tangan yang mencatat, mendongak ke langit..

You will never love for it...until you know them well...
Tak kenal maka tak cinta...

Sunday, March 14, 2010

Panas..panas..vs sejuknya..sejuknya..

ASsOlatu WasSalam

Tahun 2010 telah kita lalui lebih kurang 3 bulan daa..
tahun lepas kita lalui dengan pelbagai ragam dan dugaan.
Dan bermulanya tahun 2010, ujiannye..aye perhatikan..hujan bukan lagi turun kadang-kadang...tapi jarang-jarang (eh, xsame?) 
Sekarang ni, kemarau..kering..panas! tiga serangkai ni sudah menjadi suasana dalam kehidupan kita hari demi hari. Memang aye rasa betapa tahap ini sungguh menguji iman kita.

 Perh..hari demi hari, aye ulang alik pergi ke tempat kerja, perubahan cuaca ini sememangnya membuatkan diriku semakin malas untuk ke kerja. Tapi, demi sebuah matlamat, aye kuatkan juga diri ini untuk terus melangkah.

Masalah kurang hujan ni...sebab apa aye kata ujian, sebab apa-apa yang bersifat panas, tentu kita anggap betapa azabnya keadaan ini..
sehinggakan air kat rumah 2 hari takde, setengah hari ada...
sebaiknya lah..aye teringat kata-kata yang sering terngiang-ngiang sejak budak kecik lagi..'neraka lagi panas' dan 'padang tempat kumpul orang tu..lagi panas! satu jari je jauh....mataharinye..!'

Astaghfirullah. Fenomena ini...dikatakan akan berterusan sehingga bulan mei.
Hutan terbakar, air dicatu..itulah ujian Allah..right?

kita muhasabahlah diri..apa dah yang kita manusia ni..buat dengan Bumi ni? ha...(cilipadi dah emo dah ni! )
yang boleh ku katakan..sejuk..sejuk..(supaya Allah sejukkan hati kami..)
Inilah petanda akhir zaman,....

www.saifulislam.com
Bukan sembarangan.
Panasnya kini menjadi-jadi.
Sejujurnya, saya turut menjadi lesu terkena bahang kepanasan cuaca kebelakangan ini. Seharusnya bagi setiap mukmin mengambil iktibar daripada kejadian ini.  
Ia hanya panas yang sedikit!
“Telah nyata pelbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut akibat apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia itu sendiri; (Berlakunya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian daripada balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).” [al-Rum 30: 41]
Moga kita kembali!

cilipadi_hafizah

2 comments:

Unknown said...

Alhamdulillah, skang kat Shah Alam ni hari2 hujan...skang pun tgh lobat gilo...

Anonymous said...

cuaca skang macam tak menentu..moga dikuatkan diri.

-ain