Salam,
wah...kita semua dah mula cuti..tapi, aye cuti yang bukan dalam erti kata sebenar..
nak tak nak, disebut sebagai cuti daripada sesi pembelajaran..bukan sekolah...
cuti seminggu ni, sekolah aye akan dimuralkan..
itulah kerja kami budak seni..ada office hour..
aktiviti mural yang berlangsung sejak 3 minggu januari ni,
telah membuka mata budak-budak sekolah yang tak tahu seni, akan menyukai seni..
mana tak nye, satu sekolah tu dah dihias dengan lukisan dinding..
terima kasih banyak kat Cikgu Seti Sumarmi yang disayangi..
Mural ni lah percubaan pertama aye..
wah..dah la buat kat tempat terbuka, datang budak-budak lain, maka, terpampang jelas lah kerja ku..
haha..jujurnya, pada pandangan mata aye, macam ada yang tak kena dengan lukisan sendiri, tapi, pada mata orang, kata nya cantik..hah..
nampaknya, kena tingkatkan keyakinan diri lagi..huhu
Kadang tu aye terfikir, kenapa sesuatu kerja yang kita buat, memang susah nak senang? tapi sebenarnya senang apabila kita dah biasa..
bila buat mural ni, baru terasa tangan yang sebelum ni jarang melukis, tiba-tiba disuruh buat mural untuk setiap blok...
kata cikgu..'tangan kayu'!
setiap blok seorang pelukis..
maq aii..mula-mula tu, setiap kali salah, aye padam, rasanya berulang dalam 3-4 kali..sampai naik fed up..
berterima kasih pada cikgu..kata beliau..kalau kita nak berjaya, kita kena berani mencuba.
yup. maka..setelah berminggu-minggu buat, aye rasa yakin.
Lumrah alam, apabila kita bersusah payah mendapatkan sesuatu, kita akan hargainya.
bila, dah nak siap muralnya, aye tengok daripada pandangan jauh..
dan berkata dalam hati..'ini aku buat ke?'
segala pengorbanan berbaloi woo..
Lepas ni, kerja kursus satu lori menanti..
jadi, segala mural kena siapkan cepat...
Buat kerja ni kena konsisten..
kerjasama yang dihulurkan antara kawan-kawan ayebaru nampak..
ha..masa macam ni lah nak mendekatkan yang jauh kan..yang jarak dirapat-rapatkan..
paling salute..
aziemah dan Lim Kiau Yeh..
huhu..kita buat dengan tekun ya!
takmo main cat ag..hihi..
Dalam kelas kami yang satu Malaysia ni, sama-sama buat amal..
melukis mural di surau..
ha..Lim..kawan chinese yang sudi melukis di mural di surau..
dan bermulalah sesi soal jawab dia bila nampak segala yang ada dalam surau tu..
yang membuatkan aye teruja nak jawab..
dalam masa yang sama..berdoa semoga dia dibukakan hati..
p/s: mural..lukisan dasar laut yang mendamaikan..yang buat aye rasa nak menyelam...^_^
yang ni kalau lukis..memang cun..
pascaskrip: lepas ni, nak tepek gambar dasar laut ku..hihi
1 comment:
haha...jangan mengalah =) aye sntiasa menyokong. chewah!
Post a Comment