tangan yang mencatat, mendongak ke langit..

You will never love for it...until you know them well...
Tak kenal maka tak cinta...

Thursday, November 28, 2013

Kemaafan sebuah dendam yang terindah :')

Mencelah untuk menulis sekejap. untuk satu hari yang letih tapi sangat memberikan pengalaman. Itu berbaloi.
Dan hari ni untuk satu kisah. kisah yang terbit dari perasaan atau baru je terfikir tadi.

Tentang husnuszhon, kemaafan dan melupakan.

Biarlah saya coret sedidkit tentangnya disini.

Lepas menonton sekejap beberapa kisah (drama korea kejap) drama berkaitan kisah penyiasatan dan kisah emosi yang melibatkan perasaan untuk memaafkan, melupakan dan go on with your life.
 
Rupa-rupanya sungguhlah Allah Maha Kuasa Maha Mengenali hamba-hamba-Nya.

Manusia tak mampu nak pikul beban. Hatta, beban perasaan yang memberatkan jiwa tu adalah beban yang paling berat berbanding mengangkut beban besar seperti batu.

Ya. dalam perjalanan ini aku sedang belajar.
belajar untuk mematangkan diri dalam apa jua keaadan.
Berani menerima diri sendiri dan berani untuk melangkah lebih jauh...

Pesan Dr Fadzillah Kamsah, sebelum tidur, maafkanlah semua orang. agar dunia ini tidak berhutang dengan kita dan kita tak berhutang dengan sesiapa. Allahu rabbi,.
aku mohon bimbingan dari-Mu...

walau hati tak selembut hati buah hatiku, Rasullullah SAW..
tapi janganlah hati keras sekeras batu..

Allahu..

salam 

Tuesday, November 19, 2013

Good Doctor - autistik bukan hukuman, tapi anugerah


Good Doctor. hari ni buat kali kedua, saya menghadam lagi cerita ni. Sebahagian dari cerita ni, banyak bergerak pada plot cerita dan kisah mereka sebagai doktor pakar bedah pediatrik. Mereka tak meleretkan cerita pada sesuatu yang tak penting. Percintaan pun ada, tapi bila masuk pada kerja-kerja yang penting, masing-masing semua menjalankan tugas dengan penuh komitmen,.Dan bagusnya cerita ni, agak unik  dari yang lain sebab menfokuskan pada seorang lelaki yang menghidap autistik sejak kecil dn bercita-cita untuk menjaadi seorang pakar bedah pediatrik.
Park Shion seorang autistik. Dia menghidap autistik sejak dari kecil dan oleh kerana dirinya yang sebegitu, dia dibenci oleh bapanya. Sehingga dia dewasa, tapi dia berperangai seperti budak-budak. pemikiran dia masih lagi bersifat kebudak-budakan. Usia kecilnya tiada yang manis melainkan kenangan bersama abangnya. Saya suka sisi abang dia yang begitu memberikan dia motivasi, dan menerima adiknya walau keadaan apa sekalipun. Episod pertama cerita ni juga banyak mengisahkan tetang keseronokan meneroka alam kanak-kanak. Meskipun, Shi On memang sering dibuli oleh rakan sekampungnya.
Shion menghidapi savant syndrome yang boleh dikatakan kesan dia menghidap autistik. Setelah saya google, savant syndrome bermaksud (from google translate)
Savant sindrom adalah keadaan di mana seseorang yang mempunyai kecacatan mental yang serius, seperti gangguan spektrum autisme, menunjukkan keupayaan yang mendalam dan luar biasa atau kebolehan jauh melebihi apa yang akan dianggap biasa. Orang yang mempunyai terpelajar sindrom mungkin mempunyai gangguan neurodevelopmental, terutamanya gangguan spektrum autisme, atau kecederaan otak. Contoh yang paling dramatik sindrom orang terpelajar berlaku pada individu yang skor yang sangat rendah pada ujian IQ, serta menunjukkan kebolehan luar biasa atau kecemerlangan dalam bidang-bidang tertentu, seperti pengiraan pesat, seni, ingatan, atau keupayaan muzik. di sebalik nama "sindrom", ia tidak diiktiraf sebagai gangguan mental atau sebagai sebahagian daripada gangguan mental dalam manual perubatan seperti ICD-10 atau DSM-IV. 
Park Shi On (Joo Won)

Dalam cerita ni, saya suka cara watak Shi On dikembangkan. Shi On dikenalpasti anugerah yang dimiliki sejak dia kecil lagi. Seorang doktor muda sebelum (presiden hospital ) , telah mengambil Shi On sebagai anak angkat. Keriangan bersama abangnya, Sho Hoon tidak bertahan lama, apabila abangnya dan Shi On ditimpa kecelakaan setelah mereka pergi ke bawah lombong lama semata-mata untuk menyahut cabaran kawan mereka untuk masuk dalam geng mereka. Masa ni, saya memang tersentuh,.sebab Shi On sangat sayang pada abangnya. Abangnya memberikan dia sebuah set alat bedah mainan kepada Shi On. Yang sehingga kini, Shi On menyimpan sebatang Scalpel Hijau mainan yang menjadi kenangan dia dan abangnya. Abang shi on mahu agar Shi On menjadi seorang doktor surgeri yang berjaya. Wajah Shi On yang begitu innocent bagi saya, sangat memberi kesan.
"kamu lebih pandai dari saya,  adik saya yang pandai, ingat tu..sebab awak adik saya.."kata seorang abang kepada adiknya.
Shi On akan sentiasa teringat kata-kata abang dia. Seolah sebagai pnguat semangat bagi dia. dan masa dia teringatkan abang dia, dia sedar yang abang dia nak dia berjaya. Shi On pada usia kecilnya, membaca semua buku tentang anatomi manusia, dan menghafal setiap topik perubatan. Buku-buku tu milik doktor yang ambil dia sebagai anak angkat tu. Bila dia lihat ShiOn begitu bijak mengilustrasikan segala bahagian dalaman manusia, dia nampak miracle. Budak ni genius.
Bila Shi On dah meningkat dewasa, dia bersekolah  di sekolah perubatan. Tapi dia tidak layak menduduki pepperikasaa. Atas jaminan bapa angkatnya yang juga presiden Sung Won University Hospital, dia diterima masuk kedalam hospital universiti tersebut. 
Dia memasuki Jabatan Pediatrik di hospital itu. Professor Kim Do Han merupakan ketua Penyelia jabatan tersebut. Dia yang akan mengetuai segala pembedahan dalam jabatan pediatrik dan memimpin pasukannya.
Prof Kim Do Han (Joo sang Wook)
Prof Kim Do Han menyimpan sejarah hidup yang membuatkan dia memandang Shi On sebagai seorang yang hanya akan dihina dan dipergunakan. Dia tidak mahu Pengarah mengambil jalan untuk memberi sebarang jaminan atas apa yang Shi On lakukan. Prof Kim antara senior pakar bedah yang terkenal dan sangat berkebolehan. Dan dia yang pada mulanya tidak percaya pada kebolehan Shi On, dialah yang banyak bertegas pada Shi On. Kiranya seorang sifu la.. Dia seorang yang kuat bekerja,tegas dan dia memang pada mulanya tidak menyokong tindakan Dr Presiden untuk mengambil masuk Shi On menjadi antara pasukan pediatrik.
Selain watak Shi On dan Prof Kim, saya suka pada watak Dr  Cha yang juga menjadi penyokong dan sangat baik pada Dr Park Shi On ni. 

What is Good Doctor?

Good Doctor, sebuah drama korea yang bagi saya , banyak ilmu perubatan yang saya dapat. Kekadang tu, tak berapa faham masa tegok pertama kali.,bila ulang kali kedua, baru faham. Walaupun, saya bukan budak medik, tapi terasa mcam jadi orang medik pula. Suka sangat cara mereka memberi rwatan tu. Agak berhati-hati. Yelah, walaupun mereka ni berlakon, tapi nampak real la.
Dan cerita ni memang touching la. Banyak sentuhan kemanusiaan. Heart-warming. Rasa macam tak la buang masa tengok. Cerita ni bermanfaat.
Untuk seorang yang dikategorikan disability, bukan mudah untuk mereka menyesuaikan diri dalam komuniti orang-orang yang normal. Orang sekeliling tak mudah terima mereka ni,.dan untuk orang macam ni harus punya ketabahan dan berusaha untuk mengadaptasi diri mereka dengan keadaan sekeliling walau sukar macamanapun.
Dan saya, setiap kali melihat orang yang dikategori kan tak normal ni, atau minority ni,.sangat bersyukur disamping rasa belas kasihan pada mereka.
Mereka perlukan orang sekeliling yang kuat menyokong mereka untuk meneruskan kehidupan dengan keadaan diri mereka yang begitu.
Dan kita sebagai masyarakat, tanggungjawab kita untuk memberikan galakan dan dorongan untuk meneruskan hidup sepertimana manusia normal yang lain.

Tiada pengkelasan, tiada diskriminasi hanya justifikasi . Until next review :)


Tuesday, November 05, 2013

Impian Kembara : Korea di sebalik kehangatan K-Pop

Korea, sebuah negara yang terbahagi dua. korea Selata dan Korea Utara. 

Dan sejarah of K-Pop ni bermula dari Korea Selatan. Bermula drama, ke variety shows-Running man, three days one night, qualification of man la..dan segala macam pasal korea ni,.memang ramai yang follow up. sekarang, zaman k-pop sedang melanda..

dari semua itu, bolehlah kita akui betapa cepatnya serapan tu masuk ke dalam minat orang Malaysia. Serius, siapa tak kenal bintang-bintang korea? Majoriti anak muda memang tahu,begitu juga saya.
tapi tak la semua benda saya main tengok aje.,masih lagi saya memilih untuk tengok.

Macam drama korea terbaru yang baru saya tonton,.Good Doctor. Sebuah drama yang sangat berkualiti. Dan memang sangat memberi input bermakna. Lepas habis tengok tu, terfikir-fikir je dialog mereka...tengok Mr Arrogant tu pun takde perasaan sangat. Tapi bila tengok drama macam ni, memang memberikan perasaan puas hati. cara mereka mempersembahkan sebuah ksah macam benar-benar realiti. Insyaallah nanti saya buat ulasan.

Running Man pun,.dalam bergelak ketawa tengok gelagat selebriti2 ni, seronok tengok mereka bermain sambil mengembara ke setiap tempat di Korea. betapa korea ni memang besar. Permainan mereka pun mencabar dan sangat menarik. Somehow, orang Malaysia masih lagi terperuk dengan buat lawak atas pentas yang dah habis modal.

Dan sedang sibuk terfikir tu, saya search google 'masjid korea'



Subhanallah. Cantik dan begitu tersergam indah. Rupa-rupanya dalam kehangatan dan kemeriahan artis-artis k-pop yang sentiasa mempromosikan negara mereka ni, sinar hidayah Islam bersinar gemilang di Korea.
Masjid ni terletak tengah-tengah kota Metropolitan Seoul.

Yang menariknya di sini, khutbah disampaikan dalam Bahasa Korea dan Bahasa Inggeris. sangat  memberi kesan kalau kita faham sesuatu bahasa tu kan.

Allahamdullillah, Seoul ibukota Korea Selatan. Disinari cahaya hidayah-Mu. Meskipun penduduk Islam minoriti di sini, tapi ukhuwah dan dakwah terus bergerak meluas. satu yang saya terfikir juga, apakah artis-artis popular takde yang tertarik pada Islam? sedangkan azan terus berkumandang di negara Korea ni.

Sungguh, hidayah milik Allah. Bersyukurlah Malaysia,.sinar Islam sering dipertahankan walau menghadapi masalah apa jua pun. Syukur sangat Ya Allah.

Dan untuk saya, berdoa moga satu hari direzekikan untuk datang menziarahi bumi Allah nan luas ini. Salah satu nya negara Korea. dengan komuniti Islamnya yang mesra.
Hehe. banyak dah perkataan Korea yang dah ku hafal :D

Ni salah satu halal market. Sebenarnya di sana, banyak shop yang jual makanan halal. Insya-Allah,.jumpa je...

 Saya nak pergi ke Jeongseon palace yang besar macam dalam cerita Jewel In The Palace, Iljimae dan banyak lagi.




Salam Maal Hijrah 1 Muharam 1435H.
Hari ni saya baru berazam untuk berusaha menulis sebanyak mana yang saya mahu. Insyaallah. ini adalah posting pertama 1435.

Kamsahamnida and Terima Kasih :)