tangan yang mencatat, mendongak ke langit..

You will never love for it...until you know them well...
Tak kenal maka tak cinta...

Sunday, January 31, 2010

Motivasi diri – siapa pakar motivasi Melayu kesukaan Anda?dari blog imotivasi.com

ASsOlatu WasSalam

aye pun nak nyatakan siapa pakar motivasi yang disayanGI!
-PERTAMA DI HATI-
Rasullullah S.A.W-Nabi Muhammad bin Abdullah merangkap nabi kita.
Kata2, sifatnya, perilaku dan hidupnya segalanya adalah motivasi yang sentiasa segar dan sentiasa relevan sepanjang zaman. Dan daripada pakar segala pakar ni lah,lahirnya pakar yang mencontohi baginda..insyaAllah mencontohi baginda, nescaya kita takkan sesat selamanya…
PAKAR MOTIVASI KAT MALAYSIA
1. Tun Dr Mahathir-
perdana menteri kita yang berkhidmat selama 22 tahun ni wajar dijadikan idola. yang secara tak langsung menjadi seorang yang menyuntik motivasi. kata-kata, sikap dan perilaku idola aye ni menggambarkan ciri-ciri mukmin berjaya. Dari sekolah rendah lagi aye dah minat beliau.aye takkan lupa kata-kata Tun semasa beliau mendengar ceramah beliau yang lalu~ secara mesra, Tun mengatakan “keikhlasan menangkis segala cbaran”. Memang menyuntik semangat. Lebih-lebih lagi bila dapat bergambar ramai-ramai dengan beliau. sebagai pelajar, terasa satu booster yang tinggi untuk terus mengejar kejayaan bagi aye…
2. Dr.HM Tuah dan Dr Fadzillah Kamsah
~aye suka kedua2pakar motivasi ni sebab mereka agak santai dan mesra dengan pembaca dan para pendengar.
3.Ustazah Siti Nur Bahyah
`gaya dan tutur kata ustazah memang aye suka. ceramah-ceramah beliau kalau dengar, tak bosan.. ustazah ni agak suka menggunakan ayat yang mencuit hati disamping memberi nasihat..tu yang aye minat dan senang faham…ustazah siti nilah ikon muslimah yang baik dicontohi…
aye ni minat dalam bidang penulisan…ha..jadi, pakar motivasi dalam bidang ni antaranya-
4. Blogger Shueqry-bagi aye, beliau penulis blog yang simple dan jujur… terpancar menerusi artikel-artikelnya..hehe..kata2 dan tips bro shueq memang senang faham, lebih-lebih lagi bila pembaca dapat terus memberi komen kepada dan dibaca sendiri oleh penulisnya…mesra gitu..
5. Ramlee Awang Murshid- novelis thriller no 1
- ha,.,pakcik RAM ni juga merupakan contoh yang baik bagi aye. Novel2 beliau, penuh dengan motivasi yang dipaparkan secara islamik. motivasi yang aye gali daripada beliau~berkarya merupakan suatu tanggungjawab..pembacanya takkan dibuai-buai..tetapi perlu berfikir..
aye nak jadi seorang penulis yang bukan semata-mata terkenal, tapi juga bertanggungjawab dlam berkongsi ilmu ngan orang lain…
hehe..panjang pulak huraian. banyak lagi idola sebenarnya. Yang penting mereka merupakan orang yang berjaya dan positif…
Sekian..salam motivasi dari cilipadi :-)

p/s--betapa panjang punya komen yang aye respon kat blog imotivasi.com. secara tak langsung, berdesup motivasi dalam diri ...

1 comment:

hidrogen said...

Rasulullah merupakan pakar motivasi yang terbaik di seluruh dunia. Memang tiada perdebatan lagi untuk menyangkalnya.