tangan yang mencatat, mendongak ke langit..

You will never love for it...until you know them well...
Tak kenal maka tak cinta...

Tuesday, December 23, 2008

A NoTE For BiOloGy SPM Part 1

A GUIDE IN BIOLOGY SPM EXAMINATION

Biology paper 3 comprises one structured question question and one essay question. Question 1 (structured question) assesses student’s ability in eleven aspects of the Science Process Skills

i. e.observation , inference, predicting, communicating, controlling variables, formulating hypotesis , measuring and using numbers, interpretation, space-time relationship, classifying and defining operationally. Ques 2 is an essay question which test the student’s ability in designing a specific exprment/ investigation suggested in the Biology Curriculum for SPM Examination.

Aspect 1: Observation

Noting the properties of objects and situations using the 5 sense.

o Seeing i.e what you can see in the results of the experiment

o Hearing

o Touching €

o Smellling €

o Tasting €

o € these 4 senses cannot be assessed in Paper 3. They are assessed in school-based assessment (PEKA Biology)

Aspect 2: Measuring and Using Numbers

Measuring correctly and expressing the amount of an object in quantitative

terms, or comparing an object to a standard, for example:

o Length in meters (m) and volume in liters (dm/3)

o Mass in grams (g)

o Temperature in degrees Celcius

Aspect 3 : Making Inference

Formulating assumptions or giving a possible explanation for a particular object or events based upon observations.

Aspect 4: Comunicatting

The process of describing , recording, and reporting experimental

Procedures and results to others , may be trough:

o (Oral), written or mathematical expression

o Organizes ideas using appropriate vocabulary, groups, charts, others visual representations and mathematical equations

Until here. This is the good tips that I referred from Dewan Siswa. I have another Aspects 5 to 11. I will tell in the next post. With many article like this we can share many articles and notes that really close to the world of students…To all of you all there…if you have any informations, tips and notes all about our KBSM syllabus and ohers knowledge, you can send it and share with all readers and for this blogs!

Ukhwah Fillah!

Bagaikan Puteri...Bagaikan Sakti....





اڤابيلا هوجن تورون
مليمڤهله اير دري ڤربوكيتن
اليرن منوجه ك باتو
ملكوك تندا وقتو براليه
سإيريڠ ڽاوا مڠهاڽوت اوسيا
سجالن نفس ملڠكه ك هوجوڠ....

اون
كالاو داڤت كوچاڤاي
مك سقتيله همب


Korang dapat hayati bait-bait puisi indah ni? Inilah...kata-kata daripada Laksamana Sunan...hehe...cinta hati kanda! haha...Sebenarnya novel ni tahun 2006 aye dah bace. Cuma sekadar nak mengimbas semula yang lepas...kenangan dan sengatan novel karya Ramlee wang Murshid ni memang masih membuat siapa2 je yang benar2 menghayati cerita ni akan merasa kelainan dan keangauan....aye angau betul lepas baca novel ni...selama 10 hari...pertama kali baca novel epik thriller macam ni! Sememangnya Allah nak buka pintu hatiku ni...lantas asyik sayu je baca novel ni....lagi2 bila membayangkan wajah Laksamana Sunan yang tenang tu..(ikut imaginasi sendiri ler...hehe)..

Memang jatuh hati la baca novel ni. Lagi2 pula ada aksi2 yang benar2 mencabar minda nak bayangkannya...tapi, kalau korang dah biasa tengok cerita2 penuh aksi macam berlawan, silat...memang gempak bila mengimaginasikan tatkala wtak2 dalam novel ni...berusaha memerangi musuh2!


Sehingga ke penghujung ceritera ni..Laksamana Sunan tu dah macam sebati dengan jiwaku...ah...memang la kata orang...tak kenal makanya tidak kita cinta....dulu pun...kalau sebut je novel RAM, kengkawan aye suka hasut..."tak best2! Citenye nerd ar..."
namun, segalanya hijab telah dibuka...dan dengan izin ALLAH, cerita penuh motivasi yang ditonjolkan menerusi watak2nya memang mengajar pembaca agar mengejar cinta sejati!

CINTA SEJATI~ cinta hambanya pada SANG PENCIPTA...ALLAH..




Kalau Tuhan kita kenali Kasih sayang dan peranan-Nya,




Kalau Tuhan kita fahami Keagungan dan kekuasaan-Nya..






Kalau Tuhan kita rasakan Betapa Dia sangat cintakan hamba-Nya..Kita akan sanggup berjuang, sanggup mati kerana-Nya




Kita akan sanggup berkorban apa saja kerana-Nya






Kalau Tuhan dikenali..Cintailah Tuhan




kerna Dia adalah segalanya




Korbankanlah apa sahaja kerana-Nya






Cintakan Tuhan, Cinta paling mahal




Cintakan selain Tuhan, cinta murahan




Kalau Tuhan kita kenali...Dialah segala-galanya




Kalau Tuhan kita fahami..hnya Dialah Pengurus seluruh keperluan kita




kalau kita fahami Tuhan ini siapa sebenarnya




Kita akan sanggup menerima ujian kerana-Nya




Kita sanggup buat apa sahaja demi cinta pada-Nya




Kita akan sanggup menderita demi cinta pada-Nya




Cintakan Tuhan cinta yang abadi...


Macam tak percaya....disebabkan kita membaca novel macam ni...rasenye...banyak perubahan dalam diriku..rasa macam jadi pelajar yang positif (berusaha sekeras mungkin!)...rasanya kalau nak mengumpat ke ape ke...mesti ingat kat cerita ni (adus!) hehe,,..pastu, aye istighfar...ingat ALLAH MAHA MELIHAT DAN MAHA MENGETAHUI!

Mula-mulanya dalam keluarga aye, yang minat novel ni aye je....pastu..dia punya aura makin lama makin kuat pabila mereka melihat perangaiku yang pelik semacam...(bila aye jadi macam biasa je x over-overactive sgt!)...oleh kerana tak tahan betul nak ceritakan betapa seronoknya novel ni, aye pun buka cerita! Bila dah dengar orang cerita...ape lagi...mesti keinginan nak baca tu makin meningkat...dah tu pulak ceritanya digantungkan...kalau nak tahu apa yang terjadi...lu bace ar sendiri!...

Sekarang ni,....nisa! antara kawanku yang memang peminat RAM setelah aye mengesyorkan novel ni pada dia....

Erm...korang nak tahu macamane ceritanye? Lu bace ar sendiri....takpe...nanti aye coretkan jalan2 ceritanya ckit...

**
Melalui BAGAIKAN PUTERI, kita dihidangkan dengan cinta Haryani yang begitu utuh pada Laksamana Sunan yang bermula apabila rohnya merentasi ke abad ke 15 ketika koma..Situasi paranormal ni...janganlah korang mengharapkannya untuk terjadi dalam hidup korang..tapi, kalau ALLAH menIZINkannya...noThing's imPossIble...hehe...aye betul2 nagau ngan novel ni...sampai terfikir...Adakah Sunan ni wujud? Bila dah tahu hakikatnya...alahai...sedih pulak...tapi, aye betul2 mase tu merasakan kecintaan dan sayang pada RASULLULLAH S.A..W..betapa besarnya pengorbanan Baginda...bila ,melihatkan Laksamana Sunan yang dikasihi ALLAH itu...ahhh...xmampu nak ungkap..tapi, selagi kita berazam, kita perlu berusaha untuk mencontohi Rasullullah semampu yang mungkin....kerana
Cinta kepada Rasullullah merupakan Cintanya kita kepada ALLAH...

Kemudian, Segala kepayahan dan kerumitan yang dilalui bersama Laksamana Sunan menguatkan rasa cintanya yang tidak berbelah bagi. Macam2 terjadi! Dan bila je babak masuk ke Melaka, naik bahtera, jumpa Hang Tuah....perh...memang membuatkan aye jadi suka pulak dengan cite Melayu Epik ni....lagi tinggi, jadi minat lebih pulak dengan tulisan Jawi! Ahh...ni ayah la nie...hehe...Pertarungan sengit dengan Hang Tuah demi perintah sultan telah membuka juga hijab Kiai Mulia yang sebenarnya....(apenye?)..dia ni memang licik habis..! Geram aku! Dia .ingin melakukan sesuatu kepada Laksamana Sunan. , Dalam pergelutan yang serius tu, Haryani telah dirasuk...Ni semua pasal manusia yang difikirkan dah mati....tapi, dia kembali hidup membawa dendam yang sarat di dada! Lantas, org lain semestinya jadi mangsa! Sememangnya para kawan2 setan tak suka dengan orang yang taat pada ALLAH. Diorang takut...kerana manusia seperti itu ternyata bukan calang2 orang!Pertarungan antara Laksamana Sunan dan Haryani membuahkan cemas di hati Sultan Melaka kerana baginda telah jatuh cinta pada Haryani. Lantas apakah yang terjadi seterusnya. Adakah Haryani dapat diselamatkan oleh Hang Tuah dari tangan Laksamana Sunan atas perintah sultan? Ternyata ini berat untuk dilakukan..Bagaimana pula caranya Laksamana Sunan menghantar Haryani kembali ke zaman akan datang meskipun dalam hatinya ada kasih yang sudah berbunga?




Bila baca novel ni...memang macam2 ekpresi muka orang yg membaca dengan penuh penghayatan...kerut2 lah..sedih sayu...mcm2 lagi...itulah hebatnya ciptaan Allah! Jiwa dan akal saling menyatu lantas menjadikan kita beremosi betul bila kita menghayati sesuatu...dan dari situlah lahirnya keinsafan yang tulus...




Wah...nak cerita banyak kat sini....segalanya kesan2 dan pengajaran yang kita boleh dapati bila baca novel brgenre Islam ni..




Corat-CoRet FaKta Bukannya auTa! MenaRik!




~ Bila baca novel ni, sambil baca, kebetulan terdengar 1 lagu, lagu Harapan oleh Faizal ...lagi2 masa babak Laksamana Sunan terpaksa menikam Haryani! Hehe....betapa gempaknya perasaan lagi2 bila mendengar lagu ni smbil imbau babak tu...hehe...




~Lagu Erti Hidup...nyanyian Dayang Nurfaizah pun telah mengimbau kisah ni....


Pendek kata, lepas baca novel ni...kawan2 aye cakap, bila jera da lagu mcm ni berkumandang…perh….membawa fikiran mengimbau kisah ni…perh…kuat penangannya…


~ Sejak dari tu...aye mula xberapa nak suka cerita cinta ’stereotype’ sangat...mesti nak yang penuh pengembaraan dan mencabar!




~ Cerita trilogi epik thriller ni bagaikan merungkai kisah paranormal walaupun tidak secara terperinci dan mendalam sangat pasal alam mimpi macam ni...tapi, rasanya dah macam jadi Dejavu pulak...huhu...




~Sekarang aye sedang berusaha nak melengkapkan sebuah cerita...cerpen yang memang agak fantasi sikit...hehe..


Dan Insyaallah nak hantar kat Majalah...




~Seorang Kawan aye bukan main angau lagi ngan cite ni lebih2 lagi bila wujud sambungannya...sebelum tidur, dia telah berdoa -Al Kabiruu-seberapa banyak yang boleh...memohon kepada Allah agar diberi keizinan...haha...sebab teringin nak mimpi dan petunjuk mcm cerita Laksamana Sunan nih...dan ramai yang berjangkit!




Wah...banyak aye nak cite pasal novel ni....tunggu...


Cinta Sang Ratu dan Hijab Sang Pecinta….akan diulas …








24 Zulhijjah 1429


Isnin, 1.20 am

Sunday, December 14, 2008

IKTIBAR TRAGEDI TANAH RUNTUH

Kerakusan manusia punca bencana

TRAGEDI tanah runtuh berulang lagi. Secara kebetulan atau tidak, urutan kejadian tanah runtuh di negara ini berlaku dalam tempoh semasa musim hujan melanda pada Monsun Timur-Laut yang bermula dari bulan November hingga Mac. Malah seakan- akan menjadi satu kewajipan kita terpaksa bersedia menerima berita buruk akibat bencana tanah runtuh dan juga banjir apabila tiba setiap penghujung tahun.
Seperti lazimnya selepas kejadian tanah runtuh, maka pelbagai kenyataan. Amnya, semua pihak cuba menerangkan fenomena yang telah berlaku, dan ironiknya memberi syor-syor bagi kaedah mitigasi mengelakkan tanah runtuh daripada terus berlaku khasnya di kawasan yang dikenalpasti berisiko tinggi. Namun, bencana tanah runtuh ini berlaku semula dan tiada jaminan ia tidak akan berulang di masa akan datang.
Masyarakat umumnya peka bahawa kejadian tanah runtuh sering dikaitkan dengan kejadian hujan, tetapi mereka masih kurang pasti punca kejadian ini berlaku menyebabkan penilaian-penilaian yang dibuat dalam isu ini sering keliru. Sebenarnya, pendekatan dan teknik kejuruteraan sudah tersedia untuk memastikan kestabilan sesuatu cerun asli dan buatan atau gabungan kedua- duanya sekali. Walaupun sering diremehkan oleh pengamal kejuruteraan, namun kita perlu kembali kepada asas-asas kejuruteraan untuk memahami mekanisme kegagalan cerun disebabkan hujan sebelum menggunakan kaedah serta formula piawai dalam penganalisaan kestabilan cerun.
Pada asasnya, tiga parameter yang saling berkait perlu diambil kira dalam memahami kejadian tanah runtuh disebabkan oleh hujan iaitu keamatan hujan, jenis tanah dan struktur geologi. Di Semenanjung Malaysia, kadar keamatan hujan adalah dalam julat magnitud 10.6 hingga 10.7 meter persaat tetapi dalam keadaan luar biasa boleh mencapai sehingga 10.5 meter persaat yang mampu menerbitkan air larian permukaan cerun sehingga 30 peratus hingga 60 peratus daripada jumlah hujan yang juga bergantung kepada jenis tanah.
Beban
Berbeza dengan pergerakan air dalam tanah yang dipengaruhi oleh turus tekanan air pada setiap titik dalam tanah, air larian permukaan terbentuk apabila tanah tidak lagi berupaya menyerap air dan tanah berada dalam keadaan tepu sepenuhnya. Air larian ini berupaya meningkatkan beban dan tekanan, di samping menjadi agen hakisan utama di permukaan cerun yang mempunyai kekuatan lemah apabila berada dalam keadaan tepu.
Selain itu, keupayaan bagi penyerapan air hujan di dalam tanah pula dikawal oleh sifat kebolehtelapan sesuatu jenis tanah selain faktor-faktor luaran seperti tumbuh-tumbuhan di permukaan cerun. Hasil paduan durasi kejadian hujan, kadar keamatan hujan dan sifat kebolehtelapan tanah mempengaruhi jumlah dan kedalaman air hujan menyerap dalam tanah iaitu ia lebih banyak dan dalam bagi cerun tanah berpasir berbanding dengan cerun tanah liat.
Tanah berpasir yang mempunyai kebolehtelapan yang tinggi sehingga 10.4 meter persaat berupaya menyerap air hujan pada kadar yang lebih tinggi serta dalam masa yang sama menyerak tekanan air dalam tanah dengan lebih cekap dan cepat berbanding tanah liat. Oleh itu, kegagalan cerun lebih dalam dan berbahaya akan terbentuk pada cerun berpasir tetapi ia jarang berlaku disebabkan keadaan dan sifat awal tanah berpasir tidak jauh berubah semasa dan selepas kejadian hujan. Sebaliknya, kegagalan cerun bertanah liat yang cetek lebih senang berlaku seiring dengan pembentukan air larian permukaan yang banyak akibat sifat kebolehtelapannya yang rendah.
Walaupun struktur geologi jarang diambil kira dalam penganalisaan kestabilan cerun jika dibandingkan dengan geometri iaitu ketinggian dan sudut cerun, namun keadaan muka bumi dan pengunaan tanah juga mempengaruhi kestabilan cerun.
Kebolehtelapan tanah boleh meningkat mendadak dengan kehadiran ketakselarasan struktur geologi secara skala besar ataupun relik khasnya dalam cerun bertanah liat. Tambahan lagi, kehadiran ketakselarasan ini akan mengganggu taburan tekanan air menyebabkan ketidaktentuan pergerakan air dalam tanah. Tumbuh-tumbuhan pula yang tumbuh di atas cerun awalnya berfungsi secara langsung membantu keseimbangan cerun dengan menyerap kandungan lembapan di dalam tanah, tetapi sebaliknya menjadi beban ke atas cerun apabila ia terlalu besar dan padat. Apa yang perlu ditekankan proses-proses penyerapan air, pembentukan air larian permukaan dan kewujudan ketakselarasan struktur geologi adalah secara berperingkat dan mengambil masa yang lama.
Oleh itu, walaupun adalah sesuatu perkara yang sukar untuk meramal sesuatu kejadian tanah runtuh terutama apabila dan di mana ia akan berlaku tetapi lazimnya sebelum berlaku sesuatu kejadian tanah runtuh kita sebenarnya akan dapat perhatikan tanda- tanda awal pergerakan cerun yang tidak stabil seperti aliran air berlebihan dan terjadi jatuhan batu atau tanah secara kecilan dari permukaan cerun.
Kini persoalan yang timbul adalah jika pendekatan dan teknik kejuruteraan sudah tersedia untuk memastikan kestabilan cerun, kenapa kejadian tanah runtuh masih terus berlaku walaupun pelbagai garis panduan, peraturan dan penguatkuasaan bagi memantau setiap pembangunan baru khasnya di kawasan tanah tinggi diwujudkan selepas tragedi di Highland Towers pada tahun 1993. Malah selepas sesuatu tragedi tanah runtuh, siasatan demi siasatan telah dijalankan bersama-sama kajian ilmiah dan profesional dihasilkan bagi mengenalpasti punca kejadian tetapi saranan dan cadangan yang dimaju seolah-olah diketepikan.
risiko
Amatlah diharapkan saranan dan cadangan hasil siasatan dan kajian tersebut sepatutnya digunapakai bagi menghindari atau mengurangkan risiko kejadian yang sama berulang. Faktanya, kita tidak boleh menghalang satu lagi kejadian tanah runtuh yang amat dipengaruhi oleh faktor alam semulajadi tetapi kita boleh mengelak ia daripada bertukar menjadi satu lagi bencana atau tragedi. Pastinya tragedi tanah runtuh akan berlaku apabila prosedur dan dasar pembangunan terus diabaikan oleh pihak- pihak yang terlibat, malah dari satu sudut memperlihatkan kelemahan dan sikap tidak tegas pihak-pihak berkuasa melaksanakan tugas mereka.
Tanpa menuding jari kepada mana-mana pihak, jelasnya dalam setiap tragedi tanah runtuh mangsanya adalah komuniti pengguna sebaliknya yang mengaut segala laba adalah pemaju, manakala pihak berkuasa atau pihak berwajib pula tersepit dalam kemelut isu kebertanggungjawaban.
Oleh itu, langkah jangka pendek dan panjang perlu disusun untuk memastikan kejadian tidak berulang. Di antaranya, dasar- dasar pencegahan yang lebih serius perlu digubal. Pelan Induk Cerun Kebangsaan juga yang diuar-uarkan dijangka siap pada awal tahun depan diharap menjadi asas kepada setiap pembangunan baru di masa akan datang. Tambahan lagi, klausa dan skop kajian Kesan Penilaian Alam Sekitar dapat dikaji dengan beberapa langkah penambahbaikan serta pindaan dapat dilakukan bagi kelulusan projek yang berada di kawasan yang dikenalpasti berisiko tinggi berlakunya tanah runtuh. Namun yang lebih utama dan penting adalah semuanya ini tidak akan berguna jika segala garis panduan, peraturan dan mungkin undang-undang dapat diadakan tetapi tidak dipatuhi sepenuhnya akibat tindakan penguatkuasaan yang kurang cekap, telus dan mencukupi.
Akhirnya, kita amat bernasib baik kerana mempunyai kerajaan serta masyarakat prihatin yang sentiasa menghulurkan bantuan dalam setiap usaha menyelamat dan pemulihan dan lain-lain usaha bantuan kemanusiaan semasa dan selepas berlakunya sesuatu tragedi. Bagaimanapun, luahan rasa kesal dan kecewa oleh seluruh lapisan masyarakat ke atas tragedi tanah runtuh yang masih berulang amat difahami kerana kita ibarat memandu dalam bulatan di mana kita akan bergerak dan berhenti pada titik yang sama.
Kesimpulannya, kebanyakan tragedi tanah runtuh bukannya bencana alam, sebaliknya bencana rekaan manusia yang rakus merubah keseimbangan alam semula jadi kerana sifat tamak dan mementingkan diri sendiri oleh segelintir manusia atas nama pembangunan.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Artikel ni dipetik daripada sumber Utusan Malaysia akhbar 14 Dis 08~Ahad

Mendengarkan kejadian sebegini berlaku, kita mesti rasa bersimpati. Apatah lagi yang mengalami. Ujian yang mereka alami ini pasti menyedarkan seluruh umat manusia yang kita manusia ini serba serbi kekurangan. Jadi, jangan tunjuk lagak pada pencipta alam dengan sewenang-wenang mengeksploitasi kekayaan BUMI ini dengan merosakkan alam sekitar ini.

Sebenarnya, dalam hati seorang PECINTA ALAM ini...terasa kesal..kesal dengan apa yang menimpa BUMI ini...sekarang..kita harus berusaha MELINDUNGI DAN MENYELAMATKAN BUMI KITA...

BUMI: aku sudah tua...wahai manusia...'HORMATILAH' aku yang telah tua ini...aku punya hati dan perasaan sepertimu....aku juga makhluk ALLAH...aku punya hak sepertimu...

apa agaknya perasaan kita bila BUMI ni boleh berkata2?...entahlah..tapi, inilah apa yang berlaku. SEBAB DAN AKIBAT.

16zulhijjah1429~ 4.00 pgi


KUATKAN HATI..


I

Jawi~ Warisan Melayu Nusantara

Tulisan Jawi- توليسن جاوي

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.


Tulisan Jawi digunakan di Batu Bersurat Terengganu, menunjukkan pengaruh Islam di Tanah Melayu.
Tulisan Jawi (توليسن جاوي) adalah satu seni penulisan yang telah wujud berabad-abad lamanya di Nusantara. Kemunculannya berkait secara langsung dengan kedatangan agama Islam ke Nusantara. Tulisan Jawi berasal dari tulisan Arab dan merupakan huruf-huruf Arab yang dimasukkan ke dalam sistem penulisan bahasa Melayu. Tulisan Jawi adalah tulisan rasmi bagi negara Brunei dan digunakan meluas di Malaysia, Filipina dan Indonesia.








Bukti bertulis mengenai Pengisytiharan Kemerdekaan Tanah Melayu yang ditulis dalam bahasa Melayu bertulisan Jawi.


















Tulisan Jawi adalah antara tulisan terawal yang pernah ditemui. Tulisan ini telah berkembang sejak zaman Kerajaan Islam Pasai kemudian disebarkan ke Kerajaan Melaka, Kerajaan Johor dan juga Aceh pada abad ke-17. Bukti kewujudan tulisan ini di Malaysia adalah dengan terjumpanya Batu Bersurat Terengganu yang bertarikh 702H atau 1303M manakala tulisan Rumi yang paling awal ditemui adalah pada akhir kurun ke-19. Ini menunjukkan tulisan Jawi telah sampai ke negara ini lebih awal berbanding tulisan Rumi. Tulisan Jawi merupakan tulisan rasmi bagi Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu semasa penguasaan British. Kini tulisan ini digunakan dalam urusan agama Islam dan adat istiadat Melayu yang kebanyakkannya di Johor, Kedah, Kelantan, Perlis, dan Terengganu.
Pada zaman dahulu, tulisan Jawi memainkan peranan penting dalam masyarakat. Ia digunakan sebagai perantara penting dalam semua urusan pentadbiran, adat istiadat dan perdagangan. contohnya digunakan dalam perjanjian-perjanjian penting antara pihak-pihak di-Raja Melayu dengan pihak-pihak berkuasa Portugis, Belanda dan Inggeris. Selain itu, Pemasyhuran Kemerdekaan 1957 bagi negara Malaysia antara lain juga tertulis dalam abjad Jawi.

Abjad

Berikut adalah jadual bagi huruf-huruf dalam tulisan Jawi.[1]
Nama
Bentuk huruf
Padanan Rumi
Tunggal
Awal kata
Tengah kata
Akhir kata
alif
a
ba
ـﺒ
ـﺐ
b
ta
ـﺘ
ـﺖ
t
sa
ـﺜ
ـﺚ
s, (th)
jim
ـﺠ
ـﺞ
j
ha
ـﺤ
ـﺢ
h, ()
ca
ـﭽ
ـﭻ
c
kha
ـﺨ
ـﺦ
kh
dal
د
ـد
d
zal
ـذ
z, (dh)
ra
ـر
r
zai
ـز
z
sin
ـﺴ
ـﺲ
s
syin
ـﺸ
ـﺶ
sy
sad
ـﺼ
ـﺺ
s, ()
dad
ﺿ
ـﻀ
ـﺾ
d, ()
ta
ـﻄ
ـﻂ
t, ()
za
ـﻈ
ـﻆ
z, ()
ain
ـﻌـ
ـﻊ
awal: a, i, u; akhir: k, (‘)
ghain
ـﻐـ
ـﻎ
gh
nga
ڠ
ڠـ
ـڠـ
ـڠ
ng
fa
ـﻔ
ـﻒ
f
pa
ـﭭ
ـﭫ
p
qaf
ـﻘ
ـﻖ
k, q, (q)
kaf
ـﻜ
ـﻚ
k
ga
ڬ
ڬـ
ـڬـ
ـڬ
g
lam
ـﻠ
ـﻞ
l
mim
ـﻤ
ـﻢ
m
nun
ـﻨ
n
wau
ـو
w, u, o
va
ۏ
ـۏ
v
ha
ـﻬ
h
ya
ـﻴـ
y, i, e taling
ye
ى
ـى
e pepet hujung
nya
ڽ
پـ
ـپـ
ـڽ
ny
hamzah
ء
ء
awal: gugur; akhir: k, (’)
ta marbutah
ة
ـة
t, h, ()
Catatan:
  1. Latar belakang berwarna merah jambu menunjukkan huruf yang unik dalam tulisan Jawi dan tiada dalam tulisan Arab.
  2. Huruf di dalam kurungan ialah padanan untuk transliterasi.

[sunting] Contoh

[sunting] Nama-nama hari dalam tulisan Jawi

Isnin
اثنين
Selasa
ثلاث
Rabu
رابو
Khamis
خميس
Jumaat
جمعة
Sabtu
سبتو
Ahad
احد

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~`
CatAtan KakI:
Jawi merupakan tulisan yang aye minati. Keluarga aye memang mendorong aye untuk tidak melupai warisan nenek moyang ni. Dan, sebenarnya..aye menjadi minat sangat kat tulisan Jawi ni lebih menebal sejak aye baca novel Hijab Sang Pecinta..~nak tau ceritanya? Apa yang menariknya karya Ramlee Awang Murshid ni? Tengok ulasan bkuk ni nanti..Dan sememangnya sekarang ni ramai remaja2 semakin melupai warisan Melayu ni. Semoga usaha mempamerkan tulisan jawi ni dapat membantu menyedarkan anda-anda diluar sana....

16Zulhijjah1429-2.20 pg