tangan yang mencatat, mendongak ke langit..

You will never love for it...until you know them well...
Tak kenal maka tak cinta...

Friday, July 01, 2011

♦ IMAM MUDA UNGGUL MUSIM 2- IMAM MUDA HASSAN


Dari kiri, Hassan juara Imam Muda unggul 2011 musim kedua | Imam Muda Hassan

Hassan dinobatkan sebagai juara Imam Muda unggul musim kedua, Graduan Ijazah Sarjana Muda Ilmu Wahyu (al-Quran & Hadith) Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Mohd Hassan Adli Yahaya @ Yahuza, 26 (Hassan) Hassan adalah seorang yang pendiam namun ramah sekiranya didekati. Sedikit seperti kehidupan yang pernah dilalui Nabi Muhammad S.A.W yang dibesarkan tanpa ayah di sisi ketika beliau masih kecil. Ini membuatkan Hassan lebih manja bersama ibunya. Rahmatnya apabila kita sering membantu dan bersama ibu setiap masa, apa saja yang didoakan ibu dipermudahkan Allah.

Pengalaman yang ditimba ketika mengikuti salah satu program realiti Akademi al-Quran suatu masa lalu banyak memberi panduan yang berguna kepadanya.
Mudir, Hassan Mahmud juga meyakinkan bahawa, Hassan ternyata memiliki kekuatan pada semua ujian teori dan praktikal yang dilaluinya. Memandangkan dirinya juga adalah seorang pensyarah di salah sebuah sekolah agama di ibu negara, ternyata kelebihan menjuarai   juara Imam Muda musim kedua.
Imam Muda musim kedua sampai kemuncak malam ini UJIAN besar yang ditempuhi sepanjang sembilan minggu mengikuti program Imam Muda bukan sebarang individu yang mampu menghabiskan. Tidak semua mampu berhadapan dengan jenazah yang tidak sempurna untuk diuruskan sekiranya tiada kekuatan mental dan fizikal, berhadapan mayat bayi dalam isu pembuangan bayi, menyelami perasaan banduan terakhir, orang tua yang ditempatkan di rumah kebajikan dan pelbagai ujian lagi. Semuanya menguji ketabahan hati dan melawan perasaan jiwa yang berkecamuk untuk menangani masalah sebelum bergelar Imam Muda. Malam ini adalah penentu debaran Imam Muda peringkat akhir apabila hanya dua daripada 10 Imam Muda akan dinobatkan sebagai Juara Imam Muda musim kedua.

Nazrul pula naib juara Imam Muda unggul musim kedua, pemegang Diploma Pengajian Islam Kolej Pengajian Islam & Dakwah, Nazarul Izwan Zolkiflee, 26 (Nazarul) Imam muda yang dicari. Siapa menyangka, Nazarul yang lahir dari latar belakang keluarga yang hanya memiliki asas saja di dalam ilmu agama, namun kecekalan, kesungguhan dan tidak mengaku kalah melayakkan dirinya untuk berdiri di pentas akhir. Beliau disifatkan sebagai Imam Muda yang berani menyahut cabaran, memiliki hati yang bersih sehingga memudahkan ilmu yang dipelajari cepat dimiliki. Mudir, Datuk Hassan Mahmud juga menganggap dirinya orang yang merendah diri, ramah dan menghormati masyarakat sekeliling. Begitu juga dengan Pengurus Saluran Astro Oasis, Izelan Basar berkata, beliau tertarik dengan pemikiran yang melangkaui kotak fikiran manusia biasa. Bagaimanapun, kita tidak sesekali dapat mempertikaikan kelebihan sama yang dimiliki Hassan, dari air mukanya yang bersih jelas menggambarkan persis lelaki soleh yang mampu menarik perhatian sesiapa saja sekiranya beliau membuka bicara.

Juara Imam Muda menerima hadiah cukup mewah yang dianggarkan RM350,000 iaitu kereta, wang tunai, pakej haji, biasiswa melanjutkan pengajian ke Universiti Madinah dan pelbagai lagi, begitu juga dengan naib juara turut mendapat hadiah yang sama. Namun ternyata ilmu yang diperoleh di dalam program itu tidak ternilai daripada hadiah yang bakal mereka terima. Apapun tanggungjawab yang lebih berat terhadap masyarakat lebih mendebarkan mereka sebaik tirai program ditutup malam ini.

tq, mummycute


p/s: aye memang tak dapat tengok secara langsung..ehm..
tapi, nasib baik ada geng satu kepala..dapat lah teman dengar pengumuman Mudir yang memang mendebarkan tu dari speaker tv ke corong telefon terus ke telingaku..
hihi..bila dengar je pengumuman..belum dengar nama IM Hassan lagi, kawanku dah menjerit!
hoho..terharu woo..memang tak mengharap mana2 pun..tapi..bila dah diumumkan..mestilah eden suke! hihi..
semoga apabila keluar nanti..dapatlah kiranya Imam Muda Hassan mengorak langkah mengajak anak-anak muda mengorak langkah membina masa depan..insyaAllah.


dan..aye nak saksikan..video Kemuncak ni..

No comments: