Ya Rasul..
Ya Habibi..
Salammualaik..
Aku duduk sendirian merindu
pemergian seorang kekasih
walau lama penantianku ini...
aku yakin pasti bertemu
Aku tahu padanya tiada mungkin..
kerna itu..bukanlah sifatnya..
di akhirat kan bersua lagi..dengan mereka yang merinduinya..
Kerna dia telah pun berjanji..
akan memberi syafaatnya nanti..
saat itu pasti kan terjadi..
pada umatnya yang bertakwa..
Telah beribu tahun sudah berlalu..
keagungannya pernah berlaku..
sejarahnya akan berulang lagi
sebelum tibanya kehancuran..
Namun yang percaya..
hanyalah mereka..yang rindukan kekasih
Namun yang merindu..
hanyalah mereka..yang selalu berselawat..
Nazrey Johani
Nazrey Johani
Air mata menitis..sayu hati mendengar lagu yang mendayu-dayu ini.
HAri ini 12 Rabiulawal 1431. beberapa ribu tahun lalu, kekasih yang dirindui...telah pun meninggalkan kita. Namun...hati ini menyedari bahawa menyintai Rasullullah adalah dengan mengamalkan ajaran baginda..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Rasullullah s.a.w wafat pada waktu dhuha, hari Isnin 12 Rabiulawal 11 Hijrah ketika berusia 63 tahun 4 hari. Sebelum kembali ke pangkuan ILAHI, Rasullullah mengalami sakit namun semua itu dihadapi dengan kesabaran yang cukup tinggi. Baginda mula sakit pada 29 Safar 11 H pada hari Isnin, selepas pulang menyaksikan pengbumian para syuhada di perkuburan Baqi'.
Baginda diserang sakit kepala dan suhu badan meningkat secara mendadak hingga terpaksa mengikat kain di kepalanya.
Baginda sempat mengimamkan para sahabat ketika sakit selama 11 hari. Jumlah keseluruhan hari sakit ialah 13 hari. Baginda sakit hingga tidak sedarkan diri dan terlupa giliran isteri-isterinya.
Pada hari keberangkatan roh baginda, ALLAH mewahyukan kepada malaikat Jibrail dan malaikat maut supaya turun ke bumi menemui Rasullullah s.a.w. Jibrail a.s berkata, Wahai Rasullullah! Malaikat maut berada di pintu rumahmu. Dia meminta izin kepadamu untuk masuk. Sedangkan, dia tidak pernah meminta izin sebelum ini selain kepadamu. Lalu, baginda Rasullullah mengizinkannya.
Malaikat maut pun masuk sambil berkata, Selamat sejahtera ke atasmu wahai Rasullullah! Aku diutuskan untuk memberi pilihan kepadamu sama ada untuk kekal di dunia atau ditempatkan di sisi Allah. Jawab baginda, sudah tentu aku ingin bersama orang yang mendapat kedudukan paling tinggi. Baginda mengulanginya dua kali.
Di saat baginda semakin hampir menghembuskan nafasnya, Aisyah telah mensiwakkan gigi baginda. Setelah selesai, baginda mencelup tangan ke dalam bekas air lalu menyapu mukanya sambil berkata, LAILAHAILLALLAH!
Sesungguhnya kematian itu memang menyakitkan. Kemudian Nabi s.a.w membaca, YA ALLAH..permudahkan atau ringankan kesakitan sakaratulmaut.

Lalu,malaikat maut mula mencabut nyawa baginda sambil berkata
~ Wahai roh yang baik! Roh Muhammad bin Abdullah. Keluarlah menemui keredhaan ALLAH. Keredhaan ILAHI yang sentiasa bersifat Redha dan tanpa perasaan marah.
Ketika berada di pangkuan Aisyah, sakit baginda semakin tenat kesan racun yang diletakkan pada daging selepas pulang dari peperangan Khaibar.
Namun, baginda Rasullullah sempat berpesan~
Jagalah solat! Jagalah solat! Jagalah orang yang berada di bawah tanggunganmu. Baginda mengulanginya berkali-kali.
Sejurus selepas itu, baginda mengangkat tangan dan menumpukan pandangan ke arah atap sambil mulutnya terkumat-kamit membaca,
Semoga aku ditempatkan bersama orang yang diberi nikmat terdiri daripada kalangan para nabi, orang yang benar, orang yang syahid dan orang yang soleh.
Ya ALLAH..ampunilah aku dan rahmatilah aku. Dan tempatkan aku di Al-Rafiq al- A'la iaitu kedudukan yang paling tinggi di Syurga Firdaus.
Baginda mengulang-ulang al-Rafiq Al-A'la! Al-Rafiq Al-A'la! Al Rafiq Al-A'la!
Akhirnya, tangannya terkulai di pangkuan Aisyah, isteri tercinta.
"AKHIRNYA roh yang mulia itu pun meninggalkan jasad Rasullullah s.a.w"
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
petikan daripada novel Cinta Sang Ratu- Ramlee Awang Murshid m/s 98-100
SUBHANALLAH..YA ALLAH..
Betapa sayu dan insafnya diri ini..
Ya Rasullullah..
benarkah kita benar-benar menyintai Rasullullah?
Sempena Maulidur Rasul 1431 H ini..
marilah kita terus menghayati perjuangan Rasullullah s.a.w serta para sahabat keseluruhannya. Contohilah baginda kerana baginda adalah contoh segala kebaikan. Baginda adalah QUDWAH HASANAH.
Sejak aye banyak mengkaji buku-buku Islamik yang saling berkait rapat dengan Islam,
aye jadi berkobar-kobar untuk memperbaiki diri. Semoga anda juga begitu.
Salam Maulidur Rasul 1431H
Dari hati kecil,
cilipadi_hafizah
1 comment:
betul-betul sedih nie..:-)
Post a Comment