tangan yang mencatat, mendongak ke langit..

You will never love for it...until you know them well...
Tak kenal maka tak cinta...

Wednesday, February 23, 2011

Salam Terakhir...



Sudirman Hj Arshad.
siapa tak kenal beliau? Yang tak kenal tu, mungkin nyonya angkat sayur je kot..
beliau lagenda dalam industri muzik.

hari ni, genap 19 tahun, sama dengan tarikh lahir kawan aye, 22 Februari 1992, kita kehilangan Sudirman.

Pada tarikh tu..meskipun aye belum dilahirkan, tapi,.setelah menjejak dewasa...lagu-lagu Allahyarham Sudirman yang tersirat ditambah pula dengan alunan suara yang memukau.

Mak dak aye kata " dulu, kawan Mak Dak  pernah mengutus surat kepada Sudirman..
dia cakap, yang dia memang minat dengan Sudirman. lagu-lagu Sudirman buatkan dia semakin semangat nak belajar..
Lepas tu, Sudirman balas dengan cukup sederhana..belajarlah bersungguh-sungguh, abang Sudir doakan kejayaanmu.."
gitulah...seorang tokoh nyanyian yang juga seorang yang pernah belajar dalam bidang undang-undang...

takdir tak menentukan dia menjadi seorang peguam, tapi seorang pelantun suara yang berkata-kata dalam setiap lirik lagunya..

Salah satu lagu yang agak menusuk...lagu ini..

Sampaikan salam buat semua.,..
salam terakhir..salam teristimewa..
kepada kau yang tersayang..
pada teman yang ku kenang...
 pemergianku ini..
tak dirancang..

Usah bertanya..
mengapa aku..
mengucap salam terakhir kepadamu..
kerna waktu berputaran...
bimbang tak berkesempatan..
melahirkan kerinduan..
terhadapmu..

Demi sebuah kenyataan yang amat menyakitkan..
aku yang tidak berdaya..
hanya berserah pada Nya..

Salam akhir...
salam yang teristimewa bersamanya
ku memohon keampunan
melaluinya ..
ku beri kemaafan kepadamu..

Andainya aku punya waktu..
asih ku ingin mengulangi semula
saat indah bersamamu
sayang tak berkesempatan
abadikan saja
salam ku di ingatan..

salam....
ku yang terakhir...


Apa lagu yang allahyarham tak nyanyikan.?..segala lagu ada..
banyak lagu-lagu dia yang aye suka..
paling tak boleh tahan air mata lah kalau keluar lagu ni, saat kisah-kisah sedih terpapar dalam cerita...uhh..
lagu yang agak menusuk sebagai anak bangsa..



Warisan

Disini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Disini tersemai cita cita
Bercambah menjadi warisan

( korus )
Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Kemana harusku bawakan
Kemana harusku semaikan cinta ini

Betapa
Dibumi ini ku melangkah
Keutara selatan timur dan barat
Ku jejaki

Aku
Bukanlah seorang perwira
Gagah menjunjung senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

( ulang korus )

Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Aku lah penyambung warisan

lagu ni berulang kali dimainkan masa aye dalam PLKN lepas..
benar-benar menggamit memori...

Kehidupan beliau di atas muka Bumi sudah berakhir..dan allahyarham telah melakukan yang terbaik..

Dalam menyanyikan lagu-lagunya...semoga..arwah ditempatkan bersama dengan orang-orang yang beriman..
Amin,,.
Al Fatihah...

pascaskrip: lagu-lagu Sudirman..budak kecik pun dengar...macam lagu...Basikal Tua..hihi..

genggam bara sampai jadi arang..

 Salam....lama nye tak ngobrol kat sini eh..
maap ler...bila dah sibuk buat keje sekolah, nak buka lappy pon malas ea..

nampak kenyataan atas tu?
akhirnya, senaskhkah ijazah berada di tanganku..!

Hari Sabtu lepas,satu keluarga pergi Kedah naik bas ekpress.
demi meraikan kejayaan, satu keluarga pergi.

Maka, dua hari lah mc sekolah.
hoho...nak meninggalkan satu hari tu, kena fikir banyak kali, mau menimbun kerja sekolah.
serba salah pun ada gak..
jadi, bila dah fikir semasaknya, aye pun...pergi ke UUM!

hoho..aku masuk universiti, okeh!
hari tu 3 bulan yang lalu, aye pun jadi junior uum meskipun terpaksa meredah banjir..

kini, lepas 3 bulan, datang ke Kedah lagi noo..
tak banyak perubahan no..
padi padi pun agak menghijau meskipun 3 bulan lalu, ditenggelami dek air banjir bagaikan laut china selatan..

masuk ke UUM ni, wahh..
semangat tiba-tiba!

Along siap berjubah konvo birunya.

Hari Jumaat sampai kedah...jalan-jalan kejap di sekitar Jitra tu.
woo...jalan-jalan cari makan..

Keesokan harinya,
menaiki teksi, kami pun menuju ke UUM.

Masuk je..biru mata ku...
hoho..muka Along dah nampak excited.

Lepas tu,kitorang pon beli sejambak bunga yang dijual kat situ..
dah jadi taman bunga dah kat luar Dewan Muadzam Shah tu..

seorang demi seorang namanya disebut mengikut giliran dan naik ke pentas.

"Tahniah buat semua graduan, semoga anda semua berjaya di dunia dan akhirat"
owh...macam ni rupanya orang dapat ijazah..

memetik  kata-kata ayahku.., menggenggam segulung atau senashkah (sebab sekarang dah tak gulung2)
itu klimaks kita setelah menuntut ilmu, bukti kita dah mencapai satu lagi peningkatan dalam mencari ilmu.
Jadikanlah apa yang kamu nampak hari ni, pemangkin semangat untuk belajar bersungguh-sungguh..
begitulah...

Sampai je rumah lepas perjalanan 10 jam dari Kedah ke Johor tu...
tiba-tiba suka sangat baca nota-nota..haha...
benarlah kata bijak pandai, belajar tu proses berterusan..

semoga keazaman terus menyala, membakar selamanya!

pascaskrip: tetiba rasa seram pula tengok riak2 senior2 yang baru dapat keputusan STPM semalam...huhu..

Wednesday, February 16, 2011

Segmen: SAYA PUNYAI 100 - 500 FOLLOWERS.

Assalammualaikum...

  
 
 
Ya..aye nak ikuti segmen nih.;)
dah lama tak ikut segmen2 abg ben sejak dah naik skula nih..
kepada ahli 2 kelab blogger abg ben, salam perkenalan sesama kita!
wokeyh...
klik banner utk cerita bebelan beliau! hihi..

Ada apa pada nama?-Yang Terpuji

Nama yang baik..
Menggambarkan keperibadian yang baik.
Tengok  drama 'Yang Terpuji' tadi, satu yang aye nampak..

Ustaz Mokhtar berkata "nama yang baik menggambarkan keperibadian yang baik. Seeloknya memanggil nama sebenar. Nama-nama yang baik lama kelamaan menjadi doa buat seseorang"

Dalam cerita tu, ada seorang budak nama Ahmad Muhammad. Wah, cikgu dia panggil nama penuh gitu.
Aye teringat juga, pesan ustazah, nama yang elok menggambarkan orangnya.
Jadi, kena berhati-hati dengan panggilan seharian-harian kita, pastikan namanya disebut dengan betul.

Em, bagus juga kan...kalau dalam ahli keluarga aye, memang panggil nama sedap punya. nama betul.

Secara psikologinya, seseorang tu,jika kerap kali namanya disebut, makin tinggi semangat woo.
Sememangnya begitu..sebab nama kita, nama yang cantik.
namaku..Noor Hafizah Mazlan..;)
Tapi, kalau ada nama-nama yang tak berapa sesuai macam mana ye?
huhu...

Hati-hati dengan nama nih. Tadi dalam cerita tu kata~ Mamat tu bermaksud Mati
bila hari-hari disebut nama tu..apa jadi?

Kesimpulannya, nama mesti bermakna baik. supaya bila kita ingat nama kita, kita semangat.
dan tahu..itulah diri kita yang diberi nama

Rasullullah s.a.w menjadi idola kita semua. Baginda memanggil ahli-ahli keluarganya dengan gelaran nama yang baik dan indah-indah belaka.
Baginda sendiri digelar Al-Amin sebelum kerasulan baginda.

 Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Pemurah,
sesungguhnya 12 Rabiulawal 1432H, hari yang indah. ulangtahun kelahiran baginda yang kita sambut tiap-tiap tahun.

Jadi, macamana cinta kita hari ini? cinta kepada Rasullullah s.a.w....apakah hari ini selawat dan salam buat baginda telah kita hulurkan dengan penuh ketulusan? tepuk dada, tanya iman kita..
semoga sama-sama kita menyemai cinta kepada junjungan yang tercinta...Rasullullah s.a.w



Friday, February 11, 2011

siapa nak tilik nasib?

ASsOlatu WasSalam

Tilik nasib..seolah-olah mempertaruhkan hidup ke atas kata-kata yang sememangnya tak patut dipercayai.
Andai ku tahu…

Menonton cerita Doraemon masa kecil-kecil dulu, aye cukup suka bila kucing biru tu menyeluk poketnya dan mengeluarkan segala barang yang ada dalam saku ajaibnya tu. Terutama sekali pintu suka hati.
Wah..dengan adanya pintu tu..cakap nak pergi mana sebelum buka pintu tu..tup..tup dah sampai pun..
wah..sungguh menyeronokkkan.! bertuah Nobita ada Doraemon kan..;P
Lagi best, dalam meja Nobita tu, ada laci ajaib. laci yang menempatkan mesin ke masa depan.
“Mama, boleh tak kita pergi tengok masa depan? Jom beli mesin tu…!
tengok..inilah penangan cerita-cerita Doraemon ni. Memang fantasi..
tapi, best..pengembaraan cerita ni memang  mengujakan..


Dengan mesin masa depan tu, kita boleh tengok siapa kita 10 tahun akan datang…kita boleh tengok siapa pasangan kita..wow!
ha..kita boleh mengubah sejarah! Atau kita menjadi sebahagian sejarah..maq aii…
paling best, kita boleh menghalang apa yang kita tak mahu terjadi..logik ke?
persoalan logic atau tidak..itulah namanya fiksyen..

Macamana agaknya ya, kalau kita semua tahu apa yang akan jadi pada masa depan kita?
kita tahu segala gerak geri, masa dan tempat dan siapa yang akan terlibat dalam situasi yang kita dapat tahu tu..
bila kita dapat tahu apa yang akan terjadi, kita mesti nak halang benda tu berlaku atau bersedia untuk menghadapi keadaan tu?

contohnya, kita tahu yang ada orang nak menganiayai kita, kita dapat lihat sendiri apa yang akan berlaku itu . Bila, dimana, siapa yang terlibat setelah kita melihat sendiri  dalam sebuah kaca ajaib, mesin melihat masa depan dan seumpama dengannya.
Kejadian itu mungkin sesuatu yang ok, tapi mungkin tak memuaskan hati kita.
atau apabila kita melihatnya, kita akan terkejut dan menjerit seakan meronta-ronta mencari  jalan untuk mengubah segala keadaan yang BAKAL berlaku itu supaya tidak berlaku!
Tak terkecuali. kita pasti tahu, bila kita akan mati..
Pastinya kita  memikirkan macam-macam cara untuk menghalangnya daripada berlaku..

Mesti kita jadi orang yang sasau sebab kita sibuk memikirkan cara untuk menghalang sesuatu yang kita sendiri tahu benar-benar akan terjadi.
Sasau kan?

Bila kita tahu, ada orang yang akan dibunuh misalnya, kita pula yang separuh mati menghalang nya daripada berlaku.
Setiap gerak-geri bakal pembunuh tu, kita perhati..segala tindakannya sama seperti yang telah kita lihat.
Akhirnya itu semua terus berlaku dan berlaku…baru kita sedar yang kita juga sebahagian daripada situasi tersebut, malah menjadi penyebab kepada kejadian itu berlaku.!
Sadis dan sentap kan?
Mengetahui segala yang bakal terjadi.
.”Kalau lah aku tahu jadi macam ni…
“Kalaulah aku buat macam tu dulu..
“Kalaulah aku tak pergi ke..
“Kalaulah aku tak jumpa dia..
dan segala macam kalau..!
~inilah kata-kata orang yang suka menyalahkan takdir..
kalau kita tahu segala yang bakal terjadi, kita pasti tak menyerahkan diri kepada Allah…kita pasti lupa kepada ketentuanNYA.
Tentu sahaja hilang rasa kesyukuran kita.
Dalam firman Allah ~
tidak ada yang dapat mengubah takdir kecuali doa..
(tak ingat surah apa)
Peh…benda ni aye mula terfikir sejak  menonton cerita Merlin, episode lepas~ crystal Cave.

 

Merlin knows everything by look at the crystal in the cave. Merlin knows when and how one big murder will happen. He knows that Morgana will do the tragic murderer to her own father, Uther. King of Camelot. He doesn’t want that to be happen. He did anything that can stop the scenes to be happen.
He follows Morgana everytime and hope that he can do something to stop the murderer.
 He thought that he can change the situation. But, he’s absolutely wrong.
Nothing can change the destiny. He must face it.

Pascaskrip: Walau apa pun keadaan, terimalah ketentuan dan takdir Tuhan..kerna disitu
 terletak hikmah disebaliknya…
sentiasalah berdoa kepada Allah...;)




Monday, February 07, 2011

TAJUK GEGAR 1,000 BLOG OLEH BEN ASHAARI

 

Salam..
sambil-sambil menelaah di pagi-pagi buta ni...
aye nak ikuti segmen ni!
gathering blogger di alam maya...
let's check it out segmen bro Ben Ashaari ni! ;)
suara blogger2 Malaya!~~
SAYA SOKONG DUNIA BLOG dan SAYA SUKA KERANA SAYA MINAT MENULIS DAN MEMBACA BLOG ! ANDA BAGAIMANA ??

ada berannni?
;)

Saturday, February 05, 2011

Join Adialuvluze : My First GA


 Aye nak join giveaway ni..mane tau dapat la juga tuahnya...hihi..syarat-syaratnye~
1. Warganegara Malaysia yang sah
ok.kp pengenalan biru..huhu..

2. Lagi best kalo leh jadi follower aku ^___^ (Tp takde la aku paksa pulok)
awal2 dah jadi..;)

3. Sila copy paste pic di atas dan diletakkan di sidebar korang beserta link ke entry ni dengan tajuk : Adialuvluze : My First GA
dah.

4. Kalo dah join, tinggalkan komen korang kat SINI beserta ngan link korang utk n3 ni (supaya senang aku nak trace balik)
dah.

5. 3 bloggie bertuah akan dipilih secara rawak.Nak tau hadiahnye? Tunnngggguuuuu ^_^

6. Tarikh Tutup : 28 Feb 2011
tunggu...

ok.
p/s :nak pi sarapan dlu..


Syabas kerajaan Malaysia!

Salam..ada 2 artikel aye nak kongsikan..;)

Anifah nafi kerajaan lambat pindahkan rakyat kita dari Mesir

KOTA KINABALU 4 Feb. - Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman menafikan dakwaan sesetengah pihak menerusi internet bahawa kerajaan lambat bertindak memindahkan pelajar Malaysia dari Mesir yang kini dilanda kacau bilau.
Sebaliknya, beliau berkata, kerajaan bertindak pantas untuk menguruskan pemindahan rakyat Malaysia dari Mesir dan ini dilakukan hampir serentak dengan langkah dilakukan negara lain termasuk Amerika Syarikat.
"Rakyat perlu tahu bahawa bukan mudah mendapatkan hak pendaratan di Mesir. Ia mungkin mengambil masa, melainkan sudah tentulah jika keadaan di sana mencapai tahap bahaya.
"Selepas diberi hak pendaratan, kami segera mulakan usaha memindahkan pelajar Malaysia keluar dari Mesir sejak semalam dan kami harap dapat menyelesaikan proses pemindahan itu sebelum Isnin ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Sehubungan itu, Anifah merayu kepada pihak terbabit, khususnya blogger, supaya tidak mempolitik atau mensabotaj usaha murni kerajaan Malaysia untuk memindahkan atau membawa keluar lebih 11,000 rakyat negara ini dari Mesir ke Jeddah, Arab Saudi.
"Saya sangat kecewa dengan tuduhan ini apabila pada masa kerajaan kita di bawah kepimpinan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) menumpukan usaha memberi keutamaan kepada keselamatan rakyat kita di Mesir, segolongan pihak tertentu pula mengambil kesempatan daripada keadaan ini demi kepentingan politik mereka.
"Sekarang adalah masa bagi semua rakyat, tanpa mengira fahaman politik berganding tenaga memastikan kejayaan proses pemindahan dan bukannya mencari salah," katanya.
Ditanya sama ada kerajaan akan menanggung kos pengangkutan udara atau penerbangan pelajar Malaysia yang terjejas dari Jeddah ke Kuala Lumpur, Anifah berkata, kerajaan akan membuat keputusan berhubung perkara itu dalam sehari dua lagi.
"Kita tunggu sajalah pengumuman itu. Kerajaan akan menanggung sepenuhnya kos memindahkan rakyat kita dari Mesir ke Jeddah dan semasa di Jeddah, kami menyediakan penginapan dan makanan percuma," katanya. - BERNAMA

~~~~~~~~~~~


Pesawat TUDM tiba di Mesir

05/02/2011 2:29am

KAHERAH 5 Feb. - Pesawat Charlie C130 milik Tentera Udara Diraha Malaysia (TUDM) mendarat di lapangan terbang antarabangsa Kaherah di sini, kita-kira jam 6 waktu petang (12 tengah malam waktu Malaysia).
Pesawat yang membawa 180 pegawai termasuk media baru tiba setelah memulakan perjalanan pada Rabu lalu dari Malaysia ekoran pelbagai 'cabaran dan rintangan' di beberapa persinggahan.
Dua pesawat TUDM dijangka memulakan operasi pemindahan pelajar Malaysia serta-merta ke Jeddah di Arab Saudi. Satu lagi pesawat membawa pelajar dari Iskandariah. - Utusan


pascaskrip: Alhamdullillah. semoga rakyat kita selamat dan sihat walafiat saja. Semalam baru selesai solat hajat. insyaAllah..

Wednesday, February 02, 2011

suspek ramai, tapi yang tak bernasib baik hanya dua...

Entry di awal pagi

Buat beberapa hari ni, waa...nampaknya...kawan kecik aye~telefon bimbit..takkan berada di sisi..
yang ada aye gunakan sekarang adalah sebuah tepon bimbit yang hanya mampu menghubungi dan dihubungi..

segala bagai mesej, hanya mampu dipandang tanpa dapat dibalas..ouh..sadis.,.terpaksalah buat panggilan juga..
~ jadi kepada yang memberi mesej pada aye, hanya mampu dibalas kat FB atau call je buat masa nih..ha

aye terpaksa lah tunggu hingga naik sekolah nanti..isk..isk..cikgu ni saje je nak menyeksa!

ni semua gara-gara tertangkap dek siri tangkapan tak terancang di sekolah minggu lepas..
yang sentap nya tu..antara ramai2 yang buat kegiatan ni, diriku yang tak bernasib baik, lalu tertangkap sudah!
maq aii..ada lah seorang kawan aye lagi yang kena, hoho..sedih juga dia..
wah..aye memang tak bernasib baik pula hari tu ye.

Adus..kata cikgu, benda ni boleh dibawa..tapi, pandai2 handle la..ok..
 ok. entah pasal apa pula boleh tak bernasib baik pula..
agak sedih jugak lah, bila spot check ni dijalankan..kalau awal2 tahu, sah banyak plan..
ish..dalam ramai2, aye gak yang terkena..
pengawas pun bisa terlepas..hua...

masa tu rasa macam nak ambil je balik hp tu..
tapi, hanya mampu memandang..
dan tertanya.."apakah ini suatu kesalahan..sedangkan ini satu keperluan"..
benda tu bukannya apa pun boleh dibuat melainkan nak ambil gambar untuk seni, eheh,..
lagi satu, untuk emergency balik lambat...

agak sentap pasal kegiatan ni berlaku tanpa disedari, dah tu.memikirkan orang punya persepsi terhadap budak2 yang terkena ni..
uish...
"Bukan bermakna awak terkena ni, awak tak berdisplin, tapi, saya faham, pendekatan setiap ibu bapa tu lain...tapi, nak buat macamana kan, peraturan..tak boleh nak diubah.."
kata-kata cikgu menyedapkan sikit hati ni. kawan aye lagi sorang yang terkena tu, dah meleleh air mata..sedih beno..
aye cuma diam je. memikirkan apa hikmah disebaliknya..em..

entahlah..penin..bila fikir-fikir balik, lepas ni kena berhati-hati juga,.

ha..isu ni memang isu popular kat tempat macam ni seperti di PLKN dulu
isu telefon bimbit paling hangat..

~"minta beri telefon bimbit 3 hari seminggu
~minta pulang lambat
~tak payah pulang hp..

tapi, takde maknanya..ia sekadar bising2 dalam kalangan budak-budak je..
Uish..susah,makin canggih, makin perlu berjaga-jaga dengan dunia sekelilimng kita ni..

Hp oh hp...lepas ni, akan aku lebih hargai dikau.. 


takpelah..lagipun, bukannya hilang ataupun diragut macam apa yang berlaku pada kakak aye tahun lepas.., hp aye cuma jadi tahanan sekejap..

Hem.., ini akan menjadi kali terakhir hp ku tertangkap, lepas ni tak lagi..
never did it again..

but, in other ways..maybe..;)

(Serius) Krisis darurat di Mesir dan rakyat Malaysia di sana. Sebarkan!

Salam,
disamping kita semua sibuk juga berdepan dengan bencana banjir..
kita juga dihadapkan dengan berita rakyat Malaysia kita yang lebih kurang 10 ribu di Mesir...berada dalam keadaan terancam.
Bumi Al Azhar tu dah bergolak. Rusuhan yang aye dengar bermula sejak seminggu rasanya.
Beberapa sumber yang aye faham..


 Keadaan di mesir yang meruncing, mengancam keselamatan rakyat Malaysia di sana.
1. Keadaan semakin meruncing, kononnya kerajaan dikatakan tak membantu..
em..Nampaknya kita telah nampak beberapa tindakan daripada kerajaan mengenai isu ini.

2.kalau tengok dalam tv, masih belum terasa sangat keadaan meruncing tu, tapi tadi, aye baca tentang ni dalam blog krisismesir, astagfirullah..
 
3. Setakat  angka sebenar jumlah pelajar Malaysia di sana tidak diketahui, tapi ada sumber memaklumkan terdapat 11,000 rakyat Malaysia tinggal di seluruh Mesir.


Serba sedikit tentang rusuhan di Mesir

 1. Rusuhan dan darurat di Mesir adalah berpunca daripada revolusi rakyat menentang kerajaan pimpinan Hosni Mubarak. Revolusi ini diinspirasikan daripada revolusi tunisia baru-baru ini dan dijangka banyak negara timur tengah akan turut menurut jejak langkah rakyat Tunisia dan Mesir untuk ber-demo. 

2. Hosni Mubarak ialah diktator yang memerintah Mesir selama 30 tahun, dan mungkin anda tidak tahu Hosni Mubarak adalah pemerintah kejam, perampas harta rakyat dan juga sekutu US dan juga menyokong Israel. Media Malaysia kurang melaporkan berita mengenai ini dan ramai yang tidak tahu, ingat Mesir…bunyi Arab tu semua aman…semua baik-baik ke? Dah jadi riot baru kecoh satu dunia.





Keadaan sebenar di Mesir

Salam Ariff, saya Nadia, a student in Egypt.
Ariff, kini saya berada di Malaysia kerana pulang untuk winter break, but when I got home, the condition in Egypt somehow got worse about the Hosni Mubarak thingy. Ramai yang sangka keadaan kat sana adalah okay, mengikut kata Jabatan Penuntut Kaherah Mesir dan Kedutaan Malaysia di sana, but there are parts that they don’t know:
Di tempat saya Mansoura, people got killed on the streets, houses are getting robbed and they are aiming to attack Malaysian students. There are about 6000 prisoners on the streets! Airport dibakar dan anggota polis tidak lagi menjalankan tugas mereka.
Kita memohon supaya kerajaan Malaysia memandang serius hal ini. Bukan sahaja di Mansoura, malah di seluruh Mesir keselamatan rakyat kita terancam.
Segala update berkenaan keadaan di sana boleh dibaca melalui blog Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita
Jika ada cadangan di luar sana untuk membantu kami mendapatkan perhatian kerajaan Malaysia, sila hubungi Nurul Nadia Binti Md Zin di 017-3193923
Atau melalui:
Facebook: Nuvul Nadiva Dizavch
Twitter: DyyaDizarch
Blog: Nadia-ism
YM: nadia_mdzin2001@yahoo.com
Please let all Malaysians know about this. I will do the same but I need your help too especially to all the bloggers out there. May Allah save our citizens there.
- Nadia
sumber:  ariff.com



Krisis mesir dan rakyat negara kita

1. Huru-hara dan rusuhan di hampir semua tempat di Mesir

Rusuhan berlaku merata-rata tempat, orang awam bertempur dengan polis dan tentera…ramai terkorban, ramai cedera parah. Orang yang tak bersalah pun boleh jadi mangsa tanpa sedar.

2. Internet, Komunikasi Telefon Bimbit disekat

Dah beberapa hari sejak kerajaan Mesir menyekat Internet dan komunikasi telefon bimbit serta servis blackberry. Menyukarkan orang ramai untuk berhubung.
Ramai ibu bapa di Malaysia risau keadaan anak mereka di Mesir yang gagal dihubungi dan tidak tahu keadaan terkini isu di sana.

3.Lebih 5000 banduan terlepas dari penjara

6000 banduan terlepas dari penjara
Antara kes “prison break” terbesar setakat ini…6000 banduan telah terlepas dari penjara. 6000 tu jumlah yang sangat ramai, dan agak-agak apa banduan yang dah lama kena penjara akan buat bila dah terlepas?
Tak mungkin mereka insaf…yang pasti keganasan meningkat dan ramai menghadapi ancaman teruk.
p/s: tak terkata..

4. Pelajar Malaysia dirogol, dirompak

Dengar berita ada pelajar Malaysia di Mesir yang telah menjadi mangsa rogol dan rompak. Rumah yang didiami mereka dicerobohi dan mereka tinggal dalam ketakutan.
Ini bukan perkara main-main kerana melibatkan maruah dan nyawa rakyat kita sendiri. Minta pihak kerajaan Malaysia memandang serius perkara ini, sebab kalau ikutkan coverage di akhbar dan tv sekarang memang langsung tak dipandang serius.
edit : Berikutan ada menyangkal point ini…ada baiknya anda lihat blog Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita dan mungkin rujuk entri ini juga

p/s: dengar cerita, ianya sekadar khabar angin (rumors) semata. Ish..menakutkan orang je..

5. Darurat, krisis tempat tinggal dan makanan

p/s: apabila berlakunya darurat, mestilah sana sini keadaan adalah yang mengancam nyawa.
makanan, tempat tinggal semuanya terasa akan membawa maut.
perasaan tak selamat sentiasa melingkari diri. 
peh..kalau banjir pun dah rasa mcm darurat, apatah lagi keadaan yang memang tak selamat.
semuanya kerana keaganasan manusia mengancm nyawa manusia lain..


6. Airport, Balai Polis, Kereta diserang, dibakar

Lapangan terbang diceroboh dan di serang, dan segala urusan penerbangan banyak yang terpaksa di batalkan atas sebab keselamatan. Yang selamat hanya mereka yang ada pesawat peribadi.
Balai-balai polis dan kereta serta kenderaan di jalanraya banyak yang dibakar oleh perusuh. Terdapat juga insiden pihak tentera melanggar perusuh dengan kereta.

7. Bloggers seluruh Malaysia, take note!

Sebarkan maklumat berikut; dan minta kerajaan Malaysia memberi priority sebaik mungkin untuk isu ini.

1. Baca bacaan berguna ni bagi sesiapa yang tak berapa faham isu ni dan ingin mengetahui dengan lebih lanjut..

   2. Jadilah rakyat yang prihatin, andai kejadian macam ni berlaku pada kita mahupun saudar-mara  kita, apakah kita mampu menghadapinya? semoga kita mampu..jadi, sama-samalah membantu apa yang termampu..

Apa yang perlu kita buat?
1. Penyebaran. itu penting untuk memberitahu keadaan semasa kepada orang ramai.

 2. Share artikel2 macam ni di Facebook dan blog korang. Copy dan paste.

Berita terbaru

Update Keadaan (23:08 GMT +8)(17:08 GMT +2)

Update Azhar

- baru ada kenyataan rasmi mengenai pemindahan pelajar2 menggunakan kapal TLDM yg berlabuh di Athens
- pelajar di Alex sudah mula mengemas & berkumpul untuk bersedia dibawa keluar dari Mesir melalui kapal terbang dan dibawa keluar dari Mesir. mereka akan dipindahkn ke negara berjiranan Mesir, BUKAN DIHANTAR PULANG
- ibubapa diminta sentiasa menghubungi anak2 untuk mengetahui keadaan semasa mereka di samping memberitahu tindakan kerajaan Malaysia kerana sistem komunikasi di Mesir sangat terjejas, ramai yang tidak tahu keadaan semasa.
- kawasan Kaherah dan Iskandariah sangat dikhuatiri
- bagi anak2 di Muhafazah lain, InsyaAllah keadaan mereka selamat kerana kawasan yg teruk terjejas ialah Kaherah & Iskandariah.
- setakat ini tiada laporan kes keselamatan pelajar2 Malay sia di sana, doakan supaya mereka sentiasa selamat.

sedang mengemaskini maklumat pelajar yg keluar mesir, diminta sesiapa yg mnghubungi saya supaya text msg ke no saya nama penuh, ic & tempat pengajian.

*maaf pembetulan, kawasan Iskandariah masih selamat.

~~~~~~~~

pascaskrip:
Cerita-cerita Melayu sekarang, banyak mengaitkan pelajar dengan Al azhar. ye. itu memang cantik..tapi, ia telah dicemari dengan campur tangan politik.
sayang sekali..
sebab..
Mesir dikenali bukan kerana piramidnya. Ini kerana binaan yang menakjubkan bukan sahaja wujud di Mesir, tetapi juga di Indonesia dengan Candi Borobudur, di China dengan Tembok Besar, Patung Zues di Olimpia, Greek dan banyak lagi binaan-binaan lain di seluruh dunia. Bukanlah kemuliaan dan kehebatan Mesir di kehebatan binaan piramidnya yang lebih merupakan lambing kezaliman penguasa terdahulu terhadap rakyatnya di zaman tersebut.

Sesungguhnya kehebatan Mesir ialah kerana Universiti al-Azhar yang diasaskan pada tahun 970M. Itulah hebatnya Mesir. Bumi anbiya’ yang dipilih Allah SWT untuk menjadi tuan rumah kepada universiti tertua di dunia ini telah melahirkan generasi ulama terbilang yang bertebaran menyebarkan ilmu ke serata dunia. Atas kemuliaan ini, pemimpin Mesir sewajarnya terdiri daripada mereka yang mempunyai komitmen dengan Islam.~ chedet
  Kalau tak silap, krisis Palestin hari tu pun, sewaktu penghantaran makanan dibuat, pintu sempadan Mesir ditutup...em..kenapa ye?..

Entahlah, walaupun sibuk belajar, isu-isu  macam ni, memang aye ambil tahu..
Isu-isu macam ni menginsafkan dan membuatkan kita sedar, masa kita singkat.

Benda-benda yang enteng, tak payah sibuk sangat..
dan tentang isu ni, semoga dipermudahkan segalanya..

tahun lepas, kisah Mavi Marmara dan kembara sekumpulan sukarelawan ke Palestin, turut meggugah perasaan Rakyat Malaysia..
begitulah kita, sebagai saudara, harus saling mengambil berat..

Ya Allah, kau permudahkanlah segalanya...

Tuesday, February 01, 2011

(Gambar) banjir di Kluang, seakan sama dengan banjir 2006..

Salam, bulan pertama 2011  ni, kita disaksikan kejadian banjir
Banjir ini pernah aye saksikan..rasanya lagi teruk..
depan mata..iaitu di Kedah.
November lepas..
sekarang ni, berlaku di Selatan pula..
Ya, Kluang..
bandar pun banjir..
kali terakhir sebelum ni, berlaku pada tahun 2006.. 
ha, masa tu bah besar berlaku di Johor..
ni beberapa gambar daripada kawan-kawan FB...





jalan nak pegi bandar yg selalu org guna..

dah terputus pun..


hujan dah berhenti..moga banjir cepat surut..
ayah aye pula terperangkap dek banjir di Tenang, Labis..
rindu kat ayah..
sejak penamaan calon, ayah kerja luar di sana..
apa2 pun berbaloi..
keputusan menyenangkan..
meski berlaku dalam keadaan yang agk tak menyenangkan, tapi InsyaAllah..akan kembali tenang...