tangan yang mencatat, mendongak ke langit..

You will never love for it...until you know them well...
Tak kenal maka tak cinta...

Friday, July 01, 2011

KEMUNCAK IMAM MUDA MALAM INI- Susah nak pilih juara..ikut rezeki deme la..





Malam ini, tepat pukul 9 malam..di Astro Oasis..
saksikan kemuncak Imam Muda.
tu dia..
kedua-dua Imam Muda kita akan bersaing sihat antara IM Nazrul dan IM Hassan.

Aye dah follow on Imam Muda bermula minggu ke 6..
itupun lepas terdengar bicara mereka di IKIM.FM masa kejadian tanah runtuh yang menimpa anak-anak yatim Hulu Langat.


Kedua-dua ni adalah pendidik! sorang cikgu seorang lagi pensyarah.
yeah. terbaikk.
pada hari Selasa lepas, memang aye tunggu depan radio  nak dengarkan IKIM.FM.
dapat jugak teman dengor deme bercerita tentang tugasan deme di kampung halaman masing-masing.
IM Nazrul pi balik Segamat, Johor (dekat johor tu..)
IM Hassan pula pi balik Ayer Tawar, Perak..(dekat juga ngan umah opahku..hihi..)

Perbualan antara mereka di IKIM.FM..

Dj Ustaz Erwan:  Hari ni tiada topik khusus untuk segmen Remaja kali ini. Nampaknya kedua-dua Imam Muda nampak seperti kepenatan dan agak tertekan sedikit. Jadi, bagaimana persiapan tugasan terakhir sebelum malam kemuncak nanti, kita mulakan dengan Imam Muda Hassan

IM Hassan: Ya. ustaz, tugasan saya di kampung halaman dapat disempurnakan dengan baik. Alhamdullillah. tak sangka sambutannya begitu meriah sekali. Para penduduk menyambut kepulangan saya dengan besar-besaran. Rasa macam YB pun ada..saya diarak beramai-ramai..sungguh. pengalaman yang tidak boleh dilupakan.

IM Nazrul: Saya pun begitu juga. Terima kasih buat semua masyarakat yang sanggup berpenat-lelah untuk menjayakan tugasan saya ini. mereka menyambut saya dah macam YB je rasanya.

Uhh..begitulah sedikit demi sedikit perkongsian mengenai tugasan kedua-dua IM ni.
larh..dah nak abis pun Imam Muda.
em..di akhir siaran tu, IM Hassan menyatakan rasa bersyukur nya apabila terpilih sebagai peserta Imam Muda dan menyatakan apabila terpilih untuk ke kemuncak, baginya ini menjadi satu tanggungjawab yang semakin berat untuk dipikul dengan baik.

Begitu juga, Imam Muda Nazrul, bagi IM ni, apa yang diamanahkan ini akan lebih besar tanggungjawabnya selepas tamat program Imam Muda dan apabila kembali ke pangkuan masyarakat, kami harus teruskan perjuangan..

owh..apa yang sweet antara mereka ni adalah persahabatan iaitu ukhwah yang terjalin, menyumbang kepada persaingan sihat. Bak kat IM Hassan, tanpa sahabat Imam Muda yang lain tu..tak meriah lah perjuangan mereka selama ni.

adat bertanding, mesti ada pemenang kan..tapi, bagi aye..kedua-dua ada kelebihan tersendiri.
siapa pun yang jadi JUARA malam ni adalah rezeki masing-masing.
yang PENTING..perjuangan dakwah islamiah tu yang harus berterusan..

tinggal lagi sejam...

teringat juga IM Hassan yang minta agar kita semua mendoakan kesemua Imam Muda sentiasa tawadhuq dan istiqamah.
ye. itulah yang paling penting.
ikutlah resmi padi, semakin berisi, semakin tunduk dia ke Bumi...
jangan jadi macam jagung..makin berisi. makin tinggi pula dia mendongak...

Betul. teringat karakter Laksamana Sunan -al hero novel karya Ramlee Awang Murshid-
yang sentiasa istiqamah walau kemana-mana dia pergi, semua orang memuji kehebatannya. Tapi..dalam hati..dia beristighfar agar tiada riak di dalam hati..
segala puji hanya untuk Allah s.w.t

sweet ♥ kan?
betapa Allah mengajar kita sentiasa bersifat hamba ini harus muhasabah diri..

Im Hassan menyatakan kerisauannya itu. Ya..semoga semua mereka sentiasa istiqamah.

Satu lagi, aye tertarik dengan perbincangan mereka..
betapa setiap dakwah itu yang mengalami kesulitan itu akan mengajar kita untuk terus kuat..
sebab, kalau kita lakukan sesuatu dakwah tu begitu mudah hingga tiada rasa susah pun, mesti ada yang tak kena.

tulah..
aye teringat..

Sesungguhnya Allah tidak memandang kamu dari segi paras rupamu, hartamu.
tapi..IMAN dan TAKWA mu itu yang paling tinggi disisi Tuhanmu.
Dan betul..
there's a blessing in disguise.
Setiap kesusahan akan menjadi suatu kebahagiaan, sebab manusia tu sentiasa mengingati Allah tatkala susah ♥

Dan buat keduanya..korang dah touch my life bila je tonton Imam Muda ni.
semoga aye pun termasuk dalam golongan hamba Allah yang kuat bermujahadah sepertimana mereka..

ok. dan aye sedang berkira-kira...waa..tak dapat tengok Imam Muda secara live..;(
takpe...tengok kemudian la nampaknya..

ok..man jadda wajjadda buat Imam Muda ;) like..like..


No comments: