Penyanyi: Fynn Jamal & Tri Hadzir
Dan kau tanya dalam diam
Dengan mata kau biar pejam
Bagaimana mampu wujud sunyi di riuh engkau berdiri
Satu per satu hilang ertinya
Berdikit-dikit menyesak dada mahu kau lari dan bersembunyi
Tapi mana kau harus pergi
Haus
Tak terpuas lautan
Lapar tak terkenyangkan
Kau tahu
Namun tak kau akukan
Kau selongkar bumi langit petala
Sedang jawabnya lama kau ada
Maka perlu apa kau bongkar gali
Kalau cuma di letak tepi
Sayu
Tak terjelas fikiran
Rebah tak tersambutkan
Kau tahu
Namun tak kau akurkan
Apa kau cari sebetul-betulnya
Lama mana begini
Bertelanjang jiwanya
Apa yang cari
sesungguh-sungguhnya
Malam siang berganti
Jawabnya tetap sama
Lagu Kak Fynn Jamal. Telah lama aku dengarkan. aku rasakan. ada jiwa dalam sebuah lagu. ada sesuatu yang aku fikirkan banyak kali. Dan lagu ni jadi soundtrack untuk cerita slot Akasia Kerana Terpaksa Aku Relakan. aku layanbetul cerita ni. Disamping tersuka pada pelakonnya Izreen Azminda yang gaya sangat bawa watak Indah tu. uhu.
Dan berbalik pada aku yang dah lama tak menaip sepotong dua ayat di blog ni. mahupun seberapa banyak kata yang mungkin buat ssesiapa yang tersesat atau blogwalking boleh baca. hmm.
Marilah aku mulakan. Hari ahad ni bermula satu perjuangan. Bagi aku yang bergelar pelajar.
ya,menghadapi sebuah peperiksaan akhir.
Peperiksaan akhir untuk tahun 2 sem 4. Masyaallah. masa berlalu, dan aku masih kadang-kadang tu termangu kejap. semester depan dah tahun 3. Allahu.
Terfikir kejap. kadang-kadang persediaan tu ke laut. taktahu apa yang aku nak buat. lost tetiba.
Subhanallah. neves apakah yang melanda.Yelah, kadang tu sebab persediaan tak cukup.mahupun kekadang feeling macam rasa tak tahu nak buat apa. stresnya nak!
Sem ni,
1)Analisis Struktur
2)Peralatan Binaan
3)undang-undang Binaan
4)Financial
5)Land Surveyor
6)Hubungan Etnik
sem ni agak kusut dengan kerja kursus yang agak memerlukan komitmen yang tinggi. kerja luar yang padat. Kepenatan yang melanda tiap kali buat aku rasa tak nak buat apa-apa. Dan akhirnya bila pelajar tu dah sibuk dengan assignment, masa nak menelaah tu kekadang takde. dan aku rasa aku bukan otak yang sepikap mahupun sepantas yng kalau aku tak tengok nota balik tu aku boleh je petik jari. tak.
kena ulang juga. kena ada feeling nak belajar dengan hati yang lapang . masa tu lah baru boleh masuk. kalau secara paksa, aku memang kadang tak boleh terima. alahai. tapi kalau last mninute, tu ikut keadaan. ehm.
wahai hati, sabarkanlah diri. belajar tu memang susah,.tapi tak pernah meninggalkan kesan yang tak baik. semuanya memberi ganjaran yang berlipat ganda. berjihad namanya. kalau tak susah belajar bukan student la namanya.
Bila aku fikir semula, keberadaan aku sebagai seorang pelajar construction dalam uthm ni, sungguh aku banyak belajar mengenai industri. mengenai kehidupan.
Jujur aku bukanlah suka pada bidang ni. Tapi berusaha nak menyukai. Berusaha belajar benda yang baru yang jauh dari interpretation aku semasa form 6 dulu. Belajar benda yang tidak tahu. Niat hati nak amik bidang kemanusiaan, tapi inilah. aliran teknikal yang menjadi hala rezeki yang Allah tentukan.
hikmahnya,. sentiasa ada. hati tu memang selalu nak memberontak.
Tapi, percayalah..fikiran dan naluri kena pandai kawal.
All is well.
Sungguh, aku mencari jawapan dalam beribu persoalan. Tapi jawapan tu takkan aku jumpa kalau aku tak berusaha. Tahu. belajar suatu benda yang kita awal-awal lagi tolak, memang jadi satu tepisan la untuk diterima dalam otak.
Ilmu tu milik Allah, sepandai mana seseorang, sbijaksana mana sekalipun,.kalau Allah tak izin ilmu tu ada pada dia. takkan dapat.
Indeed, belajarlah. mintalah pada Dia. susah mana,kalau Allah tunjuk jalan tak de apa yang mustahil.
Jangan pernah nafikan kekuatan sendiri. Jangan ragukan keupayaan diri. jangan bataskan kebolehan diri.
Allahu. ku ingin kekuatan dari Mu yang memenuhi ruang diri ini.
Tiada Daya dan upaya diri ini melainkan kekuatan dari-Mu.
La haulawala Quwatta illabillahil alliyula'zim.
Moga tidak terlambat.
moga tidak rebah sebelum berjuang.
moga ada kekuatan dan sentiasa diberikan semamngat.
semangat yang tidak pernah hilang.
2 comments:
good luck weyhh... study leklok... bersyukur ko boleh sambung study :) aku pun suka gak lagu ni :D
amal,
syukur alhamdullillah.
so, sekarang apa perancangan?nanti kau buat la rayuan untuk second intake. mana tahu ada rezeki.
Post a Comment