tangan yang mencatat, mendongak ke langit..

You will never love for it...until you know them well...
Tak kenal maka tak cinta...

Monday, July 25, 2011

Kemenangan Malaysia terus diperkatakan...Alhamdullillah..

Salam,
Walaupun dah 2 hari, namun kemenangan Malaysia masih terus diperkatakan. 
Aye dalam kalangan yang bersyukur dengan keputusan ni.
Setelah mengikuti selama seminggu, 
akhirnya malam Sabtu yang lalu, Malaysia merangkul gelaran juara bagi kedua-dua kategori Qari dan Qariah. Syukur.


Selama berpeluang mendengarkan bacaan Al Quran..
selama itulah, aye dapat juga ilmu tafsir Al Quran yang selama ini terlepas pandang..
walaupun tak tengok tvnya...dengar kat radio pun ok juga..
dapat pahala mendengar..
so, lepas ni..kalau ada antara kita yang semakin berminat nak mendalam ilmu Qiraat dan Tarannum ni..teruskan...
ilmu Allah ni luas..ambil lah mana-mana yang kita mahu selagi Allah mengizinkan..


Jom dengarkan bacaan Johan Tilawah AlQuran Antarabangsa kita..


Ustaz Amirrahman bin Abas ; Johan Qari



Puan Hajjah Suraya bt Abu Hassan ; Juara Qariah


 

Saturday, July 23, 2011

Entry ke 400 yeah!: Segmen Jom Cari Blogger Kreatif

Salam...
aha! baru terjumpa segmen ni..
hah..walaupun tv menayangkan perlawanan Singa vs Harimau Malaya..
tapi., nak juuga mata ni tengok blog..
ok sat..

Nuffnang Ads
 saya ni blogger yang...




kucing comey yang memberikan kasih sayang..cewah..
sebagai manusia..kita berbaik2 sesama kita ye..insyaAllah..;)

Ramadhan 8 Hari lagi: KENALI SIAPAKAH PENCURI DALAM SOLAT ...



Orang-orang yang menunaikan solat mereka dalam keadaan kelam-kabut akan hilang penghayatan dan khusyuk mereka. Mereka ini disifatkan oleh Rasulullah SAW sebagai pencuri.

Sabda Rasulullah SAW :

"Seburuk-buruk pencuri ialah mereka yang mencuri dari solat mereka". Maka sahabat pun bertanya: " Wahai Rasulullah bagaimana mereka mencuri dari solat mereka?" Maka Rasulullah menjawab: "Mereka yang tidak sempurna ruku` dan sujud mereka (iaitu mengerjakan solat mereka dengan pantas)."
(Riwayat Ahmad, Thabrani dan Ibn Khuzaimah)

Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Daud dan Nasaa`i, Rasulullah SAW melarang dari solat yang dikerjakan seperti burung yang mematuk makanan, iaitu pantas berdiri dan sujud dalam waktu yang singkat.

Dalam hadis yang lain Rasulullah juga bersabda:

"Allah SAW tidak melihat solat seseorang yang dikerjakan tanpa sempat meluruskan tulang belakangnya antara ruku` dan sujud."
(Hadith riwayat Thabrani).

Maka marilah kita mengerjakan solat kita dalam khusyuk, tenang dan tanpa kelam-kabut agar solat kita tidak menjadi sia-sia dan agar kita dapat meraih fadhilat-fadhilat dan anugerah-anugerah yang telah dijanjikan oleh Allah SAW.

Sabda Rasulullah SAW:

"Apabila seseorang darimu hendak mendirikan sembahyang, maka hendaklah ia sembahyang laksana sembahyang orang yang memberi selamat tinggal, iaitu orang yang sama sekali tidak fikir ia akan dapat kembali bersembahyang lagi."
(Riwayat Al-Dailami dari Ummi Salamah)

***************** 
Tips Ramadhan:
tengok Al Kulliyyah semalam,
sebelum nak memasuki Ramadhan, 
ayuhlah kita STUDY dulu segala hal tentang ibadah puasa ni..
sebelum memasuki MADRASAH Ramadhan ni..
insyaAllah..
ok, jom kita semak diri kita ;)


Saturday, July 16, 2011

Akulah Awan Nano..nano..nano..nano..

Salam,.
Awan Nano.
lagu ni, mula dengar masa sibuk kat Maharaja Lawak episod berapa ntah buat lagu ni..
lalu menjadi siulan dan bisingan kawan-kawanku..

itu dia..lagu Awan Nano ni ciptaan lirik oleh M.Nasir
wah...Tahniah berjaya merangkul Lagu Terbaik di Anugerah Planet Muzik malam tadi.

kalau lagu M. Nasir, lirik mesti ada kias disebaliknya nih..
sedikit sebanyak, aye banyak juga suka lagu beliau..
Ketuhanan dan mesejnya nampak.

meh..zoom lagu ni.



Awan Nano – Hafiz AF7

Lihat ke arah sana
Serakan warna dan berarakan
Awan
Pabila terik panas
Segera hadirnya memayungi diri

Pabila kau dahaga
Sesegera turun hujan melimpahkan kasihnya
Pabila kau katakan
Akulah awan itu yang kau mahu

Begitulah awan nano
Setia melindungi diri
Tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu

Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu

Kasihnya
Kasih tiada banding
Setia tiada tara
Bagaimanapun jua

Awan kekasih sebenarmu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu

Lihat diriku ini
Yang sesekali pernah kau bagaikan awan
Sehingga tak mungkin terlupa
Berikan belas sedari dulu

Sehingga tak mungkin termampu saksi
Setitis pun air matamu kasihku
Sehingga kau katakan
Akulah awan itu yang kau rindu

Akulah awanmu yang sedia
Melindungi dirimu tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu

Akulah awanmu yang sering kau rindu
Dan tak terduga hadirmu walau tak tercapai jejarimu

Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu

Begitulah awan nano
Setia melindungi diri tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu

Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu

Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu

*****
Awan...kalau dapat ku capai..
Maka saktilah hamba ;)

itulah dia...
awan yang di langit..
mencurah hujan ke dunia..
dengan pelbagai rahmat..

Allah hadirkan hujan,
manusia bertanya..
bila hari nak cerah ni?
lalu di sebalik awan, 
muncullah sebaris pelangi..
yang indah..

Si anak ikan yang degil

     
         Dalam satu sungai terdapat beberapa kumpulan ikan. Yang sentiasa bermain di celahan batu. Ada yang alim ada yang nakal. Dalam banyak-banyak ikan itu, berlaku lah perbincangan di kalangan mereka. Ikan yang alim dengan rasa sayang kepada rakannya yang lain memulakan sembang kedai kopinya.

“Saksikanlah ikan-ikan sekalian. Di darat terdapat manusia. Mereka akan memperdayakan kita. Apabila kamu terlihat sebarang cacing ataupun umpan yang ada bersama di atasnya tali, maka tinggalkanlah. Kerana di dalam umpan tersebut ada mata kail. Hancur robek bibir kamu jika memakannya. Apabila kita memakan umpan tersebut, ditariknya kita dengan kuat sekali. Kemudian kita akan diangkat dan dipegang kuat oleh tangan manusia. Dibuangnya mata kail dari bibir kita sehingga robek bibir kita. Dibiarkan kita sesak nafas kita tanpa setitis air. Kemudian kita akan dipotong ekor, bibir, sisik. Insang kita akan ditarik keluar dengan rakus oleh manusia. Perut kita akan dibuang begitu sahaja.

            Kemudian kita akan di masukkan ke dalam minyak yang sangat panas. Sehingga kering segala isi dan tulang kita. Dan akhirnya kita akan dimakan satu persatu anggota badan kita oleh manusia di bumi. Ingatlah pesananku kepadamu tentang bahayanya makhluk di bumi sana kepada kita.” Pesan ikan yang alim kepada ikan yang lain.


            Walaupun ikan disitu semuanya setiap hari mendengar amaran tersebut, namun ramai di kalangan ikan yang memandang ringan pesanan ikan yang alim. Bagi mereka, tidak mungkin mereka tertipu dengan umpan manusia. Mereka beranggapan amaran itu hanya sekadar mainan. Lalu ada sebahagian ikan yang termakan umpan mata kail yang telah diletakkan oleh manusia. 

Ikan yang termakan umpan tadi, tidak mungkin kembali semula ke dalam sungai. Yang ada hanyalah penyesalan. Walaupun ikan yang ditarik pancing itu sentiasa menjerit-jerit memberitahu rakan-rakan yang lain agar berhati-hati dengan umpan manusia. Namun, ikan-ikan yang lain langsung tidak mengambil iktibar dari kematian rakan mereka.

            Begitulah perumpamaannya seorang manusia. Apabila datang peringatan dari Allah dan para pendakwahnya, mengingatkan tentang kehidupan selepas kematian. Saat pedih diambil nyawa ketika sakaratul maut. Dihimpit di dalam kubur sehingga bersilang tulang rusuk kita. Dicincang dan di makan ulat. Di bakar dengan panasnya api neraka dan berbagai-bagai lagi seksaan yang tidak tergambar akal manusia.

            Namun ramai di kalangan manusia yang enggan. Yang alpa dan leka. Akhirnya mereka tergoda dengan dunia yang penuh dengan tipu daya. Jadilah manusia umpama ikan. Yang sentiasa terlupa wajah Sang umpan.
***************

p/s:carilah ilmu sebanyak mungkin..kerana ilmu itu takkan pernah cukup untuk kita.
sabda Rasullullah, tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad.
semakin banyak ilmu digali, semakin kita beriman kepada Allah..
 bapa ikan yang menasihatkan tu memang bagus..berwaspada pada dunia yang mencabar ini..
sentiasa bergantung pada Allah s.w.t..

Friday, July 15, 2011

Doaku...



Semakin hari, 
terasa masa semakin singkat.


"Hari ni dah hari Jumaat dah?
la..baru je minggu lepas kita suka-suka masa hari Koko....minggu depan dah periksa!"


satu lagi suara berkata "2 minggu lagi puasa", tak cukup dengan tu..
" bulan 8 akhir nanti ready for trial exam", dan fikiran terus bekerja memikirkan rancangan untuk mengejar masa yang tak meninggalkan kesan ni.


"okey. bulan 9..kerja kursus kamu akan dihantar ke Kementerian. Jadi, kita terus fokus pada penghasilan akhir", dengan muka tak beriak...kami mengangguk. Mengira beberapa detik yang masih ada.


"Masa pergi UPSI bulan lepas, masih lega lagi mengatakan..ada lagi 7 bulan nak periksa. boleh rileks lagi. jangan gelabah sangat", kata-kata itu diluahkan oleh kawan-kawanku dan masa tu memang masih boleh senyum lagi.


dan pada minggu ni, bila semak segala jadual. minggu depan..Ujian Penilaian pula muncul.


Baru Rabu lepas, tamat segala aktiviti sukan sekolah...dan ia akan menjdi lipatan kenangan untuk kali yang akhir zaman sekolah  menyertai perbarisan kawad kaki yang agak riang!
hem..walaupun hanya menang sorak..;)


Dan..setiap kali dihimpit masa..seorang manusia yng bertanggungjawab mesti pandai berkawan dengan masa. 
Hari demi hari yang kita lalui ni, semalam ibarat mimpi yang tak akan berulang lagi. hanya mampu diingati je. 
macam tulah...bila aye dan kawan satu kelas semua kena nasihat sikit..
sedarlah..korang dah setahun lebih dah kat pra-u ni! jangan sia-siakan masa selama setahun tunggang terbalik korang belajar....inilah masanya persediaan yang baik menentukan hasilnya pada tahun depan.


dan..aku..hamba yang lalai..berkira-kira..
"Ya Allah..lapangkanlah hatiku dalam meniti hari demi hari dan permudahkanlah urusanku..."


Surah al asyr :1-3
Demi masa, 
sesungguhnya manusia didalam kerugian,
melainkan yang beriman dan berpesan-pesan kepada kebaikan 

Alhamdulillah. semoga setiap hari bila kita sedar, masa semakin singkat..kita takkan mensia-siakan masa.
buat masa ni, apa yang aye paling nak buat ialah menulis cerita. tapi, masih dalam list. kita dahulukan yang penting dulu nampaknya.

semoga hari ni lebih baik dari hari semalam ;) 

suka ayat ni, status fb kawan aye..~
berdoa dengan terlalu mengharap doa itu akan makbul dengan segera sama seperti 

memaksa 

Tuhan mengubah aturan yang telah ditentukan-Nya. maka jadilah pendoa yang ikhlas, yang 

berdoa kerana yakin penuh bahawa Tuhan itu Maha Mendengar. sampai masa, doa itu akan 

makbul juga. bukankah Dia telah janjikan bahagia untuk semua :)



BEN ASHAARI:Awaklah Pulak!

mau join ini...


Santai Bersama BEN ASHAARI

Tuesday, July 12, 2011

Dimana Dia Di Hatiku ♥

Dimana Dia Di Hatiku ♥

Sesungguhnya setiap kali kita mendapat ilmu..barulah kita sedar betapa masih dangkal ilmu kita..semakin kita berjalan di muka Bumi Allah ini, semakin kecil rasanya diri..aye nak kongsikan artikel ni..esok ada kawad kaki..moga dikuatkan hati nak berlatih dengan baik ;)

INDAHNYA HIDUP BERSAMA ALLAH


Sekembalinya Nabi SAW dari bumi Thaif. Berteduh Nabi SAW sebentar di bawah pohon anggur. Di dalam kebun milik Utbah dan Syaibah. Kesedihan jelas terpapar pada wajah Nabi SAW setelah di cerca dan dilontar batu oleh penduduk bumi Thaif. Utbah dan Syaibah memasang telinga mendengar pengaduan hebat dari seorang Rasul kepada RabbNya. Rintihan yang dipohonkan oleh Nabi SAW membuatkan kekafiran Utbah dan Syaibah tersebut juga lentur sehingga menyuruh khadamnya Addas untuk memberi anggur kepada Nabi SAW sebagai penghilang kelaparan.




“Ya Allah… Kepadamu aku mengadukan kelemahan kekuatanku,
Dan sedikitnya kemampuanku,
Serta kehinaanku dihadapan manusia.
Wahai Sebaik-baik pemberi kasih sayang,
Engkaulah Tuhan orang-orang yang lemah dan Engkau adalah Tuhanku.
Kepada siapakah Engkau serahkan diriku,
Kepada orang yang jauh yang menggangguku,
Atau kepada musuh yang akan menguasai urusanku,
Asalkan Engkau tidak marah padaku maka tiadalah keberatan bagiku,
Akan tetapi kemurahan-Mu jauh lebih luas bagiku.
Aku berlindung dengan Cahaya Wajahmu yang akan menerangi seluruh kegelapan,
Dan yang akan memberikan kebaikan segala urusan dunia dan akhirat,
Untuk melepaskan aku dari Marah-Mu,
Atau menghilangkan Murka-Mu dariku.
Hanya pada-Mu aku merintih berharap mendapatkan Keridloan-Mu,
Dan tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan-Mu
(Rujuk Raheeq al-Makhtum, Syeikh Safiyurrahman al-Mubarakfuri)

Perhatikanlah kehebatan tawakkal Nabi SAW. Lembaran hidup beliau menunjukkan pada kita bagaimana ia bertawakkal. Ketika Baginda di puncak penghinaan dan penolakan di Mekah.

Diragut dengan pemergian dua orang pembelanya iaitu Abi Thalib dan isteri tercinta Khadijah dalam tahun yang sama. Sehingga tercatat lembaran sejarah memberi jolokan inilah tahun duka cita bagi Nabi SAW. Namun kedukaan ini tidak menggambarkan hilangnya rasa keseorangan di hati Nabi SAW. Kepada Allah dijadikan teman.

Khadijah dan Abi Thalib diwafatkan, agar Nabi SAW semakin tergantung hanya kepada Allah SWT. Terkadang, begitu cintanya Allah kepada kita, ia mengambil semua “sebab” yang telah kita terbiasa dengannya. Seolah –olah Allah ingin mengatakan kepada kita , “Wahai hambaKu, Aku ingin engkau datang dan berlindung hanya kepadaKu”. Ketika kita menyangka semua jalan sudah tertutup, lalu Allah menginginkan kita kembali padaNya hingga kita mengetahui Dia itu al-Wakil.

Lantaran itu doa yang sering dituturkan Nabi SAW menggoncangkan hati umatnya dalam meletakkan Allah SWT sebagai pelindung. “ Ya Allah, jangan Kau tinggalkan aku untuk diriku walau sekelip mata atau yang lebih sedikit dari itu. Kerana jika Engkau meninggalkanku, maka Kau tinggalkan aku dalam kelemahan, aurat dan kesilapan. Dan aku tidak percaya kecuali pada rahmatMu.” ( HR al-Baihaqi)

Penyerahan sebulat hati walau sekelumit kerdipan mata. Itulah tawakkalnya seorang Rasul. Disisi lain Allah “cemburu” pada hati manusia. Allah mencintai kalau hati seorang hamba terkait denganNya sendirian ketika ia dalam kondisi taat. Tetapi kadang hamba itu disibukkan dengan urusan dunia. Lalu Allah mengambil dunianya tersebut agar ia hanya disibukkan dengan Allah semata-mata.


Lihatlah peristiwa Nabi Ibrahim AS. Ketika ia tertarik dengan kehadiran anak baru iaitu Ismail AS. Allah mengambil Ismail dari tangannya. Dia memerintahkan Ismail disembelih. Namun tatkala di hati Ibrahim hanya terdapat Allah sebagai pemilik cintanya, maka digantikan kibas sebagai galang ganti hadiah pengorbanan beliau.

Nabi Yaakub AS, dikurniakan seorang anak yang sangat comel iaitu Yusuf AS. Sehingga kecintaan kepada Yusuf AS memenuhi semua hidup dan hatinya. Maka Allah mengambil Yusuf AS selama dua puluh tahun, sehinggalah hatinya kembali dipenuhi cinta pada Allah. Lalu Allah pun mengembalikan Yusuf AS padanya semula.

Inilah dinamakan “cemburu” nya Allah. Cemburu Allah tidak sama seperti cemburunya makhluk. Diambilnya pendamping kita, untuk digantikan diriNya sebagai Maha Pelindung. Kefahaman inilah yang membuatkan Nabi SAW mendidik para sahabatnya dalam bertawakkal.

Kisah kegentaran Abu Bakar RA ketika di Gua Thur detik peristiwa Hijrah di rendangkan dengan pesanan mulia Nabi SAW ,
“Jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita”. Dada Ibn Abbas yang masih kecil ketika itu ditanam dengan pesanan Nabi SAW dengan sabdanya “Jagalah Allah, maka Dia akan menjagamu”. ( HR al-Tirmizi dan Ahmad)

Dimanakah tahap kebergantungan kita pada Allah SWT.?
Ketika dihimpit dengan kesukaran. Ketika disaat hilangnya tali berpaut. Adakah kita mampu meneladani contoh terpilih yang sentiasa hidup kebersamaan disamping Allah . Sehingga mereka digelar kekasihNya. 

Tatkala pedang dihunus ke leher Baginda Nabi SAW, ditanya siapakah yang mampu menghalangimu. Lalu dijawab oleh Nabi SAW, hanya ALLAH penghalangmu. Membuatkan terjatuhnya pedang si musuh dengan jawapan betapa tingginya nilai kebergantungan kepada Allah SWT. Juga ketika mana manusia berbondong-bondong menahan keperitan kepanasan api yang setinggi bangunan yang disediakan bagi membakar Nabi Ibrahim AS. Mereka semua hanya berkata tiada lagi yang dapat membantu Nabi Ibrahim AS. 

Namun mereka terlupa. Siapakah yang paling hampir disisi hambaNya yang erat dalam kebersamaan. Lalu terpancar berulang-ulang dari bibir seorang Nabi, “ Cukuplah Allah bagiku, ( Dialah ) sebaik-baik tempat bersandar.”
*******
sumber: imammudaasyraf




Mencari..Damasutra-Umpama Mimpi Dalam Mimpi

Salam..

sejak dua tiga belas menjak ni..
suka betul..aye nak cari lagu yang ketuhanan..dan puitis.
lagu ini telah aye temukan. Umpama Mimpi Dalam Mimpi. rock 90 an dulu..
lagu ni bermain-main dalam fikiran walaupun earphone aye dah tercabut. 
artikel tentang penulis liriknya pernah aye baca. ..itu yang buat aye tercari-cari lagu ni..

Suatu cerita yang sangat indah tersembunyi di sebalik sebuah lagu yang menjadi siulan anak muda suatu ketika dulu...

"Hati Para 'arifin itu selalu rindu kepadaNYA, Saat2 Penuh kenangan adalah di kala munajat berdua denganNYA, Jasad Mereka di bumi mabuk cinta kepadaNYA, Sedang roh mereka di malam hari, menuju kepada hijab TuhanNYA" -Petikan syair dalam Kitab Bahr ad-Dumu' Ibnul Jauzi
-fb imam muda asyraf

bila je aye baca status im ni pasal syair tu..sungguh..lagu ni bertepatan..

Kenangan bersamamu kasih...
Seumpama mimpi di dalam mimpi...
Terasa engkau di sisi...
Menemaniku saban hari...

Terasa bagai di alam mimpi...sedangkan itulah realitinya. Diri sudah mengenal Empunya Diri... dan bayang sudah mengenal Empunya Bayang. Mana mungkin bayang akan berpisah dengan Empunya Bayang. Begitulah diibaratkan sebuah kehidupan makhluk...Mana mungkin makhluk boleh berpisah dengan Penciptanya. Kalau ada..maka itu karut!

Pabila ku pejamkan mata...
Akan terasa hangatnya asmara...
Walaupun...sekian lama...
Telah terpadam cinta kita...

Apabila seluruh pancaindera di'tiada'kan, maka wujudlah keasyikan dalam menjalin hubungan 'asmara' dengan Pencipta. Walaupun suatu ketika dahulu, kita pernah lupa dan lalai dalam mengingatiNya...

Luka yang tak terasa...
Mengalir darah yang tak berwarna...
Bagai jeritan tanpa...
suara...

Kesakitan rindu yang amat berat ditanggung hati. Rindu mahu bersama dengan Penciptanya. Apakah Dia masih mahu menerima diri yang berlumpur dosa?

Tangisan dalam ketawa...
Sedu sedan...menjadi syair cinta...
Terasa ingin ku sentuh...
Bayanganmu...

Nah! Terbuka sudah hijab apabila telah mendapat Jalan Allah. Menitislah airmata kegembiraan...air mata kesyukuran. Ya! Allah itu mempunyai sifat yang cukup indah, tetapi mampukah kita menggapai walau hanya sekadar cahayaNya?

Walau hanya seketika cuma...
Agar hilang rindu dan dahaga...
Agar pulih semangat kasih dan mesra...
Seperti baru...kenal cinta...

Cukuplah walau sedetik Dia muncul walau dalam keadaan selingkar cahaya sekalipun, pasti dapat mengubat dahaga rindu seorang hamba yang bertaubat. Maka berputik kembali semangat kasih dan mesra dalam mencintai Allah...

Kenangan bersamamu kasih...
Membakar gedung fikiranku ini...
Terasa hidupku ini...
Umpama mimpi dalam mimpi...

Kenangan kita di 'alam' itu sebenarnya hampir tidak tercapai dek akal fikiran. Melainkan 'Kembali Kepada Allah'. Inilah realiti kehidupan di mana masih ramai dalam kalangan kita belum temui kebenaran hakiki...
Bagaikan mimpi...tetapi itulah realiti...

credit: mencaridiri

hafizah: lagu ni sememangnya mempunyai maksud tersirat. puitis, tu yang aye suka.,tangan dah mula gatal nak berpuisi pulak dah ni..;) tapi, insyaAllah. lepas tamat periksa nanti..
sekarang, ada misi lain nak kejar. terpaksa la aye berhenti kejap.

dan sungguh...indah kenangan bersama MU..ku harap akan berlaku lagi..

nak dengar lagu ni? cari track kat myipod kat bawah ni ye ;)

Saturday, July 09, 2011

Belaian Jiwa 1432~ al Mawlid

ASsOlatu WasSalam



 Sedangkan pantai pun boleh berubah..
apatah lagi hati manusia..
inilah dia..

Kumpulan Al Mawlid! gabungan kumpulan Ruffedge dan VE
aye suka dengar lagu ni..
layan..
semntara ramai yang tak boleh keluar rumah akibat jalan diBERSIHkan..

ok..layan sementara menunggu SUBUH ni...insyaAllah..

Friday, July 08, 2011

Amin.,.,Amin, Ya Allah..,KU BERMOHON PADA MU

Salam...dan selamat sejahtera.

Allah s.w.t berfirman..

"Maka berdoalah kamu kepadaKu..nescaya akan Aku perkenankan kepadamu."

 




 Ku bermohon kepada mu~
Astaghfirullah.. Astaghfirullah..
Astaghfirullahal ‘adzhim.. Al ladzii laa illa ha illaha..
Huwal hayyul qayyuum.. Wa atubu illaik..
Amin… amin… amin… amin…
Ku bermohon pada Mu yaAllah..
Tetapkan iman ku sentiasa pada Mu
Berserah pada Mu
Sesungguhnya
Solat serta ibadahku
Hidup dan matiku
Hanyalah untuk Mu
Hanyalah untuk Mu
Ya Allah..
Laillahaillalah.. Laillahaillalah.. Laillahaillalah..
Ku bermohon pada Mu
Tiap detik ku mengharap kebaikan Mu
Lindungilah aku selamatkanlah
Dari seksaan mu yang azab sengsara
Laillahaillalah.. Laillahaillalah.. Laillahaillalah..
Ku bermohon pada Mu
Permudahkanlah segala urusan
Rahmatilah segala pemberian
Kurniakanlah aku dunia dan akhirat
Amin… amin… amin… amin…

Wednesday, July 06, 2011

Wordless Wednesday # 2 : masuk paper jap..hehe

ASsOlatu WasSalam

 Berita Harian, 3 Januari 2011


Wordless Wednesday # 1

Salam, pagi!
cuba korang baca..
ni doa apa?..
hari-hari kita kena baca doa ni tau..;)



Segenggam Tabah- Hulurkan bantuan, Ringankan beban buat Norma



Salam...
baru berjalan-jalan dari blog ke blog..
dan berita ni, rasa macam lambat je tau kot..
bila pergi tengok blog sakura ni,
aye terpandangkan banner ditepi blog beliau..
seperti banner yang ada di sebelah ni >>>

bila klik banner tu, 
muncul la satu blog yang menceritakan keadaan semasa seorang hamba Allah yang bernama Norma.
buat masa ni, aye belum baca habis lagi entry2 tersebut.,
sekrang ni,  sebagai komuniti masyarakat..aye nak uar-uarkan tentang keadaan beliau ini.
semoga usaha kecil ni, insyaAllah dapat membantu..




 cimb

01070068677528

Noormawati Mohd Rasif




quote ~moon

"Saya terlebih dahulu memohon maaf pada keluarga Norma sebab tak mendapat kelulusan dr mereka but ketahui la this is the least that i can do to help . Ive discuss this with Talib before n dia kata dia malu n dia tak mo org ingat dia menagih simpati ...No Lib ...Lib tak buat apa pun ...akak cuma nak bantu Lib . Moon suh dia buat acc ut Rafiq tp asek tak sempat je Talib nih ...so acc Norma pun will do .
please note this dia org tak pernah sekali pun suruh ai buat nih ....sila jgn salah paham ..ini hanya la sumbangan ikhlas dr kowang tew ye ."

pascaskrip: Berat mata kita ni nak memandang.. apatah lagi yang memikul beban tu..
inilah yang dikatakan ujian Allah. semoga dikuatkan mereka untuk menghadapinya.
Dan kepada sesiapa yang berkemampuan. hulurkan sumbangan..seikhlas hati..
kerana inilah tanggungjawab kita sebagai manusia yang mempunyai hati dan perasaan..

dan..saat ini..
terkenangkan  lagu ni.. ;')



Semoga Allah memberi kesembuhan..Amin..

Sunday, July 03, 2011

Si skema yang menulis diari di buku latihan..

"Huh..ni diari zaman bila ni?", lantas aku menyelak muka surat demi muka surat..
oh..tahun 2003 hingga 2004..
dan akhirnya,.aku duduk bersila dan tergelak sendirian bagai kena sampuk dek kerana membaca kenangan indah hasil tulisan seorang budak kecik iaitu aku.

Salam semua.,
 disamping mengadap lappy ke netbook, ada tak lagi yang menjalankan kegiatan menulis diari dalam buku?
mesti ada antara korang dulu pernah layan diari kan..
diari ni dah macam bakul pun ada..ada je nak letak ke dalam diari tu.

Tadi, baru je..buka buku2 lama..kurun sebelum naik tingkatan 1..
hihi..membaca luahan hati sendiri..kelakaq2..
macam-macam je aye si budak kecik yang innocent bercerita.
dan apa yang telah aye tulis tu..banyak bagi kenangan..dan tanpa disedari, banyak juga mengajar erti hidup ni..almaklum.dak skola rendah punye ayat..

Zaman kreatif dan inovasi ni...semua orang mengadap blog..
tapi..aye ngaku...masih mengamalkan amalan tradisional dengan mencatat segala benda yang  terfikir, terus ke buku tebal ku...
bukan buku kecik tau..buku tebal..buku ni ku usung ke sana ke mari.
heh..walaupun dah ada blog, tapi,..diari ni masih jugak aye nak tulis.
heheh.kadang kat diari la..proses pengeraman cerita sebelum aye tulis dalam blog.


menulis diari..still sweet kan? diari lebih selamat tapi, kalau letak rerata...dan amat personal pulak benda tu..sila amik perhatian..tu je..
yang nak bahayes tu..kalau dah cerita luahan perasaan 360 darjah..kite bako je la...tak yah disimpan-simpan..tapi, kalau yang pahit dan maniss tu..simpan, buat pengajaran.
cuma, sekarang, bila dah ngadap blog..diari letak tepi kejap..
tapi,..bila idea yang tiba-tiba ada dan muncul..situasi setak membolehkan aye untuk mengadap lappy mahupun ipad(sbb benda ni xde, hehe),,
buku juga menjadi tempat aye catatkan semua.
mungkin bila dah advance sikit, kita just pakai ipad kan..

dan menulis diari ni, banyak juga membantu. terutamanya dalam proses berfikir.
kita fikir mana yang perlu disebarluas kat blog, dan mana satu yang bersifat peribadi..
lagi satu, ia agak bagus untuk menulis tatkala sedih aka down. menulis pun ibarat sedang berdoa..tumpuan tu amat mudah dirasakan.

tapi, ada pendapat katanya.. , semua orang mesti ada diari. Kalau tak ada buku diari pun, buku latihan sekolah tu pun boleh dibuat diari. Diari ni, bukannya tulis...."Oh, hari ni aku dikecewakan"..., dan...lain-lain lagi.... tapi tulis apa yang kita buat sepanjang hari, apa kebaikan dan keburukan yang kita buat hari ni, barulah boleh muhasabah diri balik. Dan bila dah tahun depan, buku diari tahun ni, jangan buang....simpan.... boleh tengok-tengok balik apa yang kita buat dahulu supaya tahun depan lebih baik dari tahun ini..

ha..? kan..


heh.. tetiba terfikir pasal nih..tadi singgah Popular, terserempak dengan novel ni..habis. tergelak sorang-sorang kat belakang tuh..sambil diperhatikan orang kedai tu,bila baca sinopsis belakangnya..
Buku 1: Diari Mat Despatch


“Kepada sesiapa yang menjumpai buku ini, ini bukanlah buku laporan sains sekolah walaupun ia memang sepatutnya buku laporan sains. Tetapi ini adalah diari. Oleh kerana aku tidak mampu beli diari, aku beli sahaja buku laporan sains. Jadi, apa yang aku mahu beritahu adalah, jangan baca diari ini dan jangan pulangkannya. Buang atau bakar kerana apabila membaca diari ini anda akan mengetahui rahsia aku dan aku akan malu” JADI TOLONGLAH JANGAN BACA –Baharuddin Bekri
* Dapatkan buku ini secara Online di Kedai-Buku.com
Buku 2: Diari Mat Despatch-Lelaki Baik

“Diari bulan Januari yang aku tulis dalam buku laporan sainds sudah hilang. Diari ini diari kedua aku. Tujuan aku membuat diari ini bukan lagi kerana niat mahu belajar Bahasa Melayu Tinggi kerana aku sudah kecewa dalam ujian BMT dahulu. Kini, aku menulis diari kerana merasakan menulis diari bolleh melegakan perasaan aku dan membuatkan aku tenang. Aku juga sedang mencari definisi berkenaan lelaki baik” – Bagaimanakan lelaki itu dikatakan lelaki baik? – Baharuddin Bekri

tak dapat nak selindung lagi, aye nak dapatkan novel ni. papkal je poket tak muat nak amik duit..(walaupun..)

p/s: hanya orang skema yang baju di dalam beserta rambut disikat tepi sahaja yang menulis diari
~ayat tak menahan daripada novel ini...


Friday, July 01, 2011

♦ IMAM MUDA UNGGUL MUSIM 2- IMAM MUDA HASSAN


Dari kiri, Hassan juara Imam Muda unggul 2011 musim kedua | Imam Muda Hassan

Hassan dinobatkan sebagai juara Imam Muda unggul musim kedua, Graduan Ijazah Sarjana Muda Ilmu Wahyu (al-Quran & Hadith) Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Mohd Hassan Adli Yahaya @ Yahuza, 26 (Hassan) Hassan adalah seorang yang pendiam namun ramah sekiranya didekati. Sedikit seperti kehidupan yang pernah dilalui Nabi Muhammad S.A.W yang dibesarkan tanpa ayah di sisi ketika beliau masih kecil. Ini membuatkan Hassan lebih manja bersama ibunya. Rahmatnya apabila kita sering membantu dan bersama ibu setiap masa, apa saja yang didoakan ibu dipermudahkan Allah.

Pengalaman yang ditimba ketika mengikuti salah satu program realiti Akademi al-Quran suatu masa lalu banyak memberi panduan yang berguna kepadanya.
Mudir, Hassan Mahmud juga meyakinkan bahawa, Hassan ternyata memiliki kekuatan pada semua ujian teori dan praktikal yang dilaluinya. Memandangkan dirinya juga adalah seorang pensyarah di salah sebuah sekolah agama di ibu negara, ternyata kelebihan menjuarai   juara Imam Muda musim kedua.
Imam Muda musim kedua sampai kemuncak malam ini UJIAN besar yang ditempuhi sepanjang sembilan minggu mengikuti program Imam Muda bukan sebarang individu yang mampu menghabiskan. Tidak semua mampu berhadapan dengan jenazah yang tidak sempurna untuk diuruskan sekiranya tiada kekuatan mental dan fizikal, berhadapan mayat bayi dalam isu pembuangan bayi, menyelami perasaan banduan terakhir, orang tua yang ditempatkan di rumah kebajikan dan pelbagai ujian lagi. Semuanya menguji ketabahan hati dan melawan perasaan jiwa yang berkecamuk untuk menangani masalah sebelum bergelar Imam Muda. Malam ini adalah penentu debaran Imam Muda peringkat akhir apabila hanya dua daripada 10 Imam Muda akan dinobatkan sebagai Juara Imam Muda musim kedua.

Nazrul pula naib juara Imam Muda unggul musim kedua, pemegang Diploma Pengajian Islam Kolej Pengajian Islam & Dakwah, Nazarul Izwan Zolkiflee, 26 (Nazarul) Imam muda yang dicari. Siapa menyangka, Nazarul yang lahir dari latar belakang keluarga yang hanya memiliki asas saja di dalam ilmu agama, namun kecekalan, kesungguhan dan tidak mengaku kalah melayakkan dirinya untuk berdiri di pentas akhir. Beliau disifatkan sebagai Imam Muda yang berani menyahut cabaran, memiliki hati yang bersih sehingga memudahkan ilmu yang dipelajari cepat dimiliki. Mudir, Datuk Hassan Mahmud juga menganggap dirinya orang yang merendah diri, ramah dan menghormati masyarakat sekeliling. Begitu juga dengan Pengurus Saluran Astro Oasis, Izelan Basar berkata, beliau tertarik dengan pemikiran yang melangkaui kotak fikiran manusia biasa. Bagaimanapun, kita tidak sesekali dapat mempertikaikan kelebihan sama yang dimiliki Hassan, dari air mukanya yang bersih jelas menggambarkan persis lelaki soleh yang mampu menarik perhatian sesiapa saja sekiranya beliau membuka bicara.

Juara Imam Muda menerima hadiah cukup mewah yang dianggarkan RM350,000 iaitu kereta, wang tunai, pakej haji, biasiswa melanjutkan pengajian ke Universiti Madinah dan pelbagai lagi, begitu juga dengan naib juara turut mendapat hadiah yang sama. Namun ternyata ilmu yang diperoleh di dalam program itu tidak ternilai daripada hadiah yang bakal mereka terima. Apapun tanggungjawab yang lebih berat terhadap masyarakat lebih mendebarkan mereka sebaik tirai program ditutup malam ini.

tq, mummycute


p/s: aye memang tak dapat tengok secara langsung..ehm..
tapi, nasib baik ada geng satu kepala..dapat lah teman dengar pengumuman Mudir yang memang mendebarkan tu dari speaker tv ke corong telefon terus ke telingaku..
hihi..bila dengar je pengumuman..belum dengar nama IM Hassan lagi, kawanku dah menjerit!
hoho..terharu woo..memang tak mengharap mana2 pun..tapi..bila dah diumumkan..mestilah eden suke! hihi..
semoga apabila keluar nanti..dapatlah kiranya Imam Muda Hassan mengorak langkah mengajak anak-anak muda mengorak langkah membina masa depan..insyaAllah.


dan..aye nak saksikan..video Kemuncak ni..

♦ IMAM MUDA HASSAN JUARA IMAM MUDA 2 !!

Hassan juara Imam Muda musim kedua


KUALA LUMPUR 30 Julai – Setelah sembilan minggu bersiaran, program pencarian imam di kalangan generasi muda iaitu Imam Muda akhirnya menobatkan Mohd. Hassan Adli Yahaya sebagai juara musim keduanya.
Kemuncak program yang mengangkat peranan imam ke kaca televisyen itu berlangsung di Dewan Muktamar, Kompleks Pusat Islam malam ini.
Beliau mengenepikan pencabar terdekatnya Nazrul Izwan Zolkiflee. - Utusan


p/s: terharu..orang kampung menang..walaupun (opah punya kampung)...
wah..walaupun menanti debaran dengan dengar kat telefon je...itu dah cukup terharu! hehe..man jadda wajjada! ♥




KEMUNCAK IMAM MUDA MALAM INI- Susah nak pilih juara..ikut rezeki deme la..





Malam ini, tepat pukul 9 malam..di Astro Oasis..
saksikan kemuncak Imam Muda.
tu dia..
kedua-dua Imam Muda kita akan bersaing sihat antara IM Nazrul dan IM Hassan.

Aye dah follow on Imam Muda bermula minggu ke 6..
itupun lepas terdengar bicara mereka di IKIM.FM masa kejadian tanah runtuh yang menimpa anak-anak yatim Hulu Langat.


Kedua-dua ni adalah pendidik! sorang cikgu seorang lagi pensyarah.
yeah. terbaikk.
pada hari Selasa lepas, memang aye tunggu depan radio  nak dengarkan IKIM.FM.
dapat jugak teman dengor deme bercerita tentang tugasan deme di kampung halaman masing-masing.
IM Nazrul pi balik Segamat, Johor (dekat johor tu..)
IM Hassan pula pi balik Ayer Tawar, Perak..(dekat juga ngan umah opahku..hihi..)

Perbualan antara mereka di IKIM.FM..

Dj Ustaz Erwan:  Hari ni tiada topik khusus untuk segmen Remaja kali ini. Nampaknya kedua-dua Imam Muda nampak seperti kepenatan dan agak tertekan sedikit. Jadi, bagaimana persiapan tugasan terakhir sebelum malam kemuncak nanti, kita mulakan dengan Imam Muda Hassan

IM Hassan: Ya. ustaz, tugasan saya di kampung halaman dapat disempurnakan dengan baik. Alhamdullillah. tak sangka sambutannya begitu meriah sekali. Para penduduk menyambut kepulangan saya dengan besar-besaran. Rasa macam YB pun ada..saya diarak beramai-ramai..sungguh. pengalaman yang tidak boleh dilupakan.

IM Nazrul: Saya pun begitu juga. Terima kasih buat semua masyarakat yang sanggup berpenat-lelah untuk menjayakan tugasan saya ini. mereka menyambut saya dah macam YB je rasanya.

Uhh..begitulah sedikit demi sedikit perkongsian mengenai tugasan kedua-dua IM ni.
larh..dah nak abis pun Imam Muda.
em..di akhir siaran tu, IM Hassan menyatakan rasa bersyukur nya apabila terpilih sebagai peserta Imam Muda dan menyatakan apabila terpilih untuk ke kemuncak, baginya ini menjadi satu tanggungjawab yang semakin berat untuk dipikul dengan baik.

Begitu juga, Imam Muda Nazrul, bagi IM ni, apa yang diamanahkan ini akan lebih besar tanggungjawabnya selepas tamat program Imam Muda dan apabila kembali ke pangkuan masyarakat, kami harus teruskan perjuangan..

owh..apa yang sweet antara mereka ni adalah persahabatan iaitu ukhwah yang terjalin, menyumbang kepada persaingan sihat. Bak kat IM Hassan, tanpa sahabat Imam Muda yang lain tu..tak meriah lah perjuangan mereka selama ni.

adat bertanding, mesti ada pemenang kan..tapi, bagi aye..kedua-dua ada kelebihan tersendiri.
siapa pun yang jadi JUARA malam ni adalah rezeki masing-masing.
yang PENTING..perjuangan dakwah islamiah tu yang harus berterusan..

tinggal lagi sejam...

teringat juga IM Hassan yang minta agar kita semua mendoakan kesemua Imam Muda sentiasa tawadhuq dan istiqamah.
ye. itulah yang paling penting.
ikutlah resmi padi, semakin berisi, semakin tunduk dia ke Bumi...
jangan jadi macam jagung..makin berisi. makin tinggi pula dia mendongak...

Betul. teringat karakter Laksamana Sunan -al hero novel karya Ramlee Awang Murshid-
yang sentiasa istiqamah walau kemana-mana dia pergi, semua orang memuji kehebatannya. Tapi..dalam hati..dia beristighfar agar tiada riak di dalam hati..
segala puji hanya untuk Allah s.w.t

sweet ♥ kan?
betapa Allah mengajar kita sentiasa bersifat hamba ini harus muhasabah diri..

Im Hassan menyatakan kerisauannya itu. Ya..semoga semua mereka sentiasa istiqamah.

Satu lagi, aye tertarik dengan perbincangan mereka..
betapa setiap dakwah itu yang mengalami kesulitan itu akan mengajar kita untuk terus kuat..
sebab, kalau kita lakukan sesuatu dakwah tu begitu mudah hingga tiada rasa susah pun, mesti ada yang tak kena.

tulah..
aye teringat..

Sesungguhnya Allah tidak memandang kamu dari segi paras rupamu, hartamu.
tapi..IMAN dan TAKWA mu itu yang paling tinggi disisi Tuhanmu.
Dan betul..
there's a blessing in disguise.
Setiap kesusahan akan menjadi suatu kebahagiaan, sebab manusia tu sentiasa mengingati Allah tatkala susah ♥

Dan buat keduanya..korang dah touch my life bila je tonton Imam Muda ni.
semoga aye pun termasuk dalam golongan hamba Allah yang kuat bermujahadah sepertimana mereka..

ok. dan aye sedang berkira-kira...waa..tak dapat tengok Imam Muda secara live..;(
takpe...tengok kemudian la nampaknya..

ok..man jadda wajjadda buat Imam Muda ;) like..like..


GEGAR BLOG JULAI 2011

Dah lamer tak join segmen abg beng ni..
la ni..nak join,.ok..
si blogger yang kecik ini menghulurkan salam perkenalan kpd semua yang singgah blog ni :)
sila tinggalkan komen apabila singgah, nnt aye singgah balik ;)

sila klik banner, kalau nak join~ hingga isnin 4 julai, 2 petang..
 
 p/s: aye rasa macam mau ubahsuai blog..um. tapi, masa agak mengekang. apa-apa pun..i love my blog ;). oh nak tengok Imam Muda malam ni..entri pasal ni nanti ;)

♦ RAHSIA ♥SOLAT♥ DI AWAL WAKTU

Salam,
Israk wal Mikraj..
Hari ni hari Jumaat, 1 Julai bersamaan 29 Rejab 1432 H.
semalam dengar ceramah Forum Perdana Ehwal Islam tentang 'Menuju Mikraj'.

InsyaAllah,..aye nak kongsi sedikit ilmu yang baru dapat daripada FB Kelab Penyokong Imam Muda Hassan ni.jom baca.

.

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.

 ♥ Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.
Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.
Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu.
Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

 ♥ Waktu Zuhur
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?

♥ Waktu Asar
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu .). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita

♥ Waktu Maghrib
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la .) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

♥ Waktu Isyak
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.
Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.
Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya .

Hafizah: solat ni ibarat tiang, jika tiang rapuh., maka berlakulah keruntuhan pada binaan tu. Silap-silap berlaku tanah runtuh..jadi,renung-renungkan dan selamat beramal. ;)
aye nak guna ayat nih ;)
۞Maassalammah Wa illal Liqa'۞