yep. bila aye selidik dan selidik..Kiki...ko ader 9 nyawa ke?
9 nyawa? awatnya? tak de..Cik Kiki ni dah banyak kali jatuh dari kabinet umah aye. lepas jatuh jek, dia buat muka..huhu..kucing niyh kan..buat muka kesian. lepas dah landing kat lantai uh, Kiki diam kejap. ingatkan kucing ni kenapa...alih-alih..dia dok mengacah aye...! berlari-lari ag..ekor dah lah pendek! aduh..tahan lasak kucingku ini..
bercakap pasal 9 nyawa..memang ya..enggak bisa lupa..eps! herm..
aye baru mengkhatamkan novel 9 nyawa nih..aye dah mula baca novel ni..sebelum pekse lagi..mula-mula terasa mengantuk dan rasa malas nak baca..tapi..
bila dah klimaks..memang tak leh tahan!
huhu..nampaknye, ku telah mengambil ringan terhadap kemampuan novel niy!
cerita nyer..pasal pe aye leh sangkut dengan kebanyakan novel Ramlee Awang Murshid niy?
salah satu sebabnya..adalah personaliti watak..
watak utama dalam kisah ni ialah Hakim. si buta mata. tapi celik mata hati..'
mulanya, aye rasa tak mau nak baca dulu..sebab, cerita nye..aye rasa macam dah boleh agak apa yang jadi..
tapi..benar kata orang-orang ye..jangan kau samakan kulit buku dengan isinya!
em..kalau omputeh kata...'don't ever judge a book by its cover'..
terkena lagi..
dan tahniah la ye buat pak cik RAM sebab entah kali yang ke berapa berjaya wat aye menangis..sob..sob..
memang aye tengok kiri kanan sebelum baca part yang rasa macam sedih jek..
dalam semua karya RAM..memang takkan terlepas daripada bait-bait ayat-ayat suci Alquran dan hadis..paling nak suka tu..kata-kata yang ada..bunyi nye macam kata-kata hikmah..memang dasar penulis..
' mata hati tidak pernah berdusta'walauuu pun..yang paling da boom ialah yang trilogi2 beliau..tapi, acuan pak cik RAM memang buat aye 'bising' setiap kali mengabiskan helaian2 novel dia..
ok..baca luahan hati pak cik Ramlee awang Murshid yang entah bila dapat aye jumpe niyh..hem
Oleh Ramlee Awang Murshid
Angka 9 mempunyai makna yang berbeza pada persepsi setiap orang. Sewaktu zaman persekolahan dahulu, saya paling takut kalau mendapat angka 9 pada setiap subjek peperiksaan. Angka 9 sebagai tanda kekalahan atau gagal. Ia paling mendukacitakan. Mujurlah saya mendapat angka 2 untuk sastera dan angka 4 untuk Bahasa Malaysia.
Manakala nyawa pula adalah ‘takungan kehidupan’ pada setiap makhluk yang bernyawa di muka bumi ini atau mana-mana makhluk yang tidak terlihat oleh mata kasar. Walhal hakikatnya…pada akhirnya nanti…hanya ALLAH sahaja yang akan kekal abadi apabila sangkakala pertama ditiupkan Malaikat Israfil. Hatta…Malaikat Izrail yang ditugaskan mengambil nyawa juga akan turut mati.
Semakin dewasa…kerap terdengar mengenai kucing yang dikatakan memiliki 9 nyawa. Saya mendengarnya sekian lama namun langsung tidak singgah di benak untuk difikirkan. Sehinggalah satu hari…anak saya Muhammad Aizuddin mengatakan bahawa kucing mempunyai 9 nyawa. Bertitik tolak daripada itu, saya mula memikirkannya untuk dijadikan sebuah novel.
Alhamdulilah…novel 9 Nyawa telah selesai dan saya serahkan kepada editor Alaf 21 pada minggu pertama bulan Syawal. Sebenarnya cerita itu boleh ditamatkan pada akhir penghujung ramadan. Bagaimana pun…saya melengah-lengahkannya untuk mencari satu penamat yang tragik. Ia dinoktahkan dengan hukuman mati di Penjara Cipinang Jakarta yang dilaksanakan sepasukan regu penembak.
9 nyawa berkonsepkan drama. Ia mengisahkan cerita dua keluarga yang berada di Kuala Lumpur dan Geylang Singapura. Kehidupan mereka berbeza. Watak utamanya adalah Intan Suryani dan Hakim – seorang lelaki cacat penglihatan. Intan Suryani yang menghidap sakit jantung dipercayai ibunya Azizah memiliki 9 nyawa. Kerap kali menghadapi maut namun ajalnya masih bertahan menunjang jasad. Intan Suryani tetap bernyawa sehinggalah suatu ketika dia terperangkap dalam kehidupan antara hidup dan mati iaitu koma.
Hakim pula dapat mendengar suara Intan Suryani yang bernyawa dalam keadaan halimunan. Tragedi ini berlaku di Singapura. Antara dua kehidupan tidak menghalang untuk Hakim membantu Intan Suryani. Hanya berdasarkan suara sahaja tidak menghalang ‘mata hati’ itu untuk melihat kebenaran. Hakim yang cacat penglihatan juga menggunakan ‘mata hati’ untuk melakukan kebaikan.
9 nyawa saya sifatkan tidak terlalu ganas dari aspek tindakan watak-wataknya. Ia berkonsepkan drama yang mementingkan ‘cara penceritaan’ berbanding ‘tindakan’. Apa pun…9 nyawa masih dalam bentuk thriller. Menumpukan aspek pengorbanan yang seharusnya dilakukan secara tulus ikhlas.
Percayalah…kebaikan itu pasti akan dibalas dengan kebaikan juga. Kejahatan pula pasti akan menerima hukuman. Ia dasar biasa dalam aspek penceritaan tradisional mahu pun masa kini. Yang ingin saya tekanan di sini adalah…’Mata Hati Tidak Pernah Berdusta’.
Salam hormat…insya-ALLAH…jumpa lagi dalam CINTA SUFI.
Antara dialog yang dikekalkan dalam CINTA SUFI nanti adalah seperti – ‘Maukah kamu mendengar tawaranku?’ dan ‘Sebagai manusia…aku sayang padamu’.
novel ni menggariskan betapa nilai-nilai manusia yang mesti tolong-menolong antara satu sama lain. tak kira bangsa, agama dan negara. cacat ataupun tak...saudara yang sanggup berkorban demi agama..
highly recommend kat korang penggemar thriller.!
ooo.oo..esok hari raya korban..balik kampung..!
1 comment:
ni kucing kat uum tu kan?comel seh!
kiki pe kaba?
9nyawa...
mmmg bez!
da bce ranggau?
nnt foloo up kat blog tau
Post a Comment