Biar oleh Fynn Jamal
mata tua yang memandang aku itu--
bundar
pudar
dia tak mahu bilang apa yang mencengkam jiwa usangnya
“biar”
katanya, “biar”.
wahai ayahanda
berhentilah walau sebentar
dan renungkan mataku yang melaut
khabarkan yang jujur dan ujar
apa menyerabut?
wahai ayahanda
bercukuplah menggagah tulang rapuhmu
akukan lemahmu
perikan penatmu
kisahkan jerihmu
aku mahu tahu
mata tua yang bagai ada sakti dewa-dewi itu--
harum
senyum
dipukaukan aku nan terus terpana dan terlupakan
“biar”
katanya lagi, “biar”
wahai ayahanda
bisikkanlah walau sekali
izinkan aku menumpangkan bahu
berikan aku seperca dari beban kamu
wahai ayahanda
lihatkanlah aku
berlari kini
melompat tinggi
setiapnya kerna kau tak pernah pergi
ah, apa masih ingat lagi
aku suka lari-lari?
kau bagaikan tak peduli
ku biar kau patah hati
ah, apa masih tidak lupa
tengking jerit sama-sama?
makan tak mahu semeja
sahabat lebih berharga
ah, apa mampu kau sudikan
ampun maaf ku sujudkan?
bisa tidak kau teruskan
ku sesat kau tunjuk jalan?
ah, apa layak aku bagi?
tak terbalas sampai mati
kau sungguh yang paling tinggi
istanamu syurga nanti
Kalau nak dikisahkan., dah hampir puluhan kali aku ulang lagu ni. Hari ni. sangat mengesankan.
Kak Fynn. Baru je kenal insan bernama Fynn Jamal setahun yang lepas. Kenal di saat dia dah jdi dirinya yang sekarang. Bahagia bersama keluarga tercinta.
Bila ternyanyikan lagu ni, apa yang terbayang di mata,.adalah ayah.
ayah aku yang seorang yang biasa-biasa. Tak mudah diluah perasaanya. Bila bersama ketawa-ketawa.Tapi, bila diselam hatinya,.hanya Tuhan Yang Tahu.
Ayah,
bukan mudah menitis air mata,
pernah sekali je melihat dia menitiskan air mata
ketika itu atuk meninggal.
Dengan linangan airmata, ayah mencium jenazah atuk.
bersyukur walaupun perjalanan dari Johor ke Perak tu jauh,
dapat juga ayah menghantar atuk ke pusara.
Kadang-kadang untuk kita yang masih muda remaja,
yang di fikirannya masih berfikir dunia nak berseronok,.
tak dapat selam perasaan atau hati orang tua kita
Dalam menginjak usia,
aku tahu.
susah macamanapun, kita adalah harapan ayah bonda.
walau mereka tak tunjuk susah mereka depan kita,
nyata,.mereka tak mahu-
serabutkan kita dengan masalah yang mereka rasa.
Biarlah mereka selesaikan,
Terima kasih mama ayah.
kadang ada persoalan yang pernah singgah.
Tapi bila senyuman terukir.,
anakmu ini tahu.
yang senyum ini dapat merungkaikan kekusustan.
Dapat universiti tak jauh dari rumah.
satu memang la dekat dan boleh balik seminggu,
Tapi, bila tak balik.
ada rasa bersalah pulak.
Mama, ayah.
Nyata hati kalian hanya kalian yang tahu.
Namun, tak terlepaskan doa dan alfatihah
setiap hari-harimu.
Kadang. rasa tak puas hati tu.
cepat je minta maaf.
Maaf, anakmu ini masih mentah.
Masih ada rasa nak memberontak kadang-kadang.
Tapi hati ini takkan rela
membiar kita saling tidak tersenyum,
tak berpelukan, tak berjemaah,.
itu tanda kasih sayang keluarga kita.
Doakan,
anakmu ini berjaya
mencapai cita-cita
Moga, makin bertambah cinta itu.
Hingga ke Jannah.
Kerana ibu dan ayah,
cinta pertama anakanda.
Fiza Mazlan, 280414
1 comment:
dekatnya.. aku pulak jauh..nk balik tiket bas pegi balik nk dkat rm100 :D
Post a Comment