Assalamualaikum,
Entri kali ini berkisarkan tentang sebuah kesusahan. Ujian dari Tuhan kepada umat manusia. Dan kesusahan itu bagi tiap orang berbeza. Dan kerana itu, kita hidup ni saling bantu-membantu.
Semalam, selepas selesai tarawikh sempat menonton sebuah drama.
Sebuah drama bertajuk Arman. Lakonan Beto Kushairy.
sinopsis.
Kisah kesusahan dalam masyarakat marhaen.
Arman merupakan anak sulung dalam keluarganya. Dia bertanggungjawab menjaga keluarganya selepas kematian bapanya. Situasi yang menghimpit Arman sangat-sangat mendesak. Ibunya mengalami penyakit buah pinggang. Adiknya pula sedang bersekolah dan memerlukan biaya untuk meneruskan pelajaran.
Arman berhijrah ke KL untuk mendapatkan kerja dengan gaji yang dapat menampung kehidupan keluarganya. Tiada sebarang kelulusan mahupun sjil, Arman mencari kerja dan yakin bahawa ada rezeki untuknya dimana-mana, yang penting dia perlu berusaha. Di KL, Arman dapat sebuah kerja. Dia bekerja bersama seorang penjual sayur di pasar. Dia dan seorang gadis, Siti yang merupakan anak tauke perniagaan tu semakin rapat. hari demi hari Arman bersyukur kerana rezekinya hari emi hari membantunya dan keluarganya untuk meneruskan hidup. Ibunya di kampung yang sakit memerlukan kos rawatan yang tnggi.
Konflik terjadi, apabila penyakit ibu Arman semakin kritikal. Kos rawatan untuk pembedahan sebanyak rm 12,000 perlu ada. Arman semakin tidak keruan. Dia sangat memerlukan duit sebanyak itu namun tidak tahu bagaimana boleh dia mendapatkan duit sebegitu banyak. Hamdan , rakan tempat sekerjanya, yang sikapnya pemalas dan sedikit loklak (macam penagih dadah sikit) mengajak Arman untuk membuat kerja mencari duit dengan cara yang mudah tapi sebenarnya cara yang memilih sisi gelap dan hitam. Cara dengan mencuri.
Arman diperdaya kawannya yang sebelum itu telah menyamun duit Arman yang dikumpul untuk pulang ke kampung melihat ibunya yang sakit. Tapi, Arman tidak tahu hal itu.
Klimaksnya, Arman terlibt dalam konspirasi mencuri duit sebanyak Rm 90,000. Dia pula yang melarikan duit itu atas arahan ketua geng yang menjalankan perompakan itu. Hamdan sekali memperdajal dengan mengatakan tidak perlu bagi duit tu pada bos mereka. sebaliknya, bawa balik dan gunakan sahaja. Hamdan mengambil separuh dari duit tu dan selebihnya diberi pada Arman.
Lumrah manusia, tidak akan senang apabila berbuat salah. Lebih-lebih lagi , Arman yang baru terlibat dalam kancah jenayah. Dia serba tidak kena. Orang-orang geng rompak itu memcari dia. Kerana Hamdan sendiri telah memberitahu yang Arman telah kebas semua duit tu.
Keseluruhan cerita ni, kesusahan yang sangat meghimpit. Akhirnya duit tu tak dapat digunakan juga sebab Siti yang diminta Arman untuk memasukkan duit ke dalam bank adik Arman, Ecah untuk kos rawatan mak mereka.
Tapi, duit tu dipulangkan balik pada geng rompakan tu. Sebab Siti bimbang keselamatan Arman yang teruk dibelasah. Arman tidak berpuas hati dan geram dengan perbuatan Siti
Tapi, nak buat macamana lagi,.duit yang tidak halal sememangnya serba tidak menjadi.
Kalau jadi pun, hilang keberkatannya.
Ibu Arman meninggal dunia. Arman tidak dapat menerima hakikat dan hilang ingatan. Dia menjadi orang gila.
sedang dia berjalan-jalan sekitar tempat orang ramai, dia hampir dilanggar kereta. Kereta itu kepunyaan seorang Dato. Dan dato itu membawa Arman pulang ke rumahnya untuk diberi rawatan.
ringkas, Arman kembali mengingat apa yang telah berlaku setelah rawatan diberikan. Trauma dia ni sangat dalam.
.............................
Cerita ni juga mengingatkan kita akan suatu kesusahan yang dialami oleh orang lain yang memang kita tidak tahu. Atau istilah lain kita tidak mahu ambil tahu.
Tadi, Ustazah Hafizah dalam Usrati di IKIM.FM mengatakan, seorang anak yatim yang tinggal di asrama dimarahi oleh penjaganya. Ditengking, diherdik dengan keadaan yang sangat tegang. Bila ustazah Hafizah melihatnya, dia datang bertanya.
Rupanya budak ni dimarahi sebab dia mencuri. Sepanjang ramadhan tu, dah dua tiga kali dia mencuri.
Bila ditanya sebab apa dia mencuri sebabnya dia nak sangat macam kawan-kawan lain.
Budak ni hanya mencuri rm 1.50 sahaja. Tak lebih dari itu.
Dia membawa duit tu untuk pergi ke bazaar ramadan nak beli makanan untuk berbuka.
Ustazah bertanya lagi, kenapa tak cukup ke makanan yang diberi di sini?"
Situasi adik ni,..kawan-kawan dia yang ada ibu atau bapa ni, beli makanan sedap-sedap dan makan. Adik ni hanya mampu melihat sahaja. Dia tidak ada duit nak beli dan hanya makan apa sahaja yang diberi asrama. Kalau lauk hari tu ikan goreng je, itu sahajalah yang dimakan.
Dengan duit Rm 1.50 tu, dia dapat beli satu roti john, dengan air sirap bandung. Betapa dia suka sangat. Tapi, bila dapat ditangkap,.dia menangis semahunya. Keinginannya seolah-olah terhalang.
Bila ustazah mendengar hal itu, air mata mengalir. Alangkah alpanya kita. Alangkah senang nya kita dengan rezeki yang kita ada. Tapi, dalam masa yang sama ada insan yang mengharapkan sedikit keenakan dan sedap untuk menikmati makanan, tapi tak mampu. sebab memang tidak ada siapa yang nak peduli.
Yang sepatutnya dimarah, diherdik adalah kita ni sebagai orang sekeliling. kenapa kita tak nak dengar apa yang Allah firmankan dalam Al-quran? bahawa orang yang membantu anak yatim dan orang membantu mereka yang dalam kesusahan itu sentiasa mendapat naungan Allah.
Allahu Rabbi...kerdilnya diri. Lepas tu, ustazah itu menyarankan agar siapa-siapa yang berkemampuan, untuk memberikan sedikit kesenangan dan berkongsi bersama anak-anak yatim yang ada di sekolah tu. Moga jangan ada lagi macam ni.
Benarlah, di Palestin , Syria, Rohingya dan dimana-mana sudut di muka Bumi ni ada orang yang susah. Bersyukurlah kita, dengan bersyukur itulah kita menghulurkan bantuan dan ringankan beban. tidak dapat banyak, sikit pun jadilah.
Allah.
Bantulah hamba-Mu melakukan kebaikan dan bantulah hamba-Mu ini menguruskan rezeki yang telah kau berikan.
Dalam rezeki yang kita ada ini sebenarnya ada bahagian orang lain untuk dikongsikan bersama.
Salam,
5 Ramadhan 1434H
14 Julai 2013
Pages
tangan yang mencatat, mendongak ke langit..
You will never love for it...until you know them well...
Tak kenal maka tak cinta...
Tak kenal maka tak cinta...
Sunday, July 14, 2013
Saturday, July 13, 2013
Dan aku memilih yang baik sahaja.
Kata-kata orang lain sebenarnya tidak akan mengubah diri kita.
Sama ada pujian, encouragement, kata-kata motivasi dan sebagainya. Tidak akan mengubah kita menjadi lebih baik.
Atau kejian, makian, umpatan, dan sebagainya. Tidak akan membuatkan kita lemah dan putus asa.
Sekiranya diri kita sendiri menyatakan TIDAK.
Orang boleh kata pada kita, cakap pada kita apa sahaja.
Tetapi yang mengawal tindakan kita, yang nak berubah ke arah baik atau memilih untuk menjadi lemah dan berputus asa hakikatnya ialah keputusan diri kita sendiri.
Maka kita,
buatlah pilihan.
Buruk baik di tangan sendiri yang menentukan.
4Ramadhan 1434 H
12.10 am

Thursday, July 04, 2013
Bunga Merah Punya
Assalam,
Ha. saat menyudahkan waktu-waktu nak menulis ataupun mencari ilham ni. saye dengan begitu liciknya mencari idea lain. Nak tengok cerita yang lain dari yang lain dan nak tengok cerita yang lari dari konsep kahwin paksa, illegalitimate (luar nikah) punya cerita.
Yeah,akhirnya jumpa. serius tak tahu pula ada cerita ni ditayangkan. Dan saya kena download la kalau nak tengok. Hehe. baru tengok episod pertama.
Dan, keseluruhan, bukan sebab Izzue Islam ada,hehe. tapi sebab jalan ceritanya ok.
Cerita pasal busker, seniman jalanan. Keseluruhan cerita, menyanyi. Lagu-lagu nya memang layan. Dan kalau saya tengok drama ataupun filem, first thing first mesti tengok siapa penulis skrip dan siapa pengarahnya.
Dan tahniahlah buat pelakon yang memang dah masuk senarai -the most favourite and talented actor- Zul Huzaimy. Multi-tasking. Dalam drama ni lebih kurang 10 buah lagu. Semua lagu dan lirik dihasilkan sendiri oleh Zul Huzaimy. Skrip dan arahan dia sendiri
Fuh. tabik sat. Memang nak hasilkan kekreatifan ni memerlukan masa. Baru tahu yang Zulhuzaimy ni bukan je kalau berlakon tu memang la, lain dari yang lain. Semua orang boleh ada rasa menyampah, benci kalau dia jahat. Bila jadi baik, cair, terpikat semua boleh. haha. terbaik lah.Gaya cool dan tak banyak menggedik tu memang la..haha.
![]() |
pengarah,pelakon,pemuzik. |
Ni berbalik cerita Bunga Merah Punya ni, bagi saya, lakonan Izzue islam dalam drama ni lagi natural la. nampak best. sebab sambil menyanyi pegang gitar, baru dapat dengar suara dia. Mungkin dalam forteen dia tak berapa menyerlah. Dalam BMP ni baru dapat dengar suara dia. ahaha. saya rasa karya ni best.Ni yang berkobar-kobar nak teruskan berkarya ni. Kadang-kadang berkarya ni kita bukan je dapat menyampaikan mesej , tapi kita juga dapat berkongsi perasaan kita dengan orang lain.
Nanti saya kongsikan antara lagu yang saya asyik dengar je ni. Tapi, cerita belum habis tengok lagi.hehe. sebab lagu ni sedap, kalau buat album memang menjadi la.
Sinopsis Bunga Merah Punya di Slot Aurora TV9
Kasih adalah satu rasa, sayang juga adalah satu rasa dan cinta adalah satu rasa yang lain. Mana mungkin kesemunya boleh digabungkan. Tapi ianya akan tercantum bila adanya rasa rindu dan cemburu. Benarkah begitu?
Merah seorang remaja 20an yang mencari rezeki dengan menyanyi dan bermain gitar bersama tiga lagi temannya Ajit, dan Itam. Kopitiam milik abang Cu menjadi tempat mereka ‘perform’. Di atas kopitiam adalah bilik sewa yang disewa oleh Bunga.
Rutin harian Bunga adalah membeli sekuntum bunga ros yang dijual oleh seorang budak perempuan, Niki yang lalu di hadapan kopitiam sebelum dia ke tadika untuk mengajar setiap pagi. Setiap pagi juga Bunga akan sarapan di kopitiam Abang Cu sambil mendengar petikan gitar dan nyanyian dari Merah dan kawan-kawannya.
Bunga memikul amanat Tok Baen untuk mencari Merah sejak merah melarikan diri dari rumah ketika berumur 10 tahun kerana merajuk dengan Tok Baen. Bunga masih ingat akan Merah, tapi tidak Merah.
pelakon-pelakonnya pun berjaya menghayati watak . Drama ni sedikit sebanyak mengingatkan saya filem-filem Yasmin Ahmad. Mukhsin, Talentime. Terbaru, Hoore Hoore. Setiap situasi diiringkan dengan lagu.
Lagu Tok Baien yang menyanyi keroncong memang nostalgia.
Teringat dulu masa zaman sekolah menengah, ada juga berkarya macam ni. sangat mengesankan. Berkarya memang sangat memberi makna bukan je pada penulis tu sendiri tapi audiens yang menghayati cerita ni.
Antara lagu yang saya suka, lagu dia sangat metafora. pokok bunga merah semua ada. hehe.
Banyak lagi lagu-lagu yang sedap dalam drama ni.
kredit memang patut diberikan pada pengusaha-pengusaha cerita macam ni. Banyak la pengjaran, persahabatan, percintaan, pengorbanan semua dalam satu cerita.
tabik sekali kat Zul Huzaimy. Kalau pengarah macam ni buat lagi cerita bermutu, memang bagus la industri drama dan filem yang dah ketandusan skrip yang bagus,
Dan adaptasi novel pula, kadang-kadang tidak memberikan sesuatu nilai yang berbeza dari segala jalan cerita yang banyak sangat dah klise.
Harapan satu hari nanti, novel Ramlee Awang Murshid pula diadaptasikan. Memang kena sedia bajet yang memang superb punya.
Dan, saya sekarang macam nak belajar buat skrip. insya Allah.
Hari demi hari nak menjengah Ramadhan , moga kita dikuatkan hati. ok :)
Saturday, June 29, 2013
Malam ini, luaskan kuasamu. JOHOR dan Puisi Melayu Johor
Malam ni Piala FA. orang lain sibuk berpusu-pusu nak pergi stadium. tapi, bagi aku selesa je tengok kat rumah. sempoi je tengok tv,.besaq.hehe
Sebelum ni tak mengikuti perjalanan bola ni pun, kalau menang dan kalah itu adalah adat permainan. Tapi bila tiba status facebook masing-masing tulis "proud-to be johorean."
Anda sangat berbangga sebagai rakyat johor dan pada ketika itu baru aku tahu siapa orang johor. sampai macam tu kan? ha.
Sejak dua menjak ni, begitu bersemangat pasukan JDT.
Tukang sorak tak rasmi dan B.O.S yang rasmi pun tak penat nak memberi semangat pada pasukan. Ada pulak orang yang kata tengok bola sebab ada JDT.
Walau apa pun, buat je yang terbaik. Tadi, aku baca status kak Fynn Jamal.
Pesan dia, jangan lebih sudu dari kuah. Apabila kuah bermain betul-betul, lepas tu depa akan menerima siapa yang menang dan siapa yang kalah. Jangan pula yang si sudu ni tak sudah-sudah nak bergaduh tak puas hati bagai, nak mengamuk segala.
Tapi, kebanyakannya penyokong kena tahu lah adat dan batas masing-masing kan. Tu yang paling penting. dan kita duduk dengan tenang dan sokong pasukan masing-masing. Jangan duk caci maki pihak sana atau apa-apa yang mengeruhkan keadaan. Itu yang terbaik.

Dan untuk kali ini, terpegun dengan bait puisi sasterawan negara, Allahyarham Dato' Usman Awang. Dato' Usman Awang merupakan anak jati johor yg berasal dari Kuala Sedili, Kota Tinggi, Johor.Beliau terkenal dengan nama samarannya Tongkat Warrant. Seorang penyair dan ahli drama yang sangat legend pada zamannya. Pada 29 November 2001 beliau meninggal dunia.
Berikut adalah sajak yang dinukil oleh beliau yang perlihatkan perwatakan dan sifat orang jati negeri johor :
Melayu Johor,
kurang ajarnya tetap santun,
lembutnya cukup jantan,
dajalnya masih selamba,
nakalnya bersulam jenaka,
menikam dengan pantun,
manyanggah dengan senyuman,
marahnya dalam tertawa,
merendah bukan menyembah,
meninggi bukan melonjak.
Cukup serba serbi untuk menggambarkan orang Melayu khususnya Johor pada ketika itu. Dan sasterawan negara ni adalah sasterawan yang menjadi ikon aku dalam bidang penulisan. Beliau tidak menunjukkan latah dalam perbuatan, tapi lantang dalam setiap bait penulisan puisi dan ceritanya.
Melayu Johor,
Telah terlalu banyak kita kehilangan,
Sawah ladang bertukar tangan,
Pekan dan bandar kita menumpang,
Teluk Belanga entah ke mana,
Yang tinggal hanyalah pakaian,
Sedarah sedaging hampir hilang,
Yang ada hanyalah setulang,
Selat Tebrau kian sempit,
Hati rindu jauh tergamit.
Di Johor,
Jawa itu Melayu,
Bugis itu Melayu,
Banjar itu Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Aceh dan Siak adalah Melayu,
Jakun dan Sakai lebih Melayu,
Arab dan Turki pekat Melayu,
Mamak dan Malbari jadi Melayu,
Malah mualaf bertakrif Melayu.
Melayu itu maknanya bijaksana,
Jika menipu pun bersopan,
Kurang ajarnya tetap santun,
Dajalnya cukup selamba,
Budi bahasa jangan dikira,
Beraninya cukup benar,
Tunduk bila bersalah,
Lembutnya cukup jantan,
Setia sampai ke kubur,
Biar mati adat jangan mati sahabat.
Anak Johor,
Luka di Tanjung Puteri,
Parutnya di Parit Raja,
Muka biar berseri,
Mulut biar berbahasa.
Berkelahilah cara Melayu,
Menikam dengan pantun,
Menyanggah dalam senyum,
Marahnya dalam tertawa,
Merendah bukan menyembah,
Meninggi bukan melonjak.
Watak Melayu menolak permusuhan,
Jiwa Melayu mengangkat persahabatan,
Kasih sayang kekeluargaan,
Ringan tulang saling bertolongan,
Jujur memaafkan ikhlas memberikan.
Berdamailah cara Melayu,
Silaturahim yang murni,
Di mulut sama di hati,
Maaf sentiasa bersahut,
Tangan di hulur bersambut,
Luka pun tidak lagi berparut.
Melayu Johor saudaraku yang dikasihi,
Dalam kekeruhan ini carilah kejernihan,
Dalam sengketa ini sambutl
ah perdamaian,
Sifat terpuji setiap insan,
Bermuafakat supaya berkat,
Bersaudara dunia akhirat,
Berikhtiar dengan tabah,
Kepada ALLAH berserah.
MELAYU JOHOR
1988
Oleh : Allahyarham Datuk Usman Awang
Surat buat Ramadhan- ku menantimu, 10 hari lagi.
Buatmu, Ramadhan,,ku menantimu..
1. Ramadan datang kepada kita yang tahu kemuliaannya tapi tidak banyak melakukan apa-apa.
2. Mungkin Ramadan menatap kita dengan tatapan kosong.
3. Tidak ada aktiviti di waktu malam kecuali hanya senda gurau, berhibur dan bergelAK tawa.
Mungkin :
a. Ramadan melihat kita hanya sekumpulan orang dungu yang meninggalkan solat dan hanya asyik menghabiskan waktu dengan saluran-saluran televisyen yang tidak memberi manfa'at.
b. Ramadan hanya menatap kita sebagai sekumpulan orang-orang yang malas yang merasa telah mengeluarkan segenap kesungguhannya seusai menunaikan solat Taraweh sebanyak lapan raka'at dalam beberapa minit dan setelah itu pergi dengan penuh rasa bangga seolah-olah telah melaksanakan dan menunaikan hak untuk 'ibadahnya dan terbebas dari kewajiban Allah kepadanya.
Mungkin kita perlu meminta ma'af kepada Ramadan kerana hati kita barangkali telah berubah menjadi keras dan membatu serta mata kita kering dari airmata.
Kita mungkin tidak dapat sepenuhnya merasakan :
1. Manisnya keta'atan.
2. Indahnya 'ibadah.
3. Nikmatnya munajat-munajat di malam-malam Ramadan.
Ramadan mungkin belum menemui apa yang seharusnya ia temukan pada diri kita padahal menurut orang-orang yang telah ditemui oleh Ramadan di zaman dahulu, bahawa Ramadan adalah bulan bertemunya dua jenis jihad iaitu :
a. Jihad di waktu siang dengan berpuasa.
b. Jihad di waktu malam dengan memperbanyakkan solat malam dan tilawah Al Qur’an.
Imam Ibnul Jauzi rah.a telah mengingatkan kita tentang perkara ini dalam nasihatnya :
“Siapa yang mengumpulkan dua jihad ini serta melakukan keduanya dengan penuh sabar, pahalanya akan diberikan tanpa hisab.”
Hal yang sama juga telah disampaikan oleh Ka’ab r.a:
“Pada hari kiamat akan terdengar seruan, ‘Sesungguhnya setiap orang yang menanam akan diberikan apa yang ditanamnya disertai tambahan, hanya sahaja para ahli Al-Qur’an dan puasa diberikan pahala mereka tanpa batas dan tanpa perhitungan.”
Sekali lagi, mungkin kita perlu meminta ma'af kepada Ramadan kerana ia belum menemukan dalam diri kita sesuatu yang sesungguhnya ia harapkan dari kehadirannya bersama kita sepertimana di sa'at ia pernah hadir di tengah-tengah manusia yang memperlakukannya dengan sangat istimewa serta tidak tunduk dan terpedaya oleh musuh.
Ramadan hadir di tengah-tengah mereka di mana bumi yang dipijak sentiasa terdengar azan serta syiar Ramadan sentiasa diagungkan dan ditinggikan.
Hari ini kita telah berada di penghujung Sya’ban iaitu bulan yang tidak ada lagi jarak dengan bulan yang sangat istimewa milik umat Muhammad saw, iaitu Ramadan.
Dia berdiri bak pintu gerbang menuju taman yang sangat indah sehingga sebahagian ulama’ mengistilahkan bulan ini sebagai bulan persiapan menyambut Ramadan.
Ibnu Rajab rahimahullah berkata :
“Menurut mereka iaitu para ulama’ bahawa bulan Sya’ban ibarat latihan untuk menghadapi puasa Ramadan, agar seseorang tidak terbeban dengan puasanya ketika Ramadan tiba.”
Namun, realiti itu tentunya bukanlah satu-satunya alasan untuk mengatakan mengapa kita perlu merasakan kehangatan Ramadan di sini.
Sya’ban adalah tempat kita memulakan langkah kita. Jika dia adalah pintu gerbang kepada sebuah taman yang indah, maka tentulah dia pun memiliki keindahannya yang tersendiri.
Agar kita dapat memperolehi Ramadan yang lebih sempurna, tentulah kita perlu memulakannya dari sini dengan beberapa renungan
>>> AGAR KITA TIDAK TERMASUK ORANG-ORANG YANG LALAI

Thursday, June 27, 2013
Layan drama Kau Laksana Bulan
Assalam,
menjengah hari dah habis exam,
yeah. alhamdullillah. kertas terakhir yang berjaya aku tamatkan adalah Statistik. em, dalam hati aku berdoa, apakah aku mampu menamatkan dengan jayanya?
Insyaallah, lepas ni tunggu keputusan.
Dan sekarang ni, orang lain tengok cerita-cerita yang ada ditayang kat tv sekarang, dan aku melayan cerita yang 2 tahun lepas rasanya.
Cerita adaptasi novel Kau Laksana Bulan oleh Aina Emir.
Cerita ni berkisarkan tentang seorang gadis yang berusaha menjadi seorang penulis novel yang berprolifik. Dan, bercerita tentang menulis ni, Adriaana dalam novel ni menulis novel Romantis Thriller. em. tu dia,.sedikit sebanyak cara seorang penulis ni mesti seorang yang rajin mencari maklumat. tahu bahawa tugas menulis ni tugas memandaikan masyarakat. Bukan nak membuai je dengan maklumat kosong semata,
ok,.dengan menonton cerita ni, mula semangat nak menulis tu datang semula.
Tengok cerita ni pula la kan, memang senyum je la tengok gelagat diorang ni. sungguh pembawa watak ni sangat menghayati wtak masing-masing.
Zul Huzaimi dan Ayu Raudhah, gandingan mantap. Eheh, sejak tengok cerita ni, minat pula aku tengok gaya Zul Huzaimi berlakon. eksperesi dia tak over, gaya dia memang nampak cool je. Kalau berlakon romantik jadi, jahat pun kena juga. memang dasar pelakon ahaha.

duk sebelah tapi, bercakap guna mesej.
Cerita ni ramai kata sweet semacam,, tu dia. dah habis dah tengok, pengajarannya ada.
nak tengok lagi mereka ni berlakon.
mungkin lepas ni boleh berlakon dalan drama bawah skrip aku pula. mana tahu satu hari nanti. ehehe. =)
jom layan Trailer cerita ni,.
Selepas ni, insyaAllah nak reupdate resensi novel Sunan Musafir. Daripada tahun lepas sudah siap membaca, namun kepayahan nak menulis ulasan. dan kini aku nak gagahkan juga lawan malas. okehh.
assalam.
-
Saturday, June 15, 2013
Assalam,.
sedang melayan buku marketing dan sambil-sambil mendengar lagu ni,.
sangat menusuk,.rentak yang rancak,.membangkitkan rasa nak membaca dengan lebih semangat...yolah tu..
betul ni..
ni la lagunya.
dulu, masa zaman sekolah menengah,.lagu ni jadi siulan. Lagu ni jadi seolah-olah lagu jiwang.
Tapi bila dah meningkat dewasa ni,.aku mula faham bait-bait lirik disebaliknya.
dan suatu yang aku dapat tahu,.allahyarham Loloq (al fatihah) sememang seorang penulis lirik yang 'daebak'.
Kebanyakan lagu allahyarham memang berunsur ketuhanan. Banyak lirik beliau, yang telah membuatkan aku bongkar kembali lagu-lagu yang banyak kali aku dengar dulu. memang sangat mengesankan.
Lebih-lebih lagi buat diri yang mengerti,.
kita ni datang dari-Nya kepada-Nya jua kita dikembalikan.
dan aku, yang sedang dalam kekalutan nak menghadapi kertas peperiksaan ni,jadi lupa yang Tiadalah daya dan upaya diri ini melainkan dengan kehendak dari Allah jua. Jiwa dan hati akan jadi takut kalau salah pergantungan. Lbih-lebh lagi kalau pergantungan pada diri sendiri. Sudahlah lemah,.tak kuat semangat pula tu.
Sedarlah diri, hanya pergantungan pada-Nya membuatkan diri ini akan go on.
Manusia boleh asyik bercinta dengan manusia, tapi kenapa susah nak asyik apabila bercinta dengan Pencipta yang mencipta manusia?
sedang melayan buku marketing dan sambil-sambil mendengar lagu ni,.
sangat menusuk,.rentak yang rancak,.membangkitkan rasa nak membaca dengan lebih semangat...yolah tu..
betul ni..
ni la lagunya.
Kasih Latifah
Makin puja, makin cinta menusuk kalbumu
Dalam naik turun nafas menjunjung namamu
Makin asyik, makin jauh dihanyutkan rindu
Tiap saat ketika kudambakan wajahmu
Makin puja, makin cinta menusuk kalbumu
Dalam naik turun nafas menjunjung namamu
Makin asyik, makin jauh dihanyutkan rindu
Tiap saat ketika kudambakan kasihmu
Janganlah kau seksa diriku yang lemah
Sedangkan kau sedar semua ini
Bukanlah satu permintaanku
Makin puja, makin cinta menusuk kalbumu
Dalam naik turun nafas menjunjung namamu
Makin asyik, makin jauh dihanyutkan rindu
Tiap saat ketika kudambakan jiwamu
Janganlah kau seksa lagi
Diriku yang lemah dan hina ini
Sedangkan kau sedar semua ini
Bukanlah pilihanku
Aku sanggup cabar sesiapa saja
Yang sempat memandang cahaya kau itu
Dan tidak tergoda (wajahmu)
Tersungkur jatuh (kasihmu)
Menuntut kasih Latifah (jiwamu)
Makin puja, makin cinta menusuk kalbumu
Dalam naik turun nafas menjunjung namamu
Makin asyik, makin jauh dihanyutkan rindu
Tiap saat ketika kudambakan wajahmu
Tiap saat ketika kudambakan kasihmu
Tiap saat ketika kudambakan jiwamu
Tapi bila dah meningkat dewasa ni,.aku mula faham bait-bait lirik disebaliknya.
dan suatu yang aku dapat tahu,.allahyarham Loloq (al fatihah) sememang seorang penulis lirik yang 'daebak'.
Kebanyakan lagu allahyarham memang berunsur ketuhanan. Banyak lirik beliau, yang telah membuatkan aku bongkar kembali lagu-lagu yang banyak kali aku dengar dulu. memang sangat mengesankan.
Lebih-lebih lagi buat diri yang mengerti,.
kita ni datang dari-Nya kepada-Nya jua kita dikembalikan.
dan aku, yang sedang dalam kekalutan nak menghadapi kertas peperiksaan ni,jadi lupa yang Tiadalah daya dan upaya diri ini melainkan dengan kehendak dari Allah jua. Jiwa dan hati akan jadi takut kalau salah pergantungan. Lbih-lebh lagi kalau pergantungan pada diri sendiri. Sudahlah lemah,.tak kuat semangat pula tu.
Sedarlah diri, hanya pergantungan pada-Nya membuatkan diri ini akan go on.
Aku sanggup cabar sesiapa sajaYang sempat memandang cahaya kau ituDan tidak tergoda (wajahmu)Tersungkur jatuh (kasihmu)Menuntut kasih Latifah (jiwamu)
Manusia boleh asyik bercinta dengan manusia, tapi kenapa susah nak asyik apabila bercinta dengan Pencipta yang mencipta manusia?
Makin puja, makin cinta menusuk kalbuMu
Dalam naik turun nafas menjunjung namaMu
Makin asyik, makin jauh dihanyutkan rindu
Tiap saat ketika kudambakan wajahMu
terasa tanpa dipaksa-paksa ada airmata mengalir. ah,entah.rasa apa yang merasuk . Tiba-tiba sebak. terpandangkan susuk hamba yang soleh sedang berteleku cinta di hadapan Tuhan-Nya. merindui malam bagai pengantin menanti malam pertama.
merindui untuk bertemu Kekasih Agung.
Dan aku,memandang seolah-olah entah bila dapat menggapai asyik itu.
"Ya Rabb,ku tahu cinta dan rinduku tidak sehebat hamba-Mu Nabi Muhammad SAW, namun andai kau anugerahkan sisa cinta Muhammad itu kepadaku, itu sudah mencukupi bagiku.."
-Laksamana Sunan
dan aku, kini menuju-Mu,.
dan aku yakin akan temui.
untuk seketika, berhenti dan muhasabah diri apakah aku bersedia memasuki madrasah tarbiyah-Mu,.Ramadhan Al Mubarak yang tinggal 20 hari lagi?
-annurhafizah-
Tuesday, June 11, 2013
Just Move on !
Assalamualaikum.
Alhamdullillah. baru sudah subjek TITAS tadi. dan ada lagi lima kertas yang perlu dihadap.
Keluar je dewan tadi,.masih juga mendegar desas-desus membincangkan pasal jawapan yang dah selamat pun bagi pengawas peperiksaan.
"no 2 tadi kau jawab apa? aduh,.aku rasa aku salah la. jawapannya B. ishh."
dan aku,..yang begini berlagak cool ni, erkk.terfikir apa yang aku jawab tadi tu salah?
waa. mahu nangis.
rasa macam menyesal macam nak kiamat dah dunia ni.
aduh. tak patut kan.
apa yang lepas biarkanlah berlalu. aku dan kawan-kawan yang lain,duduk dalam satu kelompok orang yang duk berbincang pasal ni.
apalagi, memang panas telinga. depa siap buka buku cek lagi.
"ok,.rilek hafizah. jangan gelabah. you have done your best. er."hati masih mencari solusi. Tapi yang ada hanya boleh memujuk. kan.
kadang kita kalut sendiri kan,.apabila memikirkan sesuatu yang tak mampu nak diubah lagi.
satu sisi pandang aku berkenaan ni adalah,.jangan too obvious sangat risau akan benda yang dah berlalu. yang masih menanti di depan ni yang kena harungi.
kita selalu macam tu kan? sometimes, past make people crazy, although they know, in front of them have two roads that go to the bright future. just choose-unknown.
dan untuk Tamadun Islam dan Asia Tenggara ni satu subjek yang aku suka. opkos la kalau tersalah percaturan, rasa ralat. tapi,..ku buang jauh-jauh la.
kadang-kadang orang yang diam-diam ni la ubi berisi. jadi, tak nak cerita banyak benda yang dah hantar tu. :)
tahun 1 sem 2 ni masa sangat cepat berlalu. dengan asignment yang sangat mencabar. dan aku ambil apa yang telah berlaku as one of the lesson.
"okeh, sekarang masa menelaah . jangan fikir sangat apa yang dah lepas..",.satu suara mengingatkan.
aku mengangguk dan fikir dalam-dalam apa yang dikatakan tu. true.
Ya Rabb, i will just go on, and the rest under your control and bless :')
ok,.lepas exam ni berazam nak hidupkan balik blog ni macam dlu. insyaallah !
with luv <3 nbsp="">3>
-annurhafizah-
DOA MENDUDUKI EXAM.
keluar rumah : bismillahi tawakkaltu a'lallah..Otw : ya zaljalali wal ikram.Msuk dewan : salamun koulan min rabbin rahim.Duduk : iyyaka na'budu waiyyaka nastai'n.Bukak krtas soalan : ihdinassiratalmustaqim..Jawab soalan : innalaha kana a'liman hakima.Soalan susah : wakana zalika a'lallahi yasiira.Check jwapan : innallaha bikulli shaiin a'liima.Hantar : wakafa billahi waliyyan wakafa billahi yasira..
SELAMAT BERAMAL ^^semoga dipermudahkan
Kalau, -ku halau perkataan ini dari mindaku.
ASsOlatu WasSalam
¸.
•´✿◕ Elakkan Berkata ”KALAU” ~♥✿.¸¸
✿ Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
Mukmin yang kuat lebih disukai oleh Allah daripada mukmin yang lemah. Namun pada kedua-duanya ada kebaikan. Berjaga-jagalah terhadap perkara yang boleh mendatangkan kebaikan kepada engkau, pintalah pertolongan daripada Allah. Sekiranya engkau ditimpa sesuatu musibah, maka jangan engkau berkata:
”Sekiranya (kalau) aku lakukan begini maka sudah pasti lain yang berlaku. Tetapi katakanlah
: Itu merupakan takdir Allah dan Dia melakukan apa yang dikehendaki Nya, sesungguhnya ‘kalau’ akan membukakan pintu amalan syaitan.” (Riwayat Muslim)
✿ Huraian :
1. Kekuatan seseorang Muslim itu diukur bukan sahaja dari segi fizikal (tubuh badan) tetapi juga dinilai daripada aspek kekuatan iman. Bahkan itulah yang paling penting.
2. Orang yang sentiasa berwaspada terhadap nikmat kehidupan di dunia tidak akan mudah terjerumus dalam perangkap syaitan. Segala tindakan yang diambil mencerminkan ketaqwaannya kepada Allah dan dia sekali-kali tidak membiarkan kebaikan dan keburukan yang menimpanya sebagai suatu kegembiraan (kemenangan) dan kesedihan semata tetapi percaya bahawa semuanya itu mempunyai hikmah yang tersendiri daripada Allah untuk diambil pengajaran.
3. Ucapan ‘kalau’ tidak harus diamalkan kerana ia seolah-olah menunjukkan bahawa kita tidak redha dengan apa yang telah berlaku. Sebaliknya kita hendaklah sentiasa berfikiran positif dan ingat bahawa segala yang baik itu datangnya daripada Allah dan yang buruk itu adalah daripada kelemahan diri kita sendiri. Oleh sebab itu Islam menyuruh umatnya agar bertawakkal (berserah) kepada Allah SWT dalam melakukan sesuatu usaha dan percaya bahawa setiap sesuatu itu tidak akan berlaku tanpa keizinan daripada-Nya jua.
p/s: oh la kalau, if, kot. jangan ada lagi dalam kamus hidup ku. jalan dan terus ke depan. yeah.
minggu exam ni sangat la menyeronokkan... :D

Subscribe to:
Posts (Atom)