Bukan nak umum status diri atau apa. saja mahu bercerita.
sedang aku melayan diri dengan lagu ni.
sungguh. kata orang seorang yang tidak pernah bercinta waktu usia budak sekolahnya akan jadi tak matang bila bercinta.
Biarlah apa nak dikata. Sampai masanya rezeki cinta itu adalah milik setiap insan.
Apa yang penting, sebelum hadirnya cinta itu pastikan rasa cinta itu benar-benar buat yng selayaknya. Tuhan.,
Aku tahu ini semua tak adil
Aku tahu ini sudah terjadi
Mau bilang apa aku pun tak sanggup
Airmata pun tak lagi mau menitis
Alasan yang sering kali ku dengar
Alasan yang sering kali kau ucap
Kau dengannya seakan ku tak tahu
Sandiwara apa yang telah kau lakukan kepadaku
Chorus
Jujurlah sayang aku tak mengapa
Biar semua jelas tak berbeda
Jika nanti aku yang harus pergi
Ku terima walau sakit hati
Mungkin ini jalan yang engkau mahu
Mungkin ini jalan yang kau inginkan
Kau dengannya seakan ku tak tahu
Sandiwara apa, ceritanya apa, aku tahu
Ulang Chorus 2x
Ku terima walau sakit hati
Bila dengar lagu ni, aku menyukai rentak lagunya. Namun, disebalik tu, lagu ni bukan lagu orang untuk kecewa yang tidak boleh diubat. tapi jelas ianya adalah untuk melepaskan pergi. Sebab bukan semua yang kita nak kita boleh dapat. segalanya ketentuan Allah. kita sebagai hamba hanya mampu merancang. Jadi, untuk yang sakit sangat putus cinta ke apa, nyanyikanlah lagu ni tapi,.jangan lupa,.yang ini semua ujian darinya.
Bagi yang tak pernah rasa penat bercinta tak jadi ni, anggaplah lagu ni satu lagu yang bila dinyanyikan sedap untuk didengar je ehe.
ku terima..walau sakit hati,.
Yang menariknya, baru-baru ni aku terjumpa lagu ni ,.balas kepada lagu Sandiwara Cinta. klik tajuk lagu ni ok.
Aku tahu dirimu kan kecewa
aku tahu hatimu kan terluka
ku tinggalkan kau bukan kerana benci
bahkan kerana ku cinta kau kernaNya..
Aku nukilkan kata-kata Ramlee Awang Murshid dalam novel Sunan Musafir.
Allah menciptakan cinta, dan cinta itu fitrah manusia . justeru cinta harus dipertahankan dengan sebaik-baik cara.
kata Cinta dari Dr Maza.
cinta adalah rezeki. Bak kata Nabi s.a.w tentang isterinya Khadijah: "Aku telah direzekikan cintanya" (Riwayat Muslim). Apabila ada orang mencintai kita itu merupakan rezeki kerana bukan semua orang dicintai.
Seseorang yang beristeri ataupun bersuami belum tentu mendapat nikmat 'dicintai' ataupun 'mencintai'. Apabila kita mempunyai isteri ataupun anak yang cinta dan kasih kepada kita maka bersyukur atas rezeki cinta itu.
Apabila ada orang tampil menyatakan cinta dan kasih kepada kita, maka kita bersyukur. Mungkin kita dapat membalaskan kembali cintanya dalam bentuk ikatan tertu, mungkin juga tidak. Namun rasa cintanya kepada kita amat kita syukuri kerana ramai orang tercari-cari cinta dan kasih sayang di sana-sini tidak berjumpa sedangkan kita memperolehinya. Apa yang penting urusan cinta dan kasih itu dikendalikan dengan cara yang betul.Apabila seorang sahabat memberitahu Nabi s.a.w bahawa dia menyayangi seseorang kerana Allah. Nabi s.a.w menyatakan: "Beritahulah dia". Lalu orang itu memberitahunya: "Aku mencintaimu kerana Allah". Lelaki itu menjawab: "Moga Allah mencintai engkau yang mencintaiku keranaNYA". (Riwayat Abu Daud).Terima kasih kepada semua mesej cinta dan kasih, moga Allah memberikan kebaikan untuk kita semua.
Sesungguhnya Allah itu adalah al Wali.
Wahai pemilik segala cinta,..
hanya padaMu tempat ku berserah.
Moga cinta yang hadir nanti adalah cinta menuju ke syurgaMu...
Cinta Allah, cinta Rasul,.cinta ibu bapa..
till we meet again,
:)
2 comments:
:)
:)
Post a Comment