan mereka. Doraemon yang akhirnya kena balik ke zaman abad ke 22. 


Based on what we know, Nobita, Doaremon, Shizuka, Suneo and Giant. is the main character for this manga.

Tapi kali ni lebih fokus kepada friendship Doraemon-Nobita dan antara Nobita-Shizuka.
Like we know, Nobita adalah seorang pemalas, kerap dapat kosong, suka tidur..(macam doraemon membebel sambil airmata tak berhenti jatuh, begitu juga aku yang dah meleleh air mata melihat kucing robot ini boleh pulak menangis..huwaa)


Doraemon one of my favourite manga forever

Friendship Goals Doraemon -Nobita


Doraemon dari abad ke 22 telah dihantar oleh cucu atau cicit Nobita ke zaman abad ke 21 untuk membantu Nobita yang sering saja dibuli, tidak pandai, pemalas..

Mulanya Doraemon tak nak pun, tapi bila cicit Nobita tarik hidung Doraemon (butang set robot ) Doaremon kena follow juga arahan tu.

" Doraemon perlu membuatkan Nobita bahagia dan sangat gembira . Setelah misinya selesai Doramon akan balik ke abad ke 22"

Dari mesin masa, Doraemon keluar dari laci meja belajar Nobita. 
Ohh dari situlah bermulanya perkenalan mereka. 
Ramai yang dah tahu kan, dulunya Doraemon tu kan warna oren, tapi datang ke abad 21 je trus warna biru. Tapi adalah kisah disebaliknya.
Tapi, cerita kali ni memang touching. Bersedialah untuk menyapu air mata.
Kadang-kadang cerita kartun macam ni, bila buat cerita sedih sangat tulus rasanya. Macam real.
How they touched our feeling dengan persahabatan mereka.

Friendship goal antara Doraemon dan Nobita. 
Kisah Nobita ni mengajar kita..
Nobita pemalas, kuat tidur tapi berangan-angan nak berkahwin dengan Shizuka.
berangan kalau boleh nak tahu sangat siapa bakal isteri dia.
Disinilah bermulanya..Shizuka menjadi isteri dia di masa dpan atau tak., bergantung pada tindakan dia ketika dia masa kecil. 

Doraemon, mulanya bosan dengan Nobita. tapi yelah,.lama-lama dia kesian juga pada Nobita..How kind are u..Doaremon ni memang diprogramkan sebagai robot yang baik dan untuk membantu orang. Jadi, Doraemon ni mudah lembut hati..haha boleh ke ckp macam tu..tapi yelah,. 
Doraemon semakin lama makin sayang pada Nobita. Walaupun Nobita tu mcm tu, Nobita tu hati baik juga. Dia kuat berusaha untuk belajar dapat markah baik..berusaha untuk tak depends pada Doraemon..terutama masa Doraemon dah nak balik ke masa depan tu..

Sangat touching okeh..masa Nobita kna belasah dek Giant jahat tu..hmm nakal aw Giant tu! geram!



Comell kan Shizuka? :)

Apa kisah disebalik Shizuka-Nobita ni ye? tengok la sendiri nanti. hehe
sangat suka cerita Doraemon Stand By Me versi 3D ni. 

Persahabatan tu jangan mudah disinggungkan ddengan kekurangan. Sebab itulah yang melengkapkan persahabatan. Terima kekurangan dan sama-sama perbaiki.
Jadilah macam Doraemon yang sentiasa bagi support pada Nobita walaupun Nobita tu tak la begitu rajin, tak pandai sangat,.tapi apa-apa pun Nobita tulah kawan baik Doraemon..
Macm Nobita, kerana Doraemonlah, dia ada sahabat baik masa kecil.
Jangan sia-siakan orang yang ada di sisi kita.

Sediakan tisu okeh untuk menonton episod 3D ni. sesuatu sangat boleh  rasa nak menangis..:')

Apa-apa pun siri animasi Jepun ni masih mendapat tempat dihati setiap kita. Mlayan zama kanak-kanak. Jangan ditengok pemalasnya Nobita, tapi tengoklah,..balasan yg dia selalu dapat kalau malas..haha


Maybe we should watch it on 2D too. sebab ada lain sikit jalan ceritanya.

Stand By Me 5  stars..love the visual and character :)

Friendship Goals ni buatkan kita rasa touching. Hope we can meet someone like this blue robot cat - Doraemon :)




Lagu tema- Janji Matahari aka Himawari no Yakosuko