tangan yang mencatat, mendongak ke langit..

You will never love for it...until you know them well...
Tak kenal maka tak cinta...

Friday, July 15, 2011

Doaku...



Semakin hari, 
terasa masa semakin singkat.


"Hari ni dah hari Jumaat dah?
la..baru je minggu lepas kita suka-suka masa hari Koko....minggu depan dah periksa!"


satu lagi suara berkata "2 minggu lagi puasa", tak cukup dengan tu..
" bulan 8 akhir nanti ready for trial exam", dan fikiran terus bekerja memikirkan rancangan untuk mengejar masa yang tak meninggalkan kesan ni.


"okey. bulan 9..kerja kursus kamu akan dihantar ke Kementerian. Jadi, kita terus fokus pada penghasilan akhir", dengan muka tak beriak...kami mengangguk. Mengira beberapa detik yang masih ada.


"Masa pergi UPSI bulan lepas, masih lega lagi mengatakan..ada lagi 7 bulan nak periksa. boleh rileks lagi. jangan gelabah sangat", kata-kata itu diluahkan oleh kawan-kawanku dan masa tu memang masih boleh senyum lagi.


dan pada minggu ni, bila semak segala jadual. minggu depan..Ujian Penilaian pula muncul.


Baru Rabu lepas, tamat segala aktiviti sukan sekolah...dan ia akan menjdi lipatan kenangan untuk kali yang akhir zaman sekolah  menyertai perbarisan kawad kaki yang agak riang!
hem..walaupun hanya menang sorak..;)


Dan..setiap kali dihimpit masa..seorang manusia yng bertanggungjawab mesti pandai berkawan dengan masa. 
Hari demi hari yang kita lalui ni, semalam ibarat mimpi yang tak akan berulang lagi. hanya mampu diingati je. 
macam tulah...bila aye dan kawan satu kelas semua kena nasihat sikit..
sedarlah..korang dah setahun lebih dah kat pra-u ni! jangan sia-siakan masa selama setahun tunggang terbalik korang belajar....inilah masanya persediaan yang baik menentukan hasilnya pada tahun depan.


dan..aku..hamba yang lalai..berkira-kira..
"Ya Allah..lapangkanlah hatiku dalam meniti hari demi hari dan permudahkanlah urusanku..."


Surah al asyr :1-3
Demi masa, 
sesungguhnya manusia didalam kerugian,
melainkan yang beriman dan berpesan-pesan kepada kebaikan 

Alhamdulillah. semoga setiap hari bila kita sedar, masa semakin singkat..kita takkan mensia-siakan masa.
buat masa ni, apa yang aye paling nak buat ialah menulis cerita. tapi, masih dalam list. kita dahulukan yang penting dulu nampaknya.

semoga hari ni lebih baik dari hari semalam ;) 

suka ayat ni, status fb kawan aye..~
berdoa dengan terlalu mengharap doa itu akan makbul dengan segera sama seperti 

memaksa 

Tuhan mengubah aturan yang telah ditentukan-Nya. maka jadilah pendoa yang ikhlas, yang 

berdoa kerana yakin penuh bahawa Tuhan itu Maha Mendengar. sampai masa, doa itu akan 

makbul juga. bukankah Dia telah janjikan bahagia untuk semua :)



No comments: