Hari ni hari yang tak busy, tapi dalam fikiran tu sangat sempit dengan assignment sana dan sini.
Tapi, bila dah ada chance nak buat,.aku menjadi seorang yang cool dan buat dengan penuh ketenangan.
Somehow, stress tu bagus untuk memaksa seseorang itu untuk siapkan apa yang kita kena siapkan.
Tapi, pada satu keadaan yang lain, aku rasa stress ni kalau tak diurus dengan baik,
mungkin akan jadi penyebab kepada penyakit dalam diri
Misal kata yang boleh dihighlightkan,.adalah masalah paranoid dan virus negatif.
Sebenarnya, aku tak berapa nak minat bersama dengan orang yang risau nya melampau tahap boleh bawa orang lain sekali down.
Atau dengan orang yang terover confident dengan apa yang dirasa.
Hakikatnya,.bukanlah aku tidak mahu untuk jadi orang yang sangat mengambil berat akan apa yang perlu tu sekadar dan setimpal dengannya.
Kata Prof Muhaya,.jangan biarkan fikiran kita dengan satu pemikiran yang negatif. Kita mesti ada perisai untuk menghalang segala ketidaksesuaian perkataan yang bila masuk dalam pendengaran kita, secara automatiknya,.hati kita ni jadi risau tak semena-mena. Padahal tadi,.boleh je kita cool dan bgitahu pada diri,.yang "you can do it, don't worry,."
kan? tapi ada baiknya juga jumpa orang macam ni,.maksudnya bolehlah dengan kerisauan depa tu buat aku rasa tak tentu arah dan kena siapkan juga by hook or by crook. peh.
tapi,.dalam nak rasa satu kelebihan tu,.sebaiknya kita duduk dengan tenang dan buat dengan sistematik. itu yang terbaik.
tapi, bila bekerjasama dengan orang yang tak berapa efektif mahupun proaktif itu a yang mendatangkan saat-saat menyampah dan hilang 'cool ' dalam diri..huh.
meh kita petik dalam cerita Three Idiots,
"hati kita ni bodoh,.usaplah dada dan beritahu yang All is well.."
tu dia..all is well-semuanya baik ja.
kita mampu buat sesuatu yang kita nak buat tu,.kalau kita bersungguh-sungguh nak buat.
Kita kena yakin dengan diri sendiri. Sebab Allah yang jadikan kita.
Bersangka baik dengan kemampuan diri adalah bertawakal pada Allah.
Ia satu complementary.
doa, usaha dan tawakal :')
satu usaha dan akhirnya telah berjaya aku siapkan adalah, assignment autocad dan lukisan pelan.. ya,.sebelum buat tu aku rasa macam mustahil untuk aku mampu siapkan.
Tapi, berdoa dan rasa aku memang boleh buat,.ada je jalan. hehe
dan autocad yang juga telah siap untuk dicetak.
insyaAllah,.
dan untuk 3 minggu lagi ni,.akan menyambut peperiksaan akhir. huhu.
semoga usaha doa dan tawakal berjaya dipraktiskan..
untuk kali 150 juta jangan pernah berputus asa, berdoa dan jangan pernah kecewa pada-Nya . :)
aamiin, ya Allah :)
No comments:
Post a Comment