tangan yang mencatat, mendongak ke langit..

You will never love for it...until you know them well...
Tak kenal maka tak cinta...

Thursday, August 11, 2016

Randomly; a Pshycopath stories by Ramlee Awang Murshid

Kita sering dibatasi realiti dan fantasi.
Disaat cinta bersemi bersama berilusi
Disitulah kita, mengenal erti budi
Kasih sayng insani dan peribadi
Pada detik yang ngeri
Yang tak pernah termimpi
Ku dibaluti sepi
Kenangan membara lagi
Meracuni hati yang ketelanjuran..
Baru kini ku akui kau masih milikku lagi
Dan terus bersemadi hingga akhir nanti.
(Realiti dan Fantasi –Crossfire)
Sambil dengar lagu sejati (lagu baru Faizal tahir) .
Kau selalu ada
Ku tenggelam dengan dunia
Kau tetap sempurna
Ku tak sedar waktu beredar
Andai dipisah.. engkau dari aku
Gelap gelita musnah semua..
Biar mati ku mencuba demi bahagia
Biar sakit dilukai dpat ku rasa
Biar nadi ku terhenti
Demi ke syurga
Biar selamanya mencari
Cinta sejati..sejati..
Lagu sebelum cahaya. Lagu potret dan mewangi. Aliran perasaan get-into-the-novel tu semakin lama semakin meresap.
Memang attitude aku kalau nak baca novel mesti kena dengar lagu. Lagu yang sesuai dengan cerita. And then, popp..that feeling when the songs really suits into it.
Aku baru sudahkan pembacaan ke atas novel Imaginasi dan juga Rahsia Perindu.
Dan aku mahu bercerita mengenai Rahsia Perindu dahulu. Rahsia Perindu baru je aku tamatkan kepeningan serta ada phsychopath yang kekadang mengganggu emosi.
Pada mulanya aku rasa, aku boleh handle perasaan lagi, tapi itulah Ramlee Awang Murshid punya cerita takkan biar pembaca menguap sebelum masa. Kalau boleh, dia nak orang turut sama berfikir.
Dan aku yang sudah baca untuk kali kedua ni, hanya ada satu klu je mengani cerita ni. Lain dari tu, aku langsung lupa. Aku tak ingat apa sebab, siapa penyebab, apa yang telah terjadi,.semua aku tak teringat. Jadi, pembacaan kali kedua  ni ibarat membaca pertama kkali. Bagus juga.,banyak ilmu psikologi yang aku dapat. Ilmu yang aku takkan dapat kat  mana2 melainkan membaca.

Berhati-hati dengan reality,.mungkin ianya adalah sekadar fantasi.
Apa yang aku dapat dari novel ni
1.       Plot Twist. Surprise. Never ever guess. U can guess. But maybe u need to prepare. Mana tahu sangkaan itu mungkin meleset. Kan.
2.       Psychopath. Ada kisah antara Leopard dan juga Maria.
3.       Kisah ini tidak dihidangkan dengan karakter yang mempunyai penyakit psikiatri semata-mata tanpa analisis klinikal dan empirical. Dengan adanya watak seorang pakar psakiatri cerita ni berjalan dengan sangat smooth dan membantu kita sebagai pembaca yang gelas kosong, boleh mengetahui secara dasarnya mengenai pshycho, skizofrenia dan sebagainya dalam bahasa yang lebih mudah. Disini big credit diberi buat tuan penulis. Bukan sekadar mewujudkan watak, malah penyakit watak itu telah dianalisis dengan kaedah perubatan jiwa iaitu dari bidang psikiatri.
4.       Kita bukan sja2 tengok orang yang dalam ni tertipu dan seolah-olah diganggu, kadang2 terasa diri sendiri pun macam ada yang melihat. Hoho
5.       Kerana suatu peristiwa hitam. Someone can resist its humanity. Seriously.
6.       Keteguhan cinta dan motivasi orang-orang tersayang akan membangkitkan cinta dan semangat seorang pesakit mental untuk pulih.
7.       Kerja-kerja guaman its sucks with the story. Aku rasa macam tengok cerita yang ada LD berlakon. Macamana seorang pesakit mental dibela seorang peguam sedangkan dalam masa yng sama karakternya berubah-ubah. Gila atau phsychopath?
8.       That feeling when ada penyiasatan dilakukan, kita akan jadi tertanya-tanya pakah dia atau dia yang membunuh. Tu jela..nak guess boleh, tapi pastikan kau dpt baca jalan cerita sebaiknya. Yesza..RAM is unpredictable.
9.       Overall, kisah ini memang berat bagi yang dah terbiasa dengan cerita yang santai2 belaka. Tapi kalau yang mahu berfikir, silakan. U will make your brains ability works .:)
10.   Watak Dr Azlan adalah penyelamat bagi segala konflik yang tak terjawab dalam cerita ni. Kerana sikap dan professional nya dia, aku suka.
11.   Jiwa yang kacau, takkan pernah tenang tanpa pemegang jiwa. Pemegang jiwa adalah ALLAH SWT. Takkan pernah terlpas seorang hamba dari genggaman ALLAH. Hati dan fikiran yang dipusatkan pada ALLAH takkan pernah kecewa. Kerana hanya ALLAH adalah pembela yang Maha Adil.
Setelah aku meningkat dewaasa ni, novel ni aku baca dengan persepsi yang berlainan dari dulu. Malah, banyak impak perasaan yang aku dapat rasakan melalu watak2. Then, I should keep in my half concioussness yang segalanya aku boleh buat..takde yang mustahil dengan Izin Allah.

5 stars to the moon and back. :)