tangan yang mencatat, mendongak ke langit..

You will never love for it...until you know them well...
Tak kenal maka tak cinta...

Sunday, January 31, 2010

Motivasi diri – siapa pakar motivasi Melayu kesukaan Anda?dari blog imotivasi.com

ASsOlatu WasSalam

aye pun nak nyatakan siapa pakar motivasi yang disayanGI!
-PERTAMA DI HATI-
Rasullullah S.A.W-Nabi Muhammad bin Abdullah merangkap nabi kita.
Kata2, sifatnya, perilaku dan hidupnya segalanya adalah motivasi yang sentiasa segar dan sentiasa relevan sepanjang zaman. Dan daripada pakar segala pakar ni lah,lahirnya pakar yang mencontohi baginda..insyaAllah mencontohi baginda, nescaya kita takkan sesat selamanya…
PAKAR MOTIVASI KAT MALAYSIA
1. Tun Dr Mahathir-
perdana menteri kita yang berkhidmat selama 22 tahun ni wajar dijadikan idola. yang secara tak langsung menjadi seorang yang menyuntik motivasi. kata-kata, sikap dan perilaku idola aye ni menggambarkan ciri-ciri mukmin berjaya. Dari sekolah rendah lagi aye dah minat beliau.aye takkan lupa kata-kata Tun semasa beliau mendengar ceramah beliau yang lalu~ secara mesra, Tun mengatakan “keikhlasan menangkis segala cbaran”. Memang menyuntik semangat. Lebih-lebih lagi bila dapat bergambar ramai-ramai dengan beliau. sebagai pelajar, terasa satu booster yang tinggi untuk terus mengejar kejayaan bagi aye…
2. Dr.HM Tuah dan Dr Fadzillah Kamsah
~aye suka kedua2pakar motivasi ni sebab mereka agak santai dan mesra dengan pembaca dan para pendengar.
3.Ustazah Siti Nur Bahyah
`gaya dan tutur kata ustazah memang aye suka. ceramah-ceramah beliau kalau dengar, tak bosan.. ustazah ni agak suka menggunakan ayat yang mencuit hati disamping memberi nasihat..tu yang aye minat dan senang faham…ustazah siti nilah ikon muslimah yang baik dicontohi…
aye ni minat dalam bidang penulisan…ha..jadi, pakar motivasi dalam bidang ni antaranya-
4. Blogger Shueqry-bagi aye, beliau penulis blog yang simple dan jujur… terpancar menerusi artikel-artikelnya..hehe..kata2 dan tips bro shueq memang senang faham, lebih-lebih lagi bila pembaca dapat terus memberi komen kepada dan dibaca sendiri oleh penulisnya…mesra gitu..
5. Ramlee Awang Murshid- novelis thriller no 1
- ha,.,pakcik RAM ni juga merupakan contoh yang baik bagi aye. Novel2 beliau, penuh dengan motivasi yang dipaparkan secara islamik. motivasi yang aye gali daripada beliau~berkarya merupakan suatu tanggungjawab..pembacanya takkan dibuai-buai..tetapi perlu berfikir..
aye nak jadi seorang penulis yang bukan semata-mata terkenal, tapi juga bertanggungjawab dlam berkongsi ilmu ngan orang lain…
hehe..panjang pulak huraian. banyak lagi idola sebenarnya. Yang penting mereka merupakan orang yang berjaya dan positif…
Sekian..salam motivasi dari cilipadi :-)

p/s--betapa panjang punya komen yang aye respon kat blog imotivasi.com. secara tak langsung, berdesup motivasi dalam diri ...

Motivasi daripada Kiki si kucing ekor pendek

ASsOlatu WasSalam,

Hari ni aye suka nak cerita, yang aye dapat gali motivasi daripada Kiki.
kucingku ini manja bebeno. Dah setahun dah kami sekeluarga menjaga kucing ni.
Perangai kucing ni pun aye boleh baca. Mana tak nye, dah setahun. Kucing ni la yang paling lama dijaga. Hehe..dah lama tak tulis kat blog ni. Nak kena cerita banyak nii...

kucing memang haiwan yang manja. asal datang je mesti mengelus di kaki...tu yang comelnye..
tapii, kalau tak jaga, nanti najisnya akan di'labur' di mana-mana...tu yang tak tahan. Kalau jenis yang pembersih dan agak malas , tak payah lah bela kucing. Makin menyusahkan..

orang yang bela kucing kena banyak bersabar...hehe..nanti, aye nak ceritakan lagi kat sini yer..nilah gambar terbaru kucingku yang dah jadi..mak kucing..





sememeh jek kiki ni...hihi..



letih bebeno..lari satu taman..

macam sedih je muka Kiki..tapi kan,kucing walaupun takde memek muka, tapi kita boleh faham apa yang kucing ni nak melalui gaya si kucing ni..ha..

perangai kucing ni macam budak kecik..bergambar bukan main suka..hikhik..


Jumpa lagi di artikel seterusnya..

one for all, all for one..ahakz!,
ciliPADI_hafizAH

Monday, January 11, 2010

Kata-Kata Hati..

ASsOlatu WasSalam

Mahar Cinta..
Inilah Kek Hantaran Gubahan Telekung..
Bukan kek betul.
Walaupun masa tu dah nak SPM dekat dah...
aye cuba juga bahagikan masa untuk melibatkan diri dalam pertandingan PPI nih...ape2 pun..banyak pengajaran disebalik kesusahan nih.
Bila kita kata kita susah, aye rasa ini semua datang daripada minda. 100%! Makanya, baik kita kata kita boleh! 'Kau sebenarnya boleh buat, cuma kau je yang ragu-ragu!'
Kalau hari-hari kita cakap macam tu kat diri sendiri...
pasti Allah akan suntikkan satu perasaan yang lain macam! Aye akan berusaha!








memenangi tempat ke lima daripada 40 orang..hehe..










Mencari Makna Diri


ASsOlatu WasSalam

Wah, hari ni baru aye dapat ,menaip artikel di sini. Banyak penghalang betul.
Tapi, tadi aye baru baca blog imotivasi.com. Erm..penghalangnya adalah diri sendiri. Kan?


>>>padan muka!..hehe..

Saturday, January 09, 2010

Ketika Cinta- Siti Nur HAliza

ASsOlatu WasSalam

- Ketika Cinta~

Ada tiada rasa dalam jiwa
Rindu akan memanggil-Mu
Karna setiap jiwa t'lah bersumpah
Setia hanyalah kepada-Mu

Bila cinta ada di dalam jiwa
Wangi bunga dunia tanpa nestapa
Segala yang dirasa hanyalah Dia
Hati 'kan memuja hanya pada-Nya

Ketika cinta memanggil
Gemetar tubuhku
Ketika cinta memanggil
Hangatnya nafasku
Ketika cinta memanggil
Menderu sang rindu
Ketika cinta memanggil

Rindu... rindu... rindu qalbu
Memanggil-manggil nama-Mu
Seperti terbang di langit-Mu
Tenggelam di lautan cinta-Mu

Bertabur qalbu yang rindu
Melebur menjadi satu
Bagai menari diiringi pelangi
Ketika cinta memanggil


ليريق لاݢو اوڤيچق - - کتيک چينتا

اد تياد راس دالم جيوا
ريندو اکن ممڠݢيل مو
- کرنا- ستياڤ جيوا ت' له برسومڤه
ستيا هاڽله کڤد مو
-
- بيلا چينتا اد د دالم جيوا
واڠي بوڠا دونيا تنڤا نستاڤ
سݢالا يڠ دراس هاڽله دي
هاتي ' کن مموجا هاڽ ڤد ڽ
-
- کتيک چينتا ممڠݢيل
ݢيميتر توبوهکو
کتيک چينتا ممڠݢيل
هاڠتڽ نفسکو
کتيک چينتا ممڠݢيل
مندرو سڠ ريندو
کتيک چينتا ممڠݢيل

ريندو ريندو ... ريندو قلبو
ممڠݢيل مڠݢيل نام مو
- سڤرتي تربڠ د لاڠيت مو
- تڠݢلم د لاٴوتن چينتا مو
-
- برتابور- قلبو يڠ ريندو
ملبور منجادي ساتو
باݢاي مناري دأيريڠي ڤلاڠي
کتيک چينتا ممڠݢيل

Tuesday, October 06, 2009

Lebaran during my childhood...



Syawal. Today is 16 syawal 1430H. and 5 October 09. The ketupat was made by all my family's member during a day before raya. Erm...Although it's almost 2 weeks for Hari Raya, i'm still excited to write about Aidilfitri.


This year for Eid,all of us, celebrate it at Kluang-Punggor. This year we didn't celebrate like past year at Perak. I would miss my Eid when celebrate at Perak.


Syawal for my age is average. Not like my childhood time, all my big family's will gather at my grandparent house. All children were the most happiest person when Hari Raya. During my childhood time, after go for solat sunat Hari Raya,all my cousin and i will go for a Raya trip. Hehe...my siblings and i like 'budak kampung'. We will go for Raya at every house. It;s really make us excited, about 12 person in one trip. although at wet That's really precious memory.


After go for HAri RAya, we will spend our time to bath at Pak Mat's river. That's my atok punye...hehe..

about 1 hours, then we will go back...

Many sweet memory about Hari RAya...it's really nice if i can go through it again..:-)


The motivation here is..appreciate all our time and our age in this life. Every time, when i remembered this time, it can help me to motivate myself. The happinest, the laughter and all sweet moments.


Now, syawal for me is Aidilfitri. Come back to our Almighty with all that we done during Ramadhan...Aidilfitri will be more precious when we had use our time for best during ramadhan. And until that..Allah will BLESS us,...to get more goods in our life.

Perihal lama tak posting




Salam sejahtera,




Hai! perihal menulis blog. Mengikut statistik, aye hanya tulis 8 artikel je...(punyelah rajin)..hehe...mungkin kerana kesibukan yang mengekang la. Nak SPM lagi lagi 40 hari. Wah...sekejap je aye melalui zaman persekolahan rasanya...dah nak kuar skola da...




Perjuangn akan diteruskan untuk terus menulis blog. Setakat ni, blog aye ni tak mengkhaskan satu tema untuk aye kupas. Hanya berawang-awangan. Nak cite pape boleh. Mungkin aye harus mengkhaskan satu tema. Macam blog motivasi bro ShueQry.! Wah...tinggi harapan.




Insyaallah...lepas SPM, tengoklah...blog ni akan popular tau. Hehe..


Blog ni mmg takde mane2 orang lain yang buka...just bersendirian dibaca olehku shj..sob..sob..




Jadi, tuntasnya di sini, aye nak menyimpulkan motivasi daripada sini,. sesuatu yang kita lakukan, buat je...dan buat dengan penuh minat. Itulah yang aye baca daripada imotivasi.




Lakukan dan terus lakukan. Minat dan idea pasti akan meluncur laju daripada minda kita. Erm...maybe..one day...the unique bloggers...


Thursday, July 23, 2009

Kisah aku dan Hari Polis kat Ulu Belitong! Baca la!

Assolatu Wassalam, a very good day!

Harap kita semua dalam keadaan yang luar biasa baik!

Pada beberapa hari lepas, aye pegi ke satu majlis yang diraikan khas untuk Komuniti Polis...kiranya Hari Polis la. Aye pegi sebagai budak baru belajar. Saja-saja nak pergi. Pergi naik trak polis yang biasa diorang bawa banduan tu..ramai juga budak2 kadet polis sekolah lain yang pergi. Ada yang pakai lengkap baju seragam kadet polis, ada yang pakai baju t kp je..dan aye pakai baju pj sekolah dan ada kawan aye lain...dibawah Kelab Pencegah Jenayah. Mulanya ingat sekadar aktiviti biasa je. Tp, kebetulan pula...ayah pun memang dijemput untuk bertugas kat majlis kat Ulu Belitong tu..Jd, nk dpendekkan cite, mama, adikku... kami sekeluarga ke sana...

Pada sebelah pagi...perasaan tu rasa agak bosan gak...aye ngan Thilaga sekadr merayau-rayau kat sekitar booth yang ada kat situ. Semuanya memang ada kaitan ngan kegitan jenayah. Gerun, geli, insaf bercampur-baur jadi satu.
Mana taknye tengok gambar penagih dadah yang memang dah nazak...cakapje la...(gmbr xdpt diletakkan)...ape2 je..sampi pkul 1tghari. Perut yg lapar diisi.

Padang SK Bukit Tongkat tu kira besar gak. Tapi, rasanya macam dah dapat motivasi kat sini.
Pukul 2.30, setelah penat berlari, bangun dan duduk kejap2 atas kerusi, beberpa minit kemudian...Pak Din sampai....

Ala...memang banyak video aye nak tunjuk kat blog ni,.,...tp, alahai tersekat pulak...nanti lah kan datang yek...

Tp, yang penting...terasa semangat sangat bila tengok polis-polis ni rancak dan cantik berkawad kaki! masing-masing seragam! arh..dan saat itu..aye terfikirkan plkn...arh..

Dalam satu sudut, walaupun dalam perasaan yang agak teruja tu...perasaan sebagai seorang SRIKANDi...menyerap masuk dalam diri...tatkala terngiang-ngiang lagu...WARISAN!


FIKIRKAN BOLEH!!

July 10th, 2009
Apa makna sebenar gagal?
Gagal ialah satu keadaan bila mana apa yang kita buat tak menjadi seperti yang kita inginkan. Ataupun, gagal adalah satu situasi bila kita tak mencapai apa yang kita targetkan, kita tak mendapat apa yang kita mahukan.

Gagal wujud dalam segenap aspek hidup kita. Gagal dalam pelajaran. Gagal mendirikan sembahyang Subuh, gagal mengatur masa kerja dengan baik, gagal memasak dengan cukup sedap, gagal berusaha dengan cukup rajin. Itulah beberapa contoh kegagalan kecil yang kita lakukan.

Setiap hari, bila kita gagal mendirikan sembahyang Subuh, sebagai orang Melayu beragama Islam, kegagalan yang kecil tu akan melarat kepada kegagalan-kegagalan besar. Maka sebab itulah dalam azan, sering dilaungkan frasa “marilah menuju kejayaan” (hayya alal falah) untuk mengingatkan kita.

Gagal hanyalah suatu cara yang salah, satu usaha yang kurang berhasil, boleh juga dipanggil usaha yang dijalankan dengan cara kurang betul. Bukan tak betul, cuma kurang betul.
Kena fikir optimis!

artikel motivasi daripada blogger motvasi terkenal..shueQry di www.imotivasi.com

aye memang selalu buka blog beliau. terima kasih,kerana tulisan sebegini memang memberi inspirasi secara berterusan walau di mana selagi kata-kata ini diingati..ia menjadi sutu pahala yang tiada ternilai dan terhitung oleh kita...aye akan berusaha menjadi the best writer's! apa-apaun yang aye usahakan! Berusaha!
Sambung cerita-
Mmg petang tu aye rasa excited a...seronok la gak...bila dikenag-kenang byk juga yg kelakar..biarlah ia menjadi suatu kisah yang akan buat aye tersenyum sendiri bila mengenangkannya...
Cilipadi+
Arh...minggu depan exam PK II...bersedialah!

Monday, July 06, 2009

Jangan Berhenti Mewarnai jutaan mimpi di Bumi!

ASsOlatu WasSalam


Mimpi..adalah kunci..
untuk kita
menaklukkan dunia
berlarilah..tanpa lelah..
sampai engkau meraihnya..

Laskar pelangi..
takkan terikat waktu..
bebaskan mimpimu di angkasa
warnai bintang di jiwa..


menarilah dan terus tertawa..
walau dunia tak seindah syurga
bersyukurlah pada YAng Kuasa
cinta kita di dunia..selamanya..

Cinta kepada hidup..
memberikan senyuman abadi..
walau hidup kadang tak adil
tapi cinta lengkapi kita.....!


cilipadi- mendengar lagu ni..sentiasa memberi harapan pada aye bahawa hidup ini harus dinikmati bukan ditangisi...:-)


till next pena,


CiLiPaDi_hafiZAH





 

Monday, April 20, 2009

Salam Tahniah dan Takziah buat PM ke 6 Malaysia

ASSolatu WaSSalam, bermulanya aye nak menulis ni... Wah.. dah lame yek tak jumpa matapenaalsunan ni...maap yer.. hari ni baru tergerak nak menulis sesuatu.

Tapi..dalam hati aye ni...nak cakap pasal ape ye?hehe.. S
ebenarnya saja nak mengimbas kembali apa yang berlaku pada negara kita pada 4 April yang lalu..ape dia? Pelantikan Perdana Menteri yang baru iaitu YAB Dato' Seri Mohamad Najib Tun RAzak . Betapa hebat aura Datuk Seri kita ni sampai rasa hari yang aye lalui terasa bermakna kerana semangat dan aura itulah , aye memang mengikuti setiap perkembangan beliau . Congratulations! Lebih-lebih lagi apabila keharmonian dalam Dewan PWTC 28 Mac lalu..

bila kemunculan Tun Mahathir memang membuatkan orang ramai terharu. Tun kembali semula dalam UMNO.

Ayah ngan Mama la ni.. memang ambil berat pasal perkembangan politik negara..justeru..apabila dicucuk-cucuk..aye pun memang ambil kisah gak hal politik negara ni..tapi, ...tak citer lebih lah..hehe..

Bila tengok 3 negarawan saling mengangkat tangan...memang menjadi sejarah...keyakinan terhadap kepimpinan baru makin bertambah.. Walaupun pilihan raya yg lalu 2 bahagian tak dpt dimenangi, tapi, ini boleh dijadikan suatu hikmah yang menjadikan orang2 BN kerja keras lagi... macam kata PM~ bagi mewujudkan formula Satu Malaysia!

Aye ada baca artikel drpd http://www.drmaza.com/ Salam Tahniah dan Takziah kepada PM...nak tau ape kate beliau? Bacalah... Jadi..kita kene kerja keras...hehe...xnak cerita banyak lah..bahaya... apa2 pun dari perpekstif positifnya nak nyatakan kat sini ialah...sesiapa pun kalau nak berjaya msti berusaha sedaya upaya dan selabihnya serahkan saja pada Allah s. w.t...

Semua ini mengingatkan aye yang SPM bakal mampir....!!!

Salam 22 Rabiulakhir 1430..

Friday, March 27, 2009

Mencari ketenangan di sisi ILAHI

ASsOlatu WasSalam...

Wah...lama dah tak bagi post kat sini..
Ha..tak lain tak bukan pasal ada malas ckit+kesibukan yang tak menentu...
Ye lah...budak form 5 yg innocent...hehe...
post kali ni aye memang nak cerita banyak...
tpi, biar kita citer yang ringan-ringan dulu...

Ada diantara kita yang buat macam-macam cara nak hilangkan stress mahupun tekanan yang mengacau di jiwa...
Tadi aye baru baca blog iMotivasi...bloggernya~ShueQry...dia kata salah satu cara dia menenangkan jiwa dia tatkala dalam keresahan ialah dengan mendengar bunyi desiran ombak, air yang berdesir. air yang berkocak...
wah...alangkah seronoknye cara tu...

Bukankah kita manusia ni diciptakan daripada pelbagai campuran iaitu tanah, air, ,api dan ade lagi..tu pasal kita ni macam-macam perasaan dan untuk mengilangkan kerunsingan..sebenarnya kita mencari alam semulajadi seperti di pergunungan..deruan air yang memujuk...
bukannya lampu lip-lap atau jeritan lagu yang menghentak perasaan dijadikan penenang perasaan..kan..

Jadinye..setiap orang pasti akan kembali mencari sesuatu yang asli dalam dunia ni iaitu alam semulajadi..


bagi aye, ye a..kat bandar ni susah nak cari gunung-ganang...kan..


tengok langit di malam hari yang dihiasi bintang-bintang pon jadilah..


Bila memikirkan kebesaran Allah..jiwa akan perlahan-lahan menjadi tenang jew...




Dan ni ha...salah satu benda yang buat aye tergelak juga dan kemudian sedih jadi gembira ni ha...


si Bulat!
#Adib bukan main sayang ngan Si Bulat...heheh..
#Alalala...kiuttnyer!


Along dah rindu nak balik kan...mesti terkezut tengok Bulat dah panjang...alahai...dah 3 bulan ni...huhu...
cilipadi: aye nak jalan-jalan dulu..ape kate korang yang bace blog aye ni kongsikan pasal kucing Si Comel korang...ha..
Baru tengok citer baru kat tv3 setiap 12.30 tengahari hari Sabtu ...





Sunday, March 22, 2009

Salam Tahniah dan Takziah buat PM ke 6 Malaysia

ASSolatu WaSSalam,

bermulanya aye nak menulis ni...



Wah..
dah lame yek tak jumpa matapenaalsunan ni...maap yer..
hari ni baru tererak nak mennulis sesuatu. Tapi..dalam hati aye ni...nak cakap pasal ape ye?hehe..

Sebenarnya saja nak mengimbas kembali apa yang berlaku pada negara kita pada 4 April yang lalu..ape dia?
Pelantikan Perdana Menteri yang baru iaitu YAB Dato' Seri Mohamad Najib Tun RAzak .
Betapa hebat aura Datuk Seri kita ni samapi rasa hari yang aye lalui terasa bermakna kerana semangat dan aura tulah , aye memang mengikuti setiap perkembangan beliau . Congratulations!
Lebih-lebih lagi apabila keharmonian dalam Dewan PWTC 28 Mac lalu..bila kemuncuan Tun Mahathir memang membuatkan orang ramai terharu. Tun kembali semula dalam UMNO.

Ayah ngan Mama la ni.. memang ambil berat pasal perkembangan politik negara..justeru..apabila dicucuk-cucuk..aye pun memang ambil kisah gak hal politik negara ni..tapi, ...tak citer lebih lah..hehe..

Bila tengok 3 negarawan saling mengangkat tangan...memang menjadi sejarah...keyakinan terhadap kepimpinan baru makin bertambah..
Walaupun pilihan raya yg lalu 2 bahagian tak dpt dimenangi, tapi, ini boleh dijadikan suatu hikmah yang menjadikan orang2 BN kerja keras lagi...
macam kata PM~ bagi mewujudkan formula Satu Malaysia!

Aye ada baca artikel drpd www.drmaza.com
Salam Tahniah dan Takziah kepada PM...nak tau ape kate beliau? Bacalah...

Jadi..kita kene kerja keras...hehe...xnak cerita banyak lah..bahaya...
apa2 pun dari perpekstif positifnya nak nyatakan kat sini ialah...sesiapa pun kalau nak berjaya msti berusaha sedaya upaya dan selabihnya serahkan saja pada Allah s. w.t...

Semua ini mengingatkan aye yang SPM bakal mampir....!!!

Salam
22 Rabiulakhir 1430..

Tuesday, February 17, 2009

Penting! Penting! Mesti Tahu!!

Health -
Important Tips:
Answer the phone by LEFT ear
Do not drink coffee more than TWICE a day
Do not take pills with COOL water
Do not have HUGE meals after 5pm
Reduce the amount of OILY food you consume
Drink more WATER in the morning, less at night
Keep your distance from hand phone CHARGERS
Do not use headphones/earphone for LONG period of time
Best sleeping time is from 10pm at night to 5am in the morning
Do not lie down immediately after taking medicine before sleeping
When battery is down to the LAST grid/bar, do not answer the phone as the radiation is 1000 times
Forward this to those whom you CARE about

One or many of list of attitude above, all of us and i am also, is does'nt take it this as important life

Dreams Are Possible!

Angan-angan dan Realiti..

Angan-angan bagi aye adalah sebuah impian yang terawang-awang di minda tanpa kita bergerak melakukan sesuatu untuk merealisasikan angan-angan yang bermain-main di fikiran itu. Walaupun perjalanan yang aye lalui setakat ini adalah sebagai seorang remaja, semakin lama aye dapat memikirkan tentang realiti hidup yang dikurniakan Allah dalam hidup ini. Tanpa keimanan, seseorang itu dengan mudah akan jatuh tergelincir dari landasan yang benar.. Baiklah, bukan nak kata apa, aye dan anda kat luar sana semua pasti sering bergelumang dengan pelbagai suasana yang sentiasa mempengaruhi kehidupan ini.

Ya,bila banyak membaca pelbagai buku motivasi ni, memang dah menyuntik semangat ni..tapi, kadang-kadang tu pasti kita akan rasa nak menyerah kalah je ye?
Walau siapa pun anda, aye ni sedang berusaha nak meningkatkan tahap kualiti kehidupan yang aye lalui sebagai pelajar sekolah sekarang. Memang aye suka berangan-angan tak kurang jugak anda di luar sana.

Aye sebenarnya banyak cita-cita yang menerawang dalam fikiran. Mengenangkan kehidupan yang pesat dengan arus pembangunan ni benar-benar menggerunkan. Anak muda generasi pasca merdeka Malaysia ini tetap akan terus berjuang mempertahankan Negara walau apa jua cara sekalipun. jangan biar sekadar dihembus di minda dilepas ke angin lalu…



Disini lahirnya sebuah cintaYang murni abadi sejati
Disini tersemai cita cita
Bercambah menjadi warisan
( korus )
Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Kemana harusku bawakan
Kemana harusku semaikan cinta ini
BetapaDibumi ini ku melangkah
Keutara selatan timur dan baratKu jejaki
AkuBukanlah seorang perwira
Gagah menjunjung senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini
( ulang korus )
Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Aku lah penyambung warisan


inginku buktikan siapa diriku..
Ingin ku berlari dari segala kekeliruan ini! Apakah ku mampu?
Namun ku tahu....Aku Darah Anak Malaysia! Anak Melayu...Yang Hebat!

Cinta...Cinta...


LANGKAH
Setiap langkah kita diayun,
Ketika itulah kita bertasbih,
Setiap kali melangkah,
Kita ingat kepadaNya yang memberi kekuatan mahu berjalan ke mana...
Langkah kita adalah tepat,
Ke arah kiblat jua,
Supaya mudah rukuk dan sujud mensyukuri nikmatNya,
Yang tidak terhingga banyaknya datang dari setiap penjuru,
Menjadi rezeki kita...
Andai kita tidak melangkah...
Apakah ada rezeki untuk hari ini dan esok...
Yang belum kita ketahui,
Entah masih ada usia lagi...
Kerana kita berserah kepadaNya...

Kalau Tuhan kita kenali Kasih sayang dan peranan-Nya,

Kalau Tuhan kita fahami Keagungan dan kekuasaan-Nya..
Kalau Tuhan kita rasakan Betapa Dia sangat cintakan hamba-Nya..Kita akan sanggup berjuang, sanggup mati kerana-Nya
Kita akan sanggup berkorban apa saja kerana-Nya
Kalau Tuhan dikenali..Cintailah Tuhan
Dia adalah segalanya
Korbankanlah apa sahaja kerana-Nya
Cintakan Tuhan, Cinta paling mahal

Cintakan selain Tuhan, cinta murahan
Kalau Tuhan kita kenali...Dialah segala-galanya

Kalau Tuhan kita fahami..hanya Dialah Pengurus seluruh keperluan kita

kalau kita fahami Tuhan ini siapa sebenarnya
Kita akan sanggup menerima ujian kerana-Nya
Kita sanggup buat apa sahaja demi cinta pada-Nya
Kita akan sanggup menderita demi cinta pada-Nya

Cintakan Tuhan cinta yang abadi...
لڠكه
ستياڤ لڠكه كيت دييون،
كتيك ايتله كيت برتسبيه،
ستياڤ كالي ملڠكه، كيت ايڠت كڤداڽ يڠ ممبري كقواتن ماهو برجالن ك مان...
لڠكه كيت اداله تڤت، ك اره قبلت جوا،
سوڤاي موده روكوق دان سوجود منشكوري نعمتڽ،
يڠ تيدق ترهيڠڬ باڽقڽ داتڠ دري ستياڤ ڤنجورو، منجادي رزقي كيت...
انداي كيت تيدق ملڠكه...
اڤاكه اد رزقي اونتوق هاري اين دان ايسوق...
يڠ بلوم كيت كتاهوي، انته ماسيه اد اوسيا لاڬي...
كران كيت برسراه كڤداڽ...
كالاو توهن كيت كنالي كاسيه سايڠ دان ڤرانن-ڽ،
كالاو توهن كيت فهمي كاڬوڠن دان ككواسأن-ڽ..
كالاو توهن كيت راسكن بتاڤ دي ساڠت چينتاكن همبا-ڽ.
.كيت اكن سڠڬوڤ برجواڠ،
سڠڬوڤ ماتي كران-ڽ كيت اكن سڠڬوڤ بركوربن اڤ ساج كران-ڽ
كالاو توهن دكنلي..
چينتيله توهن
دي اداله سڬالاڽ كوربنكنله اڤ سهاج كران-ڽ چينتاكن توهن،
چينتا ڤاليڠ مهل چينتاكن سلاين توهن،
چينتا مورهن كالاو توهن كيت كنالي...
دياله سڬالا-ڬالنيا كالاو توهن كيت فهمي..
هاڽ دياله ڤڠوروس سلوروه كڤرلوان كيت
كالاو كيت فهمي توهن اين سياڤا سبنرڽ
كيت اكن سڠڬوڤ منريما اوجين كران-ڽ
كيت سڠڬوڤ بوات اڤ سهاج دمي چينتا ڤد-ڽ
كيت اكن سڠڬوڤ مندريتا دمي چينتا ڤد-ڽ
چينتاكن توهن چينتا يڠ ابادي...
Definisi cinta...apa sebenarnya? bagi aye...jelas sekali hanya cinta pada Allah yang akan membawa kta ke jalan cinta yang lebih indah di dunia ini....cinta sesuatu yang menginspirasikan...tanpa cina...kita tak mampu hidup. Jangan salah tafsir kata-kata aye ni...cinta tak semestinya lebih merujuk kepada cinta antara lelaki dan perempuan yang memadu kasih je...tapi,...ianya merangkumi semua...
Dan cintailah ALLAH...kerna itu sebaik-baik cinta..
Dan cintailah RASULmu...kerana ia membawa ke arah cinta hakiki dan sejati..
cintailah DIRIMu...sesuadah itu cintailah insan yang kau sayangi...

Aku dibius cinta...!



Setelah aye baca novel kesinambungan Bagaikan Puteri II iaitu Cinta Sang Ratu, membuatkan aye rasa sayang dan ade... lah sedikit kecewa namun redha kerana Laksamana Sunan itu padahalnya tidak wujud. Da berkali2 aye baca novel nie...aye mula kenal ngan RAM ni kan tahun 2006 akhir...dan seterusnya menjadi penanti setia sang Laksamana hingga ianya dlepaskan...


Jujur aye akui..novel ni mbuatkan aye jadi minat ngan novel2 islam, bergenre mencabar...dan Dengan Izin ALLAH...aye dipertemukan dengan...Laksamana Sunan...


Novel ni amat berlainan dengan novel yg lain yg hanya ..cinta semata-mata...Sifat Laksamana Sunan yang mulia, yang menjadikan Rasullulah sebagai contoh, membuatkan hati ku... rasa jatuh cinta dengan kemuliaan keperibadiannya. Dia tidak pernah berkata secara kasar malah sambil berperang sambil itu dia berdakwah di jalan Allah.


Yang paling dikagumi, RAM menyelitkan pelbagai peribadi yang cantik untuk watak Sunan dari Bagaikan Puteri lagi..Saifuddin lebih suka memberi kemaafan daripada terus berdendam tanpa melakukan pertumpahan darah. Namun begitu, jika sudah berkali2 diingatkan tetapi pihak yang dimaafkan itu masih berdegil, maka haruslah diperangi musuh itu. Elemen yang macam ni telah berjaya membuka mata hati jiwa pembaca yang skop pemikirannya asyik dengan novel2 cinta buta. Berilah peluang kedua...dalam kisah ni.. orang yang diasuh dengan sihir yang kejam boleh rasa terharu dengan kebaikan Saifudin yang begitu menyentuh dikalbu.... Lantas, Sang Ratu mengambil keputusan memeluk agama Allah.



Kebaikan yang ditunjukkan Saifudin, gerenti...mana2 wnita pun...pasti tertawan la! Kan? Kan? Korang yang dah baca....lebih mengerti..terharu. Setiap saat, setiap waktu, zikrullah basah dibibir. Kecekalannya membuatkan pasti membuatkan kita rase rindu pada...Rasullullah dan lagi...terharu. Sungguh menyentuh kalbu. Dan rasenya..tiap kali membacanya, air mata ini mengalir. Mengalir tanda keinsafan. Betapa kita sedari kebesaran Allah. Laksamana itu mengalir air mata kerana takutnya dia kepada kekuasaan ALLAH. Bukan sahaja bergelar pahlawan gagah, malah memiliki keperibadian yang mulia di sisi ALLAH yang KHALIQ. '


Perbalahan di langit yang mencetuskan peperangan di bumi....'di mana, syaitan enggan tunduk kepada Nabi Adam (manusia pertama) dan dilaknat Allah . Syaitan akan menyesatkan anak Adam sehingga kiamat.


Sang Ratu yang mempercayai Taghut itu sentiasa mengagung2kan Taghut. Saifudin menerangkan kepada Sang Ratu tentang kenyataan siapa Taghut. Sehingga wanita itu memperoleh hidayah, Islam dijadikan agama demi Allah Yang Maha Esa. Mereka bernikah dan bersatu atas nama ALLAH Yang Maha Agung. Langit dan bumi seperti merestui penyatuan itu kerana pernikahan mereka, membuatkan kebatilan hancur berkecai laksana cairnya salji dipanah mentari kemarau. terharu sehingga menusuk kalbu, ungkapan dari Laksamana Sunan katanya....


"Cintailah ALLAH....kerana itulah sebaik-baik cinta...kemudian cintailah diri sendiri....lantas, cintailah kanda"....

kata syahdu itu menusuk kalbu Ratna....baginya itu ungkapn paling jujur pernah didengari......Mushaf untuk Sang Ratu ditulis dengan penuh harapan. Harapan Saifudin terhadap Ratna. ...
Cinta Sang Ratu
laksana langit mencengkam purnama
ibarat mutiara di lautan biru
saujana mata memandang
seluas langit terbentang
Tatkala cinta berbisik
suaranya memuji TUHAN
Pabila rindu terusik
Rasulnya jadi pilihan
Sampai masanya cinta jadi taruhan
Sang Ratu menjadi impian...........
Harapan itu menjurus bukan kepada Sang Ratu yang dahulunya bersama kekejaman. Tetapi selaku Ratna, muslimah yang solehah.
Orang yang beriman juga tidak terlepas dari ujian Allah. Lantas, kerna ujian itulah, keimanan seseorang bisa diukur. Laksamana Sunan diduga dengan kehilangan isterinya....berbagai cabaran ditempuh...Saifudin, hamba Allah yang beriman itu, redha...isk..isk... betul tersentuh dengan keimanannya itu. Lantas aye memuji Allah, berishgtifar kepada Allah. Kita patut sedar kelemahan diri kita nie...
Dalam satu bahagian...lagilah... Dia sesekali tidak menangisi pemergian isterinya itu. Laksamana Sunan itu hanya mampu mengadu kepada Allah, tidak betah dia menanggung seorang dan tidak pula ingin berkongsi dengan sahabatnya. Dia insan biasa yang boleh kecewa....lantas suara hatinya dihembuskan dan dilafazkan.....
"ALLAHUAKBAR.......KAU anugerahkan aku dengan cinta fitrah. Kemudian KAU jodohkan aku dengan Sang Ratu....KAU uji aku dengan kehilangan serta kematian dan sekarang aku hidup sebatang kara. Tapi aku tidak merasakan sedemikian kerna percaya KAU menyayangi aku YA RABBI. Aku mengerti....cintaku kepada-MU tidak sehebat cinta kekasih-MU Muhammad....tapi andai KAU anugerahkan sisa cinta Muhammad itu kepadaku....itu sudah memadai bagiku...."Saifudin mengadu sesungguh hati. Kerana terlalu taksub dan khusyuk, air jernih mengalir dari sudut matanya.


"Aku hanya manusia dan tidak lepas dari kekecewaan. Aku percaya semua ini ada hikmahnya. Tiada yang sia-sia apabila aku menyerahkan jiwa dan rohku kepada-MU YA ALLAH. Ampunkanlah dosa-dosaku, isteriku, orang tuaku,dan seluruhhamba-hamba-MU yang taat kepada-MU ya ALLAH"..

Kemudian bersama tangisan, Saifudin bersujud. Lama sekali.
Beberapa rangkap ayat yg dipetik dari novel inilah yang membuatkan akan buat sesiap yang nak tersentuh pasti kan menangis jua..sedar akan kebesaran ALLAH. Mengalir air mataku....mungkin iman ini tidak sekuat insan sepertinya tapi kita kene berusaha untuk merubahnya.
Sementara, Haryani masih tetap merindui Laksamana Sunan sedangkan lelaki itu telah menjadi sejarah. Dia diburu rasa cemburu bila mengetahui lelaki itu sudah beristeri. Sedangkan dia tahu hijab yang menghalangnya takkan terungkai. Mana mungkin hidup dalam dua zaman, 1 zaman mesti mati. Haryani hanyut dalam emosi.
Sebenarnya aye turut merasakan apa yang Haryani rasa.
Yer...la..walaupun watak2 dlm novel ini rekaan shj...bagi aye ia seolah2 wujud...
Cerita ini mengajarkan erti kemaafan. Sejurus lepas aye habis baca novel ni, aye buat solat sunat dalam sepertiga malam. Mengalir air mata tanda keinsafan. Memohon ampun kepada Allah.
Kalau nak cerita one by one mmg banyak pengajaran dalam novel ni..yang membuatkan aq betul2 terharu...Dalam membaca novel ni, aq seperti turut berada dalam situasi tersebut....Karya novelis berjaya menyedarkan diriku. Teruskanlah karya2 macam ini semoga memperoleh berkat drpd ALLAH. Dan kepada korang2 yg membaca kisah ni....segeralah bertaubat...ini kisah benar...nak tahu kebenarannya baca buku ni sendiri...kalau dengan izin ALLaH, terimalah Hidayah-Nya. InsyaALLAH. Ingatlah kiamat dah dekat. Sama2 la berdoa....AMIN...


alahai... help me...hehehe...korang nak tah macamane angaunya bila bace novel ni? toksah tunggu org len citekan...kalu org lain yang tukang cerita...korang takkan rase terkesan sgt...ape lagi? Dapatkan CINTA SANG RATU skarang gak!


Apa? Ape? Why?


Kenapa?Why?


Salam,

until now..i'm feel very blur how to update my blog...actually it's doesn't mean that i don't know how to post the reply...but i'm really don't know what to talk abaout..really weird, right?

Arh...i'm always looking for others blog...and want to have a blog too..

blog..blog..many of my friends have their own blog.


i don't why...i try, i try..but i don't know...

maybe this year i'm really busy with my own schedule..this year i will sit for SPM!


Ok...but, besides that, my sis n bro encourage me to write the post about what you want to talk about. When you think taht you're free.

This year...i must concentrate with my studies! So taht, this year, maybe this blog is not oo well-known to others..

But, for this time, let me write the post in blog for my satisfation only..kepuasan diri kan...


Yes, i'm really want to be the best with i want to do..i will try harder to achieve my goal..


But, one things now idon't know how to decorate this blog...and it's doesn't make me really want to open my own blog...haha....give me some times..


Yes! cili padi! you have to...you can do it! you know?

~what the mind believe, the body can achieve, right? i want to focus to my own GOAL! INSYAALLAH....

CilipAdi_hafizaH

Monday, January 26, 2009

Secret's Behind Name...

Choosing a meaningful Islamic name
It's always a joy when Allah blesses you with a child. Children bring happiness and joy, but also trials and great responsibilities. One of the very first duties you have toward your new child, besides physical care and love, is to give your child a name that carries honor and Islamic meaning behind it.
It is reported that the Prophet (peace be upon him) said: "On the Day of Resurrection, you will be called by your names and by your fathers' names, so give yourselves good names." (Hadith Abu Dawud)
Remember, just because a name stems from a certain language or culture, doesn't mean that it has a good Islamic meaning. Several of the companions of the Prophet Muhammad (peace be upon him) changed their own Arabic names, because the meanings of their names connoted wickedness.
For example, someone named Harb ("war") had his name changed to Silm ("peace"), and one named Al-Munba'ith ("one who lies") became Al-Mudtaji' ("one who stands up," i.e. for the truth).

Tuesday, December 23, 2008

A NoTE For BiOloGy SPM Part 1

A GUIDE IN BIOLOGY SPM EXAMINATION

Biology paper 3 comprises one structured question question and one essay question. Question 1 (structured question) assesses student’s ability in eleven aspects of the Science Process Skills

i. e.observation , inference, predicting, communicating, controlling variables, formulating hypotesis , measuring and using numbers, interpretation, space-time relationship, classifying and defining operationally. Ques 2 is an essay question which test the student’s ability in designing a specific exprment/ investigation suggested in the Biology Curriculum for SPM Examination.

Aspect 1: Observation

Noting the properties of objects and situations using the 5 sense.

o Seeing i.e what you can see in the results of the experiment

o Hearing

o Touching €

o Smellling €

o Tasting €

o € these 4 senses cannot be assessed in Paper 3. They are assessed in school-based assessment (PEKA Biology)

Aspect 2: Measuring and Using Numbers

Measuring correctly and expressing the amount of an object in quantitative

terms, or comparing an object to a standard, for example:

o Length in meters (m) and volume in liters (dm/3)

o Mass in grams (g)

o Temperature in degrees Celcius

Aspect 3 : Making Inference

Formulating assumptions or giving a possible explanation for a particular object or events based upon observations.

Aspect 4: Comunicatting

The process of describing , recording, and reporting experimental

Procedures and results to others , may be trough:

o (Oral), written or mathematical expression

o Organizes ideas using appropriate vocabulary, groups, charts, others visual representations and mathematical equations

Until here. This is the good tips that I referred from Dewan Siswa. I have another Aspects 5 to 11. I will tell in the next post. With many article like this we can share many articles and notes that really close to the world of students…To all of you all there…if you have any informations, tips and notes all about our KBSM syllabus and ohers knowledge, you can send it and share with all readers and for this blogs!

Ukhwah Fillah!

Bagaikan Puteri...Bagaikan Sakti....





اڤابيلا هوجن تورون
مليمڤهله اير دري ڤربوكيتن
اليرن منوجه ك باتو
ملكوك تندا وقتو براليه
سإيريڠ ڽاوا مڠهاڽوت اوسيا
سجالن نفس ملڠكه ك هوجوڠ....

اون
كالاو داڤت كوچاڤاي
مك سقتيله همب


Korang dapat hayati bait-bait puisi indah ni? Inilah...kata-kata daripada Laksamana Sunan...hehe...cinta hati kanda! haha...Sebenarnya novel ni tahun 2006 aye dah bace. Cuma sekadar nak mengimbas semula yang lepas...kenangan dan sengatan novel karya Ramlee wang Murshid ni memang masih membuat siapa2 je yang benar2 menghayati cerita ni akan merasa kelainan dan keangauan....aye angau betul lepas baca novel ni...selama 10 hari...pertama kali baca novel epik thriller macam ni! Sememangnya Allah nak buka pintu hatiku ni...lantas asyik sayu je baca novel ni....lagi2 bila membayangkan wajah Laksamana Sunan yang tenang tu..(ikut imaginasi sendiri ler...hehe)..

Memang jatuh hati la baca novel ni. Lagi2 pula ada aksi2 yang benar2 mencabar minda nak bayangkannya...tapi, kalau korang dah biasa tengok cerita2 penuh aksi macam berlawan, silat...memang gempak bila mengimaginasikan tatkala wtak2 dalam novel ni...berusaha memerangi musuh2!


Sehingga ke penghujung ceritera ni..Laksamana Sunan tu dah macam sebati dengan jiwaku...ah...memang la kata orang...tak kenal makanya tidak kita cinta....dulu pun...kalau sebut je novel RAM, kengkawan aye suka hasut..."tak best2! Citenye nerd ar..."
namun, segalanya hijab telah dibuka...dan dengan izin ALLAH, cerita penuh motivasi yang ditonjolkan menerusi watak2nya memang mengajar pembaca agar mengejar cinta sejati!

CINTA SEJATI~ cinta hambanya pada SANG PENCIPTA...ALLAH..




Kalau Tuhan kita kenali Kasih sayang dan peranan-Nya,




Kalau Tuhan kita fahami Keagungan dan kekuasaan-Nya..






Kalau Tuhan kita rasakan Betapa Dia sangat cintakan hamba-Nya..Kita akan sanggup berjuang, sanggup mati kerana-Nya




Kita akan sanggup berkorban apa saja kerana-Nya






Kalau Tuhan dikenali..Cintailah Tuhan




kerna Dia adalah segalanya




Korbankanlah apa sahaja kerana-Nya






Cintakan Tuhan, Cinta paling mahal




Cintakan selain Tuhan, cinta murahan




Kalau Tuhan kita kenali...Dialah segala-galanya




Kalau Tuhan kita fahami..hnya Dialah Pengurus seluruh keperluan kita




kalau kita fahami Tuhan ini siapa sebenarnya




Kita akan sanggup menerima ujian kerana-Nya




Kita sanggup buat apa sahaja demi cinta pada-Nya




Kita akan sanggup menderita demi cinta pada-Nya




Cintakan Tuhan cinta yang abadi...


Macam tak percaya....disebabkan kita membaca novel macam ni...rasenye...banyak perubahan dalam diriku..rasa macam jadi pelajar yang positif (berusaha sekeras mungkin!)...rasanya kalau nak mengumpat ke ape ke...mesti ingat kat cerita ni (adus!) hehe,,..pastu, aye istighfar...ingat ALLAH MAHA MELIHAT DAN MAHA MENGETAHUI!

Mula-mulanya dalam keluarga aye, yang minat novel ni aye je....pastu..dia punya aura makin lama makin kuat pabila mereka melihat perangaiku yang pelik semacam...(bila aye jadi macam biasa je x over-overactive sgt!)...oleh kerana tak tahan betul nak ceritakan betapa seronoknya novel ni, aye pun buka cerita! Bila dah dengar orang cerita...ape lagi...mesti keinginan nak baca tu makin meningkat...dah tu pulak ceritanya digantungkan...kalau nak tahu apa yang terjadi...lu bace ar sendiri!...

Sekarang ni,....nisa! antara kawanku yang memang peminat RAM setelah aye mengesyorkan novel ni pada dia....

Erm...korang nak tahu macamane ceritanye? Lu bace ar sendiri....takpe...nanti aye coretkan jalan2 ceritanya ckit...

**
Melalui BAGAIKAN PUTERI, kita dihidangkan dengan cinta Haryani yang begitu utuh pada Laksamana Sunan yang bermula apabila rohnya merentasi ke abad ke 15 ketika koma..Situasi paranormal ni...janganlah korang mengharapkannya untuk terjadi dalam hidup korang..tapi, kalau ALLAH menIZINkannya...noThing's imPossIble...hehe...aye betul2 nagau ngan novel ni...sampai terfikir...Adakah Sunan ni wujud? Bila dah tahu hakikatnya...alahai...sedih pulak...tapi, aye betul2 mase tu merasakan kecintaan dan sayang pada RASULLULLAH S.A..W..betapa besarnya pengorbanan Baginda...bila ,melihatkan Laksamana Sunan yang dikasihi ALLAH itu...ahhh...xmampu nak ungkap..tapi, selagi kita berazam, kita perlu berusaha untuk mencontohi Rasullullah semampu yang mungkin....kerana
Cinta kepada Rasullullah merupakan Cintanya kita kepada ALLAH...

Kemudian, Segala kepayahan dan kerumitan yang dilalui bersama Laksamana Sunan menguatkan rasa cintanya yang tidak berbelah bagi. Macam2 terjadi! Dan bila je babak masuk ke Melaka, naik bahtera, jumpa Hang Tuah....perh...memang membuatkan aye jadi suka pulak dengan cite Melayu Epik ni....lagi tinggi, jadi minat lebih pulak dengan tulisan Jawi! Ahh...ni ayah la nie...hehe...Pertarungan sengit dengan Hang Tuah demi perintah sultan telah membuka juga hijab Kiai Mulia yang sebenarnya....(apenye?)..dia ni memang licik habis..! Geram aku! Dia .ingin melakukan sesuatu kepada Laksamana Sunan. , Dalam pergelutan yang serius tu, Haryani telah dirasuk...Ni semua pasal manusia yang difikirkan dah mati....tapi, dia kembali hidup membawa dendam yang sarat di dada! Lantas, org lain semestinya jadi mangsa! Sememangnya para kawan2 setan tak suka dengan orang yang taat pada ALLAH. Diorang takut...kerana manusia seperti itu ternyata bukan calang2 orang!Pertarungan antara Laksamana Sunan dan Haryani membuahkan cemas di hati Sultan Melaka kerana baginda telah jatuh cinta pada Haryani. Lantas apakah yang terjadi seterusnya. Adakah Haryani dapat diselamatkan oleh Hang Tuah dari tangan Laksamana Sunan atas perintah sultan? Ternyata ini berat untuk dilakukan..Bagaimana pula caranya Laksamana Sunan menghantar Haryani kembali ke zaman akan datang meskipun dalam hatinya ada kasih yang sudah berbunga?




Bila baca novel ni...memang macam2 ekpresi muka orang yg membaca dengan penuh penghayatan...kerut2 lah..sedih sayu...mcm2 lagi...itulah hebatnya ciptaan Allah! Jiwa dan akal saling menyatu lantas menjadikan kita beremosi betul bila kita menghayati sesuatu...dan dari situlah lahirnya keinsafan yang tulus...




Wah...nak cerita banyak kat sini....segalanya kesan2 dan pengajaran yang kita boleh dapati bila baca novel brgenre Islam ni..




Corat-CoRet FaKta Bukannya auTa! MenaRik!




~ Bila baca novel ni, sambil baca, kebetulan terdengar 1 lagu, lagu Harapan oleh Faizal ...lagi2 masa babak Laksamana Sunan terpaksa menikam Haryani! Hehe....betapa gempaknya perasaan lagi2 bila mendengar lagu ni smbil imbau babak tu...hehe...




~Lagu Erti Hidup...nyanyian Dayang Nurfaizah pun telah mengimbau kisah ni....


Pendek kata, lepas baca novel ni...kawan2 aye cakap, bila jera da lagu mcm ni berkumandang…perh….membawa fikiran mengimbau kisah ni…perh…kuat penangannya…


~ Sejak dari tu...aye mula xberapa nak suka cerita cinta ’stereotype’ sangat...mesti nak yang penuh pengembaraan dan mencabar!




~ Cerita trilogi epik thriller ni bagaikan merungkai kisah paranormal walaupun tidak secara terperinci dan mendalam sangat pasal alam mimpi macam ni...tapi, rasanya dah macam jadi Dejavu pulak...huhu...




~Sekarang aye sedang berusaha nak melengkapkan sebuah cerita...cerpen yang memang agak fantasi sikit...hehe..


Dan Insyaallah nak hantar kat Majalah...




~Seorang Kawan aye bukan main angau lagi ngan cite ni lebih2 lagi bila wujud sambungannya...sebelum tidur, dia telah berdoa -Al Kabiruu-seberapa banyak yang boleh...memohon kepada Allah agar diberi keizinan...haha...sebab teringin nak mimpi dan petunjuk mcm cerita Laksamana Sunan nih...dan ramai yang berjangkit!




Wah...banyak aye nak cite pasal novel ni....tunggu...


Cinta Sang Ratu dan Hijab Sang Pecinta….akan diulas …








24 Zulhijjah 1429


Isnin, 1.20 am