Assalamualaikum, Salam Ramadhan dan teruskan berjuang ! Puisi karya Noor Hafizah Mazlan..ehem.hehe. setelah lama tak menukilkan puisi, akhirnya jadi juga..alhamdullillah | ||
Utusan Jawi, 25 Jun 2012 |
Lautan dalam,
tidak mampu diduga,
kau di situ meniti hidup,
dalam selautan garam,
tidak mampu menyentuh,
memasinkan mu,
selama mana kau masih sanggup
untuk terus berenang,
kau masih segar menapis segala.
Kala kau tidak lagi berenang,
tiada lagi kau bertahan,
secubit garam ditabur,
kala kau terdampar kaku,
kemasinan memakan diri,
ketika kau tidak lagi berenang berlari.
10 januari 2012
Kluang,Johor
Pernah aye menonton Halaqah bertajuk Ikan Di Air Masin. Tajuk yang ringkas, tapi signifikan.
Tadi baru goreng ikan, terfikir analogi ni. Ikan yang masih hidup dalam air, apakah ikan tu masin? Air laut yang masin tu kalau kita terminum, pasti kita akan mudah dan cepat haus. Ataupun kita termuntah. punyalah masin. Tapi, Allah jadikan ikan sebagai makhluk laut yang hidup dalam keadaan yang baik walaupun dalam air laut yang masin.
Kehidupan ikan dalam laut yang masin, langsung tak memasinkan daging ikan tu sendiri. Tetap juga tawar. Cuba kita rasa daging ikan tu, memang tiada rasa masin langsung. Walhal, ikan tu memang sebati dengan air laut.
Tapi, yang menjadi persoalannya, ketika kita nak menggoreng ikan tentunya kita meletakkan secubit garam, kan? Dan, cuba rasa ikan tu...mestilah masin kan?
Ye.,itulah dia..ikan yang tidak bernyawa mudah je masin apabila hanya secubit garam je diletakkan. Sedangkan sewaktu ikan tu hidup dalam air laut yang cukup masin tu tidak pernah memasinkan ikan tu. Subhanallah kan?
'ikan' yang 'hidup' sentiasa ceria! |
Tapi, ini bukan sekadar cerita ikan je..tapi all about human sebenarnya.
Bulan Ramadhan ni bulan tarbiah atau sebagai intensif untuk mengharungi lagi 11 bulan mendatang.
Jadi, boleh dianalogikan kisah ikan ni sebagai orang yang masih punya hati dan iman yang hidup. Walau apa jua keadaan sekelilingnya yang tidak baik tidak akan boleh mempengaruhi dia .
Bak kata Prof Muhaya, seorang yang hidup in to out, hidupnya lebih jelas akan tujuannya iaitu tujuan hidup kita adalah menuju Akhirat yang pasti.
Boleh dikatakan ikan yang hidup dalam air laut yang masin ini sebagai orang yang celik mata hati. Apabila, hati dan iman itu sudah tiada lagi atau sense of concious ni hilang, jadilah seperti ikan yang dah mati, letak secubit garam je..habis masin ikan tersebut.
Sungguhlah, bulan Ramadhan,.bulan tarbiah cinta daripada Allah. Apakah mampu tarbiah sepanjang Ramadhan ni kita apply dalam solat, kerja seharian, hati dan iman kita?
11 bulan yang mendatang menjadi pengukur jua penyebab bulan Ramadhan dianugerahkan kepada kita.
Kedatangan Ramadhan itu bagaikan tetamu yang kita cinta, datangnya dinanti..perginya ditangisi..dan sungguhlah..kita menghargai tetamu itu kerana apa? kerana Allah.
Jadi, 10 Ramadhan terakhir ni peluang masih diberikan kepada kita..kita masih hidup hari ini,.tanyalah iman kita? nak keluar dari bulan Ramadhan in as a pure person atau...orang yang masih tak diampuni dosanya?
Jadilah ikan yang sanggup berenang dan berenang walaupun keadaan sekelilingnya masin..tapi, masih tidak mampu memasinkannya..Tetapi, apabila nyawa ikan sudah tiada ibaratnya manusia yang sudah hilang hati dan iman..apa sahaja yang berlaku disekelilingnya sentiasa membinasakan dia..
Allahu Rabbi, jadilah kita seperti ikan dalam air yang apabila keluar daripada air, tak cukup nafas dan lemas. Itulah orang beriman yang sentiasa merebut pahala ibadah,.dan takkan pernah senang kalau tak buat perkara-perkara wajib dan sunat yang mendekatkan dirinya dengan Allah dan Rasul-Nya sepanjang hari. Berdoalah semoga kita sentiasa istiqamah dalam mengerjakan ketaatan. Semoga Allah redha akankita dunia dan akhirat.
Meskipun Ramadhan akan pergi meninggalkan kita, tapi,.kita tetap seorang hamba kepada Allah. Sembahlah Allah bukan Ramadhan. Ubudiyyah kepadanya itulah tujuan kita diciptakan.
Carilah malam yang lebih baik dari seribu bulan tu. insyaAllah.
Wassalam ^_^
20 Ramadhan 1433H
No comments:
Post a Comment