tangan yang mencatat, mendongak ke langit..

You will never love for it...until you know them well...
Tak kenal maka tak cinta...

Thursday, April 14, 2011

Mustika..di sebalik Sutera Bidadari

Salam,
tu dia...
sesuatu yang dulunya ku tunggu-tunggu kini muncul kembali..
menyinari kamar buku yang sunyi sepi..

fenomena ni dah lama melingkari dunia aye sejak 5 tahun lalu..
uh..lama..perjalanan yang jauh kan,,.
begitu juga perjalanan penulisnya yang telah pun mempersembahkan yang terbaik..
untuk pembaca setianya..


sejak aye mengikuti program Minggu Penulis Remaja tahun lepas, 
perasaan penulis tu sendiri dapat diselami.
untuk menghasilkan sebuah karya, perah memerah idea memang aktiviti biasa.
macam blogger juga kan..nak jadi blogger yang baik..mesti tulisan mantap punya..(biarpun daku blogger baru)...

ok. back to the topic.
karya Ramlee Awang Murshid ni antara karya yang menjadi buah mulut pembaca-pembaca buku.

dan yang paling mengancam ialah...Tetralogi (yang ke 5 dah)

Tetralogi Laksamana Sunan..




 buku ni bakal menerjah di Pesta Buku Antarabangsa 2011 di PWTC nanti..
ouh...ni kisah sedih..pasal tak dapat nak pergi PWTC..;(
aye hope sangat dapat pergi..em
niat di hati nak sangat jumpa novelis thriller ni..Ramlee Awang Murshid..
hem. sebab beliau pun tak dapat hadir 23 dan 24..
dan seterusnya..pesta buku sampai hari Jumaat minggu depannya..
memang aye tak de chance.maaf..

Berbalik kepada Tetralogi yang pernah muncul dalam mimpi aye nih..ha
sejujurnya novel yang 2 thumbs up!
tak dapat nak diungkap dengan kata-kata kalau kita bercerita dengan orang yang tak suka baca buku!
huh..

nak usha sinopsis novel ni~
Baiklah...mari kita bercerita mengenai Sutera Bidadari serba ringkas. Cerita ini terbahagi kepada empat kisah yang saling terkait antara satu sama lain. Saifudin @ Laksamana Sunan tetap menjadi tunjang utama pengisahan ini. Tiga lagi menceritakan tentang Taghut yang menyusuri asal-usul apabila telah lenyap kesaktiannya. Dilanjutkan lagi mengenai Sang Dewi yang mendiami negeri Inderapuri dalam lingkaran Hindi, yang tanpa jemu menyeru Saifudin agar mampir ke sebuah belantara nan luas. Sang Dewi merupakan makhluk sumpahan. Dan akhirnya dibentangkan pula cerita tentang Saifullah di abad ke 21 yang dikenali sebagai pewaris khazanah Maryam – menjejaki Catatan Maryam dan Keris Nanggroe yang telah dicuri oleh Elizabeth.

ok....em. apasal ada 'mustika' kat tajuk tu?
entah kenapa..bila berbicara tentang cerita ni..teringat laguM. Nasir ni..puitis sungguh..

Mustika

Kau yang berselindung
Di balik sutra
Warnamu pelangi
Engkau mustika hati
Pesona cinta
Mahligai rindu
Malam dingin yang kejam
Aku tiada gentar
Kerna cintamu
Misteri alam yang terbongkar
Lena jadi sedar
Kerna kasihmu

Yang dulu ku cari
Rupa-rupanya ada di sini
Dan yang bermain di mimpi
Menjelmalah engkau dalam realiti

Dulu lalu depan mata
Tapi ku tak hirau
Ku Tak peduli
Tapi setelah ku tahu
Hanya engkau teman
Kau tak ku lepaskan

Mustika, oh... mustika
Mestikah aku menjadi penanti
Pelukan sakti cinta sucimu
Aku tak sabar menantikan esok hari
Bawalah daku bersamamu
Oh, mustika hatiku
Mustika, oh... mustika

oh..aye sudah angau dek cerita ni....nanti cerita lagi la ye..



No comments: