tangan yang mencatat, mendongak ke langit..

You will never love for it...until you know them well...
Tak kenal maka tak cinta...

Tuesday, November 05, 2013

Impian Kembara : Korea di sebalik kehangatan K-Pop

Korea, sebuah negara yang terbahagi dua. korea Selata dan Korea Utara. 

Dan sejarah of K-Pop ni bermula dari Korea Selatan. Bermula drama, ke variety shows-Running man, three days one night, qualification of man la..dan segala macam pasal korea ni,.memang ramai yang follow up. sekarang, zaman k-pop sedang melanda..

dari semua itu, bolehlah kita akui betapa cepatnya serapan tu masuk ke dalam minat orang Malaysia. Serius, siapa tak kenal bintang-bintang korea? Majoriti anak muda memang tahu,begitu juga saya.
tapi tak la semua benda saya main tengok aje.,masih lagi saya memilih untuk tengok.

Macam drama korea terbaru yang baru saya tonton,.Good Doctor. Sebuah drama yang sangat berkualiti. Dan memang sangat memberi input bermakna. Lepas habis tengok tu, terfikir-fikir je dialog mereka...tengok Mr Arrogant tu pun takde perasaan sangat. Tapi bila tengok drama macam ni, memang memberikan perasaan puas hati. cara mereka mempersembahkan sebuah ksah macam benar-benar realiti. Insyaallah nanti saya buat ulasan.

Running Man pun,.dalam bergelak ketawa tengok gelagat selebriti2 ni, seronok tengok mereka bermain sambil mengembara ke setiap tempat di Korea. betapa korea ni memang besar. Permainan mereka pun mencabar dan sangat menarik. Somehow, orang Malaysia masih lagi terperuk dengan buat lawak atas pentas yang dah habis modal.

Dan sedang sibuk terfikir tu, saya search google 'masjid korea'



Subhanallah. Cantik dan begitu tersergam indah. Rupa-rupanya dalam kehangatan dan kemeriahan artis-artis k-pop yang sentiasa mempromosikan negara mereka ni, sinar hidayah Islam bersinar gemilang di Korea.
Masjid ni terletak tengah-tengah kota Metropolitan Seoul.

Yang menariknya di sini, khutbah disampaikan dalam Bahasa Korea dan Bahasa Inggeris. sangat  memberi kesan kalau kita faham sesuatu bahasa tu kan.

Allahamdullillah, Seoul ibukota Korea Selatan. Disinari cahaya hidayah-Mu. Meskipun penduduk Islam minoriti di sini, tapi ukhuwah dan dakwah terus bergerak meluas. satu yang saya terfikir juga, apakah artis-artis popular takde yang tertarik pada Islam? sedangkan azan terus berkumandang di negara Korea ni.

Sungguh, hidayah milik Allah. Bersyukurlah Malaysia,.sinar Islam sering dipertahankan walau menghadapi masalah apa jua pun. Syukur sangat Ya Allah.

Dan untuk saya, berdoa moga satu hari direzekikan untuk datang menziarahi bumi Allah nan luas ini. Salah satu nya negara Korea. dengan komuniti Islamnya yang mesra.
Hehe. banyak dah perkataan Korea yang dah ku hafal :D

Ni salah satu halal market. Sebenarnya di sana, banyak shop yang jual makanan halal. Insya-Allah,.jumpa je...

 Saya nak pergi ke Jeongseon palace yang besar macam dalam cerita Jewel In The Palace, Iljimae dan banyak lagi.




Salam Maal Hijrah 1 Muharam 1435H.
Hari ni saya baru berazam untuk berusaha menulis sebanyak mana yang saya mahu. Insyaallah. ini adalah posting pertama 1435.

Kamsahamnida and Terima Kasih :)


No comments: