tangan yang mencatat, mendongak ke langit..

You will never love for it...until you know them well...
Tak kenal maka tak cinta...

Saturday, February 05, 2011

Syabas kerajaan Malaysia!

Salam..ada 2 artikel aye nak kongsikan..;)

Anifah nafi kerajaan lambat pindahkan rakyat kita dari Mesir

KOTA KINABALU 4 Feb. - Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman menafikan dakwaan sesetengah pihak menerusi internet bahawa kerajaan lambat bertindak memindahkan pelajar Malaysia dari Mesir yang kini dilanda kacau bilau.
Sebaliknya, beliau berkata, kerajaan bertindak pantas untuk menguruskan pemindahan rakyat Malaysia dari Mesir dan ini dilakukan hampir serentak dengan langkah dilakukan negara lain termasuk Amerika Syarikat.
"Rakyat perlu tahu bahawa bukan mudah mendapatkan hak pendaratan di Mesir. Ia mungkin mengambil masa, melainkan sudah tentulah jika keadaan di sana mencapai tahap bahaya.
"Selepas diberi hak pendaratan, kami segera mulakan usaha memindahkan pelajar Malaysia keluar dari Mesir sejak semalam dan kami harap dapat menyelesaikan proses pemindahan itu sebelum Isnin ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Sehubungan itu, Anifah merayu kepada pihak terbabit, khususnya blogger, supaya tidak mempolitik atau mensabotaj usaha murni kerajaan Malaysia untuk memindahkan atau membawa keluar lebih 11,000 rakyat negara ini dari Mesir ke Jeddah, Arab Saudi.
"Saya sangat kecewa dengan tuduhan ini apabila pada masa kerajaan kita di bawah kepimpinan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) menumpukan usaha memberi keutamaan kepada keselamatan rakyat kita di Mesir, segolongan pihak tertentu pula mengambil kesempatan daripada keadaan ini demi kepentingan politik mereka.
"Sekarang adalah masa bagi semua rakyat, tanpa mengira fahaman politik berganding tenaga memastikan kejayaan proses pemindahan dan bukannya mencari salah," katanya.
Ditanya sama ada kerajaan akan menanggung kos pengangkutan udara atau penerbangan pelajar Malaysia yang terjejas dari Jeddah ke Kuala Lumpur, Anifah berkata, kerajaan akan membuat keputusan berhubung perkara itu dalam sehari dua lagi.
"Kita tunggu sajalah pengumuman itu. Kerajaan akan menanggung sepenuhnya kos memindahkan rakyat kita dari Mesir ke Jeddah dan semasa di Jeddah, kami menyediakan penginapan dan makanan percuma," katanya. - BERNAMA

~~~~~~~~~~~


Pesawat TUDM tiba di Mesir

05/02/2011 2:29am

KAHERAH 5 Feb. - Pesawat Charlie C130 milik Tentera Udara Diraha Malaysia (TUDM) mendarat di lapangan terbang antarabangsa Kaherah di sini, kita-kira jam 6 waktu petang (12 tengah malam waktu Malaysia).
Pesawat yang membawa 180 pegawai termasuk media baru tiba setelah memulakan perjalanan pada Rabu lalu dari Malaysia ekoran pelbagai 'cabaran dan rintangan' di beberapa persinggahan.
Dua pesawat TUDM dijangka memulakan operasi pemindahan pelajar Malaysia serta-merta ke Jeddah di Arab Saudi. Satu lagi pesawat membawa pelajar dari Iskandariah. - Utusan


pascaskrip: Alhamdullillah. semoga rakyat kita selamat dan sihat walafiat saja. Semalam baru selesai solat hajat. insyaAllah..

No comments: