tangan yang mencatat, mendongak ke langit..

You will never love for it...until you know them well...
Tak kenal maka tak cinta...

Saturday, June 29, 2013

Surat buat Ramadhan- ku menantimu, 10 hari lagi.

Buatmu, Ramadhan,,ku menantimu..


1. Ramadan datang kepada kita yang tahu kemuliaannya tapi tidak banyak melakukan apa-apa.
2. Mungkin Ramadan menatap kita dengan tatapan kosong.
3. Tidak ada aktiviti di waktu malam kecuali hanya senda gurau, berhibur dan bergelAK tawa.

Mungkin :
a. Ramadan melihat kita hanya sekumpulan orang dungu yang meninggalkan solat dan hanya asyik menghabiskan waktu dengan saluran-saluran televisyen yang tidak memberi manfa'at.
b. Ramadan hanya menatap kita sebagai sekumpulan orang-orang yang malas yang merasa telah mengeluarkan segenap kesungguhannya seusai menunaikan solat Taraweh sebanyak lapan raka'at dalam beberapa minit dan setelah itu pergi dengan penuh rasa bangga seolah-olah telah melaksanakan dan menunaikan hak untuk 'ibadahnya dan terbebas dari kewajiban Allah kepadanya.

Mungkin kita perlu meminta ma'af kepada Ramadan kerana hati kita barangkali telah berubah menjadi keras dan membatu serta mata kita kering dari airmata.
Kita mungkin tidak dapat sepenuhnya merasakan :

1. Manisnya keta'atan.
2. Indahnya 'ibadah.
3. Nikmatnya munajat-munajat di malam-malam Ramadan.

Ramadan mungkin belum menemui apa yang seharusnya ia temukan pada diri kita padahal menurut orang-orang yang telah ditemui oleh Ramadan di zaman dahulu, bahawa Ramadan adalah bulan bertemunya dua jenis jihad iaitu :
a. Jihad di waktu siang dengan berpuasa.
b. Jihad di waktu malam dengan memperbanyakkan solat malam dan tilawah Al Qur’an.

Imam Ibnul Jauzi rah.a telah mengingatkan kita tentang perkara ini dalam nasihatnya :
“Siapa yang mengumpulkan dua jihad ini serta melakukan keduanya dengan penuh sabar, pahalanya akan diberikan tanpa hisab.”

Hal yang sama juga telah disampaikan oleh Ka’ab r.a:
“Pada hari kiamat akan terdengar seruan, ‘Sesungguhnya setiap orang yang menanam akan diberikan apa yang ditanamnya disertai tambahan, hanya sahaja para ahli Al-Qur’an dan puasa diberikan pahala mereka tanpa batas dan tanpa perhitungan.”

Sekali lagi, mungkin kita perlu meminta ma'af kepada Ramadan kerana ia belum menemukan dalam diri kita sesuatu yang sesungguhnya ia harapkan dari kehadirannya bersama kita sepertimana di sa'at ia pernah hadir di tengah-tengah manusia yang memperlakukannya dengan sangat istimewa serta tidak tunduk dan terpedaya oleh musuh.
Ramadan hadir di tengah-tengah mereka di mana bumi yang dipijak sentiasa terdengar azan serta syiar Ramadan sentiasa diagungkan dan ditinggikan.

Hari ini kita telah berada di penghujung Sya’ban iaitu bulan yang tidak ada lagi jarak dengan bulan yang sangat istimewa milik umat Muhammad saw, iaitu Ramadan.
Dia berdiri bak pintu gerbang menuju taman yang sangat indah sehingga sebahagian ulama’ mengistilahkan bulan ini sebagai bulan persiapan menyambut Ramadan.

Ibnu Rajab rahimahullah berkata :
“Menurut mereka iaitu para ulama’ bahawa bulan Sya’ban ibarat latihan untuk menghadapi puasa Ramadan, agar seseorang tidak terbeban dengan puasanya ketika Ramadan tiba.”

Namun, realiti itu tentunya bukanlah satu-satunya alasan untuk mengatakan mengapa kita perlu merasakan kehangatan Ramadan di sini.
Sya’ban adalah tempat kita memulakan langkah kita. Jika dia adalah pintu gerbang kepada sebuah taman yang indah, maka tentulah dia pun memiliki keindahannya yang tersendiri.

Agar kita dapat memperolehi Ramadan yang lebih sempurna, tentulah kita perlu memulakannya dari sini dengan beberapa renungan
>>> AGAR KITA TIDAK TERMASUK ORANG-ORANG YANG LALAI


No comments: