tangan yang mencatat, mendongak ke langit..

You will never love for it...until you know them well...
Tak kenal maka tak cinta...

Saturday, November 01, 2014

Random thought- Ikhlas


To get what you love, you must first be patient with what you hate..”

- Imam al ghazali

Untuk menyukai apa yang kita sememangnya mahu, itu suatu benda yang tanpa dipaksa-paksa akan kita rela hati untuk suka. 

Tapi untuk menyukai malah menyintai sesuatu yang kita ada kini, 
tapi kita tak suka..itu yang paling sukar nak rasa betapa perlunya redha itu.

Menerima sesuatu—

Sampai satu tahap kita kena sedar yang bagaimana mahu pun kita pada sesuatu, kalau Tuhan belum mengizinkan, sampai bila bila pun kita takkan dapat.
Situasi tu sedang aku alami. Betapa tak suka, betapa rasa tak mampu., sehingga satu tahap nak gibap. Rasa nak bertanya itu dan ini. Sebab-sebab aku berada di sini.

Belajar dalam bidang ini. Cukuplah persoalan tu aku lontarkan ke dalam kertas periksa yang tak semenggah. Haishh.

Sudah sampai masanya aku kena sedar how much thats mean by destiny.
Dan kerana Tuhan itulah sebaik-baik perancang, sebaik-baik penentu.
Walau macamana gagah skalipun kita menolak, tak suka,.kalau Allah katakan ‘kun’ maka jadilah.
Berapa kali aku lemah, tak rasa nak teruskan melangkah..tapi hati aku yang satu lagi kata,.takkanlah tanpa sebab kau berada kat sini. 

Kesusahan ni sementara je, sabarlah. 

Terlalu lambat untuk aku sibuk nak bertukar bidang lain. Bidang construction ni jugalah jadi rutin aku sepanjang aku belajar ni.

Untuk masa yang masih berbaki setahun setengah ni, aku kena berusaha buat sehabis baik.

Enough said la, merungut merungut pun, aku tak boleh lari.
Bosan atau rasa tak tahu tu makanan harian. Tapi, sampai bila nak jadi seorang yang mudah menyerah,..
Wahai hati,.jangan lemah pada yang akan membuat kita sedih di masa hadapan.
Tpi, kuatlah pada yang akan membuat kita bangga . kenapa kita mesti nak bersedih, sedangkan kita ada pilihan untuk chill je dengan apa yang kita buat.

Tak lama lagi nak psm. Projek sarjana muda yang mnghantui hidup sebagai pelajar ijazah.

Ni satu lagi hal, aku kena berusaha mencari tajuk untuk psm tu nanti. Mencari supervisor yang bagus untuk aku jadikan rujukan.

Kekadang tu, antara aku sedar dan tak sedar, aku pernah je berdoa semoga Tuhan tu hadirkan insan-insan yang baik disisi aku. Insan yang akan bersedia menerima aku untuk dibimbing.


SifatMu ya Tuhan yang Maha Mendengar, tidak membuatkan aku rasa aku rugi berdoa macam tu.

Kerana sampai suatu masa, doa itu akan mengiringi langkah aku untuk truskan perjalanan ini.
Kalau aku rasa nak jatuh tu, kawan paling hampir adalah hati ini.

Rasullullah SAW bersabda, dalam diri manusia ada seketul daging, ianyalah penentu seorang manusia itu bersift baik atau jahat. Kalau ada setitik tompok padanya, hitamlah ia. Itulah hati.

Payahnya hati ni nak bangkit, kalau dah rasa down, jadi pujuklah hati kalau rasa nak give up tu, sebab kita takde sebab nak giveup,.sebab kita sentiasa ada Tuhan.

Tuhan yang akan melorongkan jalan. Menunjukkan cahaya. Membimbing dengan penuh cinta.

Ya. Dengan penuh cinta.
Kitalah yang kena bersabar. Berusaha dan berdoa
Kalau susah sekalipun, itu maknanya Tuhan nak kita bersujud berdoa padaNya.

Hati—

Soal segalanya adalah apabila apa sahaja yang kita buat, adakah kita ingat padaNya?
Tapi, dalam segala hal kita lebih nak tarik perhatian manusia, kan.
Aku masih lemah bab tassawuf ni. Tinggi makamnya.
Tapi, aku cuba. Memahami.. 

Berjaya itu bukan disaat kita disanjung manusia, tapi disaat kita bukan siapa-siapa , tiada siapa-siapa, kita masih berpegang pada janjinya Tuhan, kita sentiasa merasakan betapa Tuhan itu mencukupkan diri kita dari segala-galanya.


Acap kali. Dah banyak kali. Tapi, dalam mencuba itu, kita pasti akan jumpa kemanisan berjuang.

Betapa susahnya nak jaga hati.

Nak jaga iman.—

Serahkanlah hati pada Dia, kalau kerana itu,..tiada apa yang akan berubah selagi kau masih melafazkan kata istighfar, zikir selawat di sepanjang hari.
Itulah hidup seorang hamba.
Hamba yang hina.

Saturday, June 14, 2014

kajian sifat anak ketiga

Assalamualaikum wbt,

saja nak berkongsi tentang ni. well, tak semua betul. tapi mungkin ada kena sikit la. meh kaji sikit. hehe. memandangkan aku anak ketiga.

Sifat Anak Ketiga 

1) Yakin diri
Sesetengah pendapat memberikan ciri-ciri anak ketiga sebagai seorang yang yakin diri walaupun jika dilihat pada fizikalnya, korang macam tak mampu, tapi kredibiliti korang adalah sebaliknya. Korang mudah bergaul dengan siapa sahaja dan korang tampil yakin dengan diri korang. Pembawakan diri korang amat disenangi kawan-kawan.
kata aku: em.  nak bina keyakinan bukan senang ok. kena berperingkat-peringkat..tapi jangan sampai terlebih konfiden sudah. huhu
selfie pulok. haha

2) Sukar bertolak ansur
Mungkin dipengaruhi oleh persaingan antara adik beradik, korang dikatakan paling sukar untuk bertolak ansur. Korang tak mudah mengalah dan kadang kala sikap keras kepala boleh terbawak sama. Dalam sesebuah perbincangan, korang akan mempertahankan hujah korang dan kadang kala boleh menyebabkan orang lain terasa hati.ha
kata aku: hal ni ada betulnya. kadang-kadang aku rasa macam nak menang je. haha. tapi kalau ada sesetengah isu, kita kena pandai kawal nada suara. be profesional.

3) Mudah kasihan
Sikap anak nombor tiga adalah kaya dengan pemurah dan perasaan kasih sayang. Korang sangat mudah dipengaruhi oleh perasaan ini dan kadang kala sikap mudah kasihan korang menyebabkan korang mudah terpedaya. Jadi, hati-hatilah yer!
kata aku: boleh dikatakan gembeng tapi kental. eh!

4) Boleh menyerlah tapi menyembunyikannya
Melihat kepada potensi, korang boleh menjadi seorang yang sangat menyerlah. Tapi disebabkan sikap pemalu korang, adakalanya korang hanya berdiam diri dan melepaskan peluang yang ada. Korang perlu bijak untuk memilih platform untuk menyerlah kerana platform korang boleh membantu korang untuk lebih berjaya.
kata aku: yep. pemalu fullstop. aku ingat lagi masa tingkatan 4, cikgu sebut nama aku dalam perhimpunan. satu dewan dengar,."kenapa ni, tak pasal-pasal sebut nama aku.." 
aku mula cuak dah. dalam hati bertanya, apa la yang aku buat sampai kena mention ni. nak kata datang lewat, pagi2 gelap lagi aku dah tercongok depan pintu sekolah. haha.
rupa-rupanya cikgu dok sebut nama aku sebab aku ada hantar puisi pada Dewan Siswa. yang baru tersiar bulan tu. terang-terangan nama SMK convent ha. masuk majalah wei nama aku. haha. jakun jap.
lama dah aku hantar puisi tu. Lepas 6 bulan baru tersiar. 
kata cikgu, bangga sungguh tengok anak murid dia yang berbakat ni. 
mulanya malu-malu la,.tapi aku sedar la. dengan cara itu, aku berusaha nak mengetengahkan bakat terendam aku. menulis puisi. :) rindu pula nak menulis puisi.

dia juga berjiwa seni
5) Sikap malas dan manja
Anak ketiga dikategorikan sebagai seorang yang sgt manja sehingga kadang kala membawa kepada malas. Korang perlu di'push' oleh sesorang atau sesuatu untuk korang terus ke hadapan. Sedangkan potensi diri korang sememangnya ada. Malahan kadang-kadang sikap malas korang ni boleh membawa kepada kejatuhan diri sendiri.
kata aku: manja itu ok. tapi malas tu..bawa-bawala rajin ok.hihi

6) Tidak suka menimbulkan masalah
Korang sangat optimis dalam menangani masalah. Sering melihat masalah dalam sudut yang positif dan cuba sedaya upaya untuk menyelesaikannya. Korang juga akan cuba membantu seberapa yang korang boleh dan akan menyenangkan orang lain seadanya. Sikap korang ni sangat disenangi kawan-kawan. Sebab tulah korang ada ramai kawan!
kata aku: orang macam ni, bila masalah sendiri  rasa jadi segan nak susahkan orang lain. sifat macamni semulajadi juga. Jadi, kalau ada antara korang tengok kawan yang sifat camni, hulurkanlah tangan,.ringankan beban. ingatlah janji Tuhan kalau kita mudahkan urusan orang lain, Tuhan akan mudahkan urusan kita juga.

7) BERCINTA
manja dengan pasangan.
Sekiranya anda membesar di kalangan perempuan, kewujudan lelaki mungkin agak menakutkan anda. Pasangan ideal anda adalah lelaki yang berterus terang dengan perasaannya. Sekiranya anda ada abang atau adik lelaki, pergaulan dengan mereka tidak menimbulkan sebarang masalah. Cabaran anda ialah menunjukkan sifat kewanitaan anda.


sekian, kajian sekadar kajian. tapi semuanya terpulang pada individu. yang baik diteruskan, yang kurang baik dibaiki supaya jadi lebih molek, kan :)

fizamazlan, 140614
ramadan: 14 hari lagi :)

Thursday, June 05, 2014

Tahu dan kau akurkan - menghadapi final exam


Penyanyi: Fynn Jamal & Tri Hadzir

Dan kau tanya dalam diam
Dengan mata kau biar pejam
Bagaimana mampu wujud sunyi di riuh engkau berdiri
Satu per satu hilang ertinya
Berdikit-dikit menyesak dada mahu kau lari dan bersembunyi
Tapi mana kau harus pergi

Haus
Tak terpuas lautan
Lapar tak terkenyangkan
Kau tahu
Namun tak kau akukan

Kau selongkar bumi langit petala
Sedang jawabnya lama kau ada
Maka perlu apa kau bongkar gali
Kalau cuma di letak tepi
Sayu
Tak terjelas fikiran
Rebah tak tersambutkan
Kau tahu
Namun tak kau akurkan

Apa kau cari sebetul-betulnya
Lama mana begini 
Bertelanjang jiwanya
Apa yang cari
sesungguh-sungguhnya
Malam siang berganti
Jawabnya tetap sama


Lagu Kak Fynn Jamal. Telah lama aku dengarkan. aku rasakan. ada jiwa dalam sebuah lagu. ada sesuatu yang aku fikirkan banyak kali. Dan lagu ni jadi soundtrack untuk cerita slot Akasia Kerana Terpaksa Aku Relakan.  aku  layanbetul cerita ni. Disamping tersuka pada pelakonnya Izreen Azminda yang gaya sangat bawa watak Indah tu. uhu.

Dan berbalik pada aku yang dah lama tak menaip sepotong dua ayat di blog ni. mahupun seberapa banyak kata yang mungkin buat ssesiapa yang tersesat atau blogwalking boleh baca. hmm.

Marilah aku mulakan. Hari ahad ni bermula satu perjuangan. Bagi aku yang bergelar pelajar.
ya,menghadapi sebuah peperiksaan akhir.
Peperiksaan akhir untuk tahun 2 sem 4. Masyaallah. masa berlalu, dan aku masih kadang-kadang tu termangu kejap. semester depan dah tahun 3. Allahu.

Terfikir kejap. kadang-kadang persediaan tu ke laut. taktahu apa yang aku nak buat. lost tetiba.
Subhanallah. neves apakah yang melanda.Yelah, kadang tu sebab persediaan tak cukup.mahupun kekadang feeling macam rasa tak tahu nak buat apa. stresnya nak!

Sem ni,

1)Analisis Struktur
2)Peralatan Binaan
3)undang-undang Binaan
4)Financial
5)Land Surveyor
6)Hubungan Etnik

sem ni agak kusut dengan kerja kursus yang agak memerlukan komitmen yang tinggi. kerja luar yang padat. Kepenatan yang melanda tiap kali buat aku rasa tak nak buat apa-apa. Dan akhirnya bila pelajar tu dah sibuk dengan assignment, masa nak menelaah tu kekadang takde. dan aku rasa aku bukan otak yang sepikap mahupun sepantas yng kalau aku tak tengok nota balik tu aku boleh je petik jari. tak.
kena ulang juga. kena ada feeling nak belajar dengan hati yang lapang . masa tu lah baru boleh masuk. kalau secara paksa, aku memang kadang tak boleh terima. alahai. tapi kalau last mninute, tu ikut keadaan. ehm.

wahai hati, sabarkanlah diri. belajar tu memang susah,.tapi tak pernah meninggalkan kesan yang tak baik. semuanya memberi ganjaran yang berlipat ganda. berjihad namanya. kalau tak susah belajar bukan student la namanya.



Bila aku fikir semula, keberadaan aku sebagai seorang pelajar construction dalam uthm ni, sungguh aku banyak belajar mengenai industri. mengenai kehidupan.
Jujur aku bukanlah suka pada bidang ni. Tapi berusaha nak menyukai. Berusaha belajar benda yang baru yang jauh dari interpretation aku semasa form 6 dulu. Belajar benda yang tidak tahu. Niat hati nak amik bidang kemanusiaan, tapi inilah. aliran teknikal yang menjadi hala rezeki yang Allah tentukan.

hikmahnya,. sentiasa ada. hati tu memang selalu nak memberontak.
Tapi, percayalah..fikiran dan naluri kena pandai kawal.
All is well.

Sungguh, aku mencari jawapan dalam beribu persoalan. Tapi jawapan tu takkan aku jumpa kalau aku tak berusaha. Tahu. belajar suatu benda yang kita awal-awal lagi tolak, memang jadi satu tepisan la untuk diterima dalam otak.

Ilmu tu milik Allah, sepandai mana seseorang, sbijaksana mana sekalipun,.kalau Allah tak izin ilmu tu ada pada dia. takkan dapat. 
Indeed, belajarlah. mintalah pada Dia. susah mana,kalau Allah tunjuk jalan tak de  apa yang mustahil.

Jangan pernah nafikan kekuatan sendiri. Jangan ragukan keupayaan diri. jangan bataskan kebolehan diri. 

Allahu. ku ingin kekuatan dari Mu yang memenuhi ruang diri ini.
Tiada Daya dan upaya diri ini melainkan kekuatan dari-Mu.

La haulawala Quwatta illabillahil alliyula'zim.

Moga tidak terlambat. 
moga tidak rebah sebelum berjuang.
 moga ada kekuatan dan sentiasa diberikan semamngat. 
semangat yang tidak pernah hilang.






Monday, April 28, 2014

Lagu Puisi: Biar. dari mata itu.

Biar oleh Fynn Jamal

mata tua yang memandang aku itu--
bundar
pudar

dia tak mahu bilang apa yang mencengkam jiwa usangnya
“biar”
katanya, “biar”.

wahai ayahanda
berhentilah walau sebentar
dan renungkan mataku yang melaut
khabarkan yang jujur dan ujar
apa menyerabut?

wahai ayahanda
bercukuplah menggagah tulang rapuhmu
akukan lemahmu
perikan penatmu
kisahkan jerihmu
aku mahu tahu

mata tua yang bagai ada sakti dewa-dewi itu--
harum
senyum

dipukaukan aku nan terus terpana dan terlupakan
“biar”
katanya lagi, “biar”

wahai ayahanda
bisikkanlah walau sekali
izinkan aku menumpangkan bahu
berikan aku seperca dari beban kamu

wahai ayahanda
lihatkanlah aku
berlari kini
melompat tinggi
setiapnya kerna kau tak pernah pergi

ah, apa masih ingat lagi
aku suka lari-lari?
kau bagaikan tak peduli
ku biar kau patah hati

ah, apa masih tidak lupa
tengking jerit sama-sama?
makan tak mahu semeja
sahabat lebih berharga

ah, apa mampu kau sudikan
ampun maaf ku sujudkan?
bisa tidak kau teruskan
ku sesat kau tunjuk jalan?

ah, apa layak aku bagi?
tak terbalas sampai mati
kau sungguh yang paling tinggi
istanamu syurga nanti


Kalau nak dikisahkan., dah hampir puluhan kali aku ulang lagu ni. Hari ni. sangat mengesankan.
Kak Fynn. Baru je kenal insan bernama Fynn Jamal setahun yang lepas. Kenal di saat dia dah jdi dirinya yang sekarang. Bahagia bersama keluarga tercinta.

Bila ternyanyikan lagu ni, apa yang terbayang di mata,.adalah ayah.
ayah aku yang seorang yang biasa-biasa. Tak mudah diluah perasaanya. Bila bersama ketawa-ketawa.Tapi, bila diselam hatinya,.hanya Tuhan Yang Tahu.

Ayah,
bukan mudah menitis air mata,
pernah sekali je melihat dia menitiskan air mata
ketika itu atuk meninggal.
Dengan linangan airmata, ayah mencium jenazah atuk.
bersyukur walaupun perjalanan dari Johor ke Perak tu jauh,
dapat juga ayah menghantar atuk ke pusara.

Kadang-kadang untuk kita yang masih muda remaja,
yang di fikirannya masih berfikir dunia nak berseronok,.
tak dapat selam perasaan atau hati orang tua kita
Dalam menginjak usia,
aku tahu.
susah macamanapun, kita adalah harapan ayah bonda.
walau mereka tak tunjuk susah mereka depan kita,
nyata,.mereka tak mahu-
serabutkan kita dengan masalah yang mereka rasa.
Biarlah mereka selesaikan,

Terima kasih mama ayah.
kadang ada persoalan yang pernah singgah.
Tapi bila senyuman terukir.,
anakmu ini tahu.
yang senyum ini dapat merungkaikan kekusustan.

Dapat universiti tak jauh dari rumah.
satu memang la dekat dan boleh balik seminggu,
Tapi, bila tak balik.
ada rasa bersalah pulak.

Mama, ayah.
Nyata hati kalian hanya kalian yang tahu.
Namun, tak terlepaskan doa dan alfatihah
setiap hari-harimu.

Kadang. rasa tak puas hati tu.
cepat je minta maaf.
Maaf, anakmu ini masih mentah.
Masih ada rasa nak memberontak kadang-kadang.
Tapi hati ini takkan rela
membiar kita saling tidak tersenyum,
tak berpelukan, tak berjemaah,.
itu tanda kasih sayang keluarga kita.

Doakan,
anakmu ini berjaya
mencapai cita-cita
Moga, makin bertambah cinta itu.
Hingga ke Jannah.

Kerana ibu dan ayah,
cinta pertama anakanda.

Fiza Mazlan, 280414


Tuesday, March 25, 2014

MH370 dan sebuah jawapan

ASsOlatu WasSalam

 \suatu yang dahulunya menjadi tanda tanya,.kini menemui jawapan. setelah berhari-hari menanti berita.
sebenarnya aku tak tahu nak ungkapkan macamana.
rasa sebak didada tu Allah je yang Tahu.
tak dapat aku bayangkan perasaan aku kalau ahli keluarga terlibat.
ya Rabb...
perasaan kehilangan tu perit. namun harus diterima walau apa cara jua sekalipun.

Allahu Akbar.
\baru balik dari kelas tadi dan apabila dapat tahu tenatang berita MH370 disahkan berakhir di Lautan Hindi iaitu Selatan Perth.
Disahkan ended di situ. Perdana Menteri sendiri yang melakukan sidang media. dan sungguh tak terkata.

Dari Allah kita datang, kepadanya kita dikembalikan..
Innalillah..

Saturday, March 08, 2014

Kepada Mu Kekasih

 Assalam.

Dalam hidup ini, kita tak boleh nak menjangkakan apa yang akan terjadi pada kita . hatta nak menjangka apa yang akan berlaku sesaat pun kita tidak mampu. sebab kita ni dibawah jagaan Allah.
sebab takdir kita adalah ditentukan. Sesungguhnya manusia itu lemah, hanya bergantung pada Allah mereka akan mampu melakukan dengan izin-Nya.

Somehow, everything's happens behind reason.
Ada hikmah yang tak mampu kita cari tapi kita perlu merasainya. Dalam setiap nafas, gerak tangan, gerak jari semuanya milik Allah. Allahu Rabbi..

Malah suatu yang kita cinta bagai nak gila pasti semuanya akan pergi.
Bila-bila masa tanpa menanti kita untuk mengizinkannya. sebab segalanya bukanlah hak dan milik kita. segalanya Allah punya.

Tiap kali kita rasa bagai nasib tak menyebelahi kita sebab kita tak merasakan apa yang Allah rencanakan untuk kita sentiasa berjalan. Apa yang Allah rencanakan jauh lebih baik dari apa yang kita rancang.

Diri ini bukanlah orang yang sesuai mengungkapkan tentang takdir. Tapi hanya berbekalkan doa pada--Mu Tuhan. Kerana aku tahu segalanya dibawah ketentuan.

Suratan mahupun kebetulan. Segala nafas dan hidup ini bukan untuk apa malah sesiapa. Tapi untuk Tuhan.

Dan kalau kita mendongak dan bertanya. Ya Allah. apakah ini takdirku? mampukah aku hadapi.?
mampukah aku berdepan dengannya.
Dan berdoalah,."


Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir” (Al-Baqarah, 286)
Amalkan lah doa ni jangan tinggal selepas solat lima waktu. Ya Allah, kita ni kuat kerana Allah berikan kekuatan.
 Doa ni aku dapat masa menonton rancangan Anta Tanya Ana Jawab. Ustaz Haslin bollywood  memberikan panduan supaya amalkan doa ini.

Sebak juga dengar pengakuan Jep Sepahtu . Dia bertanya pada diri sendiri.."
Apa sebenarnya aku nak dalam dunia ni,.aku ni Allah bagi mak sihat, ayah sihat, adik beradik sihat..,tu dah bersyukur nikmat dah. dia kata dia dulu dia memang tak berapa ambil berat pasal hal hal agama. suka melanggar sesuatu yang  tak patut dibuat. Dalam masa macam tu nampak ikhlas Jep nak luahkan apa yang terbuku dalam hati.

Memang. sungguh la. bila niat di hati dah mula nak berubah, pasti ada ujian menimpa. Allah nak uji niat kita. Allahu,.ternyata kita takkan diuji tanpa kita mampu.

Allah Taala bila cinta pada seorang hamba, dia akan mendatangkan ujian pada mereka.
Ujian itu tanda cinta. Bila baca doa kat atas tu insyaallah hati akan tenang,

Sebagai hamba Allah,.kita mestilah berikhtiar da berusaha menjadi seorang hamba yang lebih baik dari hari semalam.

Kekadang diri ini juga bertanya, reda ke aku ni dengan apa yang aku hadapi hari ni.
Yang hanya dalam hati adalah doa. 
Doa senjata mukmin kan..

moga hati ini terus kuat dan kuat. kepadamu kekasih..

Kepadamu kekasih
Aku berserah
Kerana kutahu
Kau lebih mengerti
Apa yang terlukis di cermin wajahku ini
Bersama amali

Kepadamu kekasih
Aku bertanya
Apakah kau yang menerima kukembali
Atau harus menghitung lagi
Segala jasa dan bakti
Atau harus mencampakku
Ke sisi tanpa harga diri

Aku tinggalkan
Jawapan yang belum ketemukan
Yang bakal aku nantikan
Bila malam menjemputku lena beradu

Kepadamu kekasih
Aku serahkan
Jiwa dan raga
Jua segalanya
Apakah kau akan menerima penyerahan ini
Apakah kau akan menerimaku dalam keadaan begini


note: dan aku jua berjuang. anda semua berjuang...selamat berjuang..

Saturday, March 01, 2014

Rezeki bercinta bukan sandiwara cinta

Assalamualaikum.

Bukan nak umum status diri atau apa. saja mahu bercerita.
sedang aku melayan diri dengan lagu ni.
sungguh. kata orang seorang yang tidak pernah bercinta waktu usia budak sekolahnya akan jadi tak matang bila bercinta.
Biarlah apa nak dikata. Sampai masanya rezeki cinta itu adalah milik setiap insan.
Apa yang penting, sebelum hadirnya cinta itu pastikan rasa cinta itu benar-benar buat yng selayaknya. Tuhan.,




Lagu ni menyatakan tentang sandiwara cinta. dan relanya seseorang melepaskan sesuatu yang bukan miliknya pergi. Tapi, lagu ni ada yang menarik hati juga. Banyak kali aku dengar,.aku tertarik hati bila tengok Jep Sepahtu asyik benar menyanyi dalam Super Spontan. Oleh kerana aku minat kat dia,.maka lagu ni pun melekat juga la.



Aku tahu ini semua tak adil

Aku tahu ini sudah terjadi
Mau bilang apa aku pun tak sanggup
Airmata pun tak lagi mau menitis

Alasan yang sering kali ku dengar
Alasan yang sering kali kau ucap
Kau dengannya seakan ku tak tahu
Sandiwara apa yang telah kau lakukan kepadaku

Chorus

Jujurlah sayang aku tak mengapa
Biar semua jelas tak berbeda
Jika nanti aku yang harus pergi
Ku terima walau sakit hati

Mungkin ini jalan yang engkau mahu
Mungkin ini jalan yang kau inginkan
Kau dengannya seakan ku tak tahu
Sandiwara apa, ceritanya apa, aku tahu

Ulang Chorus 2x

Ku terima walau sakit hati


Bila dengar lagu ni, aku menyukai rentak lagunya. Namun, disebalik tu, lagu ni bukan lagu orang untuk kecewa yang tidak boleh diubat. tapi jelas ianya adalah untuk melepaskan pergi. Sebab bukan semua yang kita nak kita boleh dapat. segalanya ketentuan Allah. kita sebagai hamba hanya mampu merancang. Jadi, untuk yang sakit sangat putus cinta ke apa, nyanyikanlah lagu ni tapi,.jangan lupa,.yang ini semua ujian darinya.
Bagi yang tak pernah rasa penat bercinta tak jadi ni, anggaplah lagu ni satu lagu yang bila dinyanyikan sedap untuk didengar je ehe.

ku terima..walau sakit hati,.

Yang menariknya, baru-baru ni aku terjumpa lagu ni ,.balas kepada lagu Sandiwara Cinta. klik tajuk lagu ni ok.


Aku tahu dirimu kan kecewa
aku tahu hatimu kan terluka
ku tinggalkan kau bukan kerana benci
bahkan kerana ku cinta kau kernaNya..

Aku nukilkan kata-kata Ramlee Awang Murshid dalam novel Sunan Musafir.

Allah menciptakan cinta, dan  cinta itu fitrah manusia .  justeru cinta harus dipertahankan dengan sebaik-baik cara.

kata Cinta dari Dr Maza.
cinta adalah rezeki. Bak kata Nabi s.a.w tentang isterinya Khadijah: "Aku telah direzekikan cintanya" (Riwayat Muslim). Apabila ada orang mencintai kita itu merupakan rezeki kerana bukan semua orang dicintai.

Seseorang yang beristeri ataupun bersuami belum tentu mendapat nikmat 'dicintai' ataupun 'mencintai'. Apabila kita mempunyai isteri ataupun anak yang cinta dan kasih kepada kita maka bersyukur atas rezeki cinta itu.

Apabila ada orang tampil menyatakan cinta dan kasih kepada kita, maka kita bersyukur. Mungkin kita dapat membalaskan kembali cintanya dalam bentuk ikatan tertu, mungkin juga tidak. Namun rasa cintanya kepada kita amat kita syukuri kerana ramai orang tercari-cari cinta dan kasih sayang di sana-sini tidak berjumpa sedangkan kita memperolehinya. Apa yang penting urusan cinta dan kasih itu dikendalikan dengan cara yang betul.
Apabila seorang sahabat memberitahu Nabi s.a.w bahawa dia menyayangi seseorang kerana Allah. Nabi s.a.w menyatakan: "Beritahulah dia". Lalu orang itu memberitahunya: "Aku mencintaimu kerana Allah". Lelaki itu menjawab: "Moga Allah mencintai engkau yang mencintaiku keranaNYA". (Riwayat Abu Daud).
Terima kasih kepada semua mesej cinta dan kasih, moga Allah memberikan kebaikan untuk kita semua.



Sesungguhnya Allah itu adalah al Wali. 
Wahai pemilik segala cinta,..
hanya padaMu tempat ku berserah.
 Moga cinta yang hadir nanti adalah cinta menuju ke syurgaMu...

Cinta Allah, cinta Rasul,.cinta ibu bapa..
till we meet again,
:)

Monday, February 24, 2014

Gerhana

Assalamualaikum,

Oh! Siapakah yang datang bersama malam
Dan memuramkan wajah siang hariku
Oh! Engkaukah, aku tak ingin menjemputmu
Biarlah kau hanya berdiri di depan pintu


Kau hancurkan hatiku
Kau musnahkan harapanku
Pulanglah ke tempat asalmu
Tempat asalmu


Oh! Bilakah gerhana kan pergi dari sisiku
Pergilah engkau dengan janji-janji palsumu

Gerhana, oh gerhana, oh gerhana
Dalam jiwaku
Gerhana, oh gerhana, oh gerhana
Dalam jiwaku

Oh! Bilakah gerhana kan pergi dari sisiku
Pergilah engkau dengan janji-janji palsumu

Kini ku berlari jauh
Tapi kau masih mencari
Pulanglah ke tempat asalmu
Tempat asalmu

Gerhana, oh gerhana, oh gerhana
Dalam jiwaku
Gerhana, oh gerhana, oh gerhana
Dalam jiwaku


"Lagu M.Nasir ke ni?", selamba dia bertanya. Mesti Acik tengok bukan main lagi asyik aku layankan lagu M.Nasir ni.

"Lagu ni ada makna ni. Disebalik lirik ada sesuatu dalam lagu."
Betul. aku setuju dengan kata kau. Kebanyakan lagu macam ni ada makna tersendiri.."

Ya..
dan kerana itu aku terfikirkan lagu ni.
lagu ni buat aku fikirkan bahawa dalam diri kita ada pengacau. Malah di luar kita pun ada pengacau yang sentiasa mengintai-ngintai peluang nak mengacau bilaukan diri kita.

Daripada Ibnu Abbas, Rasulullah SAW bersabda: Syaitan duduk mencangkung atas hati manusia. Bila manusia mengingati Allah, ia kan berundur; dan bila manusia lalai, ia akan membisikkan kejahatan.

Dan untuk menjaga hati tu bukan mudah. Sebab hati iaitu Qalb. hati itu berbolak balik sifatnya. Hanya pemilik hati dapat menjaga hati.
Pemilik hatiku. Ya Rabb. 


:)

Monday, January 27, 2014

Semester 3.

Assalammualaikum.

syukur ke hadrat Ilahi. kerana memberikan ku kekuatan untuk melakukan amal ibadah kepada-Nya serta menghadirkan insan-insan yang tercinta di sisi.

Ehehe. subhanallah. tengok blog sendiri rasa touching sebab dah lama tak update. (touching atau kuciwa).

Alhamdullillah perjuanganku sebagai seorang pelajar universiti, sebagai seorang anak yang sentiasa dalam hati mama dan ayah berjalan jua walaupun banyak cabaran.

Sepanjang satu sem3 ini banyak pengalaman.
Pengalaman duduk rumah sewa bersama kawan-kawan.
Jadi pelajar bidang construction yang hardworking siapkan projek. Dan seterusnya menghadapi final dengan ikhlas. 

Sekarang ni tinggal nak menunggu keputusan final dan menjalani cuti sem . Entahlah, kadang aku tertanya pada diri masihkah aku harus meneruskan bidang pembinaan ni meskipun aku terasa takut jugak la..sebab makin lama makin mencabar tau..
PadaMu ku bermohon..

ok da..nnt sambung ok..