tangan yang mencatat, mendongak ke langit..

You will never love for it...until you know them well...
Tak kenal maka tak cinta...

Sunday, December 14, 2008

Jawi~ Warisan Melayu Nusantara

Tulisan Jawi- توليسن جاوي

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.


Tulisan Jawi digunakan di Batu Bersurat Terengganu, menunjukkan pengaruh Islam di Tanah Melayu.
Tulisan Jawi (توليسن جاوي) adalah satu seni penulisan yang telah wujud berabad-abad lamanya di Nusantara. Kemunculannya berkait secara langsung dengan kedatangan agama Islam ke Nusantara. Tulisan Jawi berasal dari tulisan Arab dan merupakan huruf-huruf Arab yang dimasukkan ke dalam sistem penulisan bahasa Melayu. Tulisan Jawi adalah tulisan rasmi bagi negara Brunei dan digunakan meluas di Malaysia, Filipina dan Indonesia.








Bukti bertulis mengenai Pengisytiharan Kemerdekaan Tanah Melayu yang ditulis dalam bahasa Melayu bertulisan Jawi.


















Tulisan Jawi adalah antara tulisan terawal yang pernah ditemui. Tulisan ini telah berkembang sejak zaman Kerajaan Islam Pasai kemudian disebarkan ke Kerajaan Melaka, Kerajaan Johor dan juga Aceh pada abad ke-17. Bukti kewujudan tulisan ini di Malaysia adalah dengan terjumpanya Batu Bersurat Terengganu yang bertarikh 702H atau 1303M manakala tulisan Rumi yang paling awal ditemui adalah pada akhir kurun ke-19. Ini menunjukkan tulisan Jawi telah sampai ke negara ini lebih awal berbanding tulisan Rumi. Tulisan Jawi merupakan tulisan rasmi bagi Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu semasa penguasaan British. Kini tulisan ini digunakan dalam urusan agama Islam dan adat istiadat Melayu yang kebanyakkannya di Johor, Kedah, Kelantan, Perlis, dan Terengganu.
Pada zaman dahulu, tulisan Jawi memainkan peranan penting dalam masyarakat. Ia digunakan sebagai perantara penting dalam semua urusan pentadbiran, adat istiadat dan perdagangan. contohnya digunakan dalam perjanjian-perjanjian penting antara pihak-pihak di-Raja Melayu dengan pihak-pihak berkuasa Portugis, Belanda dan Inggeris. Selain itu, Pemasyhuran Kemerdekaan 1957 bagi negara Malaysia antara lain juga tertulis dalam abjad Jawi.

Abjad

Berikut adalah jadual bagi huruf-huruf dalam tulisan Jawi.[1]
Nama
Bentuk huruf
Padanan Rumi
Tunggal
Awal kata
Tengah kata
Akhir kata
alif
a
ba
ـﺒ
ـﺐ
b
ta
ـﺘ
ـﺖ
t
sa
ـﺜ
ـﺚ
s, (th)
jim
ـﺠ
ـﺞ
j
ha
ـﺤ
ـﺢ
h, ()
ca
ـﭽ
ـﭻ
c
kha
ـﺨ
ـﺦ
kh
dal
د
ـد
d
zal
ـذ
z, (dh)
ra
ـر
r
zai
ـز
z
sin
ـﺴ
ـﺲ
s
syin
ـﺸ
ـﺶ
sy
sad
ـﺼ
ـﺺ
s, ()
dad
ﺿ
ـﻀ
ـﺾ
d, ()
ta
ـﻄ
ـﻂ
t, ()
za
ـﻈ
ـﻆ
z, ()
ain
ـﻌـ
ـﻊ
awal: a, i, u; akhir: k, (‘)
ghain
ـﻐـ
ـﻎ
gh
nga
ڠ
ڠـ
ـڠـ
ـڠ
ng
fa
ـﻔ
ـﻒ
f
pa
ـﭭ
ـﭫ
p
qaf
ـﻘ
ـﻖ
k, q, (q)
kaf
ـﻜ
ـﻚ
k
ga
ڬ
ڬـ
ـڬـ
ـڬ
g
lam
ـﻠ
ـﻞ
l
mim
ـﻤ
ـﻢ
m
nun
ـﻨ
n
wau
ـو
w, u, o
va
ۏ
ـۏ
v
ha
ـﻬ
h
ya
ـﻴـ
y, i, e taling
ye
ى
ـى
e pepet hujung
nya
ڽ
پـ
ـپـ
ـڽ
ny
hamzah
ء
ء
awal: gugur; akhir: k, (’)
ta marbutah
ة
ـة
t, h, ()
Catatan:
  1. Latar belakang berwarna merah jambu menunjukkan huruf yang unik dalam tulisan Jawi dan tiada dalam tulisan Arab.
  2. Huruf di dalam kurungan ialah padanan untuk transliterasi.

[sunting] Contoh

[sunting] Nama-nama hari dalam tulisan Jawi

Isnin
اثنين
Selasa
ثلاث
Rabu
رابو
Khamis
خميس
Jumaat
جمعة
Sabtu
سبتو
Ahad
احد

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~`
CatAtan KakI:
Jawi merupakan tulisan yang aye minati. Keluarga aye memang mendorong aye untuk tidak melupai warisan nenek moyang ni. Dan, sebenarnya..aye menjadi minat sangat kat tulisan Jawi ni lebih menebal sejak aye baca novel Hijab Sang Pecinta..~nak tau ceritanya? Apa yang menariknya karya Ramlee Awang Murshid ni? Tengok ulasan bkuk ni nanti..Dan sememangnya sekarang ni ramai remaja2 semakin melupai warisan Melayu ni. Semoga usaha mempamerkan tulisan jawi ni dapat membantu menyedarkan anda-anda diluar sana....

16Zulhijjah1429-2.20 pg

No comments: